Kami Sayang Pak Long Mail

  • Home
  • Kami Sayang Pak Long Mail

Kami Sayang Pak Long Mail Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Kami Sayang Pak Long Mail, Media, .
(1)

28/07/2022

Pada hari ini, kita telah melakar satu sejarah besar negara.

Alhamdulillah, saya memanjatkan setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana Rang Undang-Undang Perlembagaan (Pindaan) (No.3) 2022 Berkenaan Peruntukan Larangan Ahli Dewan Rakyat Bertukar Parti telah diluluskan dengan sokongan 209 Ahli Parlimen bersamaan persetujuan lebih daripada majoriti 2/3 Ahli Parlimen.

Terima kasih saya ucapkan kepada semua Ahli Parlimen sama ada penyokong kerajaan atau pembangkang yang bersama-sama menyokong pindaan perlembagaan sebentar tadi.

Penggubalan Rang Undang-Undang Perlembagaan (Pindaan) (No.3) 2022 ini untuk memastikan kestabilan politik dan mengelakkan negara terus berdepan dengan krisis politik yang tiada berkesudahan.

Usaha ini sememangnya adalah untuk melindungi mandat rakyat yang telah memberi undi serta kepercayaan tinggi kepada ahli Dewan Rakyat ketika proses pilihanraya.

17/07/2022
16/07/2022
👍👍👍🇲🇾🇲🇾🇲🇾 Make us proud
08/07/2022

👍👍👍🇲🇾🇲🇾🇲🇾

Make us proud

Saya dan TYT Presiden Erdogan berbincang mengenai potensi untuk Turkiye meningkatkan import minyak sawit Malaysia.

Turkiye merupakan hab pembuatan produk berasaskan sawit untuk pasaran benua Eropah dan Asia Tengah.

Difahamkan Turkiye sedang mempergiatkan penggunaan biodiesel sebagai bahan bakar dalam sektor pengangkutan.

Malaysia telah memulakan pengeluaran biodiesel berasaskan minyak sawit, selaras dengan matlamat Malaysia dalam menghasilkan sumber tenaga mesra alam.

28/09/2021

Untuk menjadi sebuah negara berpendapatan tinggi, pembangunan bakat amat penting.

Oleh itu, sistem pendidikan perlu mengeluarkan modal insan berkualiti dan berkemahiran tinggi bagi memenuhi kehendak industri.

Sehubungan itu, Program TVET akan diperkasa dengan menambah baik ekosistem, meningkatkan kualiti program melalui akreditasi, pengiktirafan dan pensijilan badan bertaraf antarabangsa serta memperkenalkan sistem penarafan institusi TVET.

Platform berpusat bagi data penawaran dan permintaan TVET juga akan dibangunkan.

31/08/2021
10/06/2021

Tahniah & syabas saya ucapkan kepada pelajar SPM yang mendapat keputusan cemerlang dalam SPM 2020.

Buat pelajar yang tidak mendapat keputusan yang diimpikan, jangan berputus asa.

Kalian telah melakukan yang terbaik.

Lipat gandakan usaha dan Insya Allah pasti lebih banyak kejayaan di persada seterusnya.

Syabas dan tahniah kepada semua pelajar SPM 2020! 💪

07/06/2021

DIRGAHAYU TUANKU

Merafak sembah dan setinggi-tinggi tahniah kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XVI, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku.

Semoga Allah S.W.T lanjutkan usia dan merahmati pemerintahan Tuanku.

Menjunjung kasih Tuanku.

Daulat Tuanku.

28/05/2021
26/05/2021

Setiap hari lepas habis kerja, saya akan curi masa untuk baca comment netizen.

Saya ambil kisah dan saya akan panjangkan pandangan semua ke atas. Ada lagi cadangan nak tambah?

15/05/2021

Hari ini genap tiga tahun YAB Dato’ Sri Hj Wan Rosdy bin Wan Ismail sebagai Menteri Besar Pahang.

Tiga tahun Dato’ Sri Hj. Wan Rosdy menjadi Menteri Besar Pahang bukan lah sesuatu yang mudah kerana beliau menjadi Menteri Besar ketika UMNO bukan lagi memegang pucuk pimpinan negara.

Namun, beliau berjaya menjadikan negeri Pahang sebagai sebuah negeri yang berjaya ‘berdikari’.

Tidak dapat saya lupa betapa besar dedikasi, serta semangat yang tinggi yang ditunjukkan beliau ketika memimpin BN Pahang untuk memastikan kejayaan BN di PRK Cameron Highlands pada 2019.

Malah beliau sangat komited dalam memastikan agenda pembangunan negeri Pahang, sosio-ekonomi, kestabilan politik serta kebajikan rakyat Negeri Pahang.

Parlimen Bera sahaja kerap menerima bantuan dari Kerajaan Negeri Pahang seperti bantuan banjir untuk rakyat Bera dan sebagainya.

Terima kasih dan Tahniah YAB Dato' Sri Hj. Wan Rosdy Wan Ismail sempena tahun ke-3 pentadbiran sebagai Menteri Besar Pahang.

Semoga negeri Pahang terus maju dan rakyat negeri Pahang terus hidup dalam negeri yang aman dan makmur dibawah kepimpinan beliau.

Dato’ Sri Wan Rosdy adalah sahabat... sebelum menjadi pemimpin besar dalam kerajaan, sebelum menjadi MB dan selepas menjadi MB.. terus kekal ‘humble’ dan mesra bersahabat..

( Gambar fail ketika bantuan banjir negeri Pahang )

29/04/2021

Salam Nuzul Al-Quran, 17 Ramadan 1442H buat semua muslimin dan muslimat.

Semoga kita tergolong dalam kalangan hambaNya yang terus mentaati kitab suci Al-Quran dalam kehidupan seharian kita.

19/03/2021

Berita gembira buat penyokong sukan

14/03/2021

Beliau sakit strok, lumpuh separuh badan.

Saya berkunjung ke kediaman veteran ATM kita, Saudara Mahammad Azehar di Taman Wira, Mergong Kedah bagi melihat sendiri keadaan beliau dan keluarga.

Semoga diberi kesembuhan dan dipermudahkan segala urusan harian.

Insya Allah kita akan buat yang terbaik bagi memastikan wira-wira kita yang bergelar veteran terus terbela.

26/02/2021

Pak Long dah cucuk vaksin. Kita daftar vaksinasi di App Maysejahtera masing-masing ya.

02/02/2021
31/01/2021
12/01/2021

Pak Long kita

08/01/2021

😢

01/01/2021
31/12/2020
18/12/2020

Arahan dari kerajaan amat jelas untuk tidak membenarkan kelab malam dan pusat hiburan kembali beroperasi buat masa ini dan masih di bawah senarai terlarang.

Premis seumpamanya tersenarai di bawah larangan kerajaan.

Namun demikian, tangkapan kerana operasi pusat hiburan berlaku hampir setiap hari walaupun sudah ada makluman dan peringatan dikeluarkan.

Pada 12 Disember 2020, tangkapan melibatkan aktiviti pusat hiburan mencatatkan jumlah tertinggi iaitu 292 tangkapan.

Untuk itu, saya minta pihak berkuasa tempatan (PBT) untuk bertegas dan tidak bertolak ansur sama ada menarik semula lesen premis terbabit yang sekali gus menghentikan operasi mereka untuk selamanya jika masih berdegil.

Kita semua bertanggungjawab sepenuhnya untuk mengekang dan seterusnya memutuskan rantaian penularan COVID-19 maka kerana itulah setiap arahan dan peraturan yang telah dikeluarkan mesti dipatuhi.

Kita perlu mengawal penularan wabak ini, sekiranya kita tidak mendapat kerjasama yang baik maka kita akan hidup dengan pandemik ini sampai bila-bila.

15/12/2020
07/12/2020
06/12/2020

Singgah ke Pasaraya Mukmin di pekan Bera.

Cari roti kering bergula untuk minum petang.

Kalau dicicah dengan kopi O, ☕sedap ni!

Address


Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Kami Sayang Pak Long Mail posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

  • Address
  • Alerts
  • Claim ownership or report listing
  • Want your business to be the top-listed Media Company?

Share