Selagi mana kita usaha dan niatkan sesuatu yang ikhlas dan jujur untuk kebaikkan.. pasti Allah tidak mengecewakan segala usaha yang kita lakukan.
#wanitakerjakeras #travelbusiness #travelbusinessowner
Rendahkan keegoan..Turuti perintah Ilahi..
Kerana ketaatan, redha dan syurga itu ada pd yang hak..
Fahami syariat dan agama serta amalkan..
Taati dan hormat itu bukan kerana manusia tp kerana Cinta pada Sang Maha Pencipta...🌼
Dahulukan yang hak dan hormati keduanya..Sayangi orang tua kerana disitulah hadirnya keberkatan dan ketenangan dalam hidup.
Allah rahsiakan takdir masa depan buat kita kerana 3 hal;
1) agar kita terus berbuat amal soleh sehingga kita wafat
2) agar kita bersangka baik kepada Allah kerana Allah Maha Ar Rahman dan Ar Rahim
3) agar kita bersungguh2 berbuat kebaikkan dan bersungguh dalam mengamalkannya..
Kita merancang, Allah juga merancang..Tetapi perancangan Allah adalah yang terbaik..❤
Kematian itu pasti...Berbuatlah kebaikkan dengan ikhlas dan jujur dalam segala perkara kerana kita tidak tahu kebaikkan apa yang akan menghantarkan kita ke syurga Allah..Semoga pengakhiran hidup kita dengan husnul khatimah..🌼
Kecantikan sebenar adalah dari terserlahnya akhlak dan sifat seseorang..🌼😊
Berusahalah dan Istiqamah menjadi baik.. jadikan pandangan Allah itu lebih utama..akhlak yang baik akan meruntunkan hati2 agar semakin dekat pd sang penciptaNya..🌼
Carilah sahabat yang baik..kerana Syafaat dari kawan yang Baik boleh mengeluarkan mu dari siksaan neraka Allah..🌼
مَثَلُ الجَلِيسِ الصَّالِحِ وَالسَّوْءِ، كَحَامِلِ المِسْكِ وَنَافِخِ الكِيرِ، فَحَامِلُ المِسْكِ: إِمَّا أَنْ يُحْذِيَكَ، وَإِمَّا أَنْ تَبْتَاعَ مِنْهُ، وَإِمَّا أَنْ تَجِدَ مِنْهُ رِيحًا طَيِّبَةً، وَنَافِخُ الكِيرِ: إِمَّا أَنْ يُحْرِقَ ثِيَابَكَ، وَإِمَّا أَنْ تَجِدَ رِيحًا خَبِيثَةً
Maksudnya: “Perumpamaan teman yang baik dan teman yang buruk adalah seperti seorang penjual minyak wangi dan seorang tukang besi. Adapun, penjual minyak wangi akan memberi kamu (manfaat minyak wangi tersebut), atau kamu membeli daripadanya, atau kamu mendapat bau yang harum daripadanya. Sedangkan tukang besi pula, akan membakar bajumu dan juga kamu mendapatkan bau yang busuk.” [Riwayat al-Bukhari (5534) dan Muslim (2628)]
Rezeki Minallah..Syukuri dan Hargai..🌼