BEST GILA

BEST GILA Laman perkongsian segala info dan berita positif dan BEST GILA!

Janganlaa susahkan abam polis... :P
02/02/2023

Janganlaa susahkan abam polis... :P

02/02/2023
RASMI KAMI MEMPERKENALKAN!!! PLAY STATION 5!!Setelah pelbagai gambaran yang telah dilakukan untuk melihat bagaimana bent...
12/06/2020

RASMI KAMI MEMPERKENALKAN!!! PLAY STATION 5!!

Setelah pelbagai gambaran yang telah dilakukan untuk melihat bagaimana bentuk PS5 yang bakal keluar, akhirnya ini lah sebenarnya rupanya dan sememangnya !! Apa lagi, Tag wife dan girlfriend korang!!!! Inilah hadiah idaman para jantan! 🤩

  kerusi ni, macam-macam jenis position boleh pakai 😂👏🏻Sumber : produkt.hunter
18/05/2020

kerusi ni, macam-macam jenis position boleh pakai 😂👏🏻

Sumber : produkt.hunter

12/04/2020

adik-adik dari Indonesia memasak nasi goreng ayam dengan cara tersendiri! Memang terhibur! Kalau boleh buat rancangan diorang, Chef Wan pun tergelak ni kalau tengok! 😂

🎥 : megiirawan


  kasut Nike Air khas untuk kaki pancing pakai! Tapi pakai nak jalan-jalan laa bukan untuk pegi memancing, tapi kalau ko...
11/04/2020

kasut Nike Air khas untuk kaki pancing pakai! Tapi pakai nak jalan-jalan laa bukan untuk pegi memancing, tapi kalau korang banyak duit nak buat jadi kasut gi memancing pun tak ada masaalah. Best gila detail kasut dia :

👟 Lace pengeras belakang die buat corak kayu ala-ala kayu boat
👟Nike lace tepi dia buat ada simbol ‘fish hook’, memang rare!
👟 Imej ombak pada bawah tu memang melambangkan kau ni pelaut

Kotak dia pun taknak kalah kau tengok!



Kredit : 18K

  controller  DualSense PlayStation5! Ya guys! Inilah controller RASMI untuk PS5 yang telah di pamerkan oleh pihak PlayS...
09/04/2020

controller DualSense PlayStation5! Ya guys! Inilah controller RASMI untuk PS5 yang telah di pamerkan oleh pihak PlayStation sendiri! Hype habis kalau tengok die punya rekabentuk ni! Berapa RM??

  rekabentuk BMW R9T yang telah dikostum khas oleh Mikhail Smolyanov & John Reed 🤯Tag rakan anda yang minat bidang permo...
07/04/2020

rekabentuk BMW R9T yang telah dikostum khas oleh Mikhail Smolyanov & John Reed 🤯

Tag rakan anda yang minat bidang permotoran!

  ke tak best kalau kena kuarantin macam ni? Info yang kami dapat ni diorang buat di Myanmar bagi pesakit yang positif C...
03/04/2020

ke tak best kalau kena kuarantin macam ni? Info yang kami dapat ni diorang buat di Myanmar bagi pesakit yang positif Covid-19. Kuarantin dalam pondok, dekat hutan.

So kepada rakyat Malaysia, bersyukur kerana kita mempunyai Fasiliti yang baik dalam menangani wabak ini. Bagi yang mengeluh duk rumah tu, boleh fikirkan sendiri 😎

  konsep katil dua tingkat bentuk rumah dari Aenny Chung. 🤩🤩🤩
21/03/2020

konsep katil dua tingkat bentuk rumah dari Aenny Chung. 🤩🤩🤩

SAMA-SAMA KITA BERGANDING BAHU DAN BEKERJASAMA MEMASTIKAN NEGARA KITA DAN DUNIA BEBAS DARI COVID-19!
17/03/2020

SAMA-SAMA KITA BERGANDING BAHU DAN BEKERJASAMA MEMASTIKAN NEGARA KITA DAN DUNIA BEBAS DARI COVID-19!

Someone’s about to be very happy! :’)
08/03/2020

Someone’s about to be very happy! :’)


BEST GILA kalau penggemar warna hitam tengok konsep hitam pada barangan ini!
03/03/2020

BEST GILA kalau penggemar warna hitam tengok konsep hitam pada barangan ini!


BEST GILA design tangga “Windows 98” yang dilakukan oleh Julien Rivoire👉Jom like & follow page  GILA  untuk lebih info m...
27/01/2020

BEST GILA design tangga “Windows 98” yang dilakukan oleh Julien Rivoire

👉Jom like & follow page GILA untuk lebih info mengenai apa yang terkini di 🌍

🔥 BEST GILA CALL OF DUTY MOBILE 🔥Siapa yang dah download dan main game Call Of Duty Mobile? Memang SUPER AWSOME kan! Tak...
03/10/2019

🔥 BEST GILA CALL OF DUTY MOBILE 🔥

Siapa yang dah download dan main game Call Of Duty Mobile? Memang SUPER AWSOME kan! Tak sangka game COD ini yang selalunya kita main pada PC atau PS4 akhirnya boleh dimainkan di phone masing-masing! Anda boleh muat turunnya di App Store (Iphone) atau Play Store (Android).

Graphic - Best Gila
Gameplay - Boleh Tahan
Rating - 4.5/5

Alamak adakah orang ramai bakal melupakan PUBG?😱😂


Best Gila iklan CCTV yang dihasilkan oleh Apix10 Studio iaitu syarikat Commercial CGI yang berasal dari Jakarta, Indones...
24/09/2019

Best Gila iklan CCTV yang dihasilkan oleh Apix10 Studio iaitu syarikat Commercial CGI yang berasal dari Jakarta, Indonesia.

Gambar yang dipaparkan menunjukkan peranan CCTV dan POV bagi CCTV itu mewakili siapa. Jom tengok!

1. Gambar Pertama : Kedai Runcit
CCTV = Ibarat Mata Tuan Kedai

2. Gambar Kedua : Ruang Pameran
CCTV = Ibarat Mata Pengawal Keselamatan

3. Gambar Ketiga : Ruang Kerja Pejabat
CCTV = Ibarat Mata Bos yang sentiasa memerhati

SANGAT KREATIF & SEMESTINYA BEST GILAA IDEA MEREKA!


BEST GILA RUPA DUCATI GT1000 APABILA DI 'TOUCH-UP' BALIK 🏍Ducati GT1000 ini adalah salah sebuah jentera yang diidami ole...
17/09/2019

BEST GILA RUPA DUCATI GT1000 APABILA DI 'TOUCH-UP' BALIK 🏍

Ducati GT1000 ini adalah salah sebuah jentera yang diidami oleh jejaka-jejaka pada awal tahun 2000 dahulu di Eropah dan ianya pertama kali diperkenalkan di Jepun pada tahun 2003 dan mula dijual sekitar tahun 2005 kepada orang ramai. Rupa asalnya dah cun tetapi tidaklah secun seperti yang anda lihat ini. Rupa yang super padu ini setelah diperbaharui + di touch-up oleh Purpose Built Moto iaitu syarikat dari Australia yang telah merubah bentuk motor ini menjadi sesuatu yang fresh, moden dan semestinya HENSEM TERUK! Semestinya anda terasa nak cuba bawak dari Perlis ke Johor kan! Konfem Hensem!

Model : DUCATI GT1000
Jenama : DUCATI
Kostum : Purpose Built Moto



LIKE & SHARE TANDA KITA   BUAT ABANG, KAKAK, ADIK YANG BEKERJA SEBAGAI  'RIDER' PENGHANTAR MAKANAN KINI 🙌Kini dilihat se...
15/09/2019

LIKE & SHARE TANDA KITA BUAT ABANG, KAKAK, ADIK YANG BEKERJA SEBAGAI 'RIDER' PENGHANTAR MAKANAN KINI 🙌

Kini dilihat semakin bertambah bilangan rakyat Malaysia yang menjadikan food delivery rider sebagai kerjaya mereka! Tidak kira foodpanda, GrabFood , dahmakan dan sebagainya, semestinya ia bukan suatu tugas yang mudah buat mereka terutamanya apabila melibatkan perjalanan dijalan raya yang penuh sibuk yang semestinya boleh mendatangkan risiko keselamatan buat mereka. Tetapi mereka tetap COOL, SABAR, dan akan memastikan MAKANAN anda tiba, dan semestinya memastikan anda dapat makan mengikut masa dan ketika walau dimana jua anda berada! Jom bersama BEST GILA kita share tanda sokongan buat mereka!


BEST GILA Pemegang telur untuk didihan yang kelihatan seperti 6 ekor Penguin 🐧Ini adalah pemegang telur untuk didihan ya...
01/09/2019

BEST GILA Pemegang telur untuk didihan yang kelihatan seperti 6 ekor Penguin 🐧

Ini adalah pemegang telur untuk didihan yang direka khas oleh Peleg Design dan dijual kepada orang ramai dengan harga $18. Jika dilihat ianya akan kelihatan seperti 6 ekor Penguin apabila diletakkan telur padanya. Apa yang menarik jika diletakkan kedalam air panas yang mendidih, pemegang ini tidak akan merasa panas apabila kita memegangnya. Tetapi jika ikut logik akal, macammana mereka boleh terfikir rekabentuk ini sedangkan Penguin tidak bertelur? 🤣



BEST GILA BILA BINATANG DIGABUNGKAN DENGAN MAKANAN HARIAN 🐅🍊Gambar manipulasi kreatif karya Ronald Ong ini memaparkan be...
28/08/2019

BEST GILA BILA BINATANG DIGABUNGKAN DENGAN MAKANAN HARIAN 🐅🍊

Gambar manipulasi kreatif karya Ronald Ong ini memaparkan beberapa haiwan liar yang di 'merge' kan dengan makan harian yang kita makan seperti Roti, biskut oreo, buah pisang, buah orange! Memang best gila sebab nampak real gila! Gabungan Fox dan roti tu rasanya paling WIN!



BEST GILA rupa PlayStation 5 yang bakal menemui anda!Kepada Gamers kental semestinya sudah tidak sabar untuk melihat rup...
27/08/2019

BEST GILA rupa PlayStation 5 yang bakal menemui anda!

Kepada Gamers kental semestinya sudah tidak sabar untuk melihat rupa sebenar PS5 dan semestinya tidak sabar untuk memilikinya! Ini adalah rupa bentuk yang dikeluarkan oleh LetsGoDigital menunjukkan bagaimana rupa PS5 yang akan dikeluarkan nanti.

REKABENTUK :
Antara unsur 'key design' bagi PS5 ini dilihat patent yang berada di atas console ini mempunyai shape huruf "V" yang dikatakan bagi meratakan laluan angin secara tidak langsung untuk mengekalkan suhu console ini (lambat panas) mungkin?
Ada juga yang menyatakan shape V ini adalah gesture huruf Roman yang mewakili nombor 5 (V = 5). Boleh jadi juga kan?

PS5 dijangka mempunyai 'groundbreaking specs' seperti 8K game capability, 8-core AMD Ryzen processor dan SSD untuk mempercepatkan masa loading! Perghhh memangggggg toplist laaa untuk dapatkan benda alah ni!!

Apa-apa pun kita tunggu!!!!



BEST GILA ASTRO DULU-DULU 📡Siapa yang masih ingat logo lama Astro? Kalau yang dah lama pakai Astro ni mesti ada card dia...
25/08/2019

BEST GILA ASTRO DULU-DULU 📡

Siapa yang masih ingat logo lama Astro? Kalau yang dah lama pakai Astro ni mesti ada card dia yang ni kan? Zaman ni Astro hantar buku guide channel kita boleh tengok cerita apa dia akan siar, hari apa, pukul berapa. Zaman ni kalau gaduh adik beradik nak tengok tv, mak ayah cabut kad ni semua tak dapat tengok! Yang best lagi dia punya decorder nak sama besar dengan dapur gas.😂

GOOD OLD DAYS!


Best Gila Basikal Elektrik Harley Davidson untuk kanak-kanak! 🧡🖤Dua model basikal elektrik telah dilancarkan oleh Harley...
23/08/2019

Best Gila Basikal Elektrik Harley Davidson untuk kanak-kanak! 🧡🖤

Dua model basikal elektrik telah dilancarkan oleh Harley Davidson yang boleh digunakan oleh kanak-kanak berumur 3 tahun. IronE12 dihasilkan untuk penunggang berumur 3-5 tahun dengan tayar sebesar 30 cm dan hanya seberat 7.7 kg. Sementara itu IronE16 adalah untuk kanak-kanak berumur 5-7 tahun dengan tayar sebesar 40 cm dan hanya seberat 8.6 kg.

Motor elektrik diletakkan di dalam hab tayar belakang dengan pendikit diletakkan pada bahagian pemegang. Dengan sekali caj, kedua-dua model boleh beroperasi sehingga 60 minit dengan kelajuan maksimum 17 km/j. Bateri boleh ditanggalkan untuk dicaj dan basikal berubah menjadi kenderaan sorong biasa tanpa kuasa. Harga jualan bermula dari $649 (~RM 2710) sebuah.

Bagi yang nak bagi anak-anak lasak bolehhh laaa kumpul duit siap-siap!


BEST GILA GO-JEK LULUS MASUK MALAYSIA! 🛵Go-Jek adalah merupakan perkhidmatan teksi yang seakan-akan Grab tetapi mengguna...
22/08/2019

BEST GILA GO-JEK LULUS MASUK MALAYSIA! 🛵

Go-Jek adalah merupakan perkhidmatan teksi yang seakan-akan Grab tetapi menggunakan motosikal diberitakan telah diluluskan untuk beroperasi di Malaysia. Go-Jek adalah syarikat rangkaian pengangkutan dan permulaan logistik yang berpusat di Indonesia. Go-Jek dijangka dapat membantu anak-anak muda di Malaysia untuk membantu golongan anak muda yang mempunyai motosikal untuk membuat perniagaan kecil menggunakan mod kenderaan itu.

Agak-agak perempuan boleh apply tak? bahaya tak??😂


21/08/2019

⚽️BEST GILA gol pemain Terengganu FC II, Ashari Samsudin dalam saingan Challenge Cup pada petang tadi. Macam gol level-level Eropah ni!


  our flag!
21/08/2019

our flag!

🍟 BEST GILA BOLEH TUKAR NAMA MCDONALD KE MEKDI?MCDONALD’S Malaysia telah menukar papan tanda restorannya di Bukit Bintan...
21/08/2019

🍟 BEST GILA BOLEH TUKAR NAMA MCDONALD KE MEKDI?

MCDONALD’S Malaysia telah menukar papan tanda restorannya di Bukit Bintang kepada 'Mekdi', iaitu slang tempatan bagi singkatan perkataan McD.Cawangan berkenaan juga adalah restoran McDonald’s yang pertama di Malaysia dan dibuka pada 1982.

Naib Presiden dan Ketua Pegawai Pemasarannya, Melati Abdul Hai berkata, nama Mekdi akan digunakan untuk tempoh sementara sempena sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia.

“Sebagai tanda penghargaan atas sokongan berterusan pelanggan, kami telah memutuskan untuk menerima pakai nama panggilan mesra Mekdi yang diberikan kepada kami, di mana ia kini sinonim dengan jenama McDonald’s,” katanya dalam kenyataan di Kuala Lumpur, hari ini.

Agak-agak kalau kedai apa lagi di Malaysia yang boleh tukar macam Mekdi ni? 😂


BEST GILA ADIDAS FUTSAL PARK SHIBUYA JAPAN! Korang pernah terfikir tak nak main futsal malam-malam dekat atas bangunan t...
21/08/2019

BEST GILA ADIDAS FUTSAL PARK SHIBUYA JAPAN! Korang pernah terfikir tak nak main futsal malam-malam dekat atas bangunan tengah-tangah bandaraya besar? di Jepun mereka telah lakukannya sejak 2001.

Ianya bermula apabila Tokyo Sports System Co. mengesan di bandar mereka sudah tidak mempunyai ruang/tanah untuk membina padang dan kelengkapan fasiliti bola sepak/futsal dan mana-mana sukan yang lain. Ini membuatkan mereka terfikir untuk membina fasiliti dan kemudahan ini diatas bangunan yang telah dibina dan antara MASTERPIECE mereka ini lah dia, Adidas Futsal Park Shibuya.

Dilaporkan gelanggang ini siang malam full-book! Siap ada sediakan membership card untuk orang ramai dan soccer school disini. Memang best gila woi!


20/08/2019

BEST GILA PARODY LAGU BAL DARI FKK HEROES STUDIO 😂

Best woi FKK Heroes buat parody lagu BAL oleh Caprice, MK, Tuju & Zynakal! Dari BAL dia boleh tukar jadi DHAL!!! bukan saja lawak, tapi susunan ayat semua PADUKKKK!!! Menangis ni dengar...

Nak yang High Quality dan original boleh ke channel diorang FKK HEROES STUDIO dan jangan lupa Subscribe channel mereka!

FKK HEROES STUDIO DAL LINK :
https://www.youtube.com/watch?v=ukK61RttMxc

BEST GILA pejabat Mastermind Japan! Jenama 'streetwear' dari negara matahari terbit, Jepun iaitu Mastermind telah mempam...
19/08/2019

BEST GILA pejabat Mastermind Japan!

Jenama 'streetwear' dari negara matahari terbit, Jepun iaitu Mastermind telah mempamerkan rekabentuk dan konsep pejabat mereka yang terbaru yang dilihat sangat SUPERB dan CLEAN dan semestinya membawa tema warna jenama mereka iaitu hitam dan putih mewujudkan suasana "luxury Punk". Apa yang menarik, pereka interrior pejabat mereka ini mengambil segala unsur yang terdapat pada pakaian yang dikeluarkan oleh jenama ini untuk diubah kepada susunan dan rekabentuk pejabat mereka.


BEST GILA boleh lepas geram! 👊Di New York mereka telah menyediakan 'Beg Menumbuk' untuk warga kota yang stress kerja ata...
17/08/2019

BEST GILA boleh lepas geram! 👊

Di New York mereka telah menyediakan 'Beg Menumbuk' untuk warga kota yang stress kerja atau mengalami tekanan hidup dan terasa nak lepas geram. Mereka boleh menumpuk bertubi-tubi bagi keluarkan semua sangka-kala dalam hati sanubari mereka sehingga rasa hilang stress tersebut.

Beg ini diletakkan di tempat awam di kawasan Chelsea, Soho dan Washington Park. Beg menumbuk ini dicipta oleh firma rekaan sempena New York Design Week. Agak-agak kalau letak kat Malaysia ni jadi macammana? Orang kita lepas geram tak? Ke hari ni pasang esok hilang?😂


BEST GILA Shopee menjadikan Cristiano Ronaldo sebagai Brand Ambassador mereka!Gila tak gila kan Shopee punya marketing, ...
15/08/2019

BEST GILA Shopee menjadikan Cristiano Ronaldo sebagai Brand Ambassador mereka!

Gila tak gila kan Shopee punya marketing, dalam masa 3 tahun boleh kalahkan Zalora, kalahkan Lazada dan kali ni Shopee naik ke satu level lagi apabila berjaya menjadikan pemain terkenal dunia, Cristiano Ronaldo sebagai brand ambassador mereka!

Syarikat yang berpangkalan di Singapura ini mula berkembang pesat di Malaysia dan berjaya memecah masuk pasaran Indonesia dan kini target mereka untuk pecah masuk pasaran dunia!



BEST GILA MERDEKA : Tahukah anda TUGU NEGARA pernah dibom oleh pihak Komunis pada ulang tahun ke-38 kemerdekaan. Sempena...
15/08/2019

BEST GILA MERDEKA : Tahukah anda TUGU NEGARA pernah dibom oleh pihak Komunis pada ulang tahun ke-38 kemerdekaan.

Sempena bulan kemerdekaan mari dapatkan sedikit maklumat bersejarah untuk hari ini. Umum diketahui Tugu Negara dibuka pada tahun 1966 untuk memperingati lebih dari 11 000 perajurit yang mati di dalam perang dunia pertama, kedua dan darurat. Tugu setinggi 15 meter ini diukir oleh Felix De Weldon, pengukir yang berasal dari Amerika Syarikat. Felix dipilih sendiri oleh Tunku Abdul Rahman untuk mengukir patung-patung Tugu Negara kerana kagum dengan kerja beliau menghasilkan monumen Iwo Jiwa untuk askar Marin Amerika Syarikat.

Tahukah anda pada hari ni 38 tahun yang lalu tugu ini dibom oleh komunis? Yep pada pukul 5 pagi, 27 Ogos 1975 Tugu Negara digegarkan oleh letupan bom. Akibatnya sebuah patuh rebah ke tanah manakala dua lagi kepala patung terpancung. Kerosakan yang dialami tugu tidak berapa teruk kerana hanya 1 daripada 3 bom yang diletakkan pengganas meletup. Letupan di monumen ini menyebabkan Tugu Negara terpaksa ditutup sehingga 11 Mei 1977.

SELAMAT HARI KEMERDEKAAN YANG KE-61 MALAYSIA!
Sumber : BS


BEST GILA SNEAKERS 👟Nike akan re-releasing sekali lagi Nike Adapt BB  pada hari ini! Nike akan keluarkan lagi "Mag" colo...
14/08/2019

BEST GILA SNEAKERS 👟

Nike akan re-releasing sekali lagi Nike Adapt BB pada hari ini! Nike akan keluarkan lagi "Mag" colorway iaitu bersama-sama warna "Black" dan "Wolf Grey". Sneakers freak bolehla bukak wallet masing-masing, cucuk duit, pinjam duit kawan-kawan dan sebagainya.




BEST GILA geng permotoran RS150R dari Malaysia telah tiba ke tanah suci Mekkah! Apa yang menarik dari Malaysia mereka ha...
13/08/2019

BEST GILA geng permotoran RS150R dari Malaysia telah tiba ke tanah suci Mekkah! Apa yang menarik dari Malaysia mereka hanya menaiki motosikal Honda RS! Memang ini dinamakan rider yang true dan rider yang mempunyai iman! Semoga Allah memelihara perjalanan mereka pergi dan balik dan selamat menunaikan ibadah haji buat semua!

Kredit gambar : Saudara Shukor Rahim

BEST GILA pejabat Google di Malaysia! Seperti yang kita tahu Google memang mempunyai konsep rekabentuk pejabat yang sang...
13/08/2019

BEST GILA pejabat Google di Malaysia! Seperti yang kita tahu Google memang mempunyai konsep rekabentuk pejabat yang sangat mesra pekerja diseluruh dunia! Pekerja nak datang kerja pun tak boring! Masuk ofis je hati rasa tenang jiwa rasa senang, mana taknya dah macam tempat untuk kita santai, tapi jangan santai sangat sampai tak siap kerja! 😂


Address


Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when BEST GILA posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Videos

Shortcuts

  • Address
  • Alerts
  • Videos
  • Claim ownership or report listing
  • Want your business to be the top-listed Media Company?

Share