30/09/2019
[ Jom Sembang ]
Hallu geng, hari ni xder patch baru yang keluar tapi abam nak sembang sikit tentang 2 spell baru yang ada dalam Mobile Legends: Bang Bang, Flameshot dan Revitalize. Sebab tu lah tajuk abam letak adalah sembang sembang sahaja. Kepada yang mungkin x faham sangat 2 spell ini.
(FLAMESHOT) - Rating 3/10
-Damage
-Kesan Slow
-Kesan knockback
Secara ringkasnya, baling satu bola api menegak ke hadapan. Kalau pihak lawan terkena, akan diperlahankan dan ditolak ke belakang.
Damage bergantung kepada jarak, lebih jauh, lebih damage dan lebih tinggi magic power korang ada, lebih kuat bola api ini.
Hmmmm, sukar untuk abam membayangkan cara penggunaan spell ini. Mungkin tank magic power (Johnson, Khufra) boleh guna, serang dari belakang, dan guna spell ini untuk tolak pihak lawan ke team sendiri. Dan lagi tinggi magic power, lagi tinggi damage bola api ini. Dalam map biasa abam xnampak fungsi dia. Tapi dalam Brawl mungkin boleh, baling api untuk poke. Tu jer lah kot? hahahahaha
(REVITALIZE) - Rating 8.5/10
- Heal 2.5% max hp setiap 0.5saat
- Memperkuatkan semua heal dan shield yang diterima sebanyak 40%
Mungkin ramai yang menonton MPL dan memikirkan kenapa Hylos kembali kedalam meta dan inilah sebabnya. Hylos sememangnya tank yang mempunyai MAX HP yang tinggi dan Glorious Pathway memberikan heal jadi lagi banyak lah heal yang Hylos dapat.
Sebagai contoh. Duduk atas pathway, menyembuhkan anda sebanyak 500hp, buka Revitalize, anda akan dapat extra 200hp + 2.5 maxhp. Bermaksud 140% heal dan 2.5% max hp.
Dan ingat ya, ianya berfungsi kepada shield, jadi Esmeralda, Harith, Johnson, dan semua yang banyak shield akan dapat kesan yang besar. Sebagai contoh shield Esmeralda 2000 sekarang 2800 kalau atas Revitalize. Juga berkesan kepada Belerick.
"Abam, Esme dengan Harith lagi elok guna spell Retribution, lambat lah farm nanti! NOOB!"
Ya, memang xperlu pon Esme atau Harith guna spell Revitalize, disini lah support/tank memainkan peranan. Kesan ini dikongsi semua orang yang menyebabkan spell ini sangat berguna dalam perlawanan.
"Abam, kan ada Necklace of Durance and Sea Halberd. Diorang xleh heal banyak sangat."
Ya ianya mengurangkan heal yang diterima, tetapi dalam matematiknya, item ini mengurangkan 50% heal. Sekarang kita ada 140% heal + 2.5% MAX HP, separuh dari ini adalah 70% + 1.25% MAX HP, yang mana masih lagi SANGAT SANGAT BANYAK. Belum kira kalau buat Oracle lagi ya. Sebab itu lah abam merasakan spell ini sangat kuat apabila digunakan di tangan yang betul.
Selamat Mencuba! Harap tak bosan melayan celoteh abam mengenai 2 spell ini! Bubye!