8Channels

8Channels Tawau, Sabah
(1)

BARANG JATUH TENGAH JALANSeorang saudara kita menemui sekarung barang seperti dalam gambar di Jalan Apas batu 2!! Warga ...
21/04/2021

BARANG JATUH TENGAH JALAN
Seorang saudara kita menemui sekarung barang seperti dalam gambar di Jalan Apas batu 2!! Warga Tawau mohon kongsikan post sampai jumpa pemiliknya!!
Bagi sesiapa yang kehilangannya, sila hubungi saudara Adie lalui talian 010-222 4038 untuk tuntut semula barangan anda.

Trma kasih ustat dtg k tawau..u
09/02/2021

Trma kasih ustat dtg k tawau..u

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2021/02/672766/lelaki-provokasi-polis-dilanjut-reman Tawau: Tempoh reman lelaki yang ...
09/02/2021

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2021/02/672766/lelaki-provokasi-polis-dilanjut-reman

Tawau: Tempoh reman lelaki yang menghalang dan mengganggu tugas polis ketika menjalankan Op Covid Team Pemantauan dan Pematuhan SOP dekat Taman Semarak di sini, dilanjutkan tiga hari lagi bermula hari ini bagi melengkapkan siasatan.

Tawau: Tempoh reman lelaki yang menghalang dan mengganggu tugas polis ketika menjalankan Op Covid Team Pemantauan dan Pematuhan SOP dekat Taman Semarak di sini, dilanjutkan tiga hari lagi bermula hari ini bagi melengkapkan siasatan.

hujan bikin galaukan
30/12/2020

hujan bikin galaukan

23/12/2020

Kota Kinabalu: Sabah bakal menjadi antara negeri terawal melarang penggunaan beg plastik sekali guna dan penyedut minuman plastik menerusi penggubalan undang-undang berkaitan.

Kota Kinabalu: Seramai 20,000 usahawan di seluruh Sabah sudah mendapat manfaat bantuan 'one-off' RM1,000 bagi meringanka...
22/12/2020

Kota Kinabalu: Seramai 20,000 usahawan di seluruh Sabah sudah mendapat manfaat bantuan 'one-off' RM1,000 bagi meringankan beban mereka.

Menteri Pembangunan Perindustrian negeri Datuk Dr Joachim Gunsalam berkata, pihaknya sedar ramai usahawan terutamanya usahawan industri kecil dan sederhana (IKS) yang terjejas terutamanya daripada segi kewangan sepanjang pandemik Covid-19.

"Kerajaan negeri juga menyediakan bantuan kepada usahawan IKS melalui program Bantuan Usahawan Industri Kecil dan Sederhana (BAIKS) dan setakat ini, 1,070 usahawan sudah mendapat manfaat daripadanya.

"Ia berupa geran pembelian mesin dan kelengkapan serta pembungkusan produk kepada usahawan. Setakat ini, RM10 juta sudah dibelanjakan untuk membantu usahawan ini.

"Kerajaan negeri juga tidak melupakan usahawan mikro dan kotej dengan menyediakan bantuan kewangan sekali bayar RM1,000 untuk meringankan beban aliran kewangan mereka," katanya.

Beliau menjawab soalan Datuk Jaujan Sambakong (Warisan-Sulabayan) pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Joachim berkata, kerajaan negeri juga menyediakan platform pemasaran digital kepada usahawan.

"Kami sudah melancarkan platform e-dagang untuk memasarkan produk IKS secara dalam talian yang dinamakan Gobiz dan setakat ini, berjaya membantu meningkatkan pemasaran produk kepada lebih 155 usahawan IKS Sabah.

"Selain itu, kami juga mewujudkan Pusat Produk IKS dikendalikan Jabatan Pembangunan Perindustrian dan Penyelidikan untuk kemudahan usahawan IKS Sabah.

"Setakat ini, Pusat Produk IKS ini mempunyai lebih daripada 1,000 jenis produk IKS yang boleh dijual," katanya.

Joachim yang juga Timbalan Ketua Menteri berkata, pihaknya juga bekerjasama dengan Pasaraya Bataras bagi memasarkan produk usahawan.

Selain itu, kerjasama dengan SIRIM Berhad juga dilaksanakan melalui program 'Fraunhofer' untuk meningkatkan kapasiti pengeluaran syarikat IKS di Sabah.

"Di bawah program ini, kerajaan menyediakan geran RM250,000 kepada setiap IKS yang layak untuk menerima pembiayaan peningkatan-teknologi melalui automasi dan inovasi.

"Pada tahun ini, 25 syarikat sudah menerima bantuan di bawah program ini," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 22 Disember 2020 @ 2:04 PM

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2020/12/655862/20000-usahawan-sabah-terjejas-terima-bantuan-rm1000

Kota Kinabalu: Seramai 20,000 usahawan di seluruh Sabah sudah mendapat manfaat bantuan ‘one-off’ RM1,000 bagi meringankan beban mereka.

Wishing you peace and blessings this Christmas
19/12/2020

Wishing you peace and blessings this Christmas

ADIK-ADIK COMEL PENJUAL KUIH MUIH DI PASIR PUTIH TAWAU Melentur buluh biarlah dari rebungnya, mendidik anak biarlah seja...
17/11/2020

ADIK-ADIK COMEL PENJUAL KUIH MUIH DI PASIR PUTIH TAWAU
Melentur buluh biarlah dari rebungnya,
mendidik anak biarlah sejak kecilnya.
Terbaik ibu bapa adik-adik ni mengajar anaknya mencari rezeki sejak dari kecil. Semoga jualan laris manis ya adik manis.
Buat penduduk Kampung Pasir Putih, kalau tengok adik ni menjual kuih, nak singgah kamu membeli ah. Kasi laku jualan adik ni.
Kita kasi laku ya sobak-sobakku. 🌹❤️
kredit: Allang Oh Allang

terbaik kerajaan baru.tiada yang mustahil untuk rakyat
06/11/2020

terbaik kerajaan baru.
tiada yang mustahil untuk rakyat

PRN Sabah: Tiada undi pos kepada Pengundi Luar KawasanOleh Rafiqah Dahalibhnews@bh.com.myKONGSI ARTIKELShare TweetKOTA K...
15/08/2020

PRN Sabah: Tiada undi pos kepada Pengundi Luar Kawasan
Oleh Rafiqah Dahali
[email protected]
KONGSI ARTIKEL
Share

Tweet
KOTA KINABALU: Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) tidak bercadang untuk memberi kemudahan undi pos kepada pengundi Sabah yang berada di Semenanjung Malaysia dan Sarawak bagi mengundi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah kelak.

Timbalan Pengerusi SPR, Dr Azmi Sharom dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini, berkata pihaknya mengambil maklum mengenai saranan badan bukan kerajaan (NGO), Global Bersih supaya pihaknya memberi kemudahan undi pos untuk rakyat Sabah di luar Sabah.

"Bagaimanapun, buat masa ini, SPR tidak bercadang untuk memberi kemudahan undi pos kepada pengundi Sabah yang berada di luar Sabah seperti di Sarawak atau Semenanjung Malaysia.

"Sebarang penambahbaikan hanya boleh dilakukan jika dan apabila ketelusan proses pemilihan dapat dikekalkan," katanya.

Sebelum ini, Global Bersih menerusi kenyataan media pada 5 Ogos menyarankan SPR memberi kemudahan undi pos kepada Pengundi Luar Kawasan (PLK) bagi pelaksanaan PRN di Sabah kelak.

Azmi berkata, pihaknya akan terus berusaha memperbaiki proses pengundian pos, selain daripada meneroka pilihan alternatif untuk PLK.

"SPR memberi perhatian yang sewajarnya di bawah pelan penambahbaikan dengan sebuah jawatankuasa yang dibentuk khusus untuk mengkaji isu ini.

"Ini adalah satu proses yang tidak boleh tergesa-gesa dan apa-apa penambahbaikan mesti dilakukan dengan berhati-hati," katanya.

Azmi turut memaklumkan SPR akan menggunakan khidmat kurier antarabangsa bagi penghantaran sampul undi pos luar

negara.

Ini disebabkan terdapat pemberhentian sementara perkhidmatan mel dan bungkusan antarabangsa serta Perkhidmatan Mel Ekspres (EMS) Pos Malaysia ke semua destinasi antarabangsa kecuali Singapura sejak 3 Ogos lalu.

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/08/721438/prn-sabah-tiada-undi-pos-kepada-pengundi-luar-kawasan

KOTA KINABALU: Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) tidak bercadang untuk memberi kemudahan undi pos kepada pengundi Sabah yang berada di Semenanjung Malaysia dan Sarawak bagi mengundi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah kelak.

BSH fasa ketiga manfaatkan 4.28 juta penerimaOleh Mohd Zaky Zainuddinzaky@bh.com.myKONGSI ARTIKELShare TweetPUTRAJAYA: P...
04/08/2020

BSH fasa ketiga manfaatkan 4.28 juta penerima

Oleh Mohd Zaky Zainuddin
[email protected]
KONGSI ARTIKEL
Share

Tweet
PUTRAJAYA: Pembayaran Bantuan Sara Hidup (BSH) fasa ketiga sudah mula disalurkan bermula 24 Julai lalu membabitkan peruntukan hampir RM3 bilion.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, berkata bantuan tunai dari kerajaan itu dapat dimanfaatkan kira-kira 4.28 juta penerima BSH merangkumi 3.75 juta isi rumah dan 530,000 bujang berusia 40 hingga 59 tahun.

Katanya, kadar BSH yang akan diterima juga mengambil kira 3.8 juta anak penerima BSH berumur 18 tahun ke bawah.

"Sehingga 31 Julai 2020, (bagi) BSH fasa ketiga, seramai 4.13 juta penerima telah berjaya dikreditkan ke dalam akaun bank membabitkan bayaran RM 2.7 bilion. Penerima BSH yang diluluskan tetapi tidak dapat dikreditkan ke dalam akaun bank boleh menuntut secara tunai di mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN)," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berkongsi Laporan LAKSANA Ke-11 pelaksanaan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) dan Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) menerusi Facebook, hari ini.

Tengku Zafrul berkata, bagi mereka yang ingin membuat rayuan, tempoh permohonan rayuan akan dibuka mulai 7 Ogos hingga 6 September 2020 secara dalam talian di portal BSH https://bsh.hasil.gov.my.

"Pemohon juga boleh hadir di mana-mana cawangan Lembaga hasil Dalam Negeri (LHDN) atau Pusat Khidmat Hasil (PKH) dan Pusat Transformasi Bandar (UTC). Sila sertakan dokumen yang berkaitan untuk diverifikasi semula oleh LHDN," katanya.

Bagi komuniti yang tinggal di pedalaman, beliau menjelaskan, proses pengagihan bantuan memerlukan usaha yang lebih tinggi dari kebiasaan oleh pihak berkepentingan yang terbabit.

"Ini termasuklah menaiki bot ke p**au, perjalanan berjam-jam merentas hutan dan sebagainya oleh rakan-rakan kerja Kementerian Kewangan (M*F), BSN serta Perbendaharaan Malaysia Sabah dan Sarawak yang terbabit.

"Alhamdulillah, proses agihan BSH dan Bantuan Prihatin Nasional (BPN) secara tunai untuk lebih 50,000 penerima pedalaman Sabah dan Sarawak membabitkan 30 lokasi di Sarawak dan sembilan lokasi di Sabah telah selesai pada 31 Julai lalu," katanya.

Tengku Zafrul turut berkongsi berita baik untuk pemandu bas sekolah apabila kerajaan akan menyalurkan bantuan membabitkan kira-kira 30,000 pemandu.

"Bantuan ini dijangka akan dibuat pada 14 Ogos ini," katanya.

Perbendaharaan Malaysia Sarawak dan Sabah melalui Kementerian Kewangan Malaysia telah menyelaraskan pembukaan Kaunter BSH bagi pembayaran BSH 2020 Kawasan Pedalaman Sarawak dan Sabah. LHDNM dan BSN akan berada di lokasi mengikut tarikh seperti jadual yang telah ditetapkan

~ Teck Guan Cocoa Village terletak kira-kira 45 minit dari bandar Tawau. ~ Terletak di Quion Hill, tanah vulkanik yang s...
15/07/2020

~ Teck Guan Cocoa Village terletak kira-kira 45 minit dari bandar Tawau.
~ Terletak di Quion Hill, tanah vulkanik yang subur untuk tanaman koko. Selain menyaksikan rantaian penanaman koko dari biji benih, di sini terletaknya air terjun setinggi 75 kaki dan merupakan sebahagian daripada sungai Balung.
~ Makanan tengah hari yang menyelerakan turut disediakan bersama dengan hidangan pencuci mulut koko dan pelbagai buah-buahan tropika.
TARIKAN UTAMA
~ Rantaian penanaman koko melalui demonstrasi praktikal
~ Menerokai Air Terjun di Teck Guan Cultural Spring
~ Sambil menikmati udara nyaman dan pemandangan ladang di “Sundeck" village

Taman Bukit Tawau Bukan Sekadar Destinasi Rekreasi Semulajadi
12/07/2020

Taman Bukit Tawau Bukan Sekadar Destinasi Rekreasi Semulajadi

JENAYAH‘Ratah’ Anak Saudara Sejak Dua Tahun LaluTAWAU: Seorang remaja perempuan berusia 17 tahun dipercayai menjadi pemu...
09/07/2020

JENAYAH
‘Ratah’ Anak Saudara Sejak Dua Tahun Lalu

TAWAU: Seorang remaja perempuan berusia 17 tahun dipercayai menjadi pemuas nafsu bapa saudaranya sejak dua tahun lalu dalam kejadian di Kampung Kuala Merotai, Tawau.

Menurut sumber, mangsa yang tidak tahan dengan perbuatan suspek berusia 49 tahun itu, nekad melarikan diri pada 20 Jun lalu sebelum mengambil keputusan tinggal di rumah saudaranya.


“Bagaimanapun, ahli keluarga mangsa yang curiga dengan tindakannya melarikan diri selain perubahan mangsa yang kerap dilihat murung kemudiannya bertanyakan mengenai hal itu.

“Selepas dipujuk, mangsa akhirnya menceritakan kejadian sebenar menimpa dirinya selain mendakwa dirogol bapa saudaranya berulang kali sejak 2018,” katanya.

Berikutan itu, satu laporan polis dibuat oleh ahli keluarga mangsa di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tawau, kira-kira 10.45 pagi semalam.


Bertindak atas laporan itu, sepasukan anggota dari Balai Polis Bombalai menahan suspek di kawasan Merotai Besar pada hari sama.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Peter Umbuas, ketika dihubungi mengesahkan tangkapan dan perintah reman ke atas suspek dikeluarkan majistret di Mahkamah Majistret Tawau, pagi tadi.

“Suspek ditahan reman selama tujuh hari bermula hari ini untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 376, Kanun Keseksaan kerana merogol,” katanya. – HMetro

07/07/2020

oH!!!~ HuJaN SeHaRiaN... SeJaK aKHiR2 Ni,

guru sifu
04/07/2020

guru sifu

23/06/2020

teruskan melawan covid

Covid-19: 80 Sembuh, Tinggal 2 Kes Aktif Masih Dirawat Di Hospital Tawau>TAWAU; 21 MEI 2020 (Khamis) – Daerah Tawau mere...
21/05/2020

Covid-19: 80 Sembuh, Tinggal 2 Kes Aktif Masih Dirawat Di Hospital Tawau>

TAWAU; 21 MEI 2020 (Khamis) – Daerah Tawau merekodkan satu lagi tambahan kes sembuh semalam menjadikan jumlah keseluruhan sembuh pesakit COVID-19 seramai 80 orang.

Berdasarkan laporan Infografik dikeluarkan Menteri Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat Sabah semalam, Tawau hanya berbaki 2 kes aktif yang masih dirawat di Hospital Tawau.

Berdasarkan laporan tersebut, Tawau disenarai di zon kuning bagi kes aktif dan berdasarkan kiraan kumulatif, Tawau yang mencatatkan sebanyak 83 kes keseluruhan berada di zon merah bersama dua daerah lain Kota Kinabalu dan Lahad Datu.

Sementara itu, daerah Kunak yang kekal dengan 8 kes, masih berbaki satu kes aktif masih dirawat yang juga merupakan kes dirawat semula.

Manakala, Daerah Semporna kekal 5 kes dan tiga kes masih dirawat di wad hospital.

KOTA KINABALU: Kerajaan negeri menangguhkan sementara penerbangan balik pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) dari Se...
18/05/2020

KOTA KINABALU: Kerajaan negeri menangguhkan sementara penerbangan balik pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) dari Semenanjung serta Sarawak ke Sabah bermula hari ini.

Menteri Pelajaran dan Inovasi Sabah, Datuk Dr Yusof Yacob, berkata ia bagi mengelakkan berlakunya kesesakan di pusat kuarantin sedia ada selain tidak mahu menempatkan pelajar di tempat yang kurang selesa.

"Pusat kuarantin yang sedia ada tidak dapat menampung jumlah pelajar dan orang awam yang terlalu ramai pada satu-satu masa.

"Bilangan pelajar yang dijangka balik ke negeri ini adalah berjumlah 6,796 orang. Oleh itu, kita menjangkakan akan berlaku kesesakan di semua pusat kuarantin yang disediakan kerajaan.

"Penerbangan ini akan dijadualkan semula dan bakal dimaklumkan dari semasa ke semasa bagi membolehkan kemasukan ke pusat kuarantin dapat dirancang dengan lebih teratur," katanya.

Beliau berkata demikian menerusi kenyataan media di Kota Kinabalu, hari ini.

https://www.bharian.com.my/berita/wilayah/2020/05/690019/sabah-tangguh-penerbangan-balik-pelajar-ipt

KOTA KINABALU: Kerajaan negeri menangguhkan sementara penerbangan balik pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) dari Semenanjung serta Sarawak ke Sabah bermula hari ini.

COVID-19: Sabah masih tangguh solat berjemaah di masjid, surauOleh Yun Mikailbhnews@bh.com.myKKOTA KINABALU: Sabah masih...
15/05/2020

COVID-19: Sabah masih tangguh solat berjemaah di masjid, surau

Oleh Yun [email protected]

KOTA KINABALU: Sabah masih meneruskan penangguhan solat berjemaah, termasuk sembahyang Jumaat dan tarawih, di masjid serta surau di negeri ini.Mufti Sabah, Datuk Bungsu @ Aziz Jaafar, berkata penangguhan itu berkuat kuasa hingga 26 Mei ini.
"Setakat ini, Sabah tetap tidak membenarkan sebarang aktiviti menunaikan solat secara berjemaah."Langkah ini diambil bagi membendung penularan COVID-19 dalam kalangan jemaah masjid mahupun surau."Lebih membimbangkan lagi apabila wujud kluster baharu dalam kalangan pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) di Sabah," katanya ketika dihubungi, sebentar tadi.Terdahulu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri, mengumumkan semua masjid, surau Jumaat dan surau terpilih di zon hijau di Wilayah Persekutuan boleh mendirikan solat Jumaat, solat berjemaah setiap waktu termasuk solat sunat tarawih, serta solat sunat Aidilfitri, mulai esok, dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Kesemua 402 penumpang penerbangan AirAsia AK5742 dan AK5740 yang tiba di Lapangan Terbang Tawau pada 1 dan 4 Mei lalu di...
14/05/2020

Kesemua 402 penumpang penerbangan AirAsia AK5742 dan AK5740 yang tiba di Lapangan Terbang Tawau pada 1 dan 4 Mei lalu diminta hadir ke klinik kesihatan terdekat bagi menjalani ujian saringan kedua COVID-19 susulan kes positif yang dikesan dalam kedua-dua penerbangan terbabit.

396 PENUMPANG PESAWAT AIRASIA AK5742 DAN AK5740 DIARAH JALANI SARINGAN COVID-19 KEDUASeramai 396 penumpang pesawat AirAs...
13/05/2020

396 PENUMPANG PESAWAT AIRASIA AK5742 DAN AK5740 DIARAH JALANI SARINGAN COVID-19 KEDUA

Seramai 396 penumpang pesawat AirAsia AK5742 dan AK5740 dari Kuala Lumpur ke Tawau pada 1 dan 4 Mei diarah menjalani ujian saringan kedua Covid-19 di pejabat kesihatan berhampiran dengan segera.

Pegawai Kesihatan Kawasan II Tawau, Dr Suzalinna Sulaiman berkata, arahan itu dikeluarkan selepas enam penumpang pesawat berkenaan disahkan positif Covid-19, baru-baru ini.

“Berdasarkan rekod 156 penumpang menaiki pesawat AK5742 pada 1 Mei lalu dan empat daripadanya disahkan positif Covid-19.

“Manakala 246 penumpang direkodkan menaiki pesawat AK5740 pada 4 Mei lalu dan dua daripadanya disahkan positif,”-Borneo Today

Sabah membatalkan bazar Ramadan selain pasar tamu dan pasar tani.KOTA KINABALU: Tiada bazar Ramadan di Sabah susulan pan...
12/05/2020

Sabah membatalkan bazar Ramadan selain pasar tamu dan pasar tani.

KOTA KINABALU: Tiada bazar Ramadan di Sabah susulan pandemik Covid-19.

Pusat Kawalan Covid-19 negeri hari ini berkata bazar Ramadan dan aktiviti pasar lain, seperti pasar tamu dan pasar tani tidak dibenarkan semasa Perintah Kawalan Gerakan (PKP) yang berakhir pada 14 April.

Negeri lain yang membatalkan bazar Ramadan termasuk Selangor, Pulau Pinang, Selangor, Melaka, Terengganu dan Negeri Sembilan.

Kerajaan mengingatkan semua pasar raya, kedai runcit, restoran dan perkhidmatan penghantaran hanya dibenarkan beroperasi dari jam 6 pagi hingga 6 petang setiap hari.

📷

Pasaran segar p**a perlu mematuhi jam operasi dari jam 6 pagi hingga 2 petang. Manakala operasi restoran makanan segera bermula dari 9 pagi hingga 6 petang.

Semua kenderaan persendirian, perkhidmatan e-hailing dan perkhidmatan pengangkutan penting hanya dibenarkan dari jam 6 pagi hingga 6 petang setiap hari.

Tiada had ditetapkan untuk perkhidmatan feri dan kereta api.

Kerajaan negeri melanjutkan waktu operasi stesen petrol dari jam 6 pagi hingga 2 petang sebelum ini kepada 6 pagi hingga 6 petang sekarang.

Bengkel kereta dan basikal dibenarkan beroperasi pada hari Isnin, Rabu dan Jumaat dari 8 pagi hingga 2 petang.

Hanya 3 bengkel kenderaan dibenarkan beroperasi di Kota Kinabalu, Tawau, Sandakan, Keningau, Lahad Datu, Penampang, Tuaran, Beaufort, Ranau, Papar, Sipitang, Tenom dan Kudat. Di daerah lain, hanya 2 bengkel dibenarkan.

Bagi bengkel motosikal, hanya 2 bengkel dibenarkan dibuka di setiap kawasan kerajaan tempatan.

Kedai haiwan hanya dibenarkan beroperasi dari jam 8 pagi hingga 2 petang pada Isnin, Rabu dan Jumaat.

Kilang pemprosesan makanan dan kesihatan dibenarkan beroperasi setiap hari dari pukul 8 pagi hingga 5 petang.

LORI MEMBAWA MUATAN BERAS TERBALIK DI BULATAN BSITAWAU; 07 MEI 2020 (Khamis) - Sebuah lori membawa muatan beras terlibat...
07/05/2020

LORI MEMBAWA MUATAN BERAS TERBALIK DI BULATAN BSI

TAWAU; 07 MEI 2020 (Khamis) - Sebuah lori membawa muatan beras terlibat kemalangan jalanraya yang turut membabitkan sebuah motokar lain di bulatan Bandar Sri Indah (BSI), Jalan Apas, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Tawau, ACP Peter Anak Umbuas dalam kenyataannya berkata, motokar terbabit dalam perjalanan dari Jalan Genting Mas Mall ke Maybank BSI, manakala lori berkenaan dari arah Bandar Tawau menuju ke Lahad Datu.

Ketika kejadian, lori membawa muatan beras berkenaan telah melanggar motokar di bulatan BSI dan terbabas sebelum terbalik ke bahu kiri jalan dalam kejadian 1.30 tengah hari.

Akibat kemalangan itu, motokar mengalami kerosakan di bahagian bumper, bonet dan fender hadapan serta lampu sebelah kiri pecah. Manakala lori mengalami kerosakan bahagian bumper.

Bagaimanapun, kedua-dua pemandu tidak mengalami sebarang kecederaan.

Siasatan awal mendapati punca kemalangan apabila lori berkenaan didapati tidak memberi laluan pada kenderaan disebelah kanan semasa berada dalam bulatan jalan dan melanggar motokar terbabit.

ACP Peter berkata, Kes tersebut masih disiasat dibawah Rule 3(2)(A) LN 166/59.

KUALA LUMPUR: Had masa pergerakan kenderaan persendirian sehingga jam 10 malam terbatal dengan pelaksanaan Perintah Kawa...
06/05/2020

KUALA LUMPUR: Had masa pergerakan kenderaan persendirian sehingga jam 10 malam terbatal dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata dalam peraturan baharu PKPB, tidak ada had masa ditetapkan untuk pergerakan rakyat.

"Dari segi pergerakan, sudah dibebaskan antara daerah ke daerah dan sebagainya kecuali pergerakan rentas negeri.

"Jadi tidak ada had jangka masa untuk rakyat keluar kerana dalam peraturan bahariu (PKPB), tidak ada had masa," katanya pada sidang media yang disiarkan secara langsung hari ini.

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/05/685525/tiada-had-masa-untuk-keluar-ismail-sabri

KUALA LUMPUR: Had masa pergerakan kenderaan persendirian sehingga jam 10 malam terbatal dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Sabah Kekal Laksana PKP Hingga 12 Mei
05/05/2020

Sabah Kekal Laksana PKP Hingga 12 Mei

KOTA KINABALU: Kerajaan Sabah kekal dengan pendirian dengan status quo untuk meneruskan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sehingga 12 Mei ini. Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Mohd Shafie Apdal berkata, pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang diumumkan Perdana M

KERAJAAN negeri memutuskan tidak melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) seperti diumumkan kerajaan pe...
03/05/2020

KERAJAAN negeri memutuskan tidak melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) seperti diumumkan kerajaan persekutuan pada 1 Mei lalu.

Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata Sabah mengekalkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tahap empat yang akan berakhir pada 12 Mei 2020.

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2020/05/573993/sabah-tak-laksana-pkpb

KERAJAAN negeri memutuskan tidak melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) seperti diumumkan kerajaan persekutuan pada 1 Mei lalu.

  🔴 Kerajaan Negeri membenarkan kedai elektronik dan elektrik serta kedai baja dan kimia beroperasi tiga hari seminggu d...
29/04/2020

🔴 Kerajaan Negeri membenarkan kedai elektronik dan elektrik serta kedai baja dan kimia beroperasi tiga hari seminggu dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini.

Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Safar Untong berkata kedai-kedai tersebut akan dibenarkan beroperasi bermula 8.00 pagi hingga 5 petang setiap hari Selasa, Khamis dan Sabtu.

Kedai-kedai yang dibenarkan beroperasi akan dikenalpasti oleh Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan.

- Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah

Apa khabar  ?
14/04/2020

Apa khabar ?

staysafe .Hari pertama ATM turun padang membantu rondaan pihak polis,
23/03/2020

staysafe .
Hari pertama ATM turun padang membantu rondaan pihak polis,

10/03/2020

selamat pagi.... Semoga murah rezeki kita hari ini & sentiasa dipermudahkan. segala urusan kita.

BERSATU KITA TEGUH BERCERAI KITA RUNTUH. kekal keharminian
15/02/2020

BERSATU KITA TEGUH BERCERAI KITA RUNTUH. kekal keharminian

mau baeniaga tapi tipu pembeli....
06/02/2020

mau baeniaga tapi tipu pembeli....

05/02/2020
Tawau (Jawi: ﺗﺎواو) Sejarah merupakan nama sebuah bahagian, daerah dan juga bandar di Sabah. Tawau kini merupakan bandar...
05/02/2020

Tawau (Jawi: ﺗﺎواو) Sejarah

merupakan nama sebuah bahagian, daerah dan juga bandar di Sabah. Tawau kini merupakan bandar ketiga terbesar di Sabah selepas Kota Kinabalu dan Sandakan. Bandar ini dihubungkan dengan Kota Kinabalu melalui jalan raya sejauh 500 km, laluan udara melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Tawau dan laut melalui Pelabuhan Tawau. Diketahui dengan jelas terutamanya sebelum tahun 1890-an. Bagaimanapun Tawau telahpun berpenduduk dengan sebuah perkampungan kecil nelayan dengan 200 orang penduduk yang kebanyakannya terdiri daripada masyarakat Melayu keturunan Τidung dan Suluk sebelum tahun 1890 (sebelum itu terdapat penempatan terawal masyarakat Melayu Islam Tidung di Kalabakan di bawah naungan Kesultanan Bolongan-Tarakan serta penempatan masyarakat Bajau di Semporna). Pada ketika itu Tawau berada di bawah kuasa Kesultanan Sulu. Dalam satu perjanjian yang termeterainya pada 22 Januari 1878, Kesultanan Sulu menyerahkan kawasan di persekitaran Tawau yang wujud masa kini kepada pihak Inggeris.

Tawau menjadi sebahagian daripada kawasan jajahan orang-orang Inggeris iaitu melalui Syarikat (Berpiagam) Borneo Utara British (SBUB). Mengikut catatan The North Borneo Annual Volume (1955-1965) menyatakan sistem pentadbiran bermula pada tahun 1898, iaitu berikutan langkah-langkah pihak SBUB membuka sebuah penempatan di Tawau dan seterusnya mengadakan asas-asas pentadbiran kerajaan tempatan di situ.

Untuk mengelak perselisihan faham dengan pihak Belanda yang memerintah Kalimantan pada masa tersebut ( Tawau berkongsi sempadan di antara tanah jajahan Belanda dengan tanah jajahan Inggeris ), pihak pemerintahan Inggeris telah mengambil langkah-langkah untuk menetapkan sempadan. Ini disebabkan sempadan asal bagi kawasan yang telah diserahkan kepada pihak Inggeris oleh kedua-dua Sultan Brunei dan Sultan Sulu ialah di bawah Sungai Sibuco berdekatan dengan Tarakan (Indonesia) yang mana kawasan tersebut termasuk di bawah pemerintahan Belanda yang ketika itu telah sedia ada menghuni di kawasan tersebut. Berikutan itu satu suruhanjaya Sempadan telah ditubuhkan pada tahun 1912 yang terdiri daripada pegawai-pegawai dari United Kingdom dan Belanda. ( Sejarah Malaysia )

Sebuah Laporan Bersama telah disediakan beserta dengan peta dan ditandatangani oleh Pesuruhjaya masing-masing di Tawau pada 17 Februari 1913. Kemudian mengikut protokol di antara United Kingdom dan Belanda yang telah ditandatangani di London pada 28 September 1915, kedua-dua kerajaan mengesahkan laporan bersama dan peta tersebut.

Dengan wujudnya pemerintahan British di Tawau, pelbagai kemudahan telah disediakan seperti hospital, sekolah-sekolah, balai polis, rumah-rumah kedai, pelabuhan Tawau serta juga jalan raya dan jalan kampung yang dibina oleh PWD, sebuah jabatan kerajaan yang mana para pekerjanya adalah dari kalangan penduduk tempatan Tawau.

Hak dan keistimewaan masyarakat tempatan telah diiktiraf oleh Kerajaan British dengan perlantikan Ketua Anak Negeri sebagai mewakili penduduk tempatan di Tawau untuk menyatakan keperluan dan permasalahan rakyat kepada pihak Kerajaan British. Sebelum itu jawatan Ketua Masyarakat pernah diberikan kepada Habib Sheikh pada tahun 1912 manakala jawatan Imam diberikan kepada Imam Mustapa pada tahun 1916. Jawatan Ketua Anak Negeri dengan gelaran Orang Kaya Kaya (OKK) yang pertama dilantik Kerajaan British penghujung 1920-an ialah OKK Kee Abdullah, seorang Cina muslim. Manakala pada tahun 1937 sehingga 1953, Penghulu Abu Bakar (anak OKK Kee Abdullah) telah dilantik menjadi Ketua Anak Negeri. Beliau dipertanggungjawabkan untuk memberi geran-geran tanah yang sah secara rasmi kepada masyarakat tempatan yang mendiami penempatan di sekitar daerah Tawau untuk menjamin hak keistimewaan penduduk tempatan sebagai masyarakat peribumi di daerah Tawau ini.

Penubuhan Persatuan Kebangsaan Melayu Tawau (PKMT) pada tahun 1945 yang diasaskan oleh Datuk Abu Bakar Titingan bersama pemimpin Melayu yang lain untuk memperjuangkan hak dan kepentingan orang-orang Melayu ini, telah menyatukan masyarakat Melayu tempatan Tawau. Ahli-ahli persatuan inilah yang bersama-sama dengan Tun Datu Mustapa Datu Harun melalui USNO, menuntut kemerdekaan bagi negeri Sabah melalui Malaysia pada tahun 1963. Manakala penubuhan Persatuan Islam Tawau (PIT) yang dipengerusi oleh Haji Abdul Karim Haji Drahman dan dibantu oleh Datuk Kassim Kamidin pada tahun 1956 telah mendorong penubuhan USIA yang menjamin keutuhan syiar Islam di seluruh Sabah.

( Rujukan : Maklumat dari Muzium Negeri Sabah )

05/02/2020
05/02/2020

欢迎 WELCOME TAWAU

Address


91007

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when 8Channels posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

  • Address
  • Alerts
  • Claim ownership or report listing
  • Want your business to be the top-listed Media Company?

Share