Duriankini

Duriankini Analisis isu semasa

15/02/2024

Jaguh para olahraga negara, Datuk Abdul Latif Romly dan Muhammad Ziyad Zolkefli terus mempamerkan aksi baik di peringkat antarabangsa, apabila merangkul pingat emas di Dubai 2024 World Para Athletics Grand Prix, semalam.

Pemenang emas Paralimpik sebanyak dua kali, Abdul Latif muncul juara acara lompat jauh lelaki T20 (kecacatan intelektual) dengan lompatan sejauh 7.11 meter (m), sekali gus berada di landasan tepat untuk hatrik emas di Paris 2024.

Sementara itu, Muhammad Ziyad mencatatkan lontaran sejauh 16.62m untuk ungguli acara lontar peluru lelaki F20 (kecacatan intelektual).

Berita penuh : https://www.bernama.com/bm/news.php?id=2270166

📸 Majlis Sukan Negara Malaysia

Why Erdogan and Turkey not helping Palestine.
08/02/2024

Why Erdogan and Turkey not helping Palestine.

Sami Hamdi explains the Turkiye's geopolitical position

PH pegang Selangor punya lama, tapi Selangor masih b*k tol... Apasal tak mula dgn Selangor?
01/11/2022

PH pegang Selangor punya lama, tapi Selangor masih b*k tol... Apasal tak mula dgn Selangor?

IPOH - Pakatan Harapan (PH) sedia memansuhkan tol di sepanjang Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) jika mereka diberi mandat membentuk kerajaan selepas Pilihan Raya Umum ke-15...

Sejak 2008 kita dah menyaksikan prestasi Kerajaan PH Selangor. Dah 14 tahun! Dah bertahun juga lah kita terpaksa akur ya...
10/10/2022

Sejak 2008 kita dah menyaksikan prestasi Kerajaan PH Selangor. Dah 14 tahun! Dah bertahun juga lah kita terpaksa akur yang ada masanya bekalan air kita akan putus untuk jangka masa yang tak boleh diterima akal. Di Kelantan mereka ada tube well. Perigi tiub.. Di negeri maju Selangor ni p**a.. kita tak mandi sebelum ke pejabat😅. Busuk. Bau bangkai.. Malu dengan awek cun kat sebelah.

Sejak 2008 kita dah menyaksikan prestasi Kerajaan PH Selangor. Dah 14 tahun! Dah bertahun juga lah kita terpaksa akur yang ada masanya bekalan air kita akan putus untuk jangka masa yang tak boleh diterima akal

03/10/2022

Berhati-hati bila berkata-kata…

“kalau takde duit tak payahlah order makan macam².!!”

1 kedai dengar tokey kedai tu sound pakcik ni dengan family dia.

Pakcik tu dengan makcik,4 orang cucu dan 3 perempuan remaja and dewasa.

"Menantu saya tak dapat dihubungi,dia yang suruh makan kat sini..."

"Itu hal awaklah,habis tu takkan dah makan taknak bayar...rm259 ni"

Ah kacau, dah jadi drama plak kat restoran tu,pelanggan² lain dah mula bergosip,ada yang buat tak tahu...

Aku tengok pakcik tu punya muka macam malu yakmat...

Tadi aku tengok masa makan² family dia happy sangat...dan ada terdengar sorang budak kecik tu cakap...

"Mana baba atuk? Rindu nak jumpa baba..."

Maybe menantu dia yang setting makan keluarga ni, tapi menantu dia tak sampai lagi..call pun tak angkat²...

Tadi aku tengok 1 family ni sampai kat restoran pun pakai van vanete lama...masuk restoran pun,tengok yang kecik² tu seronok bukan kepalang dapat makan kat luar...

Keluarga baik2 ni, tak sanggup aku tengok diaorang dimalukan...

"Makcik, kira saya punya dulu, saya nak cepat ni"

Panggil aku kat tokey kedai yang tengah hot tu yang berdiri kat meja pakcik tu...

Tokey kedai datang kat aku... "20 dik"

"Kira sekali ngan pakcik tu punya tapi dengan syarat makcik minta maaf ngan dia dan cakap makcik belanja dia hari ni,boleh?"

"Tapi kenapa? Kenapa tak cakap adik je belanja?"

"Pakcik tu mungkin ada masalah keluarga,makcik tengking dia, dia dah dimalukan depan orang ramai,
jadi saya nak makcik perbetulkan keadaan supaya maruah dia dikembalikan.

Dalam masa yang sama saya nak kredibiliti makcik juga dikembalikan, sebab bila makcik tengking pelanggan, pelanggan² lain akan mula anggap makcik ni tokey restoran yang tak baik.

Nanti mereka akan cerita macam² pasal restoran makcik...

padahal saya tahu makcik orang baik,
dah lama saya jadi pelanggan makcik..
saya taknaklah disebabkan benda macam ni reputasi makcik jatuh dimata orang lain.."

Tokey kedai pun macam tersentap dan sedar kekasaran dia...

Lepas aku siap bayar, aku tengok tokey kedai pergi kat pakcik tu ngan muka senyum², bersalam salaman ngan yang perempuan² kat meja tu..

Terhangguk² kepala masing², tengah minta maaf dan memaafi la tu...

Lepas tu aku tengok pakcik tu bangun tergesa²...semua pun bangun tergesa² menuju ke van mereka dan gerak....

So aku pun bangun dan gerak nak bla...

Tokey kedai follow aku sampai kat luar kedai dan...

"Dik, terima kasih sedarkan makcik, duit makanan keluarga tadi makcik nak bayar balik kat adik, biarlah makcik belanja diaorang...rupanya menantu dia kemalangan, sebab tu lah menantu dia tak angkat2 call...

Kalaulah makcik terus marah² dia tadi,tak tahulah nak simpan perasaan bersalah ni macamana..."

"Sebab itulah saya taknak makcik marah² tadi,sebab setiap masalah tu mesti ada sebabnya...takut kita menyesal kalau tak bersabar..."

"Ni duit rm280 makcik nak p**ang semula kat adik,biarlah makcik yang belanja keluarga tu ngan adik punya sekali..."

"Takpe makcik,simpan duit ni untuk bayarkan dan bantu maybe akan ada yang susah atau takde duit nak makan akan datang...carry foward je sedekah ni...semoga jadi asbab pahala mengalir tak putus² kepada kita..."


Begitulah kawan²,nenek moyang kita pun dah berpesan...

Kalau benci jangan benci sangat...
Kalau marah jangan matah sangat...
Kalau tak s**a jangan tak s**a sangat...

Bersederhanalah dalam setiap perkara...

Kredit : Fahmi Huzairi

Hari hari bila baca news melalui Facebook postings, saya s**a melihat respons pembaca pembaca. Yang paling disensasikan ...
28/09/2022

Hari hari bila baca news melalui Facebook postings, saya s**a melihat respons pembaca pembaca. Yang paling disensasikan sekarang ialah “KEJATUHAN RM” berbanding USD.. Kerajaan Malaysia dikatakan GAGAL kerana tak boleh nak support nilai RM supaya tak “JATUH” berbanding USD.. Macam la RM je yg jatuh.. Betul ke jatuh? Atau USD yang naik?

Hari hari bila baca news melalui Facebook postings, saya s**a melihat respons pembaca pembaca. Yang paling disensasikan sekarang ialah “KEJATUHAN RM” berbanding USD.. Kerajaan Malaysia dikatakan GAGAL kerana tak boleh nak support nilai RM supaya tak “JATUH” berbanding USD.. Macam la RM je yg...

RM Jatuh, Kerajaan Gagal? Betul ke gagal? Berpusu pusu rakyat Malaysia ke Eropah, Jepun dan Australia kerana matawang ki...
20/09/2022

RM Jatuh, Kerajaan Gagal? Betul ke gagal? Berpusu pusu rakyat Malaysia ke Eropah, Jepun dan Australia kerana matawang kita naik tinggi berbanding matawang mereka.

RM Jatuh, Kerajaan Gagal? Betul ke gagal? Berpusu pusu rakyat Malaysia ke Eropah, Jepun dan Australia kerana matawang kita naik tinggi berbanding matawang mereka. Saban hari kita melihat berita berita sensasi yang di viralkan di media sosial. Boleh dikatakan tiada banyak yang memuji kejayaan Malaysi...

Di suatu Malaysia,  dunia mengenali Somali sebagai negara lanun.Sekarang dunia mengenal Malaysia sebagai negara yang kor...
10/09/2022

Di suatu Malaysia, dunia mengenali Somali sebagai negara lanun.
Sekarang dunia mengenal Malaysia sebagai negara yang korup dengan rasuah dan skandal Kewangan 🤦‍♂️

SAN DIEGO: The United States government posted a $40,000 reward Friday for information leading to the arrest of the Malaysian defence contractor nicknamed “Fat Leonard," who disappeared weeks before he was set to be sentenced for one of the largest bribery scandals in the nation’s military histo...

CABARAN BESAR BILA ADA NEGARA ISLAM PANDAI BUAT SENJATA... KERAJAAN DISERANG BONEKA ORANG KAPIR?Buat pertama kali dalam ...
22/08/2022

CABARAN BESAR BILA ADA NEGARA ISLAM PANDAI BUAT SENJATA... KERAJAAN DISERANG BONEKA ORANG KAPIR?

Buat pertama kali dalam sejarah, pelbagai sistem pertahanan dari sebuah Negara Islam mendapat perhatian dan permintaan dari pelbagai negara. Yang paling menarik, pelanggan terbesar BUKANLAH dari negara negara Islam. Dua faktor utama yang menyumbang kapada jualan “goreng pisang panas” ialah faktor HARGA yang sangat sangat munasabah, dan keduanya, KEBERKESANAN . Senjata senjata ini adalah battle proven. Lantas menjadi laku keras..

Malaysia adalah antara negara Islam pertama yang memberi kepercayaan kepada Turkiye semasa pembelian kereta perisai Adnan. Dulu pun ramai pembangkang yang sangsi dan meragui kontrak berkenaan. Seperti biasa.. Mentaliti hamba penjajah. Segala yang barat bekalkan dianggap baik, apa jua hasil umat Islam dipertikaikan.. Di kutuk, dicemuh.. Negara Islam digambarkan hanya mampu jual kurma, buah buahan kering.. Kekacang badam dan pistachio.

Sebelum perang Armenia – Azerbaijan, walaupun industri senjata berat Turkiye sudah lama diasaskan, produk mereka tidak beberapa mendapat sambutan.

Saiz pasaran senjata dunia sangatlah besar.. Jualan tahunan mencecah ratusan billion USD dan ia sentiasa di MONOPOLI oleh segelintir negara secara eksklusif.

Kejayaan Azerbaijan keatas Armenia (walaupun Armenia disokong hebat oleh senjata berat Rusia yang dibekalkan secara percuma) membuka mata dunia. Sebab utama kemenangan Azerbaijan adalah keberkesanan sistem combat drone Turkiye.

Belajar dari kejayaan besar Azerbaijan, Ukraine membuat pembelian segera pelbagai sistem senjata Turkiye. Langkah yang tepat kerana sejurus menerima bekalan, Ukraine di ceroboh Rusia.

Pada awalnya diramalkan Rusia akan menang mudah dalam masa 2 minggu. Namun yang sebaliknya berlaku. Kuasa besar Rusia semakin risau. Kos peperangan semakin besar, dari segi wang dan nyawa. Rusia koyak.. Koyak rabak. Drone drone Turkiye adalah game changer yang tidak dijangka. Sistem pertahanan buatan Turkiye semakin dipercayai bahkan dari negara negara kristian barat.

Pengeluar senjata besar dari barat menjadi tertekan apabila senjata Turkiye semakin dikenali dan diyakini.

Untuk mewujudkan rasa sangsi terhadap kualiti senjata Turkiye amatlah s**ar kerana senjata senjata ini sudahpun “battle proven” didalam senario peperangan SEBENAR , bukannya SIMULASI . Sistem howitzer maju dari barat seperti Archer, Ceasar, precision smart munition Excalibur tidak pernah terlibat didalam konflik sebenar. Setakat menghentam rumah rumah kampung di Afghanistan dan Iraq?

Mereka beralih kepada serangan di media sosial dengan cuba mencetuskan persepsi wujudnya salah laku didalam proses penganugerahan kontrak. Rasuah, kronisme dan sebagainya dilaungkan.

Bila kita sebut mengenai kontrak pembekalan Howitzer, antara saingan paling hebat semestinya adalah sistem dari Bofor yang sudah berpuluh tahun di lambakkan dipasaran. Untuk yang tidak mengenali Bofor, sila Google “Bofor” dan “corruption” .. Bofor dan pelanggan mereka terkenal dengan kes berprofail tinggi.

Antara lain lain rekod kecemerlangan sistem Persenjataan Turkiye adalah:

Peperangan antara kerajaan Libya dan khalifa haftar. Sistem senjata Khalifa haftar disokong oleh Russia dan France , UAE dan US.
Di Syria, Turkiye membekalkan senjata kepada rakyat Sunni yang ditindas Rejim Bashar Al Assad.
Peperangan di Northern Syria & Iraq melawan pemberontak kurdish.
Semakin banyak negara menaruh keyakinan kepada kemampuan senjata Turkiye, semakin goyah kedudukan syarikat syarikat senjata barat. Untuk makluman, kos pembelian senjata barat SANGATLAH MAHAL. Dari segi maintenance p**a , produk mereka tidak robust, terlalu manja dan selalu memberi masalah.

Tahukah anda, sebelum Malaysia dapat membeli peralatan Barat, kita perlu MENGEMIS terlebih dahulu? Pelbagai syarat ditetapkan oleh kerajaan negara pembekal, seolah olah kita sendiri tidak mampu mengawal selia senjata yang kita beli walaupun dengan harga yang mahal. Sekiranya berlaku pelanggaran syarat, embargo, sekatan perdagangan menanti..

Selama ni pun dah lama wujud direct nego didalam perolehan senjata. Tetapi kerana ia sentiasa membabitkan pembekal tradisi yang sememangnya bukan dari negara Islam, semua kita akur, tiada pun yang protes, tiada bangkangan walaupun harga melampau. Adalah amat menyedihkan kerana dikalangan orang Islam sendiri pun ramai yang mempertikaikan penganugerahan kontrak sistem dari Turkiye baru baru ini..

Kenapa kita perlu berbelanja besar untuk senjata yang belum terbukti di medan perang, sedangkan senjata yang sudahpun terbukti harganya jauh lebih murah, dan di buat oleh negara Islam sahabat kita?

Sebagai orang Islam, saya berbangga dengan kemampuan saudara Islam saya mengeluarkan sistem pertahanan yang hebat. Sejarah persahabatan tanah air kita dan negara Islam Turkiye sudahpun terjalin buat ratusan tahun. Mereka bukan setakat sahabat sebenar, tetapi mereka juga saudara kita.

https://en.m.wikipedia.org/wiki/Bofors_scandal

https://en.m.wikipedia.org/wiki/Al-Yamamah_arms_deal

https://m.timesofindia.com/india/mediapart-dassault-aviation-used-false-invoices-to-bribe-middleman-for-sale-of-rafale-to-india/articleshow/87582251.cms

WARKAH CINTA UNTUK PENYOKONG BERSATU: TINGGALKAN SI WAN SAIFUL. KEMBALILAH KEPADA UMNO.Kenapa Wan Saiful? Dia bukan heba...
22/08/2022

WARKAH CINTA UNTUK PENYOKONG BERSATU: TINGGALKAN SI WAN SAIFUL. KEMBALILAH KEPADA UMNO.

Kenapa Wan Saiful? Dia bukan hebat pun. Tak stim langsung. Kalah teruk semasa PRU14. Kenapa Wan Saiful?

Kerana suara sumbang Wan Saiful diterima pakai pimpinan Bersatu.. Wan Saiful adalah umpama de Facto leader Bersatu. Kenapa jadi begitu?

Isu Defisit Orang Cerdik dalam Bersatu.

a.k.a BRAIN DRAIN

Di kalangan ramai ramai pemimpin Bersatu, Wan Saiful adalah yang paling selalu memperlekeh lawan dan pihak lain yang tak sehaluan. Lebih sudu dari kuah. Saya yakin kata kata Wan Saiful tidak disenangi ramai grassroots Bersatu. Malangnya, oleh kerana defisit orang cerdik dalam Bersatu, pemimpin mereka terpaksa bergantung kepada satu satunya pemikir yang ada, si Wan sorang ni.. Pak Wan kereta kipas kdk terbang? Kihkihhkihh😅.. Peja? Peja bukan pemikir, Peja pelakon🤣

Sekarang kita sudah dapat saksikan penghijrahan keluar beberapa pemimpin Bersatu. Semakin menghampiri pru15, semakin ramai akan meninggalkan Bersatu. Antara sebab utama ialah kegagalan Wan Saiful menjalankan tugas sebagai ketua penerangan, dan kenyataannya yang tak bertempat , seperti sewaktu mengkritik salah satu founders Bersatu, Tun Mahathir.

Walaupun saya penyokong UMNO, saya sentiasa menghormati Tun Dr M.. Tun hanya tidak sehaluan dengan pimpinan Umno kini. DNA Tun adalah Umno. Puluhan tahun Tun mentadbir negara dengan baik. Kerugian RM31 billion forex BNM? Cuba tanya Menteri Kewangan yang bertanggungjawab jaga BNM.. Kuku besi? Cuba tengok Singapura.. Huru hara? Cuba bandingkan Indonesia.. Kita di tengah tengah. Bersederhana..

Saya tidak akan lupa kata kata Wan Saiful terhadap Tun Mahathir. Setelah Tun turun dari kerusi Perdana Menteri, ramai yang naik tocang menghentam Tun. Sewaktu Tun diatas, mereka diam menikus sekiranya tak setuju. Adakalanya, mereka memuji dan memuja.

Mampukah Bersatu memenangi apa apa kerusi semasa PRU14 sekiranya tanpa penglibatan Tun Mahathir? 1 kerusi di Pagoh barangkali.. Di kawasan kawasan lain Bersatu akan kalah tanpa aura Tun Dr Mahathir. Semua pimpinan Bersatu boleh menafikannya. Nafikan lah.. Syok sendiri didalam mimpi yang palsu. Sebelum PRN Melaka dan Johor pun Bersatu mimpi syok hingga inzal. Mimpi dan inzal sahajalah.. Sana sini si Wan canang Bersatu bakal menang besar PRN Melaka dan Johor. Ramai juga dari kami yang risau sekiranya ramalan beliau menjadi. Rupa rupanya apa yang di canang tiada pun asas. Tiada pengiraan sistematik. Hanya setakat memalu tin kosong sambil menyembur air liur ke muka penyokong.

Alhamdulillah dalam UMNO tiada Wan Saiful. UMNO sudah belajar banyak dari pengalaman lalu. Pengalaman pahit semestinya banyak mengajar.

UMNO dalam proses penjenamaan semula. Ramai golongan professional yang sudah membuktikan kejayaan mereka akan diketengahkan. UMNO juga bakal diremajakan agar kekal relevan.

Kenapa perlu dipecahkan undi Melayu, terutama setelah penubuhan GTA semalam. Kenapa bermusuhan dan memberi kelebihan kepada gabungan D.A.P?

D=Dap

A=Amanah

P=pkr

Kepada penyokong penyokong Bersatu.. Sudi sudilah tinggalkan Bersatu untuk bersatu semula dengan kami. Pimpinan katak katak Bersatu TERTENTU pun mungkin boleh p**ang, sebagai ahli biasa. Janganlah susahkan PAS untuk memilih kawan. Saya pasti di ambang pilihanraya nanti, PAS pun akan bersama UMNO demi perpaduan Melayu. Demi mengukuhkan syiar Islam.

MASA DEPAN SERANTAU: PERDANA MENTERI MAMPU MULAKAN LANGKAHBerakhirnya pandemik pada mulanya dijangka akan membawa kegemb...
22/08/2022

MASA DEPAN SERANTAU: PERDANA MENTERI MAMPU MULAKAN LANGKAH
Berakhirnya pandemik pada mulanya dijangka akan membawa kegembiraan kepada kita semua. Segala galanya akan kembali kepada kehidupan yang kita kenal pra 2020. Kenduri kendara, melancong bersama keluarga, dan tiada lagi kewajipan untuk scan Mysejahtera.

Sebaliknya, endemik disambut dengan kesedihan bagi kebanyakan anak anak yang perlu kembali ke sekolah. Untuk ibu bapa p**a, tiada lagi asas untuk menekan kerajaan supaya meluluskan pengeluaran EPF agar dapat dibelanjakan untuk upgrade iPhone dan beli gelang rantai emas yang lebih tebal. Dua kali pengeluaran dibenarkan, 2 kali kedai kedai emas dan iPhone diserbu.

Endemik juga menyaksikan matawang hampir semua negara di manip**asi oleh pemain pasaran. Nilai matawang di perjudikan untuk mereka membuat untung. Kebebasan untuk menyiarkan berita palsu di laman sosial p**a dijadikan senjata atau alat untuk mempengaruhi perspektif masyarakat, lantas membantu mereka menggerakkan nilai sesuatu matawang ke arah yang mereka kehendaki. Masa depan sesebuah negara di tangan influencers.

Nasib masyarakat dan kemakmuran negara di perjudikan. Mereka mendapat perlindungan dari tindakan undang undang kerana ISA sudah pun tiada. Mereka berselindung di sebalik slogan hak asasi manusia dan kebebasan bersuara. Keuntungan mereka lebih penting dari kepentingan bersama. Dan setiap kali kita cuba mendahulukan kepentingan awam, slogan hak asasi dan kebebasan ini akan dimainkan semula. Kerajaan akan digelar zalim. Kartunis kartunis mereka akan memomok pimpinan negara agar ditertawakan.

Sekiranya kita lihat perkembangan di hampir semua negara, ada beberapa trend yang prevalent. INFLATION (mostly food items) , FOOD SECURITY dan AGGRESSIVE CURRENCY FLUCTUATIONS.

Saya bukanlah seorang yang genius untuk menyelesaikan masalah dunia. Yang pasti, tidak ada satu negara pun yang mampu menyelesaikan ketiga tiga masalah ini sendirian tanpa kerjasama negara negara lain. Saya pasti, negara yang memencilkan diri seperti Hermit Kingdom Korea Utara pun tidak terkecuali.

Perdana Menteri mampu memulakan langkah menyatukan sahabat tetangga kita negara serantau kerana kita semua berhadapan isu yang sama.

Kita saling bergantung dengan satu sama lain. Sebagai jiran, kita perlu membantu tetangga kita yang didalam kesusahan dan kita juga mengharap agar dibantu disaat kita kesulitan.

Adakalanya, bantuan atau penyelesaian yang diperlukan bukanlah semestinya dalam bentuk wang ringgit. Pemansuhan AP barangan makanan umpamanya, berjaya mengurangkan tekanan kepada harga dan bekalan inputs pertanian. Apabila kerajaan memberhentikan kebenaran eksport ayam, harga berjaya dipulihkan. Di Indonesia p**a, pengharaman eksport minyak sawit membantu menurunkan harga dengan drastik.

Semua usaha usaha ini dijalankan bersendirian.. Malaysia cuba cara kita, mereka dengan cara mereka. Hasilnya ada cuma mungkin tidak bertahan lama. Kita perlukan penyelesaian yang lebih stabil dan sustainable.

Bayangkan sekiranya kita bekerjasama dengan jiran jiran serantau kita.

Saya yakin semua pimpinan kerajaan serantau mahu melihat pasaran matawang yang tidak dimanip**asi oleh pemain pasaran. Secara individu, kerajaan menggunakan kadar faedah untuk mempengaruhi nilai matawang dan mengawal inflasi. Cara yang berkesan tetapi menyulitkan rakyat yang perlukan pinjaman. Kerjasama serantau mungkin membolehkan kita merangka polisi pasaran matawang agar lebih stabil tanpa terlalu kerap menggerakkan kadar faedah.

Dari segi FOOD SECURITY, umpamanya, kita boleh mengadakan kerjasama dengan Singapura dan negara negara lain untuk membangunkan lebih banyak ladang ayam, lembu, kambing, sayur dan sebagainya. Mereka boleh melabur modal untuk meningkatkan teknologi dan kapasiti pengeluaran makanan untuk manusia dan ternakan. Kita punya jutaan ekar tanah terbiar yang boleh dimajukan. Malaysia sepatutnya menjadi penyumbang utama kepada rantaian makanan global. Ini akan menjamin FOOD SECURITY untuk kita dan negara pelabur, disamping mewujudkan jutaan peluang pekerjaan kepada rakyat Malaysia. Dengan memiliki supply makanan yang tinggi, masalah FOOD INFLATION turut diselesaikan.

Kita perlu perancangan yang sistematik dan praktikal.. Yang pasti, kita perlu bergerak cergas.

CALON PROFESSIONAL : GAME CHANGER untuk UMNO, ENDGAME untuk siapa?Pengumuman dari YB Dato Seri Ahmad Zahid Hamidi yang B...
01/08/2022

CALON PROFESSIONAL : GAME CHANGER untuk UMNO, ENDGAME untuk siapa?

Pengumuman dari YB Dato Seri Ahmad Zahid Hamidi yang BN akan mencalonkan seramai mungkin golongan professional adalah satu Game Changer kepada landscape politik tempatan, dan mungkin juga menjadi Endgame kepada beberapa parti politik serpihan seperti Bersatu, Pejuang dan mungkin juga Amanah dan Warisan. Parti ciput seperti Parti Bangsa Malaysia besar kemungkinan will never see the light of day..

Bersatu akan tutup kedai, itu sudah pasti. Mereka tidak punya tokoh berkaliber yang mampu menggantikan Muhyiddin yang akan makin selalu mc. Peja? Azmin? Wan Feyshal? Atau Wan Saipul? Garenti Bersatu akan Berpecah.. dan seterusnya bercerai.. Lingkup.. Mungkinkah mereka juga akan mencalonkan professional? Hahhahaha.. Saya yakin golongan professional akan menjauhi mereka. Kita semua punya pilihan.

Strategi mencalonkan professional ini sudah lama di suarakan oleh para pengkaji politik dan rakyat jelata yang mahukan pembaharuan. Namun begitu, ia s**ar dijalankan kerana semua ketua bahagian selalunya berkeras untuk mencalonkan diri sendiri atau sesiapa yang paling rapat dengan mereka. Hasilnya, UMNO kehilangan kuasa di Persekutuan dan beberapa negeri. Alhamdulillah, kuasa di Persekutuan kembali di genggam UMNO.

Pengumuman Tengku Zafrul sebagai Bendahari Umno Selangor semalam merupakan langkah awal. Umpama meletakkan batu asas untuk kita membangunkan Umno yang lebih dinamik, inklusif , relevan, yang dilihat mewakili semua rakyat Malaysia.. yang diyakini akan melonjakkan pencapaian pendidikan dan ekonomi untuk semua. Dan yang paling penting.. MEMARTABATKAN umat Melayu..

Ramai yang masih s**ar mempercayai kesediaan beberapa tokoh tokoh heavyweight Bahagian sanggup memberi laluan kepada calon professional. Ianya satu pengorbanan. Terbaik dan syabas saya ucapkan kepada mereka. UTAMAKAN kepentingan parti & KETEPIKAN cita cita peribadi..

UMNO perlu dilihat memperjuangkan masa depan anak anak B40.. disamping terus membantu keluarga mereka dengan bantuan semasa. Kita tidak boleh membantu mereka hanya dengan sumbangan wang sahaja. Mereka memerlukan sumbangan wang untuk kelangsungan hidup, dan juga BIMBINGAN..

Rakyat perlu di yakinkan yang UMNO punya PERANCANGAN . Perancangan STRATEGIK yang merangkumi isu pendidikan, isu kemiskinan, isu keselamatan makanan, kos sara hidup, inflasi, integrasi kaum, pertahanan, menjana PEKERJAAN, menarik pelaburan, melestarikan jentera kerajaan, memampankan pengeluaran tenaga dan sebagainya.

Saya yakin ketua ketua Bahagian akan menerima tekanan sehingga botak kepala sekiranya mereka yang dipertanggungjawabkan untuk melaksanakan apa yang diperlukan. Berat bebanan yang perlu dipikul.

Dengan adanya pengkhususan melalui pengambilan mereka yang profesional, jentera jentera UMNO Bahagian dan cawangan bolehlah bekerja keras memberi fokus kepada urusan hal KEBAJIKAN KAWASAN dan USAHA MEREKRUT lebih ramai ahli (dengan disokong kuat oleh professional yang diangkat menjadi wakil rakyat). Malangnya, fokus penting sebegini sudah lama diketepikan..

Dulu, Rakyat hanya sentiasa melihat.. Sekarang, mereka masih melihat dan, dengan bantuan tiktok, fb, twitter.. mereka juga menyampaikan.. Masa sudah berubah. Memang benar Umno ada masalah defisit keyakinan rakyat, antaranya akibat fitnah hebat yang dijaja musuh. Segalanya akan berubah bila mereka melihat perkembangan positif di kawasan masing masing.

Ramai yang melompat akan kembali ke pangkuan UMNO. Ramai pengundi yang memangkah PH akan mula sedar pembaharuan yang kita lakukan. Pengambilan calon calon professional adalah Game Changer untuk UMNO dan Endgame untuk lawan.

https://www.theedgemarkets.com/article/professional-bn-candidates-key-retaking-selangor-says-ahmad-zahid

https://www.duriankini.com/2022/08/calon-professional-game-changer-untuk-umno-endgame-untuk-siapa/

Pengumuman dari YB Dato Seri Ahmad Zahid Hamidi yang BN akan mencalonkan seramai mungkin golongan professional adalah satu Game Changer kepada landscape politik tempatan, dan mungkin juga menjadi Endgame kepada beberapa parti politik serpihan seperti Bersatu, Pejuang dan mungkin juga Amanah dan Wari...

KALAU MALAYSIA JADI SRI LANKA.. ANGKARA HARAM JADAH MANA?Tiap tiap hari kita akan jumpa komen komen sumbang yang cuba sa...
01/08/2022

KALAU MALAYSIA JADI SRI LANKA.. ANGKARA HARAM JADAH MANA?

Tiap tiap hari kita akan jumpa komen komen sumbang yang cuba samakan Malaysia dengan Sri Lanka.. Puas sudah YB Tengku Zafrul, pakar pakar kewangan dan ekonomi jelaskan kebenaran tetapi mereka jahat ni tetap tak peduli..

Yang sebar fitnah menjahanam ni semuanya dari kelompok sama..memang obvious.. Mereka tanpa rasa serba salah mencanang ke seluruh pelusuk dunia yang kerajaan Malaysia gagal, yang kita bakal jadi Sri Lanka.. Mereka bagaikan menunggu kejatuhan nilai RM.. Apakah mereka bakal bersorak sekiranya negara kucar kacir? Apakah mereka gila mengharap dapat memimpin negara dikala negara hancur?

Malaysia = Sri Lanka? Cilaka lah siapa yang cuba sabotaj ekonomi negara.

Masalah Sri Lanka timbul sejak 2019 apabila Gotabaya Rajapaksa menang pilihanraya Presiden Sri Lanka. Keluarga Rajapaksa adalah sebuah keluarga kaya raya yang memiliki ribuan ekar tanah kelapa dan pelbagai kegiatan ekonomi. Gotabaya dan adiknya juga adalah wira sinhalese dalam peperangan kerajaan menentang Liberation Tiger of Tamil Elam (LTTE) ..ingat Pharbakaran? Wira LTTE yang disanjung tinggi di mana ya..

Semasa berkempen pilihanraya Sri Lanka, Gotabaya telah berjanji akan membuat REFORMASI CUKAI.. REFORMASI.. Hhhmmm…familiar kan? Kita kat sini pun ada penjahanam yang jaja janji serupa. . Pelbagai bentuk pengurangan cukai dijanjikan kepada kelompok perniagaan dan rakyat Sri Lanka.. Komponen terbesar yang dikurangkan adalah GST (VAT) dari 15% kepada 8%.. Faktor inilah yang memberi kemenangan besar kepada kem Gotabaya Rajapaksa.. Beliau dilantik Presiden yang dis**ai seluruh rakyat..

IMF, pakar ekonomi dan beberapa ahli politik telahpun menyuarakan kerisauan kepada rancangan Gotabaya. Namun mereka semua dikutuk dan diperlekehkan. Siapa la s**a cukai.. Sila rujuk sini..
https://www.tiktok.com//video/7123161972018810139?_t=8UMTh2WXHRx&_r=1

REFORMASI CUKAI Gotabaya telah melenyapkan dengan sekelip mata 25% dari sumber pendapatan kerajaan Sri Lanka.. BODOH ke CERDIK..? 😅 Apakan daya.. Dah janji kena la tunaikan..

Kita kat sini pun, kalau PH tak mansuhkan GST anggaran kutipan 2018, 2019, 2020 sekitar RM 50 billion setahun.. Tinggi tu.. Negara hutang sampai RM1.5 trillion pun takda masalah.. No big deal..

Beberapa bulan berikutnya, seluruh dunia dilanda pandemik.. Industri Pelancongan yang merupakan sumber ekonomi utama Sri Lanka selain daun teh dan kelapa terus jatuh tergolek. Akibat penarafan dari institusi kewangan antarabangsa semakin jatuh (berikutan kurangnya hasil cukai dan menaikkan risiko default hutang kerajaan), nilai matawang Sri Lanka merosot teruk. Import menjadi mahal.. Harga untuk input pertanian seperti baja dan racun yang diimport 100% menjadi masalah besar..

Sebagai alasan, Gotabaya tiba tiba melancarkan kempen pertanian organik besar besaran. Import baja dan racun kimia diharamkan tanpa apa apa amaran atau petanda. Punya la bodoh.. Hahhahaha. Sama standard macam saranan menteri supaya rakyat makan sesudu minyak masak setiap hari untuk menaikkan harga sawit..

Gotabaya mengumumkan Sri Lanka sebagai negara pertama di dunia yang mewajibkan pertanian organik.

Akibatnya, sistem pertanian moden dan intensif yang sudah sekian lama bergantung kepada input kimia pertanian.. aktiviti pertanian Sri Lanka hancur lebur.. Ya.. dengan sekelip mata..

Masuk p**a 2022, pelbagai ekonomi dunia mula dibuka. Disana sini sektor perladangan membuat untung “windfall” kerana kenaikan harga komoditi. Namun Sri Lanka hanya mampu melihat.. Akibat janji manis pilihanraya ➡️ kutipan cukai merosot➡️ nilai matawang jatuh➡️ harga baja naik.. mereka tidak mampu untuk membekalkan apa apa…goyang telur saja la..

2022 juga menyaksikan pertembungan “abang & adik” akibat rasa marah yang sudah terbuku sekian lama antara Rusia dan Ukraine.. Gotabaya dan seluruh keluarga Rajapaksa semakin risau.. Pelancongan adalah sumber utama pendapatan dan pertukaran wang asing yang boleh membantu Sri Lanka bangkit dari kemelut ciptaan Gotabaya. Pemulihan industri pelancongan adalah harapan terakhir mereka..

Talian Hayat..? Macam haram.. Talian Haram rupanya..

Malangnya perang menghalang pelancong Rusia dan Ukraine untuk datang ke Sri Lanka.. Pelancong dari kedua dua negara tersebut merupakan antara kelompok terbesar… Kesudahannya? Sri Lanka lingkup… Haram.. Haram jadah..

Apa p**a cerita mengenai hutang dengan China? Projek infrastruktur dengan China? Itu semua antara sebabkan kenaikan hutang, bukan sebabkan kegagalan Sri Lanka membayar hutang. Gagal bayar hutang kerana tak cukup duit.. Hasil cukai ciput..

Seperti di Malaysia, selepas PH menghapuskan GST, terbukti hutang negara semakin tinggi. TERBUKTI ya. Bukan cakap kosong kedai kopi… Cukai yang sudah dimansuhkan bukan boleh diadakan kembali dengan sekelip mata. Sekarang hutang negara sudahpun melepasi RM1 trillion. Saya yakin saudara Rafizi pun pasti bersetuju yang langkah PH dibawah naungan DAP memansuhkan GST adalah salah

Kita bersyukur negara tidak bankrap seperti Sri Lanka kerana kepelbagaian sumber pendapatan negara. Namun, apa yang telah di lakukan PH telah menjatuhkan daya mampan kita. Sekiranya kita lihat, hampir semua negara negara, (terutama negara yang selalu dipuji dan dijadikan PH sebagai kerajaan contoh) mengamalkan GST yang lebih tinggi dari Malaysia..

Kenapa sebar fitnah, canangkan supaya rakyat dan pelabur risau?

Saya yakin ada tangan separa ghaib yang cuba mengganggu ketenteraman awam dengan viral ya berita palsu, terutama yang mengaitkan kadar hutang dan harga barang. Malahan sudah ada yang mula menggerakkan jentera macai mereka untuk memulakan kerja kerja awal ganguann di jalanan.

YANG BOSS BOSS semua masih masih menunggu.. Mereka gerakkan dulu anjing anjing..

Sekiranya Malaysia kucar kacir angkara fitnah dan sabotaj ekonomi yang giat puak hanat ini jalankan, saya yakin.. mereka tetap tidak akan dapat memerintah negara..

Saya yakin perintah darurat akan berkuatkuasa.
Undang undang darurat memiliki kuasa kuasa khas untuk menangkap dan menyiasat dan menghukum tanpa perbicaraan mereka yang cuba mensabotaj ekonomi dan keharmonian negara
Seringkali sekarang ini kita dapat membaca ulasan ulasan sumbang yang seolah menyindir dan memperkecilkan kedaulatan ketua Negara dan Negeri. Mereka semakin berani menggunakan bahasa yang mencabar dan memperlekeh kuasa pemerintah tertinggi.. Ruangan di media sosial digunakan dengan jijik untuk menyemarakkan lagi budaya baru ini.
Sekiranya kuasa Darurat sekali lagi dikuatkuasakan, saya amat amat berharap agar mereka yang cuba menyemai budaya sumbang ini di peram didalam penjara untuk selama lamanya..

Kaki fitnah memang bangsat.. Kaki sabotaj ekonomi negara p**a pengkhianat..

Address


Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Duriankini posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

  • Address
  • Alerts
  • Claim ownership or report listing
  • Want your business to be the top-listed Media Company?

Share