Petir Zamrud

Petir Zamrud Play for fun

TODAK VS RSG : JUARA YANG TERLUKADi awal musim sang juara RSG mengekalkan rentak kemenangan dengan menggunakan Meta yang...
02/10/2021

TODAK VS RSG : JUARA YANG TERLUKA

Di awal musim sang juara RSG mengekalkan rentak kemenangan dengan menggunakan Meta yang membawa kepada kemenangan mereka pada musim lepas . Manakala Todak p**a tidak menunjukkan prestasi yang terbaik, penggunaan meta yang luar dari kebiasaan, ciku chou, moon chou dengan festival of blood. Jungle ruby, kegilaan apakah ini.

Namun begitu, walaupun diawalnya kekok, percaturan Todak nampaknya menjadi. Penggunaan Meta yang luar dari kebiasaan akhirnya menyebabkan ramai pihak lawan merasakan kemurungan dan kekeliruan ketika drafting melawan todak. Bila Todak pick chou, enemy malah caster pun pening, chou ni siapa akan pegang. Pujian juga harus diberikan kepada Todak yang sudah bersiap sedia lebih awal dengan Meta baru yang sesuai dengan patch terkini. Kini Todak adalah team favorite dan "team to beat" untuk semua.

Manakala utk sang juara RSG, nampaknya meta mereka yang membawa kepada kejuaraan pada musim lepas sudah mudah dibaca dan di counter oleh kebanyakkan team, sehinggakan membawa kepada lose streak walaupun line up asal kembali. Orang tua dulu2 kata "misai bertaring bagai panglima sebulan sekali tak bunuh orang" ( sila google kalau tak faham peribahasa ini)

Selepas tempat di playoff sudah berada dalam genggaman, kita boleh lihat mental pressure pada perlawan RSG sudah tiada, mereka lebih berani untuk bereksperimentasi pemilihan hero dan meta yang lain. Namun lose streak masih tidak dapat dibuang lagi.

Perlawanan hari ini, bagi RSG dari segi kutipan mata tidak penting, yang lebih penting adakah RSG masih mempunyai taringnya lagi untuk bersaing. Kemenangan kepada Todak akan menjadi satu tanda aras kepada team lain jangan memandang rendah kepada RSG ketika playoff nanti.

Kerana di playoff adalah gelanggang dan haiwan yang berbeza, tiada peluang kedua. Harus di ingat walaupun prestasi ketika musim liga tidak memberangsangkan, namun peluang ke M3 kepada semua pas**an tetap sama

Jangan leka dan terpedaya dengan lose streak yang ada, kerana bak kata mat salleh " a wounded tiger is a dangerous beast"

Dalam bahasa melayu, harimau yang terluka lebih merbahaya

All the best for both team untuk game hari ini.
Give us the best game for this season

PZ

29/09/2021

Salam Season baru MLBB
Dah berhijrah belum dari Tier Badak atau masih mencari jalan keluar

Tips naik rank cepat utk solo playerSeason baru dah bermula, nak tunggu bila nak naik rank ? Ramai solo player yang taku...
25/09/2021

Tips naik rank cepat utk solo player

Season baru dah bermula, nak tunggu bila nak naik rank ?

Ramai solo player yang takut nak push rank awal season sebab takut bertembung dgn player2 pro yang sedang push rank

BE A TANK
Sebagai solo player awal2 season ni bagus utk push rank dengan syarat kita kena main role paling tak pop**ar iaitu tank

Dalam liga mythic ke atas malah dalam arena pro player, kebanyakkan player dah mempunyai mechanics yg bagus dn boleh main role jungler,side,mage dgn baik.

Menyebabkan war antara 2 team biasanya sengit, jadi faktor kemenangan biasanya terletak pada TANK

Ini diakui sendiri dalam pro arena bila kita tgk team bossku sendiri memerlukan Pure Tank untuk bawa game ke level seterusnya

Jadi awal season ni ketika ramai duo dan trio pro player tgh push, inilah waktu terbaik utk kita push bersama.

Tapi pastikan kita JADI TANK yang mampu mengubah game dari 50-50 kepada kemenangan

Ini pengalaman aku sendiri naik ke mythic lebih cepat berbanding season2 dulu lepas fokus pada role tank di awal season

Kalau nak belajar mcm mana jadi tank, baca sini :
https://www.facebook.com/permalink.php?story_fbid=219928296774337&id=102360891864412

3 TIPS BERMAIN SOLO                                                                                                     ...
04/09/2021

3 TIPS BERMAIN SOLO

Bukan tak nak main duo, trio atau full party tapi masa kita online ni tak tentu masa, jadi mahu tak mahu main secara solo sahaja lah kita.

Dan bermain solo antara cabaran terbesar untuk naik rank, dari epic ke lejen, lejen ke mythic dan mythic ke mitic glory. Bermain solo paling mencabar bila jumpa teammate yang tak pandai tgk map, salah pick hero, salah pick role dan paling bangsat adalah golongan toxic.

Teammate yang tak pandai tgk map, salah pilih hero tapi berusaha bersungguh2 untuk kemenangan masih boleh diterima, sebab dulu kita pun noob kan, kita juga pernah seperti mereka. Jadi kalau kalah tak adalah nak emo sangat

Tapi bangsa toxic adalah makhluk paling di laknat. Bukan tak pandai main tapi sengaja buang game, buang star dan buang masa orang. Small small dont die, big big trouble people

Kalau jumpa, wajib report dan masukkan dalam banlist.

Walaupun berdepan pelbagai cabaran sebagai seorang solo, tetapi dengan teknik dan ilmu yang betul boleh sahaja kita naik rank sehingga ke mythic walaupun solo, ini 3 tips untuk semua player solo yang masih tersangkut di rank masing masin

1. Tnjuk awal awal kita nk guna hero apa

Antara kerisauan bila main solo tak tahu ada tak player yg mampu main jungler / siapa nak main tank. Jadi untuk memudahkan kita dan player lain pilih role masing2 dlm game tnjukkan lebih awal hero yang kita nak guna. Tunjukkan juga winrate kita yg bagus utk meyakinkan team kita yang kita ni mampu bawa role yang kita mahu.

Kalau kita solo player dan winrate kita 50% above kira bagus lah tu

2. Mahirkan multi role dan ubah ikut kesesuaian team
Kita dah tnjuk hero kemudian ada player lain berkeras dia nak role yg kita nak guna. Kita pun jangan jadi keras kepala juga, ingat kunci kemenangan terbesar dalam mobile legends adalah KERJASAMA. Kita tukar kepada role lain.

Bila kita pandai main multi-role mudah untuk kita sesuaikan pemilihan hero kita mengikut keperluan team. Tak ada tank, kita boleh main tank. Tak ada mage, kita boleh main mage. Sebaiknya cuba mahirkan sekurang2nya 3 role tank, mage, jungler.

3. Cara handle Toxic ?
Mahu tak mahu, toxic player itu wujud. Walaupun sistem baru moonton bagus sikit lah mengurangkan pop**asi player toxic tu, tapi masih tetap ada. Tips dapat player toxic, JANGAN LAYAN, terus guna butang mute dn fokus pada game utk kemenangan. Toxic player ni biasanya tak cukup kasih sayang, memang s**akan perhatian. Lagi di layan lagi dia seronok.

Jadi mute sahaja biarkan dia gila sorang-sorang. Fokus pada kemenangan, sebab in the end aku sendiri pun ada pengalaman beberapa kali kita boleh menang 4 vs 5. Habis game mcm biasa masuk banlist dan report.

Dah berapa banyak dah player toxic masuk Ban-List korang ?

In the end, untuk jadi solo player yang berjaya, kemahiran kita perlu lebih baik dr orang lain supaya tak jadi beban dan boleh carry team. Kalau ada player lain jadi beban dlm team kita, jgn lah over emosi sangat marah, macam kita tak pernah jadi beban kan.

Kalau ada team kita yang jadi beban, masih tak faham mini map, role, emblem minta dia follow Fb aku ni ok. InsyaAllah nanti aku kongsi lagi ilmu2 ttg mobile legend supaya lebih ramai berubah dari seorang beban menjadi carry

Aku pun tak lah pandai sangat, tp apa aku tahu aku share. Ada lagi tips sebenarnya utk kongsi tapi tak larat nak tulis lagi, nantilah ada masa aku tulis lagi. Jangan lupa share dan kongsikan tips aku ni.

Petir Zamrud
Bekas Beban
Solo player abadi

TANK ROLE (Tak glamour tapi paling penting dalam team)We need a tankDalam banyak2 role (support, mm, assasin, mage, figt...
31/08/2021

TANK ROLE (Tak glamour tapi paling penting dalam team)

We need a tank

Dalam banyak2 role (support, mm, assasin, mage, figther, tank), role TANK adalah role yang paling tak ramai s**a main. Sebab nya :

1. Susah dapat kill banyak, sbb mmg bukan fungsi tank utk kill. Kalau korang memang jiwa seorang pembunuh upahan jangan lah main tank. Bila jadi tank berjiwa assasin, banyak dibunuh dari membunuh nanti.

2. Paling senang dapat cokelat dalam rating, sedangkan cokelat itu datang dari pengorbanan untuk team dapatkan kill. Tapi apakan daya, team sia-siakan pengorbanan kita

Tetapi ramai tak tahu TANK mempunyai impak sangat besar dalam sesuatu game. Sebab itu walaupun dalam professional game, TANK ini hampir wajib ada. Namun adakalanya digantikan dengan support hero.

Apa tanggujawab kita sebagai tank ?

1. Buka map
Antara tugas paling boring, jalan-jalan buka map supaya team kita nampak enemy dalam mini map. Tapi sayangnya teammate tak tengok mini map kan. Faham tak kesedihan ini?

2. Memulakan perlawanan
Bila dah nampak enemy, tank semua jangan jadi hero tamil terus terjah. Lihat dulu team kita ada berdekatan tak dan adakah mereka bersedia untuk berperang. Kang ko bukak map, terjah lepas tu tgk team tgh sibuk ambil buff dan clear minion, maka kematian yang pasti menanti mu

3. Melindungi jungler dan hero nyawa pendek
Kebiasaannya yang mengambil role jungler adalah hero yg ada burst damage yang tinggi tapi itulah mereka ni nyawa pendek, 2-3 kali hentak dah meninggal. Sebab itulah kita sebagai tank perlu jadi abng long, pastikan enemy hentak kita dulu. Kita tank ni kukuh, body macam The Rock, takat 2-3 kali kena hentak apalah sangat, mcm kena gigit semut. Sementara enemy hentak kita, inilah masanya untuk hero2 lain menunjukkan kehebatan mereka.

Tapi itulah adakalanya enemy dah hentak sampai 10 kali kat kita tapi boleh p**a team kita "gerak dulu pape roger". Maka terkorbanlah sekali lagi seorang tank dan pengorbanan itu bukan sahaja tak di hargai tetapi di kecam p**a oleh rakan sepas**an, "tank noob". Sabar lah, mereka memang hidup untuk menyakitkan hati manusia lain, abaikan dan fokus sahaja pada kemenangan game.

4. Bukan untuk mati
Ramai salah faham, tank mmg kita ni wajib tadah damage, tapi janganlah setiap kali tadah untuk mati. Kena bijak untuk tahu bila nak berambus sebelum diambil nyawa. Hanya korbankan diri untuk selamatkan core sahaja. Kalau masa war, initiate war, tadah sikit kemudan lari dan pancing enemy ke posisi dan keadaan yang akan menguntungkan team.

5. Kacau jungler enemy
Ini bergantung pada keyakinan dan juga jenis hero yang kita pilih. Hero2 seperti franco dan tigreal antara hero tank fav untuk kacau enemy. Benda ni kena practise, jangan lepas baca ni terus buat dalam rank. Dapat maki nanti. Cuba dulu dalam classic utk faham "LIMIT" hero tank kita.

Apa pentingnya nak kacau jungler ni, ini untuk memastikan supaya damage yg akan dtg dari jungler enemy akan berkurangan sebab mereka akan lambat farm, level jungler mereka lambat naik dan duit akan jadi sikit berbanding dgn jungler kita.

*

Untuk tahu kita ini adalah tank yang bagus atau tidak, bergantung pada jumlah assist kita. Tank yang bagus akan mempunyai assist yang banyak.

Pesanan yang terakhir, jangan KS (kill steal) terutamanya dari jungler kita

**Kalau korang ada apa2 nk tmbah boleh kongsikan di ruangan komen

Oklah itu dahulu perkongsian dari kami, kalau rasa perkongsian ni bagus, tolong2 sharekan posting ni dan juga like page kami utk pelbagai ilmu baru ttg MLBB

Page baru buat, so kenalah minta support sikit kan.

Terima kasih sudi membaca semoga bermanfaat

ganas todak
29/08/2021

ganas todak

Todak sekali lagi terbukti menjadi pas**an yang s**ar untuk dilawan. GGWP!

CARA DAPATKAN FREE DRAW TRANSFORMER EVENT1. Top up 250 diamonds (RM19.90)2. Korang akan dapat free ticket, cukup 10 tike...
29/08/2021

CARA DAPATKAN FREE DRAW TRANSFORMER EVENT

1. Top up 250 diamonds (RM19.90)
2. Korang akan dapat free ticket, cukup 10 tiket boleh free draw 10 kali.
3. 10 kali draw confirm boleh dapat 1 skin epic.
4. Dalam 10 draw itu selain dari 1 skin epic biasanya akan dapat lagi 2-3 skin biasa.

Kalau kita bukan sultan dan masih tak banyak lagi skin mmg berbaloi sangat event ni. Ada yg dapat smpai 5 skin terus, ada yg dapat 3 skin, total dalam 1k diamonds juga nilai skin dia kasi. Tak perlu beli pun cuma top up sahaja

Diamonds yg dah di topup tu boleh guna utk benda lain. Tak semestinya dlm eveny transformer

Dah cuba tak ?
Korang dapat skin apa ?

GG
28/08/2021

GG

Hero Paling ditakuti Late Game (kalau sempat late game)KELEBIHANSkill 1 dia boleh ratakan semua enemy dalam teamfight ta...
28/08/2021

Hero Paling ditakuti Late Game (kalau sempat late game)

KELEBIHAN
Skill 1 dia boleh ratakan semua enemy dalam teamfight tanpa sedar. Tau tau dah maniac, lagi2 bila barisan enemy tiada assassin atau hero yang boleh meloncat ke backline. Dia punya pasif, ( ada shield, kebal dr cc dan tmbahan movement speed) menyebabkan dia lebih mudah selamat pada first attack enemy.

KEKURANGAN
Early game tiada guna, macam 4 vs 5. Mid game to late baru nampak ada kesan, bila dah ada 3 core item. Kalau ada enemy assassin, mmg s**ar sgt nak farm early game. Ready utk bermain pasif dan korbankan tower.

TIPS BERMAIN HANABI
a. Kalau kita ni perlu first pick atau early pick, jgn ambil hanabi. Kena counter dan akan jadi makanan nanti
b. kalau kita last pick atau 2nd last dan nmpak enemy dh pick core tiada assasin. Banyak enemy melee barulah pick hanabi
c. Gunakan jungle utk fill up nyawa (jgn kill jungle), attack utk lifesteal dn biarkan jungle reset.
d. Early game sentiasa duduk dibawah naungan tower, jangan force fight, play pasif. Kalau kena ambush lari jangan jadi hero tamil
f. Ketika teamfight gunakan enemy hero paling depan/minion dan juga lord untuk baunce attack hingga ke belakang.

Last but not least
Boleh ker main hanabi dlm rank Mythic ?

Boleh tapi SUSAH, sebab kebanyakkan mythic pandai jump ke back line dan target Hanabi.
Lagi SUSAH bila main solo, lepas pick hanabi, teammate sendiri akan auto stress dan fikir kita nak troll game.

Habis tu kenapa pick hanabi lagi ?
Sebab hanabi ni hero yg mechanics senang, mainnya santai tak perlu banyak berfikir, tanpa sedar boleh dpt maniac. Yang penting pandai jaga position, pandai lari dan jangan mati early game

Apa pandangan korang ?
Kongsikan di ruangan komen.

Akaun ML General Gosu, streamer (1.4 juta subscriber) paling terkenal di North America KENA HACK !!!!!Kenapa nak hack ak...
27/08/2021

Akaun ML General Gosu, streamer (1.4 juta subscriber) paling terkenal di North America KENA HACK !!!!!

Kenapa nak hack akaun dia ni ? Mungkin ramai tak tahu, tetapi akaun "streamer" , "player" terkenal ini boleh dijual dengan harga yang sangat tinggi.

Bukan sahaja kena hack, malah squad dia pun dibuang.

Dengar perkongsian dari Gosu General Sendiri di sini :
https://youtu.be/dwkrTfBCSa0

Hati-hati semua

25/08/2021

Hanabi, hero mm paling di takuti ketika late game

Address


Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Petir Zamrud posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

  • Address
  • Alerts
  • Claim ownership or report listing
  • Want your business to be the top-listed Media Company?

Share