31/08/2022
Kejatuhan Emiriah Diriyah, Kerajaan Saudi Pertama
Pengepungan kota Diriyah dari April hingga kemusnahannya pada 15 September 1818 adalah kemuncak konflik Mesir Uthamniah - Bani Saudi (1811-1818). Pengepungan itu berlaku selama 6 bulan, yang menyaksikan kemenangan mutlak kepada Muhammad Ali Pasha, Wizurai Mesir-Uthmaniah dan mengakhiri kekuasaan Bani Saudi yang pertama.
Ia bermula apabila Muhammad Ibn Saud membentuk pakatan dengan Imam Muhammad ibn Abd al-Wahhab pada tahun 1744 membentuk Emiriah Saudi pertama. Berteraskan kepada ajaran Imam Muhammad Abd al-Wahhab, seorang ulama Hambali, yang berpandukan ajaran Ibn Tammiyah. Fahaman yang menekankan kemurnian agama Islam berteraskan Al-Quran yang tulen serta amalan Nabi dan sahabat sezamannya, menolak sebarang tokok tambah yang dianggap sebagai bid’ah. Mereka dikenali sebagai Muwahiddun atau golongan Ahli Tauhid - atau apa yang kita kenali kini sebagai golongan Wahhabi. Sebab itu dalam sesetengah rujukan konflik ini dikenali sebagai perang Uthmaniah - Wahhabi.
Kota Diriyah dijadikan ibu kota kepada kerajaan Saudi pertama ini. Kota kubu ini merupakan kubu kekuatan keluarga Saudi di lembah Nadj sejak berzaman lagi. Emiriah Saudi pertama ini tidak mengiktiraf kerajaan Uthmaniah sebagai penguasa umat Islam. Mereka berhenti membayar ufti kepada kerajaan Uthmaniah dan mula mengembang kan kuasa di jazirah Arab.
Fasa pertama penguasaan mereka ialah menyerang kabilah2 Arab lain. Sesiapa yang enggan menerima fahaman Wahhabi, difatwakan kafir dan wajib untuk diperangi. Mangsa pertama mereka adalah jiran terdekat mereka, Riyadh. Peperangan sesama mereka berlanjutan dari 1746 hingga 1773 dengan penguasaan Riyadh oleh pihak Saudi. Setelah jatuhnya Riyadh ketangan Bani Saud, ajaran Wahhabi mula berkembang di Jazirah Arab dengan lebih banyak kabilah arab lain berbaiah dengan Bani Saudi.
Pada tahun 1765, Muhammad Ibn Saud meninggal dan Muhammad Ibn Al Wahhab mengundur kan diri dari menjadi imam pada 1773 untuk menumpukan sisa hidupnya dengan beribadah. Abdul-Aziz Bin Muhammad Ibn Saud mewarisi tampuk kuasa Bani Saudi selepas kematian bapanya. Beliau merupakan seorang tokoh politik dan panglima perang yang amat berbakat. Pada awal pemerintahannya dipenuhi dengan peperangan untuk mengukuhkan kuasa Bani Saudi yang diasaskan oleh bapanya. Setelah kuasa Bani Saudi ini kukuh dan semua musuh dalaman mereka dihapuskan, Abdul Aziz mula mengalih perhatian untuk menguasai wilayah yang lebih luas, terutamanya wilayah yang berada dalam pelindungan empayar Turki Uthmaniah.
Bagi mereka, Kesultanan Uthmaniah tidak lagi mengamalkan ajaran Islam yang sebenar dengan mencampuri adukkan amalan budaya ke dalam agama dan terlalu bertoleransi dengan mazhab2 lain terutamanya Syiah. Mereka menganggap kerajaan Uthmaniah merumitkan lagi ajaran Islam dan menjadi tanggugjawab mereka untuk mengembalikan umat kepada ajaran yang sebenarnya.
Sepanjang tahun 1778 hingga 1802, tentera Abdul Aziz telah mengkucar-kacir dan melemahkan pertahanan Turki Uthmaniah di tanah Arab dan persekitarnya. Pertahanan kerajaan Uthamniah berada ditahap paling rendah pada ketika ini, dan penguasaan mereka di kawasan semenanjung Arab semakin goyah. Kemuncaknya, pada 21 April 1802 ( 18 Zulhijjah 1216), Abdul Aziz dan 10 000 pengikutnya bersama 6000 unta telah menyerbu Karbala, kota suci Mazhab Syiah . Diberitakan selama lapan jam, tentera Abdul Aziz telah membunuh 5000 penduduk dan penziarah kota tersebut serta menjarah makam Imam Husin. Setelah memusnahkan kota itu, Abdul Aziz meninggal kan kota tersebut bersama harta rampasan yang diangkut oleh 200 ekor unta. Selepas menjarah Karbala, Abdul Aziz mula mengalih perhatian kepada dua kota suci umat Islam Mekah dan Madinah. Namun pada tahun 1803 Abdul Aziz telah dibunuh oleh seorang pengikut Syiah sebagai tindakan balas dendam kepada peristiwa pembantaian Karbala. Takhta Bani Saud kemudiannya dijawat oleh anaknya Imam Saud Al-Khabeer. Beliau meneruskan usaha ayahandanya untuk menawan kota2 Hijjaz. Pada tahun 1805 dan 06 kedua kota suci tersebut jatuh ketangan tentera Wahhabi-Saudi.
Kekuatan tentera Bani Saudi pada waktu itu disebabkan dua faktor. Pertama kerana pemimpinnya, Muhammad Ibn Saud dan anaknya Abdul Aziz Ibn Muhammad, mereka berdua memiliki reputasi sebagai panglima perang yang j***t, hinggakan pada zaman itu mendengar sahaja tentera yang dikepalai oleh mereka berdua, boleh membuatkan musuhnya tawar hati untuk bertempur. Faktor kedua adalah tentera Bani Saudi itu sendiri merupakan pahlawan padang pasir yang hebat dan mereka amat mahir dalam selok belok pertempuran padang pasir. Organisasi tentera Bani Saudi mengikut kabilah, siap dengan bendera masing2 dan setiap anggota tentera mereka amat mengenali antara satu sama lain. Mereka dibesarkan dalam keadaan lasak dan dilatih dengan ilmu menunggang dan berlawan senjata, apabila cukup umur, mereka menjadi seorang pahlawan yang gagah dan garang. Tentera padang pasir Bani Saudi tidak memerlukan rangkaian logistik seperti tentera Turki Uthmaniah. Mereka sudah biasa dengan iklim gurun dan mahir dengan selok belok padang pasir. Tentera mereka mampu bergerak dalam apa jua cuaca, mamiliki kemahiran mencari bekalan air di padang pasir. Mampu mara dengan pantas dan mampu muncul dimana-mana sahaja. Tentera pertahanan Turki Uthmaniah sentiasa terdedah dengan kehadiran tentera mereka secara tiba-tiba. Taktik mereka kebanyakannya adalah menyerang, serang hendap, menyusup ke garisan belakang, menyerang logistik musuh dan melakukan serangan dari belakang . Mereka gemar melakukan serangan kilat dan menghilang sebelum pihak pertahanan mampu berbuat apa-apa.
`
Peristiwa Karbala dan Kejatuhan kota Mekah dan Madinah memberi tamparan yang hebat kepada umat Islam pada ketika itu malah kepada Empayar Uthmaniyah sendiri. Sekian lama mereka adalah Khalifah umat Islam dan melindungi kedua kota suci itu adalah kewajiban mereka. Dikala itu kerajaan Uthmaniah sedang mempertahankan empayarnya dari asakan serangan Russia dan Perancis. Ini menyebabkan kerajaan Uthmaniah Turki tidak mampu menghantar bala tentera yang cukup untuk berhadapan dengan kemaraan tentera Bani Saudi. Kerajaan Uthmaniah telah memulakan usaha membendung penguasaan Bani Saudi ini sebelum 1807 lagi, pada masa itu Uthmaniah masih diperintah oleh Sultan Mustafa IV,. Pada mulanya, Uthmaniah memohon pertolongan Gabenor Baghdad untuk menghentikan kemaraan Bani Saudi ini, walaupun berjaya mempertahankan kota Najaf dari dijarah, mereka masih gagal membendung kuasa puak2 Wahabi tersebut. Kemudian Sultan memohon pertolongan kepada Gabenor Syam, namun mereka menerima kekalahan yang lebih teruk.
Selepas kemangkatan Sultan Mustafa IV, pada tahun 1811, pengantinya Sultan Mahmud II telah menulis surat memohon pertolongan dengan Wizurai Mesir yang iiaitu Muhammad Ali Pasha. Pada ketika itu beliau baru memperkukuhkan kuasa Uthmaniah di Mesir setelah pejajahan Perancis-Nepoleon. Ali Pasha menerima tugas itu dan segera membuat persiapan. Ada sesetengah rujukan menyatakan, pihak Turki Uthmaniah berasa terancam dengan kekuasaan Muhammad Ali Pasha ini, maka arahan memerangi golongan Wahhabi ini merupakan rancangan serampang dua mata. Sama ada ancaman Wahhabi dihancurkan atau kekuasaan Muhammad Ali Pasha dapat dikurangkan di Mesir.
Kempen Muhammad Ali Pasha bermula pada tahun 1811. Beliau telah menghantar puteranya Tusun Ali Bey untuk mengepalai angkatan tentera seramai 10 000 anggota. Tentera2 Infantri yang berasal dari Anatolia (tempat asal Muhammad Ali Pasha) diangkut menggunakan kapal dan mendarat di perlabuhan Yanbu dipesisir Laut merah menghala ke Kota Madinah, manakala tentera berkuda yang kebanyakanya berasal dari etnik turki p**a mara menggunakan jalan darat. Perlabuhan Yanbu ketika itu hanya dipertahankan oleh 70 orang tentera Arab, melihat bala tentera Tosun, mereka menyerah kalah tanpa melawan. Sesampainya di sana mereka mula menyedari semenanjung Arab merupakan kawasan yang mencabar. Dikelilingi dengan persekitaran kering dan gersang serta kebanyakan penduduk arab pada ketika itu memandang kedatangan tentera Mesir Uthmaniah sebagai tentera asing. Ramai angota tenteranya mula jatuh sakit kerana tidak dapat menyesuaikan diri dengan iklim disana.
Pada 1812, Tosun bey mula bergerak untuk menawan Madinah. Sepanjang perjalanan, skuad peninjau dan pengawal belakang tentera Tosun sering diserang oleh Kabilah Harb (kabilah Harb yang ketika itu masih bersekutu dengan Bani Saudi). Ini menyebabkan tentera Tosun seperti orang buta yang kehilangan tongkat. Apabila tiba di Wadi Safra, sebuah kawasan pergunungan yang berbukit bukau, angkatan Tosun telah diserang oleh tentera Bani Saudi. Pasukan kabilah Harb telah berjaya mengumpan tentera Tosun ke kawasan jurang yang sempit dan dikelilingi oleh bukit2 yang tinggi. Disini 10 000 tentera Wahhabi telah berkumpul dan menggempur tentera2 Tosun. Serangan mengejut ini menyebabkan Tentera Tosun kucar kacir dan mula berundur, walaupun beberapa kali pegawai2 tentera Tosun cuba menggempur kembali serangan puak Arab ini, namun ia gagal untuk menyusun kembali angkatan tentera mereka. Pasukan Tosun terlepas dari kemusnahan total kerana tentera Arab lebih tertarik dengan harta rampasan yang ditinggalkan. Dalam pertempuran itu, Tosun kehilangan 3000 - 5000 tenteranya.
Walaupun mengalami kekalahan di Safra, Tosun memulakan kembali usaha menakluk Madinah pada bulan Oktober 1812. Kali ini beliau lebih bersiap sedia dengan 20 000 tentera, 18 pucuk meriam dan 3 mortar. Beliau melalui kawasan yang sama seperti sebelum ini, tetapi kali ini tanpa sebarang tentangan, ini kerana sebelum itu, Tusun telah menerima nasihat emir Mekah Ghalib Effendi untuk membeli sokongan kabilah2 tempatan sebanyak 118 000 riyal. Kemaraannya ke kota Madinah lancar tanpa sebarang tentangan. Tanpa membuang masa, Tosun mula mengarahkan tenteranya mengepung kota madinah dan membedil kubu pertahanan kota tersebut. Seramai 10 000 pengikut Bani Saudi mempertahankan kota tersebut, namun setelah berminggu dibedil, akhirnya tentera Tosun berjaya membuat bukaan pada dinding pertahanan kubu kota Madinah. Tenteranya menyerbu kota tersebut dan pertempuran yang dahsyat berlaku antara kedua pihak. Akhirnya pihak Mesir Uthmaniah berjaya juga menawan kota Madinah tersebut.
Sheriff Ghalib Effendi merupakan tokoh yang kontraversi (memerlukan pembacaan lanjut). Namun apa yang perlu diketahui, beliau merupakan ketua kota Mekah yang dilantik oleh pemerintah Uthmaniah. Beliau dan 10 000 pasukannya cuba mempertahankan Madinah dan Mekah dari serangan Puak Wahhabi-Saudi. Tersalah mengambil keputusan, beliau berundur ke Jeddah, mengakibatkan insiden pembantaian kota Taif oleh pengikut Wahhabi. Walaupun penduduk Taif telah menyerah kalah dan ingin berunding, puak2 Wahabi berpura ingin berdamai,namun selepas itu mereka meneruskan juga pembantaian dan penjarahan. Dikatakan mereka membunuh penduduk kota Taif tak kira lelaki, perempuan dan kanak2, kota itu mengalami kerosakan total . Wahhabi cuba menyerang Jeddah tetapi Ghalib berjaya mematahkan serangan tersebut.
Ghalib terpaksa melepaskan kota Madinah dan Mekah selepas kedua kota tersebut dijangkiti wabak dan dikepung oleh pengikut Wahhabi yang menyebabkan penduduk kota kebuluran. Walau bagaimana pun beliau masih memegang jawatannya selepas mengadakan perundingan dengan Pihak Wahabi-Saudi. Beliau terpaksa bersubhat dengan puak Wahhabi yang mencuri dan meleburkan harta2 nabi dan menerima separuh ufti yang dibayar kepada puak Wahhabi. Jadi tidak hairanlah beliau membelot ketika tentera Mesir-Uthmaniah mula menggerakkan ekpedisi di semenanjung Arab. Semasa kempen ekspedisi ke Nadj oleh Muhammad Ali Pasha , beliau enggan menyerahkan kota Makkah kepada Muhammad Ali Pasha, akibatnya - Makkah dikepung dan Sheriff Ghalib ditangka dan dihukum buang negeri ke Saloniki.
Pada Januari 1813, Muhammad Ali Pasha menghantar lagi tentera bantuan menjadikan kekuatan tentera anaknya Tosun kepada 25 000 orang. Seterusnya mereka mara ke Jeddah dan menundukkan 2000 tentera Bani Saud. Mendengar kemaraan bala tentera Mesir-Uthmaniah dan ditambah dengan pembelotan Shariff Ghalib Effendi, tentera Bani Saudi menjadi lemah semangat dan menyerahkan Kota Makkah tanpa pertumpahan darah.Pada tahun yang sama, Ibadah haji yang terhenti pada zaman Wahhabi kembali pulih pada bulan November.
Selepas berjaya menawan kembali kedua kota suci itu, penguasaan Wahhabi-Saudi masih lagi kuat, terutamanya diluar tanah hejaz. Tosun mengalami jalan buntu apabila beberapa ekspedisi nya gagal untuk melemahkan kuasa Bani Saudi dan sekutunya. Pihak Wahhabi Saudi mula melancarkan peperangan gerila dan beberapa kali Kota Madinah dikepung.
Melihat pada perkembangan ini Muhammad Ali Pasha sendiri telah turun padang. . Pada September 1813, beliau mendarat di Jeddah bersama angkatan tenteranya. Tentera yang dibawa kali ini berlainan sekali dari sebelum ini. Tenteranya kali ini lebih terlatih dan berdisiplin, lebih moden dan dilengkapi dengan persenjataan yang terkini. Langkah pertama yang dilakukan beliau adalah mengukuhkan kekuasaan Mesir-Uthmaniah di tanah Hejaz. Beliau membelanjakan sejumlah wang untuk membeli kesetiaan kabilah2 arab, memadamkan tentangan dalaman yang didalangi oleh pihak Wahhabi dan memecat Ketua Mekah Sheriff Ghalib Effendi dan menggantikan beliau dengan anaknya Tosun Bey. Pertempuran pertama beliau adalah menyerang bandar Biselah kubu kuat tentera Wahhabi-Saudi, setelah membedil bandar tersebut, beliau menyebarkan berita palsu bahawa tenteranya terpaksa berundur kerana serangan gerila pihak Wahhabi. Tentera beliau diarahkan berundur dalam keadaan seolah telah dikucar kacir, ini menarik tentera Wahhabi keluar dari kota Biselah untuk menghambat bala tentera Mesir Uthmaniah yang sedang berundur. Akibat ketamakan harta rampasan, tentera Wahhabi telah termasuk kedalam perangkap Muhammad Ali Pasha. Apabila sampai dikawasan lapang dikaki gunung, tentera Mesir Uthamniah berpusing kembali dan menyerbu tentera Arab-Wahhabi dengan bantuan tembakan meriam, melihat keadaan ini kebanyakan kabilah2 arab berpaling tadah dan meninggal kan pasukan Wahhabi bertempur bersendirian. Pasukan Wahhabi akhirnya berpecah, kucar kacir dan mula berundur. Muhammad Ali Pasha menawarkan 6 dinar bagi setiap kepala Wahhabi. Akibatnya 5000 kepala dipersembahkan kepada beliau. Kemenangan tentera Mesir Uthmaniah ini membantutkan kempen agresif Wahhabi-Saudi.
Pada tahun 1814, Imam Saud ketua BanI Saudi meninggal dunia dan di warisi kepada anaknya Abdullah Ibn Saud. Pada ketika ini situasi kerajaan Bani Saudi agak goyah. Pendapatannya semakin merosot kerana peperangan dan kehilangan kota2 hijaz ketangan Mesir-Uthmaniah. Ditambah lagi kehilangan sokongan dari kabilah2 arab yang samaada dibeli oleh Muhammad Ali Pasha atau berpaling tadah kerana merasa dikhianati disebabkan pemerintahan Wahhabi-Saudi yang kurang bertoleransi kepada mereka yang enggan menerima fahaman Wahabbi.
Pada 1815, Muhammad Ali Pasha secara tiba2 telah p**ang ke Mesir untuk menghalang komplot rampasan kuasa keatas kerajaannya. Semasa ketiadaan beliau, anaknya Tosun Bey telah mengikat perjanjian damai dengan Emir Abdullah Ibn Saud. Dalam perjanjian tersebut, Abdullah wajib memulangkan kembali harta benda yang dirampas dari makam Nabi di Madinah dan beliau diakui sebagai pemerintah di Emiriah Diriyah dengan syarat beliau harus taat pada pemerintah Mesir Uthmaniah. Pada bulan November, tahun yang sama Tosun Ali Bey telah p**ang ke rahmatullah kerana dijangkiti demam selsema. Beliau meninggal dan dimakamkan di Rossetta.
Bulan2 seterusnya melihatkan kedua-dua pihak mula melanggar perjanjian damai yang dimetrai. Muhammad Ali Pasha melihat perjanjian anaknya adalah diluar pengetahuannya dan Abdullah Ibn Saud p**a enggan tunduk kepada kekuasaan Kaisar Mesir Uthmaniah. Konflik diperbaharui dengan Muhammad Ali Pasha melantik seorang lagi anaknya Ibrahim Muhammad Ali mengetuai kempen ke perbatasan Nadj . Pasukan terbaru beliau kini mengandungi 8000 anggota termasuk dari Turki, Anatolia, Mesir, pasukan Badui tempatan yang terlatih dengan peperangan moden dan beberapa pegawai dari Perancis sebagai penasihat.
Muhammad Ali Pasha memperbaharui kempen memerangi Wahhabi pada September 1816. Kali ini beliau menerima bantuan seramai 6000 pasukan berkuda dari kabilah2 tempatan. Kemahiran tentera kabilah ini dalam hal ehwal peperangan padang pasir digunakan sebaik mungkin. Beliau meletakkan tentera kabilah ini sebagai kepala tentera ketika mara di padang pasir. Mereka akan dibantu oleh pasukan2 penunggang unta Badui. Pada July 1817, berhampiran telaga air Mawiyah, 10 000 penunggang unta Abdullah Ibn Saud bertembung dengan kolum tentera Mesir-Uthmaniah dibawah pimpinan komander Azuzun Ali. Ketumbukan tentera Wahhabi-Saudi dibinasakan oleh pukulan meriam Azuzun dan diselesaikan oleh pasukan berkuda Mesir.
Kemudian, pasukan Ibrahim Ali mengepung kota Rass, salah sebuah jaringan kubu pengikut Wahhabi didalam laluan menuju ke ibu kota Dirriyah. Kepungan berlangsung selama 3 bulan namun pertahanan kota itu terlalu ampuh. Peluru meriam kurang memberi kesan kepada dinding kubu Rass yang diperbuat dari tanah yang dimampat. Terdapat bukaan pada dinding kubu namum tentera Wahhabi-Saudi menutupnya dengan ranting2 kayu. Tentera Mesir-Uthmaniah cuba menyerbu bukaan tersebut, hasilnya pergerakan mereka tersekat diantara ranting2 kayu dan parit yang dibina, akibatnya mereka menjadi sasaran mudah tentera musuh. Tentera Ibrahim Ali menanggung korban hampir 1000 tentera dalam serangan itu.
Walaupun gagal menawan kota Russ, tentera Muhammad Ali Pasha meneruskan kemaraan ke ibu kota Bani Saud, Dariyah. Perjalanan mereka agak sukar, pasukannya dan bekalan belakangnya seringkali diserang hendap. Serangan-serangan itu melambatkan pergerakan tentera Muhammad Ali Pasha. Namun tentera Pasha tetap mara secara berterusan, pertempuran2 kecil dimenangi dan beliau akan memperkukuhkan kembali pasukan dan kelebihan yang diperolehi sebelum mara semula. Selepas melewati Rass, Buraida dan Anaiza, tentera Mesir-Uthmaniah akhirnya tiba di perbatasan Najd pada awal tahun 1818. Selepas menduduki bandar Shaqra pada bulan April tahun yang sama, mereka tiba di kota berkubu Dariyah. Walaupun tentera Pasha gagal menawan kota Rass, pengikut Abdullah Ibn Saud memilih untuk berundur dan bertahan hingga titisan darah terakhir di ibu kota mereka Diriyah.
Sesampai di pintu kota Diriyah, tentera AliPasha mula mengumpulkan segala meriam dan mortar dan memulakan kepungan. Selama 5 bulan kota Diriyah dihujani bom dan mortar dan pengikut Abdullah ibn Saud berkurangan kepada 200 orang. Pada 15 September 1818, Abdullah dan para pengikutnya akhirnya menyerah kalah tanpa syarat kepada pihak Mesir-Uthmaniah.
Selepas menawan kota Diriyah, Ali Pasha mengumpulka saki baki ulama Wahabbi dan dikumpulkan didalam masjid. Disana Muhammad Ali Pasha berdebat dengan ulama2 ini berkaitan pegangan masing2, beliau bersungguh-sungguh ingin mengembalikan mereka ke jalan Ahli Sunnah Wal Jamaah dan menerangkan kesilapan didalam fahaman Wahabbi. Setelah tiga hari perdebatan, akhirnya Ali Pasha mendapati akidah mereka tidak dapat diubah dan fahaman Wahhabi begitu menebal didalam jiwa mereka. Akhirnya beliau mengarahkan ulama2 ini dihukum bunuh dan masjid Wahhabi itu dimusnahkan. Abdullah Ibn Saud dihantar ke penjara Iskandariah sebelum dihantar ke Instanbul untuk dibicara. Disana beliau bersama beberapa orang kanan beliau dihukum pancung. Begitulah tamatnya perjalanaN Emiriah Saudi yang pertama.
Peristiwa ini direkodkan sebagai salah satu sejarah hitam bagi umat Islam sedunia. Bagaimana agama ditunggang untuk menghalalkan darah saudara2 sendiri. Menafikan keharmonian sesama saudara sendiri dengan melakukan kezaliman dan memenuhi halwa nafsu peribadi. Walaupun Abdullah Ibn Saud dihukum dan kekuasaan Wahhabi dihapuskan, namun ada beberapa ahli keluarganya berjaya melarikan diri. Mereka2 ini menjadi asas kepada pembentukan Emiriah Saudi kedua dan Kerajaan Arab Saudi kini. Peristiwa ini juga telah membuka pintu para orientalis meniupkan idea perpecahan dan menjadi ejen kepada kejatuhan Empayar Uthmaniah dari dalam buat tahun2 mendatang.
Umat islam seluruh dunia pada waktu itu boleh menarik nafas lega setelah ancaman Wahhabi berjaya dihapuskan. Buat Muhammad Ali Pasha, kejayaan kempen memerangi Wahhabi meletakkan beliau sebagai penguasa tanah Hejaz dan mengukuhkan kuasa dinastinya di Mesir. Salah seorang Ulama Hanafi terkenal abad itu, Muhammad Amin Ibn Abidin pernah mencemuh pengikut2 Wahabi ini sebagai :
“Mereka (Wahhabi) menggelarkan diri mereka Hambali- tapi bertindak dan berfikir seolah2 Islam ini mereka yang punya dan menganggap orang lain adalah orang2 mushrik (orang2 islam yang tidak sependapat dgn Wahhabi). Mereka menghalalkan darah Ahli Sunnah Wal Jamaah namun Allah sendiri membinasakan mereka dengan Tentera Islam”