Affinity Trading

  • Home
  • Affinity Trading

Affinity Trading Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Affinity Trading, Magazine, .

Untung Bersih Sunway Merosot Kepada RM676.69 Juta Pada Tahun Kewangan 2022KUALA LUMPUR, 23 Feb (Bernama) — Keuntungan be...
20/10/2023

Untung Bersih Sunway Merosot Kepada RM676.69 Juta Pada Tahun Kewangan 2022

KUALA LUMPUR, 23 Feb (Bernama) — Keuntungan bersih Sunway Bhd pada tahun kewangan berakhir 31 Dis 2022 (tahun kewangan 2022) merosot kepada RM676.69 juta daripada RM2.66 bilion pada tahun lepas.

Perolehan, bagaimanapun, melonjak sebanyak 39.8 peratus kepada RM5.19 bilion daripada RM3.72 bilion sebelum ini, berikutan sumbangan yang tinggi daripada semua segmen perniagaan, menurut syarikat itu dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini.

Pada suku keempat tahun kewangan 2022, keuntungan bersihnya susut kepada RM202.98 juta daripada RM2.45 bilion pada tahun lepas manakala perolehan meningkat kepada RM1.53 bilion daripada RM1.25 bilion sebelum ini.

Dalam kenyataan berasingan, Sunway berkata perolehan lebih tinggi itu berikutan sumbangan yang tinggi daripada semua segmen perniagaan kecuali segmen pembinaan dan lain-lain.

Kumpulan itu telah mengisytiharkan dividen interim kedua satu peringkat sebanyak 3.5 sen sesaham dan skim pelaburan semula dividen (DRS) akan digunakan, apabila bahagian boleh pilih sebanyak dua sen sesaham yang dipegang boleh dipilih untuk dilaburkan semula dalam saham biasa baharu dan baki 1.50 sen sesaham yang dipegang akan dibayar secara tunai.

Butiran mengenai DRS, termasuk kelayakan dan tarikh pembayaran akan ditentukan dan diumumkan dalam masa terdekat, katanya.

Selain itu, kumpulan tersebut akan mengisytiharkan dividen keutamaan sebanyak 5.25 peratus setahun (berdasarkan harga terbitan RM1) setiap saham keutamaan boleh tukar tidak boleh tebus berhubung tempoh kewangan dari 1 Julai 2022 hingga 31 Dis 2022.

Ketua Pegawai Kewangan Kumpulan Chong Chang Choong berkata kumpulan mengekalkan momentum pertumbuhannya yang kukuh, disokong oleh pertumbuhan ekonomi domestik yang baik pada suku akhir tahun tersebut.

“Walaupun pertumbuhan ekonomi Malaysia dijangka sederhana pada 2023, kumpulan optimis secara berhati-hati bahawa ia dapat mengekalkan momentum pertumbuhannya pada masa depan.

“Kumpulan menjangka perniagaan riadah dan hiburan, hospitaliti dan penjagaan kesihatannya akan terus mendapat manfaat daripada aktiviti riadah dan hiburan ke dalam negeri dan pelancongan berkaitan perubatan yang semakin baik terutamanya dengan pembukaan semula sempadan antarabangsa China yang akan meningkatkan lagi ketibaan pelancong,” katanya.

Terima kasih kepada semua pelabur yang telah memberikan kefahaman/review dalam group, semoga segala keuntungan yang dite...
19/10/2023

Terima kasih kepada semua pelabur yang telah memberikan kefahaman/review dalam group, semoga segala keuntungan yang diterima dapat memberi keberkatan kepada anda semua

Bila anda melabur, anda boleh grow lebih banyak duit sedia ada, daripada menyimpan. Tapi, macam mana nak tau kalau anda ...
18/10/2023

Bila anda melabur, anda boleh grow lebih banyak duit sedia ada, daripada menyimpan. Tapi, macam mana nak tau kalau anda dah ready ke belum untuk melabur? Yelah melabur ni kan ada risiko lah, tinggi mahupun rendah. So, sebelum memulakan aktiviti pelaburan, sebaik-baiknya buat beberapa persedian pelaburan ini terlebih dahulu👇

Untuk menjadi seorang trader yang berjaya bukanlah suatu perkara yang mudah.Untuk menjadi seorang trader anda perlu memp...
17/10/2023

Untuk menjadi seorang trader yang berjaya bukanlah suatu perkara yang mudah.
Untuk menjadi seorang trader anda perlu mempunyai ilmu yang luas tentang sesebuah trading yang anda lakukan.
Namun begitu, mindset yang kuat perlu ditanam supaya seseorang trader itu sentiasa positif dan yakin dengan trade yang dilakukan.
Antara mindset trader yang ada perlu tahu ialah:
1. “Profitable minded”
Seseorang trader itu perlu untuk mencari setiap celah peluang untuk mendapatkan keuntungan.
Namun begitu, jangkaan atau target profit itu perlu diletakkan scara realistik.
2. Memiliki asas yang kuat.
Seseorang trader perlu membuat keputusan dalam setiap aktiviti trading yang dilakukan.
Oleh yang demikian, strategi yang matang perlu dipertimbangkan di samping membuat analisis fundamental, teknikal, dan sentiment pasaran yang tepat.
3. Meminimumkan kesalahan.
Meminimumkan kesalahan penting kerana ianya boleh meminimumkan risiko kerugian anda. Di dalam dunia trading, anda tak boleh halang risiko kerugian secara keseluruhannya.
Namun begitu, anda boleh meminimumkan kerugian dengan teknik dan analisa yang betul dan tepat.
4. Sabar dan tenang.
Sebagai seorang trader, banyak keputusan berkenaan trading yang anda perlu lakukan.
Untuk membuat keputusan yang rasional, anda perlu berada di dalam keadaan yang tenang.
Tetap bersabar untuk menunggu peluang yang bakal menjadi milik anda dan teruskan bersabar di dalam apa jua posisi yang anda hadapi

[Setiap Pelabur Saham Perlu Bina Mindset Positif Untuk Berjaya Dalam Pasaran Saham]Bukan mudah untuk terus berjaya dalam...
16/10/2023

[Setiap Pelabur Saham Perlu Bina Mindset Positif Untuk Berjaya Dalam Pasaran Saham]
Bukan mudah untuk terus berjaya dalam pelaburan saham. Majoriti pelabur saham memerlukan 3-5 tahun sebelum mampu menjana keuntungan secara konsisten.
Disebalik kejayaan setiap trader, pasti bermula dengan cerita kegagalan. Jika anda serius mahu berjaya dalam pasaran saham, pastikan anda sudah bersedia tanamkan mindset positif dalam diri anda.

Elon Musk yang merupakan CEO Tesla, SpaceX, dan pelabur bagi Solarcity dan Neuralink, bakal menjadi pemilik Twitter yang...
14/10/2023

Elon Musk yang merupakan CEO Tesla, SpaceX, dan pelabur bagi Solarcity dan Neuralink, bakal menjadi pemilik Twitter yang baru.

Elon membuat bidaan sebanyak $44 billion dollar kepada shareholder di Twitter untuk menjadi pemilik.

Orang kaya level Elon Musk ni macam selamba je dia withdraw duit gi beli company lain.

Duit dia memang banyak berbillion-billion dollar tapi ramai orang tak tau..

FELDA Belum Lagi Menghubungi FGV Mengenai LLAKUALA LUMPUR, 20 Okt (Bernama) — Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda)...
13/10/2023

FELDA Belum Lagi Menghubungi FGV Mengenai LLA

KUALA LUMPUR, 20 Okt (Bernama) — Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) masih lagi belum menghubungi FGV Holdings Bhd bagi memulakan rundingan mengenai Perjanjian Pajakan Tanah (LLA).

FGV dalam satu makluman kepada Bursa Malaysia berkata di bawah terma perjanjian, penamatan LLA itu dibolehkan.

“Sekiranya Felda mengeluarkan notis mengenai perkara ini, FGV akan mengikut prosedur yang digariskan dalam LLA.

“Aset yang terlibat dalam LLA membabitkan estet-estet tetapi tidak termasuk kilang sawit FGV,” katanya.

Jika Felda ingin membeli kilang sawit FGV, ia sepatutnya dibuat berdasarkan ‘kerelaan pembeli serta penjual” dan mengikut nilai pasaran semasa yang memerlukan kelulusan pemegang saham melalui mesyuarat agung luar biasa.

Peneraju minyak sawit itu juga berkata syarikat berkenaan ingin menawarkan penjelasan berhubung kenyataan yang dibuat oleh Felda, yang menyatakan bahawa sebelum tawaran awam permulaan (IPO) pada 2012, Felda mempunyai keuntungan melebihi RM1 bilion dan selepas kewujudan FGV sebagai syarikat senaraian awam, Felda mengalami kerugian setiap tahun dan jumlah hutangnya meningkat.

“Apabila LLA ditandatangani pada 2011, harga minyak sawit mentah adalah sekitar RM3,000 setan dan unjuran pendapatan Felda (melalui LLA) berpaut pada harga RM2,800 setan.

“Harga MSM memainkan peranan paling penting dalam menentukan keuntungan atau kerugian syarikat. Selepas IPO pada 2012, pembayaran FGV kepada Felda tidak memenuhi unjuran Felda disebabkan oleh penurunan harga MSM,” katanya.

Tambahnya, perbelanjaan penanaman semula bagi kawasan 15,000 hektar itu mencecah sehingga RM300 juta setahun dan selain ini, kos pembajaan termasuk pemulihan memakan belanja RM300 juta secara tahunan.

“IPO FGV sering didakwa sebagai punca kegagalan dan kejatuhan Felda. Isu sebenar adalah penggunaan pendapatan daripada IPO, dan bukan IPO itu sendiri. Felda telah memperolehi RM5.7 bilion daripada IPO manakala FGV mendapat RM4.5 bilion.

“FGV tidak boleh mengulas bagaimana Felda menggunakan hasil daripada IPO. Malangnya untuk FGV, sebahagian daripada hasil kutipan ini tidak dilaburkan dengan baik. Sehingga akhir 2018, FGV telah membuat kemerosotan besar berjumlah RM780 juta bagi pelaburan baharu tersebut,” katanya.

Sehingga sekarang, tanggungjawab FGV terhadap Felda (menurut LLA) yang berjumlah RM248 juta setahun telah dipenuhi sepenuhnya. FGV telah membayar lebih RM2.5 bilion kepada Felda mulai 2012 hingga 2019.

Sebelum ini, dilaporkan Felda berhasrat untuk menuntut semula kira-kira 350,000 hektar yang telah dipajakkan kepada FGV sebagai cara bagi memulihkan kedudukan kewangannya.

Pengerusinya Datuk Seri Idris Jusoh berkata perkara itu sudah dipersetujui lembaga pengarah dan syarikat itu kini sedang menunggu arahan kerajaan sebelum rundingan boleh dimulakan dengan FGV

Siapa Itu Jerung? Dan Sejauh Mana Jerung Mempengaruhi Pasaran Saham?Di dalam pasaran saham, kita sering mendengar terma-...
12/10/2023

Siapa Itu Jerung? Dan Sejauh Mana Jerung Mempengaruhi Pasaran Saham?

Di dalam pasaran saham, kita sering mendengar terma-terma yang berkaitan dengan haiwan seperti Bull (Lembu) yang menggambarkan pasaran meningkat naik, Bear (Beruang) yang menggambarkan pasaran menurun dan kangaroo (kanggaru) yang menggambarkan pasaran naik dan turun seolah-olah melompat seperti kanggaru.

19/08/2019

Toda acção tem uma reação

Address


Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Affinity Trading posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

  • Address
  • Alerts
  • Claim ownership or report listing
  • Want your business to be the top-listed Media Company?

Share