Borneo Sabah

Borneo Sabah Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Borneo Sabah, Media/News Company, .

19/07/2021

Gara-gara potong giliran. Pemandu teksi Airport KKIA telah naik berang dan melanggar si pemotong giliran.

Hidup ini sudah sempit dek kerana sumur-2 PKP jangan la ambil kesempatan dengan kawan-2 kerja lain.

Selamat Hari Raya Aidil Fitri Maaf Zahir Dan Batin serta sentiasa berwaspada. Aktiviti kunjung mengunjung di hari raya a...
13/05/2021

Selamat Hari Raya Aidil Fitri Maaf Zahir Dan Batin serta sentiasa berwaspada.

Aktiviti kunjung mengunjung di hari raya aidilfitri melebihi 20 orang adalah tidak dibenarkan memandang kita sekarang berada didalam PKP.

Untuk pengetahuan semua kompaun kunjung mengunjung di hari raya aidilfitri kompaun kepada tuan rumah dikenakan sebanyak RM25,000 sahaja dan pengunjung sebanyak RM5000 sahaja.

Maklumlah orang melayu sambut raya special sikit polis datang ke rumah tidak sama macam perayaan yang lain. Ini lah keistimewaan MELAYU! TAKBIRR!

  | Abu Ubaidah, jurucakap rasmi bagi pihak Al-Qassam. Individu yang amat mengerikan. Hampir tiada maklumat langsung ten...
12/05/2021

| Abu Ubaidah, jurucakap rasmi bagi pihak Al-Qassam. Individu yang amat mengerikan. Hampir tiada maklumat langsung tentang beliau melainkan nama dan jawatan. Nama Abu Ubaidah itu pun adalah gelaran sahaja. Beliau diletak dalam carta paling diburu oleh Israel. Mastermind di belakang Al Qassam. Bersembunyi bawah tanah berbelas tahun. Tidak ada siapa kenal beliau. Tapi segala strategi serangan dia yang susun.

09/05/2021

Kesempitan kewangan punca suspek telah ditangkap di sebuah Pasaraya kerana mencuri sebotol Coca Cola dan telah dibantai.

Kalau ya pun janganlah buat tindakan sendiri biarpun dia bersalah, serahkan pada pihak polis. Maklumlah zaman pandemik sekarang banyak yang dibuang kerja serta kebanyakkan mempunyai masalah kewangan.

21/12/2020

Disebabkan membuat bunyi bising main mercun,. 2 orang maut di tembak oleh bapa kepada anak yang merupakan polis namun menyalahgunakan kuasa.

The Kid: My father is a policeman!

Aling Sonya: I don't care!

Jonnel (the policeman): P*tanginam* gusto mo tapusin kita ngayon ha?

PLEASE. JUSTICE FOR THOSE TWO INNOCENT PEOPLE. SAY THEIR NAME. SONYA GREGORIO AND FRANK GREGORIO, may you rest in peace 🥺

10/12/2020

SERANGAN BUAYA DI SABAH BARU MENGORBANKAN SEORANG KANAK-KANAK.

SEDEKAHKAN AL-FATIHAH

09/12/2020

AMALKAN MAKANAN SUNNAH NABI LAGI BAGUS DARIPADA PERUBATAN MODEN SEKARANG INI YANG BANYAK MENGANDUNGI BAHAN-BAHAN KIMIA DAN BUKAN LAG BERSIFAT SEMULA JADI

Makanan dan minuman memainkan peranan yang sangat penting untuk kesihatan manusia. Seperti mana definisi Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), kesihatan adalah kesejahteraan jasmani, rohani dan sosioekonomi.

Kebanyakan manusia mendapat penyakit disebabkan oleh corak / pola pemakanan yang salah dan kurang pengetahuan mengenai pemakanan sihat.

Nabi Muhammad SAW adalah manusia teladan yang membawa integriti Islam dengan menyentuh seluruh aspek kehidupan. Teladan baginda ini berkaitan dengan pelbagai perkara termasuklah sesuatu yang mungkin kelihatan remeh iaitu pemakanan. Rasulullah SAW mengajar bukan sahaja setakat memilih makanan tetapi juga cara dan adab makan serta minum.

Adab Makan Dan Minum oleh Rasulullah SAW

Beberapa adab makan dan minum oleh Rasullullah SAW adalah :

Mencuci tangan sebelum makan
Membasuh tangan sebelum makan dapat membersihkan segala kotoran yang ada pada tangan dan seterusnya dapat mengelakkan penyakit.

Membaca basmalah dan doa sebelum makan
Memulakan makan dengan doa akan mendatangkan berkat.
Makanan yang berkat akan memberi tenaga dan tenaga yang berkat ini akan digunakan untuk kesihatan diri dan kebajikan.
Makan dengan 3 jari tangan kanan
Menggunakan tiga jari kanan mengecilkan saiz suapan dan seterusnya makanan dapat dikunyah dengan sempurna.
Makan dengan jari tangan kanan merupakan cara untuk memperoleh hasil terbaik proses pencernaan.
Menurut artikel yang diterbitkan dalam paparetta.wordpress.com pada Oktober 2010, makan menggunakan tangan terbukti lebih menyihatkan kerana jari akan mengeluarkan enzim ‘RNAse’ yang dapat mengawal aktiviti bakteria sehingga ke tahap minima dalam sistem pencernaan. Ini mampu menghindarkan penyakit yang disebabkan oleh perut.
Duduk dengan baik, tegap dan tidak bersandar
Posisi ini memudahkan makanan turun serta dihadamkan dengan sempurna.
Bersikap sederhana dan tidak berlebihan ketika makan
Rasulullah SAW tidak pernah makan hingga terlalu kenyang, tidak makan lagi sesudah kenyang dan tidak makan melebihi sepertiga perut kerana sepertiga lainnya adalah untuk minuman dan udara (nafas). Dengan erti lain Rasulullah SAW makan ketika lapar dan berhenti sebelum kenyang.
Mulai makan dari hidangan atau bahagian yang terdekat dengan kita
Selain kelihatan lebih sopan, tenang dan tidak rakus, tindakan ini juga boleh memperoleh keberkatan makanan tersebut.
Tidak memenuhkan mulut dengan makanan yang terlalu banyak
Lebih sopan dan tidak kelihatan gelojoh.
Tidak banyak bercakap ketika sedang makan
Mengelakkan makanan daripada terkeluar dan menampakkan sikap tidak sopan / rakus.
Makan bersama-sama dengan ahli keluarga dan sahabat (tidak makan bersendirian)
Mengeratkan ikatan silaturrahim serta menambahkan keberkatan makanan.
Tidak mengeluarkan suara keras ketika sedang mengunyah makanan
Mengelakkan gangguan kepada orang lain.
Tidak mengawasi dan melihat orang yang sedang makan
Mengelakkan orang yang diawasi daripada berasa terganggu / malu dan menjejaskan selera makan mereka.
Tidak menyisakan makanan di pinggan
Memupuk sikap terpuji iaitu tidak membazir serta mendapat keberkatan makanan.
Tidak mencelah makanan yang tidak disukai
Jika Rasulullah SAW tidak berselera, baginda akan meninggalkan makanan tanpa mencela makanan tersebut.
Cacian terhadap makanan boleh mengurangkan keberkatan yang Allah SWT berikan dalam makanan tersebut dan memberi kesan negatif terhadap kesihatan tubuh sekiranya makanan tersebut dimakan.
Tidak bernafas ketika minum dan menjauhkan mulut dari tempat minum ketika bernafas serta tidak meniup makanan / minuman yang panas
Mengelakkan kita mengambil minuman yang tercemar dengan karbon dioksida hasil daripada hembusan nafas ke dalam minuman.
Adab ini juga menerap nilai kesabaran dan kesopanan dalam diri.
Menutup bekas makanan dan minuman
Mengelakkan makanan / minuman daripada tercemar.
Menjilat makanan yang tersisa di jari-jari (ibu jari, jari telunjuk dan jari tengah) ketika suapan terakhir
Ia mestilah dilakukan dengan tertib, indah dan berperaturan agar tidak menimbulkan persepsi yang negatif.
Penemuan kesihatan moden menunjukkan bahawa dengan menjilat jari setelah selesai makan, jari akan mengeluarkan enzim yang sangat membantu kelancaran proses pencernaan.
Setelah selesai makan, bacalah : “Alhamdulillah”
Menzahirkan rasa kesyukuran kepada Allah SWT terhadap makanan dan minuman yang telah dikurniakan.
Cuci tangan setelah selesai makan
Rasulullah SAW menggalakkan umatnya untuk mencuci tangan sebelum dan sesudah makan supaya terhindar daripada kuman dan penyakit.
Tidak meninggalkan makan malam
Rasulullah melarang umatnya untuk meninggalkan makan malam.
Barang siapa yang meninggalkan makan malam dia akan dimamah usia dan tahap kolesterol dalam darah akan meningkat.
Makan malam adalah sebelum Maghrib iaitu lebih kurang jam 7.00 malam.
Makanan Dan Minuman Sunnah

Rasulullah hanya makan/minum makanan/minuman yang halal mengikut syariat dan berkhasiat. Beberapa jenis makanan kegemaran Rasulullah SAW adalah :

Air Zamzam
Kajian saintifik menunjukkan bahawa air zamzam mempunyai struktur molekul air yang unik dan bersifat beralkali. Ciri ini dapat mengimbangi keasidan di dalam badan.
Di samping itu, ia mengandungi banyak mineral seperti fluorida, kalsium, klorida, sulfat, bikarbonat, kalium dan natrium.
Imam At-Tirmizi menerangkan bahawa air zamzam yang diminum akan memberi manfaat kepada seseorang mengikut hajat baik orang tersebut.
Daging kambing bahagian lengan
Bahagian ini :
Mengandungi kurang lemak.
Paling lembut.
Mudah dihancurkan / dihadamkan.
Mengandungi banyak zat besi.
Memberi tenaga untuk kekuatan otot dan membangkitkan semangat.
Roti yang diperbuat daripada tepung barli yang tidak diproses
Mengekalkan serat dan khasiat vitamin kerana lapisan bran dikekalkan.
Susu
Susu yang mengandungi khasiat yang lengkap terdiri daripada protein, lemak dan mineral yang dapat membantu pembentukan tulang serta mencegah penyakit anemia.
Kajian mendapati bahawa susu kambing dapat memberikan lebih khasiat kepada badan berbanding susu lembu.
Keju
Rasulullah SAW menyukai keju yang diperbuat daripada susu lembu dan kambing. Keju rendah lemak mempunyai lebih manfaat sama seperti susu rendah lemak.
Kurma
Menurut kajian yang dilakukan oleh al-Shahib, W and Marshall, RJ bertajuk The Fruit Of The Date Palm : Its Possible Use As The Best Food For The Future dan International Journal of Food and Science Nutrition, 54 (4):247-259, buah kurma boleh menjadi makanan yang ideal pada masa hadapan kerana ia mengandungi :
15 jenis garam dan mineral,
Kaya dengan vitamin,
Kadar karbohidrat yang tinggi (44-88%),
Serat (6.4-11.5%),
Protein (2.3-5.6%),
Lemak (0.2-0.5%) dan
Minyak (0.2-0.5%).
Mengandungi 23 jenis asid amino, sebahagiannya tidak ditemui dalam buah-buahan yang pop**ar seperti oren, epal dan pisang.
Kurma juga mengandungi :
Fluorin yang membantu meningkatkan kesihatan gigi, dan
Selenium yang diperlukan oleh sistem pertahanan badan bagi mencegah kanser.
Anggur
Kandungan vitamin C dan B6 cukup tinggi serta mineral kalium yang berfaedah untuk saluran pencernaan dan saluran kencing kerana bersifat diuretik.
Biji anggur mengandungi antioksidan pycnogenolyang berfungsi sebagai :
Penguat kolagen,
Meningkatkan fungsi pembuluh darah, dan
Anti-penuaan.
Kulit anggur kaya dengan flavanoid yang dapat mencegah risiko strok dan darah tinggi.
Anggur juga mengandungi Tannin yang mampu mencegah kerosakan gigi.
Cuka kurma
Ibnu Sina dalam kitab beliau Al-Qanun Fi Al-Tib menyatakan bahawa cuka kurma dapat :
Mencegah sebarang pembengkakan di badan (bisul, kanser)
Menyucikan darah
Membaiki masalah pencernaan di perut
Masalah usus, kerongkong, kahak, batuk yang berpanjangan
Menjaga kulit daripada kepanasan matahari
Mengatasi masalah lemak-lemak di badan (kolesterol)
Menstabilkan asid dan garam di badan
Membuang keracunan badan (toksik)
Masalah rahim
Menguatkan gigi, mata dan telinga.
Madu
Hasil kajian Universiti Zagreb di Croatia dan penemuan yang dimuatkan dalam Journal of the Science of Food and Agriculture menunjukkan madu lebah kaya dengan bahan antioksidan yang berfungsi menghalang bahan-bahan radikal bebas bertindak ke atas sel-sel badan bertukar kepada kanser.
Menurut dapatan kajian di Universiti Memphis di Tennessee, madu lebah sesuai untuk ahli-ahli sukan kerana mengawal kadar hormon kortisol di tahap rendah untuk meningkatkan lagi daya kekuatan otot. Madu juga merupakan sumber tenaga asli yang baik untuk semua orang termasuk ahli-ahli sukan seperti yang dilaporkan dalam artikel Honey For The Fast Track oleh British Honey Importers and Packers Association (BHIPA) Online di honeyassociation.com.
Profesor Madya Peter Charles Molan dari Universiti Waikato, New Zealand mengkaji dan mendapati madu lebah mampu membunuh pelbagai jenis kuman sama ada daripada jenis bakteria, fungus atau protozoa.
Hasil kajian University of Wales Institute Cardiff (UWIC), madu lebah berfungsi sebagai antibiotik di mana ia mampu menembusi sistem pertahanan kuman sekaligus mencegah pembiakan dan jangkitan kuman.
Barli
Kajian berkaitan barli menunjukkan bahawa ia berkhasiat untuk mereka yang mengalami demam kerana ia lembut serta mudah dihadam. Di samping itu, ia dapat menurunkan kolesterol serta dapat melindungi usus daripada penyakit kanser.
Jintan Hitam (Habbatussauda’)
Pelbagai penyelidikan terhadap jintan hitam menemukan kesan positif berkaitan dengan kesannya sebagai bahan antiradang dan antitumor serta meningkatkan sistem imunisasi badan.
Minyak Zaitun
Minyak ini mempunyai lemak mono tak tepu yang mempunyai kelebihan seperti dapat melindungi diri daripada penyakit koronari jantung, menurunkan paras kolesterol darah, mengawal tekanan darah serta melindungi diri daripada kanser.

Penutup

Rasulullah SAW mengamalkan cara hidup sihat melalui gaya pemakanan yang seimbang dan sentiasa bersederhana. Gaya hidup baginda sangat sesuai dijadikan pedoman hidup agar terhindar daripada gejala penyakit.

Rasulullah SAW sentiasa menggalakkan umatnya agar menjaga kesihatan. Sekiranya seseorang itu sihat dan kuat, dia dapat bekerja dan mencari nafkah untuk keluarganya serta dapat membela bangsa, masyarakat dan negara. Kesihatanlah yang membolehkan seseorang itu menyempurnakan kewajipan dunia dan agamanya.

WordPress.com is the best place for your personal blog or business site.

Washington: Enam individu meninggal dunia dalam fasa terakhir ujian klinikal vaksin Covid-19 yang dibangunkan oleh syari...
09/12/2020

Washington: Enam individu meninggal dunia dalam fasa terakhir ujian klinikal vaksin Covid-19 yang dibangunkan oleh syarikat farmaseutikal Amerika Syarikat (AS), Pfizer dan rakan niaganya dari Jerman, BioNTech.

Ia didedahkan oleh Pentadbiran Makanan dan Ubat-ubatan Amerika Syarikat (FDA) beberapa jam sebelum United Kingdom (UK) menjadi negara pertama yang meluluskan penggunaan vaksin berkenaan.

Bagaimanapun, kadar kematian itu tidak membangkitkan isu keselamatan atau keberkesanan vaksin berkenaan memandangkan ia berlaku ke atas pop**asi umum pada kadar yang sama.

Dalam laporan setebal 53 muka surat yang dikeluarkan pada Rabu itu, vaksin berkenaan didapati mempunyai tahap keberkesanan 95 peratus dalam mencegah jangkitan Covid-19.

Menurut laporan sama, dua individu yang menerima vaksin itu ketika tempoh percubaan, meninggal dunia, manakala empat lagi meninggal dunia ketika peringkat plasebo.

Selain itu, ia menunjukkan bahawa vaksin berkenaan mempunyai tahap keberkesanan 95 peratus, sekurang-kurangnya tujuh hari selepas individu menerima suntikan kedua.

Dan selepas suntikan kedua terdapat simptom-simptom yang mencurigai sehingga menyebabkan kematian pengambil vaksin.

Sudah habis minum baru tersedar ada cicak 🤦
09/12/2020

Sudah habis minum baru tersedar ada cicak 🤦

Mekdi mengeluarkan 3 minuman baru yang berperisa Oreo 🖤Iced Chocolate with OreoIced Blended Chocolate with OreoIced Blen...
06/12/2020

Mekdi mengeluarkan 3 minuman baru yang berperisa Oreo 🖤

Iced Chocolate with Oreo
Iced Blended Chocolate with Oreo
Iced Blended Mocha with Oreo

06/12/2020

LEMBAGA KETUK PINTU KINI BERPINDAH KE MELAKA DAN DI LAPOR KAN SEBANYAK 5 RUMAH TELAH DI KACAU. VIDEO INI MEMAPARKAN TUAN RUMAH SEDANG MEMBACA AYAT SUCI AL QURAN BAGI MENJAUHKAN KEKACAUAN LEMBAGA TERSEBUT.

Alor Gajah: Misteri bunyi ketukan pintu kediaman yang 'berpindah' dari Sabak Bernam, Selangor ke daerah ini sejak minggu lalu kian menggusarkan ramai penduduk.

Bekas Imam Masjid Tok Janggut, Masjid Tanah di sini, Said Hassan berkata, kediamannya di Kampung Paya Rumput di sini, turut diketuk dari luar dengan kuat hingga menyebabkan pintu kayunya itu hampir tertanggal.
Dalam kejadian jam 3 pagi semalam dia dan isteri, Maimunah Hashim, 65, serta seorang anak perempuan berusia 24 tahun sedang tidur sebelum dikejutkan dengan bunyi ketukan kuat itu.

"Saya segera membaca beberapa ayat al-Quran khusus untuk menjauhkan gangguan jin dan syaitan. Usaha saya itu berjaya menghentikan ketukan kuat pada pintu kediaman.

"Saya hairan kerana tidak pernah pintu rumah diketuk pada waktu awal pagi," katanya ketika ditemui wartawan semalam.

Pesara kerajaan itu berkata, sejurus membaca surah berkenaan, bunyi ketukan itu tiba-tiba terhenti dan dia menggagahkan diri untuk membuka suis lampu anjung rumah.

Said berkata, dia dan isteri kehairanan berikutan tiada sesiapa di luar rumah sejurus daun pintu dibuka.

"Alhamdulillah, Allah SWT menjauhkan kami sekeluarga daripada bahaya. Kejadian ini benar-benar menimbulkan tanda tanya penduduk di kampung ini yang turut diganggu," katanya.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Paya Rumput, Azaman Abu Hassan berkata, anak kariah kampung itu sudah membaca surah Yassin beramai-ramai pada malam Jumaat lalu selepas beberapa kediaman penduduk diganggu ketukan yang sama bermula pagi Khamis lalu.

Beliau yang juga Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Masjid Tok Janggut berkata, majlis bacaan surah Yassin sememangnya diadakan pada setiap malam Jumaat.

"Alhamdulillah setakat ini kampung kami aman dan damai dan kami berdoa Allah SWT memelihara kami daripada bahaya," katanya.

Sumber : Harian metro

Lari ke hutan dibuli kerana wajah 'unik'Kigali: Akibat sering dibuli penduduk kampung kerana memiliki wajah 'unik' seora...
04/12/2020

Lari ke hutan dibuli kerana wajah 'unik'
Kigali: Akibat sering dibuli penduduk kampung kerana memiliki wajah 'unik' seorang lelaki dari Rwanda, Afrika Timur, sanggup melarikan diri ke dalam hutan setiap hari.
The Sun yang memetik laporan Zolex Reporters melaporkan, Zanziman Ellie, 21, tidak disisihkan ibunya sebaliknya wanita berkenaan menganggapnya sebagai satu anugerah selepas dia kematian lima anak lain.
Malah, dia dan suaminya sanggup memelihara anak istimewa itu daripada hidup kesunyian tanpa zuriat.
Menurut wanita itu, Ellie mengalami penyakit otak tidak berkembang (microcephaly) sejak lahir dan keadaan itu menyebabkan kepalanya lebih kecil berbanding bayi normal.
Lazimnya, bayi dilahirkan sebegitu kerana si ibu menghidap penyakit Zika ketika hamil.
Kelainan itu menyebabkan Ellie tidak dapat bertutur tetapi boleh mendengar arahan.
Menurut laporan Afrimax Rwanda, Ellie berterusan dibuli dan menjadi bahan ejekan penduduk kampung kerana rupa parasnya yang pelik itu.
"Ellie tidak bersekolah dan sering menghabiskan masanya di dalam hutan selama beberapa jam setiap hari," katanya.
Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 4 Disember 2020 @ 6:30 AM

Gambar: Media sosial

04/12/2020

Penguatkuasa bertindak melulu seperti samseng menghumban barang jualan peniaga di Semporna Sabah.

02/12/2020
Ketepatan waktu menghasilkan gambar yang kreatif seakan-akan ia bersatu 📷🖼️
01/12/2020

Ketepatan waktu menghasilkan gambar yang kreatif seakan-akan ia bersatu 📷🖼️

Portal Rasmi i-Sinar KWSP Yang Terbaru Telah DikemaskiniPortal rasmi ini membolehkan ahli yang ingin membuat permohonan ...
01/12/2020

Portal Rasmi i-Sinar KWSP Yang Terbaru Telah Dikemaskini
Portal rasmi ini membolehkan ahli yang ingin membuat permohonan i-Sinar dibuat secara online yang dijangka bermula pertengahan Disember 2020 ini.
Baca lagi, https://www.semakankerja.com/portal-rasmi-i-sinar-kwsp-yang-terbaru-telah-dikemaskini/

Portal rasmi ini membolehkan ahli yang ingin membuat permohonan i-Sinar secara online yang dijangka bermula pertengahan Disember 2020 ini.

Syukur. Lega 😌
01/12/2020

Syukur. Lega 😌

Selepas 33 tahun beroperasi sebagai tempat membeli belah kini Millimewa Mall akan di tutup akibat terjejas kerana lockdo...
30/11/2020

Selepas 33 tahun beroperasi sebagai tempat membeli belah kini Millimewa Mall akan di tutup akibat terjejas kerana lockdown ini. 😥

Nyatakan kenangan manis anda ketika berada di sini.

Perompak gagal dalam misinya merompak wang di dalam mesin dan apabila di temubual ternyata beliau amat menyesal kerana m...
30/11/2020

Perompak gagal dalam misinya merompak wang di dalam mesin dan apabila di temubual ternyata beliau amat menyesal kerana mesin yang hendak di rompaknya ternyata hanya mendapat kertas yang dipenuhi dengan sign dan cop sahaja katanya. 🤦

Ini adalah cara-cara posing yang famous pada era 80an.
29/11/2020

Ini adalah cara-cara posing yang famous pada era 80an.

Orang pertama menjadi Malaysian Kpop Star yang berasal dari Sabah. Dipercayai beliau merupakan Chinese Sabahan.
28/11/2020

Orang pertama menjadi Malaysian Kpop Star yang berasal dari Sabah. Dipercayai beliau merupakan Chinese Sabahan.

28/11/2020

Begitu p**a bunyi tekek 🤦

Siapa yang ada anak, anak buah dan etc bolehlah pergi ke sini.Dengar-2 Harga Cuci Gudang ni. Krismas pun mahu dekat suda...
28/11/2020

Siapa yang ada anak, anak buah dan etc bolehlah pergi ke sini.

Dengar-2 Harga Cuci Gudang ni.

Krismas pun mahu dekat sudah, boleh bikin hadiah krismas 🎁🎄

Address : Lot 7, Duta industrial Estate, Jln Bundusan, 89500, Penampang.

Di pecat gara-gara bergambar dengan mayat Maradona sambil menghayunkan jari jempolAgensiPEKERJA (kiri) yang dipecat kera...
28/11/2020

Di pecat gara-gara bergambar dengan mayat Maradona sambil menghayunkan jari jempol

Agensi

PEKERJA (kiri) yang dipecat kerana mengambil gambar bersama mayat Maradona. FOTO Agensi
Buenos Aires: Seorang pekerja rumah pengkebumian dipecat selepas mengambil gambar bersebelahan keranda Diego Maradona.

Gambar mengejutkan itu menunjukkan lelaki berkenaan memberikan reaksi bagus di tangannya di sebelah mayat legenda berusia 60 tahun itu.

Difahamkan lelaki berkenaan ditugaskan untuk mempersiapkan mayat Maradona untuk upacara pengkebumian.

Pemilik pusat pengkebumian Sepelios Pinier mengesahkan kepada media tempatan bahawa pihaknya sudah memecat pekerja berkenaan.

Gambar yang tular di media sosial itu mencetuskan rasa marah peminat legenda Argentina yang memenangi Piala Dunia itu.

Seorang pemilik akaun Twitter menulis: "Dia sepatutnya digugurkan kewarganegaraan Argentina. Anda tidak sepatutnya melakukan perbuatan seperti itu. Jelas sekali tiada rasa hormat."

Maradona meninggal dunia ketika tidur Rabu lalu selepas mengalami serangan jantung.

Dia sedang menjalani rawatan di rumahnya di Tigre selepas keluar dari hospital 11 November lalu susulan pembedahan membuang darah beku di kepalanya.

Setiap rezeki kita ada terselit rezeki isteri.Jangan sampai terciduk sudah la 😂
28/11/2020

Setiap rezeki kita ada terselit rezeki isteri.
Jangan sampai terciduk sudah la 😂

Kenapa kena dengar nasihat isteri lebih dari orang lain?Kerana nasihat seorang isteri adalah satu-satunya nasihat yang t...
28/11/2020

Kenapa kena dengar nasihat isteri lebih dari orang lain?

Kerana nasihat seorang isteri adalah satu-satunya nasihat yang tepat, betul dan sesuai dengan kita (suami). Tiada yang lebih mengenali suami melainkan isterinya.

Bahkan lebih kenal daripada mak sendiri !

Buruk baik diri kita ni isteri sahaja yang tahu. Dia hadap setiap hari 1001 kelakuan kita tanpa mengeluh. Walaupun dia nampak kelemahan kita tapi masih tetap setia dengan kita.

Patah perkataan yang keluar dari mulut isteri tak lain tak bukan hanya untuk kebaikan keluarga sendiri. Ini comfirm!

Dengarlah kawan-kawan bila isteri masih ada hati memberi nasihat. Di saat isteri dah tak ada hati nak bagi nasihat, nescaya kita dah tersangat rugi.

Kita baru kehilangan "Penasihat" terbaik yang telah di cipta untuk kita !

Tiada yang lebih baik memberi nasihat daripada isteri bahkan lebih baik dari nasihat mak ayah kerana ada mak ayah tak berapa kenal pun anak dia yang dah dewasa.

Tiada yang lebih jujur memberi nasihat daripada isteri bahkan adik beradik sekalipun ada masa tak sampai hati nak tegur takut kita berkecil hati.

Tiada yang lebih tepat memberi nasihat berbanding isteri bahkan kawan-kawan sekalipun akan berat sebelah sebab mereka pasti utamakan keluarga mereka dahulu.

Dengan orang lain kita boleh berlakon tapi dengan isteri tidak. Dia tahu semuanya. Dari busuknya bau kentut kita sampai la ke busuknya perangai kita, semua dia dah hadap!

Tak usah bangga sangat kalau ada kawan-kawan duk puji kita baik, rajin, dan puji kita ni calon suami mithali kononnya.

Selagi kata pujian ni tak keluar dari mulut isteri sendiri, maknanya pujian tu tak 100 peratus benar!

Tiada yang lebih ikhlas puji suami sendiri melainkan isterinya.

Oleh itu, nasihat saya kalau nak dapatkan nasihat yang paling ikhlas dan paling berniat baik orang pertama yang anda kena cari ialah isteri sendiri.

PKPD di Telipok Ria Sabah difahamkan akan dilanjutkan selama dua ( 2 ) minggu namun jika kes tidak redah akan dilanjutka...
27/11/2020

PKPD di Telipok Ria Sabah difahamkan akan dilanjutkan selama dua ( 2 ) minggu namun jika kes tidak redah akan dilanjutkan selama sebulan.

Foto : Netizen

SelangorPendakwah selebriti direman lima hariShah Alam: Pendakwah selebriti direman lima hari bagi membantu siasatan kes...
27/11/2020

Selangor
Pendakwah selebriti direman lima hari

Shah Alam: Pendakwah selebriti direman lima hari bagi membantu siasatan kes merogol seorang wanita pada September tahun lalu.

Perintah reman terhadap suspek berusia 25 tahun yang juga bekas peserta rancangan realiti televisyen berbentuk keagamaan itu dikeluarkan oleh Timbalan Pendaftar Mahkamah, Mohd Zamir Suhaimee.

Terdahulu, suspek yang memakai baju berwarna hijau itu hadir ke Kompleks Mahkamah Shah Alam pada 9.45 pagi.

Beliau diwakili peguam, Syed Amirul Syed Edrus.

Semalam, suspek ditahan kira-kira jam 11 malam tadi selepas tampil memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam.
Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib berkata, suspek ditahan selepas mangsa membuat laporan membuat laporan polis mengenai kejadian berkenaan pada 7.18 malam tadi.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 27 November 2020 @ 11:47 AM

Oleh: Norzamira Che Noh
Gambar: Wartawan

Address


Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Borneo Sabah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Videos

Shortcuts

  • Address
  • Alerts
  • Videos
  • Claim ownership or report listing
  • Want your business to be the top-listed Media Company?

Share