Anak Ketilang

  • Home
  • Anak Ketilang

Anak Ketilang Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Anak Ketilang, Digital creator, .

23/12/2023

Ashabul Kahfi Orang Kristian?

Ada seorang pemimpin sebut:
Ashabul kahfi orang kristian. Beriman kepada Allah.

Ada seorang ust kata:
Pemimpin tu sesat. Orang kristian ni pegang triniti, Ashabul kahfi p**a beriman kepada Allah. Celah mana pegang triniti beriman kepada Allah?! Sesak molep

Pandangan saya:
1- Kristian adalah pengikut Nabi Isa AS, dalam bahasa arab mereka digelar nasoro atau nasrani
2- Kristian yang asli mentawhidkan Allah, namun selepas itu ia telah di seleweng dengan menuhankan Nabi Isa alaihi salam.
3- Kristian yang mentawhidkan Allah dan hidup sebelum Nabi Muhammad SAW itulah yang dimaksudkan dalam ayat:
إِنَّ ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ وَٱلَّذِينَ هَادُوا۟ وَٱلنَّصَـٰرَىٰ وَٱلصَّـٰبِـِٔينَ مَنْ ءَامَنَ بِٱللَّهِ وَٱلْيَوْمِ ٱلْـَٔاخِرِ وَعَمِلَ صَـٰلِحًۭا فَلَهُمْ أَجْرُهُمْ عِندَ رَبِّهِمْ وَلَا خَوْفٌ عَلَيْهِمْ وَلَا هُمْ يَحْزَنُونَ
sesungguhnya orang-orang yang beriman, dan orang-orang Yahudi dan orang-orang Nasora (Kristian), dan orang-orang Saabien sesiapa di antara mereka itu beriman kepada Allah dan (beriman kepada) hari akhirat serta beramal soleh, maka bagi mereka pahala balasannya di sisi Tuhan mereka, dan tidak ada kebimbangan (dari berlakunya kejadian yang tidak baik) kepada mereka, dan mereka p**a tidak akan berdukacita.

Kata al-Razi: المُرادُ الَّذِينَ آمَنُوا قَبْلَ مَبْعَثِ مُحَمَّدٍ بِعِيسى عَلَيْهِما السَّلامُ مَعَ البَراءَةِ عَنْ أباطِيلِ اليَهُودِ والنَّصارى مِثْلَ قُسِّ بْنِ ساعِدَةَ، وبَحِيرى الرّاهِبِ وحَبِيبٍ النَّجّارِ
Maksudnya: Mereka yang beriman sebelum kebangkitan Nabi Muhammad dengan Nabi Isa dalam keadaan bebas daripada kesesatan Yahudi dan Nasoro seperti Qus bin Sa`idah, Buhaira al-Rahib, Habib al-Najjar, Waraqah bin Naufal… maka mereka mendapat ganjaran baik di sisi Allah…
Maksudnya berdasarkan ayat di atas, orang kristian yang mentawhidkan Allah ada pada zaman dahulu.
Lawan mereka ada orang kristian yang kufur. Iaitu mereka yang menuhankan Nabi Islam.
وَقَالَتِ ٱلْيَهُودُ عُزَيْرٌ ٱبْنُ ٱللَّهِ وَقَالَتِ ٱلنَّصَـٰرَى ٱلْمَسِيحُ ٱبْنُ ٱللَّهِ ۖ ذَٰلِكَ قَوْلُهُم بِأَفْوَٰهِهِمْ ۖ يُضَـٰهِـُٔونَ قَوْلَ ٱلَّذِينَ كَفَرُوا۟ مِن قَبْلُ ۚ قَـٰتَلَهُمُ ٱللَّهُ ۚ أَنَّىٰ يُؤْفَكُونَ ٣٠
Dan orang-orang Yahudi berkata: "Uzair ialah anak Allah" dan orang-orang Nasrani berkata: "Al-Masih ialah anak Allah". Demikianlah perkataan mereka dengan mulut mereka sendiri, (iaitu) mereka menyamai perkataan orang-orang kafir dahulu; semoga Allah binasakan mereka. Bagaimanakah mereka boleh berpaling dari kebenaran?

Di sini Allah menempelak Kristian yang telah menyeleweng.
Maka berdasarkan penjelasan di atas dahulu kala orang Kristian ada mereka yang mentawhidkan Allah, ada mensyirikkan Allah.

Berbalik kepada persoalan: Adakah Ashabul Kahfi orang Kristian?
Jawapannya: Ya. Mereka adalah orang kristian yang beriman dan mentawhidkan Allah. Itulah pandangan kebanyakan ahli Tafsir.

Kata Ibn Ashur pengarang Tafsir al-Tahrir wa al-Tanwir dalam mentafsirkan ayat Ashabul Kahfi:
فَكانَ مِن أهْلِ أبْسُسَ نَفَرٌ مِن صالِحِي النَّصارى يُقاوِمُونَ عِبادَةَ الأصْنامِ، وكانُوا في زَمَنِ الإمْبِراطُورِ (دُوقْيُوسْ) ويُقالُ (دِقْيانُوسْ) الَّذِي مَلَكَ في حُدُودِ سَنَةِ ٢٣٧، وكانَ مُلْكُهُ سَنَةً واحِدَةً، وكانَ مُتَعَصِّبًا لِلدِّيانَةِ الرُّومانِيَّةِ، وشَدِيدَ البُغْضِ لِلنَّصْرانِيَّةِ، فَأظْهَرَ كَراهِيَةَ الدِّيانَةِ الرُّومانِيَّةِ، وتَوَعَّدَهم (دُوقْيُوسْ) بِالتَّعْذِيبِ، فاتَّفَقُوا عَلى أنْ يَخْرُجُوا مِنَ المَدِينَةِ إلى جَبَلٍ بَيْنَهُ وبَيْنَ المَدِينَةِ فَرْسَخانِ، يُقالُ لَهُ (بِنْجَلُوسْ) فِيهِ كَهْفٌ أوَوْا إلَيْهِ، وانْفَرَدُوا فِيهِ بِعِبادَةِ اللَّهِ، ولَمّا بَلَغَ خَبَرُ فِرارِهِمْ مَسامِعَ المَلِكِ، وأنَّهم أوَوْا إلى الكَهْفِ أرْسَلَ وراءَهم، فَألْقى اللَّهُ عَلَيْهِمْ نَوْمَةً، فَظَنَّهم أتْباعُ المَلِكِ أمْواتًا
Di kawasan Absus terdapat kelompok orang Kristian yang soleh. Mereka memerangi penyembahan berhala. Mereka hidup di zaman Duqyus atau Diqyanus kira-kira tahun 237 Masihi. Beliau amat taksub dengan agama romawi dan amat bencikan agama Kristian… Duqyus mengancam mereka untuk diseksa, maka kelompok tersebut keluar daripada kota menuju ke gua yang digelar binjalus. Disitulah terletaknya gua, yang mereka beribadat di sana…

Kata Ibn Ashur lagi:
وقِصَّةُ أهْلِ الكَهْفِ لَها اتِّصالٌ بِتارِيخِ طَوْرٍ كَبِيرٍ مِن أطْوارِ ظُهُورِ الأدْيانِ الحَقِّ، وبِخاصَّةٍ طَوْرُ انْتِشارِ النَّصْرانِيَّةِ في الأرْضِ
Kisah Ashabul Kahfi ada kaitan kuat dengan peringkat penyebaran agama Hak.. Khasnya penyebaran agama kristian di muka bumi

Jadi, ashabul kahfi orang Kristian yang mentawhidkan Allah adalah pendapat ahli tafsir. Bahkan ramai yang berpendapat sedemikian.

Jadi Ust yang menyesatkan pemimpin tadi bagaimana?
Pandangan saya Ust tersebut gopoh dalam menghukum.
Beliau menyangka orang Kristian bukan Nasoro, padahal ia merujuk kelompok yang sama.
Beliau juga menyangka orang Kristian semua mensyirikkan Allah. Sedangkan dalam al-Quran dan pendapat ahli tafsir menjelaskan ada orang nasoro atau kristian yang beriman dan mentawhidkan Allah.

Maka buang sahaja pendapat ust yang gopoh itu, dan peganglah pandangan ulama sebenar ahli tafsir yang tidak terpengaruh dengan politik kepartian dan amanah dengan Ilmu.

Pengajarannya:
Jangan gopoh menyesatkan orang, kerana jelas kejahilan kita, dan tak amanahnya kita dengan ilmu.

* Ziarah ke Gua Ashabul Kahfi di Jordan

Ust Faiz Fateh al-Azhari

17/12/2023
14/11/2023

TIPS JAGA MODAL NIAGA

Wajib Ada tabung
A+B+C
Tiga tabung...

Bila dapat hasil jualan
Modal masukan balik tabung A
Lebih nya ÷ kepada 2
Untuk tabung B Dan C

Tabung A
Modal

Tabung B
Untung JUALAN

Tabung C
GAJI Kita

Tabung A + B
Dilarang sentuh kecuali Untuk restok barang sahaja..
Jika terrrrr guna wajib ganti..

Tabung C
Gaji aka duit NJOIiiii
Boleh decide nak amik seminggu sekali
Atau sebulan sekali

Tak percaya buat la
Disiplin okeh!
Anda akan dapat hasilnya..

Semoga bermanfaat 😍

14/11/2023
14/11/2023

KOTA BHARU - Mancis atau 'gesek' yang cukup pop**ar dalam kalangan masyarakat Kelantan satu ketika dahulu mungkin kurang dikenali golongan muda hari ini. Mana tidaknya,...

14/11/2023
09/11/2023

NAK TAHU HARGA BAWANG BESAR IMPORT ?

Gunalah aplikasi Price Catcher bagi membolehkan anda membuat perbandingan harga antara premis yang menawarkan harga yang lebih berpatutan..

Apa tunggu lagi.. Berbelanjalah dengan berhemah.. Pilihan di tangan anda!

Address


Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Anak Ketilang posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Videos

Shortcuts

  • Address
  • Alerts
  • Videos
  • Claim ownership or report listing
  • Want your business to be the top-listed Media Company?

Share