31/01/2022
2022依然是充满挑战的一年,并著重在后疫情复苏阶段。无论如何,槟州将勇往直前,我与领导团队深信,州内的团结与和谐,是我們在世界舞台再创佳绩的基石。以感恩的心,体现农历新年精神,为了我们的家庭与社区和谐,请持续遵守防疫措施。
---------------------------------------------
Jadikan sambutan Tahun Baru Cina sebagai platform untuk mengeratkan lagi persefahaman serta keharmonian dalam kalangan etnik yang berbilang bangsa sedia ada. Malah, semoga keberanian, keyakinan dan ketangkasan ‘Tahun Harimau’ dapat mempercepatkan pencapaian Visi Penang2030 iaitu ke arah sebuah Negeri Pintar dan Hijau Berteraskan Keluarga Inspirasi Negara.
Walaupun 2022 kekal sebagai tahun yang mencabar dengan fokus masih tertumpu ke arah pemulihan pasca pandemik COVID-19, Pulau Pinang akan terus melangkah dengan berani, dan barisan kepimpinan saya yakin serta komited bahawa perpaduan dan keharmonian di negeri ini menjadi asas penting untuk kita menempa kepelbagaian pencapaian lagi di persada dunia.
=================================
槟州首席部长曹观友
2022年1月30日于乔治市光大发表农历新年献词
______________
农历新年是全球华裔普天同庆的大日子。除了可与家人、亲戚齐聚享用团圆饭外,无论男女老少也特别期待这一天,欢庆新的一年,展现新的希望。
在马来西亚,特别是我们最爱的槟城,农历新年庆典是促进多元民族相互理解与和谐的平台。
2022年是“虎年”,老虎是十二生肖中排行第三的生肖,象征着勇敢、自信和敏锐等等,让我们拥有面对挑战的力量。这些元素也可以间接成为实践槟城发展议程的灵感来源,并符合迈向重家庭、拥绿地、精明州、耀全国的槟城2030愿景。
作为推动槟州发展的支柱,人力资源一直都是我最关注的。根据记录,槟州政府继续拨款850万令吉给国民型华小(SJKC)、国民型中学(SMJK)、独中和教会学校。在跨入数字化和工业革命4.0的年代,州政府将鉴定潜在创意数字区 (CD2) 位置,并进一步推动5G项目,以促进经济、企业和技术转移发展。
正如过去50年的成就一样,州政府一直致力于推动和打造工业州属的名声。我们在吸引国内外投资者的共同成就是值得骄傲的,特别是在疫情期间。根据马来西亚投资发展局(MIDA)的统计数据,制造业在2021年1月至2021年9月批准80个项目,总投资额为29亿令吉,为槟州创造了6661个就业机会。
州政府所规划的数项公共基础设施已成功落实,包括米桶山大道以及麦曼珍治水计划,所涉及的州和地方政府拨款共约4亿2300万令吉。
为了槟州人民的利益,这些项目将延续,包括米桶山大道的另外2个部分,以及预料将在2025年完工的第二配套计划,即从敦林苍祐大道至亚依淡的绕道工程。
作为福利州属,槟州也在今年将乐龄人士回馈金以及障友援助金提高至200令吉,共惠及21万7868申请者。在非穆斯林宗教事务方面,州政府通过非伊斯兰教膜拜场所建筑维修基金(RIBI),从2016年至2021年共拨款418万令吉用于州内寺庙的提升和发展工程。
2022依然是充满挑战的一年,并著重在后疫情复苏阶段。无论如何,槟州将勇往直前,我与领导团队深信,州内的团结与和谐,是我們在世界舞台再创佳绩的基石。以感恩的心,体现农历新年精神,为了我们的家庭与社区和谐,请持续遵守防疫措施。
农历新年快乐,恭喜发财!
=================================
PERUTUSAN TAHUN BARU CINA OLEH
KETUA MENTERI PULAU PINANG, YAB CHOW KON YEOW
PADA 30 JANUARI 2022 DI KOMTAR, GEORGE TOWN
______________________________________
Tahun Baru Cina merupakan perayaan utama bagi masyarakat berketurunan Cina di seluruh dunia. Selain berpeluang untuk berkumpul dan menikmati ‘makan besar’ bersama-sama ahli keluarga dan saudara-mara khususnya, intipati sambutan yang menandakan bermulanya tahun baru dalam kalendar Cina merupakan saat ditunggu-tunggu semua, baik yang muda mahupun yang tua.
Di Malaysia, khususnya di negeri tercinta kita Pulau Pinang, sambutan Tahun Baru Cina adalah platform untuk mengeratkan lagi persefahaman serta keharmonian dalam kalangan etnik yang berbilang bangsa. Tahun 2022 merupakan ‘Tahun Harimau’ iaitu haiwan ketiga dalam kitaran zodiak Cina yang mana mengikut kepercayaan ia melambangkan keberanian, keyakinan dan ketangkasan antara lain memberikan kita semua kekuatan untuk menghadapi apa jua cabaran mendatang. Secara tidak langsung, elemen-elemen berkaitan boleh dijadikan sebagai sumber inspirasi dalam merealisasikan agenda pembangunan di Pulau Pinang sejajar dengan Visi Penang2030 iaitu ke arah sebuah Negeri Pintar dan Hijau Berteraskan Keluarga Inspirasi Negara.
Modal insan yang merupakan tulang belakang dalam memacu pembangunan negeri sentiasa menjadi fokus utama saya. Sebagai rekod, Kerajaan Negeri meneruskan peruntukan bantuan kewangan pendidikan pada tahun ini berjumlah RM8.5 juta kepada Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC), Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (SMJK), Sekolah Menengah Cina Persendirian dan juga sekolah mubaligh. Melangkaui era pendigitalan dan Revolusi Industri 4.0, lokasi-lokasi berpotensi sebagai Daerah Digital Kreatif atau Creative Digital District (CD2) bakal dikenal pasti dan pelaksanaan projek 5G turut dipergiatkan demi memangkin perkembangan ekonomi, keusahawanan serta pemindahan teknologi.
Kerajaan Negeri terus komited memacu dan menempa nama sebagai negeri perindustrian sebagaimana dicapai dalam tempoh 50 tahun sebelum ini. Kejayaan kita bersama dalam menarik para pelabur sama ada dalam dan juga luar negara merupakan suatu pencapaian yang membanggakan terutamanya dalam tempoh pandemik ini. Perangkaan Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) bagi pelaburan sektor pembuatan diluluskan pada Januari hingga September 2021 adalah berjumlah RM2.9 bilion membabitkan 80 projek, dan sebanyak 6,661 peluang pekerjaan telah berjaya diwujudkan di negeri ini.
Infrastruktur awam demi rakyat, beberapa projek tebatan banjir dan lebuh raya yang telah dirancang berjaya direalisasikan iaitu Jalan Berkembar, Jalan Paya Terubong (Bukit Kukus) dan Tebatan Banjir Mak Mandin membabitkan peruntukan negeri dan pihak berkuasa tempatan (PBT) berjumlah kira-kira RM423 juta. Momentum dan kesinambungan projek-projek berkenaan akan diteruskan demi kepentingan rakyat Pulau Pinang termasuk dua lagi bahagian Jalan Berkembar Bukit Kukus dan juga Pakej 2 - Jalan Pintasan dari Lebuhraya Tun Dr. Lim Chong Eu ke Air Itam yang dijangka siap pada tahun 2025.
Memegang status sebagai negeri berkebajikan, bantuan kewangan Program Penghargaan Warga Emas dan Bantuan Orang Kurang Upaya (OKU) dinaikkan kepada RM200 bermula pada tahun ini yang mana akan dimanfaatkan oleh 217,868 pemohon berdaftar. Bagi pengurusan hal ehwal bukan Islam p**a, menerusi Tabung Amanah Rumah Ibadat Bukan Islam (RIBI) Kerajaan Negeri, sejak tahun 2016 sehingga 2021, sejumlah RM4.18 juta telah dilulus dan disalurkan untuk kerja-kerja naik taraf serta pembangunan perlu tokong-tokong seluruh negeri ini.
Realitinya, 2022 kekal sebagai tahun yang mencabar dengan fokus masih tertumpu ke arah pemulihan pasca pandemik COVID-19. Walau bagaimanapun, Pulau Pinang akan terus melangkah dengan berani, dan barisan kepimpinan saya yakin serta komited bahawa perpaduan dan keharmonian di negeri ini menjadi asas penting untuk kita menempa kepelbagaian pencapaian lagi di persada dunia. Raikan dan dalami semangat Tahun Baru Cina dengan nilai-nilai kesyukuran bersama. Terus patuhi prosedur operasi standard (SOP) demi kebahagiaan keluarga serta komuniti kita.
Selamat Menyambut Tahun Baru Cina. Gong Xi Fa Cai!