MPP ILP sandakan - Official

  • Home
  • MPP ILP sandakan - Official

MPP ILP sandakan - Official INSTITUT PERINDUSTRIAN LATIHAN SANDAKAN

18/06/2024
22/04/2024
PERHIMPUNAN PELAJAR BERSAMA PENGARAH 4 April 2024Perhimpunan bersama Pengarah ini berlangsung di Dewan Kuliah Utama ILP ...
22/04/2024

PERHIMPUNAN PELAJAR BERSAMA PENGARAH

4 April 2024

Perhimpunan bersama Pengarah ini berlangsung di Dewan Kuliah Utama ILP Sandakan yang dihadiri oleh Pengarah , Barisan BPPL , Barisan Penasihat EXCO MPP Sesi 1 dan 2/2024 dan para pelajar ILP Sandakan.

Dalam perhimpunan ini telah berlangsung Sesi Pengenalan PENASIHAT MP dan EXCO MPP sesi 1 dan 2/2024, Penyampaian Sijil kepada pemenang-pemenang pertandingan.

Pengarah juga turut memberikan amanat kepada semua pelajar ILP Sandakan dan mengucapkan selamat maju jaya kepada pelajar-pelajar ILP Sandakan.





Tahniah di atas pelantikan Barisan EXCO Majlis Perwakilan Pelajar (MPP)  ILP Sandakan yang baru bagi sesi 1 dan 2/2024. ...
22/04/2024

Tahniah di atas pelantikan Barisan EXCO Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) ILP Sandakan yang baru bagi sesi 1 dan 2/2024. Semoga dapat menjalankan tugas dengan penuh bertanggungjawab.


20 March 2024 | Jumaat | Majlis Watikah Pelantikan & Upacara Lafaz Ikrar Exco Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) ILP Sandak...
22/04/2024

20 March 2024 | Jumaat | Majlis Watikah Pelantikan & Upacara Lafaz Ikrar Exco Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) ILP Sandakan Sesi 1 dan 2/2024

Sekalung penghargaan tahniah diucapkan kepada 11 orang pelajar yang telah terpilih menerajui Exco Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Sesi 1 dan 2/2024 ILP Sandakan.

Saudara Ernell Bin Elton pelajar Kursus Teknologi Komputer Rangkaian Semester 2 Presiden Exco MPP Sesi 1 dan 2/2024.Dalam majlis ini, Ts. Azmi Rahman bin Mat zuini Pengarah ILP Sandakan, diiringi oleh Awang yusuf bin awang damit; Timb. Pengarah (Operasi), serta pegawai di Bahagian Pengurusan Pelajar & Latihan (BPPL) telah menyampaikan Watikah Pelantikan kepada 11 orang barisan Exco yg baharu dilantik.

Majlis ini juga menjemput En. Syafiq Fadhli mantan Ketua Penasihat Exco MPP 2022, bagi mengapresiasi jasa bakti sumbangan dan penyerahan portfolio tugas baharu kepada barisan Penasihat Exco MPP 2024 yang diketuai oleh En. Mohammad Nasir bin Awang

Majlis diakhiri dengan Upacara Lafaz Ikrar oleh barisan Exco MPP Sesi 1 dan 2/2024 yang telah disaksikan oleh pengurusan tertinggi institut. Dalam ucapan, Pengarah menekankan peranan MPP dalam menyuarakan dan menyampaikan pendapat siswa/siswi pelajar serta bertindak sebagai penghubung atau duta kecil institut bagi memastikan kebajikan pelajar terpelihara. Diharapkan agar MPP dengan bimbingan Penasihat dapat melaksanakan amanah dan tanggungjawab dengan komited serta berintegriti.








"Be Inspired, Be Extra Ordinary, Be World Class With TVET"

SUKAN NEGARA ILP SANDAKAN [21 hingga 22 Oktober 2023] MPP ILP Sandakan telah menganjurkan program sukan Negara. Bertempa...
28/11/2023

SUKAN NEGARA ILP SANDAKAN

[21 hingga 22 Oktober 2023] MPP ILP Sandakan telah menganjurkan program sukan Negara. Bertempat di ILP Sandakan. Program ini disertai oleh semua pelajar ILP Sandakan. Program ini untuk menimbulkan sikap berdaya saing dan mengetahui pentingnya bekerjasama dalam sebuah pasukan bukan itu sahaja tetapi juga untuk mencabar kreativiti dan inovasi para peserta untuk memberi pengalaman dalam menyertai program ini.

Majlis penutupan Sukan Negara ini telah diadakan pada 5 November 2023 , majlis di akhiri dengan persembahan live band oleh pelajar ILP Sandakan.

Tahniah diucapkan kepada pasukan yang telah memenangi program ini serta ribuan Terima kasih diucapkan kepada yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan program ini.



22 Rabiulawal 1445H, Ahad - Skuad Komuniti Teknikal Islam Malaysia - Komtech di ILP Sandakan dengan kerjasama MPP menjal...
10/10/2023

22 Rabiulawal 1445H, Ahad - Skuad Komuniti Teknikal Islam Malaysia - Komtech di ILP Sandakan dengan kerjasama MPP menjalankan program BBQ ukhuwwah yang julung-julung kali diadakan bersama.

Program ini diisi dengan aktiviti permainan ukhuwwah yang tujuannya untuk mengeratkan lagi persaudaraan di kalangan pelajar seperti angkat mayat, Anak raja dan tok tik war game.

Selain itu juga, tazkirah berkenaan pentingnya ukhuwwah telah dikongsikan oleh En. Madhajan Mohd Esa, SU ISMA Sandakan kepada para pelajar. Persaudaraan dikalangan belia zaman ini perlu dikuatkan dengan sentiasa mengajak kebaikan kepada kawan yang lain.

Presiden MPP ILP Sandakan, Muhammad Firdaus bin Amdan juga berharap program sebegini dapat disuburkan dengan lebih banyak lagi seperti hiking dan camping terutamanya belia lelaki yang minat dengan aksi lasak.

Program diakhiri dengan sesi bergambar beramai-ramai bersama peserta.







PERHIMPUNAN PELAJAR BERSAMA TIMBALAN PENGARAH 4 Oktober 2023Perhimpunan ini berlangsung di Dewan Kuliah Utama ILP Sandak...
08/10/2023

PERHIMPUNAN PELAJAR BERSAMA TIMBALAN PENGARAH

4 Oktober 2023

Perhimpunan ini berlangsung di Dewan Kuliah Utama ILP Sandakan yang dihadiri oleh Pengarah , Barisan BPPL , Barisan Penasihat EXCO MPP Sesi 2/2023 dan para pelajar ILP Sandakan.

Dalam perhimpunan ini telah berlangsung Sesi Pengenalan EXCO MPP sesi 2/2023 , Penyampaian Sijil dan Hadiah kepada pemenang - pemenang pertandingan.

Timbalan Pengarah juga turut memberikan amanat kepada semua pelajar ILP Sandakan dan mengucapkan selamat maju jaya kepada pelajar-pelajar ILP Sandakan.





3 Oktober 2023 l Court Tennis Ilp Sandakan.Tennis Coaching bersama Coach Baharuddin Laddoding, dgn Coach Johanes Belili....
04/10/2023

3 Oktober 2023 l Court Tennis Ilp Sandakan.

Tennis Coaching bersama Coach Baharuddin Laddoding, dgn Coach Johanes Belili. Bertempat d gelanggang Tennis ILP Sandakan..Aktiviti bertujuan untuk menerapkan asas permainan tenis kepada pelajar ILP Sandakan.

16 September 2023 | Sabtu | Program larian 1000 Langkah Sempena Hari Malaysia yang dianjurkan oleh Majlis Perwakilan Pel...
26/09/2023

16 September 2023 | Sabtu | Program larian 1000 Langkah Sempena Hari Malaysia yang dianjurkan oleh Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) ILP Sandakan.

Dalam Program ini Terdapat Pemenang bagi kategori lelaki dan wanita. Pemenang bagi kategori lelaki, tempat ketiga saudara Azmie, dari bengkel Kimpalan. Manakala, tempat kedua saudara pallie, dari bengel Elektrik. Tempat pertama telah dimenangi oleh saudara ilhan dari bengel Elektrik.

Bagi kategori wanita, Tempat ketiga saudari Norhayati, dari bengkel Teknologi Komputer Rangkaian. Manakala tempat kedua saudari, Tini dari bengkel Teknologi Komputer Rangkaian. Tempat pertama dimenangi oleh saudari Mash*ta dari bengkel Teknologi Komputer Rangkaian.

Majlis diakhiri dengan Ucapan Ribuan Terima Kasih kepada semua warga Ilp Sandakan kerana telah menjayakan Program larian 1000 Langkah.



"Be Inspired, Be Extra Ordinary, Be World Class With TVET"

24/09/2023

Institut Latihan Perindustrian Sandakan

22 Ogos 2023 | Selasa | Majlis Watikah Pelantikan dan Upacara Lafaz Ikrar Exco Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) ILP Sanda...
14/09/2023

22 Ogos 2023 | Selasa | Majlis Watikah Pelantikan dan Upacara Lafaz Ikrar Exco Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) ILP Sandakan Sesi 2/2023 Sekalung penghargaan tahniah diucapkan kepada 16 orang pelajar yang telah terpilih menerajui Exco Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Sesi 2/2023 ILP Sandakan.

Dalam majlis ini, Encik Awang Yusof bin Awang Damit, Timbalan Pengarah (operasi) dan pegawai di Bahagian Pengurusan Pelajar & Latihan (BPPL) telah menyampaikan Watikah Pelantikan kepada 16 orang barisan Exco yg baharu dilantik.

Majlis diakhiri dengan Upacara Lafaz Ikrar oleh barisan Exco MPP Sesi 1/2023 yang telah disaksikan oleh pengurusan tertinggi institut. Dalam ucapan, Timbalan Pengarah operasi menekankan peranan MPP dalam menyuarakan dan menyampaikan pendapat siswa/siswi pelajar serta bertindak sebagai penghubung atau duta kecil institut bagi memastikan kebajikan pelajar terpelihara. Diharapkan agar MPP dengan bimbingan Penasihat dapat melaksanakan amanah dan tanggungjawab dengan komited serta berintegriti.



"Be Inspired, Be Extra Ordinary, Be World Class With TVET"

09 September 2023 | Ahad | Kejohanan Pestabola Merdeka Sempena Bulan Kemerdekaan & Hari  Malaysia Tahun 2023BPPL & Biro ...
13/09/2023

09 September 2023 | Ahad | Kejohanan Pestabola Merdeka Sempena Bulan Kemerdekaan & Hari Malaysia Tahun 2023

BPPL & Biro Sukan MPP ILP Sandakan telah menganjurkan Kejohanan Pestabola Merdeka bahagian ILP Sandakan sebagai tanda meraihkan bulan kemerdekaan & Hari Malaysia pada tahun ini.

Program ini telah mendapat sambutan oleh pelajar lelaki dan 8 pasukan telah mengikuti kejohanan tersebut. Program ini diadakan untuk tujuan memupuk semangat kesukanan dan perpaduan diantara pelajar berlainan kursus & bengkel.

Selain itu, Kehadiran Ts. Suhaidi Bin Mustar sebagai Timbalan Pengarah Latihan & Encik Azwie Bin Jafri sebagai Penasihat MPP telah memeriahkan lagi suasana kejohanan tersebut. Sehubungan dengan itu, Ts. Suhaidi Bin Mustar dan diiringi oleh Encik Azwie Bin Jafri telah menyampaikan saguhati & hadiah kepada pemenang serta semua pasukan yang turut bertanding dalam kejohanan kali ini. Tambahan lagi, Juara & Piala Pusingan bagi Kejohanan Pestabola Merdeka Tahun 2023 disandang oleh pasukan Kimpalan Bersatu (Teknologi Kimpalan).

Semoga kejohanan ini dapat dilaksanakan pada tahun hadapan agar dapat mencungkil lagi bakat-bakat pelajar ILP Sandakan. Terima kasih diucapkan barisan penasihat & urusetia yang bertungkus lumus untuk menjayakan kejohanan kali ini.

"Be Inspired, Be Extra Ordinary, Be World Class With TVET"

07/09/2023

Anak kecil di atas riba,
Menyanyi gembira penuh irama,
Bulan Kemerdekaan telah tiba,
Mari raikan bersama-sama.

Ayuh warga ILP Sandakan!

Sertai program aktiviti sempena Bulan Kemerdekaan dan Hari Malaysia yang sedang berlangsung!

Dengan kerjasama MPP ILP sandakan - Official

"Be Inspired, Be Extra Ordinary, Be World Class With TVET"






PROGRAM GOTONG-ROYONG MEGA MERDEKA 2023 ANJURAN PEJABAT  KESIHATAN KAWASAN SANDAKAN.Tarikh : 29 Ogos 2023 (Ahad)Masa : 7...
01/09/2023

PROGRAM GOTONG-ROYONG MEGA MERDEKA 2023 ANJURAN PEJABAT KESIHATAN KAWASAN SANDAKAN.

Tarikh : 29 Ogos 2023 (Ahad)
Masa : 7.00 Pg - 5.00 Ptg
Lokasi : Masjid Kampung Tinusa 2



14/07/2023

Ayuh Warga Sandakan!

Bersama sertai kami dalam Majlis Pertukaran MoU dan Perasmian Akademi DAIKIN

Anda juga berpeluang untuk menyertai Karnival Kerjaya PERKESO Perkeso Negeri Sabah yang melibatkan sesi temuduga dan mengisi peluang pekerjaan dari 10 syarikat tempatan.

Jangan lepaskan peluang untuk bersama sama memeriahkan program ini!

Jumpa esok! 😉

"Be Inspired, Be Extra Ordinary, Be World Class With TVET"







14/07/2023

Jom Warga Sandakan!

Bersama sertai kami dalam Majlis Pertukaran MoA dan Perasmian Akademi DAIKIN di ILP Sandakan.

Kerjasama di antara 10 Institusi Latihan Jabatan Tenaga Manusia (ILJTM) bersama DAIKIN Malaysia Sdn. Bhd. memacu bidang Penyamanan Udara ke tahap lebih tinggi melalui Air-Conditioner Certified Technician (ACCT) dan penubuhan Akademi DAIKIN.

Majlis Perasmian akan disempurnakan Yg. Berhormat Tn. Teknologis Mustapha Sakmud, Timbalan Menteri Sumber Manusia.

Jangan lepaskan peluang untuk bersama sama memeriahkan program ini!

Follow page ini untuk dapatkan liputan secara live stream.

Jumpa esok! 😉

"Be Inspired, Be Extra Ordinary, Be World Class With TVET"







Address


Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when MPP ILP sandakan - Official posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Videos

Shortcuts

  • Address
  • Alerts
  • Videos
  • Claim ownership or report listing
  • Want your business to be the top-listed Media Company?

Share