Resepi Anak Hacker

  • Home
  • Resepi Anak Hacker

Resepi Anak Hacker Hey Guys! This is my Gaming Channel where you will watch me playing new games and getting over the

https://youtu.be/gVM43qAxj9k
05/04/2021

https://youtu.be/gVM43qAxj9k

Hi semua kembali lagi kita di dalam Channel Anak Hacker Hari ini kami akan main game (Mega easy obby). Jadi enjoy the video leave a like and Subscribe and do...

15/12/2020

Memperkenalkan pemain yang mewakili team Anak Hacker. Pemain mana yang anda nak saksikan permainan mereka?

Siapa vote The Lejen? Say Wow!
Siapa vote The Hunter? Say Bang!
Siapa vote The Hero? Say What!

Thank you for your vote! ^_^

10/12/2020
10/12/2020
10/12/2020
02/05/2020
Types of flours
22/04/2020

Types of flours

20/04/2020

RESEPI PUDING TIRAMISU

Bahan-Bahan:
Susu cair - 3 tin
Susu pekat - 1tin
Tepung kastard - 12 sudu mkn
Air - 1 cawan
Secubit garam
Biskut cream cracker - 1 peket
Serbuk koko/ milo
Coklat rise
Buah2an utk hiasan.
Cara-Cara Penyediaan:
Satukn semua susu cair n tepung kastard dlm periuk...kacau bg rata dlu..
Masukkn susu pekat..rasa nk manis abiskn 1 tin..cmpur air n kacau.
Tabur secubit garam...baru ltak atas dpur.. Gna api yg perlahan..
Masak smpai bancuhan tu jd likat....Dh msak.
Hancurkn biskut ltak dlm bekas / loyang..siram bancuhan td..bg meresap dlm biskut..tabur serbuk milo... Ulang blik jd 2 lapisan.
Lapisan atas sekali bole la hiaskn buah ikut selera masing2..
Dh siap. Letak dlm peti ais..

Cucuq Nasi gais 🥰Bahan  A - kisar:1. Nasi 2 cawan2. 1 1/2 cawan tepung gandum3. 1 1/2 cawan air (sesetengah kata pakai s...
11/04/2020

Cucuq Nasi gais 🥰

Bahan A - kisar:
1. Nasi 2 cawan
2. 1 1/2 cawan tepung gandum
3. 1 1/2 cawan air (sesetengah kata pakai susu sedap lagi)
4. 1 biji lada merah
5. Segengam ikan bills
6. Garam secukup rasa

Bahan B:
1. 1 labu bawang Holland sederhana besar - potong dadu
2. 1 biji kentang - potong dadu
3. Daging/ayam kisar ikut rasa

Cara2 :
1. Daging bersihkan. Goreng dengan sedikit minyak hingga kering. (Saya goreng dulu sebab takut tak cukup masak). Kemudian masukkan dalam bekas bancuhan bersama semua bahan B.

2. Masukkan bahan A yang telah dikisar ke dalam bekas bancuhan. Kacau rata.

3. Panaskan api. Goreng seperti nak goreng cucur.

4. Dah siap..hidangkan bersama sos cili Thai.

Tadaa...,🥰🥰

P/s: kentang dengan daging tu kalau tak nak letak pun boleh juga. Atau nak tukar lain pun boleh.

04/04/2020
01/04/2020
31/03/2020

Breakfast menu

31/03/2020
31/03/2020
29/03/2020

Roti puri cicah kuah kimah daging

Resepi roti puri:

*2 cawan tepung gandum
*1 cawan air masak ( jgn penuh sngt)
*2 sudu besar minyak masak
*sedikit garam (xnk letak pun xpe)

Caranye:
Uli kesemua bahan diatas sehingga doh tidak melekat ditangan. Kemudian, siap uli tutup doh tersebut lebih kurang 15 minit. Kemudian blh canai kan dh goreng.

Siap 😘

Resepi:
Kuah kimah daging

Bahan2:
*daging kisar 500 gram
*bawang besar 2 biji (cincang halus)
*bawang putih 7 ulas (cincang halus)
*1 batang kulit kayu manis
*sedikit bunga lawang
*6 sudu besar serbuk kari daging
*setengah batang carrot (cincang halus)
*1 @ 2 biji tomato (cincang halus)
*1 biji kentang potong dadu kecil2
*daun kari 2 tangkai
*setengah sudu kecil lada hitam
*1 sudu besar yogurt (plain)
*lada besar hijau 2 batang ( buang biji cincang halus)
*air lebih kurang 3 cawan
*garam dah gula secukop rase
*minyak untuk menumis.

Caranye:
Panaskan minyak masak. Masukkan bawang merah, bawang putih, kulit kayu manis, bunga lawang dah daun kari. Tumis sehingga naik bau. Kemudian masuk rempah kari, tumis sehingga pecah minyak. Kemudian masuk kan kentang dan tomato, kumudian masuk kan air. Biarkan mendidih seketika dan sehingga kentang lembut. Kemudian masuk kan daging dan carrot. Tunggu sehingga air sedikit kering. Kemudian mas**an cili hijau, lada hitam dah yogurt. Last skali perasakan dgn garam dan gula..

Siapp 😍

kredit: nur hidayah

28/03/2020

Nanti2 kita buat ek.. ✌️✌️

26/03/2020
Pengat Labu petang ni 🤗Bahan (agak2 je) :LabuSaguSantan Gula melakaDaun pandanGula putih + garam secukup RasaCara2 :1. R...
18/11/2019

Pengat Labu petang ni 🤗

Bahan (agak2 je) :
Labu
Sagu
Santan
Gula melaka
Daun pandan
Gula putih + garam secukup Rasa

Cara2 :
1. Rebus sagu sampai hilang putih. Bilas dengan air paip. Ketepikan.
2. Rebus labu dengan santan cair + daun pandan sampai agak empuk.
3. Masukkan gula melaka + gula putih.
4. Setelah gula melaka larut, masukkan sagu yang telah dibilas tadi + santan pekat.
5. Masak dalam 10min. Tutup API. Then masukkan garam secukup rasa..tadaaa da siap 😁

05/10/2019

Pencemaran udara, Tip menghadapi jerebu, Tip kesihatan, Tip elak masalah kesihatan

Siapa peminat batang buruk sini? 🙋 resepi original la..😂 tak main kulit popia.Batang buruk kami bukan dari kulit popia.....
19/09/2019

Siapa peminat batang buruk sini? 🙋 resepi original la..😂 tak main kulit popia.

Batang buruk kami bukan dari kulit popia..🙅.kulitnya daripada bancuhan tepung gandum, tepung beras dan tepung khas utk bg rangup....3 tepung dlm 1 adunan...semuanya handmade...dan kacang hijau di kisar...disangai...di jemur...di goreng...dimasak utk dptkan kualiti kacang hijau kisar yg terbaik....menggunakan tepung kacang hijau import dari india di campur dgn beberapa bahan dan ramuan lain yg pastinya mengekalkan citarasa asli dan tradisional......sememangnya menjadi batang buruk legend abad ini yg menampilkan rasa pure kacang hijau....💕💕💕

Yang teringin nak buat sy share respi ya 💕😘

RESEPI BISKUT BATANG BURUK

Bahan-bahan :

👨🏻‍🍳 500g tepung gandum
👨🏻‍🍳 250g tepung beras
👨🏻‍🍳 2 cawan santan @ 1 biji kelapa
👨🏻‍🍳 500g kacang hijau
👨🏻‍🍳 350g gula (kisar)
👨🏻‍🍳 3 biji telur
👨🏻‍🍳 Minyak untuk menggoreng

Cara penyediaan:

1. Masak santan sehingga mendidih. Kemudian sejukkan. Ketepikan.

2. Kisar kacang hijau sehingga halus, kemudian campurkan dengan gula. Ketepikan.

3. Gaul tepung dengan santan yang telah dimasak. Masukkan telur dan uli.

4. Canai nipis dan potong ikut saiz 3cm x2cm.

5. Adunan digulung dan sedia untuk digoreng.

6. Masukkan campuran gula serta kacang hijau dan golek dengan rata adunan yang sudah digoreng.

Kredit Resepi : nur izyan via mahn

15/08/2018

Looks good!!

Kuih bangkit santanBahan bahan1.340 gram tepung ubi2. 95 gram tepung gandum3. 37 gram gula halus4. 3 biji kelapa -santan...
23/05/2018

Kuih bangkit santan

Bahan bahan

1.340 gram tepung ubi
2. 95 gram tepung gandum
3. 37 gram gula halus
4. 3 biji kelapa -santan pekat-
5. 3 helai daun pandan
6. 2 biji telur Sedikit garam

Cara membuat

Masak terlebih dahulu santan, gula halus, daun pandan dan garam hingga pekat.
Pastikan ia tidak bergentel dengan mengacaunya selalu.
Satukan tepung ubi dan tepung gandum.
Goreng tanpa minyak hingga ringan.Angkat dan sejukkan.
Tuangkan santan dan telur ke dalam tepung tadi.Uli hingga sebati.
Canaikan doh ini dan terapkan dengan acuan mengikut bentuk anda.
Bakar di dalam ketuhar dengan suhu 180C hingga biskut masak.

Kredit: inamurni.com

Resepi Kuih Cakar AyamBahan-Bahan:300 gm gula merah1 kilo @ 1/2 kilo keledek yang dikupas kulitnya1 sudu kecil kapur mak...
12/03/2018

Resepi Kuih Cakar Ayam
Bahan-Bahan:
300 gm gula merah
1 kilo @ 1/2 kilo keledek yang dikupas kulitnya
1 sudu kecil kapur makan
Air
Minyak masak
Cara Membuat:
1. Kukur keledek hingga halus dan berbentuk seperti tali. Masukkan keledek tadi ke dalam air kapur selama 1 jam.
2. Setelah cukup 1 jam keluar dan toskan sehingga kering. Setelah kering gorengkannya di dalam minyak yang panas.
3. Sementara itu campurkan gula merah dan air di dalam kuali yang berasingan. Biarkannya sehingga gula merah tersebut cair dan larut di dalam air tersebut.
4. Kemudian masukkan keledek yang digoreng tadi ke dalam gula merah. Gaulkan sehingga rata dan sebati.
5. Kemudian, setelah sebati angkat dan masukkan ke dalam acuannya yang berbentuk bulat. Jangan lupa untuk menekannya sehingga padat.
6. Akhir sekali sejukkannya. Anda harus menyimpannya di dalam bekas yang kedap udara kerana dikhuatiri kuih cakar ayam anda akan lemau jika dibiarkan terdedah.
Sumber : Resepi Bonda

Anak S**a Makan Coklat?Tapi sekarang banyak betul isu coklat dot dot ada kh*inzir lah.. Coklat dot dot tak halal lah.. K...
08/03/2018

Anak S**a Makan Coklat?
Tapi sekarang banyak betul isu coklat dot dot ada kh*inzir lah.. Coklat dot dot tak halal lah.. Kita sebagai mak bapak pun dok risau cemana nak beli coklat. Dahlah anak2 s**a sangat makan coklat kan!
Takyah risau.. Coklat kami 100% keluaran bumiputra Muslim. Kualiti sama je macam coklat2 branded di pasaran. Malah pelanggan kami kata lagi sedap!
Almond Milk Chocolate
Hanya RM22 jeww..
http://shocholic.wasap.my


.co

Admin teringin sangat nak buat puding ni...Okay. Kita simpan sini dulu ek. Nanti admin nak cuba. 😘😘PUDING KIWI (Credit t...
02/11/2017

Admin teringin sangat nak buat puding ni...
Okay. Kita simpan sini dulu ek. Nanti admin nak cuba. 😘😘

PUDING KIWI
(Credit to blog resipi citarasawan)
~▪~▪~▪~▪~▪~▪~▪~▪~

Lapisan Susu
^^^^^^^^^^^^^^^
2 sudu kecil rata serbuk agar2
450ml susu cair
80gm gula pasir
1/4 sudu teh garam
2 titis pewarna lemon yellow

Lapisan Kiwi
^^^^^^^^^^^^^^
2 1/2 sudu kecil rata serbuk agar2
4 biji kiwi yg lembut (kupas dan kisar bersama 250ml air, tapis)
250ml air
120gm gula
1/8 sudu teh garam
2 titis pewarna apple hijau

Hiasan: 2 biji buah kiwi dibelah 2 dan hiris

4 buah bekas puding

Cara2:
^^^^^^^
1. Satukan bahan lapisan susu dan masak sehingga mendidih. Bahagikan kepada 2 bahagian.

2. Tuang 1 bahagian setinggi 1cm ke dalam 4 bekas puding. Biarkan hampir membeku. Ketepikan 1 bahagian lagi untuk lapisan atas.

3. Aturkan hirisan buah kiwi diatas lapisan agar2 susu tadi mengelilingi bekas puding. Ketepikan. Cakar sedikit permukaannya sekiranya sudah membeku.

4. Untuk lapisan kiwi, satukan air, gula, garam, serbuk agar2 dan jus kiwi. Masak sehingga mendidih. Menggunakan belakang sudu, tuang perlahan1 ke dalam bekas puding melepasi hirisan buah kiwi. Masukkan ke dalam peti sejuk supaya cepat membeku.

5. Keluarkan dari peti sejuk, cakar sedikit permukaannya. Panaskan dahulu baki lapisan susu tadi sebelum tuangkan keatas lapisan kiwi.

6. Simpan didalam peti sejuk sebelum dihidangkan.

23/02/2017
Resepi Apam Balik Nipis RangupBahan-Bahan:½ cawan gula pasir1 biji telur1 ½ cawan air2 cawan tepung gandum½ sudu teh sod...
16/12/2016

Resepi Apam Balik Nipis Rangup

Bahan-Bahan:

½ cawan gula pasir
1 biji telur
1 ½ cawan air
2 cawan tepung gandum
½ sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh baking powder

Bahan Tabur –

Gula Pasir
Jagung Krim
Kacang tanah – ditumbuk kasar

Cara Membuat:

1. Blend gula dan telur hingga kembang. Masukkan air dan blend lagi.

2. Masukkan tepung gandum, soda bikarbonat dan baking powder, blend hingga sebati.

3. Panaskan kuali ‘non stick’ atau sapukan planta sedikit pada acuan apam balik.

4. Tuang 1 senduk adunan tadi, nipiskan supaya rangup bila masak.

5. Biarkan seketika, kemudian tabur gula, jagung krim dan kacang dan tutup seketika.

6. Apabila sudah masak, angkat dan lipat dua. Makan semasa panas lebih sedap dan rangup.

Resepi Apam Beras MudahBahan-Bahan:2 cawan nasi sejuk2 cawan tepung gandum2 cawan tepung beras1 3/4 cawan gula pasir2 1/...
12/12/2016

Resepi Apam Beras Mudah

Bahan-Bahan:

2 cawan nasi sejuk
2 cawan tepung gandum
2 cawan tepung beras
1 3/4 cawan gula pasir
2 1/2 cawan air
2 sudu kecil yis kering – mauripan
Kelapa parut putih dikukus – gaul dengan sedikit garam

Cara Membuat:

1. Blend nasi dan air sehingga hancur. Setelah hancur, masukkan gula dan blend sehingga sebati.

2. Dalam bekas lain, satukan tepung gandum, tepung beras dan yis. Kacau rata.


3. Masukkan campuran nasi dan gula tadi ke dalam bekas tepung. Kacau sehingga sebati. Perap selama 3 jam.

4. Didihkan air dalam pengukus dan balut penutupnya dengan kain bersih.

5. Sapukan sedikit minyak pada acuan kecil. Masukkan adunan dalam acuan kecil dan kukus selama 15 minit dengan api besar.

6. Angkat dan hidang bersama kelapa yang telah digaul dengan sedikit garam.

Resepi Kuih Bahulu Mak Lang1. Bahan-bahan (untuk 100 biji bahulu)2. Tepung gandum (dalam 250g)3. Telur (10 biji)4. Gula ...
12/12/2016

Resepi Kuih Bahulu Mak Lang

1. Bahan-bahan (untuk 100 biji bahulu)
2. Tepung gandum (dalam 250g)
3. Telur (10 biji)
4. Gula (400g)
5. Perasa vanilla atau perasa pisang (secukup rasa)

Cara-cara membuat:

1. Susun bahan-yang diperlukan pada satu tempat
Pecahkan 10 biji telur dan masukkan kedalam bekas mixer atau bekas batter

2. Masukkan 400g gula kedalam bekas mixer atau bekas tadi

3. Masukkan perasa vanilla atau perasa pisang secukup rasa

4. Mulakan mixer atau gaul sebatian tadi sehingga menjadi kembang dan bertukar menjadi putih (agak-agak dalam 5 minit dengan menggunakan mixer)

5. Masukkan 250g tepung gandum ke dalam mixer secara perlahan lahan setelah sebatian kembang.

6. Biarkan mixer untuk seminit dua lagi atau gaul sehingga sebatian menjadi rata.

7. Sementara membuat adunan tadi, panaskan bekas acuan untuk membuat bahulu di dalam oven. Setelah adunan siap, keluarkan bekas acuan tadi dan sapukan minyak pada bekas acuan tersebut.

8. Berhati-hati semasa ingin mengeluarkan acuan tersebut. Gunakan kain alas untuk mengeluarkan acuan tersebut kerana acuan tersebut sangat panas.

9. Masukkan adunan ke dalam bekas acuan tersebut. Jangan letak sehingga penuh kerana nanti kuih akan kembang dan akan terkeluar daripada landasannya. Orang biasa panggil 'bentat'.

10.Bakar di dalam oven pada suhu 200C selama 10 minit ataupun sehingga nampak kekuningan.

11. Keluarkan dengan berhati-hati dan letakkan dalam bekas.

12. Selesai membuat kuih bahulu. 😃

BAHAN-BAHAN RESEPI KEK BATIK:1. Milo – 100gram2. Susu pekat manis – 195gram3. Susu segar – 100ml4. Biskut Marie – 300gra...
10/12/2016

BAHAN-BAHAN RESEPI KEK BATIK:

1. Milo – 100gram
2. Susu pekat manis – 195gram
3. Susu segar – 100ml
4. Biskut Marie – 300gram (Siap dipatah dua)
Anda juga boleh guna lain biskut. Mengikut citarasa masing-masing
5. Mentega – 125gram
6. Kacang almond (siap dipotong dan dipanggang)
7. Serbuk koko – 15gram

CARA-CARA MENYEDIAKAN KEK BATIK:

1. Pertama sekali, cairkan marjerin di dalam kuali
2. Kemudian, masukkan susu pekat, Milo dan serbuk koko
3. Gaul kesemuanya sehingga sebati. Pastikan tidak berketul
4. Kemudian, masukkan biskut
5. Gaul biskut dengan coklat sehingga semua sebati
6. Kemudian, masukkan kacang almond
7.Gaul sehingga sebati
8. Pastikan biskut tidak hancur semasa menggaul
9.Ambil bekas loyang yang di lapik plastik di atas nya
10. Kemudian, tuang semua bahan tadi ke dalam bekas
11. Tekan bahan tersebut sehingga mampat di dalam bekas loyang itu
12. Kemudian, simpan kek anda dalam peti sejuk untuk disejukkan
13. Sejukkan dalam 4-6jam

Sementara menunggu kek batik coklat anda siap, anda boleh menyediakan topping ganache. Ganache ini adalah cairan coklat untuk disalutkan di atas kek batik anda. Untuk melihat cara-cara menyediakan ganache boleh pergi ke link ini. Di artikel KEK COKLAT MOIST saya ada tunjuk cara membuat ganache yang terbaik.

RESEPI KEK BATIK | TEGUH

Setelah kek batik anda sudah sedia. Keluarkan kek batik daripada loyang itu. Kemudian, potong dan susun kemas sebelum anda siram kek batik anda dengan ganache coklat. Kemudian boleh lah anda menikmati kek batik coklat biskut Marie di saluti coklat ganache anda bersama keluarga dan sahabat.

Kuih Siput RangupSambil layan TV, makan kuih siput pun sedap juga. Standby sebalang dalam kereta. Agak2 tak sempat break...
10/12/2016

Kuih Siput Rangup

Sambil layan TV, makan kuih siput pun sedap juga. Standby sebalang dalam kereta. Agak2 tak sempat breakfast, jalan jem, perut dah berbunyi? Kuih siput kan adaaa.. Dengan bekas kedap udara yang comel lote ni, dah habis boleh buat bekal anak ke sekolah tahun depan.

Moh whatsapp cepat..
0162335702
0162335702

Beli 1 ~> RM12
Beli 2 ~> RM22
Beli 5 ~> RM50

Resepi Kek OreoBahan²250 gm butter1 cwn gula2 cwn tepung naik sendiri - ita guna tepung kek1 sudu kecil baking powder - ...
09/12/2016

Resepi Kek Oreo

Bahan²
250 gm butter
1 cwn gula
2 cwn tepung naik sendiri - ita guna tepung kek
1 sudu kecil baking powder - tepung dan baking powder diayak
4 biji telur
1 sudu kecil esen vanilla
8-10 keping oreo - kisar halus (QH kisar sekali dgn krimnya)

Caranya
1. Campurkan butter, gula. tepung, baking powder, telur dan esen vanilla dan pukul selama 2 minit. Jangan terlebih pukul ye!
2. Campurkan oreo dan kacau rata.
3. Tuangkan adunan dalam paper cup. Susun atas tray. Adunan QH bahagi kepada 3 dan dibakar berasingan.
4.Bakar dalam oven dgn suhu 170C selama 10 - 15 minit 20-25 minit atau sehingga masak.

BUTTERCREAM

Bahan²
80 gm mentega
200 gm krimwell
350 gm golden syrup

Caranya

1. Pukul mentega dan krimwell hingga kembang
2. Masukkan golden syrup perlahan2 dan pukul lagi hingga rata.
3. Bolehlah letakkan pewarna mengikut kehendak anda.

CARA MENDECO KEK

Bahan²
Buttercream
Serbuk oreo secukupnya (buang krimnya)

Caranya

1. Permukaan setiap kek hendaklah diratakan.
2. Ambil kek pertama dan disapukan buttercream di atasnya. Selepas tu taburkan serbuk oreo tadi sehingga menutupi permukaan buttercream tadi.
3. Lapiskan dengan kek yang kedua. Ikut seperti proses yang pertama tadi.
4. Lapiskan kek yang ketiga dan lepa kek seperti biase sehingga selesai. Deco ikut pilihan sendiri.

HIASAN COKLAT

Bahan²
Coklat compound secukupnya

Caranya

1. Cairkan coklat menggunakan kaedah double boiler. Mas**an ke dalam piping bag. Gunting hujungnya dan paipkan ditepi kek yang telah disiap dilepa. Biarkan coklat tu jatuh dengan sendirinya. Sejukkan kek sebelum dipotong.
2. Lelehan coklat tu akan mengeras jadi semasa memotongnya pastikan pisau direndam dahulu dengan air panas. Lapkan pisau tadi hingga kering baru la potong kek tersebut.

Lebih elok jika menggunakan coklat ganache untuk buat deco seperti di atas.

Address


Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Resepi Anak Hacker posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Resepi Anak Hacker:

Shortcuts

  • Address
  • Alerts
  • Contact The Business
  • Claim ownership or report listing
  • Want your business to be the top-listed Media Company?

Share