Swaq14

Swaq14 Cincaipunyapage

24/07/2020

Lets go ...

07/07/2020

COVID-19: KEPUTUSAN JAWATANKUASA PENGURUSAN BENCANA 6 JULAI 2020

JAWATANKUASA Pengurusan Bencana Negeri Sarawak telah bermesyuarat dan memutuskan beberapa garis panduan (SOP) perkara seperti berikut:

A. PELANCONGAN PERUBATAN

Kementerian Pelancongan, Kesenian dan kebudayaan Sarawak (MTAC) telah menetapkan Garis Panduan (SOP) untuk pelancongan perubatan, berkuatkuasa serta merta.

B. ORGANISING MEETINGS, INCENTIVES, CONVENTIONS AND EXHIBITION (MICE)

Kementerian Pelancongan, Kesenian dan kebudayaan Sarawak (MTAC) telah menetapkan Garis Panduan (SOP) untuk Organising Meetings, Incentives, Conventions and Exibition (MICE), Travel & Trade Fairs/Marts/Bazaar/Arts and Cultures Carnival berkuatkuasa serta merta.

C. PUSAT URUTAN DAN REFLEKSOLOGI

Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sarawak telah menetapkan Garis Panduan (SOP) untuk SPA, Pusat Wellness, Foot Massage dan Reflexology dibenarkan berkuatkuasa serta merta.

D. KEMASUKAN KE SARAWAK DARI LUAR NEGARA

Semua warganegara Malaysia dari luar negara (termasuk warga asing) yang mempunyai penerbangan transit pada hari yang sama akan dikuarantin 14 hari di destinasi terakhir mereka tiba di Sarawak. Ujian COVID-19 (PCR) akan diambil pada hari ke-2. Jika keputusan mereka negatif, mereka akan dipasangkan “Wristband” dan menyambung baki kuarantin di rumah dimana selepas hari ke-10 ujian COVID-19 (PCR) akan diambil.

E. KEMASUKAN KE SARAWAK DARI SEMENANJUNG / SABAH / LABUAN

Semua warganegara Malaysia dari Semenanjung, Sabah dan Labuan (termasuk warga asing yang sudah berada di Malaysia) akan diambil sampel secara Rawak ujian COVID-19 (PCR) di pintu masuk utama negeri Sarawak.

Sumber: Kenyataan Media JPBN Bil 151/2020

03/07/2020

Share
WhatsApp
Tweet
Email
Share
PUTRAJAYA: Harga tiket penerbangan perlu kembali normal kerana syarikat penerbangan telah dibenarkan beroperasi dengan kapasiti penuh penumpang.

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata kerajaan mengambil maklum isu harga tiket penerbangan yang tinggi terutamanya bagi penerbangan domestik antara Semenanjung dengan Sabah dan Sarawak.

“Peringkat awal itu kita faham harga tinggi kerana arahan yang dikeluarkan oleh kerajaan, syarikat penerbangan tidak boleh (beroperasi pada) kapasiti penuh kerana penjarakan sosial penumpang dalam pesawat.

“Tetapi kita akhirnya telahpun membenarkan syarikat penerbangan beroperasi dengan kapasiti penuh penumpang, tiada penjarakan sosial lagi. Oleh itu, Mesyuarat Khas (Menteri-Menteri mengenai Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan) berpendapat harga tiket penerbangan perlu kembali semula kepada harga asal seperti sebelum PKP,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media berkenaan perkembangan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) pada Jumaat seperti dipetik Bernama.

Susah senang dari kecil sampai dewasa .. itulah dia .. MAK ...
29/06/2020

Susah senang dari kecil sampai dewasa ..
itulah dia .. MAK ...

Happy Father Days .....
21/06/2020

Happy Father Days .....

Warganegara Malaysia Dibenar Rentas Negeri Ke Sarawak Dan Daerah Mulai 10 Jun IniKUCHING: Sejajar dengan Perintah Kawala...
20/06/2020

Warganegara Malaysia Dibenar Rentas Negeri Ke Sarawak Dan Daerah Mulai 10 Jun Ini

KUCHING: Sejajar dengan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) yang akan dilaksanakan berkuatkuasa 10 Jun 2020, Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak telah mengadakan mesyuarat khas pada pagi tadi bagi membincangkan perkara tersebut.

Menurut Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Embas, Sarawak akan mematuhi keputusan Kerajaan Persekutuan dengan beberapa penambahbaikan garis panduan dan SOP mengikut kesesuaian Negeri Sarawak

“Selaras dengan pengumuman oleh Kementerian Pengangkutan Malaysia, penjarakan sosial dalam pesawat dikecualikan sepenuhnya bagi semua perkhidmatan penerbangan berjadual dan tidak berjadual termasuk general aviation, private jet operation dan helikopter,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam Sidang Media COVID-19 Sarawak pada Selasa.

Dalam pada itu, semua warganegara Malaysia juga dibenarkan untuk rentas negeri ke Sarawak dan rentas Daerah dalam Sarawak berkuatkuasa 10 Jun 2020.

Douglas yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak turut menambah, semua warganegara Malaysia dari Semenanjung, Sabah dan Labuan dibenarkan masuk ke Sarawak tanpa perlu memohon melalui SDMC dan tidak perlu mengambil sampel (PCR Test) tiga (3) hari sebelum berlepas ke Sarawak.

“Bagaimanapun, mereka perlu mematuhi SOP seperti berikut berkuatkuasa 10 Jun 2020 dengan wajib memuat turun aplikasi MySejahtera dan mengisi borang deklarasi kesihatan (E-Health Declaration) (http://sdmc.sarawak.gov.my).

“Pelawat akan diambil sampel PCR secara rambang setelah tiba di pintu masuk utama negeri sama ada di udara, darat dan laut dan memuat turun COVID Trace Sarawak dan Qmunity,” tambahnya.-Edisi UKAS

20/06/2020

ada orang nak promote apa2 ajk ....post ajk.....

12/06/2020

Kecekalan...

Address


Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Swaq14 posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

  • Address
  • Alerts
  • Claim ownership or report listing
  • Want your business to be the top-listed Media Company?

Share