29/10/2024
Tapi apa?
Kau cuma tau nak menang je.
T&C pun malas baca sibuk nak tau strategi nak menang.
Min malas nak layan lagi soalan sama yang berulang-ulang...like a broken record...soalan yang tiada kaitan dgn min...soalan yg dah b*k kali min bagi email/contact number..
Buat min depresi.
Dah banyak kali min bagi tau..siap buat notis warna warni. Takkan tak pernah nampak?
So ni last nak bagi tau... tolong faham kan ye.
Min KONGSI info kontes. (Min dah stop share kontes2 terbaru di page ni)
Min BUKAN taukey Nestle, P&G, Southern Lion, Unilever, Wipro etc.
Min BUKAN penganjur atau agensi kontes.
Tolong jangan tanya/pm/wasap soalan2 remeh sebelum baca screenshots atau T&C.
Tolong stop pm/wasap soalan2 yg dah BERULANG-KALI di bagi tau mana nak cari jawapan.
Tolong jangan pm/wasap lagi kontes ni result bila, kontes tu result bila... Pergi tanya di socmed jenama yg kau join kontes tu. MEREKA DIBAYAR GAJI BULANAN. Bagi mereka kerja. Jangan biar mereka duduk goyang kaki tengok Netfl1x.
Tengok dalam T&C... biasanya ada contact number penganjur... cari dalam tu..
Selepas submit entry pun kadang ada reply yg bagi email atau contact number customer support... Simpan details tu...jangan malas semua nak disuap.
Kalau rasa malas,
Rasa leceh,
Rasa semua kontes2 ni scam,
Rasa diri King/Queen yg mintak disembah,
Kontes baru tamat dah tanya result,
Asyik minta disuap,
Link T&C dan screenshots yg min letak tu korang buat2 tak nampak,
Atau mungkin tertutup hijab sebab tu tak nampak.
Tolong jangan join kontes. Cari hobi lain. Buat benda lain yg tak perlu nak kena teliti, tak perlu nak kena baca T&C.
Buat benda lain yg tak perlukan banyak guna otak, contoh, main guli, main tingting, kumpul setem, siram pokok bunga, bertenggek kat portal gossip.
Sekarang faham tak kenapa Milo, Nescafe, Maggi off comment kebanyakan post kontes dorang?
Sebab dorang malas nak buang masa jawab soalan2 yang jawapannya ada dalam T&C, yang orang malas nak klik link dan baca.
Kalau pm dorang pun, maybe esok baru dorang reply. Padahal mereka ni dibayar gaji bulanan.
Sama macam company telco korang. Ada pertanyaan/masalah? Jangan mimpi korang dapat immediate response. Isi borang dulu. Esok baru dapat reply tapi belum tentu itu jawapan yang korang nak. Langsung tak boleh nak berkomunikasi dengan manusia. Padahal tiap bulan korang bayar tuk guna servis telco tu, bukan percuma.
So, ingat ye...min bukan kuli batak korang.
Kalau korang baru kenal kontes, ambil masa belajar. Baca semua T&C kontes sebab lain kontes lain cara pemilihan pemenang.
Jangan kelam-kabut nak menang kontes itu ini. Tengok kawan menang, kau pun gelabah. Kontes ni sentiasa ada, tak pernah putus. Tak payah risau.
Sekarang ni pun beratus kontes ada. Bulan depan dan seterusnya akan ada lagi beratus kontes2 baru. Kau pun tak ada masa dan modal nak join semua kontes.
Nak join kontes pun kena ada ilmu. Jangan hentam keromo je. Sebab tu lah penting BACA DAN FAHAMKAN T&C.
Bila faham T&C, tak ada lah kau spend RM50 join kontes Top Spender/Highest Purchase/Highest Entries/Pembelian Terbanyak/Pembelian Tertinggi pastu mengharapkan menang.
Untuk kontes Top Spender dan adik-beradik dia tu, modal kena besar. Ada orang yang modalnya ratus2, ribu2, puluh ribu pun ada. Tengok hadiah apa yang ditawarkan. Lagi besar nilai hadiah, lagi besar modal mereka.
Kalau kontes tak ada T&C (biasanya jenama atau produk yang kurang dikenali), pandai2 lah korang minta kat penganjur. Kalau penganjur buat bodoh, itu red flag. Guna otak. Jangan buang duit dan masa.
Jangan seronok sangat tengok hadiah banyak kereta mewah sampai biji mata tercabut dari soket.
Kalau nak join juga, join atas risiko sendiri. Jangan nanti hadiah dibatalkan sebab penganjur tak capai sales target atau hadiah dapat kat staff atau kroni penganjur, korang meroyan.
Kontes2 barang keperluan harian seperti kontes2 Nestle, Unilever, P&G, Southern Lion, Wipro etc ni semua jenama terkenal.
Jenama terkenal tentulah kontes dorang penyertaan beribu-ribu. Jadi, jangan ingat join sekali boleh terus menang. Bila join sekali pastu tak menang terus kata kontes tu scam.
Ada orang yg sekali join terus menang besar. Jarang berlaku tapi ada. Itu rezeki dia. Kontes2 LD atau NS, kalau korang memang guna produk tu, join saja.
Kalau tak menang, tak rasa rugi sebab produk memang diguna. Kalau menang, kira macam dapat bonus.
INGAT NI.... TIADA SIAPA PAKSA KORANG JOIN KONTES. TIADA SIAPA PAKSA KORANG SPEND DUIT JOIN KONTES. SENDIRI YANG RELA HATI.
Min perhati... orang yg selalu menang kontes adalah orang
Yang berani,
Yang berdikari,
Yang tak banyak bunyi.
Sampai masa, ada rezeki, mereka tuai hasil. Happy2 enjoy hadiah.
Mana2 kontes yang tak menang, mereka move on. Join kontes lain.
Siapa2 yang guna proxies, harap ada persetujuan kedua belah pihak. Jangan sembarangan guna IC orang. Jangan curi2 guna IC orang.
Jangan dah berminggu cari sana sini, dah report polis, dah report skmm, rupanya yang curi kenalan sendiri. Semoga berbahagia mereka berdua.