[Informasi @ KDN]
Keadaan di sebuah kedai nasi lemak di Kampung Wakaf Berangan, Pasir Puteh selepas berlaku kejadian tetak di premis tersebut semalam.
Sumber: Kosmo
#KelantanDailyNews
#pasirputeh
#kelantan
[Hebahan @ KDN]
Cuti Khas Persekolahan pada hari Rabu, 19 April 2023.
Kepada para perantau, hati-hati ketika memandu dan semoga selamat sampai ke destinasi anda.
#kelantandailynews
#caknateluspantas
#cutiraya
#balikraya
#raya2023
[Berita Semasa @ KDN]
WANITA CEDERA PERAGUT BERMOTOSIKAL
[VIDEO] Seorang wanita diekori dua lelaki bermotorsikal dari Jalan Sri Cemerlang, Kota Bharu. Setibanya di Jalan Kelochor penunggang lelaki meragut beg tangan di raga motor dan menyebabkan wanita itu hilang kawalan dan terjatuh. Seluruh negara patut ada CCTV macam ini.
Sumber: KOSMO ONLINE
#kelantandailynews
#caknateluspantas
#kelatekito
[Lensa@KDN]
Seekor gajah memecahkan cermin tingkap rumah penduduk. Kejadian dilaporkan berlaku di Gua Musang.
Sumber: Kosmo
#KelantanDailyNews
#caknateluspantas
#kelatekito
KUNCI JADI REBUTAN SELEPAS BANJIR DI RANTAU PANJANG
[Berita Semasa @ KDN]
KUNCI JADI REBUTAN SELEPAS BANJIR DI RANTAU PANJANG
RANTAU PANJANG: Selain peralatan rumah, kunci juga menjadi 'rebutan' dalam kalangan mangsa banjir di Rantau Panjang, Kelantan, lapor wartawan Sinar Harian, Hazelen Liana Kamarudin.
Ia diakui sendiri oleh tukang kunci, Mohd Azlan Ab Ghani, apabila tidak menang tangan memenuhi permintaan pelanggan bagi mendapatkan kunci pendua selepas ianya hilang disebabkan banjir melanda.
Katanya, sepanjang pasca banjir, permintaan terhadap kunci baharu sangat tinggi.
Sumber: Sinar Harian
#kelantandailynews
#caknateluspantas
#kelatekito
COVID-19: PENDUDUK KELANTAN KEMBALI MEMAKAI PELITUP MUKA
[Berita Semasa @ KDN]
COVID-19: PENDUDUK KELANTAN KEMBALI MEMAKAI PELITUP MUKA
Kota Bharu: Penduduk di Kelantan kini kembali memakai pelitup muka kerana bimbang peningkatan kes Covid-19 selain kemasukan varian baharu.
Walaupun kesedaran berhubung kepentingan memakai pelitup muka masih rendah di negeri ini, namun sejak kebelakangan ini kelihatan ramai yang mula memakainya.
Tinjauan di pasar raya dan Pasar Siti Khadijah di sini turut mendapati lebih 20 peratus pengunjung mula memakai pelitup muka.
Malah, kebanyakan mereka turut memaklumkan kembali memakai pelitup muka sejak kebelakangan ini kerana bimbang susulan laporan mengatakan berlaku peningkatan kes Covid-19.
Pengunjung, Asma Abdullah, 28, turut mengakui sebelum ini sudah tidak memakai pelitup muka kerana keadaan semakin baik, namun kembali memakainya sejak dua minggu lalu.
"Pada mulanya saya sudah rasa selamat kerana seolah-olah isu Covid-19 sudah reda, namun sejak kebelakangan ini ia kembali hangat diperkatakan.
"Malah berdasarkan laporan semalam mengatakan terdapat kemasukan varian baru menyebabkan saya kembali bimbang dan merasakan perlu memakai pelitup muka.
"Malah, saya melihat orang ramai juga semakin ramai mengenakan pelitup muka, bukan saya sahaja," katanya.
Pengunjung, Hafiz Awang, 35, turut berpendapat sama dan berharap lebih ramai penduduk di Kelantan mengambil pendekatan yang sama.
"Jika dibandingkan di Kuala Lumpur, saya melihat kesedaran pemakaian pelitup muka di Kelantan jauh berbeza kerana mungkin rakyat merasakan Covid-19 sudah tiada.
"Namun sejak kebelakangan ini, semakin ramai yang mengenakan pelitup muka dan saya sendiri rasa bimbang sekiranya tidak memakai pelitup muka," katanya.
Sementara itu, Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri, Datuk Dr Zaini Hussin turut menyarankan penduduk di Kelantan supaya mengamalkan langkah pencegahan dengan memakai pelitup muka.
"Kita akui kesedaran penduduk berhubung pelitup muka masih rendah, namun saya berharap penduduk kembali memakainya bagi menge
[Berita Semasa @ KDN]
PENDUDUK RESAH BANJIR KILAT AKIBAT MASALAH PERPARITAN
Kota Bharu: Hampir 500 penduduk di Taman Wadi Iman, Kok Lanas, di sini, mengeluh apabila terpaksa menanggung kerugian apabila harta benda musnah dalam banjir kilat kerana masalah sistem perparitan sejak empat tahun lalu.
Mereka mendakwa belum ada penyelesaian dilakukan pihak berkuasa tempatan (PBT) sehingga kini walaupun aduan sudah dibuat.
Penduduk Muhammad Abdul Hakim Adnan, 27, berkata dia rasa kecewa kerana pihak berwajib tidak cakna mengenai masalah mereka sehingga menyebabkan penduduk dibebani perasaan bimbang setiap kali hujan lebat.
"Apabila hujan lebat berterusan selama empat hingga tiga jam, kawasan penempatan kami akan dinaiki air.
"Dalam banjir baru-baru ini, sebanyak 40 rumah terjejas sehingga ada yang dinaiki air setinggi 0.3 meter dalam rumah dan jumlah kerugian akibat kerosakan harta benda adalah sebanyak RM100,000.
"Sehingga kini tidak ada tindakan yang diambil, sebaliknya kami yang semakin sengsara," katanya.
Muhammad Abdul Hakim berkata demikian ketika ditemui selepas lebih 20 penduduk taman perumahan itu mengadakan piket aman bagi meluahkan permasalahan yang dihadapi mereka, pada 31 Disember 2022.
Penduduk lain Mohd Yusof Ahamad Patani, 34, berkata masalah banjir kilat berulang kali berlaku pada 2018 dan tidak selesai sehingga kini sehingga ada penduduk mahu menjual rumah mereka kerana rasa kecewa.
"Justeru, saya memohon kepada pihak berwajib untuk turun padang dan menilai secara menyeluruh masalah ini kerana kami sudah tidak sanggup lagi menanggungnya dan berharap supaya sistem perparitan di kawasan ini dinaik taraf.
"Masalah banjir kilat ini bukan perkara biasa kerana hujan lebat berterusan akan menyebabkan banjir di luar jangkaan dan pada tahun ini sudah dua kali berhadapan situasi sama iaitu pada Mac dan Disember lalu," katanya.
Dalam pada itu, Timbalan Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Kelantan Marinamarican Abdullah berkata, permasalahan yang
HIDUP IBARAT SECAWAN AIR
[Santapan Rohani @ KDN]
"HIDUP IBARAT SECAWAN AIR"
Mari mulakan hari ini dengan motivasi pagi oleh Ustaz Syamsul Debat. Jangan stress-stress, jadilah seperti secawan air.
Kredit: Sembang Santai NS Daily
#kelantandailynews
#caknateluspantas
#kelatekito
[Lensa @ KDN]
Kemeriahan sambutan ambang Tahun Baru 2023 malam tadi.
Selamat Tahun Baru 2023!!
#kelantandailynews
#caknateluspantas
#kelatekito