Anak Legeh GO Merantau berlapangan sejarah dan warisan vlog sejarah warisan dan sosial

Kisahnya...Aku ke kedai kopi yang berdekatan rumahku, aku terdengar suara2 dari penghuni kedai kopi "ramai juga mati sem...
13/02/2022

Kisahnya...
Aku ke kedai kopi yang berdekatan rumahku, aku terdengar suara2 dari penghuni kedai kopi "ramai juga mati semalam" aku bengong sekejap sambil bersoalan di hati...apa berlakunya?...tatkalanya telingaku menyentuh gelombang suara yang keluar dari mulut seoramg penghuni kedai kopi "oh patutlah hujan lebat semalam"...tambah dia..."biasanya kalau hujan lebat sangat2 orang kita ada berlaku kekalahan"...aku bengong lagi apa yang mereka berbicara itu...?
Minumlah! teh ni dah sejuk orang di tepi ku menyedarkan aku sangat lamanya ku merenung...ahh ya, aku jawab...sesedut teh menyentuh bibir mulut sambil mata melihat ksca televisyen, Nai Mahroso Jantrawadi ketua pejuang syahid di kawasan kem tentera dan beberapa rakan seperjuangan menerima nasib yang sama.... Allahuakbar

Tatkala timbul sebuah melodi 13 Feb menyemai menyuburi bumi...

Renungan kisah lama 13 Feb tak pernah lupa

Anak Legeh

27/01/2022

Salam pagi

Terima kasih MalaysiaGenap empat tahun ku berada di siniWalaupun pendapatan tidak setanding gajiNamun ilmu penuh diisiHi...
01/01/2022

Terima kasih Malaysia
Genap empat tahun ku berada di sini
Walaupun pendapatan tidak setanding gaji
Namun ilmu penuh diisi
Hidup bermasyarakat bergerak bakti
BUMI DIPIJAK LANGIT DIJUNJUNG aku dipesani

Gerak bakti ku juga tidaklah sia-sia
Untuk tanahair Patani aku pun tidak lupa
BUKANLAH KACANG YANG LUPA KULIT
BUKANLAH KERA YANG LUPA BUKIT

Jika Patani-Malaysia adalah saudara
Patani-Kelantan lagi serumah tangga
Dengan seadat dan sebudaya
Petai dan budu berpisah tiada

Usah bicara dari mana asalnya
Di mana ku hidup di situlah rumah kita
Bukanlah berlagak nak jadi raja
Tapi hanya ingin MENYEMAI BUDI MENABUR JASA sahaja

1 Jan Malaysia 2022

Di sini Serambi Mekah namanya negeri Kelantan Di sini ada keindahan dan tamadunnya tersendiri yang bauan aura Islamic ia...
23/12/2021

Di sini Serambi Mekah namanya negeri Kelantan
Di sini ada keindahan dan tamadunnya tersendiri yang bauan aura Islamic iaitu penuh dengan pondok² dan para ulama. Ada tenaga pengajar kitab turath(kitab kuning) hampir setiap hari seluruh masjid mukim di Kelantan ditaja oleh kerajaan manakala surau² di kampung² p**a ada penyumbang² memberi peruntukan kepada tenaga pengajar.

Pada sudut sosial p**a di bumi Kelantan ini tidak ada kelab malam(night club) sebagai tempat maksiat.

Orang Kelantan sentiasa hidup sentiasa senyum di bibir mulut mereka pada setiap bila selisih kenderaan di jalan, lebih² lagi di jalan kampung. Senyuman itu menghidupkan suasana kedamaian di jiwa dan menghilangkan kesepian di mana² saja

Tulisan jawi p**a diwajibkan pada setiap papan tanda di jalan² mahupun mana² kedai, dalam sekolah p**a bahasa pengantar pembelajaran bahasa melayu tulisan jawi.

Yang paling saya rasa teruja ialah masa pergi ke pasar minggu atau pasar malam untuk membeli belah, tetibanya masa suar pembesar alunan suara quran kumandan di maajid atau surau, maka ada pegawai di pasar meniup wisel...prippppp... memberi suara sebagai tanda para penjual dan pembeli berhenti sekejap dalam urusan jual-beli supaya penghuni di pasar menunai ibadat solat, pada waktu maghrib p**a akan sambung urusan jual-beli setelah dengar suara pembesar dari imam solat memberi salam pada penghujung solat.

Ini antara yang saya sebut hanya sedikit dari beberapa perkara keindahan tamadun Islam di Kelantan yang saya belum pernah rasa di Patani.... Wallahu a'lam

Jasa ulama Patani silamMereka adalah ulama dan pengarang kitab abad 18-201. Syeikh Abd. Rahman Pauh Bok (meninggal dunia...
19/11/2021

Jasa ulama Patani silam
Mereka adalah ulama dan pengarang kitab abad 18-20
1. Syeikh Abd. Rahman Pauh Bok (meninggal dunia 1780an) 3 kitab
2. Syeikh Daud Alfatoni (1769-1846) 41 kitab
3. Wan Mohd Zain ban Wan Mustafa ai-Fatoni (1818-1908) membuat salinan tangan kitab-kitab Syeikh Daud dan ulama lain, menyalin sekurang-kurangnya 2 naskhah pada tiap-tiap 1 jodol dibantu oleh beberapa orang tenaga. Penyalinan ini diteruskan oleh anaknya Syeikh Wan Ahmad al-Fatoni dengan mesin percetakan.
4. Hj. Nik Dir al-Fatoni (1829-1898) 6 kitab
5. Syeikh Mohd. Saleh bin Zainal Abidin al-Fatoni(1852-1952) 1 kitab
6. Syeikh Wan Ahmad (1856-1908) 24 kitab
7. Tuan Minal (1820an-1913) 7 kitab
8. Tok Gudang (meninggal 1915) 4 kitab
9. Syekh Nik Mat Kechik Patani (1844-1915) 9 kitab
10. Tok Cha-ok (meninggal dunia 1921) 1 kitab
11. Tok Senggora (1850an-1930) 1 kitab
12. Tok Duku (1851-1947) 2 kitab
13. Tok Kelaba (1864-1948) 9 kitab
14. Tok Jakar (1870-1944) 1 kitab
15. Syeikh Mohd Nor bin Muhammad al-Fatoni (1873-1944) 2 kitab
16. Tengku Mahmud Zuhdi al-Fatani (1876-1968) 5 kitab
17. Hj. Abdulmajid Embong (1898-1953) 2 nota belum dicetak
18. Syeikh Wan Dauad bin Ismail ai-Fatoni (1860-1936) 2 kitab, beliau adalah pembantu Syeilh Ahmad al-Fatoni sebagai pentashis dan pencetak kita jawi, dan kemudian hari balik menetap di Kelantan dan dikenal sebagai Syeikh Wan Daud Khatib.
19. Hj. Sulong(1865-1954) 3 kitab
20. Pak Da El Patani (1882-1965) 5 kitab
21. Pakcu Him Gajah Mati (1892-1968) 1 kitab
22. Hj. Ahmad al-Fasuni (1902-1996) 9 kitab
23. Hj. Abdullah Bendang Kebun(1913-1991) 2 kitab
24. Hj. Wan Ali al-Jambui (1915-1995) 5 kitab
25. Hj. Dir Sekam (1921-1991) 12 kitab
26. Baba Yeh Tok Jong (1926-1995) 2 kitab

159 jodol kitab bagi pengarang ulama fatoni abad 18-20

Nota: Adalah yang mengatakan bahawa Al-allamah Syeikh Daud al-Fathani adalah perang kitab yang paling produktif hasil penulisannya 89 buah, dan ada mengatakan lagi karangan beliau 120 buah kitab.

Jumlah nama-nama kitab ini yang didapati dalam buku ULAMA BESAR DARI PATANI, Ahmad Fathi al-Fathani edisi Rumi ke 2, 2013.

Wallahualam

Betul...
19/11/2021

Betul...

Admin terdengar pesanan ust Hasan pada sesi akhir forum Hak Asasi Manusia dan Kedamaian Patani, pesanan beliau dengan ka...
18/11/2021

Admin terdengar pesanan ust Hasan pada sesi akhir forum Hak Asasi Manusia dan Kedamaian Patani, pesanan beliau dengan kata2 lebih kurang
"Perjuangan di Patani adalah hak berjuang bersama, bukanlah hak bagi seorang dua, bukan kump**an bersenjata semata-mata dan bukan p**a hak bagi yang berparti sahaja. Sesiapa yang ada hati untuk membela kedamaian Patani itu dipanggil pejuang juga, dan sesiapa yang rasa sedih bila melihat dan mendera khabaran rakyat ditindas dizalimi dan sanggup membela dia pun dipanggil pejuang juga.
Kedamaian dari suara rakyat orang ramai adalah suara yang utama, apakah keinginan mereka harus berbincang di atas meja rundingan....
Forum Penjana
Lihat forum penuh...
https://www.facebook.com/penjana/videos/202145375403371/
https://www.facebook.com/penjana/videos/903145833910533/

17/11/2021

Habis cerita!!!
Mohon sebarkan....
Dengan isu terpanas sejarah di Patani sekarang ini selain hari kejatuhan 11/11/1785 ada juga isu lain yang mengejutkan masyarakat Patani dan negara jiran mengenai salah satu tempat bersejarah dan simbol kedaulatan raja Patani iaitu benteng istana raja Cabang Tiga atau istana Cebak Puyuh diroboh dengan tidak pasti apa sebab.

Tatkala admin dapat maklumat dari komen saudara dalam pos sebelum ini(lihat video sebelum ini) ada seorang memakai akaun Facebook มีน อัลอมีน (Melayu: Min al-Amin) mengaku beliau adalah salah seorang dari keluarga dalam istana tersebut memberi kepada penjelasan tulisan Thai kepada masyarakat Patani tentang kenapakah pihak keluarga mengambil keputusan merobohkan benteng istana ini....sila baca yang admin cuba translate... Maaf segala kekurangan....

Saya akan terangkan dalam bahagian ini. Pertama sekali, saya perlu memberitahu anda bahawa istana lama ini adalah milik peribadi keluarga dan tidak bergantung kepada mana-mana agensi dan tidak pernah mempunyai mana-mana agensi untuk menjaga benteng ini tetapai kami sendiri yang menjagainya sekuat mungkin

Kami juga rasa risau lebih dari tuan2 atau orang ramai apabila melihat benteng ini diroboh. Antara sebab kami terpaksa merobohkan oleh kerana benteng ini semaki hari semakin senget, sebelum ini kami pernah membaikpulih dengan memasang tiang cagak benteng ini(seperti dalam gambar dan video)

Tapi perbuatan semacam ini boleh menahan sekejap sahaja dan ia akan senget ke bawah dan akan runtuh jika dibiarkan dan mungkin akan pecah yang lebih parah lagi

Pihak keluarga bersetuju mengambil tindakan merobohkan sebahagian benteng ini(tidak termasuk pintu gerbang) dan akan bina semula dengan menggunakan bata benteng sediakala(bukan bata baru) dan bahagian pintu gerbang tidak disentuh apa2. Akhir saya berdoa semoga semua lancar dengan baik dan
mengekalkan keadaan asal sebaik mungkin.

Anak Legeh

Keterangan dari keluarga istana mengenai pagar tersebut nanti besok admin akan balik bahasa ke Melayu. Insyaallah
16/11/2021

Keterangan dari keluarga istana mengenai pagar tersebut nanti besok admin akan balik bahasa ke Melayu. Insyaallah

16/11/2021

Ini istana diraja kota Cabang Tiga Patani salah satu istana zaman 7 raja, sekarang dirombak entah sebab apa....
Secara peribadi admin rasa sayang juga sebab pernah tidur makan di rumah depan pagar istana ini....😢😢😢

Nanti admin bagi maklumat seterusnya, sila ikut sama

Kredit video بومي يغ سوبور

14/11/2021

Siapa yang boleh jawab soalan ni...
Kenapakah orang Malaysia tak kenal orang Patani? 1909.

Bina adab anak kita
13/11/2021

Bina adab anak kita

Sentiasa dalam ingatan....
12/11/2021

Sentiasa dalam ingatan....

Tutup promosi potongan hargaKami kembali ke harga asal 230 kup
12/11/2021

Tutup promosi potongan harga
Kami kembali ke harga asal 230 kup

11/11/2021

Full | Nazam Patani Jatuh

Promosi Air Mata mengingati Hari Patani Jatuh kami hebahkan luahan rakyat dalam buku pantun Tinta Revolusi ❌Harga asl 23...
11/11/2021

Promosi Air Mata
mengingati Hari Patani Jatuh kami hebahkan luahan rakyat dalam
buku pantun Tinta Revolusi
❌Harga asl 230 KUP
☑️Hari ini hanya 195 KUP
Peringatan 11.11.1785
Ayuh rebutlah buku terbaik bagi kita semua

10/11/2021

11 November 1785
PATANI JATUH วันแห่งปาตานีแตกพ่าย
Ada cerita yang menjatuhkan air mata
Dengar baik2 dengar sampai habis

Buku Tinta Revolusi cetak hanya 100 naskah sahaja...
08/11/2021

Buku Tinta Revolusi cetak hanya 100 naskah sahaja...

06/11/2021

Betul...🤭

Assalamualaikum bagitau kepada kawan2 peminat buku TINTA REVOLUSI semuaBUKU INI BERADA SEBELAH PATANI BUKAN DI MALAYSIA,...
02/11/2021

Assalamualaikum bagitau kepada kawan2 peminat buku TINTA REVOLUSI semua

BUKU INI BERADA SEBELAH PATANI BUKAN DI MALAYSIA, BAGI TUAN2 YANG INGIN ODER BUKU SILA HUBUNG TERUS DENGAN
1. FB. SANG KIAI
2. PAGE: PENA ONLINE

تينتا ريبولوسيتينتا ريبولوسي مروڤاكن سبواه بوكو يڠ برچورق ڤنتون يڠ ممباحثكن ڤلباݢي ايسو-ايسو كونفليك دفطاني سكاليݢوس ببر...
31/10/2021

تينتا ريبولوسي

تينتا ريبولوسي مروڤاكن سبواه بوكو يڠ برچورق ڤنتون يڠ ممباحثكن ڤلباݢي ايسو-ايسو كونفليك دفطاني سكاليݢوس ببراڤ كريتيك-كريتيكن، موتيفاسي ممبارا، دان ڤتونجق جاتيديري كڤد انق بڠسا ملا‎يو دفطاني دارالسلا‎م.

سيستيماتيك ڤڽوسونن ڤنتون ددالم بوكو اين برڤندو كڤد سوسونن حروف ابجد بهاس جاوي دان دهيتوڠ دري حروف يڠ ڤاليڠ اول ڤرمولأن كات ڤنتون ڤد بيت يڠڤرتام. بوكو اين سݢيا دميليكي ستيڤ اورڠ دان تيدق ترباتس.

ڤنوليس : أستاذ أبو محمد الدمشقي الفطاني
ڤنربيت : ڤينا

هرݢ : 230 كوڤ
تبل : 305 هلا‎من
كرتس كونيڠ

ڤمسنن : https://m.facebook.com/penaonline1882/?ref=bookmarks

Innalillah hiwainna ilaihirajiunBagitahu kepada sahabat pondok bendang badam semua bahawa seorang ulama yang berjasa Tua...
26/10/2021

Innalillah hiwainna ilaihirajiun
Bagitahu kepada sahabat pondok bendang badam semua bahawa seorang ulama yang berjasa Tuan Guru Baba Haji Muhammad bin Yusuf (Baba Mad Pondok Bendang Badam Perempuan) telah kembali ke rahmatullah pada pukul 8:15 pagi(waktu Thailand)
Semoga rohnya ditempatkan bersama para anbia' aulia' syuhada' dan solihin amin...🤲🤲🤲

25/10/2021

sila menonton video ini
Bagi siapa yang belum kenal PERISTIWA TRAGEDI TABAI 25 Oktober 2004

24/10/2021

Memperingati 17 tahun TANGISAN TAKBAI
By Kbimg Band

Salam Maulidur RasulSalam Patani
19/10/2021

Salam Maulidur Rasul
Salam Patani

มันคือเรื่องแปลกเรื่องมีอยู่ว่านักเรียนสองพี่น้องสองคู่นี้ชอบนอนค่ำคืนที่สุเหร่า สองพี่น้องศิษย์พี่เป็นรัฐซาบาห์ อายุ 23...
10/10/2021

มันคือเรื่องแปลก
เรื่องมีอยู่ว่านักเรียนสองพี่น้องสองคู่นี้ชอบนอนค่ำคืนที่สุเหร่า สองพี่น้องศิษย์พี่เป็นรัฐซาบาห์ อายุ 23 และ 22 ขวบ ส่วนศิษย์น้องอายุ 10 และ 7 ขวบพ่อแม่เป็นกัมพูชาที่อาศัยในกลันตัน ต่างคู่มีความสัมพันธ์แน่นแฟ้นกันฉันท์พี่น้อง ความต่างของพวกเขาจากนักเรียนทั่วไปคือ ความขยัน และความกระตือรือร้นในการเรียน โดยปกติแล้วพวกเขาจะตื่นละหมาดตะฮัจญุดกัน หลังจากการละหมาดสุโบะห์แล้วศิษย์พี่เรียนกุรอานกับเชคและจะสอนศิษย์น้องต่อ ไม่ว่าจะเป็นกุรอาน การท่องจำในการละหมาด การบ้านต่างๆ
พวกเค้าตื่นละหมาดก่อนใครๆตื่น
เสียงอาซานโดยส่วนมากแล้วมาจากลมปากของพวกเค้า โดยเฉพาะสุโบะห์ที่คนเรียนกุรอานกับเชคนั้นจะอาซาน เพราะเสียงดังดี
กิจวัตรประจำวันพวกเค้านอกจากเวลาเรียนแล้วจะอยู่ในสุเหร่า ท่องจำกุรอาน ทบทวนตำราที่เรียนมา ถ้าจะกลับที่หอพัก กลับแค่ซักผ้าแปปเดียว
พวกเค้าเต็มที่กับการช่วยเหลือครูบาอาจารย์ที่ต้องการกำลังจากนักเรียน ซึ่งแน่นอนว่าต่างจากเด็กทั่วไปสมัยนี้หลังเลิกเรียนแล้วไม่จับตำราหนังสืออีกเลย ยิ่งละหมาดซุโบะห์ยิ่งตื่นยากด้วยซ้ำ

นี่คือรอยยิ้มที่เกิดขึ้นในมุมเล็กๆของที่นี่

06/10/2021

Siam membakar rumah padi pada mula2 menyerang Patani 1785

01/10/2021

هو....
داتڠله موسوه سكالين دلاوت دالم #
رعيت برييوه تياد فنجامينن #
افي باكر مڽالا استان فون دتاهن #
سوراو فون رونتوه رومه فاسر فون هيلڠ #
جريتن مڠاتق داره مڠالير بدان #
انق ٢ لاري مڠمفيت ايبو باف دبونوه سيام #
تؤناي كفوڠ فاريت علمأ هابيس كسن #

29/09/2021
28/09/2021

امانه ترأخير دڤتاني يغ هاروس دجاگ اوليه اومتث.
اينله ساتو-ساتوث يغ ماسيه تيغگل لاگي بينتيغ ڤرتاهنن ادينتيتي ملايو د ڤتاني، جك سكيراث هيلغ مك اڤلاگي يغ منونجو دان ڤمبوقتيان جاتي ديري كيت. جاوي د ايندونيسيا سوده هيلغ د ماليسيا ڤون سوده كوراغ.

ที่อยู่

Muang Patani
94000

เบอร์โทรศัพท์

+601131831321

เว็บไซต์

แจ้งเตือน

รับทราบข่าวสารและโปรโมชั่นของ Anak Legeh GOผ่านทางอีเมล์ของคุณ เราจะเก็บข้อมูลของคุณเป็นความลับ คุณสามารถกดยกเลิกการติดตามได้ตลอดเวลา

ติดต่อ ธุรกิจของเรา

ส่งข้อความของคุณถึง Anak Legeh GO:

วิดีโอทั้งหมด

แชร์



คุณอาจจะชอบ