Universal Media

  • Home
  • Universal Media

Universal Media Universal Media is an independent online news portal and online media channel based in Malaysia. We do have small charges for those profit based entities.
(16)

Those want to contact us kindly click the link below 👇
https://wa.me/60126057974?text=universal%20media%20helpline (+60126057974) Universal Media is an independent registered online news portal and online media channel based in kl. Universal Media was setup in 14th February 2019 with minimal resources by MR. KELVIN PATRICK AND MDM GUYTHRI MENON

We have some strong base of loyal followers in our

media channel. Currently we have Facebook, Instagram, YouTube channel and twitter with 100k followers. Universal Media covers various topic on latest issues / news, community happening, entertainment, general knowledge, health news, history and of course Culture. Apart from publishing news, we do involves in community work and also Charity works under name of (ANNAM PAGIR). Universal Media is not associated with any association, organisations or political group. We don't charge any fees for community based programmes and also education programmes. This charges are affordable and worth the value as we will provide and effective strategy marketing plan for your business and products. For more information you can call us directly or leave us message.. Thank you. Regards,
Universal Media. Kelvin & Guythri
+60108207974 / +60163845054

Sindiket pembuatan wang palsu tumpas, 3 warga asing ditahan‼️🛑 KUALA LUMPUR: Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) B...
28/08/2024

Sindiket pembuatan wang palsu tumpas, 3 warga asing ditahan‼️

🛑 KUALA LUMPUR: Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman menumpaskan sindiket pembuatan wang palsu menerusi dua serbuan yang dilakukan di ibu negara 15 Ogos lalu.

Pengarahnya, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, tiga lelaki warga Cameroon berusia 36 hingga 49 tahun yang dipercayai dalang utama sindiket berkenaan ditahan.

“Turut dirampas wang kertas not RM100 dipercayai palsu, 152 keping wang kertas not 100 dolar Amerika Syarikat (AS) dipercayai palsu, 9 bungkus blok not RM100 dipercayai palsu.

“Turut dirampas 7 telefon, satu kunci rumah bersama kad akses, dua beg galas, satu beg bimbit, tiga gulung plastik pembalut, satu botol gam, satu bilah pisau pemotong kertas, satu pembaris, satu pita pelekat, 4 pasport, sebuah kereta jenama Toyota Vios,” katanya dalam satu sidang media di pejabat JSJK di sini, hari ini.

Kesemua yang ditahan direman sehingga 28 Ogos dan kes disiasat di bawah Seksyen 489B Kanun Keseksaan.

Mengulas lanjut, siasatan mendapati seorang daripada tiga yang ditahan telah masuk ke negara ini sejak 28 Julai lalu menggunakan pas pelawat namun dua lagi tidak mempunyai rekod perjalanan yang sah.

Katanya, siasatan turut mendedahkan sindiket terbabit telah memulakan kegiatan penghasilan wang palsu sejak Julai lalu dan akan dijual kepada pembeli yang berminat.

Siasatan lanjut masih diteruskan.
foto& Sumberberita: Bulletintv3
Universal Media II Raaga (Malaysia) Universal Media business group everyone MMT PUBLIC MEDIA

⚠️ ISU TERKINI ‼️Mendapan baharu 50 meter dari lokasi tanah jerlus di Jalan Masjid India.🛑 Satu lagi kejadian tanah mend...
28/08/2024

⚠️ ISU TERKINI

‼️Mendapan baharu 50 meter dari lokasi tanah jerlus di Jalan Masjid India.

🛑 Satu lagi kejadian tanah mendap dilihat berlaku kira-kira 50 meter dari lokasi tanah jerlus di Jalan Masjid India.

KUALA LUMPUR: Kejadian tanah mendap dikesan berlaku kira-kira 50 meter dari lokasi insiden tanah jerlus di Jalan Masjid India di sini.

Kejadian mendapan itu dipercayai berlaku sekitar 2.30 pagi tadi, susulan hujan lebat dan ribut pada malam tadi.

Bagaimanapun, tinjauan di lokasi mendapati kawasan itu telah ditutup sepenuhnya oleh pasukan keselamatan bagi mengelakkan kejadian tidak diingini.

Orang awam juga tidak dibenarkan berada di lokasi berkenaan.

Kejadian tanah jerlus pada Jumaat lepas menyebabkan seorang wanita dikenali sebagai Vijayaletchumy, 48, dari Kuppam, Andhra, India hilang selepas terjatuh ke lubang sedalam lapan meter di situ, dengan operasi mencari dan menyelamat memasuki hari keenam hari ini.
foto& sumberberita– BERNAMA
Raaga (Malaysia) Universal Media II MMT PUBLIC MEDIA everyone

⚠️ ISU TERKINI 31 kes mpox atau cacar monyet disyaki di Malaysia ‼️🛑 PUTRAJAYA: Sebanyak 31 kes mpox atau cacar monyet d...
26/08/2024

⚠️ ISU TERKINI

31 kes mpox atau cacar monyet disyaki di Malaysia ‼️

🛑 PUTRAJAYA: Sebanyak 31 kes mpox atau cacar monyet disyaki di Malaysia setakat hari ini dengan 25 kes disahkan negatif manakala enam masih dalam pemantauan.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata kes mpox di Malaysia kekal sembilan kes dengan kes pertama dilaporkan pada 26 Julai 2023 dan terakhir ialah pada November tahun sama.

"Dari Disember 2023 hingga masa ini, tiada kes mpox," katanya dalam sidang media di sini hari ini.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas menyaksikan majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara KPJ Healthcare dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC).

Turut hadir Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil.
Dzulkefly berkata langkah segera diambil Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) susulan peningkatan kes di negara jiran antaranya Singapura dan Thailand dengan memperkukuh saringan di pintu masuk negara dan pengaktifan 10 makmal yang menjalankan ujian PCR bagi tujuan pengesahan termasuk dua makmal swasta serta Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis (CPRC).

"Bukan hanya dua negara ini (Singapura and Thailand) tetapi juga pengunjung yang datang dari negara-negara lain terutamanya dari benua Afrika.
"Kami juga menghantar lebih banyak dan kerap pekeliling dalam kalangan kemudahan kesihatan kami, kedua-dua awam dan swasta," katanya.

Pada 14 Ogos lepas, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengisytiharkan mpox sebagai kecemasan kesihatan awam global yang menjadi kebimbangan antarabangsa.

foto&sumberberita AWANInews
Universal Media II Raaga (Malaysia) Guythri Menon Thanimalai MMT PUBLIC MEDIA

26/08/2024

⚠️ ISU TERKINI

HARI KE 4‼️

🛑 Operasi mencari dan menyelamat (SAR) wanita warga India di Jalan Masjid India, Kuala Lumpur memasuki hari ke-4 hari ini.

Satu ‘manhole’ berdekatan Wisma Yakin dilihat dibuka oleh pasukan SAR sekitar jam 9.40 pagi tadi.

video&sumberberita AWANInews
Universal Media II Raaga (Malaysia) MMT PUBLIC MEDIA Kelvin Patrick Guythri Menon Thanimalai Universal Media business group Glam Touch By Meena Sai

25/08/2024

🛑 Sejak bila bendera Malaysia digantikan dengan bendera Palestin untuk lagu negaraku?

24/08/2024

⚠️ ISU TERKINI

🛑 police arrested Palestinian youth for spying on a female student's house near Cyberjaya.

🛑 Seorang pemuda rakyat Palestin ditahan Polis kerana intai pelajar wanita dekat Cyeberjaya.
Sumbervideo:utusantv
Universal Media II Raaga (Malaysia) Guythri Menon Thanimalai Universal Media business group

23/08/2024

🛑 Jambatan yang menghubungkan Slim River dan Behrang Ulu dalam daerah Muallim dilaporkan runtuh pada 8 malam tadi akibat hujan lebat. Jalan ditutup sepenuhnya buat sementara waktu.
Universal Media II Raaga (Malaysia) Universal Media business group

🛑 Dia (mangsa) menjerit meminta tolong selepas terjatuh sebelum terus senyap tidak lama kemudian."Demikian kata suami ke...
23/08/2024

🛑 Dia (mangsa) menjerit meminta tolong selepas terjatuh sebelum terus senyap tidak lama kemudian."

Demikian kata suami kepada wanita warga India yang terjatuh dan tertimbus susulan kejadian tanah jerlus di hadapan Masjid India dekat sini pada Jumaat.

23/08/2024

⚠️Laporan tanah mendap di Masjid India Kuala Lumpur..

🛑Rakaman CCTV saat kejadian tanah mendap di Masjid India, Kuala Lumpur yang berlaku kira-kira 8 pagi Jumaat.

🎥 Orang awam

Tanah mendap, wanita jatuh dalam lubang benamKUALA LUMPUR: Seorang mangsa dipercayai wanita warga India dikhuatiri terja...
23/08/2024

Tanah mendap, wanita jatuh dalam lubang benam

KUALA LUMPUR: Seorang mangsa dipercayai wanita warga India dikhuatiri terjatuh ke dalam lubang benam yang berlaku berhampiran Masjid India, di sini hari ini.

Difahamkan kejadian berlaku sekitar jam 8 pagi tadi ketika mangsa sedang bersiar-siar di kawasan itu bersama keluarganya sebelum tiba-tiba berlaku mendapan tanah sehingga menyebabkan berlakunya lubang benam itu.

Berdasarkan maklumat awal, lubang berkenaan dianggarkan sedalam 10 meter.

Tinjauan mendapati operasi dua jentera bomba sudah berada di lokasi dan kerja-kerja mencari mangsa sedang giat dijalankan.

Turut kelihatan sepasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM), Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Air Selangor dan Angkatan Pertahanan Awam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Superintendan Nuzulan Mohd Din berada di lokasi bagi memantau operasi menyelamat.

foto sumberberita Bulletintv3
Raaga (Malaysia) Universal Media II Universal Media business group

⚠️ INFO SEMASA Insiden tanah mendap: Usaha keluarkan mangsa sedang giat dijalankan‼️🛑 KUALA LUMPUR: Usaha-usaha mengelua...
23/08/2024

⚠️ INFO SEMASA

Insiden tanah mendap: Usaha keluarkan mangsa sedang giat dijalankan‼️

🛑 KUALA LUMPUR: Usaha-usaha mengeluarkan mangsa insiden tanah benam berhampiran Masjid India sedang giat dijalankan.

Unit Storm dan Unit Pengesan K9 digunakan untuk membantu mengesan dan mengeluarkan mangsa dipercayai pelancong dari India berusia 48 tahun itu.

Mobile crane turut digunakan untuk mengangkat simen-simen lantai yang runtuh.

Mangsa dipercayai berada dalam kedalaman kira-kira 10 meter ke bawah tanah.
foto&sumberberita Bulletintv3
Universal Media II Raaga (Malaysia) Universal Media business group

Bye Bye Kamal sir... Who will be the next judge for Tamil Bigg Boss season 8??
06/08/2024

Bye Bye Kamal sir... Who will be the next judge for Tamil Bigg Boss season 8??

⚠️ INFO SEMASAPemandu treler rempuh rumah, didapati positif dadah‼️🛑 KUANTAN: Pemandu treler yang merempuh sebuah rumah ...
03/08/2024

⚠️ INFO SEMASA

Pemandu treler rempuh rumah, didapati positif dadah‼️

🛑 KUANTAN: Pemandu treler yang merempuh sebuah rumah hingga menyebabkan dua beradik maut di Kilometer 5 Jalan Pekan-Rompin dekat Kampung Ketapang Hilir, Pekan di sini hari ini, didapati positif dadah.

Ketua Polis Daerah Pekan, Supt. Mohd Zaidi Mat Zin dalam satu kenyataan memaklumkan ujian saringan awal yang dijalankan di Hospital Pekan mendapati pemandu treler itu positif dadah jenis methamphetamine dan amphetamine.

“Pemandu treler akan ditahan untuk tujuan reman esok sebaik sahaja rawatan selesai,” katanya.

Mangsa yang maut ialah Nurnazatul Fasiha Nasruddin, 33 meninggal dunia di tempat kejadian manakala adiknya, Mohd Waldon Faris Nasruddin, 25 meninggal dunia pada jam 1.30 petang.

Tiga lagi mangsa iaitu ibu bapa dua mangsa berusia 64 dan 54 tahun serta seorang rakan lelaki Mohd Waldon Faris berusia 19 tahun cedera dalam kemalangan yang berlaku kira-kira jam 4.15 pagi.

Katanya, siasatan awal mendapati treler yang dipandu lelaki berusia 40 tahun berseorangan dari arah Johor Bahru menghala ke Kuantan membawa muatan siling kapur.

“Apabila tiba di tempat kejadian, kenderaan yang dipandu lelaki itu ketika melalui selekoh ke kiri hilang kawalan dan terbabas ke laluan bertentangan kemudian merempuh sebuah rumah yang berada di sebelah kanan jalan.

“Akibat kemalangan itu, Nurnazatul Fasiha disahkan meninggal dunia di tempat kejadian manakala empat orang yang berada di dalam rumah mengalami kecederaan dan dibawa ke Hospital Pekan untuk menerima rawatan lanjut.

“Bagaimanapun, pada jam 1.30 tengah hari ini, Mohd Waldon Faris disahkan meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan di Hospital Pekan,” menurut kenyataan hari ini.

Kes disiasat dan diklasifikasikan mengikut Seksyen 44 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

foto&sumberberita: Bulletintv3
Universal Media II Raaga (Malaysia) Kelvin Patrick MMT PUBLIC MEDIA THR Raaga Malaysia Fan Club

Congratulations and best wishes from Universal Media Team to Anjanaa Rhea Ganeson for her outstanding achievements 👏👏🎉🎉👍...
25/07/2024

Congratulations and best wishes from Universal Media Team to
Anjanaa Rhea Ganeson for her outstanding achievements 👏👏🎉🎉👍

Anjanaa recently participated and achieved a significant milestone by winning the Silver Award at the World Championship International Competition 2024.

Anjanaa Rhea Ganeson is just ten-year-old. She initially secured 3rd prize in the preliminary Malaysia round at Segi University in March, which led to her representing Malaysia in the grand finals in Bangkok, where she won Silver.

This outstanding performance earned her a spot in the International Singing Show at Beijing Radio Television Station in August, showcasing her exceptional talent and dedication on a global stage. Her accomplishments have brought pride to her family and country, making her an inspiring figure for young talents.
Universal Media II Raaga (Malaysia) Kelvin Patrick Glam Touch By Meena Sai Nisha Kogilaah Suvarna Panjavaranam Guythri Menon Thanimalai Universal Media business group MMT PUBLIC MEDIA THR Raaga Malaysia Fan Club

Pregasvathy Ganesh was crowned as the champion of the 10th International Yoga & Cultural Festival in Dubai, which was he...
21/07/2024

Pregasvathy Ganesh was crowned as the champion of the 10th International Yoga & Cultural Festival in Dubai, which was held on 11th May 2024. 🧘🏾‍♀️

Hailing from Kedah, Ganesh's yoga journey was sparked by her parents' encouragement and local temple classes. Her talent blossomed through local and state competitions, fuelling her passion for asanas.

The young yogi also aced the International Yoga Instructor Course (IYIC) under Master Mani Sekaran, certified by the Malaysian Association of Yoga Instructors (MAYI).

Congratulations to Pregasvathy on her achievement! ✨
Universal Media II Raaga (Malaysia) Glam Touch By Meena Sai Suvarna Panjavaranam Guythri Menon Thanimalai

Rogol warga emas nazak: Lelaki dihukum penjara 38 tahun dan 12 sebatan‼️🛑 JOHOR BAHRU - Seorang lelaki yang memukul seor...
18/07/2024

Rogol warga emas nazak: Lelaki dihukum penjara 38 tahun dan 12 sebatan‼️

🛑 JOHOR BAHRU - Seorang lelaki yang memukul seorang wanita
warga emas menggunakan kayu besbol dan merogolnya ketika nazak sebelum dibiarkan mati, terlepas hukuman gantung dan digantikan hukuman penjara 38 tahun dan 12 sebatan.

Mahkamah Persekutuan yang bersidang di sini pada Rabu mengetepikan hukuman gantung itu yang sebelum ini dijatuhkan ke atas Zulkiple Mohamad, 45.

Hukuman itu diperintahkan panel hakim diketuai Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat yang bersidang bersama Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Nordin Hassan dan Datuk Hanipah Farikullah.

Timbalan Pendakwa Raya, Ng Siew Wee berkata, Zulkiple telah memasuki kediaman mangsa melalui siling sebelum memukul bahagian kepalanya menggunakan sebatang kayu besbol.

"Ketika mangsa sedang nyawa-nyawa ikan, pemohon telah merogol mangsa dengan kesan kecederaan di bahagian kemaluan mangsa mendapati kejadian itu berlaku sebelum mangsa mati," katanya.

Dalam pada itu, peguam Zulkiple iaitu Mohd Radzi Yatiman p**a berkata, Zulkiple tidak berniat untuk membunuh mangsa ketika memasuki kediaman itu.

"Kayu besbol yang digunakan bukan dibawa olehnya, sebaliknya ditemui di kediaman mangsa membuktikan dia tidak berniat untuk membunuh mangsa daripada awal.

"Selain itu, dia juga telah memberi kerjasama penuh sepanjang perbicaraan kes ini berlangsung. Pemohon telah insaf dan menyertai pelbagai kursus sepanjang dipenjarakan," katanya.

foto&sumberberita sinarharian
Universal Media II Raaga (Malaysia) Glam Touch By Meena Sai THR Raaga Malaysia Fan Club

16/07/2024

⚠️ Esha Case Update

🛑 Sathis @ Dulal telah mengaku Salah bagi tuduhan pertama Akta 233 dan tidak mengaku Salah untuk Tuduhan kedua Akta 509 dan Puan Hakim telah memberi peluang untuk melantik peguam sehingga itu satish diberi ikatan jaminan sebanyak RM18,000 bagi setiap tuduhan dengan seluruh jaminan RM36,000 dan perlu lapor diri di Balai polis berdekatan setiap awal bulan dan juga perlu serahkan Passport Antarabangsa kepada Mahkamah.
Universal Media II Raaga (Malaysia) MMT PUBLIC MEDIA

16/07/2024

Esha case update...
Universal Media II Raaga (Malaysia) Suvarna Panjavaranam MMT PUBLIC MEDIA

⚠️ ISU TERKINI Kes buli siber Esha: Pemandu lori mengaku bersalah hantar komunikasi lucah‼️🛑 KUALA LUMPUR: Pemandu lori ...
16/07/2024

⚠️ ISU TERKINI

Kes buli siber Esha: Pemandu lori mengaku bersalah hantar komunikasi lucah‼️

🛑 KUALA LUMPUR: Pemandu lori mengaku bersalah atas pertuduhan menghantar hantaran lucah berkait kes buli siber pempengaruh media sosial Rajeswary Appahu atau dikenali Esha, di aplikasi TikToK.

Ketika pertuduhan dibacakan, Sathiskumar Balakrishnan,44, mengaku bersalah di hadapan Hakim Siti Aminah Ghazali.

Mengikut pertuduhan, tertuduh secara sedar membuat dan memulakan hantaran dengan menggunakan perkhidmatan komunikasi yang lucah di bawah Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan boleh didenda sehingga RM50,000 atau penjara tidak melebihi setahun atau kedua duanya sekali.

Laporan lanjut menyusul.
foto&sumberberita Buletintv3
Universal Media II Raaga (Malaysia) Glam Touch By Meena Sai MMT PUBLIC MEDIA

Dipercayai lewat hari ini 106 tahun yang lalu, keluarga Romanov dibunuhMaharaja terakhir Rusia, Tsar Nikolai II Romanov ...
16/07/2024

Dipercayai lewat hari ini 106 tahun yang lalu, keluarga Romanov dibunuh

Maharaja terakhir Rusia, Tsar Nikolai II Romanov naik takhta pada 1896 di usia 26 tahun bila bapanya, Tsar Aleksandr III meninggal dunia. Tak bersedia & terlatih secukupnya, Nikolai mewarisi takhta di waktu yang genting.

Golongan petani & pekerja mula mendesak pembaharuan dalam pentadbiran Rusia, daripada raja berkuasa mutlak kepada sistem monarki berperlembagaan. Begitu pun, Nikolai tak mahu mengubah apa pun yang diwarisi daripada bapanya.

Kekalahan dahsyat Rusia dalam perang dengan Jepun mencetuskan revolusi pada 1905, yang berakhir apabila Nikolai meluluskan pembentukan Dewan Perwakilan (Duma) serta menjanjikan perubahan perlembagaan.

Namun satu hari, keputusan Duma bertentangan dengan pendapat Nikolai lalu beliau membubarkannya. Tindakan itu sekali gus membangkitkan kemarahan rakyat, menyumbang kepada peningkatan sokongan kepada kump**an revolusi Bolshevik.

Kemelut dalaman belum selesai, Nikolai mengheret p**a Rusia ke kancah Perang Dunia I. Dengan tentera yang kurang bersedia, mereka kalah besar kepada Jerman, jelas memaparkan kepincangan empayar itu di tangan Nikolai.

Akhirnya Revolusi Bolshevik tercetus pada Mac 1917, memaksa Nikolai melepaskan takhta pada bulan berikutnya. Dipimpin Vladimir Lenin, Bolshevik merampas kuasa daripada kerajaan sementara sekali gus menubuhkan negara komunis pertama dunia.

Nikolai & keluarganya hidup dalam tahanan rumah di bawah pengawasan rejim Soviet, berpindah-randah dari Tsarkaye Selo, Tobolsk & akhirnya Yekaterinburg, di Rumah Ipatiev. Susulan satu mesyuarat sulit, Soviet memutuskan agar keluarga itu dihukum mati.

Lewat malam 16 Julai 1918, seluruh keluarga Romanov dikejutkan dari tidur & digegas ke bilik bawah tanah rumah tahanan mereka. Di situ, kesemua 7 mereka ditembak bertubi-tubi & ditikam dengan bayonet hingga mati - maka berakhirlah sebuah dinasti yang berusia 300 tahun.

Hanya pada 1979, cebisan mayat keluarga Romanov mula ditemukan di sekitar hutan dekat Yekaterinburg & disahkan identiti mereka, kecuali anak lelakinya Alexei & anak perempuannya, Anastasia.

Sumber: History, Time

⚠️ ISU TERKINI Trump dilaporkan cedera dalam kejadian tembakan semasa berkempen di Pennsylvania‼️🛑 WASHINGTON: Bekas Pre...
14/07/2024

⚠️ ISU TERKINI

Trump dilaporkan cedera dalam kejadian tembakan semasa berkempen di Pennsylvania‼️

🛑 WASHINGTON: Bekas Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump dilaporkan cedera dalam kejadian tembakan semasa berkempen di negeri Pennsylvania, AS pada Sabtu.

Agensi Anadolu melaporkan Trump dilihat berlumuran darah pada telinga kanannya ketika beliau dipindahkan dari pentas, menurut rakaman media sosial.

Perkhidmatan Rahsia berkata ia telah melaksanakan langkah perlindungan dan bekas presiden itu selamat.

“Ini kini merupakan penyiasatan Perkhidmatan Rahsia yang aktif dan maklumat lanjut akan dikeluarkan apabila tersedia,” katanya.

Satu kenyataan berkata Trump dalam keadaan baik, sedang diperiksa kecederaan di kemudahan perubatan dan Rumah Putih berkata Presiden Joe Biden menerima taklimat mengenai insiden tembakan itu.-
foto&sumberberita:Buletintv3
Universal Media II Raaga (Malaysia) Kelvin Patrick Guythri Menon Thanimalai

Tiga kenderaan musnah terbakar di parkir stesen LRT GombakGOMBAK - Tiga kenderaan musnah dalam kebakaran di kawasan park...
10/07/2024

Tiga kenderaan musnah terbakar di parkir stesen LRT Gombak

GOMBAK - Tiga kenderaan musnah dalam kebakaran di kawasan parkir di Stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Gombak, Taman Melati, di sini, pada Rabu.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berkaitan insiden itu pada jam 3.47 petang.
Universal Media II Raaga (Malaysia) Nisha Kogilaah Suvarna Panjavaranam

Alpha Queen Shalini Periasamy ( AQS) arrested this morning, 3days Reman Thanks Polis Diraja Malaysia ( Royal Malaysia Po...
08/07/2024

Alpha Queen Shalini Periasamy ( AQS) arrested this morning, 3days Reman
Thanks Polis Diraja Malaysia ( Royal Malaysia Police )


Shalini Periyasamy @ Alpha Queen Shalini Game over !
Universal Media II Raaga (Malaysia) Kelvin Patrick Glam Touch By Meena Sai

⚠️ INFO TERKINI PRK Sungai Bakap: Polis terima laporan rosakkan bahan kempen‼️🛑 NIBONG TEBAL: Polis menerima satu lapora...
30/06/2024

⚠️ INFO TERKINI

PRK Sungai Bakap: Polis terima laporan rosakkan bahan kempen‼️

🛑 NIBONG TEBAL: Polis menerima satu laporan berhubung merosakkan bahan kempen bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Bakap, di sini.

Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Hamzah Ahmad berkata, pihaknya menerima laporan itu Khamis lalu dan kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan.

“Sehingga hari kesembilan bagi tempoh berkempen, sebanyak 81 permit sudah diluluskan,” katanya dalam kenyataan media di sini, hari ini.

Hamzah turut menasihati semua pihak tidak menimbulkan provokasi ketika berkempen bagi tempoh berbaki enam hari lagi menjelang hari pengundian.

Terdahulu media melaporkan dakwaan Angkatan Muda Keadilan (AMK) Pulau Pinang mengenai sejumlah 38 gegantung dan 53 bendera Pakatan Harapan yang dipasang di Kawasan Jentera Daerah Mengundi Puteri Gunung, dirosakkan individu tidak bertanggungjawab.

Ketuanya, Muhammad Fadzli Roslan dilaporkan berkata, insiden sabotaj itu dikesan pada 12.30 tengah malam dengan ada di antara bendera terbabit seolah-olah ditarik dan diturunkan selain ada dibuang ke dalam longkang.
foto& sumberberita Buletintv3
Universal Media II Raaga (Malaysia) Kelvin Patrick Glam Touch By Meena Sai Guythri Menon Thanimalai

BENTONG: Bas persiaran dinaiki terbabas sebelum terbalik di Kilometer 16.5 Jalan Genting Highlands hari ini.19 orang ind...
29/06/2024

BENTONG: Bas persiaran dinaiki terbabas sebelum terbalik di Kilometer 16.5 Jalan Genting Highlands hari ini.

19 orang individu termasuk pemandu cedera manakala dua mangsa yang tersepit disahkan meninggal dunia.

Dilaporkan bas persiaran berkenaan membawa 11 orang penumpang lelaki dan 7 wanita warga China, 3 lagi mangsa adalah pemandu dan pelancong warga tempatan.

Kredit: Harian Metro

How could Shopee sell this? Dear Indian friends did anyone realise this? It's totally disrespectful to our culture and b...
25/06/2024

How could Shopee sell this? Dear Indian friends did anyone realise this? It's totally disrespectful to our culture and belief. Please report & boycott Shopee
https://my.shp.ee/QJuhP4D
Universal Media business group Universal Media II Raaga (Malaysia) MMT PUBLIC MEDIA Glam Touch By Meena Sai Nisha Kogilaah Suvarna Panjavaranam THR Raaga Malaysia Fan Club Archana Chandhoke Guythri Menon Thanimalai everyone

Pemilik tangan dikenal pasti, gaduh rebut kawasan dadah.IPOH - Mangsa pergelangan tangan yang ditemui putus berhampiran ...
24/06/2024

Pemilik tangan dikenal pasti, gaduh rebut kawasan dadah.

IPOH - Mangsa pergelangan tangan yang ditemui putus berhampiran lokasi kebakaran kereta di hadapan Hospital Bahagia Ulu Kinta, Tanjung Rambutan di sini pada Ahad disahkan masih hidup dan menerima rawatan lanjut di hospital.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata, berdasarkan keterangan diberikan, mangsa lelaki warga tempatan bersama dua lagi rakannya semasa kejadian telah diserang hampir 20 lelaki bersenjatakan kayu dan parang.

Menurutnya, serangan itu berlaku dipercayai ada kaitan dengan kes perebutan kawasan bagi aktiviti pengedaran dadah.

"Kejadian turut mengakibatkan dua lagi rakan mangsa mengalami kecederaan masing-masing hampir putus di pergelangan tangan kiri dan putus urat di tapak tangan kiri.

"Ketiga-tiga mangsa berusia antara 26 hingga 30 tahun itu telah menerima rawatan lanjut di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini," katanya dalam kenyatan di sini pada Ahad.

Beliau berkata, polis menerima maklumat kejadian itu sekitar jam 11.03 pagi melibatkan pergaduhan yeng menyebabkan kecederaan parah berhampiran Jalan Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia (ILKKM) Sultan Azlan Shah.

Katanya, berdasarkan maklumat awal didapati kesemua suspek lelaki warga tempatan itu memakai topeng ketika menyerang mangsa.

"Bagaimanapun tindakan pantas polis berjaya melakukan tangkapan terhadap tiga daripada suspek bagi membantu siasatan. Usaha mengesan suspek lain yang masih bebas sedang digerakkan," katanya.

Abang Zainal Abidin berkata, kesemua suspek berusia antara 23 hingga 37 tahun itu akan direman bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan dan Seksyen 148 kanun sama.

Ujarnya, orang ramai yang mempunyai maklumat kejadian itu diminta tampil memberi keterangan dengan menghubungi pegawai penyiasat kes, Inspektor Mohamad Syafiq Mohd Ghazali di talian 013-7962051 bagi membantu siasatan.
sumberberita sinarharian
foto sebagai hiasan
Universal Media business group Universal Media II Raaga (Malaysia)

SJKC Bahau ditutup sementara akibat penyakit HFMD‼️🛑JEMPOL: Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Bahau ditutup sehingga ...
22/06/2024

SJKC Bahau ditutup sementara akibat penyakit HFMD‼️

🛑JEMPOL: Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Bahau ditutup sehingga Isnin ini berikutan penularan wabak penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD).

Pengarah Pendidikan Negeri Sembilan, Datuk Dr Roslan Hussin berkata, pada Khamis lalu seramai lapan murid dijangkiti penyakit itu sebelum tiga kelas ditutup.

“Semalam (Jumaat), empat lagi murid dijangkiti sebelum 17 kelas ditutup. Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Jempol kemudian mengarahkan sekolah berkenaan ditutup sehingga Isnin ini,” katanya.

Datuk Dr Roslan berkata, penutupan sekolah berkenaan bagi membolehkan kerja mencegah penyakit berjangkit itu dijalankan.

Katanya, Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan akan memantau perkembangan HFMD di sekolah berkenaan dari masa ke semasa.

“Setakat ini hanya sekolah yang mempunyai 419 murid itu sahaja ditutup sementara di daerah ini berikutan HFMD.

“Saya mohon semua ibu bapa yang terbabit supaya sentiasa memberi perhatian kepada kesihatan anak-anak, sentiasa mengawasi mereka dan mengambil nasihat daripada pihak kesihatan,” katanya.

Semalam, satu notis penutupan sekolah dikeluarkan PKD Jempol bagi menjalankan kerja mencegah bermulanya atau merebaknya sesuatu penyakit berjangkit.

Arahan itu selaras dengan kuasa di bawah Subseksyen 18(1)(f) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988.

foto&sumberberita Buletintv3
Universal Media business group MMT PUBLIC MEDIA Universal Media II Raaga (Malaysia) Kelvin Patrick Nisha Kogilaah

RIP🙏🙏😭😭 MALAYSIAN  MOVIE INDUSTRY LOST A GREAT LEGEND... With great sadness and heavy heart we from Universal Media woul...
12/06/2024

RIP🙏🙏😭😭
MALAYSIAN MOVIE INDUSTRY LOST A GREAT LEGEND...

With great sadness and heavy heart we from Universal Media would like to express our deepest condolences to Mr Vijayasingam's Kandasamy sir's family.

Mr. K.Vijeyasingam who is a pop**ar producer and director of Tamil stage,TV dramas and telemovies. He passed away peacefully today morning.

He is also the president of Sivaji Ganesan Cultural Society of Malaysia.
May his Soul Rest in Peace.
Universal Media business group Universal Media II MMT PUBLIC MEDIA Raaga (Malaysia) Kelvin Patrick Suvarna Panjavaranam

Address


Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Universal Media posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Universal Media:

Videos

Shortcuts

  • Address
  • Telephone
  • Alerts
  • Contact The Business
  • Videos
  • Claim ownership or report listing
  • Want your business to be the top-listed Media Company?

Share

welcome

Broadcasting & media production network