FITAN

FITAN Melihat hari yang akan datang dengan Fiqh Tahawwulat

16/08/2024

Kenapa zaman Rasulullah ada fitnah? Ape sebab?

09/07/2024

Pembahasan Tentang Fiqh Tahawwulat, full episode die youtube. InsyaAllah

03/07/2024

Menghadapi hari2 akan datang dengan fitnah dajjal, bersedia?

HARI PERTAMA PEMBACAAN KITAB HADITH SAHIH AL-BUKHARI
10/03/2024

HARI PERTAMA PEMBACAAN KITAB HADITH SAHIH AL-BUKHARI

IMARAHKAN BULAN RAMADHAN ANDA DENGAN PEMBACAAN KITAB HADITH SAHIH AL-BUKHARI
10/03/2024

IMARAHKAN BULAN RAMADHAN ANDA DENGAN PEMBACAAN KITAB HADITH SAHIH AL-BUKHARI

05/02/2024

Ini tanda suami akhir zaman, derhaka kepada orang tuanya, taat serta patuh kepada isterinya dan mengutamakan kawannye atas dasar FRIENDSHIP.

Semua ini Rasulullah telah bagi tahu dahulu dan almarhum Habib Abu Bakar menjelaskan bahawa pengetahuan mengenai tanda kiamat sebagai rukun ad-Din yang keempat amat penting dan perlu lebih diperkasakan terhadap umat Islam, lebih-lebih lagi pada akhir zaman ini. Tanda kiamat itu terbahagi tiga, iaitu tanda kecil, pertengahan dan besar. Semua perkara ini disentuh dan dihurai secara terperinci dalam pelbagai kitab karangan beliau seperti al-Nubzah as-Sughra, al-Usus wa al-Muntaliqat, al-Talid wa at-Tarif dan al-Marsad an-Nabawi.

02/02/2024

Pemerintahan di akhir zaman dah jadi macam FARAID, cari keturunan untuk mewarisi kuasa pemerintahan.. Dah berlaku kan?

Rasulullah sudah bagi tahu, kenapa kita tak tahu?

01/02/2024

Ibadah umrah dan haji hanya aktiviti melancong bukan ibadah?

Ini semua telah berlaku di zaman sekarang sama seperti apa yang Rasulullah sebut dahulu..!

09/01/2024

5 waktu yang Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam sebutkan tentang tanda-tanda semakin dekat kiamat akan berlaku.

05/01/2024

Orang yg pegang amanah belum tentu beriman, Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam telah sebutkan di akhir zaman kita nie semakin sulit atau susah mencari orang yang kita boleh percaya untuk dia pegang amanah.

Bahkan yang pegang amanah, takde iman langsung dihati.

Semoga Allah Taala melinduingi kita dan seluruh keturunan kita daripada fitnah akhir zaman.

30/12/2023

Ini adalah fenomena yang berlaku sekarang dan mungkin kita tak sedar sebab kita tak tahu apa yang Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam telah sebutkan dahulu tentang tanda-tanda akhir zaman.

26/12/2023

Semua orang nak berniaga atas faktor pendapatan tak cukup.. kos sara pun hidup meningkat.. Segala2 nya naik dan terus naik. Solusi mudah ialah berniaga.

Makin ramai peniaga, makin susah nak jual. Akhirnya jual murah, dan untung sikit.

Ini semua telah disebutkan oleh Nabi Kita.

24/12/2023

Keadaan lelaki di akhir zaman yang telah disebutkan oleh Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam. Maka sudah sampai masanya kita mengambil tahu apa yang akan terjadi di akhir zaman sebagai persediaan awal dengan mempelajari ilmu Fiqh Tahawwulat.

Fiqh Tahawwulat, yang bermaksud kefahaman tentang perubahan situasi daripada satu hal keadaan kepada satu hal keadaan lain yang terjadi di sepanjang sejarah Islam sehinggalah akhir zaman berdasarkan petunjuk al-Quran dan sunnah. Roh perbincangan beliau bertitik tolak daripada hadis Jibril AS yang masyhur mengenai Iman, Islam dan Ihsan. Ketiga-tiga perkara ini sering disebut sebagai tiga rukun ad-Din. Namun sebenarnya, dalam hadis Jibril AS mengandungi rukun ad-Din yang keempat iaitu mengenai tanda kiamat (asyrat as-sa'ah).

Perhatikan apabila Jibril AS bertanya pada kali keempat: "Khabarkan kepadaku tentang Hari Kiamat". Baginda SAW membalas: "Tidaklah orang yang ditanya itu lebih mengetahui tentangnya daripada orang yang bertanya." Jibril berkata: "Maka, khabarkanlah kepadaku tentang tanda-tandanya." Baginda bersabda: "(Antara tandanya) apabila seorang hamba perempuan melahirkan tuannya dan apabila engkau melihat orang berkaki ayam, tidak berpakaian dan papa kedana yang hanya menggembala kambing berlumba-lumba membina bangunan (bertukar menjadi kaya raya)." Riwayat Muslim.

Justeru, al-Habib Abu Bakr al-Adni menegaskan bahawa rukun ad-Din itu ada empat dan ia sering dilupakan oleh kebanyakan orang yang terus alpa mengurus kesibukan duniawi. Penegasan ini dapat dirujuk dalam bukunya, Usul ad-Din al-Arba'ah: at-Thawabit wa al-Mutaghayyir. Meskipun dalam hadis tadi hanya disebutkan dua sahaja tanda kiamat, namun ia tidak hanya terbatas kepada kedua-duanya. Dua tanda ini hanya mewakili bentuk perubahan situasi yang berlaku pada akhir zaman daripada satu hal keadaan sebelumnya kepada satu hal keadaan lain sesudahnya.

Beliau menjelaskan bahawa pengetahuan mengenai tanda kiamat sebagai rukun ad-Din yang keempat amat penting dan perlu lebih diperkasakan terhadap umat Islam, lebih-lebih lagi pada akhir zaman ini. Tanda kiamat itu terbahagi tiga, iaitu tanda kecil, pertengahan dan besar. Semua perkara ini disentuh dan dihurai secara terperinci dalam pelbagai kitab karangan beliau seperti al-Nubzah as-Sughra, al-Usus wa al-Muntaliqat, al-Talid wa at-Tarif dan al-Marsad an-Nabawi.

Bukan sekadar itu sahaja, beliau turut menjelaskan cara untuk menghadapi tanda kiamat tersebut. Perbincangan tentangnya dinamakan oleh beliau sebagai 'sunnah al-mawaqif', iaitu tatacara dan sikap Nabi SAW serta Khulafa al-Rasyidin RA berhadapan dengan perubahan situasi dan fitnah yang berlaku sesuai dengan kemaslahatan umum. Ia bertitik tolak daripada hadis al-lrbadh bin Sariyah RA bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Aku mewasiatkan kamu sekalian supaya bertakwa kepada Allah SWT dan supaya mendengar serta taat, sekalipun kamu diperintah oleh seorang hamba. Sesungguhnya, barangsiapa dalam kalangan kamu yang masih hidup nanti, nescaya dia akan melihat banyak perselisihan. Maka, hendaklah kamu sekalian berpegang dengan sunahku dan sunah al-Khulafa al-Rasyidin yang mendapat petunjuk. Gigitlah ia dengan gigi gerahammu (iaitu berpegang teguhlah dengannya). Dan berwaspadalah kamu daripada perkara yang diada-adakan, kerana setiap perkara yang diada-adakan itu adalah bidaah dan setiap bidaah p**a adalah sesat." Riwayat Abu Dawud dan at-Tirmizi, katanya: Hasan sahih

Maka, mengetahui sunnah Nabi SAW dan sunnah al-Khulafa al-Rasyidin RA dalam menghadapi perubahan situasi atau fitnah pada akhir zaman cukup penting bagi setiap orang yang inginkan keselamatan dunia serta akhirat.

Semoga Allah SWT mengampuni dan merahmati al-Habib Abu Bakr al-Adni yang telah menghabiskan seluruh hidupnya untuk ilmu, agama dan dakwah tanpa mengenal rasa jemu serta penat lelah sehinggalah hembusan nafas terakhirnya.

05/12/2023

Keadaan masjid kita hari ini telah disebut oleh Rasulullah dahulu tentang apa yang akan berlaku di akhir zaman.

Sama ada kita percaya atau tak, suatu keadaan itu tetap akan berlaku..

01/12/2023

DUNIA SEBAGAI MATLAMAT HIDUP, merupakan salah satu tanda akhir zaman. Pelajari ilmu fiqh tahawwulat sebagai panduan hidup di akhir zaman.

Fiqh Tahawwulat, yang bermaksud kefahaman tentang perubahan situasi daripada satu hal keadaan kepada satu hal keadaan lain yang terjadi di sepanjang sejarah Islam sehinggalah akhir zaman berdasarkan petunjuk al-Quran dan sunnah. Roh perbincangan beliau bertitik tolak daripada hadis Jibril AS yang masyhur mengenai Iman, Islam dan Ihsan. Ketiga-tiga perkara ini sering disebut sebagai tiga rukun ad-Din. Namun sebenarnya, dalam hadis Jibril AS mengandungi rukun ad-Din yang keempat iaitu mengenai tanda kiamat (asyrat as-sa'ah).

Perhatikan apabila Jibril AS bertanya pada kali keempat: "Khabarkan kepadaku tentang Hari Kiamat". Baginda SAW membalas: "Tidaklah orang yang ditanya itu lebih mengetahui tentangnya daripada orang yang bertanya." Jibril berkata: "Maka, khabarkanlah kepadaku tentang tanda-tandanya." Baginda bersabda: "(Antara tandanya) apabila seorang hamba perempuan melahirkan tuannya dan apabila engkau melihat orang berkaki ayam, tidak berpakaian dan papa kedana yang hanya menggembala kambing berlumba-lumba membina bangunan (bertukar menjadi kaya raya)." Riwayat Muslim.

Justeru, al-Habib Abu Bakr al-Adni menegaskan bahawa rukun ad-Din itu ada empat dan ia sering dilupakan oleh kebanyakan orang yang terus alpa mengurus kesibukan duniawi. Penegasan ini dapat dirujuk dalam bukunya, Usul ad-Din al-Arba'ah: at-Thawabit wa al-Mutaghayyir. Meskipun dalam hadis tadi hanya disebutkan dua sahaja tanda kiamat, namun ia tidak hanya terbatas kepada kedua-duanya. Dua tanda ini hanya mewakili bentuk perubahan situasi yang berlaku pada akhir zaman daripada satu hal keadaan sebelumnya kepada satu hal keadaan lain sesudahnya.

Beliau menjelaskan bahawa pengetahuan mengenai tanda kiamat sebagai rukun ad-Din yang keempat amat penting dan perlu lebih diperkasakan terhadap umat Islam, lebih-lebih lagi pada akhir zaman ini. Tanda kiamat itu terbahagi tiga, iaitu tanda kecil, pertengahan dan besar. Semua perkara ini disentuh dan dihurai secara terperinci dalam pelbagai kitab karangan beliau seperti al-Nubzah as-Sughra, al-Usus wa al-Muntaliqat, al-Talid wa at-Tarif dan al-Marsad an-Nabawi.

Bukan sekadar itu sahaja, beliau turut menjelaskan cara untuk menghadapi tanda kiamat tersebut. Perbincangan tentangnya dinamakan oleh beliau sebagai 'sunnah al-mawaqif', iaitu tatacara dan sikap Nabi SAW serta Khulafa al-Rasyidin RA berhadapan dengan perubahan situasi dan fitnah yang berlaku sesuai dengan kemaslahatan umum. Ia bertitik tolak daripada hadis al-lrbadh bin Sariyah RA bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Aku mewasiatkan kamu sekalian supaya bertakwa kepada Allah SWT dan supaya mendengar serta taat, sekalipun kamu diperintah oleh seorang hamba. Sesungguhnya, barangsiapa dalam kalangan kamu yang masih hidup nanti, nescaya dia akan melihat banyak perselisihan. Maka, hendaklah kamu sekalian berpegang dengan sunahku dan sunah al-Khulafa al-Rasyidin yang mendapat petunjuk. Gigitlah ia dengan gigi gerahammu (iaitu berpegang teguhlah dengannya). Dan berwaspadalah kamu daripada perkara yang diada-adakan, kerana setiap perkara yang diada-adakan itu adalah bidaah dan setiap bidaah p**a adalah sesat." Riwayat Abu Dawud dan at-Tirmizi, katanya: Hasan sahih

Maka, mengetahui sunah Nabi SAW dan sunah al-Khulafa al-Rasyidin RA dalam menghadapi perubahan situasi atau fitnah pada akhir zaman cukup penting bagi setiap orang yang inginkan keselamatan dunia serta akhirat.

Semoga Allah SWT mengampuni dan merahmati al-Habib Abu Bakr al-Adni yang telah menghabiskan seluruh hidupnya untuk ilmu, agama dan dakwah tanpa mengenal rasa jemu serta penat lelah sehinggalah hembusan nafas terakhirnya.

30/11/2023

Dengarkan apa yang Rasulullah ucapkan dahulu kala dan lihat keadaan sekarang, tanda-tanda ini sedang berlaku. Semoga Allah Taala merahmati dan melindungi seluruh ahli keluarga kita daripada bala dan musibah.

Fiqh Tahawwulat, yang bermaksud kefahaman tentang perubahan situasi daripada satu hal keadaan kepada satu hal keadaan lain yang terjadi di sepanjang sejarah Islam sehinggalah akhir zaman berdasarkan petunjuk al-Quran dan sunnah. Roh perbincangan beliau bertitik tolak daripada hadis Jibril AS yang masyhur mengenai Iman, Islam dan Ihsan. Ketiga-tiga perkara ini sering disebut sebagai tiga rukun ad-Din. Namun sebenarnya, dalam hadis Jibril AS mengandungi rukun ad-Din yang keempat iaitu mengenai tanda kiamat (asyrat as-sa'ah).

Fiqh Tahawwulat membawa maksud kefahaman tentang perubahan situasi daripada satu hal keadaan kepada satu hal keadaan yan...
08/11/2023

Fiqh Tahawwulat membawa maksud kefahaman tentang perubahan situasi daripada satu hal keadaan kepada satu hal keadaan yang lain di mana ia terjadi sepanjang sejarah Islam sehinggalah akhir zaman berdasarkan petunjuk Al-Quran dan Sunnah.
Daripada Sayyidina Abu Umamah daripada Nabi, Baginda telah bersabda: "Bagaimanakah kalian jika para wanita melampaui batas, para pemuda menjadi fasik dan kalian meninggalkan jihad?"
Para sahabat bertanya: "Adakah itu benar-benar akan terjadi wahai Rasulullah?"... Ikuti sambungannya di atas di bawah.

07/11/2023

Ucapan Rasulullah pasti akan terjadi hanya terp**ang kepada kita sama ada nak amik tahu atau tidak.

Semoga kita tidak menjadi orang yang menyesal di kemudian hari..

06/11/2023

Masa depan kita semua, Rasulullah Sallallahu alaihi wasallam telah bagi tahu dahulu apa yang akan berlaku di akhir zaman.

Sekarang ada tak sesama kita muslim, bergaduh dan berdebat tentang tuhan kita? Hingga menyutukan Tuhan secara terang terangan, ada tak?

Semoga kita tidak menjadi sebahagian daripada mereka..!

#

04/11/2023

Boleh anda bayangkan tak yang membunuh dan yang dibunuh, mereka masuk neraka. Adakah Rasulullah SAW dah bagi tahu perkara ini akan terjadi? Apakah solusi kepada hal ini?

Maksudnya: Daripada Sayyidina Murrah al-Babziybahawa sesungguhnya beliau mendengarRasulullah bersabda: "Sentiasa akan ad...
03/11/2023

Maksudnya: Daripada Sayyidina Murrah al-Babziy
bahawa sesungguhnya beliau mendengar
Rasulullah bersabda:

"Sentiasa akan ada kelompok manusia yang akan terus berada dalam kebenaran menghadapi orang-orang yang memusuhi
mereka. Mereka itu umpama bekas di antara orang yang sedang makan sehinggalah datangnya perintah Allah dan mereka tetap kekal seperti itu". (Diriwayatkan oleh Imam al-Tabarani).'

02/11/2023

Realiti kehidupan yang buat kita semua rasa terkejut dan risau terhadap apa yang berlaku di akhir zaman ketika ini..

MELIHAT MASA DEPAN KITA SEMUA DENGAN APA YANG TELAH RASULULLAH SAW BAGI TAHU Maksudnya: Daripada Sayyidina Abu Hurairah ...
02/11/2023

MELIHAT MASA DEPAN KITA SEMUA DENGAN APA YANG TELAH RASULULLAH SAW BAGI TAHU

Maksudnya: Daripada Sayyidina Abu Hurairah berkata; bahawasanya Rasulullah SAW bersabda:

"Tidak akan berlakunya kiamat sehinggalah Allah SWT disyirikkan secara terang-terangan ketika merekabercakap tentang Tuhan mereka".

(Diriwayatkan oleh al-Hakim di dalam kitab al-Tarikh, al-Tabarani di dalam kitab al-Awsat. Diriwayatkan juga oleh Abu Nașr di dalam kitab al-Ibānah).¹

FITAN  adalah perkataan jamak dari FITNAH yang bermaksud ujian-ujian secara umum yang menimpa kepada seseorang atau seku...
31/10/2023

FITAN adalah perkataan jamak dari FITNAH yang bermaksud ujian-ujian secara umum yang menimpa kepada seseorang atau sekump**an.

Ini berlaku kerana adanya penyelewengan atau perubahan yang bercanggah dengan syariat.

Contohnya seperti fitnah dalam keluarga, harta dan anak seperti yang Allah telah sebut di dalam al-quran. Ini semua juga termasuk sebahagian daripada FITAN.

Maka setiap ujian bagi setiap muslim pasti akan mendapat pahala serta balasan ketika sabar dan ikhlas menghadapi ujian itu.

31/10/2023

Fiqh Tahawwulat, yang bermaksud kefahaman tentang perubahan situasi daripada satu hal keadaan kepada satu hal keadaan lain yang terjadi di sepanjang sejarah Islam sehinggalah akhir zaman berdasarkan petunjuk al-Quran dan sunnah. Roh perbincangan beliau bertitik tolak daripada hadis Jibril AS yang masyhur mengenai Iman, Islam dan Ihsan. Ketiga-tiga perkara ini sering disebut sebagai tiga rukun ad-Din. Namun sebenarnya, dalam hadis Jibril AS mengandungi rukun ad-Din yang keempat iaitu mengenai tanda kiamat (asyrat as-sa'ah).

Address


Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when FITAN posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to FITAN:

Videos

Shortcuts

  • Address
  • Alerts
  • Contact The Business
  • Videos
  • Claim ownership or report listing
  • Want your business to be the top-listed Media Company?

Share