21/08/2023
Pesanan awal jika nampak data saya disalahgunakan dan pengajaran juga buat semua sahabat handai jngan mudah terpedaya
ADALAH DIMAKLUMKAN KEPADA SEMUA KENALAN DAN KELUARGA SAYA BAHAWA SAYA TELAH MENJADI MANGSA SCAMMER ALONG SIBER. MEREKA PADA AWALNYA TELAH MENAWARKAN PINJAMAN WANG KEPADA SAYA YANG MENGAKU ADALAH BADAN SAH BERLESEN.
AWAS ALONG APPS/ONLINE
JANGAN MEMUAT TURUN / DOWNLOAD APPS DALAM TELEFON BIMBIT ANDA :-
APPS INI SEMUA AKAN DIGUNAKAN OLEH PIHAK ALONG UNTUK MENCURI SEGALA GAMBAR, VIDEO DAN CONTACT DALAM PHONE BOOK ANDA.
ALONG-ALONG INI DIPERCAYAI BEROPERASI DALAM PREMIS PREMIS TERTENTU DENGAN KEMUDAHAN KOMPUTER YANG AKAN MEMUAT TURUN MAKLUMAT DARIPADA TELEFON ANDA DAN AKAN DISIMPAN UNTUK TUJUAN JENAYAH KEMUDIAN HARI. MANGSA AKAN DIBERIKAN JUMLAH PINJAMAN YANG SANGAT SEDIKIT SEPERTI BEBERAPA RATUS ATAU DIBAWAH RM130.00 DAN KEMUDIANNYA TERPAKSA MEMBAYAR KEPADA SATU JUMLAH YANG SANGAT TINGGI MENGIKUT CAJ SESUKA HATI MEREKA SEHINGGA MENCECAH RM5000.00. SEKIRANYA PEMINJAM GAGAL MEMENUHI KEHENDAK MEREKA, MAKA GAMBAR-GAMBAR DAN VIDEO MEREKA AKAN DI VIRALKAN DALAM CONTACT PHONE BOOK MANGSA.
ADA JUGA ANTARA MANGSA TIDAK PERNAH MENERIMA DUIT TETAPI DIUGUT SEKIRANYA GAGAL MEMBAYAR WANG PROSES ATAU PELBAGAI CAJ KEPADA PERMOHONAN PINJAMAN YANG DIBUAT (SCAM PINJAMAN TIDAK WUJUD). SEKIRANYA MANGSA TIDAK MEMBAYAR DAN MEMBATALKAN PERMOHONAN PINJAMAN TERSEBUT, MAKA MANGSA AKAN DIVIRALKAN OLEH MEREKA.
DINASIHATKAN KEPADA ORANG RAMAI AGAR TIDAK MENGHUKUM MANGSA SEKIRANYA ADA MENERIMA WHATSAPP GROUP ATAU MESEJ MESEJ MENGATAKAN BAHAWA NOMBOR ANDA DIJADIKAN RUJUKAN KEPADA PINJAMAN ATAUMEMINTA ANDA MEMBAYAR PINJAMAN ATAUPUN MEMINTA ANDA MEMBERIKAN MAKLUMAT PEMINJAM YANG KONONNYA TELAH LARI DARIPADA PINJAMAN MEREKA.
SAYA TELAHPUN MENYALURKAN MAKLUMAT KEPADA PIHAK POLIS DIRAJA MALAYSIA DAN KAMI PERCAYA PIHAK POLIS AKAN BERTINDAK SEWAJARNYA.
ORANG RAMAI YANG TERLIBAT DALAM MASALAH INI DINASIHATKAN DENGAN SEGERA MEMBUANG APLIKASI-APLIKASI INI DAN SECEPAT MUNGKIN MEMBUAT LAPORAN POLIS YANG MENYATAKAN ANDA ADALAH MANGSA ALONG APPS DAN LAPORAN POLIS ITU JUGA PERLU DINYATAKAN APPS MANA YANG ANDA DOWNLOAD.
JANGAN TAKUT DENGAN UGUTAN DAN VIRAL MEREKA. ALONG ALONG APPS INI HANYA AKAN MENGGANGGU MANGSA DENGAN BERMAIN DENGAN EMOSI MEREKA. MEREKA JUGA TIDAK BERANI UNTUK MUNCULKAN DIRI KERANA TAKUT AKAN TERDEDAH.
MEREKA JUGA TIDAK AKAN MELEPASKAN MANGSA DENGAN MUDAH DAN AKAN TERUS MEMERAS UGUT UNTUK MENDAPATKAN WANG.
HENTIKANLAH MENYALAHKAN MANGSA KERANA MEMINJAM DENGAN ALONG-ALONG ONLINE INI KERANA KITA TIDAK BERADA DIKASUT MEREKA. TAK BOLEH BANTU TAKPE TAPI JANGAN KECAM. SAYA DOWNLOAD APPS (REALDUIT)KE DALAM H/P SAYA DAN KEMUDIANNYA MEMINTA SAYA MENGISI BORANG PERMOHONAN DALAM APPS TERSEBUT. SELEPAS ITU MEREKA JUGA MEMINTA SAYA MERAKAM GAMBAR SENDIRI/VIDEO SENDIRI MEMEGANG IC SAYA YANG MENGATAKAN KONONNYA SAYA BERHUTANG KEPADA MEREKA SEBAGAI SYARAT PINJAMAN. TANPA SAYA SEDARI RUPANYA APPS TERSEBUT ADALAH UNTUK MENCURI DATA-DATA PERIBADI DAN CONTACT PHONEBOOK SAYA DALAM TELEFON DAN KINI SAYA DIUGUT SEKIRANYA TIDAK MEMBAYAR WANG PERAS UGUT MEREKA, MEREKA AKAN VIRALKAN SAYA YANG KONONNYA SAYA LARI DARI HUTANG. KEPADA KENALAN SAYA SEMUA SEKIRANYA ANDA ADA MENERIMA PANGGILAN ATAU WHATSAPP GROUP ATAU MESEJ MENGATAKAN NOMBOR TELEFON ANDA TELAH DIJADIKAN RUJUKKAN KEPADA PINJAMAN ATAU MEMINTA ANDA MENCARI SAYA UNTUK BAYAR HUTANG KEPADA MEREKA TOLONG ABAIKAN. DAN JUGA SAYA TELAH MEMBAYAR DUIT MEREKA. JANGAN JADI MANGSA SCAMMER UGUTAN INI SEPERTI SAYA. MAAF ATAS KESULITAN.
Dibawah sy sertakan sekali nama2 app ahlong siber
Apps ahlong cyber dari playstore
Greatfund
Duit era
Eco principal
My-lend
Easyduit
De capital
Unitycash
Love-lend
Life Credit
Smart money
Smart Debit
Duitlend
Panda line
Prime credit
My tunai
Iloan
Disinilend
Wa money
Jomfunds
Realduit
126loans