03/01/2023
Hai! Assalamualaikum!
Lama eh menghilang huhu.
Pertama sekali, saya ingin memohon maaf kerana sudah lama tidak "live".
Kedua, saya nak ucapkan terima kasih kepada semua yang pernah menyokong saya selama berada di arena live streaming ni. Sejujurnya saya tak sangka ada yang sudi singgah live, main bersama, send stars dan macam-macam lagi lah.
Mulanya saya live hanyalah sekadar menyahut cadangan rakan saya supaya melakukan live oleh kerana saya selalu main game, so apa kata try buat live, kata beliau kepada saya. So bermulanya dari situ bermulanya perjalanan "it's muffin time" di arena live streaming.
Sejujurnya, saya enjoy semasa berada di arena ini, tapi "lifestyle" saya tidak sesuai untuk di"apply"kan di arena ini yang dimana kehidupan seharian saya penuh dengan aktiviti-aktiviti luar, kadang-kadang ada futsal/badminton, keluar lepak, keluar jalan-jalan dan lain-lain. Ianya agak susah untuk saya meneruskan bidang live streaming ini.
So disebabkan itu saya mengambil keputusan untuk berhenti "live" dan kembali "menghidupkan" kehidupan saya.
Akhir sekali saya hendak ucapkan terima kasih kerana telah menyokong saya dari awal karier ini, terima kasih banyak-banyak ðŸ˜
Jadi, berakhirlah perjalanan "it's muffin time" disini. Terima kasih tak terhingga kepada semua ðŸ˜
Tapi! Page ini akan diambil alih oleh Insane Asylum! Teruskan menyokong kami! Wassalamualaikum dan bye-bye semua!