Ribut yang dilaporkan berlaku di Tawau pada Malam ini.
#ributtawau #garisbadai #sabahmegafoodfestival #viral
Updated 22 Oktober 2024
Kesan Ekor Angin Ribut Tropika Trami (Kristine) Kepada Pantai Barat Sabah bermula 22-25 Oktober 2024.
Pantai barat Sabah telah mengalami cuaca tidak baik sejak pada hari kelmarin 21 Oktober berikutan kesan ekor angin Ribut Tropika Trami yang sedang membentuk. Ribut Tropika Trami ini akan melanda Luzon Philippines pada 23 Oktober ini. Walaupun Sabah tidak terletak dalam laluan langsung taufan, pengaruh angin kencang dari ekor taufan/ribut tropika menyebabkan hujan lebat, ribut petir, dan angin kuat di kawasan pantai barat.
Kesan ini boleh mengakibatkan tanah runtuh di kawasan berbukit, pokok tumbang, dan lain-lain. Aktiviti perikanan dan pelancongan juga terjejas, dengan nelayan dilarang keluar ke laut buat sementara waktu bagi mengelakkan risiko keselamatan.
Sebarang perkembangan akan diupdate dari semasa ke semasa. - Bencana Alam Sabah
#TaufanTrami #EkorAngin #cuacasabah #ributsabah
Kesan Ekor Angin Taufan Trami (Kristine) Kepada Pantai Barat Sabah Bermula 22-27 Oktober ini.
Kesan Ekor Angin Taufan Trami (Kristine) Kepada Pantai Barat Sabah bermula 22-27 Oktober 2024.
Pantai barat Sabah berdepan dengan cuaca buruk berikutan kesan ekor angin Taufan Trami yang akan terbentuk pada 24 oktober ini. Walaupun Sabah tidak terletak dalam laluan langsung taufan, pengaruh angin kencang dari ekor taufan menyebabkan hujan lebat, ribut petir, dan angin kuat di kawasan pantai barat.
Kesan ini boleh mengakibatkan tanah runtuh di kawasan berbukit, pokok tumbang, dan lain-lain. Aktiviti perikanan dan pelancongan juga terjejas, dengan nelayan dilarang keluar ke laut buat sementara waktu bagi mengelakkan risiko keselamatan.
Sebarang perkembangan akan diupdate dari semasa ke semasa. - Bencana Alam Sabah
#TaufanTrami #EkorAngin #cuacasabah #ributsabah
Fenomena La Nina dijangka melanda pertengahan tahun ini sehingga tahun depan.
Malaysia bakal menyaksikan taburan hujan tinggi dan cuaca lembap ekoran fenomena La Nina yang dijangka bermula Julai sehingga Oktober ini. Felo Akademi Sains Malaysia, Dr. Fredolin Tangang berkata, suhu permukaan laut ketika ini memaparkan tren penurunan sekali gus konsisten menunjukkan keadaan di Lautan Pasifik mula bertukar kepada fasa sejuk.
La Nina boleh bertahan antara lima hingga 18 bulan. Berdasarkan model ramalan antarabangsa, La Nina akan datang dijangka berada pada kekuatan lemah atau sederhana.
Kebarangkalian fenomena La Nina yang menyaksikan taburan hujan tinggi dan cuaca lembap berlaku di Malaysia adalah antara sekitar 70 hingga 80 peratus mulai Julai ini.
Tambahnya, La Nina, bersama-sama dengan monsun timur laut, yang biasanya bermula pada bulan November, boleh memanjangkan keadaan cuaca lembap di sepanjang pantai timur semenanjung sehingga Mac tahun depan.
Ribut tropika juga dijangka lebih aktif di barat Lautan Pasifik semasa tempoh La Nina. Ini boleh mengakibatkan cuaca lembap di sepanjang pantai barat Sabah dan utara Sarawak.
Komplikasi video yang dirakam oleh Pengguna Media sosial.
~Fenomena La Nina 2024~
Hujan yang berterusan di Penampang sejak tengah hari kelmarin mengakibatkan berlakunya banjir kilat di beberapa kawasan rendah sehingga turut menenggelami sejumlah kenderaan.
Komplikasi Video Banjir Besar Melanda Penampang 30 Jun 2024
~Fenomena La Nina 2024~
Hujan yang berterusan di Penampang sejak tengah hari kelmarin mengakibatkan berlakunya banjir kilat di beberapa kawasan rendah sehingga turut menenggelami sejumlah kenderaan.
Sementara itu dalam kenyataan berasingan, Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) memaklumkan, beberapa kawasan di Penampang dan Kota Kinabalu mengalami gangguan bekalan elektrik akibat bencana berkenaan.
Pegawai Daerah Penampang, Francis Chong, dalam satu kenyataan berasingan pula berkata orang ramai yang terjejas akibat banjir yang diisytihar bencana pada jam 7.25 malam tadi, dinasihatkan untuk berpindah ke PPS atau mana-mana tempat yang lebih selamat.
Pengguna media sosial turut berkongsi beberapa video tentang situasi banjir di kawasan masing-masing.
11 july 2022 arus angin monsun. (Wave)
Arus angin monsun barat daya 11 july
AMARAN ANGIN KENCANG DAN LAUT BERGELORA KATEGORI KETIGA
Dikeluarkan pada: 7:20 pagi, 11 Julai 2022
SEKSYEN A: UNTUK PERAIRAN MALAYSIA
1) AMARAN ANGIN KENCANG DAN LAUT BERGELORA (KATEGORI KEDUA)
Angin kencang barat berkelajuan 50-60 kmsj dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 4.5 meter dijangka di kawasan perairan Perlis & Kedah • Pulau Pinang • Sabah Barat dan Labuan sehingga Jumaat, 15 Julai 2022.
Keadaan angin kencang dan laut bergelora ini adalah berbahaya kepada semua aktiviti perkapalan dan pantai termasuk menangkap ikan dan perkhidmatan feri.
2) AMARAN RIBUT PETIR
Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka di kawasan perairan Pulau Pinang • Selangor sehingga 11:00 pagi; Isnin, 11 Julai 2022.
Keadaan ini boleh menyebabkan angin kencang sehingga 50 kmsj dan laut bergelora dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter dan berbahaya kepada bot-bot kecil.
SEKSYEN B: UNTUK PERKAPALAN
1) AMARAN ANGIN KENCANG DAN LAUT BERGELORA (KATEGORI KETIGA)
Angin kencang barat melebihi 60 kmsj dengan ombak setinggi melebihi 4.5 meter dijangka di kawasan perairan Phuket • Samui • utara Condore • utara Reef North • Layang-Layang • Palawan sehingga Jumaat, 15 Julai 2022.
Keadaan angin kencang dan laut bergelora ini adalah berbahaya kepada semua aktiviti pantai dan perkapalan termasuk pekerja di pelantar minyak.
2) AMARAN ANGIN KENCANG DAN LAUT BERGELORA (KATEGORI KEDUA)
Angin kencang barat berkelajuan 50-60 kmsj dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 4.5 meter dijangka di kawasan perairan Selat Melaka Utara • utara Tioman • selatan Condore • selatan Reef North • Labuan sehingga Jumaat, 15 Julai 2022.
Keadaan angin kencang dan laut bergelora ini adalah berbahaya kepada semua aktiviti perkapalan dan pantai termasuk menangkap ikan dan perkhidmatan feri.
3) AMARAN ANGIN KENCANG DAN LAUT BERGELORA (KATEGORI PERTAMA)
Angin kencang barat daya berkelajuan 40-50 kmsj dengan ombak mencapai ketin
10 july Angin kencang
Arus monsun barat daya
AMARAN ANGIN KENCANG DAN LAUT BERGELORA KATEGORI KETIGA
Dikeluarkan pada: 4:30 petang, 10 Julai 2022
SEKSYEN A: UNTUK PERAIRAN MALAYSIA
1) AMARAN ANGIN KENCANG DAN LAUT BERGELORA (KATEGORI KEDUA)
Angin kencang barat berkelajuan 50-60 kmsj dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 4.5 meter dijangka di kawasan perairan Perlis & Kedah • Pulau Pinang • Sabah Barat dan Labuan sehingga Jumaat, 15 Julai 2022.
Keadaan angin kencang dan laut bergelora ini adalah berbahaya kepada semua aktiviti perkapalan dan pantai termasuk menangkap ikan dan perkhidmatan feri.
2) AMARAN RIBUT PETIR
Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka di kawasan perairan Sarawak • Sabah Barat dan Labuan sehingga 9:00 malam; Ahad, 10 Julai 2022.
Keadaan ini boleh menyebabkan angin kencang sehingga 50 kmsj dan laut bergelora dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter dan berbahaya kepada bot-bot kecil.
SEKSYEN B: UNTUK PERKAPALAN
1) AMARAN ANGIN KENCANG DAN LAUT BERGELORA (KATEGORI KETIGA)
Angin kencang barat melebihi 60 kmsj dengan ombak setinggi melebihi 4.5 meter dijangka di kawasan perairan Phuket • Samui • utara Condore • utara Reef North • Layang-Layang • Palawan sehingga Jumaat, 15 Julai 2022.
Keadaan angin kencang dan laut bergelora ini adalah berbahaya kepada semua aktiviti pantai dan perkapalan termasuk pekerja di pelantar minyak.
2) AMARAN ANGIN KENCANG DAN LAUT BERGELORA (KATEGORI KEDUA)
Angin kencang barat berkelajuan 50-60 kmsj dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 4.5 meter dijangka di kawasan perairan Selat Melaka Utara • utara Tioman • selatan Condore • selatan Reef North • Labuan sehingga Jumaat, 15 Julai 2022.
Keadaan angin kencang dan laut bergelora ini adalah berbahaya kepada semua aktiviti perkapalan dan pantai termasuk menangkap ikan dan perkhidmatan feri.
3) AMARAN ANGIN KENCANG DAN LAUT BERGELORA (KATEGORI PERTAMA)
Angin kencang barat daya berkelajuan 40-50 kmsj dengan ombak mencapai ketinggia
Info cuaca 9 - 14 July
9 July - 14 July
Cuaca di sepanjang pantai barat sabah mulai hari ini hingga minggu depan ini akan mengalami cuaca yang x baik disebabkan arus monsun barat daya yang kuat dan ditambakan lagi tekanan rendah di laut china selatan sekarang. Oleh itu, hujan beserta angin kencang boleh berlaku pada bila-bila masa sahaja dan laut yang bergelora akan terjadi dalam tempoh itu.
Laut bergelora + angin kuat di tanjung aru hari ini.
Laut bergelora + angin kuat di tanjung aru hari ini. 8.04.2022 (Sabtu)
CUACA BERWASPADA KEPADA PANTAI BARAT & TIMUR LAUT SABAH MULAI 17-18 DISEMBER 2021.
Selamat petang kepada warga sabah, hari ni admin lagi update info mengenai Super taufan Odette yang akan menghampiri sabah mulai hari ini pada 16 disember 2021. Secara amnya, Super taufan diklasifikan sebagai taufan yang berbahaya dan ganas. Anda boleh lihat Imej satellit ini pembentukkan awan yang dihasilkan oleh Taufan ganas ini di perairan Filipina. Para Meteorologi dunia pada pagi ini 16 disember, tidak menjangkakan Taufan ini memperkuatkan atau mengintensifkan lagi kelajuan angin ini menjadi Kategori Super Taufan, sebelum melanda Perairan Filipina pada pagi ini.
Pada hari besok 17 disember 2021 ini, Pantai barat Sabah akan mulai memasuki keadaan berangin atau (Windy state) dan akan mulai mendung disebabkan kesan kehadiran pusaran angin taufan ganas itu yang melanda filipina hari ini 16 disember.
Ini adalah nasihat taufan yang dikeluarkan oleh Metmalaysia pada jam 3 petang tadi :
kategori: Nasihat Taufan (RAI)
Masa Pencerapan: 14:00, 16 Desember 2021
Kedudukan: Lintang 9.9 Utara dan Bujur 126.0 Timur
kira-kira 323 km ke Timur Laut Davao, Filipina
Pergerakan: Ke Arah Barat dengan kelajuan 30 km/j
Angin kelajuan maksimum: 198 km/j
Jarak dari Bandar terdekat: Kira-kira 979 km ke Timur Laut Sandakan, Sabah, Malaysia
Kesan terhadap Malaysia: Keadaan ini boleh menyebabkan angin kencang dan laut bergelora di kawasan perairan Pantai Barat & Timur Sabah serta Laut China Selatan.
Amaran Cuaca Buruk 17-19 Januari 2021.