15/12/2023
📸 Look at this post on Facebook
https://www.facebook.com/share/N2YtyFR4vM27J47D/?mibextid=Na33Lf
PETROSNiaga Komited Pastikan Silinder LPG 14 Kg Cukup
JUMAAT, 15 DISEMBER 2023
KUCHING: Petroleum Sarawak Berhad (PETROS) melalui PETROSNiaga Sdn Bhd (PETROSNiaga) komited untuk memastikan bekalan berterusan silinder gas petroleum cecair (LPG) bersubsidi 14 kilogram (kg) mencukupi untuk seluruh Sarawak.
Menurut satu kenyataan media yang dikeluarkan pada Jumaat, pihak PETROSNiaga
akan memastikan silinder LPG ini mencukupi untuk kediaman, perniagaan dan industri di seluruh Sarawak kerana PNiaga telah mengambil langkah yang perlu untuk memastikan tiada kekurangan bekalan merentasi pelbagai sektor di negeri ini.
Bagi mengelakkan pembaziran, pihak PETROSNiaga menyeru agar pelanggan dapat melakukan pertukaran silinder LPG apabila kandungan gas telah habis sepenuhnya sahaja.
Dalam pada itu, pihak PETROSNiaga turut mengingatkan para pelanggan bahawa tiada kos tambahan dikenakan apabila proses pertukaran silinder berlaku selain daripada kos pengisian semula gas yang bernilai RM26.60.
Justeru, pelanggan diingatkan supaya melaporkan mana-mana peniaga yang mengenakan bayaran tambahan untuk proses pertukaran silinder LPG di talian 1300-88-2122 supaya tindakan yang perlu boleh diambil. -EDISI UKAS