LORAT

LORAT Mengupas isu isu semasa dimana jua berada

28/09/2024
27/09/2024

π— π—˜π—₯π—”π—§π—”π—£π—œ π—žπ—˜π—›π—œπ—Ÿπ—”π—‘π—šπ—”π—‘ & 𝗕𝗔𝗛𝗔𝗬𝗔𝗑𝗬𝗔 π— π—˜π— π—œπ—‘π—§π—” π—§π—˜π—žπ—‘π—’π—Ÿπ—’π—šπ—œ π— π—˜π—‘π—šπ—šπ—”π—‘π—§π—œπ—žπ—”π—‘ π—₯π—˜π—”π—Ÿπ—œπ—§π—œ

Baru-baru ni viral tentang tangkap layar seorang pemuda yang terlalu merindui arwah ibunya, dan dia berinteraksi dengan ChatGPT supaya berpura-pura menjadi ibunya.

__

π—£π—˜π—₯𝗧𝗔𝗠𝗔,
Kita semua faham bahawa kehilangan orang tersayang, terutamanya seorang ibu, adalah antara ujian paling berat. Rasa rindu dan kekosongan yang mendalam sering kali membuat seseorang terperangkap dalam emosi yang sukar diluahkan dan sukar diubati. Tetapi harus diingat bahawa diluar sana masih ramai lagi yang diuji dengan perkara yang sama, dan menyedarkan kita bahawa kita tidaklah keseorangan dalam merasai keperitan ini.

__

π—žπ—˜π——π—¨π—”,
Perbuatan meratapi kehilangan secara berlebihan dan mencari pengganti kepada realiti di dunia maya bertentangan dengan ajaran Islam. Islam mengajarkan kita untuk bersabar dan menerima qada’ dan qadar Allah dengan hati yang terbuka dan lapang. Memang benar, rasa rindu dan kesedihan adalah fitrah manusia, namun ia harus ditangani dengan cara yang sesuai.

Dalam hadis yang diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari dan Muslim, Rasulullah SAW bersabda,

β€œBukanlah dari kalangan kami, orang yang memukul p**i, mengoyakkan baju, dan menyeru dengan seruan Jahiliyyah (meratapi kematian).”

Ini menunjukkan betapa pentingnya sikap redha dan mengelakkan diri daripada perbuatan yang melampaui batas dalam mengekspresikan kesedihan.

__

π—žπ—˜π—§π—œπ—šπ—”,
Selain daripada aspek akidah, meratapi kehilangan dengan cara yang tidak wajar juga membuka ruang kepada syaitan untuk mengambil kesempatan. Syaitan sentiasa mencari peluang untuk menggoda manusia, terutama ketika mereka berada dalam keadaan yang lemah dan rentan. Ketika seseorang terlalu tenggelam dalam kesedihan dan meratapi nasib, hatinya menjadi lebih mudah terdedah kepada bisikan syaitan yang akan memperbesarkan lagi rasa tidak redha, memperdalamkan lagi kesedihan, dan menanamkan rasa putus asa. Ini bukan sahaja menghalang proses penyembuhan, malah boleh menjauhkan seseorang daripada hubungan dengan Allah.

Lebih parah lagi, melibatkan teknologi seperti ChatGPT untuk menggantikan peranan ibu yang telah meninggal dunia boleh menyebabkan seseorang semakin jauh daripada realiti. Dunia maya, meskipun boleh memberi kelegaan sementara, tidak mampu menggantikan hubungan manusia yang sebenar. Mencari ketenangan dengan berbual dengan β€œarwah” melalui aplikasi hanyalah ilusi yang tidak membawa kepada penyelesaian sebenar terhadap masalah yang dihadapi.

Sebaliknya, ia boleh menyebabkan seseorang terperangkap dalam dunia khayalan yang menjauhkan mereka daripada proses penyembuhan yang diperlukan dalam kehidupan nyata.

__

π—žπ—˜π—˜π— π—£π—”π—§,
Walaupun ada yang berpendapat bahawa nasihat untuk bersabar dan redha terhadap ketentuan Allah memang mudah diucapkan selagi diri sendiri tak diuji,

Justifikasi terhadap perbuatan yang tidak betul bukanlah jawapannya. Perasaan kehilangan tidak boleh diatasi dengan cara yang melanggar prinsip-prinsip agama atau yang berpotensi membawa mudharat kepada kesejahteraan mental seseorang. Memang sukar untuk menerima kehilangan, tetapi cara untuk menghadapinya haruslah berpandukan ajaran agama dan kaedah yang sihat.

__

π—žπ—˜π—Ÿπ—œπ— π—”,
Oleh itu, dalam menghadapi perasaan rindu dan kehilangan, adalah lebih baik seseorang mencari sokongan daripada keluarga, teman-teman, atau kaunselor. Bahkan Nabi sudah ajarkan kepada kita bagaimana cara untuk berbakti terhadap ibu bapa yang sudah tiada, iaitu dengan berdoa untuk kesejahteraan dan keampunan buat mereka dan menyambungkan silaturrahim dengan sahabat-sahabat kepada kedua ibu bapa kita. Proses penyembuhan memerlukan waktu dan kesabaran, tetapi ia akan membawa kepada ketenangan dan penerimaan yang sebenar insyaAllah.

__

π—žπ—Ώπ—²π—±π—Άπ˜:
-ADMIN Karya P*S -

26/09/2024

NEGERI SEMBILAN. ADA KELUARGA PUTUS MAKANAN.

Wahai orang Seremban. Ada keluarga Melayu putus makanan. Sila lah bantu. Sedih membaca. Anak anak kelaparan.

No telefon : 011-6063 5837
Alamat : No. 12-3-5, Blok Cempaka L Garden Avenue Seremban 2, 70300 Seremban, Negeri Sembilan

21/09/2024
20/09/2024

Baru-baru ni peguam yang mewakili abang bas, Datuk Zaharil ada mengesahkan yang mana handphone abang bas dah pun di ambil untuk siasat oleh pihak MCMC. Apa yang menarik tumpuan aku tahu tak apa?

Hasil siasatan pada handphone abang bas ni takda jumpa apa-apapun bahan l*c*h berbentuk video mahupun gambar. Situ je antara point kuat menepis segala hinaan dan celaan yang mengatakan abang bas ni seorang P3DO! Kenapa benda ni menarik perhatian aku?

Ustaz Ebit masa handphone dia di rampas untuk siasatan kes dia pun, yang berpakaian sangat alim, yang hari-hari bercerita tentang agama, tentang kasih sayang Tuhan, tentang kekeluargaan sunnah, tentang bidadari, pun bersepah keluar bukti link-link l*c*h yang dia ada search. Bukan sikit, banyak! Ini mengikut pada laporan media yang ikuti kes dia lah. Itu sosok orang agama antara yang paling berpengaruh di Malaysia tu.

Tak payah tengok ustaz lah. Tengok pada handphone kebanyakan lelaki je lah. Bukan semua tau. Kebiasaannya mesti ada. Tak kira lah muka lelaki tu macam mana. Jenis muka budak baik ke budak bodoh ke budak kelas depan ke, check lah dalam handphone diorang. Memang macam tak percaya, tak percaya sebab tak pernah check je.

Tapi abang bas ni, takda satu pun bahan melibatkan l*c*h ini dijumpai.

Cuba fikir kejap.

Teknologi yang ada pada agensi kita ni, korang padam lah macam mana pun bahan dalam handphone korang, bila dalam siasatan, depa ada teknologi yang boleh sedut segala benda yang pernah ada dalam handphone tu bertahun-tahun punya rekod semua boleh keluar balik tau.

Semua benda!

Jadinya, tuduhan P*dophile pada abang bas tu agak menyakitkan tak? Tuduhan macam gitu sangat menyedihkan sebenarnya. Namun apakan daya, perkara dah pun berlaku. Video yang dimuatnaik tu pun memang mengundang pelbagai spekulasi kan. Nak taknak, perlulah hadap hukuman yang dah ditetapkan oleh undang-undang.

"Ignorantia juris non excusat"

Maksudnya, Pengabaian undang-undang bukan satu alasan atau pembelaan.

Cumanya pembuktian-pembuktian yang peguam akan timbulkan nanti semata untuk buktikan yang pelaku tiada niat ke arah tu. Kesalahan tu berlaku tapi tak berniat s*ks**l atau niat apa-apa yang menyalahi undang-undang. Jadinya hukuman mungkin di ringankan dan dapat budi bicara dari mahkamah. Lagi-lagi p**a OKT tak pernah ada kes apa-apa sebelum ini, dan bukti dari handphone tu p**a yang langsung tiada bahan-bahan l*c*h tu menguatkan lagi point dia tiada niat. Ini tugas peguam lah.

"Actus reus and mens rea"

Perbuatan dan niat pelaku merupakan unsur penting untuk buktikan sesuatu kesalahan jenayah.

Dalam mahkamah nanti, nak buktikan OKT berniat atau tak ni ada cara dia. Dia akan tengok sepanjang kes tu berlaku. Hati orang kita tak tahu, tapi sepanjang bersama tu ada tak perbuatan-perbuatan OKT yang menguatkan bukti si OKT berniat? Contoh kalau kes b*n*h orang, kita boleh cakap kita tak berniat. Kita nak b*li suka-suka je. Mahkamah akan tengok p**a cara kemat*an mangsa. Tapi kalau dah sampai 19 kali seterika badan mangsa, itu dah kira ada niat nak b*n*h.

Banyak lah sudut teknikal untuk buktikan tentang niat ni. Lagi-lagi bila kesalahan tu berlaku.

Kita yang selalu bernasib baik sebab belum pernah terpilih untuk di adili ni, jangan lah mudah pandang lekeh pada orang yang nasibnya tidak baik ini. Macam-macam kemungkinan boleh jadi pada orang yang nasibnya tidak baik ini. Dia cuma terpilih untuk dijadikan pengajaran pada kita semua yang selama ini tidak pernah ambil tahu akta dalam negara kita.

Jangan benci berlebihan-lebihan sampai menghina dan buat tuduhan melampaui batas.

Apapun aku sangat setuju, budaya yang dibawa oleh abang bas tu untuk konten semacam tu memang sangat bahaya dan akan digunapakai ramai P3do dekat luar sana sebagai point besar untuk menjerat mangsa-mangsa. Nak buat konten sebagai abang bas tu okey, tapi bawak lah watak yang lebih tegas bercampur penyayang.

Bukan romantis dan ke arah mengundang budak-budak perempuan jadi tergedik-gedik hanyut dek gurauan cinta. Lagi-lagi budak umur 11 - 12 tahun ni rata-rata dah tumbuh dada. Tengah miang. Jangan main gila dengan nafsu.

Bahaya bahaya bahaya!

P/s : Aku setuju dengan peguam abang bas, kita rancak membenci keterlaluan padahal kita cuma tengok, menilai dan buat tuduhan berdasarkan penelitian kita terhadap beberapa video sahaja. Ya dari apa yang ada dalam video tu ikutkan pada akta kanak-kanak, memang salah. Tapi keseluruhan cerita kita tak ambil tahu pun lagi. Konten kan. Konten ni sama je macam belakon dalam filem tu. Bila watak mak cium anak lelaki dia. Peluk siap. Ikutkan boleh je report jugak tu. Haha. Apapun, Hilangkan dulu tuduhan-tuduhan yang ektrim tu. Sabar lah. Dosa tau main pelepas geram macam gitu je.

https://youtu.be/WkNGygAw4so?si=5Hs4UttOzhusUq_CGila budak hilang tahun 2021 jumpa ada dengan GISB.😰😰
17/09/2024

https://youtu.be/WkNGygAw4so?si=5Hs4UttOzhusUq_C
Gila budak hilang tahun 2021 jumpa ada dengan GISB.

😰😰

Saksikan sidang media bersama Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain, Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Datuk Dr Muhammad Radzi Abu Hassan , Ketua Pen...

07/09/2024
05/09/2024
02/09/2024

Address


Telephone

+60102154321

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when LORAT posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to LORAT:

Videos

Shortcuts

  • Address
  • Telephone
  • Alerts
  • Contact The Business
  • Videos
  • Claim ownership or report listing
  • Want your business to be the top-listed Media Company?

Share