Pipit.press

Pipit.press Burung kecil yang s**a bernyanyi.

Sesetengah tajuk masih lagi dalam proses pencetakan fasa akhir dan akan tiba di booth tokosue selewat-lewatnya Sabtu(pal...
22/02/2024

Sesetengah tajuk masih lagi dalam proses pencetakan fasa akhir dan akan tiba di booth tokosue selewat-lewatnya Sabtu(paling cepat Jumaat). Kesabaran anda semua amatlah kami hargai.🙏

Dari Terminal Bas selatan kalau mahu ke PC perlu menaiki tren laluan Putra Heights, kemudian perlu turun di stesen Chan ...
21/02/2024

Dari Terminal Bas selatan kalau mahu ke PC perlu menaiki tren laluan Putra Heights, kemudian perlu turun di stesen Chan Sow Lin dan menukar tren laluan Ampang (pengumuman akan dibuat oleh announcer yg tren ke Ampang akan berhenti di platform 2A), perhatikan betul2 papan tanda tren samada ianya tertulis Ampang atau pun Putra Heights. Naik tren yg dikatakan. Duduk tanpa rasa bersalah kalau ada seat yang kosong. Selepas beberapa stesen anda akan sampai ke PC. Di bawah tangga pintu masuk stesen, ada seekor kucing yg bernama Joey (semua kucing di dalam dunia adalah Joey), beri makan kepadanya kalau kebetulan ada wet food di dalam beg. Keluar dari dari premis stesen tersebut dan berjalan lebih kurang dua minit, terdapatnya satu medan selera yang tersergam hodoh, di kedai paling hujung: yakni bersebelahan dgn foodcourt Cina, terdapat stall yg dikendalikan oleh warga indonesia pertengahan umur. Beri salam, pesan nasi putih dan ayam berlada dari mak cik tersebut. Makan. Jangan lupa tersenyum dan memuji masakan mak cik tersebut semasa membayar tanpa melupakan komen yg sambalnya boleh dipedaskan lagi. Bayar RM9. Keluar dari foodcourt. Berjalan ke arah sebelah kiri lebih kurang 200 meter dari situ terdapatnya kedai runcit yg dimiliki warga Acheh. Petanda anda telah menjumpai kedai tersebut adalah sikat-sikat pisang yg digantung di depan kedainya. Minta sekotak Dji Samsu. Bayar RM11. Bernafas. Nyalakan rokok. Bernafas. Berjalan ke Stesen PC sambil memikirkan kehidupan. Pulang dengan laluan yg sama.
#

Sudah rasmi. Sebenarnya kami bercadang untuk menerbitkan buku ini penghujung Mac, tetapi atas sebab yg tidak disangka (m...
20/02/2024

Sudah rasmi. Sebenarnya kami bercadang untuk menerbitkan buku ini penghujung Mac, tetapi atas sebab yg tidak disangka (mungkin suatu rahmat), buku ini akan terbit dan dijual bersama buku-buku lain terbitan pipit di .my di bawah payung bergantung kepada kecepatan pencetak🤞. Walaupun diterjemah dari bahasa Inggeris (penterjemah mengambil bahasa Arab sewaktu sekolah dahulu, thank god dia tidak menjadi seorang ustaz), sebagai seorang yang tahu menghargai sake suam, dan yang mengakui bahawa pernah menjalani kehidupan 'tersebut', kami rasakan penterjemah sudah cukup layak untuk menggalas tanggungjawab kecil ini. Buku Bukan Lagi Manusia ini telah diterjemahkan dgn berhati-hati dengan mengambil kira kelembutan dan kehalusan tulisan penulis, atmosfera di dalamnya, kegusaran dan kebimbangan penulisnya. Walaupun mengangkat tema2 gelap di dalam penceritaan, bukanlah sebarang niat pihak penerbitan untuk mempromosikan semangat (atau ketiadaan semangat?) dipresi, kemurungan etc. Seseorang itu membaca novel supaya dia dapat menjalani hidup yang lain. Dan walaupun hidup yg lain ini nampak suram, sekurang-kurangnya, di mukasurat terakhir pembacanya membawa pergi sesuatu pengalaman yang dapat memupuk empati; untuk hidup dengan lebih lagi. Itulah harapan pihak penerbitan. Jadi bagi sesiapa yg berminat untuk mendapatkan buku ini dan buku lain terbitan bolehlah ke .my minggu ini, singgah di yg menjual pelbagai lagi buku2 dan barangan menarik yg lain. Pergi.
#

"Seumur hidup aku aku membandingkan diri aku dengan dia."     #      #
08/02/2024

"Seumur hidup aku aku membandingkan diri aku dengan dia."
# #

Terima kasih kerana menyokong usaha kecil kami.
05/02/2024

Terima kasih kerana menyokong usaha kecil kami.

RM35Menunggu GodotOleh Samuel Beckett"Estragon: Mari kita pergi.Vladimir: Kita tidak boleh.Estragon: Kenapa p**a?Vladimi...
04/02/2024

RM35
Menunggu Godot
Oleh Samuel Beckett
"Estragon: Mari kita pergi.

Vladimir: Kita tidak boleh.

Estragon: Kenapa p**a?

Vladimir: Kita sedang menunggu Godot.

Menunggu Godot adalah sebuah pementasan teater yang ditulis oleh Samuel Beckett pada tahun 1949. Mula-mula dipentaskan pada tahun 1953 dalam bahasa Perancis dan mendapat sambutan yang penuh kontroversi dari kalangan pengkritik mahupun penonton. Seperti tajuk, Menunggu Godot mengisahkan penantian dua orang watak utama, Vladimir dan Estragon, pada kemunculan karekter Godot di mana nama pementasan ini diberi. Sebuah tragikomedi, Menunggu Godot adalah sebuah nyanyian sayu harapan yang ditunda tetapi tidak pernah dipadamkan di balik latar belakang kemusnahan, keabsurdan dan kehilangan makna diri.
Diterjemah oleh SYED HAMID BIN ALI.
# #

"Itulah manusia, menyalahkan kasut kesilapan kakinya."     #      #
18/01/2024

"Itulah manusia, menyalahkan kasut kesilapan kakinya."
# #

Mungkin sudah ada pelbagai tafsiran mengenai karya Beckett yang satu ini. Tetapi apa yang pasti menurut Beckett sendiri ...
17/01/2024

Mungkin sudah ada pelbagai tafsiran mengenai karya Beckett yang satu ini. Tetapi apa yang pasti menurut Beckett sendiri adalah mereka memakai topi bowler dan mereka sedang menunggu, menunggu Godot. Mungkin sudah terlalu biasa untuk pembaca cuba mentafsir dan mengulas identiti sebenar Godot; tuhan, harapan, makna, bla bla. Namun, sy lebih tertarik dgn perbuatan menunggu. Menunggu adalah permainan yg mudah. Seseorang itu tidak perlu berbuat apa2 dan masa tetap berlalu juga. Mungkin mereka boleh melakukan sesuatu seperti mengira, bersedih, bergelak ketawa, dan ini, seperti kata Beckett juga boleh menjadi suatu pekerjaan yg membuatkan seseorang itu terlupa yg mereka sedang menunggu. Ada seorang kawan yg sy kenal, seorang yg tidak mempunyai pekerjaan, melainkan kerjanya menunggu hari kiamat! Semoga dia sabar menanti. Bagi mereka yang tidak mempunyai pengharapan, objek yg mereka tunggu adalah kematian. Sejenis truisme. Mungkin org pertama yg mencipta pekerjaan adalah org yg sudah bosan menunggu. Kata kuncinya adalah kebosanan. Banyak perkara2 yg besar dilakukan kerana kebosanan, seperti pembinaan piramid, berkahwin, menulis buku, mengumpul kekayaan dll. Setiap seorang dgn ilusinya sendiri, sementara menunggu, sementara menunggu.
P.S. Sy sedang menunggu maklum balas dari pencetak berkenaan sebut harga, bagi sesiapa yg belum lagi membuat tempahan bolehlah maklumkan dan masih ada lagi beberapa korum yg boleh diisi. Dijangka Godot akan tiba dan dipos minggu hadapan. Sekian.
# #

🔥🔥🔥PRATEMPAH MENUNGGU GODOT OLEH SAMUEL BECKETT🔥🔥🔥"Estragon: Mari kita pergi.Vladimir: Kita tidak boleh.Estragon: Kenapa...
09/01/2024

🔥🔥🔥PRATEMPAH MENUNGGU GODOT OLEH SAMUEL BECKETT🔥🔥🔥
"Estragon: Mari kita pergi.
Vladimir: Kita tidak boleh.
Estragon: Kenapa p**a?
Vladimir: Kita sedang menunggu Godot."
Menunggu Godot adalah sebuah pementasan teater yang ditulis oleh Samuel Beckett pada tahun 1949. Mula-mula dipentaskan pada tahun 1953 dalam bahasa Perancis dan mendapat sambutan yang penuh kontroversi dari kalangan pengkritik mahupun penonton. Seperti tajuk, Menunggu Godot mengisahkan penantian dua orang watak utama, Vladimir dan Estragon, pada kemunculan karekter Godot di mana nama pementasan ini diberi. Sebuah tragikomedi, Menunggu Godot adalah sebuah nyanyian sayu harapan yang ditunda tetapi tidak pernah dipadamkan di balik latar belakang kemusnahan, keabsurdan dan kehilangan makna diri.
Pratempah dibuka sehingga 15 Januari dengan harga rm35 + rm5(pengeposan). Dapatkan penghantaran percuma dengan pembelian tajuk2 lain yang bernilai rm120 dan ke atas.
DM untuk pembelian 🙂
# #

Sebenarnya pada tahun 2023  bercadang untuk menerbitkan 3 buah buku sahaja. Tetapi seperti kebanyakkan hal2 yg tidak ter...
17/11/2023

Sebenarnya pada tahun 2023 bercadang untuk menerbitkan 3 buah buku sahaja. Tetapi seperti kebanyakkan hal2 yg tidak terduga di dalam hidup, sy menemui diri saya, di dalam bilik kecil kami pada suatu malam yg sunyi, memandang sekeping potret dgn sebuah manuskrip di atas meja; maka terlahirlah terjemahan, serba ringkas, karya White Night Dostoyevsky.
Jadi tahun ini telah menerbitkan 4 buah buku terjemahan. Satu daripadanya, akan diterbitkan secara bersama dgn penerbit lain dijangkakan hujung bulan ini. Harapan kecil kami, pembaca yg budiman akan terus menyokong usaha kami dgn membeli buku2 terbitan kami supaya lebih banyak karya2 luar akan diterjemahkan selaras dgn usaha kerajaan untuk memartabatkan bahasa Malaysia (ceywahh).
Dengan itu, secara rasminya PRATEMPAH telah dibuka dan akan berlansung sehingga 24 November. Dapatkan penjimatan dengan membeli lebih. DM untuk pembelian. Terima kasih atas sokongan. Salam sejahtera, kepada satu, dan semuanya.
# #

27/10/2021
Paradoks Iman KierkegaardIman menurut Kierkegaard adalah sesuatu paradoks; mempercayai keabsurdan tetapi tidaklah p**a d...
20/07/2021

Paradoks Iman Kierkegaard
Iman menurut Kierkegaard adalah sesuatu paradoks; mempercayai keabsurdan tetapi tidaklah p**a ditemani dengan keyakinan yg selamat, bukannya kewarakkan tenang yg kita biasa lihat di kalangan org2 yg mengaku beriman. Mungkin kita akan mencemuh malahan menghukum seseorang yg mahu membunuh anaknya sendiri dgn alasan ianya perintah Tuhan. Org sebegini pastinya dianggap kurang siuman atau mungkin penangih syabu (seperti kebanyakkan kes) atau mungkin di dlm kemungkinan yg paling jauh sekali - telah mendengar suara tuhan. Tetapi jarang sekali org sebegini dianggap beriman. Seorang fundamentalis agama mungkin melakukan perkara2 yg dahsyat pada kita mengikut pegangan2 yg dipercayainya, tetapi imannya tidaklah dapat dibandingkan dgn Abraham. Kerana seorang fundamentalis mungkin membayangkan syurga yg indah bagi menjustifikasikan tindakannya, juga tidak adanya pengorbanan dan penyerahan Maha besar. Tetapi dalam kes Abraham, tiada apa yg balasan yg boleh diharapkan, tuhan hanya mahu mengujinya, dia diperintahkan untuk menyerahkan sesuatu yg paling disayanginya, dan selepas itu mempercayai keabsurdan; tuhan Abraham tidak menjanjikan apa2, dia hanya mahukan Issac sebagai bukti kesetiaan Abraham. Adalah sesuatu hal yg tidak masuk akal (absurd) untuk Tuhan memberikan Abraham anak lelaki setelah berpuluh tahun penantiannya, hanya untuk dikorbankannya kemudian, dan pada saat getir terakhir menggantikannya dengan haiwan korban ; ini mungkin satu jenaka tuhan yg paling gelap. Tetapi Abraham tetap melakukannya, dia tetap mengangkat pisau. Hanya dengan tindakkan itulah yg menjadikannya Bapa Keimanan, kerana Iman itu adalah perbuatan; pergerakkan pisaunya yg bersedia untuk jatuh, bukannya sesuatu yg berada di dalam fikiran atau perasaan, tetapi perbuatan gila yg dilakukan dengan rasa, menurut Kierkegaard, 'Takut dan Menggeletar.'
✍️.press
# # #

Musim bunga di Bukit Baru'Oh promosi tu hanya utk customer VIP kita saja', kata si amoi apabila ditanyakan soalan oleh H...
06/07/2021

Musim bunga di Bukit Baru
'Oh promosi tu hanya utk customer VIP kita saja', kata si amoi apabila ditanyakan soalan oleh Hamid berkenaan promosi yg diiklankan di luar. Hamid (yg nampaknya hanyalah sekadar seorang P) mengeluarkan beberapa wang kertas dan siling dgn hati yg kecewa. Matanya mencari-cari awek sorang lagi (yg baru2 ni berhijrah membuka tudung), yg mana sebelum ini ada berbual-bual dgnnya. Si Hamid pernah ditanya tentang perkerjaannya oleh gadis itu tidak lama dahulu. Dia menjawab yg dia seorang penyair, separa bergurau. Gadis itu ketawa dan menyoal di dalam ketawa yg sederhana. 'Cube belanje satu puisi bang.' Si Hamid tiba2 terdiam, memandang mata awek tersebut dgn serius, suasana menjadi tegang seketika, seakan-akan seekor anjing dari neraka baru merangkak masuk perlahan-lahan, tiba2 dia berteriak, 'Until when, when..', dengan nada Shakespearean dan tangannya yg ditujukan ke langit, kemudian ketawa. Hilaian demoniknya disambut p**a dengan gadis itu tanpa memikirkan apa yg lucu. Mereka berdua menyambung ketawa bersama dgn harmoni- Tetapi itu cerita minggu lepas.
Sebaik sahaja keluar dari syarikat kurier yg baru menaikkan harga itu, tidak jauh dari situ, di parking motor, awek yg ditunggu-tuggunya itu sedang berbual-bual dgn seorang rider panda yg tidak dikenali. Mereka nampak begitu mesra sekali. Mungkin abg rider telah memberikan teh boba sebagai umpan atau sekurang-kurangnya penghantaran percuma.
Si Hamid diam2 bergegas ke motornya, takut menganggu pasangan yg bahagia itu..
Hero kita pun berlalu pergi, menunggang Rocinante yg setia, menuju matahari, sambil mendeklamasikan:
'atau adakah ini takdirnya,
Utk hanya menjadi satu ketika,
Dekat dgn hatimu..'
-Ivan Turganev

Di dalam hatinya dia menyumpah syarikat kurier tersebut dgn perkataan2 yg paling hina yg boleh difikirkannya. .press
# # #

Selamat Ulang Tahun Dos-to-yev-sky🎉Setiap tahun pada 3&4 Julai (atau sebenarnya hari Sabtu pertama bulan Julai) bandar S...
04/07/2021

Selamat Ulang Tahun Dos-to-yev-sky🎉
Setiap tahun pada 3&4 Julai (atau sebenarnya hari Sabtu pertama bulan Julai) bandar St. Petersburg akan menyambut Hari Dostoyevsky. Tarikh tersebut sebenarnya dipilih dengan merujuk kpd ayat pertama novel Crime & Punishment iaitu: 'Pada permulaan bulan Julai, ketika waktu petang yg sgt panas, seorang pemuda keluar dari bilik kecilnya, yg disewa di Stoliarny Place menuju ke jalan raya dan dengan perlahan-lahan seolah-olah tiada arah tujuan ke arah Jambatan Kokushkin.'
Dilahirkan di Moscow pada 1821, Dostoyevsky diperkenalkan dgn sastra melalui buku, lagenda dan kisah2 dongeng. Novelnya yg pertama (Poor Folk) berjaya mendapatkan dirinya kemashuran seketika dan membolehkan dia memasuki kelompok sastrawan Petersburg. Ditangkap pada 1849 kerana menyertai kump**an sastrawan yang membincangkan buku2 yg diharamkan kerajaan, dia dihukum dgn hukuman bunuh melalui skuad penembak, hanya untuk diampunkan pada minit terakhir. Tempoh selepas pembebasannya dari Siberia dan pembuangan mungkin merupakan tempoh yg paling kreatif dan kacau bilau; dipenuhi perjudian, sawan, kemiskinan, kematian anak dan isterinya, dan juga karya2 seperti Notes from the Underground, Crime and Punishment, the Idiot, the Possessed dan the Brothers Karamazov. Dostoyevsky wafat beberapa bulan selepas penerbitan Brothers Karamazov dan ucapannya di majlis perasmian patung Pushkin.
Seorang penulis pernah mengatakan bahawa keseluruhan kewujudan Rusia dijustifikasikan dgn kelahiran Dostoyevsky. Jadi terima kasih Rusia! Terima kasih Dostoyevsky! Terima kasih anxiety! - 🌌 .press
# # #

Iklan tidak berbayar; Seni Pembohongan/Pembohongan Seni'Orang yg jujur tidak tahu tentang kebenaran', kata seorang ahli ...
29/06/2021

Iklan tidak berbayar; Seni Pembohongan/Pembohongan Seni
'Orang yg jujur tidak tahu tentang kebenaran', kata seorang ahli falsafah bermisai panjang. Ada dua pandangan yang boleh ditafsirkan daripada kenyataan ini, pertama, sifat manusia itu sendiri yg bermuka-muka, dan yg kedua, kebenaran itu sendiri yg bermasalah: tidak selalunya menyenangkan, hingga terpaksa ditutupi, diselewengkan. Galileo Galilei menukar pandangannya mengenai peredaran bumi sebaik sahaja ia mengancam nyawanya. Dan dia tidaklah dipandang hina oleh sebab ketidakjujurannya. Di dalam fiksyen penipuan adalah sahabat dan musuh terbaik seorang penulis. Sahabat, kerana melaluinya satu dunia baru diciptakan, musuh, kerana selepas dunia itu disiapkan, dunianya sendiri, dunia yg sebenar tidak lagi wujud; dia perlu hidup di dlm penipuannya. Adakah seseorang itu mampu benar2 jujur dengan dirinya?(tentulah maksud sy penulis yg tahu tentang Kebenaran [dengan K huruf besar] yg relatif dgn apa yg dipegangnya). Montaigne yg terkenal dgn esei2 pengakuannya juga tidaklah sejujur yg dirinya sendiri sangkakan. Kerana sifat menulis itu sendiri yg penuh pembohongan; contengan2 kertas ini mempunyai nilai disebabkan ia membawa sesuatu maksud; dan dari nilainya datangnya harga yg boleh dijadikan komoditi yg boleh digunakan, dijual beli. Untuk menulis adalah untuk mengintelektualisasikan dunia, untuk mengkompensasikanya; menjadikannya lebih baik. Untuk menipu adalah untuk hidup, untuk menujah ke arah kekosongan dgn tangan terbuka, untuk berdamai dengan kemandulan manusia, untuk memancung naga.press🐣
# # #

Address


Telephone

+60182339248

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pipit.press posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

  • Address
  • Telephone
  • Alerts
  • Claim ownership or report listing
  • Want your business to be the top-listed Media Company?

Share