09/11/2023
[Informasi @ KDN]
Keadaan di sebuah kedai nasi lemak di Kampung Wakaf Berangan, Pasir Puteh selepas berlaku kejadian tetak di premis tersebut semalam.
Sumber: Kosmo
Informasi terkini di Negeri Kelantan & sekitar Pantai Timur.
- Cakna | Telus | Pantas -
(1)
[Informasi @ KDN]
Keadaan di sebuah kedai nasi lemak di Kampung Wakaf Berangan, Pasir Puteh selepas berlaku kejadian tetak di premis tersebut semalam.
Sumber: Kosmo
[HEBAHAN @ KDN]
PROMO ISTIMEWA HARI MALAYSIA 🇲🇾🇲🇾
Nikmati harga promosi sempena Hari Malaysia dan PERCUMA pemeriksaan gigi.
Jika tak boleh datang hari ni, jangan risau sebab promosi berlangsung sehingga 13 Oktober 2023.
Jangan lupa pakat share ke adik-adik, kakak-kakak, ibu-ibu dan ayah-ayah deh.
Boleh walk-in ke klinik kami atau nak book appointment pun boleh. Hubungi nombor berikut ;
https://www.wasap.my/60135309161
[Informasi @ KDN]
Berumur 18 - 65 tahun berminat menjadi Pengawas Peperiksaan SPM 2023 dijadualkan bermula 30 Januari - 7 Mac 2024 bolehlah memohon di 👉🏻https://bit.ly/44KmnxL .
(Elaun dibayar berdasarkan bilangan hari bertugas).
Pelajar universiti yang cuti semester atau pesara boleh memohon. Yang penting mempunyai kenderaan sendiri, lesen masih hidup dan cukai jalan tidak tamat tempoh.
Cara memohon:
1. Klik pada pautan
2. Masukkan email
3. Pilih Negeri
4. Pilih Pejabat Pendidikan Daerah (Daerah)
5. Isi Maklumat Diri
DAFTAR SEBELUM 👉🏻 31 OKTOBER 2023 👈🏻
Sumber: Malaysia Mendidik
[Hebahan @ KDN]
𝐌𝐀𝐊𝐋𝐔𝐌𝐀𝐍‼️
PEMBUKAAN JALAN LENCONGAN LINGKARAN TENGAH UTAMA (LTU) PAKEJ 3B DAN 3C - PERSIMPANGAN TMN WANGI KE PETRONAS PERSIARAN RAYA.
⛔ KENDERAAN BERAT DILARANG MENGGUNAKAN JALAN LENCONGAN⛔
Sumber: Jabatan Kerja Raya Gua Musang
[Kenyataan Media @ KDN]
Penjelasan MPKB-BRI berhubung hantaran tular seorang pengguna di facebook.
Sumber: MPKB-BRI
[Hebahan @ KDN]
Permohonan sebagai pemerhati bagi PRU DUN ke-15 dibuka bermula 15 Jun sehingga 07 Julai 2023.
Sumber: SPR
[Berita Semasa @ KDN]
DUN KELANTAN BUBAR 22 JUN
KOTA DARULNAIM – Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan secara rasminya dibubarkan pada 22 Jun depan bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri (PRN).
Demikian kenyataan Menteri Besar YAB Ustaz Dato’ Bentara Kanan Ahmad Yakob pada majlis pengistiharan pembubaran DUN Kelantan bagi penggal ke-14, disaksikan Timbalan Menteri Besar YB Dato’ Mohd Amar Abdullah dan Speaker DUN Kelantan YB Dato’ Abdullah Yakob.
“Hari ini saya membuat pengisytiharan pembubaran DUN Kelantan bagi penggal ke-14,
setelah mengadap KDYMM Sultan Kelantan bagi memohon perkenan pembubaran DUN mengikut Fasal 2 Perkara 46 Undang-Undang Tubuh Kerajaan Kelantan yang memperuntukkan bahawa Sultan boleh membubarkan DUN,” katanya pada sidang media selepas mesyuarat exco di Mabna, hari ini.
Tambahnya, beliau akan segera menghantar notis berkaitan pembubaran DUN itu kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi tindakan lanjut untuk diproses dalam tempoh 60 hari.
Terdahulu, Kelantan adalah antara enam negeri yang akan mengadakan PRN dalam masa terdekat, termasuk Terengganu, Kedah, Pulau Pinang, Negeri Sembilan dan Selangor.
Sumber: UPKN
Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan dibubarkan pada 22 Jun ini - MB Kelantan
[Berita Semasa @ KDN]
'SAYA REDA UMI PERGI' - PELAJAR CEMERLANG SPM
Bachok: "Saya sedaya-upaya cuba tutup (penderitaan keluarga) tetapi terbuka juga selepas dapat keputusan cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)," kata pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Muhammad Syahril Saidi.
Syahril, 18, kini bergelar yatim piatu selepas ibu tercinta, Tuan Faridah Tuan Ismail, 53, menghembuskan nafas terakhir pada 8.20 malam tadi.
Remaja itu bagaimanapun enggan ditemubual kerana masih terkejut dengan pemergian ibunya yang dipanggil Umi.
Dia hanya berkata reda dengan pemergian ibunya itu ketika menerima lawatan dan ucapan takziah daripada Ahli Parlimen Bachok Mohd Syahir Che Sulaiman.
Ahli keluarga pelajar itu, Zainab Othman, 58, berkata, cucu saudaranya pernah meluahkan perasaan tentang tumpuan media dan orang ramai terhadap dia dan ibunya.
"Mereka dah derita lama, saya beritahu cucu (Syahril) mungkin ini cara Allah angkat darjat awak dan arwah ibu," katanya ketika ditemui di rumah sewa pelajar itu di Kampung Kandis di sini, hari ini.
Jenazah Allahyarhamah ibu pelajar itu dijangkakan disolatkan di Masjid Pondok Moden, Kandis sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Padang Lati pagi hari ini.
Ibu pelajar berkenaan sebelum ini sakit angin Ahmar sejak 2019 sebelum semakin lemah empat hari sebelum keputusan SPM diumumkan, Khamis lalu.
Keadaan ibunya menyebabkan Syahril tidak sampai hati untuk meninggalkan ibunya bagi mengambil keputusan SPM.
Dia mencatatkan kuputusan 11A tunggal di sekolahnya, Sekolah Menengah Ugama (A) Darul Iman diraikan warga sekolah yang hadir ke rumahnya untuk menghantar keputusan SPM sehingga videonya menjadi tular di media sosial.
Sumber: Metro
[Berita Semasa @ KDN]
IBU PELAJAR CEMERLANG 11A SPM MENINGGAL DUNIA
Bachok: Ibu kepada pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang mendapat 11A, Muhammad Syahril Saidi, 18 meninggal dunia, malam ini.
Allahyarhamah Tuan Faridah Tuan Ismail, 53, meninggal dunia kira-kira 8 malam tadi.
Penghulu Mukim Kandis, Razali Yasod berkata, mengesahkan kejadian dan berkata, dia mengetahui berita kematian ibu pelajar cemerlang itu Maghrib tadi.
Katanya, dia terus ke rumah Syahril dan setakat ini, lebih 30 ahli keluarga dan orang ramai hadir ke rumah pelajar berkenaan di Kampung Kandis.
"Difahamkan jenazah akan disolatkan di sini sebelum dikebumikan di Kampung Padang Lati, iaitu kampung asal arwah.
"Ketika ini saya masih berada di rumah Syahril untuk membantu dengan ahli keluarga lain," katanya ketika dihubungi, tadi.
Terdahulu, kisah Syahril tular selepas pengorbanan pelajar Sekolah Menengah Ugama (A) Darul Iman, Beris Lalang itu menjaga ibu yang sakit namun berjaya memperoleh keputusan semua A dalam SPM yang diumumkan, Khamis lalu.
Syahril menerima keputusan SPM daripada pihak sekolah yang hadir ke rumahnya kerana dia tidak dapat ke sekolah kerana menjaga ibunya yang tidak sihat kerana sakit angin Ahmar sejak 2019.
Pemergian Tuan Faridah yang dipanggil Umi oleh Syahril turut dikongsi pemimpin setempat dan laman kump**an di media Sosial seperti Perantau Bachok sejak malam tadi.
Sumber: Metro
Keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Tahun 2022 akan diumumkan 8 Jun ini - KPM
[Berita Semasa @ KDN]
BAYARAN SAGUHATI LEMBAGA PENGARAH AKSB MELUKAKAN HATI RAKYAT KELANTAN
KOTA BHARU: Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) Kelantan kecewa sekiranya pemberian wang saguhati kepada Ahli Lembaga Pengarah Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) benar berlaku, ketika isu air di negeri itu tidak selesai.
Timbalan Yang Dipertua Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Negeri Kelantan, Azwan Mat Hussain, berkata sebagai rakyat Kelantan beliau rasa terkilan dengan perkara itu.
Katanya, jika pemberian itu benar, ia akan mengguris hati rakyat yang masih dibelenggu dengan masalah air yang berpanjangan.
"Walaupun pemberian wang saguhati itu tidak salah dari segi undang-undang, namun ia memberi kesedihan dan kelukaan kepada pengguna AKSB yang mengalami masalah air.
"Justeru, saya meminta pihak AKSB menyelesaikan masalah air ini untuk kesejahteraan rakyat terutama pengguna AKSB," katanya ketika ditemui di sini, hari ini.
Media semalam melaporkan, tular satu notis mengenai pemberian saguhati Aidilfitri dipercayai kepada sembilan Ahli Lembaga Pengarah AKSB masing-masing sebanyak RM10,000 seorang.
Selain itu turut dinyatakan dalam notis itu mengenai pemberian sagu hati kepada semua kakitangan sebanyak RM200 dan kepada setiausaha syarikat sebanyak RM2,000.
Mengulas lanjut, Azwan turut mencadangkan supaya kerajaan negeri memberi peluang kepada syarikat atau pelabur lain untuk membekalkan air kepada rakyat negeri ini.
"Saya cadang syarikat ini menjadi syarikat kedua selepas AKSB untuk sama-sama membantu bagi menyelesaikan masalah air. Beri peluang kepada syarikat lain dan kemungkinan isu air ini akan dapat diselesaikan," katanya.
Sementara itu, pemaju perumahan, Syed Gamal Syed Kechik, berkata dia berasa sedih dengan masalah yang dialami penduduk di negeri ini.
"Sebagai contoh, saya lihat rumah saudara sendiri tidak mempunyai air sejak sebulan lalu dan terpaksa mengambil air di masjid berdekatan untuk mandi dan mengambil air sembahyang.
"Saya berharap masalah ini dapat diselesaikan kerana bukan semua rakyat mampu untuk membuat telaga tiub yang memerlukan kos melebihi RM1,000," katanya.
Sumber: Berita Harian
[Berita Semasa @ KDN]
MAUT KEPALA TERHENTAK KE BATU KETIKA MANDI DI LATA BERANGIN
Kota Bharu: Keriangan berkelah bersama keluarga bertukar tragedi apabila seorang daripada mereka maut dipercayai akibat terhentak ke batu ketika terjun dari ketinggian kira-kira tiga meter di sebuah lokasi riadah di sini.
Kejadian jam 2.30 petang semalam di Lata Berangin, Kuala Krai itu menyebabkan Mohd Syazmer Mohd Rodi, 32, maut di lokasi kejadian selepas pecah kepala akibat terhentak di batu sebelum tenggelam.
Kakak ipar mangsa, Mazlinda Leo Azaman, 33, berkata, mereka ke lokasi peranginan itu bersama ahli keluarga lain dengan menaiki tiga kereta dan bertolak jam 8.30 pagi.
"Selepas solat Jumaat, kami turun ke lata untuk mandi-manda dan adik ipar kelihatan sangat teruja malah berulang kali melakukan aksi terjun dengan ketinggian kira-kira tiga meter.
"Saya dan isteri mangsa berada tidak jauh darinya dan memang nampak dia bersama beberapa pengunjung lain melakukan aksi itu namun tidak lama kemudian, kami terdengar keadaan menjadi kelam-kabut.
"Dalam hati saya sudah rasa ada sesuatu yang buruk berlaku kerana sebelum itu adik ipar baru lepas terjun dan sebaik mendekati lokasi, seorang daripada pengunjung memberitahu ada orang kemalangan dan kelihatan darah di permukaan air," katanya ketika ditemui di Kampung Sokor, Kok Lanas, di sini, hari ini.
Mazlinda berkata, beberapa pengunjung membantu mencari adik iparnya yang masih tenggelam dan selepas 25 minit, mangsa ditemukan di celah batu di dasar lata berkenaan.
Menurutnya, sebaik dinaikkan ke darat, dia cuba menekan dada mangsa dan memberi bantuan pernafasan namun tidak lama kemudian baru perasan bahagian tengah kepala mangsa terbelah dipercayai terhentak batu.
"Tidak lama kemudian pihak bomba dan wakil perubatan tiba sebelum mengesahkan adik ipar sudah meninggal dunia.
"Dia dibawa ke Hospital Kuala Krai dan hasil imbasan yang dilakukan di kepala juga menunjukkan bahagian itu seakan terkopak dan doktor mengesahkan punca kematiannya disebabkan perkara itu," katanya.
Mangsa yang juga bapa kepada empat cahaya mata yang berusia lima hingga 11 tahun dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sokor, Kok Lanas jam 3 pagi tadi.
Sementara itu, isterinya, Shaidatul Hasmira Leo Azaman, 31, berkata, tiada perubahan ketara ditunjukkan suaminya sebaliknya sering menunjukkan rasa terujanya terhadap rumah yang baru didiami mereka dua bulan lalu.
"Kami baru dua bulan mendiami kediaman Rumah Mesra Rakyat (RMR) dan suami sangat teruja dan sering termenung sambil melihat rumah ini seakan memberi petanda dia tidak akan tinggal lama.
"Dia juga sering meminta saya merakamkan gambarnya sama ada dalam atau luar rumah dengan alasan sekadar kenangan dan kini baru saya faham maksudnya," katanya.
Sumber: Metro
[Berita Semasa @ KDN]
BEKALAN GULA KEMBALI DI PASARAN KELANTAN
Kota Bharu: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kelantan memaklumkan hampir 250,000 kilogram (kg) bekalan gula akan diedarkan di pasaran negeri ini, hari ini.
Pengarahnya, Azman Ismail berkata, ia susulan bekalan gula terputus sejak 1 Syawal lalu sehingga pihaknya menerima banyak aduan daripada pengguna.
"Saya pergi ke pemborong utama semalam dan kita mengarahkan hampir 250,000 kg gula diedarkan di lapan daerah di negeri ini mulai hari ini.
"Sebenarnya isu gula ini berlaku salah faham di antara pembekal dan pemborong. Ada pembekal tertumpu kepada pemborong tertentu dan hanya memohon bekalan kepada pemborong lain ketika bekalan berkurangan.
"Namun dengan pelepasan hampir 250,000 kg gula ini, kita jangka masalah bekalan dapat diselesaikan dalam tempoh beberapa hari," katanya ketika dihubungi.
Ditanya sama ada bekalan gula terputus ada kaitan dengan dakwaan akan berlaku kenaikan harga, Azman berkata, itu antara salah satu faktor.
"Di Kelantan kita tiada pengilang, kita hanya ada pemborong. Pengilang di Melaka dan Johor memohon untuk kenaikan harga, namun tidak diluluskan oleh kerajaan.
"Dengan adanya bekalan gula bermula hari ini, saya berharap penduduk di negeri ini tidak membuat pembelian panik bagi memastikan bekalan itu mencukupi untuk semua," katanya.
Terdahulu, portal berita Harian Metro melaporkan bekalan gula di negeri ini terputus sejak 1 Syawal lalu sehingga menimbulkan keresahan di kalangan peniaga dan penduduk.
Tinjauan dilakukan di beberapa daerah mendapati bekalan gula kehabisan sama ada di kedai runcit dan pasar raya.
Sumber: Metro
[Berita Semasa @ KDN]
BAYI MELECUR AKIBAT 'TERSIRAM' KUAH KACANG PANAS
Tanah Merah: Bayi perempuan melecur di beberapa anggota badan selepas 'tersiram' kuah kacang panas di rumahnya di Kampung Bukit Gading, di sini, Jumaat lalu.
Dalam kejadian kira-kira 8.30 malam, mangsa Nur Armel Belindha Irme, 17 bulan melecur 10 peratus di perut, paha, kaki dan sebahagian muka.
Ibunya, Noor Amnie Syazwanie Azman, 26, berkata kejadian berlaku ketika dia sedang menyediakan kuah kacang untuk dibekalkan kepada seorang ahli keluarga.
"Kuah kacang yang masih panas itu saya masukkan ke dalam bekas dan diletakkan di atas meja.
"Anak (Armel) datang menghampiri tiba-tiba dan terus mencapai bekas itu sebelum kuah kacang yang masih panas 'tersiram' ke seluruh tubuhnya menyebabkan dia terus meraung.
"Dalam keadaan panik, saya mendukungnya ke bilik mandi untuk membersihkan kotoran itu sebelum bergegas ke hospital," katanya ketika dihubungi, hari ini.
Noor Amnie berkata, ketika dalam perjalanan ke Hospital Tanah Merah, tubuh anak bongsu daripada dua beradik itu kemerah-merahan dan ada gelembung selain tidak berhenti menangis.
Katanya, bayinya menerima rawatan selama beberapa jam di zon kecemasan sebelum dipindahkan ke wad biasa.
"Doktor memberitahu anak saya melecur 10 peratus dan lukanya perlu dibalut bagi mengelakkan jangkitan kuman.
"Setiap hari luka Armel perlu dicuci dan setiap kali itulah saya tidak sanggup melihatnya meraung kesakitan.
"Apa yang penting sekarang adalah kesembuhan anak saya dan diharap kejadian ini dapat menjadi pengajaran buat orang lain," katanya.
Sumber: Metro
Waspada!!! Amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang sehingga 9 malam ini di Jeli, Kuala Krai dan Gua Musang.
[Lensa @ KDN]
GUILLEMARD VIEW, KUSIAL TANAH MERAH
Guillemard View merupakan destinasi yang korang wajib singgah balik dari rumah terbuka raya. Selain boleh ber'ootd' dengan landskap yang menarik di sini, korang juga dapat melihat keretapi melalui Guillemard Bridge.
Lokasi: Kusial, Tanah Merah
Kredit Foto: Papazam @ KDN
[Berita Semasa @ KDN]
POLIS BURU LELAKI BERKOPIAH CURI BEG DI MASJID MUHAMMADI
KOTA BHARU – Polis memburu seorang lelaki yang mencuri beg silang milik seorang jemaah semasa sedang menunaikan solat zuhur di Masjid Muhammadi di sini pada Rabu lalu.
Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Mohd. Rosdi Daud berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kes tersebut pada pukul 2.50 petang pada hari yang sama selepas kira-kira sejam 20 minit kejadian berlaku.
Menurutnya, mangsa menunaikan solat di Masjid Muhammadi di sini dan meletakkan beg silang miliknya di bahagian kaki sebelum mendapati barangan tersebut hilang.
“Pemeriksaan menerusi rakaman sistem televisyen litar tertutup (CCTV) mendapati, seorang lelaki telah mengambil beg silang itu semasa mangsa sedang sujud dan melarikan diri.
“Suspek disyaki berusia dalam lingkungan 30-an dan memakai seluar panjang berwarna hitam, baju kemeja warna putih dan berkopiah putih,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Mohd. Rosdi memberitahu, usaha mengesan suspek sedang giat dijalankan.
Menurutnya, orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai suspek diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi Sarjan Mohd. Hafiz Muhammad Khila di talian 013-952 9828 atau 09-775 2200.
Sumber: Kosmo
[Berita Semasa @ KDN]
KKM SAHKAN HANYA 1 KEMATIAN AKIBAT STROK HABA DI KELANTAN
Kuala Lumpur: Hanya satu kes kematian akibat strok haba di Kelantan membabitkan kanak-kanak berusia 11 tahun manakala kematian bayi berusia 19 bulan di negeri itu bukan disebabkan strok haba seperti dilaporkan media, demikian menurut Kementerian Kesihatan (KKM).
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Muhammad Radzi Abu Hassan, berkata hasil siasatan awal pihak Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan mendapati penyebab kematian kanak-kanak berusia 11 tahun adalah heat stroke with severe dehydration.
"Kematian bayi berusia 19 bulan p**a disebabkan severe dehydration with underlying sepsis dan bukan disebabkan strok haba sebagaimana laporan media," katanya, dalam kenyataan di sini, hari ini.
Menurut beliau, sehingga hari ini terdapat lima kes penyakit berkaitan cuaca panas dilaporkan dengan tiga kes dilaporkan di Sarawak membabitkan dua kes kekejangan haba dan satu kes kelesuan haba.
Dr Muhammad Radzi berkata pendedahan kepada cuaca panas dalam tempoh lama dan kurang minum air boleh memudaratkan kesihatan terutamanya kepada golongan yang berisiko tinggi seperti kanak-kanak, golongan warga emas dan mereka yang mempunyai penyakit kronik.
Beliau berkata gejala penyakit akibat cuaca panas melampau adalah sakit kepala, keletihan, kurang tumpuan, pening, lemah-lemah otot atau kekejangan, rasa mual dan keadaan yang terlalu teruk boleh mengakibatkan dehidrasi, kekeliruan dan tidak sedarkan diri atau koma.
Justeru, beliau mengingatkan orang ramai terutamanya mereka yang menyambut perayaan Aidilfitri atau bercuti ketika cuaca panas ini supaya mengambil langkah pencegahan termasuk merancang aktiviti beraya atau ziarah dan elakkan waktu puncak cuaca panas antara jam 11 pagi hingga 4 petang.
"Banyakkan minum air kosong walaupun tidak berasa dahaga sekurang-kurangnya lapan gelas sehari bagi mengekalkan tahap hidrasi untuk mengawal atur suhu badan. Kurangkan minum air manis, berkafein dan berkarbonat kerana ia tidak baik untuk hidrasi badan.
"Golongan berisiko tinggi seperti bayi, kanak-kanak dan warga emas, perlu dipastikan minum air secukupnya bagi mengelakkan dehidrasi serta awasi gejala keletihan dalam kalangan bayi, kanak-kanak dan warga emas kerana mereka mungkin mengalami dehidrasi tanpa disedari," katanya.
Sumber: Bernama
[Berita Semasa @ KDN]
UGUT NAK BALING MERCUN KE ARAH PERDANA MENTERI, POLIS TAHAN SEORANG LELAKI
Kota Bharu: Polis menahan seorang lelaki semalam selepas disyaki mengeluarkan kenyataan berbaur ugutan terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Lelaki berusia 24 tahun itu ditahan pada 10.30 malam di pekarangan Balai Polis Binjai di sini, susulan satu laporan polis yang diterima.
Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, kira-kira 12 tengah hari semalam, polis Kontinjen Kelantan mengesan ciapan yang memaparkan tangkap layar individu mengeluarkan kenyataan berbaur ugutan 'boleh pasang nanti bang Non Mai Klate, kasi ajar sikit' sambil memegang mercun bola.
Katanya, ciapan itu dimuat naik oleh pemilik akaun Twitter Mat Sekilau/Membalak@apanakdikato.
"Kenyataan itu dipercayai ditujukan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Hasil pemerhatian mendapati sumber asal posting dimuat naik oleh suspek di TikTok , walau bagaimanapun semakan mendapati video itu sudah dipadam.
"Bertindak atas laporan polis yang diterima, tangkapan dibuat ke atas suspek," katanya menerusi satu kenyataan media di sini, hari ini.
Muhamad Zaki berkata, suspek ditahan reman selama tiga hari yang bermula hari ini sehingga 30 April ini untuk siasatan lanjut.
Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
Sumber: Metro
[Kenyataan Media @ KDN]
Dua suspek yang menunggang motosikal secara merbahaya telah ditahan dan ditangkap di pekarangan Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Bharu.
Sumber: Polis Daerah Kota Bharu
[Berita Semasa @ KDN]
PEMUDA LEMAS KETIKA PUKAT IKAN DI PESISIR PANTAI
BACHOK – Seorang lelaki dikhuatiri lemas selepas dihanyutkan ombak besar ketika memukat ikan bersama rakan-rakannya di Pantai Telong, di sini semalam.
Dalam kejadian kira-kira pukul 7.00 malam itu, mangsa, Mohamad Azwan Mohd. Azman, 28 dipercayai ditarik arus ombak sebelum dihanyutkan ke tengah laut.
Timbalan Pengarah Operasi Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Kelantan, Komander Maritim Khairun Dalilah Baharin berkata, mangsa dipercayai memukat ikan menggunakan kaedah pukat tarik di pesisir pantai itu bersama dua rakan dan empat orang kanak-kanak.
Menurutnya, APMM Kelantan menerima laporan berhubung kehilangan mangsa kira-kira pukul 8.20 malam sebelum operasi mencari dan menyelamat (SAR) diaktifkan.
“Bot Perkasa 32 bergegas ke lokasi kejadian pada pukul 8.45 malam untuk membantu SAR selain APMM membuka pangkalan hadapan pasukan penyelamat di pesisir Pantai Telong.
“Mangsa berasal dari Labok, Machang selain kali terakhir dilihat memakai baju dan seluar berwarna hitam,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Khairun Dalilah memberitahu, pasukan penyelamat membabitkan seramai 35 anggota polis, bomba Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) membantu SAR.
Katanya, SAR terpaksa ditangguhkan berikutan cuaca gelap pada pukul 11.30 malam tadi sebelum disambung semula pagi ini.
Sumber: Kosmo
[Berita Semasa @ KDN]
KEMATIAN 2 BUDAK DIKAITKAN STROK HABA DI KELANTAN MASIH DALAM SIASATAN
Kota Bharu: Punca kematian dua kanak-kanak berusia 11 dan setahun tujuh bulan yang dilaporkan meninggal dunia dipercayai akibat strok haba masih lagi dalam siasatan.
Perkara itu disahkan Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK), Datuk Dr Zaini Hussin menerusi aplikasi WhatsApp kepada Bernama, hari ini.
Sebelum ini, tular dalam media sosial mengenai kematian dua kanak-kanak iaitu seorang kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun yang meninggal dunia di Klinik Kesihatan Balai, Bachok dan seorang kanak-kanak perempuan berusia setahun tujuh bulan dari Kampung Kota, di sini, meninggal dunia Selasa lepas dipercayai akibat strok haba.
Sumber: Bernama
[Berita Semasa @ KDN]
PARAS AIR EMPANGAN BUKIT KWONG SUSUT
Kota Bharu: Cuaca panas menyebabkan paras air di Empangan Bukit Kwong, dekat Rantau Panjang susut di bawah paras normal hari ini.
Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Kelantan, Kamal Mustapha berkata, bacaan air di empangan berkenaan kini berada pada paras 16.38 meter (m) sehingga jam 8 pagi tadi berbanding paras normal iaitu 16.76 m.
Katanya, keadaan air belum berada dalam paras kritikal walaupun cuaca panas dalam tempoh yang lama sebelum ini.
"Bacaan paras air di empangan itu trendnya juga tidak berubah dalam tempoh 24 jam yang lalu walaupun berlaku hujan semalam.
"Ia berikutan air hujan tidak masuk di dalam kawasan tadahan menyebabkan air masih berada di bawah paras normal sejak beberapa hari lalu," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.
Beliau berkata, empangan berkenaan sebelum ini membekalkan air kepada pertanian di sekitar Rantau Panjang bagi keperluan padi, kelapa sawit, getah dan tanaman lain.
Menurutnya, pembekalan air ke kawasan pertanian di kawasan itu juga berjalan lancar berikutan paras air yang masih banyak.
"Jika berlaku hujan dalam tempoh beberapa hari ini kemungkinan paras air di empangan itu akan kembali ke paras normal," katanya.
Sumber: Metro
[Informasi @ KDN]
PENUTUPAN SEMENTARA JALAN SEMPENA PERAYAAN HARI RAYA AIDILFITRI
Untuk makluman beberapa jalan di Daerah Kuala Krai akan ditutup sementara sempena perayaan Hari Raya Aidilfitri. Mohon kerjasama pengguna jalanraya yang melalui Jalan Gua Musang - Kota Bharu untuk mengambil maklum tentang notis penutupan jalan ini.
Dilampirkan senarai jalan dan laluan yang terlibat sepertimana berikut:-
📍Penutupan sementara lampu isyarat 🚦Batu Balai, Kuala Krai ditutup sementara sempena perayaan Aidilfitri.
📍Bagi pengguna jalan raya dari Guchil yang ingin menggunakan laluan ke Batu Balai boleh membuat pusingan di jambatan Tok Bok 500 meter di hadapan manakala pengguna jalan raya dari Batu Balai - Sg Durian - Kota Bharu boleh menggunakan laluan melalui pusingan U di lampu isyarat 🚦 Guchil.
📍Penutupan Simpang 3 Chenulang. Bagi pengguna jalanraya dari Chenulang, Kg Enggong, Sg Durian perlu menyusur kiri ke arah pusat bandar.
📍Penutupan Jalan KTM ke pusat bandar. Pengguna jalan raya perlu melalui jalan sehala melalui bulatan KTM untuk ke pusat bandar.
Sumber: Polis Daerah Kuala Krai
[Kenyataan Media @ KDN]
Kelantan umum hari Selasa, 25 April 2023 sebagai Hari Kelepasan Am (cuti peristiwa).
[Berita Semasa @ KDN]
TEMPAHAN HOTEL DI KELANTAN PENUH SEPANJANG AIDILFITRI
KOTA BHARU - Tempahan hotel di negeri ini sudah penuh sepanjang sambutan Hari Raya Aidilfitri yang bermula hujung minggu ini.
Perkara tersebut diakui oleh Pengerusi Persatuan Hotel Malaysia (MAH) Cawangan Kelantan Maimun Mohd Hussain.
"Semua 18 buah hotel yang bernaung di bawah MAH Kelantan sudah penuh.
"Situasi itu membantu pihak kami untuk 'bernafas' dalam suasana ekonomi hari ini," katanya kepada Sinar Harian pada Selasa.
Tempahan hotel menjadi trend terbaharu dalam kalangan perantau yang p**ang menyambut Aidilfitri di kampung halaman.
Tindakan itu dipercayai bertujuan mengurangkan 'kesesakan' di rumah ibu bapa masing-masing apabila semua adik beradik berkumpul.
Pada masa sama ramai yang memilih pendekatan itu bertujuan untuk menjaga aurat antara ipar-duai.
Sumber: Sinar Harian
[Informasi @ KDN]
TAPAK HENTIAN BAS TAMBAHAN MUSIM PERAYAAN 2023
Adalah dimaklumkan sempena Musim Perayaan 2023, Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) Tunjong telah ditetapkan sebagai Pusat Hentian untuk semua bas tambahan.
Semua warga kota dan perantau yang menggunakan khidmat bas tambahan perlu mengambil perhatian dan sentiasa menghubungi syarikat untuk mendapatkan maklumat tepat tentang Hentian Bas Tambahan di Kota Bharu.
Semoga perjalanan anda lancar dan selamat tiba ke destinasi.
Sumber: MPKB-BRI
[Live @ KDN]
Sama-sama dengarkan..
Be the first to know and let us send you an email when Kelantan Daily News posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.
Send a message to Kelantan Daily News:
[Informasi @ KDN] Keadaan di sebuah kedai nasi lemak di Kampung Wakaf Berangan, Pasir Puteh selepas berlaku kejadian tetak di premis tersebut semalam. Sumber: Kosmo #KelantanDailyNews #pasirputeh #kelantan
[Hebahan @ KDN] Cuti Khas Persekolahan pada hari Rabu, 19 April 2023. Kepada para perantau, hati-hati ketika memandu dan semoga selamat sampai ke destinasi anda. #kelantandailynews #caknateluspantas #cutiraya #balikraya #raya2023
[Berita Semasa @ KDN] WANITA CEDERA PERAGUT BERMOTOSIKAL [VIDEO] Seorang wanita diekori dua lelaki bermotorsikal dari Jalan Sri Cemerlang, Kota Bharu. Setibanya di Jalan Kelochor penunggang lelaki meragut beg tangan di raga motor dan menyebabkan wanita itu hilang kawalan dan terjatuh. Seluruh negara patut ada CCTV macam ini. Sumber: KOSMO ONLINE #kelantandailynews #caknateluspantas #kelatekito
[Lensa@KDN] Seekor gajah memecahkan cermin tingkap rumah penduduk. Kejadian dilaporkan berlaku di Gua Musang. Sumber: Kosmo #KelantanDailyNews #caknateluspantas #kelatekito
[Berita Semasa @ KDN] KUNCI JADI REBUTAN SELEPAS BANJIR DI RANTAU PANJANG RANTAU PANJANG: Selain peralatan rumah, kunci juga menjadi 'rebutan' dalam kalangan mangsa banjir di Rantau Panjang, Kelantan, lapor wartawan Sinar Harian, Hazelen Liana Kamarudin. Ia diakui sendiri oleh tukang kunci, Mohd Azlan Ab Ghani, apabila tidak menang tangan memenuhi permintaan pelanggan bagi mendapatkan kunci pendua selepas ianya hilang disebabkan banjir melanda. Katanya, sepanjang pasca banjir, permintaan terhadap kunci baharu sangat tinggi. Sumber: Sinar Harian #kelantandailynews #caknateluspantas #kelatekito
[Berita Semasa @ KDN] COVID-19: PENDUDUK KELANTAN KEMBALI MEMAKAI PELITUP MUKA Kota Bharu: Penduduk di Kelantan kini kembali memakai pelitup muka kerana bimbang peningkatan kes Covid-19 selain kemasukan varian baharu. Walaupun kesedaran berhubung kepentingan memakai pelitup muka masih rendah di negeri ini, namun sejak kebelakangan ini kelihatan ramai yang mula memakainya. Tinjauan di pasar raya dan Pasar Siti Khadijah di sini turut mendapati lebih 20 peratus pengunjung mula memakai pelitup muka. Malah, kebanyakan mereka turut memaklumkan kembali memakai pelitup muka sejak kebelakangan ini kerana bimbang susulan laporan mengatakan berlaku peningkatan kes Covid-19. Pengunjung, Asma Abdullah, 28, turut mengakui sebelum ini sudah tidak memakai pelitup muka kerana keadaan semakin baik, namun kembali memakainya sejak dua minggu lalu. "Pada mulanya saya sudah rasa selamat kerana seolah-olah isu Covid-19 sudah reda, namun sejak kebelakangan ini ia kembali hangat diperkatakan. "Malah berdasarkan laporan semalam mengatakan terdapat kemasukan varian baru menyebabkan saya kembali bimbang dan merasakan perlu memakai pelitup muka. "Malah, saya melihat orang ramai juga semakin ramai mengenakan pelitup muka, bukan saya sahaja," katanya. Pengunjung, Hafiz Awang, 35, turut berpendapat sama dan berharap lebih ramai penduduk di Kelantan mengambil pendekatan yang sama. "Jika dibandingkan di Kuala Lumpur, saya melihat kesedaran pemakaian pelitup muka di Kelantan jauh berbeza kerana mungkin rakyat merasakan Covid-19 sudah tiada. "Namun sejak kebelakangan ini, semakin ramai yang mengenakan pelitup muka dan saya sendiri rasa bimbang sekiranya tidak memakai pelitup muka," katanya. Sementara itu, Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri, Datuk Dr Zaini Hussin turut menyarankan penduduk di Kelantan supaya mengamalkan langkah pencegahan dengan memakai pelitup muka. "Kita akui kesedaran penduduk berhubung pelitup muka masih rendah, namun saya berharap penduduk kembali memakainya bagi menge
[Berita Semasa @ KDN] PENDUDUK RESAH BANJIR KILAT AKIBAT MASALAH PERPARITAN Kota Bharu: Hampir 500 penduduk di Taman Wadi Iman, Kok Lanas, di sini, mengeluh apabila terpaksa menanggung kerugian apabila harta benda musnah dalam banjir kilat kerana masalah sistem perparitan sejak empat tahun lalu. Mereka mendakwa belum ada penyelesaian dilakukan pihak berkuasa tempatan (PBT) sehingga kini walaupun aduan sudah dibuat. Penduduk Muhammad Abdul Hakim Adnan, 27, berkata dia rasa kecewa kerana pihak berwajib tidak cakna mengenai masalah mereka sehingga menyebabkan penduduk dibebani perasaan bimbang setiap kali hujan lebat. "Apabila hujan lebat berterusan selama empat hingga tiga jam, kawasan penempatan kami akan dinaiki air. "Dalam banjir baru-baru ini, sebanyak 40 rumah terjejas sehingga ada yang dinaiki air setinggi 0.3 meter dalam rumah dan jumlah kerugian akibat kerosakan harta benda adalah sebanyak RM100,000. "Sehingga kini tidak ada tindakan yang diambil, sebaliknya kami yang semakin sengsara," katanya. Muhammad Abdul Hakim berkata demikian ketika ditemui selepas lebih 20 penduduk taman perumahan itu mengadakan piket aman bagi meluahkan permasalahan yang dihadapi mereka, pada 31 Disember 2022. Penduduk lain Mohd Yusof Ahamad Patani, 34, berkata masalah banjir kilat berulang kali berlaku pada 2018 dan tidak selesai sehingga kini sehingga ada penduduk mahu menjual rumah mereka kerana rasa kecewa. "Justeru, saya memohon kepada pihak berwajib untuk turun padang dan menilai secara menyeluruh masalah ini kerana kami sudah tidak sanggup lagi menanggungnya dan berharap supaya sistem perparitan di kawasan ini dinaik taraf. "Masalah banjir kilat ini bukan perkara biasa kerana hujan lebat berterusan akan menyebabkan banjir di luar jangkaan dan pada tahun ini sudah dua kali berhadapan situasi sama iaitu pada Mac dan Disember lalu," katanya. Dalam pada itu, Timbalan Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Kelantan Marinamarican Abdullah berkata, permasalahan yang
Want your business to be the top-listed Media Company?