Cingku

Cingku Berkongsi video cara rawat sendiri kucing, tips membela kucing dan segala berkaitan kucing.

29/12/2024

Sabun dan detergen basuh baju tu jangan biarkan berterabur walaupun sedikit di atas lantai sebab kalau kucing terjilat (sama ada direct atau sebab dia berjalan terkena kaki atau dia baring atas tu dan dia jilat kaki dia dan badan dia), dia akan sakit perut dan keracunan jadi itu yang salah satu punca kucing jadi monyok tu. Lepas tu sama juga dengan ubat-ubatan minyak urut minyak panas dan sebagainya.

09/11/2024

Beberapa hari lepas saya ada kongsikan cara untuk mencegah kucing sakit di musim lembap ini, insyaallah menggunakan air rumput mata lalat/heli. Tapi macam saya ada kongsikan dalam pelbagai video saya yang lepas, bukan itu sahaja caranya tapi banyak lagi. Cuma rumput mata lalat tu free dan mudah dicari sebab tu saya tak sebut cara lain tu, tapi video sebelumnya saya memang ada ceritalah bab tu. Cara lain boleh bagi air rendaman herba rooibos, boleh bagi air campuran setitis stevia, boleh bagi air daun pokok dukung anak, boleh bagi air campuran renehan daun semalu CUMA KENA INGAT daun semalu dan dukung anak tak boleh dibagi kat kucing bunting nanti dia akan keguguran. Jadi kalau kucing bunting ni sensitif sikit jadi bagi air minuman campuran renehan sesudu rumput mata lalat tu lah kalau kucing bunting, jangan bagi direct dan banyak p**a sebab tak digalakkan juga kecuali kucing sakit. Dan kalau kucing bunting ni kalau saya boleh sarankan, lebih sesuai diberi FA cuma kena beli mahal p**a. Tapi kalu boleh guna FA ni lebih baiklah untuk kucing bunting ni. Atau guna air rooibos atau mata lalat tu macam saya sebut tu.

05/11/2024

MUSIM PENYAKIT KUCING SUDAH SAMPAI!

Seperti tahun-tahun sebelumnya saya nak nasihat seperti biasalah bila tiba musim tengkujuh dan lembap ini, pastikan bekas air minuman kucing itu dicampurkan dengan sedikit air renehan rumput mata lalat/helicopter, 1 sudu air rumput = 1 liter air demi ikhtiar kita untuk mencegah penyakit pada kucing. Sebab musim-musim lembap macam ini memang kucing akan mudah sakit jika tiada pencegahan macam ini, tidak kiralah kucing indoor ke kucing outdoor ke dua-dua mudah kena penyakit musim-musim lembap ini, disebabkan musim inilah mikrob seperti virus dan kuman diorang membiak dan beranak pinak dengan hebat sekali. Musim hari raya dioranglah katakan.

Jadi perlu ada pencegahanlah, tak boleh sama macam musim-musim biasa. Cara dia campur air rumput mata lalat macam saya sebut tadilah, kalau cara free nya. Insyaallah ia dapat mencegah kucing terkena penyakit seperti virus FIP, parvo dan sebagainya. Cara lagi mudah tapi kena beli pun ada macam FA yang saya jual tu. Jadi harap tuan kucing semua dapat aplikasikan kepada kucing semua terutamanya kucing yang dah dimandulkan sebab imuniti kucing yang telah dimandulkan ini lemah dan tidak kuat seperti sebelum dia dimandulkan.

Tak pernah terfikir akan dapat akses balik akaun Facebook ni setelah 3 bulan kena hack oleh Nguyen durjana. Cuma habis d...
09/10/2024

Tak pernah terfikir akan dapat akses balik akaun Facebook ni setelah 3 bulan kena hack oleh Nguyen durjana. Cuma habis duit bayar langgan Meta Verified RM 80 sebab nak mesej dengan staff Facebook (dasar kapitalis) dan masa menunggu lama benarnya tak tahu berapa kali chat dah dengan staff Facebook, dahlah tengah malam buta baru boleh chat dengan staff Facebook sebab siang kita dia tengah tidur kat Amerika. Pukul 11 malam kita baru 8 pagi kat sana.

Apapun saya tak berapa harap dah dengan Facebook ni, bila-bila masa boleh lingkup kena hack padahal saya activate 2 step authentication lama dah, itu pun boleh kena hack. Jadi sebab tulah saya tak aktif mana kat Facebook ni sebab banyak masalah. Jadi boleh pergi kat Youtube lah saya aktif kat sana.

08/07/2024

Memang memudahkan kerja bibik kucing.

Kucing kalau dari sihat walafiat dan aktif hari ini, tiba-tiba esoknya dia terus monyok dan sakit teruk, itu tandanya di...
11/06/2024

Kucing kalau dari sihat walafiat dan aktif hari ini, tiba-tiba esoknya dia terus monyok dan sakit teruk, itu tandanya dia keracunanlah itu disebabkan terjilat atau termakan benda-benda yang beracun seperti ubatan, sabun, racun lipas, racun tikus dan seumpamanya. Biasanya mulut dia berbuih dan keluar air liur, tapi tidak semesti.

Jadi kalau macam tu jangan bimbang, sahabat terus pergi cari daun semalu dan tumbuk dengan sedikit air macam video saya yang lepas bertajuk "Bantuan kecemasan untuk kucing sakit buat macam ini" (boleh cari di Youtube tu, Facebook ni mungkin takde rasanya video tu). Insyaallah sangat mujarab dalam merawat kucing yang keracunan dan menawarkan racun dalam tubuh kucing. Suap 2 ml 2x sehari kalau kucing besar. Guna picagari saiz 1 ml supaya mudah kucing telan. Cuma kena cepatlah bagi kat kucing air daun semalu tu sebab kalau lambat-lambat, biasanya cepat mati kucing itu, bergantung kepada jenis racun yang dia terjilat dan termakan.

Dan begitu juga kalau dia digigit binatang ular, binatang lipan, binatang lebah dan pelbagai lagi binatang berbisa lain yang kita tidak sayang sebab kita sayang binatang kucing saja, maka bagi air daun semalu tumbuk tu juga. Insyaallahlah mujarab dan tak boleh pergi vet pun insyaallah cukup dah. Cuma kena ingat air daun semalu ni tak boleh bagi kalau kucing itu bunting mengandung sebab nanti keguguran p**ak dia tu. Jadi kalau kucing bunting maka sebagai alternatif, bagi kat kucing tu air tanah liat putih p**a berbanding daun semalu (kalau duduk kat kampung biasanya mudah dapat tanah liat putih ni di bendang-bendang mana). Larutkan dalam air biar pekat dan sebati, lepas tu suap kat kucing 2 ml 3x sehari kalau kucing besar. Insyaallahlah.

Cuma kena cepat jugalah jangan lambat-lambat kalau kucing keracunan ni. Cara nak tahu dia keracunan macam saya sebut di awal tadilah, iaitu dia tiba-tiba monyok teruk. Sebab kucing kalau penyakit asal dalam badan, dia akan sakit beransur-ansur, bukan secara tiba-tiba. Kita boleh tengok beza dia. Kalau malam ni aktif esok tiba-tiba monyok teruk lepas tu mulut keluar air liur p**ak, mulut berbuih, maka sah dah tu keracunan. Maka cepatlah rawat. Tapi tidak semestinya dia monyok sebab keracunan. Dia sakit tekak luka sebab tulang ikan ayam pun dia monyok jugak, sakit perut pun dia monyok jugak. Jadi air daun semalu tu ubat dia jugak tu.

09/06/2024

FAC baru restok tu sikit jadi bagi sesiapa yang nak dapatkan, boleh dapatkan sehingga 12 hb ni sebab lepas tu shopee Cingku nak tutup sehinggalah lepas raya haji.
Bagi yang tak tahu FA tu apa benda boleh tengok video di homepage Youtube channel Cingku tu. Lepas tu kalau nak beli boleh taip factor alpha cingku kat shopee nanti dia keluarlah. Sekiamn.

04/06/2024

Sisi gelap kibble kucing yang anda tak tahu.

25/05/2024

PTS kucing = Normalisasi memboonoh kucing yang entah kenapa dibuat orang

Bagi kita orang Islam, Allah ada berfirman dalam Surah Al-Ankabut ayat 57 yang bermaksud, "Setiap yang bernyawa pasti akan merasakan kematian". Maknanya kalau dah merasakan kematian itu, pasti dia akan merasakan kesakitan disebabkan tercabutnya roh.

Jadi dakwaan vet yang kata kucing tak sakit bila put to sleep itu semua hanyalah teori secara saintifik kononnya tak sakit, tapi vet sendiri pun tidak pernah cucuk chemical perosak saraf tu kat diri sendiri lepas tu mati dan hidup balik demi untuk kata put to sleep tak sakit.

Hakikatnya kalau nak ikut saintifik sangat, sepatutnya pts ni lagi sakitlah sebab dia rosakkan saraf kucing secara direct dengan chemical, dan saraf itu adalah function bagi sakit. Contoh mudah nak faham adalah kita ambik kayu dan ketuk atas kepala kita dan kita masih berasa sakit walaupun saraf itu di bawah kulit kepala kita dan kita tak ketuk saraf direct bawah kulit, tapi sudah merasakan begitu sakit. Apatah lagi kalau kita kopek kulit kepala dan ketuk direct di atas saraf, lagilah sakit bertingkat-tingkat. Jadi bayangkanlah bagaimana sakitnya kucing sebab setiap biji sel saraf dia dirosakkan secara direct oleh chemical yang disuntik. Dia ibarat berbillion jarum dicucuk di saraf kucing sebab sel saraf kucing ada berbillion jumlahnya. Itulah ibaratnya kalau nak ikut saintifik juga.

Tapi kita orang Islam ini ikut agama dulu dan tak halal memboonoh kucing hanya bila kita panggil put to sleep. Dan kalau kucing sakit bagaimana pun, biarlah Allah sendiri yang cabut dan kita usahakan rawat dia dan kalau dia nak mati pun, biarkan dia mati sendiri sebab kalau dah sakit teruk sangat, dia pasti akan mati. Tak perlu diboonoh pun atau bahasa lembutnya adalah pts. Jadi dari elok-elok nak dapat pahala sebab bersabar melihat dan menjaga kucing yang sakit nak mati, lepas itu dapat dosa p**a sebab memboonoh kucing. Jadi pts kucing ini dibuat oleh vet dan dipersetujui oleh owner kucing, bukan out of kindness tapi disebabkan vet dan tuan kucing nak senang kerja dia sebab tak perlu jaga kucing dah sebab kucing dah mati. Itu sahaja. Jadi janganlah di pts kan kucing ini. Kalau vet kata tak boleh buat apa dah, ambik je kucing tu bawa balik dan rawatlah bagaimana pun walaupun dia teruk sangat dan akan mati juga. Asalkan dia mati dalam rawatan kita bukan disebabkan kita boonoh. Kalau pts pun dikatakan baik dan bagus, kenapa suruh vet cucuk. Ambik saja p@r@ng lepas tu t**slah kepala kucing sendiri. Mati cepat jugak. Tapi kalau macam ni kata zalim p**ak. pts tak zalim. Haru jadinya.

23/05/2024

Kucing kalau tulang patah tak teruk sangat sampai terjojol tulang keluar tu, boleh bagi air daun pokok dukung anak tumbuk air kat kucing sekali sehari. Insyaallah nanti lama-lama tulang dia akan bercantum baliklah. Tapi versi tumbuklah, versi reneh tak jadi. Bagi guna picagari saiz 1 ml untuk lebih senang kucing telan. Cara tumbuk tu macam dalam video saya yang lepaslah. Bagi 3 ml sekali sehari kalau kucing besar. Kalau kucing saiz kecik lagi boleh kurangkan ikut kesesuaian.

Dia kucing ini kalau sakit dan ramai mati secara berjemaah pada satu-satu masa, dan sebelum itu dia cirit-birit, itu tan...
20/05/2024

Dia kucing ini kalau sakit dan ramai mati secara berjemaah pada satu-satu masa, dan sebelum itu dia cirit-birit, itu tanda kucing kena jangkitan viruslah. Dan pencegahan itu lebih baik dari merawat sebab kalau kena virus ni kadangkala dia boleh cepat sangat mati dari dia mula cirit-birit dalam 1-2 hari lepas tu dia dah boleh mati.

Jadi rutinkan bagi kucing air minuman yang dicampur dengan 1 sudu air renehan daun rumput mata lalat = 1 liter air...atau nak lebih sikit lagi pun boleh tapi pastikan jangan banyak sangatlah nanti dia tak minum p**ak air campuran tu sebab rasa dia berubah sangat. Dan tukar buat baru setiap 3 hari sekali kalau air masih ada lagi. Insyaallah kucing akan tercegah dari penyakit virus. Dan kalau boleh, bagi juga Factor Alpha kat kucing seminggu sekali cuma harga mahal sahaja tapi kalau boleh bagi memang saya galakkan.

Dan kalau nak beli air rumput tu kat shopee memang ada ramai orang jual dan boleh beli, cuma saya tak galakkan sebab kita tak tahu dia proses macam mana. Kalau rebus dengan air macam tu sahaja, dia tak tahan lama air tu walaupun masukkan dalam peti ais, maksudnya dari segi khasiat dia. Dia memang lambat sikit nak berbau kalau letak dalam peti ais (tapi kalau dah berbau jangan guna, jadi setiap kali guna ambil bau dulu) tapi khasiat dia kalau lama sangat dia akan rosak. Kecuali dia tak rebus guna panas dan proses cara tertentu yang membolehkan dia tahan lama dan khasiat dia kekal 100%.

Tapi rumput mata lalat ni adalah rumput yang paling mudah didapatkan, maksudnya yang bunga hijau atau kuning itu, kalau yang bunga putih tu memang susah cari, tapi kalau yang bunga hijau ini memang sangat senang dapat ditepi-tepi jalan memang dia akan tumbuh. Jaranglah dia tak tumbuh tepi jalan. Kecuali di tepi jalan tu konkrit juga tak ada tanah jadi nak buat macam mana. Jadi jangan kita malas untuk ambil dan rebus sendiri tak lama pun. Dan untuk memudahkan lagi rebus boleh beli portable electric kettle macam dalam gambar kat bawah ni jenama Electrova. Kecik pun kecik tak makan ruang. Beli kat kedai rasmi dia. Potong-potong sikit rumput tu lepas tu masukkan dalam tu dan sentuh-sentuh beberapa kali kat butang dia tu untuk pilih stew mode. Lepas tu tunggu dia siap sahaja dalam 50 minit. Jadi tak perlu bimbang takut hangit sebab dia auto mati sendiri. Cuma PENTING SEKALI MASA REBUS TU KENA BUKAK PENUTUP HITAM KAT ATAS TU JANGAN BIAR TERTUTUP. Harga RM 113 saja saya beli dulu termasuk pos. Boleh carilah kat shopee tu kedai rasmi dia Electrova.

13/05/2024

Mudahnya rawat kucing kalau ada barang ini.

08/05/2024

Kalau anda memberi kucing anda makan kibble kering sebagai makanan utama kucing sehari-hari, maka paling kurang perlu diberi juga kepada kucing tersebut supaya kucing anda insyaallah rendah sikit risiko mendapat pelbagai penyakit yang kronik seperti penyakit buah pinggang, hati, batu karang, sembelit, kuning dan lain-lain, adalah bagi dia minum air mineral berjenama Spritzer sebagai air minuman seharian dia DAN bagi juga air renehan atau air tumbukan daun pokok dukung anak 2x seminggu. Ini dua benda extra yang perlu diberi kepada kucing yang memakan kibble ini jika anda sayangkan kucing anda dan tidak mahu menyusahkan diri sendiri sebab kalau kucing sakit, yang menanggungnya anda lah siapa lagi; daripada segi emosional dan juga kewangan.

Dan walaupun kalau boleh saya nak larang anda bagi kucing makan kibble disebabkan ia punca utama kucing mendapat pelbagai penyakit kronik, tapi saya faham akan situasi di mana tidak semua orang berada di rumah sepanjang masa untuk menjaga kucing disebabkan kerja. Jadi memberi kucing makan kibble adalah pilihan yang perlu dalam kes ini dan bagilah sekurang-kurangnya dua benda extra itu kepada kucing kalaupun nak bagi kibble. Ia dapat meminimumkan kesan buruk kucing yang sentiasa makan kibble walaupun tidak sepenuhnya. Saya tak nak sebut lebih lanjut lagi bab ini sebab saya sudah ada terangkan dalam video-video saya yang lepas kenapa dia macam itu, contohnya dalam video saya yang terbaru kat Youtube tu (kat facebook tak sempat nak masukkan lagi).

04/05/2024

Pesaing serbuk kunyit untuk rawat luka kucing.

03/05/2024

Tolong lepas kucing beranak terus buat macam ni.

02/05/2024

vet kucing buat hal.

01/05/2024

Kucing luka tapak kaki rawat macam ni mujarab mudah.

30/04/2024

Bagilah kucing ikan bukan ayam.

Address


Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Cingku posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Videos

Shortcuts

  • Address
  • Alerts
  • Videos
  • Claim ownership or report listing
  • Want your business to be the top-listed Media Company?

Share