Bapa Masak

Bapa Masak Content Creator - Masak, Makan

Tak Perlu Nak Kotorkan Tangan Lagi!! Musim perayaan macam ni memang banyak guna telur untuk buat biskut dan kek. Bagi ya...
05/05/2022

Tak Perlu Nak Kotorkan Tangan Lagi!!

Musim perayaan macam ni memang banyak guna telur untuk buat biskut dan kek. Bagi yang s**ar nak pisahkan kuning telur dan putih telur boleh guna alat ni.. sangat mudah dan praktikal digunakan.

Harga pun murah.

Boleh dapatkan di https://shope.ee/1fdcQber5d

Bagus untuk dicuba..
06/01/2022

Bagus untuk dicuba..

Ni lah tak s**a buka Shopee.. ada saja yang boleh bangkitkan nafsu makan 😄Terjumpa telur belangkas dan telur ikan tenggi...
02/08/2021

Ni lah tak s**a buka Shopee.. ada saja yang boleh bangkitkan nafsu makan 😄

Terjumpa telur belangkas dan telur ikan tenggiri pulak.

Nampak macam sedap dan baca review pun semua ok.

Teringin nak cuba juga? Ada di https://shp.ee/ptbt2g4

Menu petang ini..
01/08/2021

Menu petang ini..

24/07/2021
Sambal Cili Nasi Ayam10 cili merah2 akar ketumbar2 ulas bawang putih1 biji limau kasturi (buang biji)2 sudu gula2 sudu g...
20/07/2021

Sambal Cili Nasi Ayam

10 cili merah
2 akar ketumbar
2 ulas bawang putih
1 biji limau kasturi (buang biji)
2 sudu gula
2 sudu garam
2 sudu cuka
Sedikit air

Cara Membuat

1. Buang sebahagian biji cili (elak pedas)
2. Sediakan mesin pengisar.
3. Masukkan semua bahan.
4. Masukkan sedikit air.
5. Kisar sehingga hancur.
6. Sedia untuk dihidang.

Nota;
Buang biji limau elak rasa pahit.
Kulit limau menghasilkan aroma sedap.
Simpan di dalam bekas kedap udara di dalam peti sejuk agar tahan lama.

KitchenAid Artisan Tilt-Head Stand Mixer (4.8L) 5KSM150PSProduct Features:• Smooth, rounded tilt-head design: Elegant, e...
16/07/2021

KitchenAid Artisan Tilt-Head Stand Mixer (4.8L) 5KSM150PS

Product Features:
• Smooth, rounded tilt-head design: Elegant, easy cleaning and usage
• Full metal construction: Robust, stable and durable
• 4.8 L Stainless steel bowl: To prepare small to large quantities of food
• Direct drive: Reliable and long-lasting
• Single attachment hub: Easy usage with a wide choice of optional accessories
• Original planetary action: Fast and thorough mixing.
• Standard accessories: 4.8 L Bowl, Pouring Shield 5KN1PS, Flat Be**er, Wire Whisk & Dough Hook.

Buy On Shopee : https://shp.ee/cwdq7ct

Technical Specifications:
• Packaging dimensions (H × W × D): 42.6 × 28.9 × 41.3 cm
• Revolutions per minute (Speed 1 to 10): 58 to 220 RPM
• Wattage: 300 W
• Motor type: AC (Alternating current) with Direct Drive
• Max. output motor power (Horsepower): 0.3 HP
• Voltage: 220 - 240 V
• Frequency: 50 / 60 HZ
• Revolutions per minute (Speed 1 to 10): 58 to 220 RPM
• Bowl capacity: 4.8 L
• Material body: Die-cast zinc
• Speed control type: Hybrid electronic
• Brand Origin: USA

Buy On Shopee : https://shp.ee/cwdq7ct
Buy On Shopee : https://shp.ee/cwdq7ct

09/07/2021
MASAK CINCAU HITAM. Bahan-bahan;==========Daun cincau hitam keringAir abuTepung ubiGula (jika nak manis).Cara Masak;====...
29/06/2021

MASAK CINCAU HITAM.

Bahan-bahan;
==========
Daun cincau hitam kering
Air abu
Tepung ubi
Gula (jika nak manis).

Cara Masak;
==========
Rendam daun cincau kering bersama 2 sudu air abu dalam masa 30 minit.

Kemudian rebus rendaman tadi dalam masa 30 minit. Saya guna ‘pressure cooker’ supaya lebih cepat.

Tapis rebusan tadi dan panaskan semula di dapur. Buang hampasnya.

Bancuh 2-3 sudu tepung kanji dan masukkan ke dalam air pati cincau.

Masukkan gula pasir (ikut s**a anda).

Kacau sehingga semuanya sebati dan mendidih.

Masukkan ke dalam bekas dan biarkan dalam suhu bilik sebelum dimasukkan ke dalam peti sejuk.

Biarkan dalam 3 jam dan sedia untuk dihidang.

================

Berminat nak cuba masak sendiri, boleh beli daun cincau hitam kering di https://shp.ee/wf74e37

================

Suman Daun Palas.Resipi berasal dari Sarawak ini sepatutnya menggunakan daun nipah. Memandangkan tiada daun nipah, lebih...
16/05/2021

Suman Daun Palas.

Resipi berasal dari Sarawak ini sepatutnya menggunakan daun nipah. Memandangkan tiada daun nipah, lebihan daun palas untuk kelupis pun boleh jadi pengganti.

Bahan-bahannya ringkas iaitu sagu parut (lemantak), kelapa parut, serbuk perasa, udang/sotong/isi ikan, daun palas dan lidi cucuk satay (klip).

Nasi tomato dan ayam masak merah. Wife yang masak! Sangat sedap!!
12/05/2021

Nasi tomato dan ayam masak merah. Wife yang masak! Sangat sedap!!

Orang kata, kalau campur gula apong ori dari Sarawak makin sedap perapan.
09/05/2021

Orang kata, kalau campur gula apong ori dari Sarawak makin sedap perapan.

Masak simple.. labu muda + serai + cili + bawang putih.Sedap!
16/03/2021

Masak simple.. labu muda + serai + cili + bawang putih.

Sedap!

Nasi goreng ikan masin lada putih..Mantap pedasnya..
03/01/2021

Nasi goreng ikan masin lada putih..

Mantap pedasnya..

Tumpik Lemantak Udang
08/05/2020

Tumpik Lemantak Udang

Koleksi seminggu sepanjang ramadan. Siapa sangka boleh masak macam-macam tanpa perlu ke bazaar Ramadan.
06/05/2020

Koleksi seminggu sepanjang ramadan. Siapa sangka boleh masak macam-macam tanpa perlu ke bazaar Ramadan.

Mengikatnya perlukan skill aras tinggi 🤣
28/04/2020

Mengikatnya perlukan skill aras tinggi 🤣

Kita cuba buat resipi viral Nasi Sugar Bun & Air Bandung Bersagu
26/04/2020

Kita cuba buat resipi viral Nasi Sugar Bun & Air Bandung Bersagu

Teruja melihat murtabak ayam kulit popia ‘Mem Besar’ masak. Resipi viral katanya..
24/04/2020

Teruja melihat murtabak ayam kulit popia ‘Mem Besar’ masak.

Resipi viral katanya..

Teringin nak berbuka puasa dengan kuih tradisional, ‘Mem Besar’ buat kuih lapis.
24/04/2020

Teringin nak berbuka puasa dengan kuih tradisional, ‘Mem Besar’ buat kuih lapis.

Pergi belakang rumah ada sedikit pucuk ubi.. terus datang idea masak.Ayam Masak Halia Daun UbiBahan-bahan;Dada ayam dipo...
23/04/2020

Pergi belakang rumah ada sedikit pucuk ubi.. terus datang idea masak.

Ayam Masak Halia Daun Ubi

Bahan-bahan;
Dada ayam dipotong sederhana.
Halia
Bawang merah
Bawang putih
Serbuk perasa
Minyak masak
Air kosong
Daun ubi.

Cara memasak;
Tumbuk bersama dengan lesung batu halia, bawang merah dan bawang putih (A)
Tumbuk pucuk ubi kayu secara berasingan(B).
Panaskan kuali dan masukkan minyak.
Tumiskan bahan ditumbuk (A) sehingga naik bau.
Masukkan air dan ayam.
Setelah 3/4 ayam masak, masukkan bahan ditumbuk (B).
Tambah serbuk perasa secukupnya.
Biarkan sehingga masak dah hidangkan.

Nota: saya s**a extra halia.

Mee Kari PKP* mee kuning home-made (so far so good untuk 1st try)* telur ayam lupa rebus 🤣
22/04/2020

Mee Kari PKP

* mee kuning home-made (so far so good untuk 1st try)
* telur ayam lupa rebus 🤣

Laksa Penang... ‘resipi Mem Besar’
19/04/2020

Laksa Penang... ‘resipi Mem Besar’

18/04/2020

Jom cuba kelainan. Kita masak mi Mamee Monster ni.

Teringin nak makan mee bakso ayam. sebulan dah mengidam.
18/04/2020

Teringin nak makan mee bakso ayam. sebulan dah mengidam.

Pagi ni sarapan nasi pulut kuning rendang ayam. Saya cuti pagi ni.. ‘Mem Besar’ yang tolong masak.* Serbuk kunyit baru k...
15/04/2020

Pagi ni sarapan nasi pulut kuning rendang ayam.

Saya cuti pagi ni.. ‘Mem Besar’ yang tolong masak.

* Serbuk kunyit baru kena kisar semalam. Terus test masak pulut kuning.. mmg ‘umphhh’

Bihun Sup Campur Bebola Ikan & AyamBahan-Bahan1 bungkusBebola ikan200g Isi ayam2 Perencah bihun sup Adabi2 biji tomatoDa...
13/04/2020

Bihun Sup Campur Bebola Ikan & Ayam

Bahan-Bahan
1 bungkus
Bebola ikan
200g Isi ayam
2 Perencah bihun sup Adabi
2 biji tomato
Daun bawang
Limau kasturi
Cili
Minyak masak
Air

Cara Memasak;
Rebus bihun sehingga lembut dan toskan.
Buka perencah bihun dan campur air sesikit.
Panaskan minyak di dalam kuali.
Tumiskan perencah bihun sehingga naik bau.
Masukkan ayam dan bebola ikan dan kacau sehingga empuk dan keluar minyak.
Tambah air secukupnya dan biarkan mendidih.
Masukkan tomato dan biarkan dalam 2 minit.
Masukkan daun bawang dan tutup api.
Hidangkan bihun yang ditoskan bersama sup.
Tambah limau kasturi dan cili sebagai hiasan.

Nota: saya guna 2 paket perencah bihun supaya rasanya lebih ‘kaw-kaw’.

Bubur Sumsum.. ‘mem besar’ yang buatkan.Sedap dimakan sejuk dan kalau boleh dengan gula apong (gula nipah) atau gula mel...
13/04/2020

Bubur Sumsum.. ‘mem besar’ yang buatkan.

Sedap dimakan sejuk dan kalau boleh dengan gula apong (gula nipah) atau gula melaka.

Address

Taman Kolej
Tuaran
89200

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Bapa Masak posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Videos

Share

Category


Other Video Creators in Tuaran

Show All