Riemau29

Riemau29 games

BEIRUT, 6 Januari- Kump**an Hizbullah Lubnan hari ini melepaskan lebih 60 roket ke arah pangkalan tentera Israel dan ser...
06/01/2024

BEIRUT, 6 Januari- Kump**an Hizbullah Lubnan hari ini melepaskan lebih 60 roket ke arah pangkalan tentera Israel dan serangan itu sebagai tindak balas terhadap pembunuhan timbalan ketua Hamas di Beirut.

“Sebagai sebahagian daripada tindak balas awal terhadap jenayah membunuh pemimpin besar Sheikh Saleh al-Aruri. Hizbullah menyasarkan pangkalan kawalan udara Meron dengan 62 pelbagai jenis peluru berpandu,” kata kump**an yang disokong Iran itu dalam satu kenyataan.

Sempadan Israel-Lubnan telah menyaksikan pertukaran tembakan secara berkala, terutamanya antara tentera Israel dan sekutu Hamas, Hizbullah, sejak perang Israel-Hamas meletus pada 7 Oktober.

Pembunuhan Aruri pada Selasa di kubu kuat Hizbullah di selatan Beirut, yang mana seorang pegawai pertahanan AS memberitahu AFP ia dilakukan oleh Israel, telah menimbulkan kebimbangan yang berlarutan.

Israel tidak mengaku bertanggungjawab atas serangan kali pertama ke atas ibu negara Lubnan itu sejak permusuhan bermula tahun lalu.

Tentera Israel berkata ia telah mengenal pasti kira-kira 40 roket dilancar dari wilayah Lubnan pagi ini, sambil menambah dalam satu kenyataan bahawa tentera Israel menyerang sel yang bertanggungjawab untuk beberapa serangan tidak lama selepas itu.

Siren berbunyi di udara di pekan-pekan dan bandar-bandar di seluruh utara Israel, kemudiannya juga berbunyi di Dataran Tinggi Golan yang diduduki Israel.

Dalam ucapan semalam, pemimpin Hizbullah, Hassan Nasrallah memberi amaran kepada Israel bahawa kump**an itu akan bertindak membalas dengan pantas "di medan perang" terhadap pembunuhan Aruri.

Hampir tiga bulan tembakan merentas sempadan telah mengakibatkan 175 orang di Lubnan terbunuh, termasuk 129 pejuang Hizbullah, juga lebih 20 orang awam termasuk tiga wartawan, menurut pengiraan AFP.

Di utara Israel, sembilan askar dan sekurang-kurangnya empat orang awam telah terbunuh, menurut pihak berkuasa Israel. -AFP

Malaysia MADANI: Tekad Perpaduan Penuhi Harapan

'Yang sahih di Berita RTM'

Sisi Gelap PalestinMohammed Dahlan, 62 merupakan seorang pemimpin kanan Fatah yang menjadi pesaing kepada Presiden Pales...
06/01/2024

Sisi Gelap Palestin

Mohammed Dahlan, 62 merupakan seorang pemimpin kanan Fatah yang menjadi pesaing kepada Presiden Palestinian Authority.

Dilahirkan di Khan Yunis, Gaza pada Sept 1961, aktif dalam politik sehingga menjadi pimpinan Fatah di Gaza.

Pernah ditangkap Israel 11 kali tetapi akhirnya menjadi rakan karib Israel.

Selepas Perjanjian Oslo, Dahlan dilantik ketuai Polis Palestin dengan 20,000 anggota. Dia rapat dengan CIA dan Israel kerana fokusnya ialah menangkap dan menyiksa pejuang pembebasan Palestin, khususnya Hamas.

Dahlan bercita-cita menjadi Menteri Dalam Negeri tetapi tak dipersetujui Arafat.

Tatkala Hamas menang PRU 2006, Dahlan ditaja USA untuk jatuhkan Hamas tetapi tak berjaya.

USA mahukan Dahlan menggantikan Abbas sebagai Presiden Palestin, tetapi Dahlan dipecat dari Fatah dan dituduh sebagai penyebab kematian Yassir Arafat yang diracunnya.

Dia berhijrah ke Montenegro, mempunyai aset sebanyak USD 120 juta, kekal sebagai pesaing Abbas sebagai Presiden PA.

Prof Dr Zainur Rashid

06/01/2024

Pemuda-pemuda Palestin menyelamatkan seorang wanita yang ditembak oleh penembak tepat penjajah Zionis di Semenanjung Gaza.

Pengganas Zionis mengumpan penduduk Palestin dengan menembak cedera seorang pemuda/pemudi, lalu mereka menunggu warga Palestin lain datang membantu dan ketika itu mereka melepaskan tembakan kearah mereka.

Kejamnya bangsa Zionis ini.


06/01/2024

Briged Al-Qassam megeluarkan video terbaru dengan mesej:

Kepada keluarga tentera yang ditangkap, berhati-hatilah!

Tolong jangan lupa!

Amaran! kepada keluarga tebusan IOF

إلى عائلات الجنود الأسرى احذروا!

למשפחות האסירים תזהרו!

Warning! to the families of IOF hostages

Sumber: Briged Al-Qassam

Kementerian Pertahanan Israel mengumumkan bahawa 12,500 askarnya mungkin diklasifikasikan sebagai orang kurang upaya sel...
06/01/2024

Kementerian Pertahanan Israel mengumumkan bahawa 12,500 askarnya mungkin diklasifikasikan sebagai orang kurang upaya selepas perang, bermakna mereka mempunyai tahap kecacatan yang berbeza-beza.

Ini jauh melebihi jumlah korban yang dilaporkan oleh IDF sehingga kini. Nombor ini bertepatan dengan apa yang saya tulis beberapa minggu lalu tentang korban besar tentera Israel. Angka 12,500 ini adalah mereka yang cedera parah. Jumlah keseluruhan yang cedera jauh lebih tinggi.

Sumber : X Megatron

Seorang Rakyat Gaza di al-Sha'af ceritakan sambil menangis bahawa isterinya telah dicabul oleh IOF laknatullah di hadapa...
06/01/2024

Seorang Rakyat Gaza di al-Sha'af ceritakan sambil menangis bahawa isterinya telah dicabul oleh IOF laknatullah di hadapannya sendiri & suaminya itu diikat.

Kemudian IOF bunuh & tembak isteri di kepalanya!

Selepas 4 hari baru suami dan anak² dibebaskan.

Laknat ke atas IOF!

06/01/2024

"Adalah mustahil untuk memenangi perang jika kita tidak memusnahkan UNRWA, dan kemusnahan ini mesti bermula segera". Semasa perbincangan di parlimen Israel, seorang pegawai menyeru agar UNRWA dimusnahkan.

Sumber: Quds News Network

06/01/2024

“Sekiranya mereka (masyarakat dunia) meninggalkan kami, Pencipta kami tidak akan sesekali meninggalkan kami. Allah yang memberi rezeki kepada makhluknya.” Kata seorang warga Palestin di Semenanjung Gaza.


06/01/2024

Penjajah Zionis menyerang dengan ganas dua orang wanita yang cuba untuk memasuki Masjid Al-Aqsa di Jerusalem semalam.

06/01/2024

Peluru berpandu Israel menembusi 4 tingkat bangunan apabila ia tidak meletup di bandar Gaza

Israel mencuri organ warga Palestin.....biar satu dunia tahu
06/01/2024

Israel mencuri organ warga Palestin.....biar satu dunia tahu

06/01/2024

Hangus terus.....Hizbullah menerbitkan adegan mujahidin menyasarkan sekump**an askar musuh di sekitar tapak Al-Marj di sempadan Lubnan-Palestin.

06/01/2024

Tentera Israel menyerang orang Islam dengan air sisa/kotoran di kejiranan Wadi al-Jouz di Baitulmaqdis yang diduduki

06/01/2024

Beginilah rupa bandar Gaza selepas 90 hari pencerobohan berterusan

04/01/2024

Pasukan khas yang dianggotai pemuda dari Jenin. Pasukan yang dinamakan Batalion Jenin merupakan pasukan bersenjata bagi menjaga keamanan penduduk Palestin di kawasan sekitar Jenin.

Kredit: Middle East Observer

Menurut laporan akhbar Israel, lebih 100 orang askar IOF yang berpengkalan berdekatan dengan sempadan Semenanjung Gaza k...
04/01/2024

Menurut laporan akhbar Israel, lebih 100 orang askar IOF yang berpengkalan berdekatan dengan sempadan Semenanjung Gaza kini dilaporkan menghidapi penyakit yang dikenali sebagai Leishmaniasis iaitu sebuah penyakit kulit.

Askar IOF dilaporkan menghidapi penyakit tersebut yang berasal daripada sebuah parasite.

Menurut pakar perubatan, mereka pernah merawat penyakit seumpama itu dalam perang Israel ke atas Gaza pada tahun 2014. Namun penyakit ini didakwa “muncul semula” semasa bermulanya serangan IOF ke atas Gaza pada 7 Oktober yang lalu. Parasit ini juga dikatakan tidak wujud di dalam Semenanjung Gaza namun hanya wujud dan merebak di sekeliling Semenanjung Gaza.

Dan ejen yang menjadi punca penyebaran penyakit ini adalah daripada haiwan ‘sand fly’ atau agas.

Teringat p**a kisah Namrud suatu ketika dahulu…

⭕️ The Government Media Office publishes an update on the most important statistics related to the brutal “Israeli” war ...
04/01/2024

⭕️ The Government Media Office publishes an update on the most important statistics related to the brutal “Israeli” war on the Gaza Strip - Wednesday, January 3, 2024 AD

⭕️ (89 days) on the total genocidal war.

⭕️ (1,863) massacres

⭕️ (29,313) martyrs and missing persons.

⭕️ (22,313) martyrs who arrived in hospitals.

⭕️ (9,600) child martyrs.

⭕️ (6,750) Women martyrs.

⭕️ (326) Martyrs of medical staff.

⭕️ (42) Civil Defense martyrs.

⭕️ (106) martyred journalists.

⭕️ (7,000) missing, 70% of whom are children and women.

⭕️(57,296) infected.

⭕️ (10,000) cancer patients face the risk of death.

⭕️(99) cases of arrest of health personnel.

⭕️ (10) detained journalists.

⭕️ (1.9) million displaced people in the Gaza Strip.

⭕️ (355,000) infected with infectious diseases as a result of displacement.

⭕️ (130) government headquarters destroyed by the occupation.

⭕️ (93) schools and universities were completely destroyed by the occupation.

⭕️ (292) schools and universities were partially destroyed by the occupation.

⭕️ (122) mosques were completely destroyed by the occupation.

⭕️ (218) Mosques partially destroyed by the occupation.

⭕️ (3) Churches targeted and destroyed by the occupation.

⭕️ (65,000) housing units were completely destroyed by the occupation.

⭕️(290,000) housing units partially destroyed by the occupation.

⭕️ (65,000) tons of explosives dropped by the occupation on Gaza.

⭕️ (30) Hospitals taken out of service by the occupation.

⭕️ (53) health centers that the occupation took out of service.

⭕️ (150) health institutions were partially targeted by the occupation.

⭕️ (104) ambulances completely destroyed by the occupation.

⭕️ (200) archaeological and heritage sites destroyed by the occupation.

‏Jan 03, 2024
‏Official website - Hamas movement

04/01/2024

Menurut laporan akhbar Israel, Haaretz, Pengarah Pusat Kesihatan Mental di negara haram Israel telah mengeluarkan amaran pada minggu lalu bahawa sistem kesihatan mental Israel kini hampir runtuh sepenuhnya. Pada ketika ini permintaan untuk perkhidmatan kesihatan mental di Israel telah meningkat disebabkan oleh perang Gaza.

Krisis keruntuhan sektor kesihatan mental ini ditambahkan lagi dengan puluhan pakar psikiatri dan psikologi di negara haram tersebut telah ‘berpindah’ keluar dari Israel dan kini bekerja di United Kingdom.

Kebanyakan pakar psikiatri menjangkakan bahawa bebanan kerja mereka akan meningkat dalam jumlah yang tinggi disaat perang di Gaza masih berterusan. Ini termasuklah dengan ketibaan askar-askar mereka yang p**ang daripada operasi keganasan mereka di Gaza.

04/01/2024

Wanita Palestin di Gaza tiada akses yang mencukupi terhadap tuala wanita sebelum perang kerana kepungan yang dikenakan.

Kini, dengan situasi yang semakin hari semakin parah, mereka mengambil langkah yang lebih mendesak sehingga boleh menjejaskan kesihatan mereka dalam jangka masa yang panjang.


04/01/2024

Animasi lucu, tetapi ianya memberi gambaran tepat kepada realiti.

‘Israel’ membunuh warganegaranya sendiri. Tahanan ‘Israel’ di bawah jagaan Hamas tidak bermakna buat negara haram Zionis, mereka hanya ingin membuat kerosakan di atas muka bumi Allah ini.

Kredit: X abul ma’ali


03/01/2024

Tujuh pesawat peninjau Israel sedang terbang di atas langit Deir al-Balah, tengah Gaza.

Sumber: TV Al-Aqsa

‘’Saya mengucapkan tahniah kepada anak saya Saleh di atas syahidnya dia. Dia berharap mendapat syahid dan berjaya mendap...
03/01/2024

‘’Saya mengucapkan tahniah kepada anak saya Saleh di atas syahidnya dia. Dia berharap mendapat syahid dan berjaya mendapatkannya.’’ Demikian kata ibu Sheikh Saleh Al-Arouri yang syahid pagi tadi, ketika ditemui Al-Jazeera.

Ibu yang tabah ini berkata beliau sudah tidak bertemu dengan Al Arouri selama 20 tahun selepas dia dihalau keluar dari Palestin iaitu selepas dibebaskan daripada hukuman penjara 18 tahun dari penjara penjajah Israel.

Sumber: Al Jazeera & Palestine Information

02/01/2024
02/01/2024

Seorang askar jenayah israel yang cedera di Gaza menangis untuk komandernya yang mampos di depan matanya, sambil berkata,

“Kami memasuki Gaza dengan kekuatan, dan kami kembali dalam kecacatan.”🇵🇸

🤣🤣🤣🤣

02/01/2024

Briged Al Qassam menerbitkan semula klip video pelancar roket M90 namun kali ini dengan mesej :

תל אביב תישרף אל קודם תשוחרר

Tel Aviv akan dibakar, dan Baitulmaqdis akan dibebaskan

02/01/2024

Pemimpin kerajaan Zionis Itamar Ben Gvir dan Bezalel Smotrich, sekutu utama Perdana Menteri Zionis Netanyahu, menyokong pembinaan semula penempatan haram di Gaza dan mencadangkan ‘penghijrahan sukarela’ untuk rakyat Palestin, menyatakan ianya sebagai ‘penyelesaian kemanusiaan’ kepada situasi semasa.

Kenyataan akhbar yang dikeluarkan oleh Gerakan Penentangan Islam Hamas:

Kenyataan pemimpin Zionis tentang pemindahan rakyat kita dari Gaza hanyalah angan-angan yang akan dihalang oleh keteguhan dan penentangan berani rakyat kita.

Kenyataan pemimpin kerajaan Zionis fasis tentang perpindahan rakyat Palestin kita, yang terbaru adalah kenyataan Menteri pengganas Ben Gvir tentang perpindahan rakyat kita dari Semenanjung Gaza dan penubuhan penempatan di sana. Ini adalah lamunan yang tidak akan menemui jalan untuk dilaksanakan, dalam menghadapi keteguhan rakyat Palestin dan pejuang berani mereka, yang menggosok hidung musuh yang gagal ini ke bumi Gaza semasa Perang Taufan Al-Aqsa.

Masyarakat antarabangsa dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mesti berusaha untuk mengaktifkan alat undang-undang antarabangsa dalam menghadapi kedudukan fasis ini, yang dianggap sebagai jenayah perang yang lengkap, dan meminta pemimpin entiti Zionis bertanggungjawab atas jenayah berterusan mereka terhadap rakyat kita, kanak-kanak. dan orang awam yang tidak berdaya.

02/01/2024

"Saya akan mati... Saya tidak tahan lagi!"

Radio tentera penjajah Zionis mengeluarkan rakaman tenteranya menjerit dan bersembunyi semasa pertempuran di Beit Hanoun di utara Gaza.

Sumber: QNN

02/01/2024

"Wanita di sana (Gaza) adalah musuh, bayi di sana adalah musuh, dan pelajar darjah satu adalah musuh," kata penganalisis entiti haram ‘Israel’ juga merupakan bekas anggota tentera Eliyahu Yossian.

Mentaliti pendatang haram ‘Israel’ yang menyokong penerusan pembunuhan besar-besaran semua penduduk di Gaza.

Antara prinsip ‘Israel’ terhadap rakyat Palestin adalah bersalah sehingga dibuktikan tidak bersalah.


01/01/2024

Di kala Gaza sedang dimusnahkan, wartawan muda Lama Jamous dan sekump**an kanak-kanak menyampaikan harapan mereka untuk tahun baru 2024.

Pengakhiran kezaliman Zionis terhadap Gaza adalah harapan mereka untuk tahun ini. Bagi 🔥 di ruangan komen sekiranya anda juga mempunyai harapan yang sama.


Ke Manakah Kesetiaan Kita?Sebagai seorang Muslim walau di mana juga lokasi geografi dan posisi, wala' atau kesetiaannya ...
01/01/2024

Ke Manakah Kesetiaan Kita?

Sebagai seorang Muslim walau di mana juga lokasi geografi dan posisi, wala' atau kesetiaannya mestilah diberikan kepada umat Islam.

Bukan kepada kuasa besar dunia yang memusuhi umat dan munafiq yang berlakon di hadapan media.

Rakyat dan pemimpin Muslim tidak miliki pilihan ketiga.

USA, Israel dan proksi mereka adalah musuh umat Islam yang nyata.

Manakala kebanyakan pemimpin negara Arab dan negara Islam yang lain terus tunduk kepada mereka dengan tujuan tertentu, kebanyakannya dengan tujuan untuk terus berkuasa.

Mencari keredaan musuh dan memberikan kesetiaan kepada mereka adalah jelas bertentangan dengan sifat insan yang beriman kepada Allah dan orang yang setia kepada umat Islam.

Umat Islam umumnya tidaklah terlalu naif tetapi kepelbagaian pandangan dan approach, kehilangan kekuatan kesatuan menjadikan mereka yang setia kepada agenda umat terus berada di posisi.

Apa yang berlaku di Palestin adalah satu contoh yang sangat terang dan nyata. Dajjal dan sekutunya diangkat tanpa segan silu demi mengekalkan kuasa dan habuan dunia yang sementara.

Semoga Allah bimbing kita semua, dan diselamatkan daripada fitnah Dajjal dan para munafik.

Prof Dr Zainur Rashid Zainuddin
1 Jan 2024 M

Address

445 Block 19 Felda Kumai
Teriang
28300

Telephone

+60137424611

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Riemau29 posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Riemau29:

Videos

Share


Other Gaming Video Creators in Teriang

Show All