ESports Malaysia Pahang

ESports Malaysia Pahang Official page Esports Pahang.

Alhamdulillah,Tahniah Kepada Pemenang MyLadies Esports 2023 MLBB Peringkat Negeri Pahang.
18/12/2023

Alhamdulillah,
Tahniah Kepada Pemenang MyLadies Esports 2023 MLBB Peringkat Negeri Pahang.


17/12/2023

Alhamdullilah
M6 Telah Sah Milik Malaysia!!!
Selamat Berjuang Guysss👍✊💪

Wanita,Terlihat cantik luar dalam,Wajahnya berseri dalam kesabaran,Jadi teladan bagi banyak orang...Pasukan manakah yang...
16/12/2023

Wanita,
Terlihat cantik luar dalam,
Wajahnya berseri dalam kesabaran,
Jadi teladan bagi banyak orang...

Pasukan manakah yang akan mewakili Pahang di KBS MyLadies Esports 2023? Mampukah mereka menghadapi tentangan hebat daripada musuh?

Ayuh! Bersorak untuk pasukan pilihan anda bersama pengulas hebat kita Higen & Xempai!

Ikuti kami di laman rasmi untuk info-info hangat:
Facebook: https://www.facebook.com/myladiesesports2023?mibextid=LQQJ4d
Instagram: https://instagram.com/myladiesesports2023?igshid=OGQ5ZDc2ODk2ZA==
Tiktok: https://www.tiktok.com/?_t=8i59b2Oeq63&_r=1
KBS MyLadies Esports 2023 dibawakan khas oleh Kementerian Belia dan Sukan Malaysia (KBS) melalui Jabatan Belia dan Sukan Negara.

Sekitar Program Jelajah Juara Esports Malaysia Peringkat Negeri  Pahang 2023, Tahniah Diucapkan Kepada Barisan Peserta, ...
12/12/2023

Sekitar Program Jelajah Juara Esports Malaysia Peringkat Negeri Pahang 2023,
Tahniah Diucapkan Kepada Barisan Peserta, Jurulatih, Moderator, Pro Players Team Thq Serta Urusetia Yang Terlibat Bagi Menjayakan Program , ini,
Turut Serta Presiden Sukan Elektronik Negeri Pahang En. Husyin Abd Murat , Timbalan Presiden Syed Al Khirid , Bendahari Chong Choonhau , Cc To Wanro Syazwan (Pegawai Eksekutif Majlis Sukan Negara Malaysia, Foo Kai Li(Pegawai Nutrion Institut Sukan Negara) En Hafiz (Jabatan Belia Negara)


Melati kuntum tumbuh melata, Sayang merbah di pohon cemara; Assalamualaikum mulanya kata, Kami sembah pembuka bicaraYes,...
07/12/2023

Melati kuntum tumbuh melata,
Sayang merbah di pohon cemara;
Assalamualaikum mulanya kata,
Kami sembah pembuka bicara

Yes, ladies! We are back! 🏆 Kejohanan KBS MyLadies Esports 2023 kini kembali dengan judul permainan yang baru!

Kejohanan KBS MyLadies Esports 2023 kini sudah dianjurkan selama 3 tahun dan untuk kali ini dengan bangganya, kami ingin menjemput semua pemain wanita Mobile Legends Bang-Bang (MLBB) untuk menyertai KBS MyLadies Esports 2023 bagi Peringkat Negeri Pahang!

Syarat-syarat kelayakan adalah seperti berikut :
- Terbuka kepada pemain wanita warganegara Malaysia sahaja.
- Pemain mestilah berumur 13 tahun dan ke atas.

Ayuh ladies, gegarkan dunia esports tempatan pada 16 Disember ini dengan bakat terpendam anda.

Ah tapi sebelum itu, pastikan anda baca & fahami dulu:
Buku Peraturan : https://tinyurl.com/KBSLADIES-MLBB-STATE-QUALIFIER

Sertai kami sekarang dan menangi hadiah terkumpul sebanyak RM 1,000!

Format Perlawanan :-
📍Peringkat Negeri (Dalam Talian pada 16 Disember)
📍Peringkat Kumpulan (Dalam Talian pada 23 Disember)
📍Peringkat Playoff (Luar Talian - Tarikh dan Tempat perlawanan akan diumumkan nanti)

Pautan Pendaftaran Peringkat Negeri Pahang:
https://forms.gle/PpBDLd9rar7ujcgJ7

Anjuran Kementerian Belia dan Sukan Malaysia (KBS) melalui Jabatan Belia dan Sukan Negara.


06/12/2023

Meh PM Skuad MLBB ladies Dalam
Pahang
✊💪👍✌

27/11/2023

Semoga kita semua dijauhkan musibah banjir,
Insyallah Aaaaaminn...

Alhamdulillah,Selesai Perjumpaan Team Esports Pahang Bersama Puan Hajah Siti Fatimah Pemangku Pengetua Sekolah Menengah ...
24/11/2023

Alhamdulillah,
Selesai Perjumpaan Team Esports Pahang Bersama Puan Hajah Siti Fatimah Pemangku Pengetua Sekolah Menengah Bukit Damar,
Antara Isi Perjumpaan Adalah Menerangkan Berkenaan Program Jelajah Esports Malaysia Yang Bakal Datang Bertempat Di Mini Studio Esports Pahang,
Semoga dipermudahkan Segala Urusan Dan Perjalanan Program Insyallah Aaaaminnn.


UMPSA TUAN RUMAH FINAL MLBB: ROCT 2023, PERKASA E-SPORT MAHASISWA IPT22 November 2023 | UMPSA PekanUniversiti Malaysia P...
23/11/2023

UMPSA TUAN RUMAH FINAL MLBB: ROCT 2023, PERKASA E-SPORT MAHASISWA IPT

22 November 2023 | UMPSA Pekan

Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) buat julung kalinya menjadi tuan rumah dalam pentas kejohanan final sukan elektronik (e-sport) atau e-sukan "Mobile Legends Bang Bang: Rise of Champions Tournament 2023" (MLBB: ROCT 2023) bagi peringkat Institusi Pendidikan Tinggi (IPT).

Program anjuran UMPSA melalui Fakulti Komputeran dengan kerjasama strategik HUAWEI AppGallery merupakan usaha kolaboratif bagi menggalakkan mahasiswa IPT untuk terlibat secara aktif dalam e-sport atau e-sukan di samping memartabatkan sektor Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) selain mempromosikan UMPSA sebagai sebuah universiti teknikal yang membabitkan pengajian TVET.

Inisiatif ini juga yang turut mendapat kerjasama Kementerian Belia & Sukan (KBS), Esports Integrated (ESI), Malaysia Perbadanan Ekonomi Digital (MDEC) dan Esports Pahang ESports Malaysia Pahang menunjukkan sinergi yang kukuh antara pelbagai entiti dalam menyokong inisiatif kerajaan bagi mempromosikan Malaysia sebagai hab pembangunan industri e-sport atau e-sukan.

Dekan Fakulti Komputeran, Prof. Madya Ts. Dr. Adzhar Kamaludin hadir mewakili Naib Canselor UMPSA merasmikan Majlis Penutup MLBB: ROCT 2023 hari ini.

Hadir sama Pengurus Operasi, Huawei Consumer Business Group, Encik Michael Ding Hok Hing, Presiden, Persatuan Sukan Elektronik Pahang, Encik Husyin bin Abd Murat, Pengarah, Jabatan Belia dan Sukan Pahang, Encik Mu’azamir bin Jili.

Turut sama hadir Ketua, Pembangunan Bakat Teknologi Digital Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia Sdn. Bhd., Encik Nik Naharuddin bin Mohd Nasir dan Penolong Naib Presiden Growth & Programs Esports Integrated (ESI), Encik Junaidi Al-Johari.

Matlamat kejohanan ini bukanlah semata-mata untuk mempamerkan bakat atau kemahiran yang dimiliki, akan tetapi untuk memupuk nilai-nilai seperti semangat kesukanan, kecekapan strategi, kerja berpasukan serta semangat persaingan yang sihat di kalangan peserta.

Dalam pada itu, MLBB: ROCT 2023 telahpun melalui beberapa pusingan pertempuran epik dalam talian termasuk Pusingan Kelayakan di mana perlawanan awal melibatkan 40 pasukan dan Peringkat Play-Off yang merupakan pusingan kalah mati antara 16 pasukan.

Manakala, kejohanan final MLBB: ROCT 2023 di UMPSA hari ini menyaksikan pertempuran akhir 3 pasukan teratas dari peringkat sebelumnya berentap untuk merebut gelaran juara.

Juara arena kejohanan MLBB: ROCT 2023 berjaya dirangkul oleh pasukan UiTM All-Star (UITM), tempat ke-2 dirangkul oleh pasukan USM Vendetta (USM) dan diikuti tempat ke-3 iaitu pasukan ESC UTM | SAPU ALL (UTM).

Tahniah diucapkan kepada semua peserta dan pemenang kejohanan MLBB:ROCT 2023!
Cc to Syed Al Khirid Ainuddin Bin Zainal Akli


Tournament Mobile Legend Bang Bang Peringkat Sekitar Sekolah Lanchang Antaranya Sekolah Menengah Kebangsaan Datuk Bahama...
18/11/2023

Tournament Mobile Legend Bang Bang Peringkat Sekitar Sekolah Lanchang Antaranya Sekolah Menengah Kebangsaan Datuk Bahaman, Sekolah Menengah Kebangsaan Lanchang Dan Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Damar,
Tahniah Kepada Pemenang Dan selamat menyertai Jelajah Juara Esport Malaysia Pada Bulan Hadapan.


https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=122099612348121072&id=61553632168547&mibextid=Nif5oz
17/11/2023

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=122099612348121072&id=61553632168547&mibextid=Nif5oz

17 November 2023, 8PM

Lebih kurang sejam sahaja lagi sebelum perlawanan bermula, inilah diaaa, wajah-wajah yang bakal menemui penonton pada ini iaitu Farizah & Higen.

Min nak share sikit pasukan yang akan live pada malam ini 😎

Live :-
⚔️KEDAH vs N.SEMBILAN 8.00 PM
⚔️PDRM vs W.PERSEKUTUAN 9.50 PM

Nanti min bagi link live yer.

Persatuan Esports Negeri Sembilan
Sarawak Esports Association
Esport Pulau Pinang
Esports Malaysia Kedah
Esports Selangor Association
Esports Malaysia Terengganu
Persatuan Esports Negeri Kelantan
Esports Putrajaya
Persatuan Esport Sabah
Labuan Esports Association
JOHOR BAHRU Esport Association
Esports Perak
ESports Malaysia Pahang
Majlis Sukan Angkatan Tentera
Axis PDRM
Persatuan E-Sports Perlis

Kejohanan Esports State League - ESTL dianjurkan oleh Esports Darul Khusus dan disokong sepenuhnya oleh Kementerian Belia Dan Sukan Malaysia, Rakan Muda, MPL Malaysia, MAQNA eSports Club, HomeBois dan Malaysia Esports Federation





Akan Datang! MLBB Esports State League (ESTL)!Bakal membuka tirai pada 17 November ini. Nantikan pertempuran hebat dari ...
17/11/2023

Akan Datang!

MLBB Esports State League (ESTL)!

Bakal membuka tirai pada 17 November ini. Nantikan pertempuran hebat dari 12 pasukan negeri/agensi.

Persatuan Esports Negeri Sembilan
Sarawak Esports Association
Esport Pulau Pinang
Esports Malaysia Kedah
Esports Selangor Association
Esports Malaysia Terengganu
Persatuan Esports Negeri Kelantan
Esports Putrajaya
Persatuan Esport Sabah
Labuan Esports Association
Johor Darul Takzim Esports Association
Esports Perak
ESports Malaysia Pahang
Majlis Sukan Angkatan Tentera
Axis PDRM

Dianjurkan oleh Esports Darul Khusus serta disokong oleh Kementerian Belia Dan Sukan Malaysia, Rakan Muda, MPL Malaysia dan Malaysia Esports Federation





16/11/2023

Jelajah Juara Esports Malaysia😍



Alhamdulillah, Setelah Dua Hari  Berkampung Di Perak Darul Ridzuan Sempena Event  Esports State League (Wild Card) Mobil...
13/11/2023

Alhamdulillah,
Setelah Dua Hari Berkampung Di Perak Darul Ridzuan Sempena Event Esports State League (Wild Card) Mobile Legend Bang Bang dan International E-Football Serta Esports Piala Menteri Besar Perak,
Akhirnya Team Mobile Legend Pahang Lepas ke Saringan Wild Card Untuk Liga Esports Negeri Ke Malaysia dan Mendapat Naib Johan Oleh Mhd Azrudin Dari Pahang Mewakili Malaysia Sempena International E-Football, Tahniah Diucapkan Kepada Semua Yang Terlibat ,
Semoga Pembangunan Sukan Esports Malaysia Terus Maju,
Insyallah Aaaaminnn..



08/11/2023

Servey Skit,
Berapa Ramai Komuniti PES Mobile Pahang Ada👀👀

Riang Ria Sekitar Festival Belia Pahang 2023 Bagi Program Esports ML,PUBG Dan E-Football(Console) Di Dewan Besar  Majlis...
29/10/2023

Riang Ria Sekitar
Festival Belia Pahang 2023 Bagi Program Esports ML,PUBG Dan E-Football(Console) Di Dewan Besar Majlis Bandaraya Kuantan,
Tahniah Kepada Seluruh Pemenang Dan Pihak Penganjur Yang Terlibat,
Nanti Program Berikut Bagi Penutup Tahun Ini.





26/10/2023

Saya mengajak seluruh rakyat Pahang untuk bersama-sama ke 'HIMPUNAN PAHANG FOR PALESTINE' di Dataran Majlis Bandaraya Kuantan pada Sabtu ini, jam 8.30 pagi.

Himpunan ini bagi melahirkan rasa simpati dan solidariti kita terhadap nasib malang rakyat Palestin yang terus ditindas, dizalimi dan dibunuh oleh rejim haram Israel.

Ayuh kita turun beramai-ramai.


https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=630879242552425&id=100068910644453&mibextid=Nif5oz
24/10/2023

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=630879242552425&id=100068910644453&mibextid=Nif5oz

Jom warga Pahang turun beramai-ramai bagi memeriahkan Festival Belia Pahang sempena Hari Belia Negara Peringkat Negeri Pahang Tahun 2023 yang akan berlangsung pada 28 Oktober 2023 (Sabtu) bertempat di Dewan dan Dataran MBK yang dibawakan khas oleh penganjur utama Kerajaan Negeri Pahang, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Pahang dan Majlis Belia Negeri Pahang.

Pelbagai aktiviti-aktiviti menarik disediakan untuk anda semua:

✅ Karnival Kerjaya MyFutureJobs dan Temuduga Terbuka
✅ Pameran-pameran menarik daripada Agensi Kerajaan dan Swasta serta Pocket talk info promosi menarik daripada Agensi Kerajaan & Swasta
✅ Pemeriksaan Kesihatan dan Derma Darah
✅ Battle of The Band
✅ Aktiviti Kecergasan Senamrobik
✅ Jualan Komuniti dan Usahawan (Youth Business Expo) dan 50 gerai Jualan menarik
✅ Pertandingan Battle of the Band
✅ Pertandingan e-Sports
✅ Persembahan Seni Bela Diri
✅ Himpunan Motor dan Kereta
✅ dan banyak lagi

Nantikan juga penampilan istimewa
🌟Drama Band
🌟Apak Khalifah
🌟Chombi
🌟dan ramai lagi

Pelbagai lagi aktiviti dan pengisian menarik menanti anda di Festival Belia Pahang ‼️
Jumpa anda di sanaaaa…. 😉

17/10/2023
Alhamdulillah PAHANG Juara😍👍💪✊
16/10/2023

Alhamdulillah PAHANG Juara😍👍💪✊

14/10/2023

SIARAN LANGSUNG : MALAYSIA ESPORTS LEAGUE 2023 PERINGKAT KEBANGSAAN (PUBGM)

Hari ini, sama-sama kita akan mengetahui siapa yang bakal dinobatkan sebagai juara MEL23 PUBGM. Semarakkan MEL23 peringkat kebangsaan bersama penganjur Kementerian Belia & Sukan (KBS) , Esports Integrated (ESI) dan 16 Persatuan Sukan Elektronik Negeri dan Wilayah Persekutuan. Rakan minuman rasmi, Goodday Charge, Kelazatan Susu Bertenaga, Rakan media Rakita 107.9 , What’s The Meta & Tiktok dan Rakan Pelaksana, Rakan Muda. Jangan lepaskan peluang untuk memenangi hadiah eksklusif yang istimewa bersama kami. Jom meneka siapa yang bakal menjadi juara MEL23 PUBM. Jawapan yang betul dan pemenang bertuah akan memenangi hadiah eksklusif dari kami.

Ramal di sini : https://rb.gy/1r9c2

12/10/2023

Doakan Semoga Allah Selamatkan Bumi Palestine, Insyallah Aaaamiin...

Assalamualaikum,Salam Malaysia Madani!!!Kepada Seluruh Belia Malaysia Khususnya Belia Negeri Pahang, Jom sertai Festival...
09/10/2023

Assalamualaikum,
Salam Malaysia Madani!!!
Kepada Seluruh Belia Malaysia Khususnya Belia Negeri Pahang,
Jom sertai Festival Belia Pahang pada 28 & 29 Oktober, bertempat di Dewan Besar Majlis Bandaraya Kuantan.

Sejumlah RM6,000 hadiah disediakan. Bukan satu, bukan dua game yang dipertandingkan tetapi tiga iaitu Pubgm, Mlbb & Efootball Console pada :-

Tarikh: 28 & 29 Oktober
Masa: 8.00pagi - 6.00petang
Tempat: Dewan Besar Majlis Bandaraya Kuantan

Anda rasa anda power? Jom sertai!!!

Link pendaftaran: https://tinyurl.com/FestBelPHG

Admin bertugas:
019-921 1494 - Syed
012-782 4432 - Tie






Pada 7 dan 8 oktober baru² ni , Esport Malaysia Pahang telah menghantar para pemain Efootball Console untuk menyertai ke...
09/10/2023

Pada 7 dan 8 oktober baru² ni , Esport Malaysia Pahang telah menghantar para pemain Efootball Console untuk menyertai kejohanan Piala President Mencari Slot Untuk Wakil Negara di Shaftsbury Putrajaya ..

Alhamdullilah , Pahang telah berjaya meletakkan diri di kelompok 4 Terbaik Malaysia .. Perjalanan para pemain di sana tidaklah mudah kerana dibarisi pemain-pemain yang pernah mewakili negara dan bermain di peringkat tertinggi namun pemain-pemain kami memberikan persaingan yang sangat membanggakan , pada peringkat Top 16 kami diundi dan dukacitanya kami terpaksa berjumpa sesama sendiri .. Namun itu tidak membuatkan kami putus asa , Syed Qayyum telah membuktikan dia sememangnya bersedia untuk membawa nama Esport Negeri Pahang setelah dia berjaya menumpaskan pemain Sukma Johor Akeem di peringkat Suku Akhir ..

Perjalanan terhenti di Separuh Akhir apabila beliau tewas Penalti pada perlawanan ketiga menentang pemain dari Penang , satu perlawanan yang sangat sengit ..

Terima kasih diucapkan buat Syed Daniel , Herman , Atif , Qayyum dan Nasrullah yang bertungkus lumus dalam kejohanan kali ini ..

In Shaa Allah kita akan kembali di kejohanan yang akan datang ..

p/s In shaa allah jika tiada aral melintang , tiada halangan Esport Pahang akan menganjurkan Kejohanan efootball console pada Hari Belia yang akan datang , jadi minta sokongan dari semua pemain dalam Malaysia ..

Majulah Esport Untuk Negara




06/10/2023

Kelayakan HSN Peringkat Negeri Pahang

Sekitar perasmian Malaysia Esports League (MEL) Peringkat Negeri Pahang 2023,Lebih 150 penyertaan telah menyertai perlaw...
01/10/2023

Sekitar perasmian Malaysia Esports League (MEL) Peringkat Negeri Pahang 2023,
Lebih 150 penyertaan telah menyertai perlawanan di dalam acara Mobile Legeng(ML),Player Unknown Battle Ground(PUBG),E-football(PesMobile)
Turut hadir En.Muazamir Haji Jili (Pengarah Belia Dan Sukan Negeri Pahang) wakil rasmi kepada YB Fadzli Mohamad Kamal (Exco Komunikasi Dan Multimedia,Belia,Sukan Dan Badan-Badan Bukan Kerajaan Negeri Pahang) merasmikan Program Malaysia Esports League(MEL) Peringkat Negeri Pahang 2023 di Kuantan Parade Pahang Darul Makmur,
Tahniah kepada seluruh pihak penganjur serta yang terlibat menjayakan program tersebut.





01/10/2023

PERLAWANAN BAGI PUSINGAN AKHIR MALAYSIA ESPORTS LEAGUE 2023 (MEL 23) BAGI KATEGORI PERMAINAN MOBILE LEGEND BANG BANG YANG AKAN BERLANGSUNG SEKARANG.

DEJI MAMBA VS INCOGNITO MY

PENGULAS ANDA UNTUK PERLAWANAN YANG AKAN BERLANGSUNG PADA HARI INI ADALAH MUSHYY & CROSS !!
PASUKAN MANAKAH YANG AKAN MENJADI JUARA DI PERIMGKAT AKHIR YANG SEDANG BERLANGSUNG SEKARANG DI KUANTAN PARADE, KUANTAN, PAHANG
AYUH BERIKAN SOKONGAN DAN SEMANGAT YANG PADU KEPADA PASUKAN KEGEMARAN ANDA !
JANGAN LUPA LIKE DAN SHARE PAGE ESPORT MALAYSIA PAHANG
Ikuti kami di sosial media :
Facebook : https://m.facebook.com/profile.php/?id=100063714696215Instagram : https://instagram.com/esportspahang?igshid=MzRlODBiNWFlZA==
Discord : https://discord.gg/ZMKHuNPQj5

Address

Temerloh

Telephone

+60179875456

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when ESports Malaysia Pahang posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Videos

Share


Other Gaming Video Creators in Temerloh

Show All