Samporlimbuk Channel

Samporlimbuk Channel Memaparkan pelbagai kisah perjalanan kehidupan seharian kita sebagai hamba-Nya dengan izin dan limpah kurnia-Nya..

24/07/2024
24/07/2024
Apa yang anda faham tentang papan tanda ini..?  Tidak terdapat ditempat lain kecuali di Kelantan..betapa mereka menitikb...
13/07/2024

Apa yang anda faham tentang papan tanda ini..?
Tidak terdapat ditempat lain kecuali di Kelantan..betapa mereka menitikberatkan syariat bagi pengunjung yang datang melawat beberapa tempat menarik di Dabong yang kebanyakannya datang pada hari Jumaat yang merupakan hari kelepasan am bagi negeri Kelantan..
Kenapa ianya tiada di negeri lain...?


Ini baru kerang.. kalaulah kerang besar ni semua..baru la sedap buat kerang rebus atau bakar..ni karang dah la kecik.. b...
04/04/2024

Ini baru kerang.. kalaulah kerang besar ni semua..baru la sedap buat kerang rebus atau bakar..ni karang dah la kecik.. banyak busuk plk tu..haduu


Kau tengok.!!Majlis orang besor besor berbuka puasa..Kau ado ?
25/03/2024

Kau tengok.!!
Majlis orang besor besor berbuka puasa..
Kau ado ?


16/03/2024

Ini barang rare..payah nak jumpa..hanya tukang tertentu je yang reti buat menda ni..


Macamana seorang warganegara China bole dapat MyKad dan lesen memandu dengan mudah..aku yang dah tua ni pun tak dapat da...
15/03/2024

Macamana seorang warganegara China bole dapat MyKad dan lesen memandu dengan mudah..aku yang dah tua ni pun tak dapat dapat lagi lesen lori..
Malas nk cakap lebih lebih..




29/02/2024

Anak kampung dulu dulu amat selesa bermain dengan alam.. berbanding anak anak sekarang yang selesa dengan media sosial tanpa batas..
Hasilnya, lahirlah anak2 tanpa adab dan nilai sosial yang tinggi nilainya..
Fikir fikirkan lah..


Tidak Melayu Hilang Di dunia..!   Begitulah falsafahnya dunia Melayu.. tetapi realitinya bagaimana..atau hanya sekadar l...
26/02/2024

Tidak Melayu Hilang Di dunia..!

Begitulah falsafahnya dunia Melayu.. tetapi realitinya bagaimana..atau hanya sekadar laungan..
Kebiasaan aku yang bertanjak ketika keluar rumah sering dipandang sinis oleh segelintir masyarakat Melayu sendiri..ada yang menjeling senyum..ada yg menegur dan bertanya..malah ada yang seperti melihat sesuatu yang janggal dan asing..
Adakah kita patut berdiam diri apabila melihat adat warisan bangsa kita ditinggalkan atau bangkit mempertahankan budaya kita yang semakin dipandang asing?
Tepuk dada tanya diri..


24/02/2024

Satu petang di Felda Residence Tekam..

Ini first video aku.. bapak la pro nya aku..ni takde sekelumit pun edit..tak main la edit edit ni (padahal langsung tak reti ngedit).
Okey..enjoy your self..!!



24/02/2024

Thanks you for all my followers from Indonesia, India, Pakistan, Bangladesh and all regions in Europe.. Together we'll succeed..!!

Salam nusantara buat kalian di Indonesia..  Aku mohon amat kepada sahabat2 dari Indonesia yang masih kenal dan ingat aku...
23/02/2024

Salam nusantara buat kalian di Indonesia..
Aku mohon amat kepada sahabat2 dari Indonesia yang masih kenal dan ingat aku mohon hubungi aku kembali..ramai kenalan aku seperti dari Lombok timur..ada juga dari Kangean,Madura..ramai dari sana..teman baik aku dari Jogja.. alamat MU hilang sih..gak ketemu..moga success ya..ramai yang udah lupa nama..
Jadi , tolong hubungi aku ya..pingin liburan kesana..moga ketemu..


Dadah..narkoba..sama je..isu yang tak pernah habis..malah makin menjadi-jadi di Malaysia ni..  Tak perlu nak terangkan l...
23/02/2024

Dadah..narkoba..sama je..isu yang tak pernah habis..malah makin menjadi-jadi di Malaysia ni..
Tak perlu nak terangkan lebih lanjut pasal ni sebab banyak agensi2 yang terlibat dengan perkara ni..biar dorg yg uruskan.. tanggungjawab telah diamanahkan kepada mereka..
Tapi aku sebagai marhaen bifoti ni rasa sangat terpanggil untuk bersuara..bukan nak tunjuk pandai..tapi sekadar melahirkan simpati yang tak berpenghujung kepada mangsa-mangsa tipudaya dunia narkoba ini..
Ramai yang dah mati pun.. maaf agak kasar bunyinya tapi kalau cakap lembut2 kang..tak masuk dalam sel otak dorg..ramai lagi yang masih bergelumang dengan dunia hitam tu..tak jumpa jalan pulang..kesian..ramai juga yang dah cuba berkali kali untuk meninggalkan dunia ni..tapi terusan tersungkur, tersadung akar, tersangkut duri penuh bisa..terus melangkah dengan kudrat yang makin luntur.. untuk mencari sinar dihujung dunia..
Ada yg pergi berubat kampung,ada yg jumpa doktor,ada yg masuk pusat rawatan..semua dah cuba..tapi tetap jua kecundang.. persoalannya...kenapa dan mengapa.. kembali dan terus kecundang..
Mereka bersedia dengan seribu alasan,menuding jari menyalahkan orang lain..yang diatas menyalah yang dibawah..yang dibawah mempertikaikan yang diatas.. begitulah sehingga ke akhirnya..
Ni satu nak pesan..satu je..tak banyak..walau beribu cara dah cuba..berjuta duit dah dibelanjakan..untuk mengembalikan sang penagih ke alam realiti kehidupan...pasti kalian tak akan berjumpa..tak bertemu jalan penyelesaiannya..sebab kalian tidak mengusahakan perkara penting ini..apa dia..??
Tidak ada satu pun usaha, komitmen, resolusi,agenda bla bla bla.. untuk menarik RAHMAT Allah..
Buatlah apa cara pun..apa teknik ke..apa terapi ke..tapi kalau tanpa RAHMAT Allah.. mempedooh belaka..hanya dengan rahmat Allah sahaja lah yang boleh mengembalikan sang penagih kembali menjadi manusia..faham tak?..tak faham?... gi tanya ulama, orang alim,guru yang mursyid... jawapannya ada disitu..tak payah bawak briefcase..seminar sana sini..gi UK gi US,gi Oversea..konon ambik ilmu ambik cara urus kat sana..bawak balik Malaysia..ikut cara mereka.. sampai bila kita nak ditipu..???


23/02/2024

Haduu... kereta ayahanda pulak tak sihat.. senggugut katanya..tak tahu la berapa pulak kena ni..
Sape bole rekomen kedai mana yang terbaik untuk baiki kereta kat bandar pusat Jengka ni..



21/02/2024

Saya memang tak pandai nak review suasana yang pernah dirakam dahulu..tapi ada pihak yang mintak buat review semula..maka inilah hasilnya yang entah apa-apa..
Moga ini menjadi pengalaman buat saya..
Juga terus diharapkan agar pihak-pihak berkaitan dapat memanfaatkan sepenuhnya kemudahan infrastruktur ini dalam usaha membangunkan pasukan bolasepak di tempat kita ini sehingga berjaya ke peringkat lebih tinggi.

Majulah sukan untuk negara




Tadi malam ajak family keluar makan kat Bandar Pusat Jengka..order la masakan panas seperti tomyam campur, kangkung bela...
20/02/2024

Tadi malam ajak family keluar makan kat Bandar Pusat Jengka..order la masakan panas seperti tomyam campur, kangkung belacan,sup tulang,telur dadar..tapi yang jadi terkejutnya bila tengok piring untuk telur dadar tu dah macam tu keadaannya..tak tau la rasa nak marah pun ada..rasa kesian ke tuan kedai pun ada..mgkin tak mampu nak beli piring yang lain kot..mgkin bila piring tu dah betul-betul terputus dua baru dia ganti kot..
Cer komen sikit..

# FB page

# monetari

19/02/2024

ENTAH SIAPA YANG SALAH..KU TAK TAHU...!!?

Pihak kerajaan telah mengeluarkan bajet yang besar untuk pembangunan infrastruktur seperti padang futsal di seluruh negara.. infrastruktur yang diharapkan dapat memberi manfaat kepada rakyat terutama golongan muda.. tetapi malangnya ia dimanfaatkan sepenuhnya..
Bukan nak menuding jari kepada mana-mana pihak.. tapi berharap agar semua pihak terlibat mengambil satu langkah proaktif agar kemudahan ini tidak sia sia, berfungsi dan dimanfaatkan sepenuhnya.
Cuba lihat keadaan padang futsal di tempat kalian.. bagaimana keadaannya..?


18/02/2024

Koyak jugak telinga budak ni..nasib baik kucingnya kecik lagi..


17/02/2024

Bukan nak membanding sape rajin sape malas...tapi sekadar untuk memotivasikan diri sendiri agar lebih prihatin terhadap keadaan ladang sendiri..


Tinggal kenangan..!!  Dulu kedai ni meriah..memang ramai penggemar jambu potong asam boi.. customer tetap pun dah ramai....
15/02/2024

Tinggal kenangan..!!

Dulu kedai ni meriah..memang ramai penggemar jambu potong asam boi.. customer tetap pun dah ramai..
Tapi tu lah..sejak meningkatnya harga barangan seperti beras,gula,ayam dan lain-lain keperluan harian.. pengunjung kedai ni makin berkurang hari demi hari..bukan aku saja..rakan2 peniaga yang lain pun sama..mula gulung tikar slow2..
Nampak ketara la skrg, rakyat dah mula berkira-kira nak berbelanja.. berbelanja pada perkara yang perlu dahulu..yg agak tak berapa perlu tu..KIV dulu..
Moga kita sebagai rakyat marhaen B40 terus tabah menghadapi hidup yang makin menekan ini.. Aamiin

13/02/2024

R07 Temuramah pertama yang kelam-kabut...

Sesi temuramah tanpa skrip ini dilakukan secara tergesa-gesa kerana hari tiba tiba hujan..sesi ini terpaksa diteruskan juga kerana host yg dijemput akan terbang ke luar negara untuk urusan shopping beliau..mohon penonton memberi sokongan dengan Like dan share ye..hihi..
Timakaseyy..!!


G 02. Nak kena budak ni..   Korang tengok apa tajuk kat mata pelajaran dia tu..Main?..  Mentang mentang la sekarang cuti...
13/02/2024

G 02. Nak kena budak ni..

Korang tengok apa tajuk kat mata pelajaran dia tu..Main?..
Mentang mentang la sekarang cuti sekolah..lepas cuti ni naik darjah 4..dapat buku baru..habis diconteng ya buku lama padahal boleh guna lagi...
Nak kena budak ni..!!!


11/02/2024

R 06. Ketum ayam..!???

Mungkin ramai yang belum tahu ni pokok apa..tapi ianya amat sinonim di kalangan penternak ayam kampung kerana ianya amat bermanfaat untuk kesihatan ayam ayam yang diternak..
Pokok ni tak masuk akta dadah ye..sebab tu ayam tak kena tangkap..jangan risau..

10/02/2024

R 04 Padang bole tercantik...

Memang saya amat berbangga kerana di kampung saya ni mempunyai infrastruktur yang hebat seperti padang bola ni..
Seiring dengan penyediaan infrastruktur ini mestilah diiringi dengan aktiviti aktiviti yang hebat juga.. berusaha untuk mewujudkan satu pasukan bolasepak yang disegani dengan penglibatan nak anak muda dan pihak pengurusan..
Semoga ianya menjadi kenyataan satu hari nanti.

G 01 AIR TERJUN TELADAS 7.  Aku minat betul view ni.. memang payah dah nak jumpa suasana original camni..biasa tengok da...
08/02/2024

G 01 AIR TERJUN TELADAS 7.

Aku minat betul view ni.. memang payah dah nak jumpa suasana original camni..biasa tengok dalam lukisan je.. mendamaikan
Moga pihak berwajib dapat menjaga kelestarian alam semulajadi ini kekal untuk tatapan anak cucu kita..
Moh la kita healing healing hujung minggu ni kat sini..

sangat

Bismillahirrahmanirrahim..Allahumma Salli ala Muhammad wa ala ali Muhammad..   Bermulanya perjuangan bagi awal 2024 ini ...
05/02/2024

Bismillahirrahmanirrahim..
Allahumma Salli ala Muhammad wa ala ali Muhammad..

Bermulanya perjuangan bagi awal 2024 ini ..moga hari hari yang mendatang ini akan menjanjikan perjalanan yang penuh gemilang.
Moga Samporlimbuk Channel ini akan membawa perubahan dalam segala aspek kehidupan seharian aku.. pastinya dengan limpah kurnia dan izinNya jua..


Address

Temerloh

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Samporlimbuk Channel posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Samporlimbuk Channel:

Videos

Share

Category


Other Video Creators in Temerloh

Show All