cikdin_ml

cikdin_ml Kongsi Nasihat | Opera Kehidupan | Simpan Duit Anak-Anak Dalam SSPN |

28/01/2025

Bila dah 40an ni, kita minta Allah kurniakan keberkatan baki umur yang ada🤲.

28/01/2025
28/01/2025

Kita selalu merancang untuk menjalani kehidupan terbaik, tapi kita terlupa untuk merancang kematian paling baik.

26/01/2025

4 perkara kena usaha lawan sungguh-sungguh👇
❌Panjang angan-angan ❌Gopoh
❌Hasad
❌Takabbur

Assalamulaikum Kome.Ye, CD memang di lahir di Hospital Besar Kolumpo, 6 tahun  je sempat membeso di Ampang, lebih tepat ...
25/01/2025

Assalamulaikum Kome.

Ye, CD memang di lahir di Hospital Besar Kolumpo, 6 tahun je sempat membeso di Ampang, lebih tepat kampung asal CD Lembah Jaya Selatan Ampang, Selangor.

Umo 7 tahun CD dah mula ngikut keluarga berhijrah ke Perak, ye la takkan nak bawa haluan sendiri p**ak sebab ko sunat pun belum lagi waktu tu.

Ehhh...lupa udah, terlajak ke planet mana p**ak ni. Lupa nak kabo, pada sesape yang masih tak kenal CD lagi, jom kome baca kisah pasal CD ni sampai habis.

Tu sebab kalau orang tanya asal mana, CD jawab asal Perak, maleh nak kembang tekak ngaku orang Kolumpo, tapi bila KL menang Piala Malaysia, masa tu kembang dada ngaku saiya orang bandar!

CD ni bukanlah sesapa, keluar dari kampung lepas usia 17 tahun dan merantau ke KL, berdikari cari duit untuk keperluan diri sebab keluarga susah, asbab tu la buat kita jadi kuat.

Jadi anak sulong ni besar tanggungjawabnya, tambah lepas kematian arwah ayah tahun 2022. Kita yang kena ambil alih segala urusan ayah, tambah p**ak adik beradik CD semua lelaki, tapi Syukur deme semua selalu memahami.

Lepas 25 tahun berkhidmat di Kolumpo, 2021 rezeki CD dapat bertugas balik di kampung. Seronok bukan main, dapat jengah mak ayah setiap hari, isteri p**ak dapat jaga anak sepenuh masa, paling-paling CD s**a dah tentu masa atas jalan dah kurang dari 1jam 30min dari Rawang - Damansara - KL, ke 5 minit je duduk di Teluk Intan ni.

Yeayyyy, dah genap 4 tahun CD jadi orang kampung. Banyak yang istimewa kat sini, segala-galanya ada. Cuma tak sempat nak kongsi apa yang bahagianya duduk di kampung ni, tapi tunggu setiap posting CD ya.

Ok, cukup dulu, kang kongsi banyak-banyak kena scam p**ak.

Bye.

Cik Din ML
Teluk Intan
25 Januari 2025

25/01/2025

Jam 3.45 petang, 24 Januari 2025

"Cik Din, apa kabo?"

CD tengok skrin telefon, masa angkat tadi tak tengok pun siapa.

"Sihat cikgu, masih di PPD ke?"

"Ye masih, tapi nak bersara tahun depan dah."

"Uis, cantik masa tu, pelarasan kedua gaji. TPG cikgu bila?"

"Bulan 1!"

"Ha, jackpot lagi!" sergah CD

Cikgu ni mantan Pengetua, bertukar ke PPD dan sejak tu la CD berhubung baik dengan cikgu.

"Cik Din, apa jadi ntah akaun SSPN saya. Boleh semakkan ke? Cukai pun dah banyak kena potong ni sejak gaji naik. Ada pelepasan cukai kalau simpan dalam SSPN kan?"

"Ye cikgu, gaji naik dan naik juga la potongan cukai kita. Baik simpan dalam SSPN. Sambil simpan tu ada dividen, ada manfaat takaful jugak. Kalau memasak tu kira serba-serbi bahan cukup la!"

"Nak mudah kan, cikgu muat naik aplikasi MyPTPTN tu. Boleh pantau sendiri akaun tu. Nak tambah, nak keluar semua cukup dalam tu."

"Cik Din, minggu depan saya pergi pejabat PTPTN boleh? Saya nak tahu lanjut pelepasan cukai tu, ingatkan kalau tak tambah deposit tahun semasa, layak jugak untuk dapat pelepasan cukai, rupanya tak dapat ye."

Ni sebahagian dari salah faham yang kena dibetulkan. Kome pun macam ni jugak ke?

Kalau ye, kome SILAP!

Cik Din ML

23/01/2025

3 sebab kenapa perlu dengar nasihat Isteri👇

21/01/2025

Nak tolong orang lain tu beringat, zaman sekarang ni ramai ambil kesempatan.

Semalam bertemu dengan Ketua Pegawai Pendidikan Daerah Batang Padang (KPPD), Tuan Osman dan KPPD Muallim Puan Hamiza.Tam...
21/01/2025

Semalam bertemu dengan Ketua Pegawai Pendidikan Daerah Batang Padang (KPPD), Tuan Osman dan KPPD Muallim Puan Hamiza.

Tambah lagi rakan sinergi PTPTN Teluk Intan, Alhamdulillah🤲.

Er, ada sesapa nak masuk mana-mana sekolah tak, CD ada kabel dah😬.

Cik Din ML

21/01/2025

Kalau orang bagi nasihat, sakit hati tak kadang-kadang?

18/01/2025

MACAM GIGIT SEMUT JE

"Eleh, abah dulu berkhatan macam kena gigit semut je, tak pe nanti karang abah carikan semut hitam 2 ke 3 ekor kita latih, tengok cemana peginya." cadang CD pada anak-anak

"Eleh, Abah Sunat je la lagi sekali kalau berani, ni nak main semut p**ak." deme p**ak bagi cabaran, tadi cadangan. Ah, sudah.

"Mana boleh, doktor tak bagi dah. Dia Sunat ni sekali je seumur hidup. Abah kalau doktor bagi, memang abah on je." jadi Ayah, kena tunjuk berani walau pengalaman tu pahit untuk ditelan😬.

Ni kalau ada arwah ayah CD, dia la atok paling super busy kat planet ni. Dia sendiri nak uruskan sampai baik, kena duduk dan berpantang rumah dia. Tambah p**a adik CD pun 2 orang anaknya berkhatan harini juga.

Teringat kenangan CD berkhatan dulu, giliran nombor 3, sunat kat rumah jiran je. Makan berpantang, 2 minggu baru baik, jalan kengkang macam kereta lari alingment.

Isyyy...banyak beno beza, tapi tak rindu langsung pun kenangan waktu tu, delete!

Cik Din ML

16/01/2025

PESAN PADA DIRI
👇
Serahkan semuanya pada Allah, sampai masa kamu akan dapat yang terbaik.

"Cik Din, macam berjanji p**a kita ye, warna sedondon." sapa Guru Besar SK Bagan Datuk, Cikgu Hasrul.CD kebetulan baru k...
16/01/2025

"Cik Din, macam berjanji p**a kita ye, warna sedondon." sapa Guru Besar SK Bagan Datuk, Cikgu Hasrul.

CD kebetulan baru keluar kereta, disambutnya mesra.

"Ye cikgu, isteri saya dah gosok baju batik lain tadi, tapi saya tergerak nak pakai baju ni juga sebab agak lama tak pakai. Ada sebab rupanya." berderai kami berdua ketawa.

Percaya tak, GB ni sebaya lebih kurang CD je. Tu kalau kami jumpa, memang rancak menyembang, serasi.

"Cik Din, bulan 2 ni nanti jemput datang bagi taklimat pada ibubapa untuk kesedaran simpanan SSPN ya, ada pendaftaran PRA dan darjah 1, bakal pelanggan kita tu, sekolah dan PTPTN."

Begitulah, sentiasa buat baik dan santuni orang sekeliling kita selagi daya, yang negatif campak jauh ketepi. Hidup ini pilihan, nak hati senang kan?

Cik Din ML

14/01/2025

Kita sentiasa dibelenggu dengan sifat JAHIL, sedar tak?

12/01/2025

Hidup ni macam Tasbih, ada mula dan ada akhirnya.

Alhamdulillah.Tahniah Pakcik Shahar Abdullah terima menantu ke-3.Penuh jemputan kahwin sejak 2 menjak ni sampai ke bulan...
12/01/2025

Alhamdulillah.

Tahniah Pakcik Shahar Abdullah terima menantu ke-3.

Penuh jemputan kahwin sejak 2 menjak ni sampai ke bulan depan sebelum puasa. Tak menang tangan le dewan-dewan yang ada ni semua penuh tempahan.

Majlis kahwin sekarang ramai pilih konsep "all in", semua dalam satu bumbung, tak payah nak fikir buat itu dan ini, semua siap. Cuma siapkan pengerasnya sahaja😬

Tadi pun, 4 dewan penuh dengan majlis yang sama, semalam lagi punya acara. Kira congak kasar satu majlis katalah cas RM40k, dah RM160k sehari, 2 hari dah RM320k, WOW😋.

Oklah, balik Teluk Intan ni nak on bisnes macam ni jugak la. Beli tanah, buat dewan boleh muat 500 orang, cas harga rahmah.

On tak on jom sembang kencang.

Cik Din ML

11/01/2025

Hidup manusia ni bukan urus dunia je, kena urus sampai Akhirat.

08/01/2025

Kalau betul-betul sayangkan masjid, KPI kan diri paling kurang sekali sehari Solat Fardhu di Masjid/Surau.

Address

Teluk Intan
36000

Telephone

+601122388720

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when cikdin_ml posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to cikdin_ml:

Videos

Share