23/06/2024
Pada pendapat Admin, soalan Sky tiger adalah satu pertanyaan umum. Jika anda bukan ANAK MUDA dan jika anda bukan PEMILIK IPHONE, mengapa anda yang Trigger? Mengapa anda menjadi Emosi? Jika anda terasa, adakah anda si pengguna iPhone yang sanggup berhabis..... atau sanggup berhutang CCM demi nampak bergaya dan terkini??? Jika bukan, adalah lebih baik anda jangan baca status nya dan abaikan saja, kerana pertanyaan bukan ditujukan pada anda. Admin pun pernah terfikir bila dengar ada anak muda yang baru mula kerja, sanggup berhutang bayar bulanan tukar Telefon Bimbit iphone. Manakala ada pelajar IPT dapat duit pinjaman pelajaran sanggup guna duit beli iPhone.
Bukan soal mampu tak mampu, tapi alangkah baik ya guna apa yang ada selagi boleh guna, tetapi ramai yang kalah gaya jika tak ada iPhone, malu pakai Telefon Bimbit biasa. Ianya sudah jadi gaya, bukan keperluan.
Apa tips budak sekarang dapat beli iphone 15 pro max??
Walaupun sky mampu beli tapi bepikir 5 kali mau beli harga 6k 7k oh,nda berani beli sebab bukan keperluan.. masih setia sma vivo 2016๐