TAPAH Media

TAPAH Media Memaparkan isu, info dan maklumat pasey TAPAH Medi@
(2)

31/12/2021
20/12/2021

Assalamualaikum dan selamat petang buat semua penduduk tapah..mohon jasa baik sesiapa sahaja yang menjumpai telefon realme 5 pro warna hijau,casing getah warna hitam mohon berhubung dengan saya..telefon wife saya baru je hilang,lokasi akhir saya kesan melalui email di kawasan pejabat agama tapah. Telefon hilang saya tak kisah tapi maklumat kerja dalam tu yang penting. Sekarang telefon tu dah off tak boleh nak call. Harap jasa baik tuan puan saya hargai. Lokasi mulaยฒ hilang area jalan damai mungkin tercicir atau ada yang ambil..๐Ÿ™๐Ÿ™๐Ÿ™

Boleh contact saya 017-6788296

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menerusi kenyataan amaran cuaca yang dikeluarkan pada 1.40 pagi memaklumkan b...
19/12/2021

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menerusi kenyataan amaran cuaca yang dikeluarkan pada 1.40 pagi memaklumkan bahawa kawasan yang terbabit di Perak ialah Manjung, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Bagan Datuk, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim.

Semoga yang terkesan akibat banjir tabah dengan ujian yang dihadapi dan dipermudahkan segala urusan.

16/12/2021

Anda peminat Shellout ?? Dah lama tak pekena ??

Moh komer pekena Shellout dengan harga yang sangat berpatutan, bukan itu sahaja, ada juga Colek, Chicken chop dan pelbagai menu menarik yang terdapat di kedai ini.

Komer malam-malam sambil ngeteh boleh juga pekena colek kat sini, memang paduuu..

Untuk pertanyaan atau tempahan boleh hubungi 017- 382 4574 (Mie Qal)

Lokasi Kedai : Langkap, bersebelahan dengan Pejabat Pos Malaysia.



................................................................

Kepada meraka yang ingin Team kami review kedai makan anda, boleh pm kami terus untuk tempahan slot. Harga promosi untuk hujung tahun ini. ๐Ÿ˜‰

Kome yang sibuk hari kerja boleh selesaikan urusan di JPJ TAPAH. Di buka sabtu dan ahad minggu ni.8 pagi - 6 petang Cara...
11/12/2021

Kome yang sibuk hari kerja boleh selesaikan urusan di JPJ TAPAH. Di buka sabtu dan ahad minggu ni.

8 pagi - 6 petang
Cara pembayaran (kad bank /debit) sahaja.

Kredit: Jpj Tapah Perak

Tapah Street Art. Port OOTD di Tapah, Perak ๐Ÿ’›๐Ÿ“ท sharto
08/12/2021

Tapah Street Art. Port OOTD di Tapah, Perak ๐Ÿ’›

๐Ÿ“ท sharto

  Terima kasih kepada pihak Bomba, APM dan seluruh barisan penyelamat yang telah bertungkus lumus mencari 2 buah kendera...
03/12/2021

Terima kasih kepada pihak Bomba, APM dan seluruh barisan penyelamat yang telah bertungkus lumus mencari 2 buah kenderaan yang tertimbus dalam insiden tanah runtuh di Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands malam tadi.

Al-Fatihah buat arwah Muhammad Hafiz Hamdi. Semoga rohnya dicucuri rahmat serta ditempatkan bersama sama para solehin. Takziah kepada keluarga Encik Tan Chee Heng. Semoga tabah hadapi ujian berat ini.

Foto: Bomba Perak

  Mayat pemandu kenderaan pelbagai guna (MPV) yang turut terlibat dalam kejadian tanah runtuh di Laluan FT 185, Jalan Si...
02/12/2021

Mayat pemandu kenderaan pelbagai guna (MPV) yang turut terlibat dalam kejadian tanah runtuh di Laluan FT 185, Jalan Simpang Pulai-Blue Valley di Simpang Pulai di sini berjaya dibawa keluar.

Mangsa lelaki yang dipercayai berasal dari Klang, Selangor itu ditemukan sekitar jam 9.30 malam Khamis dan berjaya dibawa keluar kira-kira 20 minit kemudian.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Azmi Osman berkata, identiti mangsa bagaimanapun masih belum dikenal pasti.

Beliau berkata, mangsa dipercayai dalam perjalanan daripada Gua Musang, Kelantan menuju ke Pulau Pinang.

โ€œHanya seorang mangsa terlibat dalam MPV tersebut. Setakat ini hanya dua kenderaan disahkan terlibat.

โ€œUsaha mengeluarkan pemandu lori yang ditemukan kira-kira jam 8 malam masih diteruskan oleh pas**an penyelamat,โ€ katanya.

Sumber: Sinar Harian

IPOH โ€“ Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tapah melupuskan 1,604 barang kes membabitkan 414 kertas siasatan yang sudah disel...
02/12/2021

IPOH โ€“ Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tapah melupuskan 1,604 barang kes membabitkan 414 kertas siasatan yang sudah diselesaikan.

Ketua Polis Daerah Tapah, Superintenden Wan Azharuddin Wan Ismail berkata, pelupusan oleh Bahagian Siasatan Jenayah IPD Tapah itu melibatkan empat kes kontraband, lima kes bitcoin, 90 kes perjudian dan 315 barang kes am.

โ€œDalam pelupusan ini, pihak polis telah melupuskan sebanyak 944 kotak rokok pelbagai jenama, 185 unit mesin bitcoin, 125 barang kes perjudian dan 350 barang kes am.

โ€œKesemua barang kes bernilai RM1.5 juta itu telah mendapat arahan pelupusan daripada Timbalan Pendakwa Raya di mana kertas siasatan berjaya dituduh dan dijatuhi hukuman oleh mahkamah dari tahun 2016 hingga tahun ini,โ€ katanya di sini hari ini.

Menurut beliau, pelupusan barang kes tersebut dijalankan di kawasan tanah lapang di lapang sasar IPD Tapah dengan cara pembakaran sebelum ditanam menggunakan jentera.

Sumber : Kosmo ONLINE

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,Semua Warga Malaysia khususnya penduduk di bawah pentadbiran IPD Tapah, Perak.     K...
01/12/2021

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Semua Warga Malaysia khususnya penduduk di bawah pentadbiran IPD Tapah, Perak.

Kaunter semakan dan bayaran Saman Trafik PDRM Perak tawaran diskaun 50% akan dibuka bermula 1 Disember 2021 hingga 30 Disember 2021 pada ketetapan berikut:

โฐWaktu Operasi:
๐Ÿ“Œ Isnin hingga Khamis : 9.00 pagi - 4.00 petang (Rehat 1.00 petang - 2.00 petang)
๐Ÿ“Œ Jumaat : 9.00 pagi - 4.00 petang (Rehat 12.00 t/hari - 2.30 petang)
๐Ÿ“Œ Lokasi : Semua Kaunter Saman Trafik PDRM Perak

โœ‰ Saman yang BERKECUALI untuk tawaran diskaun 50% :
1. Saman Kemalangan Tahun 2021
2. Saman Tidak Boleh Kompaun (NC)
3. Saman Berstatus Bicara Mahkamah (โ€™mโ€™)
4. Saman Berkait Kenderaan M/Lori (โ€˜ฮฒโ€™)
5. Saman Kesalahan Potong Secara Berbahaya/ Potong โ€˜Qโ€™ Tahun 2021
6. Saman Kesalahan Menggunakan Lorong Kecemasan Tahun 2021
7. Saman Kesalahan Melanggar Lampu Isyarat Merah Tahun 2021
8. Saman Kesalahan Potong Di Garisan Berkembar Tahun 2021
9. Saman Kesalahan Pengubahsuaian Ekzos Kenderaan (โ€™รซโ€™)

๐Ÿ“Œ Harga saman yang layak diskaun 50% juga tertakluk kepada terma dan syarat. Semua orang awam dinasihatkan ke kaunter saman Bahagian Siasatan dan Penguatkuatsaan Trafik di daerah masing-masing untuk semak dan cetak saman yang ingin dibayar bagi mengelakkan berlakunya kesesakan dan kekeliruan semasa hari pembayaran.

๐Ÿ“Œ Pembayaran melalui kad kredit/debit adalah sehingga 24 Disember 2021 sahaja.





Keadaan terkini di Batu 15, Jalan Tapah - Cameron Highlands.๐Ÿ“ท Ina Shahrina
29/11/2021

Keadaan terkini di Batu 15, Jalan Tapah - Cameron Highlands.
๐Ÿ“ท Ina Shahrina

  Kepada pekerja-pekerja pemungut sampah Majlis Perbandaran Teluk Intan yang bertugas di Taman Sri Bahagia, terima kasih...
26/11/2021

Kepada pekerja-pekerja pemungut sampah Majlis Perbandaran Teluk Intan yang bertugas di Taman Sri Bahagia, terima kasih dan tahniah saya ucapkan. Kerja kemas, siap tolong terbalikkan tong sampah bagi elak tong sampah dipenuhi air kalau hujan.

Malah penutup tong sampah pun diletakkan dengan elok. Semoga Allah memberkati dan permudahkan rezeki dan urusan kalian. Terima kasih ๐Ÿ‘๐Ÿป๐Ÿฅฐ

Perkongsian: Izzati Basar

Diharap contoh baik ini berlanjutan ke daerah lain.

Terkini : Berlaku kejadian Tanah runtuh pagi tadi di jalan masuk Kuala Woh  menyebabkan jalan tutup kedua-dua arah.๐Ÿ“ท : A...
23/11/2021

Terkini : Berlaku kejadian Tanah runtuh pagi tadi di jalan masuk Kuala Woh menyebabkan jalan tutup kedua-dua arah.

๐Ÿ“ท : Amsyar

Yang bercadang minggu ni nak ngeteh di atas Cameron Highlands sana. Kome batalkan plan tu sebab keadaan jalan tidak meng...
23/11/2021

Yang bercadang minggu ni nak ngeteh di atas Cameron Highlands sana. Kome batalkan plan tu sebab keadaan jalan tidak mengizinkan. Kalau nak pegi juga boleh ikut Spg. Pulai. Sebaiknya jika tiada apa urusan penting tangguhkan dahulu perjalanan ke sana.

๐Ÿ“ท Polis Daerah Tapah

Laluan ke Cameron Highlands ditutup akibat tanah runtuh.KEJADIAN tanah runtuh mengakibatkan laluan di Batu 25 dan Batu 2...
23/11/2021

Laluan ke Cameron Highlands ditutup akibat tanah runtuh.

KEJADIAN tanah runtuh mengakibatkan laluan di Batu 25 dan Batu 26 Jalan Tapah-Cameron Highlands terhalang.
Ketua Polis Daerah Tapah, Superintendan Wan Azharuddin Wan Ismail berkata, laporan kejadian itu diterima pada jam 4.25 petang mengakibatkan laluan kedua-dua hala terpaksa ditutup kepada kenderaan.

"Maklumat diterima daripada orang awam berlaku kejadian tanah runtuh. Tiang elektrik juga telah tumbang dan menyebabkan laluan kedua-dua arah terhalang.

"Pas**an Unit Kereta Peronda (MPV) telah ke lokasi kejadian namun, sehingga kini maklumat lanjut belum diperoleh berikutan kes**aran alat perhubungan," katanya.
Menurutnya, kejadian itu bagaimanapun tidak melibatkan sebarang kehilangan atau kerosakan harta benda.
"Maklumat kejadian itu juga telah dimaklumkan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cameron Highlands untuk tindakan lanjut.
"Pihak Jabatan Kerja Raya (JKR), Syarikat Belati Wangsa dan Tenaga Nasional Berhad (TNB) telah dimaklumkan mengenai kejadian itu untuk menjalankan kerja-kerja pembersihan runtuhan,โ€ katanya.

Kredit: Sinar Harian

  Kejadian tanah runtuh di Batu 25 dan Batu 26 Jalan Tapah-Cameron Highlands, jam 4 petang hari ini. Tiang elektrik juga...
22/11/2021

Kejadian tanah runtuh di Batu 25 dan Batu 26 Jalan Tapah-Cameron Highlands, jam 4 petang hari ini. Tiang elektrik juga telah tumbang dan menyebabkan laluan kedua-dua arah terhalang.

Siapa-siapa yang cadang bercuti di Cameron Highlands, tundalah sementara waktu kerana musim hujan.

SIRI JELAJAH BUTIK BAS BERGERAK   Hari :  Sabtu 20/11/2021 Lokasi : Tanjung Malim ( Pasar Malam Tanjung Malim )Waktu : 5...
20/11/2021

SIRI JELAJAH BUTIK BAS BERGERAK

Hari : Sabtu 20/11/2021
Lokasi : Tanjung Malim ( Pasar Malam Tanjung Malim )
Waktu : 5ptg - 10mlm

Hari : Ahad 21/11/2021
Lokasi : Tapah ( Taman Malaysia )
Waktu : 12tgh - 7mlm

Dapatkan diskaun hanya di Butik Bas Bergerak Perak FC

Moh singgah!

Perak FC

Berikut adalah perincian 284 kes baharu COVID-19 di Negeri Perak, hari ini.โš ๏ธ Ipoh +71โš ๏ธ Kampar +22โš ๏ธ Sitiawan +231 klus...
19/11/2021

Berikut adalah perincian 284 kes baharu COVID-19 di Negeri Perak, hari ini.
โš ๏ธ Ipoh +71
โš ๏ธ Kampar +22
โš ๏ธ Sitiawan +23
1 kluster baharu: Jalan Pahang Tapah

Sumber: JKN Perak

Port Char Koay Teow ๐Ÿ˜Buka 5pm-10mlm setiap hariLokasi batu 6 Jalan Pahang
19/11/2021

Port Char Koay Teow ๐Ÿ˜

Buka 5pm-10mlm setiap hari
Lokasi batu 6 Jalan Pahang

Caprilla Betta (Ikan laga) terbesar di BIDOR.NO 161 BLOCK L PERUMAHAN AWAM 3 35500 BIDOR PERAK.
17/11/2021

Caprilla Betta (Ikan laga) terbesar di BIDOR.

NO 161 BLOCK L PERUMAHAN AWAM 3 35500 BIDOR PERAK.

16/11/2021

Video yang dikongsikan penduduk Tapah. Kawasan yang ditenggelami air banjir.

Hujan lebat dan banjir di sekitar kawasan Bukit Indah dan Balai Bomba. Jangan kome redah bahaya.๐Ÿ“ท She muel
16/11/2021

Hujan lebat dan banjir di sekitar kawasan Bukit Indah dan Balai Bomba. Jangan kome redah bahaya.

๐Ÿ“ท She muel

KAMPAR: Dua lelaki maut manakala dua lagi cedera setelah kereta dinaiki mereka terlibat kemalangan dengan sebuah bas di ...
14/11/2021

KAMPAR: Dua lelaki maut manakala dua lagi cedera setelah kereta dinaiki mereka terlibat kemalangan dengan sebuah bas di Jalan Degong di sini hari ini.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak berkata, maklumat kejadian itu diterima pada pukul 6.09 pagi dengan sepas**an anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kampar digerakkan ke lokasi kejadian.

Katanya, setibanya di lokasi, didapati kemalangan membabitkan kereta jenis Proton Persona dinaiki empat lelaki dan sebuah bas transit awam.

โ€œOperasi menyelamatkan dua mangsa tersepit yang duduk di bahagian pemandu dan penumpang hadapan segera dijalankan menggunakan peralatan menyelamat.

โ€œKedua-dua mangsa yang parah bagaimanapun disahkan maut di lokasi kejadian oleh pegawai perubatan,โ€ katanya di sini hari ini.

Menurut beliau, dua lagi lelaki yang duduk di bahagian penumpang belakang kereta cedera manakala pemandu dan penumpang bas p**a terselamat.

โ€œMayat kedua-dua mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut. Operasi tamat pada pukul 7.40 pagi,โ€ katanya. โ€“ UTUSAN ONLINE

13/11/2021

Tudia orang tapah mendunia. Steady yop idris. Semoga dipermudahkan segala urusan.

Kredit : tt idayuzulkifli942

13/11/2021

Iklan Petronas

Orang tapah checked โœ…

Stesen bas tu sekarang dah jadi tempat parking kereta

Sebelah stesen bas tu ada kedai laksa sedap ..

Klinik aman masih ada ..signboard pon kekal lg yg lama โœ…

Kredit: Shahril Azrin

Projek pembinaan Lebuhraya Persisiran Pantai Barat (WCE) Changkat Jering- Beruas. Kalau korang ke arah Utara, boleh liha...
09/11/2021

Projek pembinaan Lebuhraya Persisiran Pantai Barat (WCE) Changkat Jering- Beruas. Kalau korang ke arah Utara, boleh lihat projek ini.

Foto: Muhammad Airen Adnan

DIRGAHAYU TUANKUMerafak sembah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan Sultan Nazrin Muizzud...
04/11/2021

DIRGAHAYU TUANKU

Merafak sembah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-lah sempena sambutan ulang tahun Hari Keputeraan Baginda.

  Detik cemas seorang kanak-kanak terperangkap terselamat dalam tragedi kepala air di sungai sahom sebentar tadi, usaha ...
04/11/2021

Detik cemas seorang kanak-kanak terperangkap terselamat dalam tragedi kepala air di sungai sahom sebentar tadi, usaha menyelamat dari pihak bomba, polis dan rela. Alhamdulillah

Deepavali Valthukkal to all our lovely followers ๐Ÿ™๐Ÿป
03/11/2021

Deepavali Valthukkal to all our lovely followers ๐Ÿ™๐Ÿป

"PORT BARU MAKAN TENGAH HARI "Restoran Gulai Kawah Che Din Perasmian Pembukaan Restoran Gulai Kawah Che Din pada 1 Nov 2...
01/11/2021

"PORT BARU MAKAN TENGAH HARI "

Restoran Gulai Kawah Che Din

Perasmian Pembukaan Restoran Gulai Kawah Che Din pada 1 Nov 2021 berhadapan Masjid Sultan Nazrin Shah (Masjid Tapah).

Pelbagai jenis menu masakan yang ada disini antaranya, Nasi Kerabu, Nasi Dagang, Nasi Gulai Kawah, Nasi Sup Daging, Ikan Bakar dan pelbagai lagi aneka makanan yang ada.

Ater, mohh lee komer serbu Port Baru makan tengah hari !!!

Lokasi : Berhadapan Masjid Sultan Nazrin Shah (Masjid Tapah)

Awas! Lori rosak Km 230.3 arah Selatan dari Changkat Jering ke Kuala Kangsar. Lorong kiri, Lorong kanan terhalang. Trafi...
01/11/2021

Awas! Lori rosak Km 230.3 arah Selatan dari Changkat Jering ke Kuala Kangsar. Lorong kiri, Lorong kanan terhalang. Trafik terhenti. Laluan kontra telah diaktifkan di KM 231.7 - KM 230.7 arah utara. Trafik sesak 7km arah selatan & perlahan 2km arah ke utara.

Sumber : Plus Highway

[31 0ktober 2021 (Ahad) ]TAPAH - Program Fun Ride Sepakat @ Komuniti Keluarga Malaysia anjuran Pejabat Penerangan Daerah...
31/10/2021

[31 0ktober 2021 (Ahad) ]

TAPAH - Program Fun Ride Sepakat @ Komuniti Keluarga Malaysia anjuran Pejabat Penerangan Daerah Batang Padang.

Seramai 80 peserta menyertai program ini dan rata-rata peserta dari kawasan Tapah dan Bidor. Kayuhan bermula dari Pejabat Penerangan Tapah - Batu Masjid - Kg Changkat Dermawan - Tapah Road - Tapah.

Turut hadir juga Pn Fairuz selaku wakil Dun Chenderiang untuk merasmikan perlepasan kayuhan Fun Ride di Pejabat Penerangan Tapah.

Program ini juga dilaksanakan dengan kerjasama KBS Tapah, RELA dan KKM Tapah (ambulans).

  Pembinaan kereta kabel antara Tapah ke Ringlet, Cameron Highlands, Pahang merupakan projek perdana yang dicadangkan da...
29/10/2021

Pembinaan kereta kabel antara Tapah ke Ringlet, Cameron Highlands, Pahang merupakan projek perdana yang dicadangkan dalam Draf Rancangan Tempatan Daerah Batang Padang 2035 (Penggantian).

Yang Dipertua Majlis Daerah Tapah, Muhamad Sahlan Husnin berkata, limpahan sektor pelancongan di tanah tinggi itu boleh memberi impak besar kepada pembangunan di daerah Batang Padang.

"Dengan kehadiran pelancong untuk ke kawasan itu melalui Tapah, kaedah ini dilihat boleh mengurangkan kesesakan jalan raya.

Bagaimanapun, ia masih di peringkat perancangan dalam draf rancangan tempatan tersebut," katanya ketika ditemui pada Majlis Perasmian Program Publisiti dan Penyertaan Awam Draf Rancangan Tempatan Daerah Batang Padang 2035 (Penggantian) di Dewan Merdeka di sini pada Khamis.

Apapun kita tengok nanti..

ุฅูู†ูŽู‘ุง ู„ูู„ูŽู‘ูฐู‡ู ูˆูŽุฅูู†ูŽู‘ุง ุฅูู„ูŽูŠู’ู‡ู ุฑูŽุงุฌูุนููˆู†ูŽโ€Ž   Jenazah pengarah dan penerbit terkenal, Mamat Khalid, 58, selamat disema...
24/10/2021

ุฅูู†ูŽู‘ุง ู„ูู„ูŽู‘ูฐู‡ู ูˆูŽุฅูู†ูŽู‘ุง ุฅูู„ูŽูŠู’ู‡ู ุฑูŽุงุฌูุนููˆู†ูŽโ€Ž
Jenazah pengarah dan penerbit terkenal, Mamat Khalid, 58, selamat disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Masjid Paloh di sini kira-kira jam 2.20 petang ini.
Jenazah Allahyarham dibawa dari Hospital Slim River ke rumahnya di Taman Ipoh Jaya Timur 1 sekitar pukul 6 pagi sebelum dibawa ke tanah perkuburan.
Jenazah Allahyarham juga disembahyangkan di Masjid Jamek Idris Iskandar Shah 1, Kampung Sungai Rokam di sini dengan dihadiri kira-kira 200 jemaah yang terdiri daripada ahli keluarga, saudara mara, pelakon, peminat dan penduduk sekitar selepas solat Zuhur.
Turut hadir memberi penghormatan terakhir ke atas Allahyarham adalah artis-artis termasuklah Datuk Awie, Datuk M Nasir, Bell Ngasri, Khir Rahman, Zul Ariffin, Zahiril Adzim dan Pekin Ibrahim selain Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu.

๐Ÿ“ท VIRAL PERAK

TAPAH โ€“ Satu kejadian banjir kilat berlaku di Jalan Besar, Kampung Poh Tambahan di Bidor, dekat sini pagi tadi. Kejadian...
23/10/2021

TAPAH โ€“ Satu kejadian banjir kilat berlaku di Jalan Besar, Kampung Poh Tambahan di Bidor, dekat sini pagi tadi. Kejadian berlaku akibat pembentung pecah dari lombong berdekatan menyebabkan air melimpah masuk ke kawasan kampung.

Jurucakap Bilik Gerakan Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Perak memberitahu, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada pukul 11.01 pagi. Menurutnya, sepas**an anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Bidor telah dihantar ke kawasan tersebut.

๐Ÿ“ท Bomba / Kosmo

Mee Rebus Tapah antara port makan 'hidden gems' dekat pekan yang menjadi pintu masuk naik Cameron. Terkenal dengan mee r...
23/10/2021

Mee Rebus Tapah antara port makan 'hidden gems' dekat pekan yang menjadi pintu masuk naik Cameron. Terkenal dengan mee rebus tulang yang padu manis pedas kaw kaw, ada juga mee rebus daging dengan dengan mee rebus ayam semuanya harga RM 7.00. Nak makan mee rebus biasa pun ada, RM 5.00 je.

Kredit : SELADANG PERAK

  Tangan-tangan manusia yang tidak bertanggungjawab yang membuang sampah seperti bekas makanan ke dalam longkang berdeka...
22/10/2021

Tangan-tangan manusia yang tidak bertanggungjawab yang membuang sampah seperti bekas makanan ke dalam longkang berdekatan, ini lah mentaliti sesetengah masyarakat yang s**a membuang sampah merata-rata tempat.

Bagaimana keadaan di rumah mereka???

Berani tegur orang-orang yang s**a buang sampah merata-rata tempat.

Lokasi : Depan PUSPAKOM Gopeng.

Perkongsian : Loberto Prince

[Makluman]Notis pembukaan semula TER & kawasan pendakian di dalam HSK Negeri Perak PPN Fasa 3 dibuka mulai 23/10/2021 (S...
22/10/2021

[Makluman]

Notis pembukaan semula TER & kawasan pendakian di dalam HSK Negeri Perak PPN Fasa 3 dibuka mulai 23/10/2021 (Sabtu). Waktu operasi TER adalah dari 8 pagi - 5 petang termasuk cuti umum & cuti hujung minggu.

Walau bagaimanapun, TER Lata Kinjang, TER Kuala Woh, TER Ulu Kenas & TER Lata Kekabu masih DITUTUP bagi kerja-kerja penyelenggaraan (faktor keselamatan)

Permohonan permit memasuki HSK bagi tujuan pendakian, rekreasi & tempahan sewaan kemudahan di TER perlu melalui SISTEM EPERMIT (http://ecotourism.perakforestry.gov.my)

Pengguna / Orang awam perlu mematuhi SOP MKN PPN Fasa 3 Sektor Ekopelancongan Sumber Asli ( Taman Eko Rimba & Hutan Taman Negeri)








20/10/2021

*TEMUDUGA TERBUKA PENGAMBILAN PELATIH SESI JAN 2022 DI GIATMARA TAPAH*

KURSUS YANG DITAWARKAN DI GIATMARA TAPAH BAGI PENGAMBILAN SESI JAN 2022:

*1.TERAPI KECANTIKAN DAN SOLEKAN (SKM Tahap 2)*
Tempoh pembelajaran 6 bulan (sepenuh masa)

*2.JAHITAN PAKAIAN DAN FESYEN (SKM Tahap 2- single tier)*
Tempoh pembelajaran 6 bulan (sepenuh masa)

*3.TEKNOLOGI AUTOMOTIF (SKM Tahap2 )*
Tempoh pembelajaran 6 bulan (sepenuh Masa)

Pelajar yang telah mengisi permohonan akan dihubungi oleh GIATMARA Tapah untuk tetapan tarikh temuduga.

SILA BAWA DOKUMEN INI BERSAMA SEMASA TEMUDUGA:

*1.SALINAN KAD PENGENALAN PEMOHON*
*2.SALINAN KAD PENGENALAN IBU/BAPA PENJAGA*
*3.SALINAN SIJIL TAMAT SEKOLAH*
*4.SALINAN SIJIL SPM/PMR/PT3*
*5.LAIN-LAIN SIJIL BERKAITAN*
*6. 4 KEPING GAMBAR BERUKURAN PASPORT.*

SYARAT-SYARAT KEMASUKAN:

_1.Bumiputera._
_2.Sihat tubuh badan._
_3.Boleh membaca,menulis dan minat 3(M)._
_4.Berumur dari 15 tahun dan keatas._
_5.Berminat dengan bidang yang dipohon._

Cara permohonan:

*1.Boleh datang terus ke GIATMARA TAPAH di alamat*
*LOT 360,BANDAR TEMOH,DAERAH BATANG PADANG,*
*35350,TAPAH PERAK.*

*2.Melalui online, dengan melayari _www.giatmara.edu.my_*

*3.Melalui pautan(pendaftaran segera) seperti dibawah ๐Ÿ‘‡๐Ÿป*
https://forms.gle/jCHRM7TkobNUW44s8

(SEBARANG PERTANYAAN BOLEH HUBUNGI :-

05-4190049 Pejabat GIATMARA Tapah

017-5716456 Siti Zaharah (FnD)
017-5600727 razita (FND)

013-7068553 Nasuha (STK)
011-39993361 Ainun (STK)

016-5332086 Mohd Muzaffar (TAF)
019-4035043 Faiz Basir(TAF)

  Fenomena kepala air petang tadi. Alhamdulillah Allah selamatkan aku. Perkara ini dilalui sendiri oleh saudara Haziq Da...
20/10/2021

Fenomena kepala air petang tadi. Alhamdulillah Allah selamatkan aku.

Perkara ini dilalui sendiri oleh saudara Haziq Danial sekeluarga sewaktu mereka berkelah di Air Terjun Batu berangkai, Kampar, Perak baru-baru ini.

โ€œKetika sedang seronok bermandi mandi di kawasan Air Terjun tersebut, tiba-tiba dapat rasakan sesuatu sebelum terjadinya kepada air yang boleh menghanyutkan dan meragut nyawa itu. Katanya menerusi laman Twitter, mereka sekeluarga selamat kerana cepat bertindak.

Tanda awal kepala air ialah hujan/mendung di hulu tadahan sungai, bunyi arus makin kuat dan air start keruh dgn b*k daun hanyut. Kalau time mandi perkara ni terjadi, please GET OUT IMMEDIATELY!!!

Nampak tenang je kan? Aku dan adik seyes enjoy gile mandi tadi. Air jernih, sejuk, nyaman.

Hujan pun mula turun dan kami pun naik ke tebing. Mujur.

Air tak naik mendadak lagi, flow rate normal lagi. Tetapi bila dah keruh camni, please just GET OUT!!

Amaran dah tahu, please take note. Just after 10 minutes selepas air start keruh, boom!! Here comes the swell!! Subhanallah!

Admire the differences. Same spots, 20 minutes gap.

Lower down those streams is a big waterfall, followed by lubuk dalam, kalau hanyut, hmmm.โ€ (17/10/2021)

Address

Tapah

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when TAPAH Media posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share



You may also like