Arif Kiara

Arif Kiara Sebarkan kebaikkan demi kebahagian ,usaha jadi baik untuk Allaah sayang Pengkongsian tentang nasihat,kata semangat,tip /petua kesihatan ,dakwah islam

Lebih kurang jam 12.30 tengahari aku singgah di Car Wash area Kuantan. Berhentikan kereta, matikan enjin dan serahkan ku...
03/05/2024

Lebih kurang jam 12.30 tengahari aku singgah di Car Wash area Kuantan. Berhentikan kereta, matikan enjin dan serahkan kunci kereta kepada budak cuci kereta. Nepal ke, Myanmar ke aku tak pasti. Terlihat kereta parking sebelah kereta aku Chevrolet Camaro (Transformers) yang dalam kiraan harga bagi aku yang perminat supercar ini dalam harga RM400k pada permulaannya.

Aku melangkah masuk ke bilik menunggu kaca. Pada perkiraan aku lebih baik duduk menunggu di dalam aircond, memandangkan cuaca agak panas. Aku duduk dan memandang ke belakang dan menegur brother yang kebetulan sedang membaca. Aku agak buku-buku bermotivasi tinggi di tangannya.

Aku pun bertanya,

"Kereta bos ke tu?"

Smart giler! Dia hanya menganguk sambil tersenyum...

"Dari mana bos?"

Dari Tun Hussien Onn katanya. Bisnes ke?

Consultant jawabnya.

Oooh...

"Consultant untuk pinjaman perniagaan dan penasihat kepada bank-bank di Malaysia".

"Waww"!!!
Mesti best jawab hati aku.

"Saya dah 30 tahun dalam bidang ini," katanya.

Aku tanya dia, "Macam mana ye jika saya mahu mengembangkan perniagaan yang ada kepada lebih besar dengan modal yang tak seberapa ada?"

Dia tersenyum dan katanya,

"Saya nasihatkan guna apa yang kita ada tanpa membuat sebarang pinjaman bank. Apa yang ada, besarkan modal. Saya bermula dari kecil. Mula ada RM10k, kemudian RM20k, RM60k, RM80k, kemudian kepada RM100k, RM200k, RM400k dan RM800k. Cuba guna sumber yang ada untuk kegunaan perniagaan. Paling seronok jika dapat RM1 juta yang pertama. Selepas itu untuk mendapat RM1 juta yang ke-2 terlalu mudah dan pantas," katanya.

Aku terdiam..

"Ramai orang susah datang berjumpa saya, mereka bertanya apa rahsia saya? Saya akan berkata,

"Allah jadikan dunia ini untuk kita, kita dikurniakan akal, gunakan sebaik mungkin. Jujur dan jangan menipu. Ramai yang tak yakin janji Allah sedangkan dia suruh berdoa, mintalah apa sahaja dan "pasti" akan ditunaikan.

"Yang paling utama, kita kena bersihkan seluruhnya. Solat 5 waktu, duha jangan tinggal, bangun tahajud malam. Minta sungguh-sungguh. Pekerja saya, bila azan bergema, saya arahkan tinggalkan kerja 'sekarang'. Tiada nilai 1 sen pun jika buat kerja waktu tu! Allah panggil kita menghadap dia. Tapi kadang kala kita cakap,

"Tunggu j*p aku nak siapkan lagi 1 lagi!"

Allah itu pencipta alam semesta. Kita boleh cakap p**a pada dia macam tu?,"

Dammm !!!
Tersentap aku..

Katanya lagi,

"Ramai yang datang minta kerja. Soalan pertama saya tanya, "Awak solat tak 5 waktu?"

Jika ada master, degree , diploma atau bapak gajah sijil pun, jika tak solat saya tak akan terima. Ada yang datang nak suruh support buat pinjaman RM100k, RM1 juta, RM50 juta atau RM500 juta saya boleh tolong. Bagi kertas kerja pada saya, saya selidik dan sain serta recommend pada bank dan bank akan luluskan. Tetapi soalan pertama saya tanya dulu,

"Awak solat tak 5 waktu? Jika tidak, awak balik saja," katanya.

Ada yang berkata, "Abang tu bawa 'Transformers' pergi masjid". Jika saya, bawa Kancil je. Katanya, "Kereta itu milik Allah. Dia bagi pinjam je tu. Apa salahya saya bawak dia pergi menghadap Allah? Hati niat kena betul, jangan niat nak menunjuk-nunjuk. Niatkan nak cepat menghadap Allah, nak memotivasikan orang lain supaya lebih rajin berusaha. Kereta itu saya beli hampir RM700k import. Di atas jalan raya Malaysia cuma ada 2 biji je orang pakai. Saya bukan tak mahu Ferrari atau Lamborgini. Sebab ekzos dia bising. Kereta Chevrolet Mustang ini lagi laju dari Ferrari atau Lamborgini. Kereta ini 6.2CC. Ferrari dan Lamborgini baru 4.8CC. 10% dari pendapatan saya tetap untuk anak yatim, fakir miskin. Niat apa yang kita ada untuk manfaat pada orang lain. Kereta itu cuma besi yang diisi enjin, dituang minyak. Start dan berjalanlah dia. Jika kita ukur panjangnya pun dah tak muat masuk kubur".

Satu lagi pesan saya. "Berkawan", kita yang perlu pilih. Pilih orang yang boleh membawa kita kepada kebaikan di dunia dan yang paling utama, Akhirat.

Dunia ini pinjaman. Carilah pinjaman yang terbaik disini. Untuk kekayaan sebenar di sana.

Waah !!! hebat giler bila berjumpa somebody.

InsyaAllah, kata-katanya dan pengalaman beliau sangat-sangat membantu.

Sampaikan...
Selalu kita akn tanya apa rahsia utk kaya...tapi kita lupa utk jaga hubungan dgn Yang Maha Kaya...

Peringat utk diri sendiri dan kawan2 yg bakal kaya.
Saya mohon kepada gadis-gadis dan juga para abang-abang, adik-adik, baca post ni sampai habis. Saat memandang kain sempit mu, seluar ketat mu, baju sendat mu, tudung singkat mu, solat dan ibadahmu. Aku ingin sekali menegurmu. Namun. Sering saja terkaku. Rasa tak mampu. Kerana merasa diri bukanlah insan yang terbaik untuk menegur. Jauh di sudut hati terasa bimbang. Aku bimbang di akhirat kelak. Kau akan mempersoalkan aku. "Kau sahabat aku. Kenapa kau tak tegur aku dulu ? Kau memang sengaja nak aku ke neraka kan ? Kau sengaja nak bahagia masuk syurga sendirian kan ? Aku kurang ilmu agama. Tapi kau tinggi ilmu agama. Mana ajaran agama kau tu ? Kenapa kau tak guna untuk bantu aku ? Kau tunggulah di akhirat kelak. Aku akan tarik kau masuk neraka sebab kau tak tegur aku." AllahuAkhbar. Sahabat. Begini lah cara aku menegur mu. Dengan post kecil ini. Hari ini. Sekurang - kurangnya. Bila aku di soal Nya di akhirat nanti. Tentang apa yang aku lakukan untuk sahabatku. Aku boleh jawab bahawa. "Aku telah menegur mereka. Dengan post kecil ku ini. Dan dengan selemah-lemah iman ku. Iaitu mendoakan mereka dari jauh.
"Aamiin. KITA BERSAHABAT KERANA ALLAH S.W.T.

Terima kasih tekun membaca, siapa kata rakyat Malaysia malas membaca.

(Perkongsian Manfaat.)

Kisah benar 21/02/2024

Tq penulis
Jom pakat share
Anda semua diizinkan share dan halal
Semoga bermanfaat insyaallah

takda dah subsidi diesel betul ke???Kalau betul tangki 80 liter X RM3.75 = RM300 🤣🤣🤣
12/12/2023

takda dah subsidi diesel betul ke???

Kalau betul

tangki 80 liter X RM3.75 = RM300 🤣🤣🤣

01/12/2023
HATI-HATI SCAMMER TEPI HIGHWAY!Panjang sikit karangan hari ni. Semalam, pakcik berbaju Melayu coklat maroon yang menurut...
23/11/2023

HATI-HATI SCAMMER TEPI HIGHWAY!

Panjang sikit karangan hari ni. Semalam, pakcik berbaju Melayu coklat maroon yang menurutnya bernama Majid dan anaknya berbaju biru bernama Kamal, berjalan kaki di tepi lebuhraya Guthrie. Suami saya yang dalam perjalanan ke Shah Alam, berhenti untuk membantu. Minyak motor habis, terpaksa menolak motor. Suami saya yang kebetulan membawa 4x4 semalam, angkat motor pakcik tu di belakang dan menghantar mereka ke stesen minyak berdekatan. Bayangkan, jumpa mereka di highway Guthrie dari Rawang, dan stesen minyak terdekat ialah di Shah Alam. Jauh tu nak tolak. Aduh, simpati, kesian.

Dalam kereta, mereka bersembang. Katanya, dia dari Tg Malim menziarah bapanya yang meninggal dunia, dalam perjalanan ke Jasin. Apabila ditanya, kalau nak ke Jasin, kenapa lalu Guthrie? Pakcik memberitahu yang mereka dalam perjalanan ke Klang, kerana ada pusat zakat yang memberi wang kecemasan. Aduh, simpati, kesian lagi.

Sampai di stesen minyak, suami turunkan motornya sambil dibantu beberapa kontraktor yang sedang membuat kerja pembaikan di stesen Petronas federal highway Shah Alam arah ke Klang. Sebelum turun dari kereta, disebabkan suami rushing nak kejar urusan di bank, maka ditinggalkan pakcik tu di sana dengan wang tunai RM150. Pakcik mendoakan, "Terima kasih. Semoga murah rezeki". Kontraktor yang bekerja pun mendoakan yang sama. "Terbaik, bang!" Kata mereka sebab semua yang menyaksikan pasti akan simpati dan kesian tengok pakcik tu.

Suami ceritakan pada aku sebelum kami tidur semalam. Meleleh air mata aku sebab simpati dan kesian nasib mereka. Tapi...

Hari ini, sekitar jam 11.40 am dalam perjalanan ke utara, di tepi highway PLUS selepas R&R Rawang, aku nampak seorang pakcik dengan anak lelaki sedang ditahan brader X50. Aku terus bersuara, "Macam sama dengan cerita abang semalam". Suami yang sedang memandu menoleh terus menjawab, "Cilaka! Pakcik semalam!". 😅 Suami rapatkan kereta ke tepi emergency lane dan undurkan kereta.

Brader X50 ni dah jadi mangsa baru. Kali ni, Mak dia p**ak mati, nak balik ke Batang Kali. Bila ditanya mana duit RM150 semalam? Dia boleh minta no akaun nak transfer. 😂 Banyak p**ak duit kau ye pakcik? Sempat pakcik simpan dalam bank lepas tu cari mangsa baru. Brader X50 tu pun yang pada mulanya kata "takyah viral la bang", pun dah tinggikan suara lepas tau dia pun kena tipu. Marah betul brader tu sebab pakcik menggunakan anak untuk raih simpati. Kesian anak itu, terkebil-kebil tak faham apa berlaku. Tak dapat dipastikan identiti sebenar pakcik ni, rakyat Malaysia ke Rohingya.

Punya Tuhan nak tunjuk, baru semalam suami tolong, hari ni dah dapat jawapan yang ditolong tu buat duit dengan simpati rakyat Malaysia. Baik hati kita dengan mudah diperguna.

Sumber fb Elia Yacob

Harap melayu di malaysia sedar ape yg terjadi di palestine…merempat di tanah air sendiri
19/11/2023

Harap melayu di malaysia sedar ape yg terjadi di palestine…merempat di tanah air sendiri

11/11/2023
Tengok warna logo halal lepas ni nk membeli….setuju tak kalau macam ni ???
10/11/2023

Tengok warna logo halal lepas ni nk membeli….setuju tak kalau macam ni ???

Sengaja melewat-lewatkan solat boleh membawa kepada meninggalkan solat sama sekali. Ini sangat berbahaya bagi iman seseo...
01/11/2023

Sengaja melewat-lewatkan solat boleh membawa kepada meninggalkan solat sama sekali. Ini sangat berbahaya bagi iman seseorang.

Firman Allah SWT:

فَوَيْلٌ لِّلْمُصَلِّينَ الَّذِينَ هُمْ عَن صَلَاتِهِمْ سَاهُونَ

Fawailul lilmuṣallīnal-ladzīna hum 'an ṣalātihim sāhūn

Maka kecelakaan yang besarlah bagi orang-orang yang shalat, (yaitu) orang-orang yang lalai dari shalatnya. (Surah Al-Ma'un: 4-5)

Rasulullah SAW bersabda:

مَنْ تَرَكَ الصَّلَاةَ مُتَعَمِّدًا فَقَدْ بَرِئَتْ مِنْهُ ذِمَّةُ اللَّهِ وَذِمَّةُ رَسُولِهِ

Man tarakal ṣalāta muta'ammida faqad bari'at minhu dzimmatullāhi wa dzimmatu rasūlih

"Barangsiapa yang dengan sengaja meninggalkan salat, maka gugurlah tanggung jawab Allah dan Rasul-Nya daripadanya." (HR. Imam Ahmad)

Oleh itu, berusahalah untuk mendirikan solat tepat pada awal waktunya. Jangan malas dan jangan melewatkan solat dengan sengaja.

Orang yang angkuh dan sombong adalah s**ar untuk mengakui kesalahan mereka. Ini adalah sifat tercela yang harus dijauhi....
28/10/2023

Orang yang angkuh dan sombong adalah s**ar untuk mengakui kesalahan mereka. Ini adalah sifat tercela yang harus dijauhi.

Firman Allah SWT:

إِنَّ الَّذِينَ يُجَادِلُونَ فِي آيَاتِ اللَّهِ بِغَيْرِ سُلْطَانٍ أَتَاهُمْ ۖ إِنْ فِي صُدُورِهِمْ إِلَّا كِبْرٌ مَا هُمْ بِبَالِغِيهِ ۖ فَاسْتَعِذْ بِاللَّهِ ۖ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيعُ الْبَصِيرُ

"Sesungguhnya orang-orang yang membantah tentang ayat-ayat Allah tanpa dasar pengetahuan yang datang kepada mereka, tidak lain hanyalah (menunjukkan) sombong yang ada dalam hati mereka. Maka janganlah mereka mencapai tujuannya. Maka berlindunglah kamu pada Allah. Sesungguhnya Dia-lah Yang Maha Mendengar lagi Maha Melihat." (Ghafir: 56)

Rasulullah SAW bersabda:

لاَ يَدْخُلُ الْجَنَّةَ مَنْ كَانَ فِي قَلْبِهِ مِثْقَالُ ذَرَّةٍ مِنْ كِبْرٍ

"Tidak akan masuk surga orang yang di dalam hatinya terdapat seberat zarah kesombongan." (Riwayat Muslim)

Maka jauhilah sifat angkuh ini. Jadilah rendah hati dan sentiasa introspeksi diri. Mengaku salah itu mulia, bukan kelemahan.

Kredit Himpunan Ceramah Ustaz Ustazah

Kita cuba sama-sama kawal nafsu kita insyaallaah
28/10/2023

Kita cuba sama-sama kawal nafsu kita insyaallaah

Sama-sama kita amalkan…
28/10/2023

Sama-sama kita amalkan…

11/10/2023

Tonton, ikut dan terokai lebih banyak kandungan sohor kini.

Salam jumaatBaca ayat ini sebanyak 7 kali setiap kali selesai solat fardhu, dengan izin Allah .1.Jika dia seorang yang l...
15/09/2023

Salam jumaat

Baca ayat ini sebanyak 7 kali setiap kali selesai solat fardhu, dengan izin Allah .
1.Jika dia seorang yang lemah, maka akan menjadi kuat
2.Jika dia seorang yang hina, maka akan menjadi seorang yang mulia
3.Jika dia seorang yang kalah, maka akan segera mendapatkan pertolongan
4.Jika dia seorang yang berkesempitan, maka akan mendapat kelapangan
5.Jika dia seorang yang berhutang, maka akan segera dapat membayar
6.Jika dia seorang yang berada dalam kesusahan, maka akan hilang kesusahannya
7.Jika dia seorang yang sulit dalam penghidupan, maka akan segera mendapat kelapangan kehidupan

Untuk dipermudahkan hafazan:
Ayat 128
“Laqad jaakum rasoolun min anfusikum AAazeezun AAalayhi ma AAanittum hareesun AAlaykum bilmu’ mi neena raoofu raheem”
Ayat 129
“Fa-in tawallaw faqul hasbiya Allahu la ilaha illa huw AAalayhi tawakkaltu wahuwa rabbu alAAarshi alAAzeem”
Erti ayat 128
Sesungguhnya telah datang kepada kamu seorang Rasul dari golongan kamu sendiri (iaitu Nabi Muhammad s.a.w.), yang menjadi sangat berat kepadanya sebarang kesusahan yang ditanggung oleh kamu, yang sangat lobakan (inginkan) kebaikan bagi kamu, (dan) ia p**a menumpahkan perasaan belas serta kasih sayangnya kepada orang-orang yang beriman.
Erti ayat 129
Kemudian jika mereka berpaling ingkar, maka katakanlah (Wahai Muhammad): “Cukuplah bagiku Allah (yang menolong dan memeliharaku), tiada tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia kepadaNya aku berserah diri, dan Dialah yang mempunyai ‘Arasy yang besar.
Dengan izin Allah. InshaAllah

Kredit : Kongsi Ilmu

Assalamulaikum sahabat-sahabat yang dikasihi Allah dan Rasul ,yang mana belum follow tiktok arif bantu2 tolong follow ,s...
12/07/2023

Assalamulaikum sahabat-sahabat yang dikasihi Allah dan Rasul ,yang mana belum follow tiktok arif bantu2 tolong follow ,saya doakan semoga semua sahabat dilimpahkan rezeki dan dipermudahkan segala urusan insyaallah…Terima kasih

2081 Pengikut, 1088 Mengikuti, 2447 S**a - Tonton video pendek hebat yang dicipta oleh Arif Kiara

11/06/2023

Ya Allah Ya Rahman, Engkau berikanlah kami kefahaman dalam setiap pekerjaan yang kami lakukan.
Sesungguhnya hanya Engkau yang Maha Mengetahui. Aamiin Ya Rabbal Alamin..

Selamat Menyambut Ramadhan bulan yang penuh barakah…
22/03/2023

Selamat Menyambut Ramadhan bulan yang penuh barakah…

SubhanAllah... Cantik petikan ini. Kebesaran Sang Pencipta          Wahai anak adam..   Aku jadikan engkau dalam  perut ...
26/11/2022

SubhanAllah... Cantik petikan ini.
Kebesaran Sang Pencipta

Wahai anak adam..
Aku jadikan engkau dalam
perut ibu mu ,, dan aku tutup
wajahmu dengan penutup
supaya tak lemas/
terhidu engkau dalam rahim.

,Dan Aku jadikan
engkau tenang dilindungi
disebalik rahim ibumu.
Aku cukupkan bagi engkau
makanan mu.

Dan Aku jadikan
di samping kanan dan kirimu
tempat berpaut.
Di kananmu hati. { liver }
dan di kirimu hempedu
{ spleen } ibumu.

Setelah itu,
Aku ajarkan engkau
untuk tetap dan duduk
di dalam badan ibu mu.
Adakah yang lain
selain dari Ku yang mampu
menjadikannya sedemikian.??

Setelah berakhir penciptaan
mu dan disempurnakan
kejadian mu,
aku arahkan kerajaanKu
dengan penuh
kasih dan sayang
untuk mengeluarkan mu
dari rahim,
maka dikeluarkanlah dirimu.

Tiada bagi mu gigi
untuk mengunyah,
jua tangan, untok menggapai,
juga kaki untok berdiri
Engkau tidak punya apa2.

Aku jadikan susu
yang lengkap lagi bersih
dari dada ibuMu,
yang sejuk di musim panas
dan panas di musim sejuk.

Dan Aku letakkan cinta
dan kasih kepada engkau
dalam diri kedua org tua mu.
Tidak meniarap engkau
sebelum mampu,
tidak duduk. engkau
sebelum mampu,
tidak merangkak engkau
sebelum mampu,
tidak berdiri engkau
sebelum mampu.

Apabila engkau telah kuat
untuk berjalan sekarang,
engkau bermaksiat
sa'at engkau berseorangan.!!
Dan engkau langsung
tidak malu padaKu.

Maka Aku tetap peringatkan:
Jika engkau berdoa,
Aku makbulkan.
Jika engkau meminta,
Aku berikan.
Jika engkau bertaubat,
Aku bawa engkau kepadaKu

Sungguh ajaib, engkau wahai anak adam .. Ketika dilahirkan kau di Azankan, dan di Iqamat kan tanpa di sertai solat.. Dan bila kau mati engkau disolat kan tanpa didahulukan azan.

Sungguh ajaib bagi mu wahai
Anak adam..
Ketika lahir tidak kau ketahui
siapa yang mengeluarkan mu
dari tubuh ibumu,
dan ketika kau mati
tidak juga engkau ketahui
siapa yang memasukkan
engkau ke kubur mu.

Sungguh ajaib perihalmu
Anak adam..
Ketika kau dilahirkan
ada yang menggosok dan
membersihkan mu,
dan setelah engkau mati
ada juga yang menggosok
dan membersihkan mu.

Sungguh ajaib perihalmu
Anak adam..
Ketika lahir tidak kau tahu
siapa yang gembira dan
tersenyum atas kelahiranmu,
dan setelah ajalmu
masih engkau tidak tahu
siapa yang menangisi
dan bersedih ke Atas mu.

Ajaib sungguh perihalmu
Anak adam..
Ketika engkau di perut ibumu
Aku jadikan engkau,
di dalam tempat yang sempit
lagi gelap, dan apabila mati
dijadikan bagi engkau kubur
yang sempit lagi gelap.

Ajaib sungguh perihalmu
Anak adam..
Lahirmu terus engkau dibalut
dengan kain putih
untuk menutupi mu,
mati mu juga engkau
dikafankan dengan kain putih
untuk menutupi mu.

Ajaib sungguh perihalmu
Anak adam ..
Apabila engkau lahir
ditanyakan manusia
mengenai
syahadah dan perihalmu.

Dan setelah engkau mati
engkau ditanyakan malaikat
tentang amal2
engkau yang sholeh dan apa
bekalmu untuk akhirat?

Paksakan untuk sebut di hati
Dua kalimah Syahadah.
Asyhaduan Laailahaillallah
Waasyhaduanna Muhammadar Rasulullah.

Bacakan Juga Surah Al Ikhlas
Bismillah...
Qul hu'wallah hu' Ahad.
Allah hu'ssomad.
Lam yalid wa lam yuulad.
Wa lam yaqullahu kufuwan
Ahad

Engkau sebarkan maka setiap orang yg membacanya sperti membaca sepertiga Al-Quran.ُ
آمين يا الله * آمين يا رحمن * آمين يا رحيم..
أَمِيْن يَا رَبَّ العَالَمِينْ.
َ
ِ ஜ¤═══¤ ۩۞۩ ¤═══¤ஜ
ٍِSemoga kita dapat menyebar
luaskan kata kata yang
bermanfaat ini.
Agar ia akan jadi ilmu Amal
Jariaah Bagi jawapan
Di hadapan Allah Nanti..ْ

Sebak rasa ziarah suami, ibubapa dan adik beradik arwah Nurul Nazihah yang kemalangan kereta terbakar baru ini. Arwah da...
19/10/2022

Sebak rasa ziarah suami, ibubapa dan adik beradik arwah Nurul Nazihah yang kemalangan kereta terbakar baru ini. Arwah dan keluarga baru seminggu balik dari Umrah sekeluarga. Innalillahi wa inna ilaihi rajiun. Ya Allah ampunilah arwah dan hadiahkan syurga Firdaus buat Nurul Nazihah.

Kata mereka walau kereta terbakar tetapi jenazah sempurna. Dengar amalan baik arwah. *Dari remaja sehingga kahwin paling jaga solat dan s**a berkongsi nasihat agama dengan keluarga.* Menangis mendengar kisah baik arwah ini.

Sampai tadi mereka menangis gembira terharu diziarah. Berkongsi mereka terpilih oleh Allah kerana sayang Allah pada mereka. Sayu lihat wajah suami, mak ayah dan adik beradik arwah. Baik-baik semuanya. Semoga terus kuat dan tabah ya. InsyaAllah jumpa semula di sana nanti dalam syurga. Amin.

Dari FB Ebit Lew

27/09/2022

Dalam Dunia Ini kadang kita buat apa-apa pekara pun kerana MANUSIA memang akan rasa penat ,letih dan tak dihargai

Tapi

Jika kita buat kerana ALLAH insyaallah ,kita akan mendapat ganjaran pahala dan tenang jiwa ,sebab kita tahu kita sedang menuai pahala di dunia untuk bersenang lenang di sana….

Sedikit Perkongsian ,Nasihat untuk diri sendiri dan dan semua

Allahuakbar

Naik tidak Memijak Kawan Fahami maksud iniJangan sesekali kita menjatuhkan seseorang dengan memburukannya ,menfitnah,mem...
02/09/2022

Naik tidak Memijak Kawan
Fahami maksud ini

Jangan sesekali kita menjatuhkan seseorang dengan memburukannya ,menfitnah,membuka aibnya,untuk kita naik dan dipandang mulia oleh semua orang perkara ini sangat dilaknat oleh allah

Lebih banyak berdiam bercakap perkara yang baik2 ,kita sama2 jadi baik Allahuakbar

Nasihat buat saya dan semua saudara saudari yang dikasihi Allah

“Orang yang jaga solat 5 waktu (on time), automatik jadual kehidupan mereka tersusun.Bukan dia yang susun jadual keselur...
28/08/2022

“Orang yang jaga solat 5 waktu (on time), automatik jadual kehidupan mereka tersusun.
Bukan dia yang susun jadual keseluruhannya untuk jadi begitu, tapi asbab penjagaan solatnya maka Allah membuka jalan kemudahan dalam melengkapkan kerja² seharian.
Nak jadual seharian tersusun cantik, jagalah kelima-lima waktu solat dengan baik.
In shaa Allah! Ni tips mujarab bagi pengamalnya.”
Sumber : Ustaz Imran Hakimi
Simpan kat wall fb masing-masing ya..

Bacalah Doa ini ketika suasana hati kita tidak tenang
02/08/2022

Bacalah Doa ini ketika suasana hati kita tidak tenang

Betapa SYIRIK nya kita1. Belajar pandai pandai, nanti dah besar pangkat tinggi , gaji besar hidup senang. SYIRIK2. Lepas...
24/07/2022

Betapa SYIRIK nya kita

1. Belajar pandai pandai, nanti dah besar pangkat tinggi , gaji besar hidup senang. SYIRIK

2. Lepas belajar apply kerja gomen, senang dan cerah masa depan. SYIRIK

3. Kalau hafal quran , besar nak jadi apa? SYIRIK

4. Kerja gomen senang beli rumah SYIRIK

5. Uishhh kalau tak makan ubat ni, mati kena sakit jantung. SYIRIK!

Dan banyak lagi kesyirikkan yang selalu kita ungkapkan tanpa sedar. Seolah olah nasib dan masa depan kita bergantung kepada Tingginya pelajaran, tinggi nya kedudukan

Kita lupa, setiap yg hidup Allah dah tuliskan rezekinya tersendiri. Allah dah siap kan semua. Kita hanya lalui dgn YAKIN!

Yakin ke kita, esok masih ada kerja?
Yakin ke kita, esok masih ada pelanggan?
Yakin ke kita, esok company kita masih ‘bernyawa’?

Kenapa sibuk sangat nak jadi ahli nujum, meneka masa depan sampai membelakangkan tugas Allah?

Hati-hati kawan(saya juga pesan pada hati)
Kadangkala, kita ni zahir nampak taat, batin belum tentu. Kenapa? Sebab yakin kita pada Allah sangat lah sedikit. Banyak bersangka buruk pada takdir Allah.

Bila tak kena dgn plan kita, sibuklah kata ‘kalaulah’….
Tak sedar lagi ke, semua itu adalah takdir Allah
Siapa yg tulis dan susun takdir kita?
ALLAH!
Allah tu apa sifat nya?
Maha berkuasa, Maha bijaksana, Maha pengasih
Jadi kenapa nak prasangka lagi dengan takdir Allah???????

Kenapa nak meletakkan masa depan kita, anak anak kita pada tingginya belajar hidup akan senang?
Yakin sangat ke kita, belajar tinggi tu hidup senang lenang?

Kenapa nak letakkan nyawa kita tu dibawah pegangan ubat? Yang sembuhkan tu ubah ke Allah?

Kenapa overthinking bila sales tak de? Yang bagi sales tu manusia ke Allah?

Kenapa kalau keje gomen katanya bole beli rumah, yang bagi kebolehan beli rumah tu gomen ke Allah?

Kenapa sampai sanggup kata, isshhhh tak bole takde laptop ni, ni lah ‘nyawa’ utk buat kerja. Takde ni, habis kena marah dgn bos! Yg bagi kerja tu boss ke Allah?

Ya Allah….
Banyak sungguh kita ‘Mensyirikkan’ Allah dgn sesuatu kan. Sedar atau tidak, ini lah kita dan perangai kita.

Sedangkan kita tahu, dosa mensyirikkan Allah itu adalah dosa YANG PALING BESAR

Jom sahabat. Kita kembali ke pangkal jalan, kita buang kesyirikkan tanpa sedar kita, kita jaga lidah kita drpd berkata yg sia sia, dari berkata sesuatu yg boleh jatuh akidah kita.

Bila dengar usrah Ustaz Ahmad rizam , mmg rasa dia sgt dalam. Sebab ada antaranya memang saya masih buat😭

Bila duduk di depan beliau, rasa bagai disembur sembur , kenapa nak terasa begitu? Sbb mmg buat😭

Ya Allah, ampunkan kami yg b*k sgt lemah
Ya Allah, terimalah taubat kami yg berulang ulang buat salah
Ya Allah, pimpin lah hati dan jiwa kami yg selalu sgt goyah
Ya Allah, tanpa Mu kami pasti rebah

Bantu kami Ya Allah

Selamat pagi Ahad

A S S A L A M U A L A I K U M❤️

Kredit -izlara mungawan

Address

Sungai Petani

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Arif Kiara posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Videos

Share



You may also like