Ezzie Rahim

Ezzie Rahim Sharing & enjoy with my life journey
**a makan s**a jalan-jalan

Dua kali Allah ulang dalam Al-Quran,"selepas tiap-tiap kesusahan ada kesenangan"(Surah As-Sharh 5 & 6)Selamat tinggal 20...
31/12/2023

Dua kali Allah ulang dalam Al-Quran,

"selepas tiap-tiap kesusahan ada kesenangan"

(Surah As-Sharh 5 & 6)
Selamat tinggal 2023. Semoga cerita 2023 berakhir dengan baik-baik saja.

Selamat datang 2024. Dan semoga tahun 2024 hadirnya sinar bahagia. Semakin banyak kebaikan yang datang. Dengan segala harapan dan doa yang belum tercapai. Ya Allah kau permudahkan bagi ku menjemput rezekiMu. Kau lancarkan lah pekerjaanku. Kau berkati dan rahmati aku ya Allah.

Selamat malam 2023.
Much ♥


**ajalan
**amakan

02/11/2023

Bangunlah hari ni dengan penuh keceriaan dan kesyukuran

With ❤

Hari ni 1 november 2023.Berduka lara pagi-pagi dah kena surprise. Alhamdulillah. Syukur Allah masih jaga. Tersedar ketik...
01/11/2023

Hari ni 1 november 2023.
Berduka lara pagi-pagi dah kena surprise.
Alhamdulillah. Syukur Allah masih jaga. Tersedar ketika berhenti hantar anak yg sulong ke sekolah. Sampai di sekolah dengan selamat walaupun kakak pecut 90-100km/jam .
Lepas hantar si adik sekolah. Pecut p tengok mak pulak. Semalam katanya tak boleh tiduq sakit batu karang menyerang.
Lepas settle semua baru settle kan si tayar golek-golek macam tenggiling ni. Ambik kau skru 2 inci syok duk dalam getah tayar tu ya.
Now satu hari terkejar-kejar ke sana ke sini (sebab kakak bekerja sendiri buka kedai insuran dan roadtax tanpa ada pekerja). Boleh dah tarik nafas rehat-rehat kejap sambil muhasabah diri.
K Bye gaiss with ❤


**amakan
**ajalan


Assalamualaikum with ❤Semoga dipermudahkan urusan kita semua hari ini dengan izinNya. Aamin
31/10/2023

Assalamualaikum with ❤
Semoga dipermudahkan urusan kita semua hari ini dengan izinNya. Aamin

Apa yang menjadikan kita hari ini dan hari esok, Adalah "DIRI" kita sendiri.With❤   **amakan  **ajalan
28/10/2023

Apa yang menjadikan kita hari ini dan hari esok, Adalah "DIRI" kita sendiri.

With❤


**amakan
**ajalan

BAHAGIA CARA KITA1. Kalau rasa nak buat sesuatu, buat saja. Jangan peduli orang kata. Dan jangan paksa orang ikut macam ...
25/10/2023

BAHAGIA CARA KITA

1. Kalau rasa nak buat sesuatu, buat saja. Jangan peduli orang kata. Dan jangan paksa orang ikut macam kita. Lain padang lain belalang. Lantai tak sama rata. Kasut lain jenama,

2. Jangan peduli apa orang kata pada kita. Rilek sudah. Bahagia dengan cara kita. Beras kita habis bukan ada orang peduli. Depa tak tanya pun. Kita senang orang dekat. Kita susah orang lari

3. Nak buat baik jangan harap balasan orang. Nanti hati sakit. Jangan guna ayat "Kita tolong orang, suatu hari orang tolong kita". JANGAN. Biar Allah sahaja yang membalas

4. Tengok orang senang, jangan iri. Dia senang cara dia. Susah dia kita tak tau. Didik hati. Suatu hari aku akan jadi macam dia

5. Jangan mudah terasa hati. Nak merajuk. Tak ada orang peduli pun. Duk pendam buat apa. Hati sakit. Air mata habis. Buat apa yang kita happy

6. Berkawan dengan orang yang nak kawan dengan kita. Yang tak nak kawan lantak pi dialah. Berkawanlah tanpa syarat

7. Baca posting orang jangan sakit hati. Kita tak tau apa tujuan dia. Yang hang nak kalut sangat pasaipa. Nama pun social media. Lantak dialah nak boh gambaq kucing ka, rimau ka, penyu ka, ciken cop ka, laksa ka, nak pi jalan mana ka. Hang tak mau pi jalan duk diam sudah

8. Tulis benda positif. Tulis pasal kita. Jangan tulis pasal orang. Kalau orang tak s**a, refer no 7. Jangan perli-perli. Hang ingat dia baca ka hang kata kat dia. Hang yang syok sendiri. Hang rasa lega sebab luah di medsos. Tapi orang nampak hang bodoh

9. Utamakan keluarga. Depa yang akan susah senang dengan kita

10. Ada duit buat cara ada duit. Kalau takdak duit jangan ikut cara orang ada duit. Sat lagi dia makan lamb chop hang makan megi perisa kari. Naik mercedes sampai. Naik axia pun sampai juga. Naik myvi lagi awal sampai. Apa ada hal. Beli rumah 2-3 biji. Pakai kereta mewah. Cukup bulan pinjam duit member. Investment jadah apa

11. Buat kerja jangan harap anugerah. Jangan harap orang puji. Nanti kita frust dan sakit hati. Kalau kita tak berharap apa-apa, kita buat pun jadi seronok. Dapat rezeki. Tak dapat mampuih pi

InsyaAllah. Tenang dan gembira. Tenang Is Menang. Good bebeh!

Peringatan buat diri sendiri.
Credit pada si penulis.✌


**amakan
**ajalan
**amasak

Selamat pagi with ❤Langkahlah dengan penuh bergaya. Semoga anda semua berjaya.
24/10/2023

Selamat pagi with ❤

Langkahlah dengan penuh bergaya. Semoga anda semua berjaya.

Aamin aamin aamin ya mujib❤
23/10/2023

Aamin aamin aamin ya mujib❤

Beginilah kehidupan kakak..pagi-pagi jadi supir.Selamat pagi semuanya. Semoga yang datang pada kita hari ini hanya yang ...
23/10/2023

Beginilah kehidupan kakak..pagi-pagi jadi supir.

Selamat pagi semuanya. Semoga yang datang pada kita hari ini hanya yang baik-baik saja. Ceria-ceria selalu.

No monday blues K. Yuk kerja. ❤


**amakan
**ajalan

22/10/2023

Sunday with ❤

Tarikan baru di persisir pantai Kuala Muda Penaga, Pulau Pinang. Best wey.👍

Kakak dah pi bawak anak-anak healing tepi pantai. Dan untuk hangpa yang food hunting tu hangpa wajib pi kat sini.

Masuk ja kawasan persisir pantai macam-macam makanan orang juai. Bermula dengan rojak tonggek, lepastu ais krim, bihun sup, laksa, ayam gunting, char keow teaw, apam balik dan macam-macam jenis lagi makanan ada yang hangpa boleh try kat sini.😊😊

Sambil layan ombak, makan pulak tepi pantai hangpa boleh nampak bot nelayan baru naik bawak ikan. Orang memancing pun ramai kat sini. Yang healing lepak bawak family pun ada. Anak-anak muda tak payah cakap memang ramai. Meriah waktu petang kat sini.

Pantai Kuala Muda Penaga ni terpisah antara Kedah - Penang. Hangpa boleh nampak pasar bisik Kuala Muda Kedah di seberang. Tak jauh pun sebab terpisah dek susur pantai saja.

Kat sini kalau hangpa mai pagi-pagi hangpa boleh nampak nelayan duk bawak naik ikan kat pasar. Sebab kawasan pantai Kuala Muda Penaga ni jugak sangat-sangat terkenal dengan pasar bisik depa. Macam-macam jenis makanan lauk yang ada bila mai pagi-pagi. Pilih ja yang mana hangpa nak.

So, hangpa yang s**a jalan-jalan dan makan-makan hangpa kena mai tempat tarikan baru ni.

Hangpa kena cuba makanan yang ada kat sini. Yang pasti harga berpatutan. Makan memang puas hati.

Jom isi masa petang minggu hangpa bawak anak-anak jalan sambil santai-santai di Pantai Kuala Muda Penaga ni. 😍😍

*maaf kualiti video yang kurang memuaskan. Baru ja sampai beli makanan nak cari tempat duduk hujan turun daaa.


**amakan
**anjalanjalan


Send a message to learn more

22/10/2023

Hidup bukan tentang mendapatkan apa yang kita inginkan, tetapi tentang menghargai apa yang kita miliki 😊

Apa barang yg wajib dibawa setiap kali keluar rumah? Kalau tertinggal sanggup korang patah balik.
22/10/2023

Apa barang yg wajib dibawa setiap kali keluar rumah? Kalau tertinggal sanggup korang patah balik.

Assalamualaikum semua. Masak apa tu??Cuti hujung minggu aku masak menu paling simple paling sedap untuk anak-anak. Bagi ...
22/10/2023

Assalamualaikum semua.

Masak apa tu??

Cuti hujung minggu aku masak menu paling simple paling sedap untuk anak-anak. Bagi aku menu ni paling senang dan cepat nak buat dan yang paling best boleh makan sampai ke petang.

Menu apakah itu?
Nasi lemak laaaa. Anak-anak memang s**a sangat bila ibu depa masak nasi lemak. Berulang-ulang depa makan.

Si adik memang akan menambah-nambah nasi kalau makan nasi lemak ibu depa. Siap bagi markah lagi. So for today, ibu dapat 1000 markah dari si adik. Amboii..betoi-betoi sedap ya.😍

Menu simple cara masak pun just nice and simple. Janji anak-anak s**a dan kenyang.

Hangpa ambil 3 pot beras basuh, bilas dan masukkan kan santan 1 kotak kecil (memang ngam-ngam sat lagi rasa lemak tu). Masukkan 1 inci halia dihiris, sebatang serai dititik, seulas bawang kecil dimayang, daun pandan 2 helai diracik dan simpulkan. Secubit garam untuk menaikkan lemak santan tadi. Nak lagi best untuk nampak nasi lemak berkilat masukkan sedikit minyak masak (petua orang lama). Sikit ja tau jangan sampai 1 cawan pulak.

Kemudian utk sambal, blend segenggam cili kering, bawang besar 1 ulas, 3 ulas bawang putih.

Tumiskan dengan api kecil sehingga betul-betul masak dan pecah minyak. Dah pecah minyak tambah air asam jawa, masukkan gula kabung (opsyen aku memang s**a pakai gula kabung dlam masakan), perasakan dengan garam dan cukup rasa. Nak lagi sedap masukkan sedikit ikan bilis ke dalam sambal. Baru la sambal hangpa rasa macam sambal orang dulu-dulu. Ada kick orang kata.

Sambil-sambil hangpa masak nasi dan sambal tu hangpa rebus la telur. Ikan bilis tu hangpa goreng la garing-garing rangup-rangup. Baru sedap makan dengan nasi panas-panas sat lagi. Hiris pulak timun letak kat atas. Perghh sedap wey.

Ok dah siaappppp. Simple kan. Mak selalu pesan. Nak masak nasi. Letak dulu nasi (masak dulu). Sat lagi nasi masak lauk pun siap.

Ni la petua orang dulu-dulu. Betoi kan? Hangpa setuju tak?

Ok dah jom makan..selamat menjamu selera yaaa..😋😋

Selamat pagi donia..semoga terus semangat..💪💪Assalamualaikum. ❤
21/10/2023

Selamat pagi donia..semoga terus semangat..💪💪

Assalamualaikum. ❤

21/10/2023

Dalam kehidupan tak semua orang s**a apa yang kita buat.. oleh itu buat saja apa yang kita s**a buat..✌

Create by Ezzie Rahim

Assalamualaikum.Jadilah sebaik-baik manusia yang sentiasa memberi manfaat kepala manusia lain.❤
21/10/2023

Assalamualaikum.

Jadilah sebaik-baik manusia yang sentiasa memberi manfaat kepala manusia lain.❤

Address

Sungai Petani
08000

Telephone

+601110089796

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Ezzie Rahim posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share



You may also like