Mesin Padi Trekta Riotunjang

Mesin Padi Trekta Riotunjang Bantu Like dan Ikuti ✔👍 halaman Mesin Padi trekta Riotunjang👍 juga di channel Youtube Riotu

13/08/2021

Mesin padi John deere
Jumpa video musim lepas

Ingat 5 perkara sebelum 5 perkaraHibah terbaik Pm sy..0163505396
19/04/2021

Ingat 5 perkara sebelum 5 perkara
Hibah terbaik
Pm sy..0163505396

07/03/2021

Perodua Ativa
Cun melecun

27/02/2021

Biru mata hitamku.....

27/02/2021

Vaksin halal atau haram?
Jawapan dah ada

John deere lama x nampakhttps://youtu.be/68QHoXbXE0o
25/02/2021

John deere lama x nampak
https://youtu.be/68QHoXbXE0o

mesin johndeere hijau smart ....bossku sila SUBSCRIBE di bawah...semoga terhibur

13/02/2021

Mesin padi jalur merah

11/02/2021

*TERKINI*

KEBENARAN MERENTAS NEGERI
*HANYA 3 HARI*

Kerajaan mendengar keluhan rakyat dan akhirnya memutuskan untuk memberi kebenaran untuk merentas negeri bersyarat.

Bermula 12 Februari sehingga 14 Februari 2021 (jumaat sabtu ahad), rakyat boleh mula merentas negeri dengan SOP yang ketat.

MKN sebulat suara memutuskan untuk memberi sedikit ruang kepada rakyat untuk melawat dan menziarahi sanak saudara, rakan taulan dan sahabat handai.

Berikutan sambutan Tahun Baru Cina Yang bakal disambut tidak lama lagi, kerajaan menggesa rakyat menyediakan *RM1000 setiap seorang bagi merentas negeri* semasa dalam tempoh PKP.

Bayaran tersebut adalah tidak lain hanya untuk Kompoun Denda untuk mereka Yang degil nak rentas negeri.

Sudah2 lah baca, memang tak dapat rentas negeri pun. Duduk rumah diam2...lagi baik

31/01/2021

Tular ikan pari terdampar di pantai

30/01/2021

Mesin padi 8070
Riotunjang
Boleh follow dan Like page ini

22/01/2021

MESIN PADI 2021
Riotunjang

16/01/2021

Mesin Padi bermula dengan PKPB COVID

30/12/2020

ISU DAGING IMPORT
Pagi tadi, Dewan Negara membahaskan satu usul tergempar dari YB Senator Asmak Husin (PAS) berkenaan isu kartel daging. Kerajaan melalui Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, YB Datuk Rosol Wahid telah menjawab isu tersebut.

Rupanya banyak salah faham dan fake news dalam isu ni. Berdasarkan jawapan Timbalan Menteri tadi, ini rupanya fakta sebenar:

1. Kenapa kerajaan tak nak dedahkan syarikat daging yang terlibat?

Sebenarnya bukan kerajaan tak nak dedahkan. Rupanya syarikat kartel yang kita tangkap ni, dia import daging dari luar TERMASUK daging yang diragui status halal sebab lebih murah, lepastu dia pack balik kat Malaysia, dan cop balik guna jenama lain yang popular dan harganya lebih mahal. So syarikat tu dapat untung banyak. Kiranya ada penipuan dalam kes ni. Syarikat yang jenamanya dicop tu tak bersalah, depa tak tahu. Sebab tu kerajaan tak umumkan nama syarikat tu.

2. Betul ke ada daging kuda, kanggaru dan babi?

Tak betul. Selepas serbuan dan rampasan dibuat, kerajaan hantar semua daging yang dirampas ke Jabatan Kimia. Kajian mendapati tiada daging selain lembu (kuda, kanggaru atau babi) pada daging-daging tersebut. Maknanya isunya sekarang samada daging tersebut disembelih mengikut syarak atau tak sahaja. So setakat ni kita belum makan daging kuda dan kanggaru lagi 😬

3. Macam mana boleh ada logo halal pada daging tersebut?

Semasa serbuan, pihak berkuasa menemui 24 unit cop syarikat pengimport luar yang palsu dan cop halal palsu. Selain tu kita turut menemui 5000 keping sticker logo Halal JAKIM yang dipals**an dan 2 buah lori yang menggunakan logo Halal JAKIM, dipercayai untuk membekalkan daging yang dah dipek semula oleh mereka. Maknanya memang diorang pals**an cop halal dan cop jenama syarikat pengimport, semata-mata untuk menipu penjual daging. Gila bethol 🤦🏻‍♂️

4. Betul ke syarikat kartel ni dah beroperasi lebih 40 tahun?

Siasatan mendapati syarikat kartel ni mula daftar dan beroperasi pada 2014, dan hanya mendapat permit import daging pada 2017. So tak betul depa dah beroperasi selama 40 tahun.

(Nota: Mereka menggunakan permit import daging untuk jadi pembekal daging kepada pasaran tempatan, dan mereka juga gunakan daging halal yang diimport secara sah untuk dicampur dengan daging haram dalam proses packaging semula)

5. Apa tindakan kerajaan kepada syarikat kartel tersebut?

Kerajaan dah rampas semua daging yang terlibat dan membekukan aset syarikat tersebut. Nilai sitaan dianggarkan bernilai hampir RM3 juta, termasuk nilai aset syarikat (RM1 juta), nilai barang rampasan termasuk 2,428 kotak daging beku yang disita (RM738,640), dan nilai 2 buah lori yang disita (RM1.03 juta). Syarikat tersebut juga akan didakwa bermula esok atas kesalahan memals**an logo perniagaan dan sijil halal, serta pertuduhan-pertuduhan lain yang akan menyusul selepas ini.

6. Apa usaha kerajaan bagi memastikan perkara ini tak berulang?

Kerajaan melalui KPDNHEP telah menubuhkan Jawatankuasa Perundangan dan Penguatkuasaan Halal, yang mana turut dianggotai JAKIM dan Jabatan Agama Islam Negeri bagi penguatkuasaan Halal di Malaysia, termasuk menangani isu cop halal palsu. Kerajaan juga telah bekerjasama dengan semua agensi termasuk Kastam, MAQIS dan Veterinar (DSV) bagi memantau isu penipuan daging ini. Kerajaan turut menyokong penuh penubuhan RCI bagi memastikan kes ini disiasat dengan lebih telus.

7. So boleh beli daging import tak selepas ni?

Boleh, cuma pastikan ada sijil halal dan diiktiraf. Dan baca Bismillah sebelum beli, juga sebelum makan 😬

Inilah fakta yang disebut oleh Timbalan Menteri sebentar tadi. Harapnya semua jelas dan hentikanlah sebaran berita palsu.

Yang mencatit untuk anda,
Nazrul Nazir

Zaman OTAI Beraksi....Like Sapa pernah merasa zaman ni  page kita
30/11/2020

Zaman OTAI Beraksi....Like Sapa pernah merasa zaman ni
page kita

13/11/2020

PESANAN YANG BETUL UNTUK ANAK2 KITA SEBELUM KITA PERGI...

Selalunya ketika kita dah tua dan rasa tempoh di dunia hampir ke penghujungnya, kita akan pesan kepada anak dengan pesanan-pesanan baik. Contohnya :

- nanti abah dah takde korang jangan gaduh-gaduh,
- harta pusaka tu bahagikanlah baik-baik ikut wasiat,
- bila raya balik jenguk rumah pusaka...

Itu pesanan stereotaip. Tapi bagi saya, pesanan itu hanya bermanfaat di alam sini (dunia). Lebih baik kita pesan sesuatu yg lebih bermakna utk kita di alam sana.

Bermakna sebab, di sana kita ni hidup lagi, cuma bertukar alam je.

Ramai yg tak perasan perkara ni. Mungkin kita fikir apabila meninggal dunia, everything disconnect. Maaf, sebenarnya ada lagi connectionnya.

Lebih baik kita pesan begini kepada anak, utk kebaikan our own future :

- Nanti jangan lupa bersedekah utk abah setiap hari. Sebab dulu abah tak sempat nak sedekah banyak kerana besarkan korang.
- jangan lupa bacakan Surah Mulk utk mak setiap malam. Nanti ada juga peneman mak di kubur....
- Doakan kebaikan utk mak-abah setiap hari.....

Ini yg lebih penting utk kita pesan & wasiatkan sebab, tak tentu lagi kita selamat dgn amalan sendiri. Kalaulah amalan sedekah pahala tak cukup, boleh juga anak yg masih hidup tolong 'top-up'kan.

Dan doa, bacaan Quran & sedekah ni jangan minta mereka buat setahun sekali masa hari raya je. Ingatkan mereka, jika benar sayang mak-abah, buat setiap hari.

Sebab dulu, kita jaga anak careful everyday. Kita bagi mereka makan-minum everyday, bukan seminggu sekali.

Ingatkan anak anda. Sebab, jarang anak yg ingatkan ibu-bapa mereka yg dah meninggal. Masa meninggal je anak menangis seminggu. Lepas tu mereka enjoy dgn harta-pusaka. Mereka fikir kita di alam sana pun selamat & gembira.

Then setahun sekali baru nak jenguk kubur baca Fatihah masa raya.

Saya kira, bukan begitu relationshipnya. Saya fikir, antara tanda anak benar-benar sayangkan ibu-bapanya, ia berpanjangan setiap hari tak kira kita masih hidup ataupun dah kembali ke alam sana.

Ia bantu kita setiap hari dengan doa, bacaan Quran & sedekah yg ikhlas yg BERMANFAAT utk kita di alam sana.

Dan semua kesedaran ini bermula dengan kita, ibu-bapanya yg mendidik dan mengingatkan mereka.

Ingatlah,

Apa yg kita ingatkan mereka, itulah yg kita dapat.

Ingatlah,

Kematian bukan penutup segalanya. Kita masih hidup. Cuma berpindah medium (alam lain) sahaja.

Sekian, ingatan utk diri sendiri, seorang bapa yg ada anak 2 orang dan, seorang anak yg telah bapanya telah kembali ke Rahmatullah 5 tahun lepas.

Setiap hari saya cuba yg terbaik utk sambungkan kasih-sayang kepada arwah abah dgn bacaan Al-Quran, sedekah dan doa kerana percaya janji Tuhan :

'dan orang beriman yg diikuti zuriat keturunannya dlm keadaan beriman juga, Kami hubungkan (himpunkan) mereka & zuriatnya di syurga....' (Surah Thur, 21).

Semoga bermanfaat. Tolong sama-sama doakan ibu-bapa kita yg telah pergi.

11/11/2020

Guane tue

08/11/2020

Aslmkm...selamat pagi..saya nak kongsi kerja mudah pada group semua..kerja like dan share YouTube atau FB atau intagram..mudah saja..anda dapat rm...x rugi ...boleh cuba daftar disini...cuba tuan2 semua sbb sy dah dapat..mari kita kongsi
Musim pkpb ni...daftar dulu http://income456.com/ #/register/2797013

22/10/2020

*BERSEDEKAH*

1. Jangan tunggu bila ada duit baru nak sedekah. Bila dah sihat baru sedekah. Sebab potensi untuk anda lupa tu sangat tinggi. Sedekahlah supaya anda ada duit. Sedekahlah agar anda sihat.

2. Niat semasa sedekah. “Ya Allah, aku sedekah ni bagi pihak aku dan keluargaku. Berikanlah aku sekian sekian sekian.” Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.

3. Seeloknya sedekahkan makanan. Biar terus menjadi darah daging dan beranak pinak dengan darah daging hasil derma anda.

4. Kalau nak sedekahkan kepada anak yatim, cari yang betul-betul memerlukan. Biar mereka merasa sama apa yang anda dan anak-anak anda rasa.

5. Nak mengandung? Nak rezeki datang? Sedekahlah. Kadang-kadang kita terlupa bahawa Yang Memberi Rezeki ialah Allah swt.

6. Kalau nak orang doakan, sila nyatakan dengan jelas apa yang anda nak. “Doakan saya dapat baby” “Doakan saya dapat 10A+”

7. Jangan rasa jemu bersedekah. Minggu lepas anda sedekah tak dapat apa-apa yang luar biasa? Ketahuilah anda bahawa mungkin sebenarnya ketika anda pulang dari kerja minggu lepas sebenarnya tayar anda akan pancit. Tapi kerana sedekah anda, rezeki anda untuk berjimat sebanyak RM100. Kita tak tahu. Allah Maha Mengetahui.

8. Sedekahlah pada hari Jumaat untuk dapatkan pahala berganda.

9. Doa juga sedekah. Alfatihah juga sedekah.

10. Kongsikan entry ini juga sedekah. Tolong saya. Saya nak dapat pahala. Orang lain baca dan bersedekah, anda juga dapat pahala.

Semoga kita semua diberi kesempatan untuk bersedekah sebanyak mungkin dan sedekah kita bermanfaat sebelum kita menghadap pencipta. Saya doakan yang terbaik buat kalian, doakan juga yang terbaik untuk saya dan keluarga.

Ingatlah, rezeki yang berkat itu ada tiga : makanan yang dihabiskan, pakaian/barangan yang digunakan hingga lusuh dan rezeki yang disedekahkan.

Hamba Allah yang mengharapkan redhanya

[Syeikh Ahmad Yasin, Sang Singa Berkerusi Roda]Sejurus beliau melangkah keluar dari masjid setelah selesai menunaikan so...
15/10/2020

[Syeikh Ahmad Yasin, Sang Singa Berkerusi Roda]

Sejurus beliau melangkah keluar dari masjid setelah selesai menunaikan solat Subuh tanggal 22 Mac 2004, tiga peluru berpandu yang ditembak oleh helikopter Apache tepat mengenai kepala dan tubuhnya.

Akibat dari peluru itu, jasadnya hancur. Kerusi roda yang dinaikinya turut musnah. Daging beliau yang bertaburan terpaksa dikutip satu demi satu dan dimasukkan ke dalam plastik.

Secara logiknya, siapa yang perlu takut dengan lelaki berkerusi roda yang tidak mampu berdiri apatah lagi berjalan?

Melainkan pada sekujur tubuhnya ada kebenaran dan suara perjuangan. 🙂

Sesiapa sahaja yang mencari biodata dan pautan tentang Singa Palestin yang digeruni zionis laknatullah ini, pasti akan dihidangkan dengan beberapa pesanan beliau yang masyhur ketika hayatnya.

Dan pesanan ini seharusnya terus hidup di dalam hati para pemuda khususnya mereka yang mengimpikan kemenangan, baik di dunia mahupun di akhirat sana.

Pesanan beliau untuk kita,

1. Wahai anak-anakku, telah tiba saatnya kalian kembali kepad Allah dengan meninggalkan pelbagai keseronokan, kealpaan kehidupan dan menyingkirkannya jauh daripada kehidupan kalian.

2. Telah tiba saatnya kalian bangun dan melakukan solat subuh secara berjemaah. Sudah sampai saatnya untuk kalian menghiasi diri dengan akhlak yang mulia, mengamalkan kandungan Al-Quran serta mencontohi kehidupan Nabi Muhammad SAW.

3. Aku menyeru kalian wahai anak-anakku untuk solat tepat pada waktunya. Lebih dari itu, aku mengajak kalian wahai anak-anakku, untuk mendekatkan diri kepada sunnah Nabi kalian yang agung.

4. Wahai para pemuda, aku ingin kalian menyedari dan menghayati makna tanggungjawab. Kalian harus tegar menghadapi kesulitan hidup dengan meninggalkan keluh kesah.

Aku menyeru kalian untuk menghadap Allah SWT dan memohon keampunan dariNya agar Dia memberi rezeki yg berkat kepada kalian. Aku menyeru kalian supaya menghormati orang yang lebih tuadan menyayangi orang yg lebih muda.

5. Aku ingin kalian tidak tertidur oleh alunan-alunan muzik yang melalaikan, melupakan kata-kata yang menyebutkan cinta kepada manusia dan dunia serta menggantikannya dgn kata amal, kerja & zikir kepada Allah.

Wahai anak-anakku, aku amat berharap kalian tidak sibuk dengan muzikdan tidak terjerumus ke dalam arus syahwat.

6. Wahai puteriku, aku ingin kalian berjanji kepada Allah akan mengenakan hijab secara jujur dan betul. Aku meminta kalian berjanji kepada Allah bahawa kalian akan mengambil peduli tentang agama dan Nabi kalian yang mulia.

Jadikanlah ibunda kalian, Khadijah dan Aisyah sebagai teladan. Jadikan mereka sebagai pelita hidup kalian. Haram hukumnya bagi kalian untuk melakukan sesuatu yang boleh menarik perhatian pemuda supaya mendekati kalian.

7. Kepada semua, aku ingin kalian bersiap sedia untuk menghadapi segala sesuatu yang akan datang. Bersiaplah dengan agama dan ilmu pengetahuan. Bersiaplah untuk belajar dan mencari hikmah. Belajarlah bagaimana hidup dalam kegelapan yang pekat.

Latihlah diri kalian agar dapat hidup tanpa elektrik dan peralatan elektronik. Latihlah diri kalian utk sementara waktu merasakan kehidupan yang s**ar.

8. Biasakan diri kalian agar dapat melindungi diri dan membuat perancangan untuk masa depan. Berpeganglah kepada agama kalian. Carilah sebab-sebabnya dan bertawakallah kepada Allah.

Buat jiwa yang lelah, moga dikurniakan pahala lillah.
Buat jiwa yang lemah, moga Allah jadikannya gagah.
Buat jiwa yang terasa susah, Allahlah yang berkuasa menjadikannya mudah.

Semoga pesanan ini melahirkan lebih ramai 'Syeikh Ahmad Yasin' abad ke 21.

Infiru wahai pemuda! ✊🏻

12/10/2020

Pakai "Face Mask" dapat pahala ka?

In Shaa Allah, dapat pahala kerana kita memelihara badan kita dari mudharat wabak Covid-19 ni, di samping memenuhi saranan Allah swt.

Allah swt berfirman:
وَلَا تُلۡقُوا۟ بِأَیۡدِیكُمۡ إِلَى ٱلتَّهۡلُكَةِ

Dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke dalam bahaya kebinasaan (kerosakan / kemudharatan)
[Surah al-Baqarah: 195]

Allah swt Maha Teliti PengetahuanNya lagi Maha Pemurah.

Sekecil-kecil amalan ini pun in Shaa Allah di terima dan dilipatgandakan pahalanya.

Allah swt berfirman:
إِنَّ ٱللَّهَ لَا یَظۡلِمُ مِثۡقَالَ ذَرَّةࣲۖ وَإِن تَكُ حَسَنَةࣰ یُضَـٰعِفۡهَا وَیُؤۡتِ مِن لَّدُنۡهُ أَجۡرًا عَظِیمࣰا

Maksudnya: Sesungguhnya Allah tidak sekali-kali menganiaya (seseorang) sekalipun seberat zarah (debu). Dan kalaulah (amal yang seberat zarrah) itu amal kebajikan, nescaya akan menggandakannya dan akan memberi, dari sisiNya, pahala yang amat besar.
[Surah al-Nisa' : 40]

In Shaa Allah usaha kecil kita pakai "face mask" dan ikut SOP yang ditetapkan oleh Kerajaan ini akan kita perolehi pahala disamping kita berkerjasama dalam memutuskan rangkaian wabak Covid 19 ini dan mentaati perintah " ulil 'amri " kita

Wallahu'alam.



'atiulil'amri

02/10/2020

Pahala berterusan

29/09/2020

Hati hati bila isi minyak .....lihat video ini

26/09/2020

Bahaya betul kan

17/09/2020

Mesin padi turun ban
page

Kota Setar PKPD....Hati hati semua....kita jaga kita
10/09/2020

Kota Setar PKPD....Hati hati semua....kita jaga kita

07/09/2020

Mesin padi 70

Mesin padi sudah datang...padi 297Video penuh dalam youtube Riotunjang
29/08/2020

Mesin padi sudah datang...padi 297
Video penuh dalam youtube Riotunjang

25/08/2020

Mesin padi ni bunyi dia padat macam power ranger👍

Jumpa mesin padi ni,,,dekat jalan tikam batu
25/08/2020

Jumpa mesin padi ni,,,dekat jalan tikam batu

21/08/2020

Mesin padi 01 kubota
like n ikuti page ini

18/08/2020

Mesin padi mula dah

Mesin padiCombine harvesterKubota  page mesin padi trekta riotunjanghttps://youtu.be/G2yuzT8kRwo
17/08/2020

Mesin padi
Combine harvester
Kubota
page mesin padi trekta riotunjang
https://youtu.be/G2yuzT8kRwo

Mesin kubota...wlu kecik tapi power Boleh ambik padi rebah Terbaiikk

12/08/2020

Mula dah musim menuai...
Mesin padi dan trekta mulai sibuk

07/08/2020

Address

Sungai Petani

Telephone

+60163505396

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Mesin Padi Trekta Riotunjang posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Mesin Padi Trekta Riotunjang:

Videos

Share

Category