02/01/2022
Salam sejahtera kepada para pembaca blog Sifir Sastera sekalian. Di sini saya ingin bersyarah tentang Sifir Sastera . Sifir Sastera ini telah saya cipta pada Tahun 2004 semasa berada di Sekolah Menengah Kebangsaan Nasiruddin Shah , Besut , Terengganu untuk belajar di peringkat menengah tinggi . Semasa belajar empat subjek mata pelajaran STPM yang merangkumi Bahasa Melayu , Sejarah , Pengajian Am , dan Geografi saya telah menjumpai satu kaedah istimewa untuk menguasai kesemua empat subjek STPM saya . Dengan mengadun kesemua ilmu yang telah saya pelajari dari umur 5 tahun hingga 18 tahun itu yang belajar secara formal atau tidak formal saya telah mencipta Kaedah Peta Piramid sehingga saya telah berjaya untuk menjadi pelajar terbaik dalam peperiksaan STPM 2005 dan kemudian melanjutkan pelajaran di Universiti Utara Malaysia, Sintok, Kedah. Peta Piramid ini mula saya kaji semasa belajar di UUM lalu saya namakan sebagai Sifir Sastera yang melibatkan tiga teori iaitu Piramid,Bulatan dan Segi Empat .
Definisi Sifir Sastera ini adalah suatu kaedah yang sistematik secara teknikal untuk menguasai ilmu dalam aliran sastera . Teori ilmu ini adalah diambil dari teori Ilmu Teologi yang diajar oleh guru agama saya sendiri iaitu arwah datuk saya sebelah emak, Che Yusof bin Ali . Beliau telah mengajar satu teori Teologi melibatkan Ilmu Ketuhanan iaitu Ilmu Tapak Tiga yang juga tok cik saya gelar sebagai Ilmu Makkota Raja kerana sekiranya kita mempelajari ilmu ini kita dapat menjadi pemerintah atau pemimpin kepada diri sendiri bahkan juga kepada orang lain dan alam semester dengan izin Allah swt . Ilmu Tapak Tiga melibatkan dalil ketuhanan yang menjadi dalil kewujudan Allah swt yakni terdapat tiga dalil di langit dan tiga dalil di bumi . Tiga dalil dilangit iaitu Matahari yang melambangkan Allah swt . Bulan yang melambangkan penghulu kita iaitu Nabi Muhammad saw dan bintang melambangkan umat . Manakala di Bumi p**a juga mempunyai tiga dalil ketuhanan iaitu Nabi Adam a.s melambangkan Allah kerana dicipta oleh Allah sendiri daripada tanah dan bukan dilahirkan daripada ibubapa , manakala Nabi Muhammad saw p**a melambangkan Penghulu Makhluk dan diri kita sendiri melambangkan umat. Menurut kata Tok Cik saya , sekiranya kita mencari agama menggunakan Teori Ilmu Tapak Tiga ini , maka kita tidak sesat mencari Allah s.w.t. Konsep Sifir Sastera p**a melibatkan tiga teori iaitu Piramid , Bulatan dan Empat Segi . Kesemua tiga perkara ini melambangkan anggota manusia iaitu Piramid melambangkan hati , Bulatan melambangkan otak , dan Empat Segi melambangkan kedua-dua kaki dan tangan .
Pembahagian Sifir Sastera ini adalah terbahagi kepada tiga perkara yang mana merangkumi Pengenalan , Isi Kandungan , dan Penutup . Pengenalan merupakan bahagian kita memperkenalkan tentang apa yang hendak kita bicarakan yang mana ia merangkumi aspek definisi , konsep , teori , makna atau pengertian untuk memberi kefahaman awal kepada pembaca tentang apa yang kita hendak sampaikan kepada para pembaca tentang topik yang dibicarakan . Secara asas terdapat hanya tiga perkara yang disampaikan dalam aliran sastera ini iaitu ekonomi , politik , dan sosial . Ekonomi adalah sumber rezeki manusia untuk menyara hidup di muka bumi ini . manakala politik adalah pemerintahan dan pentadbiran manusia untuk mengawal komuniti manusia agar kehidupan manusia berjalan secara lancar dan teratur . dan sosial p**a melibatkan tingkah laku dan gelagat manusia dalam kehidupan bagi kesempurnaan hidup seperti kesenian , tradisi, sukan dan sebagainya. Selain itu pembahagian dalam Sifir Sastera juga melibatkan tiga perkara iaitu , primer , sekunder , dan tertier . Primer ini adalah aspek asas , sekunder pencampuran dan tertier adalah gabungan .
Sifir Sastera sering membicarakan tiga faktor. Makna faktor adalah penyebab atau pemangkin tentang sesuatu perkara. Faktor ini p**a biasanya terbahagi kepada tiga iaitu faktor ekonomi , politik dan sosial. Sebagai contoh , apakah faktor kemajuan sesebuah negara? Disini kita hendaklah menjawab tentang ketiga-tiga faktor tersebut iaitu faktor ekonomi , politik dan sosial . Apakah yang terdapat dalam faktor ekonomi adalah melibatkan sumber alam yang banyak iaitu pertanian , perhutanan , penternakan , galian logam dan petroleum serta gas asli . selain sumber alam , Faktor ekonomi juga melibatkan bilangan tenaga buruh yang pakar , mahir, separuh mahir dan kurang mahir . Faktor ekonomi yang melibatkan kemajuan sesebuah negara adalah nilai mata wang yang tinggi dan kukuh . Faktor politik yang menyebabkan kemajuan sesebuah negara adalah dasar kerajaan yang mantap, pentadbiran yang cekap, dan perundangan yang telus . Faktor sosial yang melibatkan kemajuan negara juga adalah taraf kesihatan yang baik, keunikan budaya dan kesenian, dan perpaduan rakyat yang pluralisme . Demikian lah tentang faktor yang terdapat dalam Sifir Sastera
Apa yang saya ceritakan ini p**a adalah rahsia Sifir Sastera . Sebenarnya dalam kehidupan ini terdapat nisbah sebanyak empat perkara iaitu, satu, dua,tiga dan empat . Satu mutlak bagi Allah swt, dua melibatkan jantina manusia iaitu lelaki atau perempuan, baik atau buruk, atau kiri serta kanan . Tiga p**a adalah niat, lisan, dan perbuatan manusia baik dalam ibadat wajib atau sunat dalam fardhu ain atau fardhu kifayah . Empat p**a adalah arah , unsur dan sifat manusia . Arah terdapat empat , iaitu Utara, Selatan, Timur, dan Barat . Unsur p**a juga terdapat empat iaitu tanah, air, api, dan angin . Terakhir sekali yang bernombor empat adalah sifat asas manusia iaitu siddiq, amanah, tabligh, dan fatonah. Dalam penulisan Sifir Sastera, anda perlu tahu bolak balik atau memusing keempat-empat angka ini untuk menghasilkan sebuah seni karangan yang hebat atau esei mahupun buku. Rahsia Sifir Sastera ini amat penting bagi menguasai bidang aliran sastera.
Kegunaan Sifir Sastera ini amat banyak sekali kerana ia merangkumi aspek kehidupan seharian kita sebagai manusia di muka Bumi ini. Pertama sekali adalah digunakan untuk berfikir. Bagaimana sifir Sastera ini boleh digunakan untuk berfikir adalah dengan mengetahui asal usul tentang sesuatu perkara. Sebagai Contoh apabila ingin berfikir tentang pandemik Covid-19, pertama sekali kita mesti tahu tentang definisi penyakit ini sebagai pengenalan. Seterusnya pada bahagian isi kandungan kita mesti tahu tentang faktor penyakit ini sama ada bagaimana boleh menghidapinya, atau merebakkannya. Kemudian kita perlu fikir bagaimana cara untuk mencegah atau mengatasinya. Kita juga perlu fikir langkah-langkah agar tidak menular penyakit ini.
Kegunaan Sifir Sastera kedua adalah untuk digunakan untuk percakapan seharian kita dalam kehidupan. Apabila hendak bercakap dengan orang kita perlulah bercakap tentang maksud sesuatu perkara sebagai pengenalan kita agar orang tersebut dapat faham apa yang ingin kita cakapkan. Kemudian barulah pergi kepada isi kandungan kita yang merupakan niat kita tentang apa yang kita maksudkan. Akhir sekali kita rumuskan tentang keseluruhan percakapan kita sebagai penutup. Seterusnya boleh digunakan untuk menulis karangan, esei, jurnal, tesis, ataupun buku. Sifir Sastera juga boleh kita gunakan untuk membuat sesuatu pekerjaan seharian kita. Apabila kita hendak melakukan sesuatu pekerjaan, langkah pertama sebagai pengenalan adalah menyediakan tempat, peralatan atau kelengkapan untuk bekerja. Seterusnya sebagai isi kandungan , kita melakukan kerja secara berperingkat mengikut kesesuaian masa dan suasana . Akhir sekali kita perlulah mengemas, menyimpan peralatan, dan membersih tempat setelah tamat melakukan pekerjaan sebagai penutup .
Sifir Sastera ini juga ada kelebihan dan kekurangannya yang tersendiri kerana kesempurnaan mutlak hanya milik Allah Taala. Antara kelebihan Sifir Sastera ini adalah kita boleh gunakan untuk berfikir tentang sesuatu perkara secara menyeluruh dan lengkap. Seterusnya kita boleh gunakan untuk bercakap secara jelas dan lancar tentang sesuatu agar orang lain dapat memahaminya. Kemudian Sifir Sastera boleh menghasilkan karangan, esei, jurnal, tesis, dan buku yang berkualiti dan bermutu. Akhir sekali kita dapat gunakan Sifir Sastera bagi menghasilkan kerja secara lancar dan tersusun serta menjadikan kerja kita mudah untuk menghasilkan kualiti yang baik. Kekurangan Sifir Sastera ini juga ada iaitu kita akan cenderung kepada bidang sastera tanpa peduli sains, matematik, dan teknologi. Sekiranya ilmu Sifir Sastera ini disalah gunakan ia mampu membawa ancaman kepada orang lain. Justeru itu setelah anda menguasai Ilmu Sifir Sastera ini, anda hendaklah menggunakannya ke arah kebaikan demi kepentingan umat manusia.
Sebenarnya syarah Sifir Sastera ini adalah sedikit sahaja dan anda perlu membaca syarahan Sifir Sastera yang seterusnya agar anda lebih memahami dan menguasai Sifir Sastera ini. Setakat ini sahaja syarahan Sifir Sastera saya untuk kali ini. Jangan lupa ikuti syarahan saya yang berikutnya pada masa yang akan datang .