Perunding Imej Emi Idura

Perunding Imej Emi Idura Perunding Imej Emi Idura menawarkan khidmat runding imej one to one juga korporat Membina imej peribadi bukan sekadar kepada gaya dan penampilan.

Tetapi bagaimana seseorang individu itu bijak menguruskan persepsi orang ramai terhadap diri mereka secara keseluruhan. Ya, teknik menguasai seni dan sains di sebalik tanggapan pertama, impak visual. Berpengalaman lebih 17 tahun di syarikat-syarikat berstatus MSC ICT, swasta MNC, Syarikat Berkaitan Kerajaan GLC, Khazanah Nasional Berhad , Puan Emi Idura mengorak langkah membina impian beliau sebag

ai Perunding Imej dan Warna Profesional yang diakreditasi dan ditauliahkan dari lima buah negara, Malaysia, United Kingdom, Amerika Syarikat , Australia dan terkini Kanada. Beliau juga merupakan Associate pertama Institute of Image Training and Testing International (IITTI Kanada) , pertama mewakili Malaysia dalam menawarkan modul bisnes Imej dan Etiket yang berstandard antarabangsa kepada pelanggan-pelanggan korporat, agensi kerajaan juga individu individu dari golongan profesional , selebriti tanah air, ahli politik juga persatuan-persatuan wanita yang berteraskan non-profit organization di Malaysia. Puan Emi Idura pernah mengendalikan segmen beliau sendiri , WOW! di program Apa Kata Wanita RTM TV1 sepanjang 2017 - dengan bertemakan konsep wanita bergaya - antara fesyen dan imej. Selain sibuk dalam mengendalikan segmen WOW! setiap bulan , Puan Emi juga telah berjaya menghasilkan lebih 121 artikel , di ruangan Bicara Imej , Utusan Malaysia MEGA - Rona dari 2015 sehingga 2018. Kini beliau merupakan Pengerusi kepada AWF West Coast Fashion World Canada berpusat di Canada yang dilantik pada Disember 2020 yang lalu selain aktif mengendalikan seminar dan program Masterclass Imej Gaya dan Warna secara online sepanjang musim pandemik ini.

------
Untuk mendapatkan info lebih lanjut mengenai perkhidmatan latihan korporat, atau rundingan secara peribadi (one to one) sila hubungi beliau di

+012 9023625
[email protected]

Anda mahukan sukses dalam hidup? Tinggalkan alasan.Masih lagi beralasan? Ya, lupakan sukses!-Sesi KursusPengukuhan Pengu...
04/01/2025

Anda mahukan sukses dalam hidup?
Tinggalkan alasan.

Masih lagi beralasan?
Ya, lupakan sukses!
-
Sesi Kursus
Pengukuhan Pengurusan Imej dan Penjenamaan Peribadi bersama SALIHIN International

Parkroyal A' Famosa Resort, Melaka
Disember 2024.

Cousins 😍
22/12/2024

Cousins 😍

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ Selamat pengantin baru, my dearest brother Izzat Fn… and welcome sis Nor Atikah Abd...
21/12/2024

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ

Selamat pengantin baru, my dearest brother Izzat Fn… and welcome sis Nor Atikah Abdul Rahman to our family.

Pastinya jika arwah papa masih ada, he would have been proud of you Jat.. ♥️ Lamaaaa dia mengharap dan menunggu..

Selamat menempuh fasa baru dalam hidup. Sesungguhnya alam rumahtangga ini satu perjuangan.

Berdiri, berjalan, berlari dan berurusanlah kalian dalam kalimah لاَ إِلَهَ إِلَّاالله.

Apa jua ujian dan rintangan yang mendatang, tenang, berlapang dada dan berserahlah kepadaNya dalam sebaik-baik penyerahan, kerana janji-janji Allah itu pasti buat hambaNya yang bersabar.. dan berserah diri.

بِسْمِ اللَّهِ، تَوَكَّلْتُ عَلَى اللَّهِ، لاَ حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ إِلاَّ بِاللَّهِ

“Dengan nama Allah, aku bertawakal kepada Allah, tiada daya dan kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah."

Doa kami,
Buat masa-masa yang sulit, ‎moga ﷲ ‎ﷻ permudahkan
Hati dan dada yang terasa sempit, ‎moga ﷲ ‎ﷻ luaskan.

InsyaaAllah 🤲🏻🤲🏻

-
Resepsi Majlis Perkahwinan
Muhammad Izzat Farhan bin Che Hashim
Nor Atikah Binti Abdul Rahman
21hb Disember 2024
Masjid Al- Irsyad, USJ 1
Subang Jaya.

Caterer : Lapandekar Catering, lead by En Rashid Daud, En Johan and team. ⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️

22/10/2024

🤷🏼‍♀️1. “Apa warna yang sesuai untuk saya, Puan?”
🤷🏼‍♀️2. “Puan, nak check, saya kategori cool atau warm ya?”
🤷🏼‍♀️ 3. “Puan, kalau saya kategori neutral, bagaimana nak tahu jawapan akhir tu?”
🤷🏼‍♀️ 4. “Kulit saya gelap, sesuai ke guna lipstick ‘bright pink’?”
🤷🏼‍♀️ 5. “Selama ni saya s**a pakai pastel, patut rasa kulit gelap semacam. Tak cantik macam orang lain!”
🤷🏼‍♀️ 6. “Warna foundation yang sesuai untuk kulit saya yang putih kuning langsat?”
🤷🏼‍♀️ 7. “Happynya dapat tahu palet musim warna yang sesuai. Tapi, takkan saya nak buang semua baju yang ada?”
🤷🏼‍♀️8. “Fav saya hitam, putih, kelabu. Bagaimana saya nak mix and match dalam gaya biar nampak WOW?”
🤷🏼‍♀️ 9. “Apa cara terpantas saya nak belajar semua ni tanpa ‘extra spending’ beli alatan warna?”
🤷🏼‍♀️10. “Personaliti saya agak dramatik. Pilihan warna dan aksesori terang-terang. Bagaimana saya nak nampak lebih profesional terutama nak bergaya ke pejabat yang agak tradisional dan serius (formal)?”

🎙️Selama lebih 11 tahun berpengalaman dalam industri, hampir 27,000 peserta (klien) dalam dan luar negara telah kami bantu, pelbagai persoalan kami terima.
🗣️Warna apa yang sesuai untuk saya?” menjadi soalan wajib dan favourite kebanyakan masa.

Pun begitu, jawapannya bukan semudah ❌“Ahh cantik! Ini warna yang sesuai untuk Cik/Puan!”
Menjawab soalan seperti,

“Warna yang cantik untuk saya??”
👉Memerlukan analisa dan pemerhatian seorang Color Consultant Professional (dan bertauliah) yang akan melihat kepada elemen yang ada pada suhu warna, nilai warna, juga kroma warna mata, rambut, tona kulit termasuk gigi.
👉 Setiap jawapan didapati akan disuaipadan dengan elemen setiap musim warna yang ada. 👉 Penting untuk setiap klien kami memahami langkah demi langkah cara mendapatkan warna palet masing-masing.
👉 Apa yang kami mahukan adalah result di mana klien tak perlu rujuk / beli mana-mana alatan warna sesudah sesi berlangsung.
👉Mereka dibekalkan dengan teori warna yang mudah dan pantas difahami tanpa perlu banyak terma nak ikuti/hafal, bestnya sudah boleh bershopping sebaik habis kelas.

Apa yang membuatkan kami berbeza?
✅ Di TopToToeStyliesta Image Consulting, kami tidak mudah FOMO dengan apa yang diviralkan di TT.
✅ Master Trainer, Puan Emi memperkenalkan formula khas Kuasa Warna sejak 2018 lagi untuk orang kita / Asia yang cenderung bermata perang gelap seakan kehitaman dan berambut gelap (asli).
✅ Malah, formula ini juga membuktikan bahawa walau tanpa sebarang alatan berwarna digunakan dalam sesi analisa warna, jawapan akhir masih boleh didapati dengan mudah dan tepat.
✅ Hanya Color Consultant bertauliah CPICC akan dibekalkan dengan formula tersebut yang kini kami pakejkan sebagai ‘Flow To Glow’.
✅ Ia merupakan inovasi terkini yang hanya berfokuskan kepada pewarnaan orang kita, orang Malaysia , bukan ❌ mat saleh yang bermata biru, hijau, malah berambut perang, merah jingga atau keabu abuan (blonde, red heads juga ashy).

⚠️ Faham tentang jenis teori analisa warna yang digunapakai atau yang ditawarkan oleh pihak Color Consultant, agar masa, tenaga dan wang ringgit anda dapat diselamatkan, dijimatkan, tentunya!

15/10/2024
  Terima kasih Kak Fiya Osem selaku Makeup Artist expert mewakili jenama SLAE Cosmetics yang membantu merealisasikan mod...
08/10/2024


Terima kasih Kak Fiya Osem selaku Makeup Artist expert mewakili jenama SLAE Cosmetics yang membantu merealisasikan modul ke- 6 "Professional Grooming - make up lesson and practice" bagi pengambilan pelajar terbaru Pensijilan sebagai Perunding Imej dan Warna Profesional (CPICC-IITTI) batch ke #21, minggu lepas.
Orang lama, senior dalam industri solekan dan kecantikan ni, jangan main-main tau!
Banyak ilmu, 'tips and tricks' kita boleh belajar dari beliau.
Setakat retis kat Malaysia ni, macam-macam yang dah Kak Fiya kenal ... gitewww!
Ternyata, pelajar kami Dr Nadirah (bakal Associate CPICC) terhibur dengan gelagat bersahaja Kak Fiya. Paling best dapat pulak mempraktikkan skil (kemahiran) dan explore terma-terma pelik dalam seni solekan.
Thank you Kak Fiya Osman Osem! 😍😍😍
Get ready tau, more new student joining in the next few weeks!

I have so much love and respect for the entrepreneurs who are going about building their business ethically.You aren't s...
05/10/2024

I have so much love and respect for the entrepreneurs who are going about building their business ethically.

You aren't scamming people.
You have a genuine heart to actually want to serve and make a difference.

In a world where it seems like the unethical people are the ones making all the money and getting all the attention, you are standing strong and leading with integrity.

cc:

Berdiri di kalangan sumandak (beauty pageant contestants) Unduk Ngaduk 2023/2024 Kebangsaan Sabah mengajar saya erti ‘ho...
27/09/2024

Berdiri di kalangan sumandak (beauty pageant contestants) Unduk Ngaduk 2023/2024 Kebangsaan Sabah mengajar saya erti ‘hobbit’.. 😭

Terima kasih kepada Presiden Persatuan Unduk Ngadau Sabah, Ms Elly yang memberikan feedback yang sangat baik, sangat-sangat terharu dengan sokongan mereka sepanjang kursus Keterampilan Diri dan Komunikasi Berkesan berlangsung di Hilton Kota Kinabalu semalam.

Ah-moy hari tu...berjanji nak bagi you all tip suaipadan gaya, kan?Nah, kita bagi yang ringkas dulu.Sesuatu yang boleh k...
23/09/2024

Ah-moy hari tu...berjanji nak bagi you all tip suaipadan gaya, kan?

Nah, kita bagi yang ringkas dulu.
Sesuatu yang boleh kita praktikkan, jika serius nak bina jenama peribadi yang lebih dipercayai.

Keywords penting di sini?
Konsistensi di mana jua.

11/09/2024

✅ Baju kerja/ baju kasual
✅ Tudung
✅ Makeup - warna foundation, blusher, lipstick, eyeshadow, powder
✅ Contact lens berwarna
✅ Pilihan warna sunglass
✅ Bingkai kacamata
✅ Aksesori lain seperti subang, brooch, rantai, gelang, tali pinggang..
✅ S**a warnakan rambut di salon

⚠️ Berapa kerap anda bershopping membeli barangan di atas?
⚠️ Bayangkan satu helai tudung berharga RM99, dibeli 2-3 kali setahun, tapi tak pernah dapat suaipadankan dengan diri. Tak naik seri..
itu baru tudung!
⚠️ Bayangkan anda perlu membeli barangan makeup setahun 2x, foundation setiap 6 bulan, kalau tersilap pilih muka pucat.. rugi tak rasanya?
⚠️ Bayangkan anda perlu shopping baju kerja setiap 3 bulan, jika dikira jumlah setahun? Bukan sahaja pilihan warna silap, jenis kod pakaian pun tak sesuai dengan karier / jenis pekerjaan dan industri diwakili.. uuhhh rugi lagi!
⚠️ Berapa agaknya jumlah keseluruhan RINGGIT / DOLLAR yang anda belanjakan setiap minggu, bulan atau tahun?
⚠️ Antara belian (ratusan ringgit, ribuan atau puluhan ribu ringgit setahun) di atas, berapa banyak yang end up (akhirnya)…
“Alaaaaa, kenapa warna ni buat orang lain cantikkkk je. Tapi bila kita pakai?? Gelap eh?”

Warna lipstick tak nampak cantik - RUGI
Jumlah kerugian = RM _____

Warna contact lens nampak pelik
Jumlah kerugian = RM _____

Warna foundation buat nampak pucat, tak berseri, kusam - RUGI LAGI!
Jumlah kerugian = RM _____

Warna tudung buat muka nampak pucat, tak berseri, gelap
Jumlah kerugian = RM ____

Kira jumlah kerugian setahun?
💯 Bagaimana kalau saya ajar anda satu ilmu WOW Kuasa Warna yang mampu menangani setiap masalah di atas?
💯Bagaimana kalau bukan saja anda belajar berjimat, malah boleh bershopping dengan happynyer kerana banyak ilmu baru yang anda belajar tadi dah boleh dipraktikkan dalam kehidupan seharian? Esok dah boleh shopping!
💯 Anda tak perlu risau tentang teori analisa warna viral TT yang tawarkan pelbagai musim dan pening kepala nak mengingat terms satu-satu. Katanya.. kena spend sikit beli tools, baru boleh bantu nak tahu anda di musim yang mana..
Nope! Tak perlu sebenarnya!
💯 11 tahun kami di dalam industri latihan fokus kepada perundingan imej dan penjenamaan peribadi - lebih 26,500 peserta telah kami bantu - ada formula mudah kami kongsikan kepada peserta.
❌Tak perlu beli tools
❌Tak perlu bergantung kepada alatan berwarna, formula kami sangat mudah difahami untuk anda mula.
❌ Tak perlu pening nak ingat terms atau terma color analysis yang pelbagai - asal sebenarnya diformulakan oleh Perunding Imej luar negara demi nak menganalisa klien mereka yang berambut blonde, mata biru, mata hijau, kulit putih pucat.

Persoalannya,
Orang Malaysia kita ni rambut blonde ke?
Orang kita bermata biru?
Orang kita kulit putih pucat, mata hijau, rambut merah oren ginger bak Prince Harry?

Tidak, tidak, tidak.
Sebab itulah buku dan formula baru Kuasa Warna diterbitkan.
Lama kami perhatikan untuk mengadaptasi dengan terma analisa warna luar negara, jika sesuatu yang tidak relevan dengan warna peribadi orang kita yang rambut dan matanya lebih gelap, kenapa perlu kita fokuskan kepada apa yang konsultan luar negara tawarkan?
Betul? Yes, be smart, ladies!

Berapa harga fi yang perlu dibayar?
---
1. Usah risau, bayaran fi ni hanya sekali seumur hidup, tapi untungnya berlipat kali ganda sebenarnya.
2. Bayangkan sebelum ni ramai yang setuju mereka terpaksa menghabiskan beratus, rugi beribu ringgit - bazir setahun, tapi dengan bayaran fi daftar kelas sekali sahaja, bukan saja mudah nak mencari baju, jimat masa, malah confirm (ini saya jamin!) jimat sangat duitnya bila bershopping secara online/offline nanti.
3. Kali ini kami membuat promosi daftar secara berkumpulan. Jadi, kumpul sahabat-sahabat anda, untuk daftar bersama ya!
4. Bagi yang segan nak datang berkumpulan, boleh saja PM kami untuk dapatkan fi pendaftaran bagi coaching secara one-to-one. Boleh! Semua tu kami tawarkan...cuma of course fi pendaftaran tentunya berbeza...kerana ianya lebih personal dan tumpuan hanya kepada seorang individu sahaja...

Tips ini pernah kami kongsikan di dalam sesi LIVE TV Al Hijrah, MHI TV3 dan ketika dijemput sebagai hos jemputan mingguan RTM TV1 bagi menjayakan segmen WOW yang ditugaskan kepada saya sendiri ketika itu (tahun 2017).

Antara selebriti yang pernah mendapat konsultasi Color Analysis kami adalah seperti Mizz Nina dan butik Naelofar Hijab dengan kehadiran Neelofa ketika dijemput menjayakan Townhall Meeting mereka sekitar Disember 2019 lalu.

Untuk info dan pendaftaran, rujuk link di bawah ya!
https://wa.link/coloranalysisgroupcoaching
https://wa.link/coloranalysisgroupcoaching
https://wa.link/coloranalysisgroupcoaching

Wanita, Kita perlu ada kekuatan, jati diri.Wanita,Kita perlu bijak menguruskan diri sendiri, kerana tugas dan tanggungja...
14/08/2024

Wanita,
Kita perlu ada kekuatan, jati diri.

Wanita,
Kita perlu bijak menguruskan diri sendiri, kerana tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan baik di rumah, mahupun di pejabat sehari-hari.

Transformasi imej peribadi memerlukan lebih daripada kata-kata semangat "I wanna be successful'.

Bukan ❌"saya nak atau perlu nampak cantik"

Menguruskan imej peribadi merangkumi pelbagai aspek yang melibatkan pandangan, penilaian, hukuman orang ramai.

Andai grooming sahaja yang difokuskan, bagaimana penilaian dan pandangan orang ramai terhadap tingkah laku, juga cara kita berkomunikasi dengan orang lain?

Bukankah baik atau buruknya tanggapan orang ramai itulah, gambaran imej kepada peribadi/bisnes seseorang.

Apa yang terlihat, terdengar di telinga dan apa yang dibaca.
Saya ringkaskannya kepada 3V.

Transformasi imej memerlukan ilmu, yakni strategi yang sesuai dan perlu dicustomizekan mengikut individu.

Ianya bukan sesi mengubah imej seseorang ibarat 'fashion styling', apa yang trending, ikut saja dan beli.

Secara keseluruhan, transformasi imej diri memerlukan seseorang duduk dan refleksikan diri mereka dengan mencari jawapan kepada..

✅ Industri pekerjaan
✅ Jawatan hari ini
✅ Skop kerja
✅ Senarai 'stakeholders' yang perlu kita santuni, uruskan
✅ Prinsip dan nilai-nilai moral (peribadi) yang kita pegang, sesuai dan sealiran dengan visi, misi dan matlamat peribadi/bisnes itu sendiri.
✅ Janji keseluruhan jenama

Fuh, kalau nak bercerita bab ni, memanglah perlu lebih masa agar setiap individu pun fahami dan mulai bina strategi peribadi.
---

Alhamdulillah,
Syukur dan terima kasih tak terhingga buat Jabatan Hal Ehwal Wanita Sabah (JHEWA) yang sentiasa memberi sokongan, menjemput saya untuk memeriahkan webinar WANITA BESTari, Dari Wanita kepada Wanita, pagi tadi.

Bagi yang masih mencari jawapan kepada warna yang sesuai dengan warna kulit masing-masing, jangan lupa untuk sentiasa ikuti perkembangan FB page Jabatan Hal Ehwal Wanita Sabah dan tunggu pengumuman mereka seterusnya, jika ada. Rezeki tau andai dapat dipilih sebagai peserta kursus di bawah JHEWA nanti!

Terima kasih JHEWA!

Life is not about waiting for the storm to pass..It is about learning how to dance in the rain🌸-“Kursus Pembangunan Kapa...
12/08/2024

Life is not about waiting for the storm to pass..
It is about learning how to dance in the rain🌸
-
“Kursus Pembangunan Kapasiti Wanita”
Anjuran Akademi Kepimpinan Wanita Sabah (AkWan) dan Majlis Penasihat Wanita Sabah (MPWS) dengan kerjasama Jabatan Hal Ehwal Wanita Sabah (JHEWA).

Sabtu, 10hb Ogos 2024
The Klagan Regency, Kota Kinabalu
Sabah.

Last day bersama CPICC student dari Singapore, batch ke 19 ♥️♥️♥️ Alhamdulillah… Kita ambil selfie dulu, sebelum bergega...
09/08/2024

Last day bersama CPICC student dari Singapore, batch ke 19 ♥️♥️♥️ Alhamdulillah…

Kita ambil selfie dulu, sebelum bergegas ke KLIA.

KK, I am back!

Siapa di sini yang s**a bermain dengan warna? S**a menyuaipadankan warna? Melihat warna-warna membuatkan anda berasa leb...
06/08/2024

Siapa di sini yang s**a bermain dengan warna?

S**a menyuaipadankan warna?

Melihat warna-warna membuatkan anda berasa lebih tenang, damai, gembira?

Yes, kita sama!

Tak hairanlah.. bakal CPICC kami seronok, ya sangat teruja bila tibanya sesi praktikal begini.

Minggu ni, sekali lagi kami berasa sangat rendah hati, dengan kehadiran peserta dari negara jiran, Singapore sebagai student CPICC bagi batch ke #19.

Alhamdulillah ♥️

Kursus Pensijilan sebagai Perunding Imej Dan Warna Profesional (CPICC) ini sentiasa terbuka kepada umum setiap bulan sehingga hujung tahun.

Di akhir kursus, mereka perlu menduduki ujian secara atas talian (online) yang disediakan oleh pihak institut latihan imej dan ujian antarabangsa dari Vancouver, Kanada.

-
Buat makluman, hanya akademi kami Top2ToeStyliesta Image Consulting yang menawarkan kursus CPICC di Malaysia.

Mana-mana individu yang didapati di media sosial yang menggunakan gelaran CPICC tidak dibenarkan sama sekali menggunakan modul kami untuk menawarkan sebarang pensijilan kepada orang ramai.

Mohon kerjasama sekiranya anda dapati individu atau kumpulan yang tidak bertanggungjawab ini menawarkan sebarang kursus sebegini. Pensijilan TTT dari HRD Corp juga bukan tiket untuk memanupulasi orang awam dengan menawarkan pensijilan CPICC.

Terima kasih ♥️♥️♥️

Salah satu perkara yang perlu kita ada, a must have skill bila bergelar seorang trainer ni adalah; ubah rasa atau perasa...
04/08/2024

Salah satu perkara yang perlu kita ada, a must have skill bila bergelar seorang trainer ni adalah; ubah rasa atau perasaan takut dalam diri.

Takut untuk berada di hadapan.
Takut untuk berucap.
Takut untuk menyampaikan sesuatu ilmu.

Sebagai seorang introvert, I truly can relate the feelings, percayalah!

Cuma satu kekuatan saya,
Saya s**a menyanyi waktu muda dahulu.

Baik semi-final Malaysia Asia Bagus, baik di pentas talentime sekolah, annual dinner company…

Kalau saya berani menyanyi tanpa takut, apa bezanya bercakap di depan sebagai trainer?

Begitulah.
Cari satu kekuatan dalam diri dan jangan hirau suara-suara negatif yang sentiasa ingin menjatuhkan kita. Fight them!
.

Besar betul dewan semalam..
Setinggi tahniah buat peserta Kursus Pembangunan Kapasiti Wanita siri 2/2024 dan ucapan terima kasih buat Akademi Kepimpinan Wanita Sabah (AkWAN) dengan kerjasama Jabatan Hal Ehwal Wanita Sabah (JHEWA) atas jemputan kali ini.

See you again next week, ladies ♥️♥️♥️
Alhamdulillah.

‎ ‎هَٰذَا مِن فَضْلِ رَبِّي
‎لَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِٱللَّٰهِ

Digital nomad.. vs family vacay. .Juggling in between responsibilities as a program speaker vs wife vs daughter vs siste...
04/08/2024

Digital nomad.. vs family vacay.
.

Juggling in between responsibilities as a program speaker vs wife vs daughter vs sister vs as an aunty.

Alhamdulillah..
Biarpun masa singkat, tekad juga bawa mama dan adik-adik and my fav nephew, Affan ke Kota Kinabalu, Sabah kali ni.

Sempat jugalah mereka ke Kundasang, terima kasih anakanda Reza (anak sepupu) bantu kami dengan kereta sewa 👍

Myself?
Seperti biasa, lifestyle sebagai Consultant ni memang tiada masa nak berjalan sana sini. But Alhamdulillah yang penting mereka happy ♥️

Janji jenama kami..Dalam mana-mana program atau kursus yang dikendalikan, kami sebolehnya berharap agar setiap peserta m...
29/07/2024

Janji jenama kami..

Dalam mana-mana program atau kursus yang dikendalikan, kami sebolehnya berharap agar setiap peserta mendapat 1-2-3 manfaat daripada ilmu yang dikongsikan.

✅Kami mementingkan KUALITI KONTEN dalam setiap penyampaian. Bukan sesuatu yang mudah didapati di media sosial.
✅Kami mahu mencipta sebanyak mungkin AHA! MOMEN bersama peserta.
✅Sesuatu yang TAK PERNAH mereka 'DISCOVER' sebelum ini.
✅Ilmu yang MEMBUKA MINDA, membuatkan mereka mula merancang, menyusun STRATEGI PENJENAMAAN PERIBADI baru dan bertindak mengikut langkah-langkah yang diberi.

Yes!
CREATING A BRAND NEW ME.

Katanya group yang akan datang lagi ramai jumlahnya!
Wow, terima kasih sahabat semua!
Yang datang dan sudi menyokong membeli buku Kuasa Warna, yang tak henti-henti berselfie-wefie.

Semoga kejayaan terus mengiringi anda, wanita hebat!

Kursus Pembangunan Kapasiti Wanita KPKW 1/24

Anjuran :
Akademi Kepimpinan Wanita (Akwan) di bawah Majlis Penasihat Wanita Sabah (MPWS) dan kerjasama Jabatan Hal Ehwal Wanita Sabah (JHEWA).

Pan Borneo Hotel, Putatan.
Sabtu 17hb Julai 2024.

Address

Subang Jaya
47500

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Perunding Imej Emi Idura posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Perunding Imej Emi Idura:

Videos

Share

Di sebalik tabir...kenali Perunding Imej Emi Idura (UK)

Membina imej peribadi bukan sekadar kepada gaya dan penampilan. Tetapi bagaimana seseorang individu itu bijak menguruskan persepsi orang ramai terhadap diri mereka secara keseluruhan. Ya, teknik menguasai seni dan sains di sebalik tanggapan pertama, impak visual. Berpengalaman lebih 17 tahun di syarikat-syarikat berstatus MSC ICT, swasta MNC, Syarikat Berkaitan Kerajaan GLC, Khazanah Nasional Berhad , Puan Emi Idura mengorak langkah membina impian beliau sebagai Perunding Imej dan Warna Profesional yang diakreditasi dan ditauliahkan dari lima buah negara, Malaysia, United Kingdom, Amerika Syarikat, Australia juga Kanada. Beliau juga merupakan Associate pertama Institute of Image Training and Testing International (IITTI Kanada) , pertama mewakili Malaysia dalam menawarkan modul bisnes Imej dan Etiket yang berstandard antarabangsa kepada pelanggan-pelanggan korporat, agensi kerajaan juga individu individu dari golongan profesional , selebriti tanah air , juga persatuan-persatuan wanita yang berteraskan non-profit organization di Malaysia. Akhir tahun 2016 , Puan Emi Idura telah ditawar untuk mengendalikan segmen WOW! di program Apa Kata Wanita RTM TV1 bermula Februari 2017 - dengan bertemakan konsep Wanita dan Fesyen. Selain sibuk dalam mengendalikan segmen WOW! setiap bulan , Puan Emi juga telah berjaya menghasilkan lebih 121 artikel , di ruangan Bicara Imej , Utusan Malaysia MEGA - Rona sepanjang 3 tahun bergelar kolumnis sejak tahun 2015. Pernah memegang jawatan sebagai Lembaga Pengarah dan Naib Presiden Majlis - Association of Image Consultants International dari Amerika Syarikat dan Federation of Image Professionals International dari UK (2015-2017) , Puan Emi Idura mendapat pendedahan yang sangat luas di dalam bidang perundingan imej.

Sebagai alumni kepada pusat akademi imej terkemuka dunia, London Image Institute - beliau ditawarkan menjadi Associate pertama kepada Institute of Image Training and Testing International (Canada) dan pertama mewakili Malaysia pada tahun 2014.

Dengan peranan yang diberi, beliau bertanggungjawab untuk memastikan program Imej dan Etiket yang ditawarkan di Malaysia adalah mengikut ‘standard and guidelines’ perundingan imej antarabangsa.

Hari ini, ramai Perunding Imej baru tumbuh melata tetapi dilihat tidak mengikuti dan menetapi standard and guidelines global, maka sebagai institusi yang bertindak sebagai ‘badan ISO’ perundingan Imej ini - mereka mempunyai misi bagi memastikan Perunding Imej di seluruh dunia mengamalkan standard yang dipraktikkan oleh mereka yang sudahpun bergelar Image Masters dan Professional dunia. ------ Untuk mendapatkan info lebih lanjut mengenai perkhidmatan runding dan latihan korporat, konsultasi secara peribadi atau berkumpulan, mahupun program Pensijilan Perunding Imej dan Warna Profesional, (sebuah kolaborasi bersama Pusat Latihan Imej dan Ujian Antarabangsa Kanada) sila hubungi beliau di +012 9023625 [email protected]