Lifve

Lifve Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Lifve, News & Media Website, .

Fugaku Next.The proposed zetaFLOPS supercomputer, on the other hand, will be able to handle one sextillion (1 followed b...
12/09/2024

Fugaku Next.

The proposed zetaFLOPS supercomputer, on the other hand, will be able to handle one sextillion (1 followed by 21 zeros) calculations per second. This massive increase in computational power will enable Japan to tackle the most complex challenges in AI and scientific research.

As perspective, current Fugaku operates at about 0.44 ExaFLOPS, that is about nearly half of one quantillion calculations per second.

Source:
InterestingEngineering.com

https://interestingengineering.com/innovation/japan-worlds-1st-zeta-class-supercomputer

18/04/2024

[TERKINI] Malaysia Airlines dalam ciapan melalui saluran media sosial rasmi Twitter/X menyatakan, atas faktor keselamatan kru dan penumpang, mengumumkan pembatalan perjalanan penerbangan ke / dari Sabah & Sarawak. Ini adalah susulan perkembangan letusan gunung berapi Gunung Ruang di Indonesia.

Berikut merupakan perjalanan penerbangan MAS yang terlibat:

Ke / Dari Sabah

· MH7420 (KUL-TWU)
· MH7421 (TWU-KUL)
· MH2612 (KUL-BKI)
· MH2621 (BKI-KUL)
· MH2710 (KUL-SDK)
· MH2711 (SDK-KUL)
· MH2610 (KUL-BKI)
· MH2611 (BKI-KUL)
· MH7404 (KUL-BKI)
· MH7405 (BKI-KUL)
· MH2613 (BKI-KUL)

Ke / Dari Sarawak

· MH2520 (KUL-KCH)
· MH2513 (KCH-KUL)
· MH2542 (KUL-KCH)
· MH2543 (KCH-KUL)
· MH2574 (KUL-MYY)
· MH2575 (MYY-KUL)
· MH2742 (KUL-BTU)
· MH2473 (BTU-KUL)

Sumber:
Ciapan Rasmi Saluran Media Sosial Twitter/X Malaysia Airlines

Rootkit cuba menceroboh sistem syarikat pengeluar UAV yang terkemuka, DJI?Mengapa kita perlu risau?Jika salah satu siste...
15/04/2024

Rootkit cuba menceroboh sistem syarikat pengeluar UAV yang terkemuka, DJI?

Mengapa kita perlu risau?

Jika salah satu sistem syarikat tersebut dapat diceroboh masuk, maka berpotensi juga menelusuri sistem lain, termasuk sistem agensi penguatkuasa dan agensi media yang sedang beroperasi di Malaysia.

Bagaimana?

Salah satu kaedah adalah dengan Trojan Horse dimasukkan secara tersembunyi senyap ke dalam fail imej dan fail video, kemudian seperti bom jangka boleh menjangkiti sistem lain setelah disimpan masuk.

Harap lebih berhati-hati.

Rootkit cuba menceroboh sistem syarikat pengeluar kenderaan?Mengapa kita perlu risau?Jika salah satu sistem syarikat dap...
04/04/2024

Rootkit cuba menceroboh sistem syarikat pengeluar kenderaan?

Mengapa kita perlu risau?

Jika salah satu sistem syarikat dapat diceroboh masuk, maka berpotensi juga menelusuri sistem lain, termasuk sistem di kenderaan yang sedang beroperasi di atas jalan raya.

Sebelum ini, model kenderaan daripada pengeluar berjenama Mazda telah berjaya cuba diceroboh hanya dengan menggunakan sistem radio kenderaan.

Harap lebih berhati-hati.

Gempa Bumi dengan magnitud kekuatan 7.3 pada skala Richter telah berlaku pada kedalaman 47km dari paras permukaan bumi, ...
03/04/2024

Gempa Bumi dengan magnitud kekuatan 7.3 pada skala Richter telah berlaku pada kedalaman 47km dari paras permukaan bumi, dengan jarak 130km dari wilayah Taichung, Taiwan.

Sumber:

Laman Sesawang Rasmi MetMalaysia
mygempa.met.gov.my

Skala Kekuatan Seismik Gempa
Agensi Meteorologi Jepun
www.data.jma.go.jp

Fasa peralihan monsun dijangka bermula pada 29 Mac 2024 dan berterusan sehingga Mei 2024. Permulaan fasa ini menandakan ...
26/03/2024

Fasa peralihan monsun dijangka bermula pada 29 Mac 2024 dan berterusan sehingga Mei 2024. Permulaan fasa ini menandakan berakhirnya Monsun Timur Laut 2023/24 yang telah bermula sejak 11 November 2023.

Semasa fasa peralihan monsun, rantau negara akan menerima tiupan angin lemah dari pelbagai arah yang kondusif untuk kejadian ribut petir yang lazimnya membawa hujan lebat berserta angin kencang dalam jangka masa yang singkat. Kejadian ini berlaku terutamanya pada waktu petang dan awal malam di kebanyakan kawasan di barat dan pedalaman Semenanjung, barat Sabah serta selatan dan tengah Sarawak. Keadaan cuaca ini berpotensi menyebabkan banjir kilat, pokok tumbang serta kerosakan pada struktur yang tidak kukuh.

Dengan bermulanya fasa peralihan monsun, keadaan cuaca panas dan kering yang sedang berlaku di kebanyakan tempat di seluruh negara dijangka beransur pulih menjelang pertengahan April.

Orang ramai dinasihatkan untuk lebih berwaspada ketika tempoh ini dan sentiasa peka dengan ramalan dan amaran cuaca yang dikeluarkan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia melalui laman web rasmi, aplikasi mobil myCuaca dan media sosial rasmi Jabatan. Orang ramai juga boleh menghubungi Hotline Jabatan 1-300-22-1638 bagi sebarang pertanyaan lanjut.

Sumber: Laman Sesawang MetMalaysia www.metgov.my

Sudah cukup PADU?
15/03/2024

Sudah cukup PADU?

Prolintas IPO kini dibuka untuk permohonan belian dan akan ditutup pada 5:00 pm GMT+8 pada 12 Mac 2024.Prolintas adalah ...
09/03/2024

Prolintas IPO kini dibuka untuk permohonan belian dan akan ditutup pada 5:00 pm GMT+8 pada 12 Mac 2024.

Prolintas adalah perniagaan infrastruktur patuh Shariah, memiliki dan merupakan operator lebuhraya strategik di Lembah Klang – AKLEH, GCE, LKSA, SILK, SUKE dan DUKE dengan purata tempoh konsesi selama 32 tahun. TPLKH mempunyai hampir tiga(3) dekad pengalaman serta kepakaran pembinaan dan pengurusan lebuhraya.

- Agihan mampan kepada pemegang unit disokong oleh potensi kutipan tol jangka panjang

- Lebuhraya dengan ketersambungan strategik merangkumi kawasan hampir setengah juta pengguna setiap hari.

- Pasukan pengurusan pelaburan dengan pengalaman rekod industri

- Inisiatif pelaburan dan pembangunan strategik dengan potensi hasil

Permohonan boleh dibuat hanya melalui saluran berikut:

Electronic Share Application melalui Maybank ATM

Internet Share Application melalui Maybank2u (Apply > Investments > eIPO)

White Application Form, melalui cawangan Maybank.

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Prospektus Akhir di cawangan terpilih Maybank (Dataran Maybank, Menara Maybank, Bangsar Baru dan KLCC) atau melalui Bursa Malaysia (http://www.bursamalaysia.com/).

Sumber: Notifikasi Aplikasi Maybank2U.

Sebuah helikopter Augusta Westland AW139 bernombor pendaftaran M72-01,  terhempas berdekatan perairan Pulau Angsa di Kla...
05/03/2024

Sebuah helikopter Augusta Westland AW139 bernombor pendaftaran M72-01, terhempas berdekatan perairan Pulau Angsa di Klang Selangor.

Helikopter kendalian Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) adalah dalam sesi latihan penerbangan, telah berlepas pada jam 9.10 pagi dari Lapangan Terbang Antarabangsa Sultan Abdul Aziz Shah di Subang dan komunikasi terakhir dengan Pusat Kawalan Trafik Udara Kuala Lumpur pada jam 9.20 pagi.

Kesemua empat (4) penumpang termasuk juruterbang terselamat, tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Sumber: Kenyataan Media Rasmi CAAM, Civil Aviation Authority of Malaysia

Karnival Premium Selections BMW Malaysia sedang berlangsung daripada Jumaat 2024 Mac 1 sehingga Ahad 2024 Mac 3, bertemp...
01/03/2024

Karnival Premium Selections BMW Malaysia sedang berlangsung daripada Jumaat 2024 Mac 1 sehingga Ahad 2024 Mac 3, bertempat di Kompleks Sukan Bukit Jalil, Kuala Lumpur.

500 kenderaan premium pra-milik BMW & MINI yang diperakui tersedia untuk dipilih.

Antara tawaran menarik adalah kenderaan elektrik sepenuhnya dari model iX, iX3 dan i7, selain daripada pilihan kenderaan enjin pembakaran dalaman.

Pra-kelulusan pembiayaan segera melalui BMW Engage oleh BMW Group Financial Services Malaysia juga ditawarkan bersama-sama pengalaman Pemilikan Premium BMW Group Malaysia yang serba lengkap merangkumi:

- Waranti Pilihan hingga tujuh tahun (dijamin oleh Allianz Malaysia)

- Pemeriksaan teknikal dan optik yang menyeluruh oleh juruteknik BMW yang bertauliah

- Rekod Servis dan Rekod Kenderaan yang disahkan (termasuk pemeriksaan rekod kerosakan akibat kemalangan)

- Tawaran tukar beli yang kompetitif.







Sumber: Kenyataan Media BMW Group Malaysia.

Tayar Hadapan Pesawat Latihan Tertanggal Ketika MendaratSebuah pesawat latihan jenis Piper PA-28-181 bernombor pendaftar...
23/01/2024

Tayar Hadapan Pesawat Latihan Tertanggal Ketika Mendarat

Sebuah pesawat latihan jenis Piper PA-28-181 bernombor pendaftaran 9M-ITX didaftarkan di Malaysia, gagal mendarat dengan baik di Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka, sehingga menyebabkan tayar hadapan tertanggal.

Juruterbang pelatih dilaporkan tidak mengalami sebarang kecederaan serius.

Kes kemalangan udara ini sedang disiasat di bawah Bahagian XXVI Peraturan Penerbangan Awam 2016.

Operasi lapangan terbang dibuka semula pada jam 4.12 petang waktu tempatan.

Sumber:
Kenyataan Media Rasmi CAAM, Civil Aviation Authority of Malaysia.

HP Entreprise (HPE) bercadang membeli konglomerat penyedia peralatan rangkaian terkemuka, Juniper Networks, dengan nilai...
10/01/2024

HP Entreprise (HPE) bercadang membeli konglomerat penyedia peralatan rangkaian terkemuka, Juniper Networks, dengan nilai USD$ 14 billion secara tunai sepenuhnya.

Transaksi niaga ini dijangka dibiayai oleh HPE dengan komitmen pembiayaan secara hutang berjangka (term loan), berkemungkinan besar dimuktamadkan pada penghujung tahun 2024 atau awal tahun 2025 (tertakluk kepada kelulusan pihak berwajib).

HPE menawarkan USD$40 setiap unit kepada pemegang saham Juniper Network, dengan nilai premium melebihi 32 peratus atas setiap unit saham Juniper Networks yang didagangkan pada Isnin.

Sumber:
Laman Web Reuters: https://www.reuters.com/technology/hpe-acquire-juniper-networks-14-bln-deal-2024-01-09/ #:~:text=Jan%209%20(Reuters)%20%2D%20Hewlett,the%20companies%20said%20on%20Tuesday.

Hewlett Packard Enterprise will buy networking gear maker Juniper Networks for $14 billion in an all-cash deal, in an attempt to spruce up the company's artificial intelligence (AI) offerings.

*Ringkasan Pencapaian Tesla*Model 3 & Model Y mendahului pencapaian model lain yang ditawarkan oleh syarikat.Suku ke Emp...
02/01/2024

*Ringkasan Pencapaian Tesla*

Model 3 & Model Y mendahului pencapaian model lain yang ditawarkan oleh syarikat.

Suku ke Empat Tahun 2023
- menghasilkan sejumlah 494,989 kenderaan
- menyerahkan kepada pembeli sejumlah 484,507 kenderaan

Keseluruhan Tahun 2023
- menghasilkan sejumlah 1,845,985 kenderaan
- menyerahkan kepada pembeli sejumlah 1,808,581 kenderaan

Sumber:
Laman Web Tesla ir.tesla.com

Sistem 48 volt di dalam Tesla Cybertruck.Inovasi sistem pendawaian elektrik voltan rendah 48 volt di dalam Cybertruck me...
07/12/2023

Sistem 48 volt di dalam Tesla Cybertruck.

Inovasi sistem pendawaian elektrik voltan rendah 48 volt di dalam Cybertruck merevolusikan pepasangan abah-abah.

Dengan hanya menggunakan kabel Gigabit Ethernet 48volt beserta isyarat CANBUS, hanya satu kabel diperlukan untuk penyambungan dan mengaktifkan pembesar suara, motor kuasa tingkap, motor pengelap cermin dan penyembur air tingkap, penderia stereng pengemudi , kunci dan motor pembuka pintu dan juga sistem lampu luar dan pencahayaan dalaman. Teknologi tersebut menggunakan kaedah pepasangan secara rantaian.

Dengan inovasi ini, Tesla berjaya mengurangkan sejumlah 77% pendawaian yang diperlukan dan pengurangan sehingga 50% keperluan besi kuprum.

Kenapa sistem 48 volt dipilih oleh Tesla?

Dengan menggunakan voltan lebih tinggi (kebiasaannya kenderaan menggunakan sistem 12 volt), maka potensi jarak pemancaran isyarat ditingkatkan.

Sistem 48 volt juga membolehkan penggunaan arus yang jauh lebih rendah bagi penggunaan kuasa yang sama berbanding sistem 12 volt.

Penggunaan arus rendah menjimatkan tenaga kerana kurang tenaga haba terbebas akibat pemanasan berbanding penggunaan arus lebih tinggi jika menggunakan sistem 12 volt untuk keperluan kuasa yang sama.

Sumber:

The Cybertruck Guy
https://x.com/cybrtrkguy/status/1731658374775771297?s=20

Pada saat kritikal, komputer Windows bermula semula secara tiba-tiba pada jam 4.15 petang hari Isnin😅
04/12/2023

Pada saat kritikal, komputer Windows bermula semula secara tiba-tiba pada jam 4.15 petang hari Isnin😅

1200 unit Tesla Model 3 versi Highland dalam perjalanan ke Pelabuhan Klang, Malaysia.Mengikut sumber portal berita China...
24/11/2023

1200 unit Tesla Model 3 versi Highland dalam perjalanan ke Pelabuhan Klang, Malaysia.

Mengikut sumber portal berita China News, 1391 kenderaan telah dimuatkan ke dalam kapal pengangkut kenderaan, Procyon Leader milik NYK Line.

1200 unit kenderaan yang dibawa adalah Tesla dan dipercayai kapal tersebut juga membawa kenderaan berjenama MG.

Kapal tersebut telah bertolak dari terminal Pelabuhan Shanghai Nangang pada 2023 November 19 dan dijangka tiba ke Pelabuhan Klang pada 2023 November 25.

Tesla berkemungkinan akan menyerahkan kumpulan pertama Tesla Model 3 versi Highland kepada pembeli di Malaysia pada 2023 November 30.

Kami mengucapkan TAHNIAH kepada bakal pemilik baru Tesla Model 3 versi Highland yang dibawa masuk secara rasmi oleh Tesla Malaysia.

Sumber:

https://m.chinanews.com/wap/detail/sp/cj/shipin/cns-d/2023/11-19/news10114466.shtml

22/11/2023

SAFETY FIRST
To those attending Coldplay concert today, be extra vigilant.

Identify your exit path and safe evacuation route in advance please.

Sam Altman, mantan CEO OpenAI (syarikat pembuat ChatGPT), dijangka mempertimbangkan tawaran menerajui sebagai CEO sebuah...
20/11/2023

Sam Altman, mantan CEO OpenAI (syarikat pembuat ChatGPT), dijangka mempertimbangkan tawaran menerajui sebagai CEO sebuah entiti kumpulan penyelidikan kecerdasan buatan termaju yang baharu di bawah kelompok Microsoft.

Langkah Sam Altman menyertai entiti baru tersebut juga dipercayai akan disertai oleh mantan Presiden OpenAI iaitu Greg Brockman.

Perkara tersebut disahkan oleh Satya Nadella, CEO Microsoft di ciapan aplikasi X.

Sumber:

OpenAI named ex-Twitch boss Emmett Shear as interim CEO, while outgoing chief Sam Altman is set to join backer Microsoft in a surprise turn of events for the startup at the heart of an artificial intelligence boom.

CGG dengan kerjasama PETRONAS memulakan pemetaan hidrokarbon dua dimensi di pentas benua kawasan Langkasuka.Aktiviti pem...
18/11/2023

CGG dengan kerjasama PETRONAS memulakan pemetaan hidrokarbon dua dimensi di pentas benua kawasan Langkasuka.

Aktiviti pemetaan berkeluasan 8000km di kawasan Selat Melaka ini menggunakan teknologi khas Songsangan Gelombang Penuh (full-waveform inversion, FWI) dan kaedah pengimejan Tomografi-Q.

Data awalan dijangka diperolehi pada Disember 2023 disusuli dengan keputusan penuh dijangka pada Ogos 2024.

Sumber:

https://www.cgg.com/newsroom/press-release/cgg-acquire-8000-km-multi-client-data-offshore-malaysia?fbclid=IwAR14LqP0jApv1Ji11wG3OwJFIUn35JHeHBW6CUczaAz7DiY76USkxCutHlw_aem_AURtKVEi84Jd4FafpSncGV8tIwNR6wTu5iZXo8oOISKCog8SZQ1YRHK0HTHhjCvK0zU

-TERKINI-Sam Altman, CEO OpenAI (syarikat pembuat ChatGPT) telah dipecat.Sumber:https://www.reuters.com/technology/opena...
18/11/2023

-TERKINI-

Sam Altman, CEO OpenAI (syarikat pembuat ChatGPT) telah dipecat.

Sumber:

https://www.reuters.com/technology/openai-ceo-sam-altman-step-down-2023-11-17

https://fb.watch/onXVXp6oqa/?mibextid=cr9u03

The board of the company behind ChatGPT late on Friday fired OpenAI CEO Sam Altman - to many, the human face of generative AI - sending shock waves across the tech industry. Greg Brockman, OpenAI president and co-founder, quit the company, he announced on messaging platform X. "Based on today's news...

Tesla Cybertruck dijangka diserahkan kepada bakal pembeli pada 2023 November 30, bertempat di Kilang Giga Tesla Texas di...
15/11/2023

Tesla Cybertruck dijangka diserahkan kepada bakal pembeli pada 2023 November 30, bertempat di Kilang Giga Tesla Texas di Amerika Syarikat.

Martin Viecha, Ketua Pegawai Perhubungan Pemegang Saham Tesla mengesahkan bahawa jemputan ke majlis pelancaran rasmi Cybertruck telah dihantar kepada individu terpilih.

Sumber:
https://twitter.com/martinviecha/status/1724581589638869337?s=46

Ketinggalan Zaman.
31/10/2023

Ketinggalan Zaman.

Address


Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Lifve posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

  • Address
  • Alerts
  • Claim ownership or report listing
  • Want your business to be the top-listed Media Company?

Share