23/11/2021
Hedonisme ialah satu aliran pemikiran yang beranggapan bahawa ❤️kenikmatan dan kesenangan menjadi matlamat utama❤️ kehidupan bagi seseorang. Mutakhir ini, penularan budaya hedonisme yang mementingkan keseronokan dan kenikmatan sebagai pegangan hidup dalam kalangan belia dan remaja dikenal pasti antara punca ramai golongan ini kian rapuh semangat jati diri dan pegangan agama di negara kita. Pada hal, budaya tersebut juga mendatangkan pelbagai kesan kepada kita.
1. Peningkatan kadar jenayah 👮♂️💂👮♂️
🍀Peningkatan kes jenayah sejak akhir-akhir ini turut dikaitkan dengan budaya dan gaya hidup hedonisme yang hanya memandang bahawa kemewahan adalah segala-galanya. Terdapat segelintir masyarakat sanggup berhutang hanya kerana ingin hidup mewah tetapi malas untuk bekerja. Masyarakat yang bersifatsebegini lah yang sanggup membuat apa sahaja untuk mendapatkan wang walaupun sanggup melanggar undang-undang. Tidak hairanlah pada masa kini terdapat kes jenayah seperti rompakan bank, barang kemas, samun, rasuah, mengedar dadah dan juga peras ugut.
2. Melahirkan masyarakat yang mementingkan kemewahan⌚️📱💻
🍀Masyarakat pada masa kini sentiasa ingin hidup mewah, bergaya dan berhibur secara berlebih-lebihan. Di rumah misalnya, mempunyai hiasan yang mewah dan peralatan elektronik yang serba moden mengikut teknologi masa kini. Begitu juga dengan pakaian, mestilah pakaian yang berjenama dan mewah, mengikut trend terkini, dan juga memakai pakaian yang mengikut badan ketika berpesta atau berfoya-foya. Dengan sikap yang begitu, masyarakat pada hari ini lebih mementingkan gaya hidup mewah kerana takut akan direndahkan dan dipandang jijik oleh masyarakat yang lain. Sikap tersebut akan membawa kepada timbulnya sifat hasad dengki antara satu sama lain yang akan membawa kepada permusuhan
3. Membawa perluasan hiburan di tanah air 💀💀💀
🍀Orang yang melibatkan diri dalam budaya hedonisme akan mementingkan hiburan dan keseronokan yang dimiliki. Hal ini akan menggalakan mereka melakukan sesuatu yang bahaya. Sebagai contoh, kegilaan remaja pada hiburan mengakibatkan mereka terjebak dengan dadah pil khayal sehingga meragutkan nyawa. Selain itu, hiburan yang terlalu juga akan menjejaskan kehidupan keluarga.
4. Mewujud keruntuhan moral dan akhlak 🌜🌛
🍀Hedonisme ialah salah satu sistem moral dalam masyarakat Barat yang meletakkan pengukuran keseronokan sebagai ukuran bagi semua pekerjaan yang dilakukan dan sudah pastilah seronok itu dalam perkara-perkara yang berkait dengan nafsu. Apabila nafsu tanpa kawalan akal, maka keruntuhan moral dan akhlak berlaku.