Kamek Resipi

Kamek Resipi Join telegram channel ➡️ t.me/trolikamek

Resipi Ayam ala Kenny RogersBahan:2 biji bawang besar4 ulas bawang putihMinyak zaitunHaliaPerasa MaggiSos black pepper &...
20/11/2024

Resipi Ayam ala Kenny Rogers

Bahan:
2 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
Minyak zaitun
Halia
Perasa Maggi
Sos black pepper & tiram
Lada hitam, madu, & air

Cara masak:
1. Blend semua bahan.
2. Lumur pada ayam.
3. Bakar pada suhu 200°C selama 1.5 jam.
4. Tabur mix herba jika s**a.

Siap untuk dinikmati!

Ayam gunting sekarang ni satu keping dah Rm10. Kalau anak ramai beli sekeping tak cukup plak. Buat sendiri je jimat. Pak...
17/08/2024

Ayam gunting sekarang ni satu keping dah Rm10. Kalau anak ramai beli sekeping tak cukup plak. Buat sendiri je jimat. Pakai set ayam gunting ni
👉 https://s.shopee.com.my/10jPU2PAtm

Dapat tepung crispy, rempah perap, serbuk cili, salt pepper. Rasa sebiji macam beli kat pasar malam tau 😋

Tips elak nasi cepat basi.Nasi yang kamu masak cepat basi? Bukan sebab beras tau.Sedikit tips dari admin. Basuh bersih p...
12/05/2024

Tips elak nasi cepat basi.

Nasi yang kamu masak cepat basi? Bukan sebab beras tau.

Sedikit tips dari admin. Basuh bersih periuk nasi dan terlangkupkan atas tungku dapur. Buka api dan biar sekejap. Buat sebulan sekali pun dah ok.

Dan bolehlah digunakan seperti biasa. In Sya Allah, masalah nasi cepat basi tiada lagi.

Kredit : Fb Nor Fahidayu Masran

Pisang goreng rangup 😍😋(Terima kasih pd yg sudi berkongsi resepi : cuma panjangkan aje - semoga Pahala mengalir seperti ...
05/05/2024

Pisang goreng rangup 😍😋

(Terima kasih pd yg sudi berkongsi resepi : cuma panjangkan aje - semoga Pahala mengalir seperti air sg. Amin)

💦1 cawan tepung gandum
💦1 cawan tepung beras
💦1 cawan tepung jangung
💦1 biji telor
💦1 sudu kecil garam halus
💦1 sudu kecil yis
💦 Sedikit pewarna kuning
💦2 cawan air
💦 Biar 5 atau 10minit baru celop Dan goreng

Selamat Mencuba....

Kredit Resepi : siti asiah ismail

Resepi Kek Lumut Kukus..Bahan-bahan : ( loyang 8 ” x 8“)1 cawan tepung gandum – diayak1 cawan horlicks3/4 cawan gula hal...
04/05/2024

Resepi Kek Lumut Kukus..

Bahan-bahan : ( loyang 8 ” x 8“)
1 cawan tepung gandum – diayak
1 cawan horlicks
3/4 cawan gula halus
250 g mentega
4 biji telur A (saya guna 10biji gred b)
pewarna hijau secukupnya
4 sudu besar seri kaya
1/4 cawan susu pekat manis
1 sk esen vanilla
2 gelas nestum keluarga( dikisar halu)

Cara Membuat :
1.Sediakan pengukus. Didihkan air. Griskan Loyang dgn mentega dan taburkan dgn sedikit tepung.

2.Pukul mentega bersama gula halus hingga kembang dan berkrim. Gunakan kelajuan maksima.

3.Masukkan telur sebiji dan pukul hingga sebati (guna speed sederhana). Kemudian, masukkan lagi sebiji telur dan pukul lagi. Ulangi proses ini sehingga habis.

4.Masukkan susu dan serikaya. Ratakan.

5.Masukkan tepung sedikit demi sedikit diselangselikan dgn horlicks dan gaulkan sebati.

6.Masukkan pewarna hijau dan esen vanilla. Sebatikan.

7.Tuangkan adunan ke dalam Loyang dan tutupkan dgn kertas foil.

8.Kukuskan selama 2 jam 30 minit. (tambah air panas jika hampir kering).

Pesaing KFC yang sudah mari!! Tengokla sini 👉 https://s.shopee.com.my/1qFk04eHFRKatanya sedap sampai menjilat kaki. Kata...
01/05/2024

Pesaing KFC yang sudah mari!!

Tengokla sini 👉 https://s.shopee.com.my/1qFk04eHFR

Katanya sedap sampai menjilat kaki. Katanya dekat dengan Maybank Taman Maluri.

Tips & Cara saya masak nasi lemak sedap 😋InsyaAllah mudah dan senang. Pasti menjadi. Saye xreti ikot nisbah2 nie. Xfaham...
28/04/2024

Tips & Cara saya masak nasi lemak sedap 😋
InsyaAllah mudah dan senang. Pasti menjadi. Saye xreti ikot nisbah2 nie. Xfaham 😬,sye ukur air pakai jari je. Dh biase mcm tu. Nasi masak elok xmentah.

Resepi setiap gambar. 👇🏻

Kredit: Azy Cullen

LAKSA SARAWAKBahan-bahan untuk membuat sup laksa Sarawak:1) 2 belah dada ayam/isi     ayam2)200 gram pes laksa Sarawak g...
27/04/2024

LAKSA SARAWAK

Bahan-bahan untuk membuat sup laksa Sarawak:

1) 2 belah dada ayam/isi ayam

2)200 gram pes laksa Sarawak guna pes ni 👉🏻https://shope.ee/4VGPL8BXaC

3) 250 gram udang

4) 2 liter air

5) 300 ml santan

6) 2 btg serai

7) 1 kiub ayam

😎 garam secukup rasa

Cara2 unk memasak Kuah untuk laksa Sarawak:

1) Basuh dada ayam bersih2 Kemudian rebus sehingga ayam masak dan agak lembut.

2)Setelah msak kuar dan toskn dada ayam (dah sejuk boleh la dicarik2)

3) Dgn menggunakan air rebusan ayam, celur p**a udang kedlm rebusan ayam tadi.

4)rebus kira-kira 1 minit. Selepas satu minit, keluarkan dan toskn udang.

5)dgn menggunakan stew ayam dan udang lebih awal, masukkan p**a serai yang telah ditumbuk ke dalam air masak.

6)Masukkan pes rempah laksa Sarawak.

7)Masukkn kiub ayam

Masak atas api sederhana sehingga mendidih.

8)Setelah mendidih, tuangkan santan ke dalamnya dan kacau.

9)Reneh dengan api kecil supaya santan tidak pecah minyak.

10)Kemudian masukkan garam dan serbuk perasa. Setelah mendidih dan masak, matikan api. Kuah untuk Sarawak laksa adalah sedia untuk dihidangkan bersama-sama dengan bahan-bahan lain.

Bahan-bahan untuk Mee:

1. 1 pek vermicelli

2. cukup air

Bagaimana memberi vermicelli:

1. Panaskan air di atas api sederhana. Tunggu sehingga mendidih.

2. Jika ia mendidih, masukkan mi vermicelli dan rebus sehingga sedikit lembut.

3. vermicelli biasanya cepat lembut dalam air panas.

Jadi jgn rebus terlalu lama Jika mi terlalu direbus, vermicelli boleh musnah dan hancur

Bahan-bahan untuk membuat sambal belacan:

3 tangkai Cili padi

5 batang cili merah

1 inci belacan

½ sudu teh garam / rasa

1 sudu teh gula / rasa

1 biji limau nipis

Bagaimana untuk membuat sambal belacan:

1)sediakan Cili padi, cili merah dan belacan.

2)kisar bersama-sama sehingga lumat

3)Tambah garam dan sedikit gula secukup rasa

4) Tambah jus limau, kemudian kacau lagi perlahan-lahan hingga sebati.

Bahan-bahan hiasan laksa Sarawak:

1)ayam yg telah direbus air tadi disiat2

2) udang

3) telur dadar dipotong nipis

4) taugeh dicelur

5) daun ketumbar

6) limau

7) sambal belacan

Cara menyediakan Laksa Sarawak

1)masukkn meehoon dlm mangkuk

2) hiaskn dgn ayam yg dicarik2 tadi

3)susun udang

4)masukkn taugeh dan daun ketumbar

5) mkn bersama sambal belacan dan perahan asam limau...

~ Sedia untuk dihidangkan~

Sumber : Uwan Nolly Epin

Resipi Popia Crabstick Bahan-Bahan:2 bungkus crabstick200-250g Cream cheese ( boleh guna mozarella/cheese keping) 1 biji...
26/04/2024

Resipi Popia Crabstick

Bahan-Bahan:

2 bungkus crabstick
200-250g Cream cheese ( boleh guna mozarella/cheese keping)
1 biji bawang besar
1/ batang lobak merah
1 biji cili merah
Sedikit daun bawang (boleh guna daun sup)
Sedikit serbuk perasa maggie
Kulit popia secukupnya

Hiris/dadukan kecil2 kesemua bahan. Lobak sagat halus. Satukan semua.

Campur bahan, gaul sebati. msukkan sedikit perasa maggie.

Sediakan kulit popia secukupnya. Letak inti crabstick. Lipat sisi kulit dan golong spt biasa. Sapukan hujung kulit popia mggunakan telur. Baru d golong habis.

Popia yg dah siap d golong. Sedia utk d goreng.

Panaskan minyak, goreng popia menggunakan api yg kecik.

Okey. Dah siap d goreng.

Sedia utk d hidang dan boleh mkn besama sos cili. Selamat mencuba. 😘

Kredit : Empunya resipi

Assalamualaikum..sy nk share resepi febret suami rojak kuih campur mudah...semudah abc...*Bahan2....*6biji telur ayam re...
21/04/2024

Assalamualaikum..sy nk share resepi febret suami rojak kuih campur mudah...semudah abc...

*Bahan2....
*6biji telur ayam rebus
*6biji kentang buang kulit &potong2
*6bar fish cake
*6ketul tauhu keras
2biji timun di potong2...
Bahan2 yg btanda * goreng sehingga garing dan potong2

Bahan2 utk kuih.....
300g tepung gandum
200g taugeh
50g udang kering
1sudu mauripan
1gelas air

Cara2...
Blendkn udang kering n campurkan kesemua bahan td...tunggu shingga kembang dan goreng...ala mcm buat cekodok tu....tau kan...

Bahan2 untuk kuah kacang....
100g cili kering rendam dgn air panas & blend...
300g kacang tanah goreng sampai kuning +3gelas air dan blend
2sudu tepung jagung+1gelas air &kacau
2senduk gula
1sudu garam
1ulas bwg putih

Cara2
Tumiskan lada kering dg 1bj bwg putih yg dh di blend td,sehingga pecah minyak
Masukkn gula dan garam kemudian kacau sehingga gula dan garam larut kemudian masukkn kacang tanah yg dh di blend dgn 3gelas air td....tunggu sehingga mendaidih kemudian masukkan tepung jagung...
*tepung jgung tu bg pekat kuah...

Kredit : Nora Lola Mokthar‎

Resepi lontongKuah LontongBahan A [blend]* Bawang merah 7 ulas* Serai 2 batang* Lengkuas (hiris nipis)* Halia (hiris nip...
21/04/2024

Resepi lontong

Kuah Lontong

Bahan A [blend]
* Bawang merah 7 ulas
* Serai 2 batang
* Lengkuas (hiris nipis)
* Halia (hiris nipis)
* Udang kering 2sb
* Ikan bilis segenggam
* Buah keras 1 biji
* Kunyit hidup besar ibu jari

Bahan B
* udang segar
* kobis
* kacang panjang
* carrot
* kentang
* soohun & fucuk
* bahan perasa
* santan kotak

Cara-cara:
1. Blend hancur bahan A
2. Kemudian satukan dalam periuk bersama santan & air
3. Didihkan dan masuk sayuran yang keras dahulu seperti kentang & carrot
4. Perasakan dan masukkan baki sayuran yang lain bersama udang. Dah agak lembut sayur tu boleh tutup api

Sambal bilis

Bahan-bahan:
* bawang besar 3 biji
* bwg besar 1 biji (dimayang)
* cili kering kisar 3 senduk nasi
* daun pandan
* ikan bilis 2 genggam
* air asam jawa
* garam dan gula

Cara-cara:
1. Panaskan minyak dan tumis bawang yang dah siap blend dan mayang bersama daun pandan
2. Bila warna agak kekuningan, masukkan cili blend, gula dan air asam
3. Tumis sampai bertukar warna
4. Masukkan ikan bilis dan perasakan dengan garam dan gula

Bahan Lain
* nasi impit
* telur rebus

Kredit: Fatimah Saari

Resepi Mee Kari Simple4 bji bawang merah bland1 labu bawang putih bland2 pek serbuk kari daging (yg kecil)1 senduk cili ...
21/04/2024

Resepi Mee Kari Simple

4 bji bawang merah bland
1 labu bawang putih bland
2 pek serbuk kari daging (yg kecil)
1 senduk cili giling
1 pek 3sekawan (yg rm1 tu)
2 kiub pati ayam maggi
fishcake
fishball
tauhu kering
isi ayam atau tulang2 ayam
1 kotak santan 200ml
gula & garam secukupnya
air
ikan bilis segenggam dan bland dengan sedikit air sampai hancur (rahsia penyedap mee kari)😊😊
bahan hiasan:-
Telur Rebus
Cili merah
Sawi
Taugeh
Limau kasturi

Cara2
Tumis bahan kisar , 3sekawan ,cili kisar dan serbuk kari. Tumis sampai pecah minyak dan naik bau dan mas**an ikan bilis yang dah di kisar tadi.
mas**an batang sawi yang dah di potong.. batang sahaja ok... daun dia jangan masuk skli dalam kuah ni... Masukkan ayam , fishball ,fishcake
Masukkan air dan santan secukupnya, kalau nak kuah pekat atau cair pandai2 la bajek air k....
Masukkan kiub pati ayam, garam dan gula secukupnya.. kalau s**a pak aji boleh mas**an sedikit... last sekali mas**an tauhu kering....
tunggu sampai mendidih... siap.... boleh la dihidang bersama bahan untuk hiasan tu.... ikan bilis tu adalah rahsia mee kari yang sedap... saya pun dapat tips ni dari mak mertua adik yang pernah berniaga mee kari satu ketika dahulu...😊😊😊😊✌

Kredit Resepi : are peace dan Anisza mohd Shukri

RESIPI MEE KUAH UDANGBAHAN-BAHAN- kulit/kepala udang goreng /blend/tapis/simpan air udang tue- bawang 2 biji- bawang put...
20/04/2024

RESIPI MEE KUAH UDANG

BAHAN-BAHAN
- kulit/kepala udang goreng /blend/tapis/simpan air udang tue
- bawang 2 biji
- bawang putih 4 ulas
- cabai blend 3-4 sudu
- tomato soup 6 sudu
- mushroom seasoning
- sayuq sawi
- udang kertas laut
- mee sepeket
- fish cake (tak boh pon takpa)
- telur ayam rebus sehingga masak
- daun bawang
- cabai hidup
- Kalau ada ni kt rumah boleh guna
🛒 https://shope.ee/8KSwCPkwGU

CARA-CARA
- tumis bawang besar/putih/cabai blend
- dah pecah minyak masukkan air
- blend kepala udang goreng tadi, tambah air ikut s**a nak cair ke pekat
- masukkan tomato soup tadi
- masukkan udang
- masukkan sayur sawi
- garam, penambah periksa sikit
- masukkan mee..
- ok settle boleh makan dah.

Kredit: Muhamad Ismail Mohd Ali

Resipi Ayam panggang ala dominos 🐥Sekilo drumstik yg kecik tu yer...kalau ikut resepi asal guna sekor ayam..cuci bersih....
17/04/2024

Resipi Ayam panggang ala dominos 🐥

Sekilo drumstik yg kecik tu yer...kalau ikut resepi asal guna sekor ayam..cuci bersih..toskan

120g sos cili
120g sos tomato
120g sos tiram (yg ni saje2 makcik tambah)
2sb madu (yg ni pon makcik tambah)
2sb gula
1sb garam
1sb serbuk cili
2sb lada hitam
2ulas bwg putih di tumbuk lumat
60g butter
-masak kesemua bahan sampai butter cair
-sejukkan
-lumur pada ayam dan letak sedikit minyak
-perap (lagi lama lagi sedap)
-bakar suhu 180°-200° ikut oven masing2 qpi atas bawah...
-30-40 min (ikutlah nak garing mane yer..jgn rentong sudah😅)
SeLamAt mEnCUba

Kredit Resepi : fiza sezali

RESEPI SOTONG GORENG TEPONG TAK LARIBahan-bahan:* 1 cawan tepung ubi* 1 cawan tepung jagung* 2 sudu tepung bestari* Sebi...
11/04/2024

RESEPI SOTONG GORENG TEPONG TAK LARI

Bahan-bahan:
* 1 cawan tepung ubi
* 1 cawan tepung jagung
* 2 sudu tepung bestari
* Sebiji Telur
* 1 sudu KFC garam dan black pepper

Guna tepung ni :
https://shope.ee/2foLJHDciw

Cara-cara:
1. Campurkan semua tepung bersama garam dan black pepper- tak perlu bancuh
2. Pecahkan telur gaul2 sotong, angkat terus golek2 dalam tepung
3. Letak minyak dalam kuali dgn kuanti yang banyak, bagi betoi2 panas dan api jangan kuat sangat
3. Goreng sampai keperangan. Alhamdulillah elok kejadiannya, tak meletup dan tak makan minyak

Resepi asal: Nurul Faidha

Resepi Biskut Buah Kana Lagend1 ketul butter (saya guna pure butter)Dua cawan tepung gandum (tambah Jika doh masih lembi...
05/04/2024

Resepi Biskut Buah Kana Lagend

1 ketul butter (saya guna pure butter)
Dua cawan tepung gandum (tambah Jika doh masih lembik)
Satu cawan gula aising
Satu cawan tepung custard
Satu cawan tepung jagung
Satu biji kuning telur
Satu sudu kecil asen vanilla

Mix butter+gula aising+telur+asen vanilla .
Masukkan tepung gandum dan jagung. Uli sampai jdi doh ye.

Sapukan tepung gandum dekat acuan supaya
senang nk keluarkan adunan yang dimasukkan dalam acuan tadi. Kemudian bakar, suhu ikut oven masing2 (15-25minit)

Keluarkan dari oven dan biarkan sehingga sejuk, baru sapu inti kegemaran masing2. ( saya guna jem starwbery ) saya halal kan resepi ini untuk dibuat meniaga ye. Terima kasih

Sumber: Marsh*tah Amin

Resepi Kek batik (lembut & moist)1½ketul butter1cwn susu pekat1cwn milo½cwn serbuk koko½cwn susu cair2pek biskut marie *...
04/04/2024

Resepi Kek batik (lembut & moist)

1½ketul butter
1cwn susu pekat
1cwn milo
½cwn serbuk koko
½cwn susu cair
2pek biskut marie *patah²kan

Cara² :
-panaskan butter sampai cair.
-mas**an susu pekat + milo + serbuk koko
Kacau sampai licin.
-kaup sikit untuk topping
-mas**an susu cair kacau sampai sebati
-mas**an biskut dan gaul bagi rata.
-mas**an ke dalam loyang,tekan² bg padat.
dan tuang topping yang simpan tadi.
-sejukan dlm 4jam dan boleh lah dimakan

Biskut raya mudah. Popia pepero. White coklat + oreo. 💕💕Cara - cara buat :- kulit popia (apa2 brand tak kisah)- **kalau ...
03/04/2024

Biskut raya mudah.

Popia pepero. White coklat + oreo. 💕💕

Cara - cara buat :

- kulit popia (apa2 brand tak kisah)
- **kalau yang kulit popia yang besar potong kepada 4 bahagian -> gulung -> lekatkan ujung dia dengan air.
- **kalau yang kulit popia yang kecik, terus gulung sahaja -> lekatkan ujung dia dengan air.
- goreng hingga keperangan.
- Cairkan white coklat guna double boil , bila dah cair celup pada kulit kulit popia , pastu balut p**a dengan oreo.
- ** kalau guna coklat balutkan dengan badam sedap.
- ** badam leceh sikit sebab nak kena sangai dulu 😆😆
- tak perlu letak dalam peti sejuk.
- Siap 💕💕

Sumber : Adilah Bte Othman

Address


Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Kamek Resipi posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

  • Address
  • Alerts
  • Claim ownership or report listing
  • Want your business to be the top-listed Media Company?

Share