Azli Yusof

Azli Yusof Politician
(1)

Pagi tadi saya berkesempatan menyantuni warga emas dalam Program Penyerahan Baucer JOM SHOPPING PERAYAAN TAHUN BARU CINA...
18/01/2025

Pagi tadi saya berkesempatan menyantuni warga emas dalam Program Penyerahan Baucer JOM SHOPPING PERAYAAN TAHUN BARU CINA Peringkat DUN Batu Tiga di Mydin Mart Seksyen 18, Shah Alam,

Mewaili YB Danial al-Rashid Harun - ADN Batu Tiga, kami berharap sumbangan ini memberi kegembiraan kepada 350 penerima manfaat Iltizam Pemberdayaan Rakyat Selangor, salah satu daripada Iltizam Selangor Penyayang.

Selamat Tahun Baru ! Gong Xi Fa Cai !

Menerima perkhabaran pemergian Ust Ismail Hashim (Derang), mantan penulis di akhbar Harakah. Kami bersahabat lama ketika...
17/01/2025

Menerima perkhabaran pemergian Ust Ismail Hashim (Derang), mantan penulis di akhbar Harakah. Kami bersahabat lama ketika almarhum menetap di Seksyen 24 Shah Alam.

Saya pernah singgah di kediamannya di Derang, Kedah ketika almarhum mengambil keputusan kembali menetap di kampung halaman.

Moga Allah ampuni dan cucuri rahmat atas rohnya serta tempatkan ia bersama para salihin. Amin...

Semalam kami Ahli PAC Parlimen Malaysia mengadakan kunjungan hormat kepada Komisi Pemberantasan Korupsi (KPK) Republik I...
16/01/2025

Semalam kami Ahli PAC Parlimen Malaysia mengadakan kunjungan hormat kepada Komisi Pemberantasan Korupsi (KPK) Republik Indonesia. Ia seumpama SPRM di Malaysia.

Banyak perkara yang dipelajari. Dalam beberapa sudut, mereka agak terkehadapan dan boleh dicontohi.

Perlantikan Ahli Lembaga KPK melalui proses terbuka. Sesiapa sahaja yang memenuhi syarat kelayakan boleh memohon. Ia melalui beberapa peringkat saringan yang ketat sebelum 5 orang Ahli Lembaga KPK dilantik.

Indonesia telah mewujudkan Akta Pendanaan Politik sejak 2018. Walaupun belum memenuhi sepenuhnya saranan KPK, ia merupakan permulaan yang baik kearah pengurusan dan pendanaan parti² politik yang lebih telus dan saksama.

Mereka juga mempunyai Lembaga Perlindungan Pemberi Maklumat yang memberi keyakinan perlindungan kepada mana-mana individu dan pihak yang membuat laporan berkenaan hal korupsi dan salah laku.

Tahun 2008 saya, isteri, emak dan abah tunaikan fardhu haji. Masa tu saya Ahli Majlis MBSA. Musim Haji tahun 2009 saya t...
14/01/2025

Tahun 2008 saya, isteri, emak dan abah tunaikan fardhu haji. Masa tu saya Ahli Majlis MBSA. Musim Haji tahun 2009 saya terfikir untuk meraikan bakal² haji sebagai tanda menyantuni mereka. Sesuatu yang ada kaitan dengan haji. Kain pelekat sudah terlalu biasa.

Saya pernah memiliki buku Travelog Haji. Dterbitkan tahun 2007. Pengalaman cerita dan gaya penulisan amat menarik. Sangat mendorong untuk segera mengerjakan haji kepada yang belum pernah ke sana. Buku itulah yang saya hadiahkan.

Malam tadi penulis buku ni, Prof Dr Muhd Kamil Ibrahim (60) telah pergi menemui Pencipta. Pagi ini almarhum disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 21, Shah Alam. Saya tidak dapat bersama memberi penghormatan terakhir kerana berada di perantauan.

Banyak jasanya berdakwah melalui penulisan pelbagai buku yang diterbitkan. Menimbulkan keinsafan dan mendekatkan diri kepada Tuhan.

Semoga Allah ampuni dan cucuri rahmat atas rohnya serta tempatkan ia bersama para Nabi, siddiqin, syuhada dan salihin. Amin.

Selesai jadual hari pertama kunjungan PAC Parlimen Malaysia ke - Badan Akauntabilitas Keuangan Nasional, BAKN DPR RI (PA...
14/01/2025

Selesai jadual hari pertama kunjungan PAC Parlimen Malaysia ke
- Badan Akauntabilitas Keuangan Nasional, BAKN DPR RI (PAC Parlimen Indonesia)
- Badan Kerjasama Antara-Parlimen DPR RI
- Jawatankuasa Southeast Asian Parliamentarians Against Corruption (SEAPAC)
- Badan Pemeriksa Keuwangan Republik Indonesia, BPK (Audit Board)

Kunjungan hormat yang bermanfaat dan perbincangan dua hala cukup bermakna. Bertukar pandangan dan mempelajari antara satu sama lain sebagai panduan untuk penambahbaikan.

Luas sungguh Gedung Parlimen Indonesia. Sesuai dengan bilangan Ahli Parlimen yang berjumlah 780 orang.

Ketibaan kami malam tadi di sambut dan diraikan oleh TYT Dato’ Syed Mohamad Hasrin Tengku Hussin, Duta Besar Malaysia ke...
14/01/2025

Ketibaan kami malam tadi di sambut dan diraikan oleh TYT Dato’ Syed Mohamad Hasrin Tengku Hussin, Duta Besar Malaysia ke Republik Indonesia dan pegawai² Kedutaan Malaysia di Jakarta.

Boarding MH723 bound for Jakarta. On schedule...yeah!
13/01/2025

Boarding MH723 bound for Jakarta. On schedule...yeah!

Tengah hari tadi saya berpeluang menyantuni warga komuniti Pangsapuri PPA16 Seksyen 24. Mereka anjurkan majlis perasmian...
12/01/2025

Tengah hari tadi saya berpeluang menyantuni warga komuniti Pangsapuri PPA16 Seksyen 24. Mereka anjurkan majlis perasmian sumbangan peralatan oleh Pusat Khidmat Rakyat Parlimen SHAH ALAM.

Sejak peralatan taman permainan di kawasan mereka rosak, hanya kawasan lapang dan beberapa bongkah kongkrit sahaja yang tinggal.

Selama hampir 15 tahun mereka tiada kemudahan peralatan permainan yang sempurna.

Saya telah usahakan agar peruntukan Projek Mesra Rakyat (PMR) dapat diluaskan dan disalurkan juga kepada perumahan berstrata kos sederhana rendah.

Alhamdulillah, dengan kepedulian Kerajaan Madani, lebih ramai dapat manfaat daripada peluasan kumpulan sasar yang menerima projek PMR ini.

Pagi tadi saya diundang meraikan Majlis Anugerah Kecemerlangan Murid & Apresiasi PraSekolah/PPKI 2024/25 SK Taman Bukit ...
11/01/2025

Pagi tadi saya diundang meraikan Majlis Anugerah Kecemerlangan Murid & Apresiasi PraSekolah/PPKI 2024/25 SK Taman Bukit Subang.

Tahniah kerana antara yang terawal menganjurkan majlis anugerah kecemerlangan dan apresiasi pada tahun ini. Pastinya kejayaan ini adalah hasil usaha gigih pelajar², kesungguhan guru² dan dorongan ibu bapa semuanya.

Saya telah berikan komitmen untuk membantu pihak sekolah menaik taraf prasarana dewan perhimpunan untuk memberi keselesaan dan kemudahan mereka berhimpun dan melaksana pelbagai aktiviti.

Salam Jumaat penuh berkat. Tengah hari tadi Solat Jumaat di Surau al Ansar Seksyen 2 (Surau Jumaat). Seperti biasa saya ...
10/01/2025

Salam Jumaat penuh berkat. Tengah hari tadi Solat Jumaat di Surau al Ansar Seksyen 2 (Surau Jumaat). Seperti biasa saya santuni jemaah seusai solat.

Seksyen 2 antara kawasan terawal dibangunkan di Shah Alam. Sesuai dengan nombor seksyen.

Ramai ahli² kariah di sini adalah otai dan pesara. Ramai juga AJK dan kenalan yang telah meninggal lebih awal menemui pencipta. Moga dicucuri rahmat Yang Maha Esa.

Sebelum itu melayan tetamu di pejabat pusat khidmat. Pelbagai urusan samada peribadi atau melibatkan kepentingan komuniti setempat.

Hadir menekuni Forum Ekonomi Malaysia 2025 (FEM2025) pada dirasmikan oleh YAB Dato' Seri Anwar bin Ibrahim, Perdana Ment...
09/01/2025

Hadir menekuni Forum Ekonomi Malaysia 2025 (FEM2025) pada dirasmikan oleh YAB Dato' Seri Anwar bin Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia.

Bertemakan "Seizing Malaysia's Moment", FEM2025 merupakan platform perbincangan berimpak tinggi mengenai perkembangan dan prospek ekonomi Malaysia pada peringkat ASEAN dan global.

Ketemu Sdr Najman Kamaruddin, sahabat lama sejak kami belajar di perantauan. Sekarang memikul tanggungjawab penting sebagai Group CEO TDM Berhad,

Susulan tanah mendap di Persiaran Akuatik, Seksyen 13 yang menimbulkan kesulitan dan bahaya kepada pengguna jalanraya. P...
08/01/2025

Susulan tanah mendap di Persiaran Akuatik, Seksyen 13 yang menimbulkan kesulitan dan bahaya kepada pengguna jalanraya.

Pihak MBSA telah mengambil langkah menutup jalan ini sehingga 14 Februari 25 bagi membolehkan kerja-kerja pembaikan sistem pembentungan awam dapat dilaksana dengan sempurna oleh IWK.

Sibuk dengan tugasan. Namun tetap luangkan masa tidak untuk riadhah bersama rakan². Sama minat, sama² kekalkan kesihatan...
07/01/2025

Sibuk dengan tugasan. Namun tetap luangkan masa tidak untuk riadhah bersama rakan². Sama minat, sama² kekalkan kesihatan.

Memulakan langkah tahun baharu di Parlimen pagi semalam. Menghadiri Mesyuarat PAC untuk kemaskini beberapa beberapa pros...
07/01/2025

Memulakan langkah tahun baharu di Parlimen pagi semalam. Menghadiri Mesyuarat PAC untuk kemaskini beberapa beberapa prosiding yang telah diadakan sebelum ini sebelum dimuktamadkan untuk tindakan susulan.

Antaranya terkait dengan kemaskini Laporan Foreign Workers Centralised Management System (FWCMS), Laporan Bekalan Air Luar Bandar (BALB) Sabah dan Sarawak; dan
Laporan Multi-Lane Fast Flow (MLFF).

Petang tadi saya hadir bersama kepimpinan Parti Amanah Negara Negeri Selangor meraikan dalam Majlis Apresiasi Salam Rahm...
05/01/2025

Petang tadi saya hadir bersama kepimpinan Parti Amanah Negara Negeri Selangor meraikan dalam Majlis Apresiasi Salam Rahmah OKU dan Sukarelawan di Dewan MBDK, Meru Klang.

Majlis ini disempurnakan oleh YB Dato' Ir Izham Hashim, Pengerusi Amanah Selangor merangkap EXCO Infrastuktur dan Pertanian.

Dianjurkan setiap tahun, majlis apresiasi ini besar ertinya sebagai menghargai dan mengingati sumbangan besar OKU dan sukarelawan dalam aktiviti kebajikan dan kemasyarakatan.

SUBURKAN BUDAYA RAHMAH, BUKAN BUDAYA FITNAH.Petang tadi saya telah bersama YB Abbas Salimi, Pengarah Penerangan PH Selan...
04/01/2025

SUBURKAN BUDAYA RAHMAH, BUKAN BUDAYA FITNAH.

Petang tadi saya telah bersama YB Abbas Salimi, Pengarah Penerangan PH Selangor memberi sokongan kepada Sdr Abdul Muhaimin Setiausaha Biro Mobilisasi Amanah Selangor yang membuat laporan Polis terhadap YB Dr Mohd Zamri Mohd Zainuldin di IPD Shah Alam.

ADN Sungai Burong yang dikenali sebagai Dr Zamri Mantop itu telah membuat hantaran fitnah di Facebook terhadap YAB Perdana Menteri pada 1 Januari 2025 menyebabkan ia telah dikongsi dan disebar luas di media² sosial.

Kami terpanggil membuat laporan polis kerana kesal dengan budaya fitnah yang dilakukan secara berterusan sebaik kita melangkah ke awal tahun baharu 2025.

Apatah lagi ia dilakukan oleh seorang wakil rakyat yang juga merupakan seorang agamawan bergelar Ustaz. Sudah tentu ia sangat mencemarkan nama baik agama Islam yang sinonim dengan nilai rahmah dan mengutamakan akhlak mulia.

Lebih dikesalkan, hantaran itu juga jelas bertentangan dengan Titah kebawah DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah sehari sebelum itu.

Baginda telah menzahirkan kebimbangan terhadap cubaan membunuh karakter atau 'character assassination' yang semakin berleluasa kebelakangan ini dengan niat untuk memberi persepsi negatif terhadap individu tertentu.

Menurut Baginda, jika tidak dibendung, perbuatan itu boleh membawa kepada lebih banyak budaya hidup yang tidak baik dan menjejaskan keharmonian masyarakat.

Sebab itulah kami mengambil initiatif membuat laporan polis terhadap YB Dr Zamri agar budaya ini dapat dibendung dan tindakan tegas dapat diambil melalui saluran undang-undang.

Parti Amanah Negara dan Pakatan Harapan juga berazam untuk terus mendidik masyarakat agar menyuburkan budaya rahmah seperti yang dianjurkan oleh Islam.

Dalam masa yang sama budaya fitnah dan adu domba harus dicegah dan dihapuskan. Sesuai dengan perintah Allah yang menyeru kepada amalan kebajikan dan takwa; dan mencegah amalan dosa dan permusuhan.

Hadir memenuhi undangan majlis perkahwinan yang pertama untuk Tahun 2025 di Villa Busainna Wedding Hall, Taman Melawati....
04/01/2025

Hadir memenuhi undangan majlis perkahwinan yang pertama untuk Tahun 2025 di Villa Busainna Wedding Hall, Taman Melawati.

Tahniah Sdr Mohd Fauzi Bin Mohammed Saif (Adi Hj Shoib) terima menantu. Moga majlis lancar dan diberkati Ilahi.

Alhamdulillah dapat ketemu abang2 beliau, Hj Samsuddin dan Cikgu Azman serta kawan² yang membesar bersama di Kampung Simpang Lima, Sdr Salihan dll.

Kad² dan Undangan perkahwinan sudah mula diterima dan memenuhi kalender. Sudah pasti ada yang bertembung dengan pelbagai undangan, tugas rasmi and aktiviti.

Saya akan cuba penuhi selagi terdaya. Namun menyusun sepuluh jari, mohon kemaafan andai kesuntukan masa dan keuzuran untuk memenuhi semua undangan.

01 Januari 2025 | 01 Rejab 1446HSelamat Tahun Baharu 2025. Ada kelainan solat subuh hari ini. Imam baca Basmallah secara...
31/12/2024

01 Januari 2025 | 01 Rejab 1446H

Selamat Tahun Baharu 2025. Ada kelainan solat subuh hari ini. Imam baca Basmallah secara sir. Tiada qunut. Wirid dan doa masing² bersendirian.

Kebetulan tahun baharu kali ini disambut bersamaan dengan ketibaan bulan Islam yang istimewa, Bulan Rejab.

Bulan Rejab mencatatkan peristiwa sejarah yang sentiasa diingati oleh umat Islam. Dalam bulan ini, berlakunya peristiwa Isra’ dan Mi’raj.

Rasulullah SAW telah diisra’kan (diperjalankan) dari Masjidil Haram di Mekah ke Masjid al-Aqsa di Palestin dan kemudian dimi’rajkan (dinaikkan) ke langit menuju Sidratul Muntaha (Surah al-Isra’ : 1)

Bulan Rejab juga dianggap sebagai bulan kerohanian dengan melakukan kebaikan, meningkatkan amalan dan memohon keampunan sebagai persediaan menyambut ketibaan Bulan Ramadhan.

Ya Allah, berkahilah kami pada bulan Rajab dan Sya'ban, dan pertemukanlah kami dengan bulan Ramadhan.

Address

1B, Tingkat 2, Blok, 1, Jalan Tinju 13/50, Worldwide Business Park
Shah Alam
40100

Opening Hours

Monday 10:00 - 18:00
Tuesday 10:00 - 18:00
Wednesday 10:00 - 18:00
Thursday 10:00 - 18:00
Friday 10:00 - 18:00

Telephone

+60355238787

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Azli Yusof posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Videos

Share