Kongsi Info Apa Saja - KIAS

Kongsi Info Apa Saja - KIAS Info-info menarik terkini di hujung jari anda

SEJARAH KEPALA GANGSTER MALAYSIA: BOTAK CHINKalau sebut nama Botak Chin, mesti ramai bayangkan seorang lelaki botak deng...
16/01/2025

SEJARAH KEPALA GANGSTER MALAYSIA: BOTAK CHIN

Kalau sebut nama Botak Chin, mesti ramai bayangkan seorang lelaki botak dengan muka bengis, kan? Sebenarnya dia bukan berkepala botak, tetapi ia adalah gabungan dari tiga perkataan Hokkien iaitu Bo Tak Chin yang bererti Tiada (Bo), Kerja (Tak) Chin (China) atau China Tiada Kerja atau ‘jobless Chinese’. Nama sebenarnya Wong Swee Chin, adalah antara nama besar dalam dunia jenayah Malaysia satu ketika dulu. Kisah hidup dia penuh liku—daripada seorang remaja biasa hingga jadi ketua kumpulan kongsi gelap yang digeruni.

Siapa Sebenarnya Botak Chin?
Wong Swee Chin lahir tahun 1951 di Kuala Lumpur. Dia ada 10 adik-beradik dan bersekolah di Sentul sebelum berhenti belajar pada usia 15 tahun. Lepas tu, dia bekerja di pasar borong di Jalan Tun Ismail. Dekat situ, pergaulan dia makin luas. Tapi, satu kejadian membakar dendamnya—dia dibelasah geng kongsi gelap sebab tak bayar wang perlindungan. Dari situ, hidup dia berubah.

Dia belajar seni mempertahankan diri dan mula cari kawan-kawan yang dia betul-betul percaya. Katanya, dia nak bantu orang yang teraniaya. Tapi, dalam diam, dia masuk kumpulan kongsi gelap Geng 360.

Botak Chin, Robin Hood Moden?
Botak Chin mula aktif dalam jenayah kecil-kecilan lepas kematian ibunya. Dia melepak dan buat kerja mencuri, mengugut, dan lain-lain dengan geng dia. Tapi, tak cukup dengan tu, dia mula merancang jenayah lebih besar—guna senjata api.

Rompakan bersenjata pertama dia berlaku tahun 1969. Lepas tu, dia tubuhkan kumpulan sendiri sebab nak bebas daripada arahan orang lain. Ahli kumpulan dia ada syarat ketat:

Tak boleh ambil dadah.
Tak boleh aniaya orang miskin.
Tapi kalau ada yang derhaka, jangan harap selamat—dia tak teragak-agak untuk bunuh.

Rompakan dan Kejar-Mengejar Dengan Polis
Lepas dapat senjata api dari Thailand, kumpulan dia buat rompakan besar-besaran. Pada Julai 1975, mereka rompak bank di Jalan Imbi dan larikan RM95,000. Sebahagian duit tu diagihkan, selebihnya untuk beli senjata baru.

Botak Chin dan geng juga jadikan lombong sebagai tempat latihan menembak, dengan anjing liar sebagai sasaran. Dia makin berani, malah pernah serang kereta seorang pegawai polis, Deputi Superintendan Kulasingam, dengan 18 das tembakan. Walaupun pegawai tu terselamat, insiden tu buatkan polis makin giat buru Botak Chin.

Akhirnya Tertangkap
Kemuncaknya, pada malam 16 Februari 1976, polis kepung Botak Chin dan gengnya di sebuah kilang papan di Jalan Ipoh. Pertempuran berlaku—500 das tembakan dilepaskan. Akhirnya, Botak Chin menyerah diri.

Dia dituduh memiliki senjata api dan dijatuhkan hukuman mati. Walaupun dia cuba merayu hingga ke Privy Council, semuanya ditolak. Pada subuh 11 Jun 1981, pada usia 28 tahun, Botak Chin dihukum gantung di Penjara Pudu.

Pengajaran
Kisah Botak Chin ni ada banyak pengajaran—jalan hidup yang salah tak pernah berakhir dengan baik. Jangan terjebak dengan jenayah kalau tak nak hidup berakhir terlalu awal.

Moralnya? Jangan jadi gangster, nanti mati pun muda.

16/01/2025

Boleh jadi tajuk drama terbaru. Terlayan drama tanpa niat. Sedar2 dah episod 15 😆😆

Rama-rama sering memakan haiwan yang reput, buah-buahan busuk, darah, najis haiwan dan air kencing. Bunga sahaja tidak m...
16/01/2025

Rama-rama sering memakan haiwan yang reput, buah-buahan busuk, darah, najis haiwan dan air kencing.

Bunga sahaja tidak memberikan natrium yang mencukupi untuk rama-rama, jadi mereka tertarik kepada benda masin yang lain.

Jika rama-rama pernah hinggap pada anda, ia bukan kerana ia menyukai anda atau kerana anda kelihatan seperti bunga; sebenarnya, ia adalah kerana rama-rama tertarik dengan bau garam dalam peluh dan darah anda dan ia ingin 'memakan' anda, tetapi belalainya sangat kecil sehingga anda tidak merasakan ianya menghisap anda. 😁

Kredit Siti Hawa Astronomi & Sains

15/01/2025

Kejadian di rumah ku. Siapa tak kuat jangan tengok. Please la mak ayah alert! Terkejut tengok. Anak-anak ingat tu tempat main kot. Si baby tu pun ada.
Lokasi: PV18 Residences,Setapak KL

Latest update : Budak tu selamat. Parents dah respon dekat group. As pengajaran tuk semua. Doakan urusan family tu dipermudahkan. Kemalangan boleh berlaku sekelip mata.

Kredit: Reff lia

‎بِسْــــــــــــــــــــــم ِاللّه ِالرَّحْمَن ِالرَّحِيْمِ‎السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ & Sala...
15/01/2025

‎بِسْــــــــــــــــــــــم ِاللّه ِالرَّحْمَن ِالرَّحِيْمِ
‎السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ & Salam Sejahtera

🚒🔥“SALAM JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA BERPRESTASI TINGGI, CEPAT DAN MESRA"🚒🔥

BALAI TERLIBAT : BBP SEKINCHAN

JENIS INSIDEN : KHIDMAT KHAS KEMALANGAN JALANRAYA

ALAMAT : PASIR PANJANG, SEKINCHAN

SEKIAN, TERIMA KASIH.

Kredit ➡️ BBP SEKINCHAN

Kemalangan di PLUS arah selatan berdekatan exit Hospital Sg Buloh. Mangsa dilaporkan maut.Sumber: Telegram
14/01/2025

Kemalangan di PLUS arah selatan berdekatan exit Hospital Sg Buloh. Mangsa dilaporkan maut.

Sumber: Telegram

Rupanya tedung mendengus bawah pangkinOleh Zuliaty ZulkiffliJanuari 14, 2025 @ 8:12ambhnews@bh.com.myS*K: Bunyi dengusan...
14/01/2025

Rupanya tedung mendengus bawah pangkin

Oleh Zuliaty Zulkiffli
Januari 14, 2025 @ 8:12am
[email protected]

S*K: Bunyi dengusan ular tedung selar bawah pangkin hadapan sebuah rumah di Kampung Sungai Pau, mengejutkan seorang lelaki yang berehat di situ malam tadi.

Lelaki 45 tahun itu dikatakan sedang duduk atas pangkin seorang diri sebelum menyedari kehadiran King Cobra sepanjang empat meter.

Dia kemudian menghubungi Bomba sebaik melihat ular itu, yang paling besar pernah dilihatnya.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) S*k, Penolong Penguasa Bomba Zulkhairi Mat Tanjil berkata pihaknya menerima panggilan jam 10.15 malam.

"Operasi menangkap tedung selar itu dibuat dengan berhati-hati kerana ia bertindak agresif dan cuba menyerang," katanya sambil menambah ular itu dapat dijerut dalam tempoh 10 minit.

Menurutnya, dalam tempoh bulan ini pihaknya sudah merekodkan 10 kes tangkapan ular pelbagai spesis.

"Kehadiran ular yang semakin meningkat ini disebabkan faktor cuaca tidak menentu menyebabkan ular mahu pun reptilia berbisa berbahaya itu memasuki rumah penduduk untuk berteduh," katanya.

Orang ramai katanya, perlu berwaspada dengan potensi bahaya terutama ketika menyarung kasut dan lubang terdedah yang mungkin menjadi tempat ular berlindung.

Artikel Berita Harian

 : Seramai 23 penumpang termasuk pemandu dan kelindan sebuah bas persiaran mengalami kecederaan selepas terlibat dalam k...
14/01/2025

: Seramai 23 penumpang termasuk pemandu dan kelindan sebuah bas persiaran mengalami kecederaan selepas terlibat dalam kemalangan dengan sebuah lori kontena di Kilometer 157.8 Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) arah Utara dari Jawi ke Bandar Cassia awal pagi ini.

📸 Bomba


Kredit: Tele Infosemasaofficial

Suhu paling rendah yang pernah dicatatkan di Cameron Highlands dalam tempoh 50 tahun ialah 7.8°C, direkodkan pada 1 Febr...
14/01/2025

Suhu paling rendah yang pernah dicatatkan di Cameron Highlands dalam tempoh 50 tahun ialah 7.8°C, direkodkan pada 1 Februari 1978 pada ketinggian 1,471.6 meter dari paras laut.
Sejak itu, suhu di kawasan ini tidak pernah turun serendah itu. Sebagai contoh, pada Januari 2017, suhu terendah yang dicatatkan ialah 16°C.

Kredit: Raja Mohd Shahrim I

‘Mereka tak berenggang hingga akhir hayat’PEKAN, PAHANG – Lima beranak yang maut dalam nahas ngeri di Rompin dikatakan b...
13/01/2025

‘Mereka tak berenggang hingga akhir hayat’

PEKAN, PAHANG – Lima beranak yang maut dalam nahas ngeri di Rompin dikatakan begitu rapat dan tidak berenggang ketika menghadiri majlis sambutan hari jadi salah seorang ahli keluarga mereka di Kampung Sepauk di sini sebelum kejadian.

Mereka yang maut ialah Hamzah Zahari, 52; isteri, Rahimah Awang Muda, 38, dan tiga anak Ainul Mardhiyah, 10, Muhammad Luqman Nur Hakim, 8, dan Muhammad Lutfi, 4.

Sepupu Rahimah, Azlina Alias, 42, berkata, mereka kelihatan seolah-olah menghabiskan masa di dunia bersama buat kali terakhir.

“Saya s**a lihat mereka ketika makan kerana baik sungguh, duduk rapat-rapat bersama.
Saya terkejut dengan kejadian itu ke­rana mereka tidak menunjukkan apa-apa perubahan langsung.

“Kami rapat kerana sering berjumpa kerana rumah saya berdekatan dengan kediaman ibu Rahimah. Dia selalu singgah di situ selepas menghantar anak-anaknya ke sekolah,” katanya yang menyifatkan arwah sangat baik.

Ibu Rahimah, Semek Muda, 62, berkata, dia tidak menyangka majlis sambutan hari jadi cucunya di rumahnya menjadi pertemuan terakhir mereka.

“Sehari sebelum kejadian, kami berkumpul untuk sambut hari jadi anak saudara Rahimah.
Arwah baik dan ceria serta sering berhubung dengan saya.

“Tak sangka mereka pergi dahulu tetapi saya reda,” katanya ketika ditemui di Tanah Perkuburan Islam Nenasi Pantai di sini.

Abang Rahimah, Mohd. Yusof, 41, berkata, kehilangan adiknya begitu dirasai kerana dia rapat dengan anak-anak Allahyarham.

“Semalam (kelmarin), saya sempat menggosok-gosok kepala dua anak lelaki dan mereka sepatutnya tidur di rumah saya malam tadi (semalam),” katanya.

Sumber: KOSMO
Oleh: ABDUL RASHID ABDUL RAHMAN
13 Januari 2025

Kapal tangki terbakar, 14 krew diselamatkan APMM12 Januari 2025, 7:08pmJOHOR BAHRU: Sebuah kapal tangki terbakar di kedu...
12/01/2025

Kapal tangki terbakar, 14 krew diselamatkan APMM
12 Januari 2025, 7:08pm

JOHOR BAHRU: Sebuah kapal tangki terbakar di kedudukan empat batu nautika tenggara Tanjung Piai, Pontian dekat sini, pagi tadi.

Pemangku Pengarah Maritim Negeri Johor, Kapten K**a Azri Kamil berkata, Maritime Rescue Sub Centre (MRSC) Johor Bahru telah mengaktifkan operasi mencari dan menyelamat (Carilamat) pada jam 9.25 pagi setelah menerima makluman kejadian itu daripada Kapal Maritim (KM) SATRIA.

“KM Satria, KM Tambisan dan Bot Kilat 18 dari Maritim Malaysia Negeri Johor telah diarahkan ke lokasi kejadian bagi mengkoordinasikan Op Carilamat bersama dua buah bot dari Pas**an Polis Marin (PPM) Wilayah Dua dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

“Kapal tangki yang berdaftar dari Mongolia itu dikendalikan oleh 15 orang kru warganegara Myanmar, Indonesia dan Singapura berumur lingkungan 22 hingga 73 tahun.

“Seramai 14 orang kru kapal berjaya diselamatkan dan dibawa ke Jeti Maritim Negeri Johor manakala seorang kru warganegara Indonesia telah hanyut ke perairan Singapura,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Artikel Buletin Tv3

12/01/2025

JOHOR 12/01/2025

Tiga warga emas cedera, manakala seorang lagi tidak mengalami kecederaan apabila Perodua Alza dinaiki mereka dihempap pokok tumbang

Kejadian berlaku pukul 11.30 pagi di Kilometer 48.5, Jalan Batu Pahat-Mersing berhampiran Taman Desa ketika mereka dalam perjalanan dari Ayer Hitam menuju bandar Kluang.

Mereka yang cedera ialah pemandu kereta, Mohamad Din Siron, 62, Aini Saleh, 63, Normah Za'Abah, 58, manakala Mokhtar Siron, 60, tidak cedera

Sumber ➡️ Bomba

CERITA LAGENDA DAERAH SABAK BERNAMRaja Abdul Jabit atau Onyang AnchingDi Sabak Bernam, terdapat satu kisah mengenai ketu...
12/01/2025

CERITA LAGENDA DAERAH SABAK BERNAM
Raja Abdul Jabit atau Onyang Anching
Di Sabak Bernam, terdapat satu kisah mengenai keturunan diraja iaitu kisah kepahlawanan Raja Abdul Jabit atau disebut juga Dato' Anching (Onyang Anching). Menurut cerita, Onyang Anching adalah pembesar di daerah ini dan berketurunan raja. Pada suatu hari, datanglah rombongan diraja dari Kuala Selangor dan Klang yang datang untuk meminang anak Dato' Anching yang dikatakan sangat jelita dan paling cantik di daerah ini. Maka dihantarlah wakil untuk meminang puteri ini.
Malangnya, rombongan peminangan kali pertama ini telah ditolak oleh Dato' Anching yang berketurunan diraja tetapi tidak begitu gemar mengaku sebagai golongan bangsawan. Beliau telah bersumpah bahawa beliau dan kaum keluarganya tidak akan memakai dan menyebut gelaran diraja lagi. Maka peminangan ini telah ditolaknya dengan baik.
Walau bagaimanapun, rombongan peminangan ini telah datang untuk kali kedua kerana kurang berpuashati dengan penolakan peminangan sebelum ini. Rombongan ini juga telah ditolak oleh Dato' Anching. Oleh kerana marah dengan tindakan Dato' Anching maka dihantarlah untuk kali ketiga rombongan peminangan diraja dengan tujuan merampas puteri tersebut jika masih ditolak oleh bapanya. Melihat kedegilan rombongan ini, Dato' Anching berasa marah. Oleh kerana tersangat marahnya, maka beliau telah mematah-matahkan keris dan lembing yang dibawa oleh rombongan ini dan dikencingnya hulubalang-hulubalang yang mara ke arahnya. Dikatakan bahawa hulubalang-hulubalang tersebut telah pengsan bila terbau air kencing beliau.
Berpunca dari peristiwa inilah beliau telah digelar sebagai Dato' Kencing atau Onyang Anching. Nama sebenar beliau ialah Raja Abdul Zahid (Jabit) iaitu keturunan raja. Beliau dikatakan bertindak membuang gelaran diraja ini kerana berlaku sedikit perbalahan dengan ayahanda dan bonda tirinya. Oleh kerana tidak mahu perbalahan ini berpanjangan, maka beliau telah bertindak mengasingkan diri ke kawasan Sabak Bernam dan tidak mahu lagi memakai gelaran diraja. Pada masa kini, makam beliau masih ada iaitu di Jalan Haji Mahmud di antara Kampung Baharu dan Kampung Tengah.

Sumber: Sabak Bernam

Mangsa banjir Johor melonjak lagi, 5 daerah terjejasKota Tinggi: Mangsa banjir negeri ini melonjak kepada 1,786 penduduk...
11/01/2025

Mangsa banjir Johor melonjak lagi, 5 daerah terjejas

Kota Tinggi: Mangsa banjir negeri ini melonjak kepada 1,786 penduduk daripada 533 keluarga yang ditempatkan di 30 pusat pemindahan sementara (PPS) di lima daerah terjejas, setakat jam 6 petang ini.

Ia berbanding seramai 1,291 penduduk daripada 396 keluarga yang ditempatkan di 22 PPS di empat daerah terjejas, jam 2 petang tadi.

Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN), Tan Sri Dr Azmi Rohani, berkata Johor Bahru adalah daerah terbaru yang terjejas susulan hujan lebat berterusan sejak semalam.

Kota Tinggi kekal daerah paling terjejas dengan mangsa banjir dengan seramai 1,085 mangsa daripada 345 keluarga yang ditempatkan di 13 PPS.

Beliau berkata, mangsa banjir paling ramai ditempatkan di PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Laksamana yang menempatkan 205 penduduk daripada 51 keluarga dari kawasan Taman Aman dan Taman Mawai.

"Kluang merekodkan lonjakan teramai mangsa banjir yang kini 328 penduduk daripada 83 keluarga yang ditempatkan di empat PPS, berbanding hanya 45 mangsa daripada 12 keluarga jam 2 petang tadi.

"Mangsa banjir di Kulai turut melonjak kepada 239 penduduk daripada 68 keluarga yang ditempatkan di empat PPS, berbanding hanya 84 mangsa daripada 19 keluarga, jam 2 petang tadi.

"Di Pontian, jumlah mangsa banjir turut meningkat kepada 134 penduduk daripada 37 keluarga yang ditempatkan di empat PPS, berbanding 74 mangsa daripada 19 keluarga, jam 2 petang tadi.

"Mangsa banjir di Johor Bahru masih dikemaskini namun setakat 6 petang tadi, lima PPS sudah dibuka" katanya dalam kenyataan, di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Azmi yang juga Setiausaha Negeri Johor memaklumkan lima sungai masih merekodkan paras bahaya di negeri ini.

Katanya, ia membabitkan Sungai Lenik, Batu Pahat; Sungai Kahang, Kluang; Sungai Sayong di Kampung Siam, Kulai; Sungai Pontian Besar, Kulai selain Sungai Skudai di Kampung Laut, Johor Bahru.

"Lima sungai di Johor merekodkan paras amaran membabitkan Sungai Sayong di Kampung Murni Jaya dan Sungai Skudai di Kampung Separa, Kulai; Sungai Skudai, Kampung Pasir dan Sungai Tiram, Johor Bahru selain Sungai Jemaluang, Mersing.

"Manakala empat sungai mencatatkan paras waspada membabitkan Sungai Segamat; Sungai Pulai, Pontian; Sungai Tebrau, Johor Bahru dan Sungai Sedili Kecil, Kota Tinggi," katanya.

Disiarkan pada: Januari 11, 2025 @ 6:37pm
Mohamed Farid Noh
[email protected]

Artikel ➡️ Harian Metro

MAKLUMAN KAWASAN BERIS*KO TANAH RUNTUH & BANJIR🆘🦺Saya mengambil maklum laporan berkenaan kawasan berisiko tanah runtuh &...
11/01/2025

MAKLUMAN KAWASAN BERIS*KO TANAH RUNTUH & BANJIR🆘🦺

Saya mengambil maklum laporan berkenaan kawasan berisiko tanah runtuh & banjir di sekitar DUN Bukit Batu seperti berikut:

Kawasan terjejas:
Kg Melayu Bukit Batu (Jalan Benteng, Jalan Masjid, Jalan Jailani)
• Kg Rahmat (Jalan Meranti)
• Taman Glomac
• Taman Putri Kulai

Saya ingin memberi jaminan bahawa pihak kami sentiasa memantau keadaan ini dengan teliti. Langkah-langkah persediaan telah diambil, termasuk kemungkinan pengaktifan PPS jika diperlukan.

Pas**an saya bersama agensi berkaitan bersiap sedia menghadapi sebarang kemungkinan. Sebarang perkembangan akan dimaklumkan dari semasa ke semasa bagi memastikan keselamatan dan kebajikan penduduk.

Saya menyeru semua penduduk untuk terus berwaspada dan mematuhi arahan pihak berkuasa. Jika terdapat sebarang keperluan mendesak, sila hubungi pusat kawalan atau wakil kami di lapangan.

Keselamatan anda adalah keutamaan kami

Aktor Amerika Syarikat (AS), James Woods yang menyokong penuh perang genosid ke atas Genting Gaza dilaporkan kehilangan ...
11/01/2025

Aktor Amerika Syarikat (AS), James Woods yang menyokong penuh perang genosid ke atas Genting Gaza dilaporkan kehilangan rumah agam miliknya dalam kebakaran dahsyat yang kini melanda Los Angeles.

Sebelum ini, Woods pernah meraikan serangan ganas Zionis ke atas penduduk Palestin malah turut menggunakan hashtag .

Sumber: Sinar Harian

Mayat warga emas hilang ditemui di kebun kelapa sawit11 Januari 2025, 11:29amKUALA SELANGOR: Kehilangan seorang lelaki w...
11/01/2025

Mayat warga emas hilang ditemui di kebun kelapa sawit

11 Januari 2025, 11:29am

KUALA SELANGOR: Kehilangan seorang lelaki warga emas sejak awal bulan lalu terungkai selepas mayatnya ditemui di kawasan kebun kelapa sawit di Jalan Maksah 2, Jeram, di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintendan Azaharudin Tajudin, berkata pihaknya menerima laporan mengenai penemuan itu daripada orang awam pada jam 8.14 malam.

“Pengadu mengesahkan bahawa mayat tersebut adalah datuknya yang dilaporkan hilang pada 3 Januari lalu,” katanya.

Katanya, siasatan awal mendapati mangsa, berusia 87 tahun, mengalami masalah kurang daya ingatan. Kali terakhir beliau dilihat oleh ahli keluarganya adalah pada jam 3 petang, hari yang sama beliau dilaporkan hilang.

Selain itu, katanya, terdapat beberapa keping wang kertas termasuk RM50, RM10 dan RM1 bertaburan di sekitar lokasi mangsa semasa ditemui.

“Mangsa tidak membawa kad pengenalan atau sebarang beg,” katanya.

Mayat mangsa telah dibawa ke Hospital Tanjong Karang untuk proses bedah siasat.

“Kes ini diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR),” tambah Azaharudin.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian ini diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Selangor di talian 03-32891222 atau melaporkannya ke balai polis berhampiran.

Artikel Buletin tv3

Address

Shah Alam
40000

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Kongsi Info Apa Saja - KIAS posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Kongsi Info Apa Saja - KIAS:

Videos

Share