JPKK BATU 3

JPKK BATU 3 Jawatankuasa Pembangunan & Keselamatan Kampung(JPKK) Kg.Batu 3

π’π„π‹π€πŒπ€π“ 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝐁𝐀𝐑𝐔 𝟐𝟎𝟐5Selamat menyambut tahun baru 2025 kepada semua.1 Januari bersamaan 1 RejabTahun ini tahun yang is...
01/01/2025

π’π„π‹π€πŒπ€π“ 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝐁𝐀𝐑𝐔 𝟐𝟎𝟐5

Selamat menyambut tahun baru 2025 kepada semua.

1 Januari bersamaan 1 Rejab

Tahun ini tahun yang istimewa kerana 1 Januari 2025 bersamaan dengan 1 Rejab 1447H. Permulaan tahun baru yang penuh keberkatan dan membuka ruang untuk kita bermuhasabah dan memperbaiki diri. Mulakan tahun baru ini dengan semangat baru !

Kami percaya setiap hari adalah peluang untuk jadi lebih baik, baik dari segi amalan ataupun penampilan diri.

Selamat Tahun Baru 2025 dan Selamat Menyambut 1 Rejab 1447H. Semoga 2025 membawa keberkatan, kejayaan dan kebahagiaan buat anda semua.

LEBARAN BARU, LANGKAH BARU.Semoga tahun ini lebih manis, penuh keberkatan dan dipermudahkan segala urusan. Yang baik kit...
31/12/2024

LEBARAN BARU, LANGKAH BARU.

Semoga tahun ini lebih manis, penuh keberkatan dan dipermudahkan segala urusan. Yang baik kita teruskan, yang kurang kita perbaiki.

Selamat mencipta cerita indah tahun 2025.


JPKKBT3 mengucapkan terima kasih pada YB Danial Al Rashid ADN Batu 3, yang telah membantu memudahkan segala proses. Loka...
19/12/2024

JPKKBT3 mengucapkan terima kasih pada YB Danial Al Rashid ADN Batu 3, yang telah membantu memudahkan segala proses. Lokasi yg dipersetujui bersama adalah di simpang masuk Kampung Kebun Bunga Batu 3.
Alhamdulillah semoga pencahayaan ini dapat memberi manfaat kepada semua penduduk.

Saiful Azuan Deraman
Ketua Kampung Batu 3
JPKK KG. BATU 3

Alhamdullilah kerjasama yang diberi semuanya untuk masyarakat. TERIMA KASIH Air Selangor atas penghargaan ini. Semoga ba...
10/12/2024

Alhamdullilah kerjasama yang diberi semuanya untuk masyarakat. TERIMA KASIH Air Selangor atas penghargaan ini. Semoga banyak lagi kerjasama dapat dijalin selepas ini. Penghargaan ini bukan milik saya, tapi milik bersama TEAM JPKK BATU 3. Jom terus usaha memberi bakti kepada masyarakat..

Musim Hujan di Shah AlamBerdasarkan laporan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), fasa Monsun Timur Laut dijangka ...
29/11/2024

Musim Hujan di Shah Alam

Berdasarkan laporan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), fasa Monsun Timur Laut dijangka membawa hujan lebat dari November 2024 hingga Mac 2025. Shah Alam, seperti kawasan lain di Selangor, berpotensi menerima hujan lebat pada sebelah petang dan malam yang mungkin menyebabkan banjir kilat, kerosakan harta benda, dan risiko kepada keselamatan penduduk.

Langkah Persediaan di Rumah

1. Periksa Saliran Air: Bersihkan longkang dan aliran air di sekitar rumah. Pastikan tiada halangan seperti daun atau sampah.

2. Kukuhkan Struktur Rumah: Periksa atap dan dinding untuk mengelakkan kebocoran. Gunakan bahan tahan air jika perlu.

3. Simpan Dokumen Penting: Letakkan dokumen seperti kad pengenalan dan sijil penting di tempat yang kalis air.

4. Sediakan Bekalan Asas: Simpan makanan kering, air bersih, lampu suluh, dan bateri untuk kegunaan kecemasan.
-
Langkah Persediaan untuk Kenderaan

1. Parkir di Tempat Selamat: Elakkan parkir di kawasan rendah atau berhampiran sungai.

2. Periksa Keadaan Kenderaan: Pastikan tayar, brek, dan sistem elektrik dalam keadaan baik.

Kami di Keadilan Shah Alam memahami cabaran yang dihadapi penduduk Shah Alam semasa musim hujan. Jangan ragu untuk menghubungi kami jika memerlukan bantuan.

Musim hujan adalah cabaran yang boleh dihadapi bersama dengan persediaan yang rapi. Lindungi diri, keluarga, dan harta benda anda dengan langkah-langkah pencegahan ini. Keadilan komited untuk bersama rakyat, memastikan kesejahteraan semua pihak sepanjang musim ini.

Untuk maklumat lanjut mengenai cuaca, layari laman web MetMalaysia di www.met.gov.my.

Alhamdullilah selesai Bengkel & Taklimat untuk Ketua Kampung Daerah Petaling. Bengkel dua hari ini adalah satu inisiatif...
14/11/2024

Alhamdullilah selesai Bengkel & Taklimat untuk Ketua Kampung Daerah Petaling. Bengkel dua hari ini adalah satu inisiatif penting untuk memperkukuhkan pemahaman terhadap pengurusan kewangan dan persiapan menghadapi situasi bencana di peringkat komuniti.

Kehadiran YBrs. Tuan Huzunul Khaidil bin Mohammed Pejabat Daerah Dan Tanah Petaling, menambah semangat kepada para peserta. Dengan bimbingan serta panduan yang diberikan, saya yakin bahawa bengkel ini akan membantu kami lebih bersedia dan cekap dalam melaksanakan tanggungjawab serta berkhidmat kepada masyarakat dengan lebih berkesan.

JPKK BATU 3

Selamat Menyambut Hari Deepavali kepada semua yang meraikannya, khususnya masyarakat Hindu di Malaysia. Semoga perayaan ...
30/10/2024

Selamat Menyambut Hari Deepavali kepada semua yang meraikannya, khususnya masyarakat Hindu di Malaysia. Semoga perayaan pada kali ini disambut dengan penuh bermakna dan keceriaaan bersama keluarga tercinta.


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.Terlebih dahulu, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi pe...
26/10/2024

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.

Terlebih dahulu, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua yang telah hadir ke Program Air Selangor Bersama Penduduk pada hari ini. Kehadiran anda semua telah memeriahkan program ini, dan kami amat menghargai sokongan yang diberikan.

Ucapan terima kasih khusus kepada Yang Berhormat Tuan Danial Al Rashid , Ahli Dewan Negeri Batu 3, yang sudi hadir dan memberikan ucapan yang amat bermakna. Terima kasih juga diucapkan kepada Puan Yasmin Hood Air Selangor , Ketua Seksyen COS CXD HQ, atas ucapan beliau.

Kehadiran dan sokongan daripada pihak tuan-tuan dan puan-puan telah memberikan makna yang besar kepada program ini. Semoga usaha dan kerjasama ini dapat diteruskan demi manfaat seluruh komuniti.
Terima kasih sekali lagi kepada semua yang terlibat.

*KETUA KAMPUNG BATU 3*
JPKK BATU 3

Alhamdullilah semoga segala urusan kita semua dipermudahkan.. Yang mana da daftar tu jangan lupa hadir taw ada cabutan b...
25/10/2024

Alhamdullilah semoga segala urusan kita semua dipermudahkan.. Yang mana da daftar tu jangan lupa hadir taw ada cabutan bertuah mana taw dpt air percuma selama setahunπŸ˜…πŸ«°πŸ»

MENGHADIRI SESI LIBAT URUS BELANJAWAN TAHUN 2025 (PEMBANGUNAN DESA)JPKK BATU 3
21/10/2024

MENGHADIRI SESI LIBAT URUS BELANJAWAN TAHUN 2025 (PEMBANGUNAN DESA)

JPKK BATU 3

Laporan Ringkas Lawatan Menaik Taraf Tanah Perkuburan Islam Batu 3, Shah AlamTarikh: 21 Oktober 2024Masa: 10 pagiTempat:...
21/10/2024

Laporan Ringkas Lawatan Menaik Taraf Tanah Perkuburan Islam Batu 3, Shah Alam

Tarikh: 21 Oktober 2024
Masa: 10 pagi
Tempat: Tanah Perkuburan Islam Batu 3, Shah Alam

Pada pagi ini, satu sesi lawatan kerja telah diadakan di Tanah Perkuburan Islam Batu 3, Shah Alam bagi membincangkan rancangan menaik taraf kawasan tersebut. Lawatan ini turut dihadiri oleh beberapa wakil penting, termasuk:

β€’ Imam Muhammad Ashraf, wakil dari Masjid Jamek Fastabiqul Khayrat
β€’ Tok Mhd Khairul Hidayat Budjaza, Penghulu Mukim Damansara
β€’ Encik Saiful Azuan, Ketua Kampung Batu 3
β€’ Puan Nisha, Penolong Juru Tera dari Pejabat Daerah
β€’ Barisan Ahli Jawatankuasa JPKK BATU 3
β€’ Haji Mohamad Zaidin Desa, Pengerusi Surau Nurulhidayah Taman Batu 3 Shah Alam - Original - Surau Jumaat

Semasa lawatan, para hadirin telah membuat penilaian terhadap keadaan semasa tanah perkuburan serta mengenal pasti beberapa kawasan yang memerlukan penambahbaikan seperti saliran air, lampu jalan,dan pengurusan kawasan yang lebih sistematik.

Puan Nisha dari Pejabat Daerah p**a memberikan pandangan teknikal tentang pelan menaik taraf dan penambahbaikan yang perlu disesuaikan dengan peraturan dan garis panduan semasa.

Kesimp**annya, lawatan ini telah memberi gambaran jelas tentang keperluan menaik taraf Tanah Perkuburan Islam Batu 3. Seterusnya, pelan tindakan akan dirangka oleh pihak berkaitan berdasarkan perbincangan dan penilaian yang telah dibuat.

Semoga golongan OKU khususnya anak-anak Autism terus dibela & mendapat perhatian dikalangan masyarakat..Terima Kasih ker...
21/10/2024

Semoga golongan OKU khususnya anak-anak Autism terus dibela & mendapat perhatian dikalangan masyarakat..

Terima Kasih kerajaan Madani..

Address

Batu 3 Shah Alam
Shah Alam
40300

Telephone

+60176627099

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when JPKK BATU 3 posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share