Teh Tarik Times

Teh Tarik Times Teh Tarik Times - vlogger, lifestyle, food, travel, humor, viral thingy and many many more. tehtarik

MAKE YOUR RAYA MEMORABLE WITH GREAT DEALS ON VIVO SERVICE DAY
22/03/2024

MAKE YOUR RAYA MEMORABLE WITH GREAT DEALS ON VIVO SERVICE DAY

As part of the Raya festivities, vivo Malaysia invites all customers to gear up for an exclusive experience of unmatched customer service and perks during the

INFINIX ANNOUNCES GROUNDBREAKING SOFTWARE UPDATE COMMITMENT FOR NOTE 40 PRO SERIES
22/03/2024

INFINIX ANNOUNCES GROUNDBREAKING SOFTWARE UPDATE COMMITMENT FOR NOTE 40 PRO SERIES

Infinix, a trendy tech brand crafted for young consumers, is proud to announce a significant breakthrough in software update commitments with its NOTE 40 Pro

Kakiseni dan BOH Plantations mengumumkan pencalonan untuk Anugerah Seni BOH Cameronian ke-19 di Nero, PJPAC
22/03/2024

Kakiseni dan BOH Plantations mengumumkan pencalonan untuk Anugerah Seni BOH Cameronian ke-19 di Nero, PJPAC

Kehebatan kembali bergelora apabila industri seni Malaysia bersedia menyajikan bakat yang memukau dalam Anugerah Seni Cameronian BOH ke-19 (19BCAA)! Sedia untuk menyaksikan […]

KOTA BHARU: Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA) menjangkakan hasil padi merosot sehingga 25 peratus pada musim ini ...
22/03/2024

KOTA BHARU: Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA) menjangkakan hasil padi merosot sehingga 25 peratus pada musim ini berbanding tahun lalu yang memperoleh hasil lebih 212,000 tan metrik.

Pengerusinya, Muhammad Husin, berkata ia berikutan faktor kebanyakan sawah kering dan ketiadaan air susulan musim kemarau yang melanda negara.

"Suhu yg terbaik bagi tanaman padi adalah di antara 30 hingga 34 darjah Celsius. Sekiranya bertambah satu darjah suhu akan menyebabkan pengurangan hasil 10 peratus.

"Kita menjangkakan hasil KADA akan berkurangan sehingga 25 peratus akibat cuaca panas dan kemarau berbanding tahun lalu apabila pengeluaran padi lebih daripada 212,000 tan metrik iaitu purata 4.2 tan setiap hektar.

Sumber: Berita Harian

KUALA LUMPUR: Bubur lambuk memang sudah sinonim dengan kehadiran Ramadan. Menu itu juga sentiasa dicari oleh umat Islam ...
22/03/2024

KUALA LUMPUR: Bubur lambuk memang sudah sinonim dengan kehadiran Ramadan. Menu itu juga sentiasa dicari oleh umat Islam kerana bukan mudah untuk memasaknya terutama ketika mereka sedang menjalani ibadah puasa.

Sebab itu penerima bubur lambuk berkenaan, Anita Hassan berasa bertuah dan bersyukur kerana Surau Jumaat Al-Husna Seri Semarak di sini menjadi tempat untuk Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) menjalankan Program Kongsi Berkat Bubur Lambuk, kelmarin.

Menurutnya yang juga kariah masjid tersebut, dia tidak melepaskan peluang untuk turut serta dalam menjayakan program agihan bubur lambuk tersebut. Sempena program itu, MAIWP dengan kerjasama Media Mulia menyantuni komuniti tempatan dengan mengagihkan 1,000 pek bubur lambuk kepada orang ramai sekitar Projek Perumahan Rakyat (PPR) Seri Semarak, di sini.

Sumber: Utusan

ARAU: E-Idaman Sdn Bhd menyampaikan sumbangan kepada 52 penghuni Teratak Rahmat terdiri daripada anak-anak yatim dan asn...
22/03/2024

ARAU: E-Idaman Sdn Bhd menyampaikan sumbangan kepada 52 penghuni Teratak Rahmat terdiri daripada anak-anak yatim dan asnaf bagi memberi keceriaan kepada mereka bersempena Ramadan.

Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail turut berkenan menyampaikan sumbangan itu dengan disaksikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif E-Idaman, Zaki Abdul Aziz Daud dan Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs, Mohd Nazim Mohd Noor.

Menurut Zaki, program itu adalah sebahagian daripada tanggungjawab sosial korporat (CSR) syarikat berkenaan dalam mengurangkan bebanan golongan kurang berkemampuan dan membawa keceriaan buat mereka.

Sumber: Utusan

KOTA BHARU: Pengusaha bas ekspres di Pantai Timur dijangka menaikkan harga tiket bas eksekutif sebanyak 42 peratus iaitu...
22/03/2024

KOTA BHARU: Pengusaha bas ekspres di Pantai Timur dijangka menaikkan harga tiket bas eksekutif sebanyak 42 peratus iaitu dari RM44 kepada RM75, dalam masa terdekat.

Perkara itu diputuskan menerusi perbincangan membabitkan pengusaha bas di Pantai Timur berikutan kos yang semakin meningkat dan negeri lain p**a sudah lama menaikkan harga.

Pengerusi Eksekutif Konsortium E-Mutiara Bhd (E-Mutiara), Che Ibrahim Che Ismail, berkata bas eksekutif bermaksud bas yang mempunyai kerusi 2+1 di setiap barisan, manakala bas ekonomi p**a membabitkan kerusi 2+2 di setiap barisan.

Ketika ini, katanya, pengusaha bas di Pantai Timur mengenakan tambang tiket ekonomi untuk bas eksekutif dan tindakan itu dibuat akibat persaingan yang berlaku sebelum ini.

Sumber: Berita Harian

IPOH: Bubur lambuk 'salted egg' atau telur masin hasil air tangan Wan Noorashikin Noran sering dinanti-nanti ketika menj...
22/03/2024

IPOH: Bubur lambuk 'salted egg' atau telur masin hasil air tangan Wan Noorashikin Noran sering dinanti-nanti ketika menjelang Ramadan. Sosok yang mesra disapa sebagai mama berkata, resipi olahannya itu terhasil setelah beberapa kali mencuba pelbagai versi bubur lambuk.

Terciptanya resipi itu juga bertitik tolak daripada peristiwa banjir besar yang melanda negara pada 2012, di samping bermulanya kerja kebajikannya sehingga kini. Beliau yang juga Pengerusi Pertubuhan Puteri Kebajikan Negeri Perak berkata, bubur lambuk itu disediakan setiap Ramadan dengan dana daripada rakan dan kenalannya. Kemudian, ia akan diinfak ke lokasi yang bersesuaian, termasuk rumah kebajikan, rumah orang orang tua dan surau.

Sumber: Astro Awani

BUKIT MERTAJAM - Zakat Pulau Pinang (ZPP) berharap peniaga di bazar Ramadan di negeri ini terus menjadi penyumbang denga...
22/03/2024

BUKIT MERTAJAM - Zakat Pulau Pinang (ZPP) berharap peniaga di bazar Ramadan di negeri ini terus menjadi penyumbang dengan menunaikan zakat melalui agensi berkenaan.

Ketua Pegawai Eksekutif ZPP, Datuk Amran Hazali berkata, melalui tinjauan dilakukan mendapati keuntungan yang diperoleh peniaga pada tahun ini lebih baik berbanding sebelum ini dan berharap ia berterusan sehingga berakhir Ramadan.

Menurutnya, dengan sumbangan zakat yang diterima sekali gus membolehkan ZPP menjalankan amanah untuk membantu lebih ramai umat Islam yang memerlukan.

Sumber: Sinar Harian

KUALA TERENGGANU: Dua saudara sanggup mendaki 90 anak tangga untuk meneruskan tradisi warisan mengetuk genta bagi mengej...
22/03/2024

KUALA TERENGGANU: Dua saudara sanggup mendaki 90 anak tangga untuk meneruskan tradisi warisan mengetuk genta bagi mengejutkan suri rumah memasak hidangan sahur.

Muhammad Muizzuddin Mansur, 25, dan Muhammad Hamidi Aminuddin, 30, dari Kampung Teluk Pasu, Manir, diberi tanggungjawab mengetuk genta 30 minit sebelum waktu berbuka dan waktu imsak.

Mendaki 90 anak tangga untuk ke kemuncak Bukit Puteri setinggi kira-kira 200 meter daripada paras laut menjadi rutin setiap tahun sepanjang Ramadan. Muhammad Muizzuddin dan Muhammad Hamidi, adalah generasi ketiga diberi tanggungjawab mengetuk genta yang digunakan sejak tahun 1908.

Sumber: Berita Harian

KUALA LUMPUR: Kerajaan menggesa pengilang untuk memproses dengan segera sebanyak 140,000 tan metrik padi dan beras tempa...
22/03/2024

KUALA LUMPUR: Kerajaan menggesa pengilang untuk memproses dengan segera sebanyak 140,000 tan metrik padi dan beras tempatan yang ada untuk jualan di pasaran.

Ketua Pengarah Kawal Selia Padi dan Beras, Datuk Azman Mahmood, berkata tiga pendekatan diambil iaitu dengan melambakkannya di pasar raya, di pusat Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) dan juga di Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA). "Kerajaan juga akan meneruskan penjualan Agro MADANI bagi mengatasi masalah di pinggir dan luar bandar terutamanya.

"Selain itu, keputusan penurunan harga beras import antara RM2 hingga RM3 juga adalah inisiatif semua pihak yang terbabit dalam sektor ini yang prihatin dengan kos sara hidup dihadapi rakyat," katanya dalam siaran langsung Selamat Pagi Malaysia, hari ini.

Sumber: Berita Harian

SHAH ALAM - FGV Holdings Bhd melalui anak syarikatnya, Delima Oil Products Sdn Bhd (DOPSB) memberi sumbangan berjumlah R...
22/03/2024

SHAH ALAM - FGV Holdings Bhd melalui anak syarikatnya, Delima Oil Products Sdn Bhd (DOPSB) memberi sumbangan berjumlah RM15,000 kepada 100 asnaf sekitar Lembah Klang menerusi program Kasih Asnaf ketika Majlis Iftar Ala Madinah@Karangkraf 2024 pada Isnin.

Pengerusinya, Tan Sri Rastam Mohd Isa berkata, sempena kempen Sajikan Kemesraan tahun ini, setiap penerima yang layak akan mendapat hamper barangan Saji dan Seri Pelangi bernilai RM50 dan wang tunai RM100. "Inisiatif ini sejajar tanggungjawab sosial korporat (CSR) kump**an iaitu menyumbang kepada kebajikan dan kesejahteraan masyarakat menerusi kolaborasi bersama Muslim Care Malaysia.

Sumber: Sinar Harian

ALOR SETAR: Kerjaya sebagai guru tidak menghalang minatnya untuk berniaga pada bulan Ramadan. Namun, pemilihan perniagaa...
22/03/2024

ALOR SETAR: Kerjaya sebagai guru tidak menghalang minatnya untuk berniaga pada bulan Ramadan. Namun, pemilihan perniagaannya unik dan lain daripada lain apabila terdapat lebih 100 jenis ulam-ulaman dijual di Bazar Ramadan Stadium Darul Aman, di sini. Selain ulam, turut dijual adalah sambal belacan yang siap dibungkus untuk memenuhi cita rasa penggemar ulam.

Menurut Muhammad Faiz Hashim, 29, dari Pokok Sena, selain modal yang kecil dan tidak membebankan, penyediaan ulam-ulaman juga tidak terlalu rumit kerana ia boleh dijual secara mentah atau sekadar direbus. Katanya, dahulunya ulam tiada nilai kerana mudah didapati di kawasan kampung namun kini ulam-ulaman adalah antara sayuran yang boleh mendatangkan keuntungan.

Sumber: Astro Awani

KUALA TERENGGANU: Kira-kira 3,000 biji buah melaka atau onde-onde dan puteri mandi yang dijual pada harga RM2 tujuh biji...
22/03/2024

KUALA TERENGGANU: Kira-kira 3,000 biji buah melaka atau onde-onde dan puteri mandi yang dijual pada harga RM2 tujuh biji habis dalam setengah jam. Selain onde-onde, turut mendapat perhatian pengunjung di bazar Ramadan di Dataran Shah Bandar ialah puteri mandi, nekbat, haji serban.

Gerai menjual lebih 30 jenis kuih tradisional oleh Farrah Yusof, 45, menjadi tumpuan pengunjung termasuk yang bukan beragama Islam. Farrah menjual tujuh biji onde-onde pada harga RM2, tujuh biji puteri mandi RM2, dua biji kuih tok haji serban RM2 dan tiga biji nekbat RM2.00.

Sumber: Berita Harian

KUALA KRAI - Bekas peniaga ayam goreng memperoleh keuntungan berganda sepanjang Ramadan sejak tiga tahun lalu dengan men...
22/03/2024

KUALA KRAI - Bekas peniaga ayam goreng memperoleh keuntungan berganda sepanjang Ramadan sejak tiga tahun lalu dengan menjual cendol yang diusahakan di rumahnya di RPT Sungai Sok.

Asri Daud, 52, yang dikenali sebagai Abe Yie Cendol Krai dibantu isterinya, Khuzaimah Adnan, 48, serta 26 pekerja untuk memproses cendol yang menjadi antara pencuci mulut paling digemari ketika berbuka puasa di Kelantan.

Menurut Abe Yie, hanya tiga bahan diperlukan untuk membuat cendol iaitu air daun pandan, tepung beras dan air kapur namun memerlukan sukatan yang benar-benar sesuai bagi memastikan ia masak lebih elok dan tidak lembik.

Sumber: Sinar Harian

HOTEL Hilton di serata Malaysia dengan bangganya mempersembahkan ‘Merentasi Tradisi: Sajian Dulu dan Kini’ sepanjang Ram...
22/03/2024

HOTEL Hilton di serata Malaysia dengan bangganya mempersembahkan ‘Merentasi Tradisi: Sajian Dulu dan Kini’ sepanjang Ramadan ini yang menawarkan menu perayaan yang luas merangkumi bufet bertema, hidangan istimewa untuk dibawa p**ang, hidangan sahur di dalam bilik, pengalaman bertemakan bazar yang mengasyikkan, dan banyak lagi.

Kempen seluruh hartanah Hilton di Malaysia itu menjemput tetamu untuk menikmati dan menghargai evolusi kulinari Ramadan menerusi tawaran yang pelbagai, merangkumi juadah-juadah klasik abadi juga ciptaan kulinari moden.

‘Merentasi Tradisi: Sajian Dulu dan Kini’ juga menggariskan komitmen Hilton terhadap penyumberan ramuan secara bertanggungjawab serta pengurusan sisa makanan yang cekap seperti pengkomposan dan catuan, selaras dengan inisiatif global Hilton “Travel with Purpose” yang menganjurkan usaha menuju hospitaliti yang lestari.

Sumber: Astro Awani

Sempena bulan Ramadan yang mulia, jenama pakaian sukan global terkemuka ANTA memperkenalkan kempen sulung sumbangan kasu...
22/03/2024

Sempena bulan Ramadan yang mulia, jenama pakaian sukan global terkemuka ANTA memperkenalkan kempen sulung sumbangan kasut yang memfokuskan terhadap intipati belas kasihan serta perpaduan.

ANTA akan mengumpulkan kasut-kasut terpakai di tempat penghantaran yang ditetapkan di Lembah Klang, iaitu The Exchange TRX, 1 Utama Shopping Centre, Sunway Pyramid, dan The Mall, Mid Valley Southkey di Johor Bahru bermula hari ini hingga 5 April 2024.

Pengurus ANTA Malaysia, Pang Sook Fong berkata, dia percaya bahawa inisiatif ini bukan sahaja akan memberi kebaikan kepada kasut terpakai tetapi juga dapat mengurangkan kesan alam sekitar.

Sumber: Borak Daily

Pereka fesyen terkenal tanah air, Melinda Looi telah melancarkan koleksi Raya Melinda Looi 2024 sebagai kapsul penghorma...
22/03/2024

Pereka fesyen terkenal tanah air, Melinda Looi telah melancarkan koleksi Raya Melinda Looi 2024 sebagai kapsul penghormatan kepada semua pencipta kebaya.

Selaras dengan kekayaan budaya dan warisan Malaysia, koleksi yang diberi nama 'Cabaya' ini menonjolkan busana kebaya Melayu tradisional yang diberi sentuhan moden bagi menghasilkan versi kebaya yang lebih kelihatan 'muda'.

Hadir dengan pelbagai gaya dan kombo yang sedia dipakai, koleksi ini menggunakan bahan sejuk seperti campuran kapas tulen, baldu dan renda dan hadir dengan pelbagai warna menarik seperti merah, hijau gelap, hitan dan putih.

Sumber: Gempak

KUALA TERENGGANU: Kuih puteri keria diperbuat daripada ubi keledek madu antara pembuka selera bagi umat Islam yang terca...
22/03/2024

KUALA TERENGGANU: Kuih puteri keria diperbuat daripada ubi keledek madu antara pembuka selera bagi umat Islam yang tercari-cari juadah untuk berbuka puasa. Selain itu, kuih puteri keria yang dibalut dengan gula melaka atau 'nisang kelapa' sesuai untuk dimakan ketika moreh.

Keistimewaan puteri keria adalah gula melaka atau nisang yang membaluti kelihatan bersinar adalah daya penarik buat masyarakat tanpa mengira agama dan bangsa. Peniaga kuih keria, Putri Nur Insyirah Farid Affandi, 17, berkata sebanyak 1,000 dan 1,200 biji disediakan setiap hari sejak bermulanya Ramadan, selasa lalu.

Sumber: Berita Harian

JERLUN: Setiap tahun apabila tibanya bulan Ramadan, ada sahaja aneka kuih viral yang muncul namun kuih-muih klasik tetap...
21/03/2024

JERLUN: Setiap tahun apabila tibanya bulan Ramadan, ada sahaja aneka kuih viral yang muncul namun kuih-muih klasik tetap menjadi pilihan hati dan kekal pujaan zaman-berzaman. Tidak lengkap berbuka puasa tanpa hidangan kuih tradisional yang lengkap dengan rasa lembut dan manis ketika berada di dalam mulut.

Kuih-muih pemanis mulut sebagai menu hidangan tatkala berbuka puasa mahupun sebagai alas perut sebelum menunaikan solat tarawih bagaikan menjadi kemestian sepanjang bulan puasa.

Antara kuih yang sering menjadi dambaan ramai ialah ketayap ‘Kak Som Pida’ dalam kalangan penduduk sekitar kawasan Pida di sini, untuk dibawa p**ang menjadi santapan keluarga.

Sumber: Astro Awani

Terdapat peniaga kedai runcit dan pasar raya mula menurunkan harga beras putih import (BPI) selepas kerajaan menerusi Me...
21/03/2024

Terdapat peniaga kedai runcit dan pasar raya mula menurunkan harga beras putih import (BPI) selepas kerajaan menerusi Mesyuarat Majlis Tindakan Sara Hidup Negara (NACCOL) bersetuju harga jualan runcit BPI diturunkan antara RM2 hingga RM3 berkuat kuasa semalam.

Di Kluang, pemilik Kedai Runcit Aziz di Kampung Paya, Erdawati Ali, 39, berkata, semua jenis BPI yang dijual di kedainya sudah diturunkan harga sehingga RM3 sekampit.

Sumber: Kosmo

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan suhu di beberapa kawasan di negeri utara Semenanjung termasuk Saba...
21/03/2024

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan suhu di beberapa kawasan di negeri utara Semenanjung termasuk Sabah boleh mencecah tahap gelombang haba ekstrem sekiranya cuaca panas ini berterusan.

Timbalan Ketua Pengarah (Strategik dan Teknikal) Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), Dr. Mohd. Hisham Mohd. Anip berkata, suhu bagi gelombang haba ekstrem adalah me­lebihi 40 darjah Celsius.

Sumber: Kosmo

SETELAH seharian mengharungi hiruk-pikuk kota, pasti enak sekiranya dapat berbuka puasa dengan sajian tradisi kampung. T...
21/03/2024

SETELAH seharian mengharungi hiruk-pikuk kota, pasti enak sekiranya dapat berbuka puasa dengan sajian tradisi kampung. Tidak perlu pergi jauh, orang ramai boleh menikmati sajian sembilan daerah di Selangor dengan berkunjung ke Warna, Mercure Kuala Lumpur Glenmarie, Shah Alam, Selangor.

Berkonsepkan Sajian Darul Ehsan, terdapat 130 juadah yang terdiri daripada masakan Banjar, Jawa dan fusion disediakan khas buat pelanggan bufet.

Bagi penggemar makanan pedas, mereka wajib mencuba sambal taun atau sambal tahun yang jarang dijumpai di hotel-hotel lain. Sambal taun merupakan makanan tradisi Jawa yang terkenal di Sabak Bernam, Sungai Besar, Sekinchan dan Tanjong Karang.

Sumber: Kosmo

Program infak 'Hentian Air Balang Ramadan’ anjuran Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Klebang Putra 1 telah merapatkan silatur...
21/03/2024

Program infak 'Hentian Air Balang Ramadan’ anjuran Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Klebang Putra 1 telah merapatkan silaturahim antara penduduk setempat selain dapat beramal.

Ahli Jawatankuasa KRT Muhamad Khalil Yaacob berkata persiapan bagi menjayakan program berkenaan telah berlangsung kira-kira dua minggu sebelum Ramadan dengan mengadakan kutipan wang infak menerusi hebahan di aplikasi WhatsApp dan pemakluman secara bersemuka kepada penduduk setempat.

Menurut Muhamad Khalil, melalui kutipan itu, sebanyak RM3,440 berjaya dikumpul dengan RM1,500 digunakan bagi program air balang yang diberi secara percuma kepada penduduk, RM1,500 lagi untuk program iftar dan moreh manakala bakinya bagi program bubur lambuk.

Sumber: Bernama

Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) hari ini menyampaikan sumbangan sebanyak RM100,000 kepada Pertubuhan Kebajika...
21/03/2024

Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) hari ini menyampaikan sumbangan sebanyak RM100,000 kepada Pertubuhan Kebajikan Ukhuwah Anak Yatim/Miskin Daerah Sabak Bernam (Ukhuwah) bagi membaik pulih bangunan asrama rumah kebajikan tersebut.

Sumbangan antara lain bagi pembelian keperluan anak-anak di rumah kebajikan tersebut disampaikan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor Datuk Haris Kasim bagi pihak PKNS kepada Penyelia Ukhuwah Rosnah Mohamed Razalli.

PKNS dalam kenyataan media memaklumkan sumbangan itu merupakan sebahagian daripada inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR) perbadanan dalam menyantuni golongan kurang bernasib baik termasuklah anak yatim.

Sumber: Bernama

Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) dan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) akan menganjurkan ...
21/03/2024

Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) dan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) akan menganjurkan Program Ihya’ dan ERAT Ramadan bersama di Masjid Wilayah Persekutuan, pada Ahad ini.

EAIC dalam kenyataan hari ini memaklumkan program berkenaan akan dirasmikan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar serta turut dijayakan oleh pelakon dan penyanyi Alif Satar, yang juga merupakan pelopor kempen ‘Geng Subuh Macam Jumaat’.

“Orang ramai dijemput hadir ke program yang akan bermula pada 4.15 pagi dengan qiamullail, jamuan sahur dan solat subuh berjemaah.

Sumber: Bernama

MELAKA - Mungkin ramai yang tidak mengetahui juadah ayam kalio sebenarnya sinonim dengan masakan yang berasal dari Minan...
20/03/2024

MELAKA - Mungkin ramai yang tidak mengetahui juadah ayam kalio sebenarnya sinonim dengan masakan yang berasal dari Minang, Indonesia.

Menyedari hal itu, Grand Swiss Belhotel terletak di Jalan Hang Tuah, di sini, menonjolkan menu terbabit sebagai salah satu juadah istimewa berbuka puasa sepanjang Ramadan kali ini.

Menurut Cef Chua Jin Hong, masakan yang menggunakan lebih lima ekor ayam setiap hari adalah hidangan tradisional Indonesia terdiri daripada ayam direneh dalam santan.

Sumber: Sinar Harian

KUANTAN - Ramadan memberi limpahan rezeki berganda kepada peniaga apabila jualan mereka laris. Ini dibuktikan oleh seora...
20/03/2024

KUANTAN - Ramadan memberi limpahan rezeki berganda kepada peniaga apabila jualan mereka laris. Ini dibuktikan oleh seorang peniaga, Siti Sarah Halim, 36, apabila mampu menjual lebih 70 ekor ayam bakar berempah setiap hari.

Menurutnya, sambutan diterima sepanjang lima hari berniaga amat memberangsangkan khususnya daripada pengujung di bazar Ramadan Sungai Isap di sini.

"Saya lihat, trend pembelian sejak 1 Ramadan sehingga hari ini (Sabtu) ada peningkatan. Kalau sebelum ini saya hanya jual sekitar 50 ekor ayam sahaja, namun disebabkan permintaan tinggi saya menambah kepada 70 ekor.

Sumber: Sinar Harian

Address

Shah Alam
40000

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Teh Tarik Times posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Teh Tarik Times:

Videos

Share

Category

Nearby media companies


Other Video Creators in Shah Alam

Show All

You may also like