Bahri Ismail

Bahri Ismail ▄︻デAncient_88══━一

27/08/2024
DISEBALIK KISAH SIPUT SEDUT RACESemalam view dia 30k, tap tap pun sampai 5M lebih, daily ranking No 1. Saya dengar kisah...
22/08/2024

DISEBALIK KISAH SIPUT SEDUT RACE

Semalam view dia 30k, tap tap pun sampai 5M lebih, daily ranking No 1. Saya dengar kisah dia di radio macamana boleh tiba-tiba hype pasal siput sedut race dia ni.

Semuanya berlaku tanpa dirancang. Orang kata kebetulan tapi sebenarnya taqdir Allah.

Dia memang buat live hampir setiap hari berjualan macam-macam produk.. biasa view dia 4-5 orang ja tapi dia tetap teruskan.

Beberapa hari lepas, tengah dia live tu ada orang datang, mintak tolong dia beli siput sedut 20ya.. dia pun tatau nak buat apa siput tu tapi sebab nak tolong orang tu dia pun beli jelah.

Lepas tu dia letak siput tu kat meja sebab dia nak sambung live.. tapi dia lupa nak ikat plastik tu, viewer yang nampak siput tu merayap sana sini pun komen la, "bang, siput nak jatuh." "bang, siput menyorok, bang, siput nak lari."

Dia ambiklah siput-siput tu letak atas meja. Sekali yang duk atas meja tu bergerak-gerak macam tengah berlumba p**ak. Viewer dia yang setia rancak komen pasal siput berbanding barang yang dia jual.

Maka, jadi lah siput sedut race. Gift yang dapat cecah beratus ribu setiap kali live.. asbab dari tolong seorang hamba Allah, mencurah rezeki buat dia.

Live yang takda manfaat, tapi saya pun tanpa sedar terjebak jugak sampai lewat tidur 😅

Bosan sangat ke hidup kita ni sampai tengok siput sedut race? 😂

Sentiasalah berbuat baik..

Kredit Mimie Mizah

15/08/2024

Jom jalan²..

Saya perhati saja buah jambu ni. Dua dua dari tangkai yang sama. Satu dah masak. Satu belum lagi.Rupanya macam nilah ala...
11/08/2024

Saya perhati saja buah jambu ni. Dua dua dari tangkai yang sama. Satu dah masak. Satu belum lagi.
Rupanya macam nilah alam mengajar kita. Laluan masanya tak sama. Yang dulu tidak semestinya mendahului.
Tidak bermakna yang hijau akan kekal hijau. Yang hijau akan jugak masak kuning bila sampai waktunya.
Begitu juga dengan manusia.
Ada kawan kita yang akan lebih dulu sukses. Ada adik beradik kita yang lebih awal menuju puncak.
Tidak bermakna kita tidak akan sukses. Tidak bermakna kita akan kekal tidak dapat mendaki puncak.
Cuma masanya belum sampai. Tak perlu dengki. Tak perlu iri.
Yang pastinya masa kita akan sampai. Terus yakin dengan Sunnatullah ini.

06/08/2024

Up setup simple² saja...✌️

Like Share dulu video ni kat youtube☺️✌️✌️
05/08/2024

Like Share dulu video ni kat youtube☺️✌️✌️

Pengalaman kali ini banyak mengajar saya tentang bercamping..Jom guys saksikan sqma²

Sabar!!
02/08/2024

Sabar!!

Astagfirullah hal'azim..Baru saya faham 😔Mereka yang berusia 36 tahun nak ke usia 40 tahun ini, memang Allah uji kesabar...
30/07/2024

Astagfirullah hal'azim..Baru saya faham 😔

Mereka yang berusia 36 tahun nak ke usia 40 tahun ini, memang Allah uji kesabaran Tahap 6 lah 😌😅. Kaw kaw punya!

Usia 36, 37 dan 38 tu memang kemuncaklah senang cerita. Tak kira lelaki atau perempuan.
Cuba kalian tengok sendiri rakan sekerja yang dalam lingkungan usia 36, 37, 38 dan 39 tahun.
Tak pun cuba kalian semak diri sendiri.

Diusia itulah juga penentu bagaimana sikap kalian nanti apabila mencecah usia 40 tahun!

Pang!!

Masa usia 36, 37, 38 dan 39 tahunlah ujian bertalu-talu.

Kesihatan.
Keluarga.
Sahabat.
Kerjaya.
Ibubapa.
Adik-beradik.
Kebendaan.

Sampai kalian akan rasa macam tak cukup tanah nak berlari 😅.

You have to face it!

Masa inilah ada yang rumahtangga goyang.
Masa inilah ada rumahtangga yang gagal.
Masa inilah ada yang hilang kerjaya.
Masa inilah ada yang mula sakit-sakit.
Masa inilah ada yang dikhianati sahabat sendiri.
Masa inilah ada yang berada dalam dilema macam-macam hal.
Masa inilah diuji dengan mslah kwangan
Masa inilah anak-anak membesar dan banyak akal.

Ya! Usia 36 tahun sehingga usia 39 tahun ini adalah usia kemuncak ujian Allah paling dahsyat!

Menguji keimanan.
Menguji kesabaran.
Melatih diri dengan reda dan ikhlas.
Mendidik hati belajar memaafkan dan melupakan.
Mengajar diri menjadi lebih beriman.

Kenapa? Kenapa semua ini berlaku?

Tidak lain tidak bukan, jawapannya adalah

- ALLAH SAYANG-

DIA jemput kita perlahan-lahan untuk meniti usia 40 dengan tenang. Bersedia untuk masuk ke alam lebih dewasa. Meninggalkan usia fasa muda yang lalu.

DIA nak kita sujud dan istighfar kepadaNya atas silap dan kealpaan yang lalu. 30 tahun hidup di dunia. Apa yang kita sudah buat?

Masuk sahaja usia 40 tahun, ALL IS NEW!

Hati lebih sabar.
Hati lebih tenang.
Hati lebih ikhlas.
Hati lebih tawaduk.

Hidup lebih bahagia.
Hidup lebih sempurna.
Hidup lebih nampak arah tujunya.
Hidup lebih mensyukuri nikmat dan reda dengan kekurangan.

Kerana Allah sayang, dia jentik dengan ujian sebagai teguran. Dia suruh kita bersedia ke alam kekal.

Masuk usia 40, sepatutnya kita sudah tenang. Sudah tidak fikir lagi hal-hal dunia. Sudah tidak kelam kabut lagi dengan urusan dunia. Semua amalan diikhlaskan untuk akhirat kelak. Sedetik lebih pun tidak akan mengeluh.

Semua urusan diniatkan ibadah.
Sudah mula ke rumah Allah.
Sudah mula perbaiki diri.
Sudah mula perbaiki solat.
Sudah mula perbaiki akhlak dan adab.
Sudah mula perbaiki tutur kata agar tidak menyakiti hati orang lain.

Itu pun, jika kalian selesai dengan jayanya menduduki 'final exam sebelum usia 40' 😌.

Take a second to think about how blessed you are.

Tapi, jika kita ini asyik mengulang silap yang lepas, diusia 40 nanti tidak ada yang berubah. Macam itu sahajalah. Rugi.

Nabi Muhammad, Allah tingkatkan darjatnya di usia 40 kepada Rasulullah. Baginda mula berdakwah secara terang. Sebelum menjadi Rasulullah, berapa kali baginda dihina dan dikasari. Baginda sabar.

Hidup ini, yang perlu ditanam dan pasak dalam hati adalah sabar. Yang perlu diamalkan setiap malam adalah tahajud. Yang perlu dizahirkan dengan bibir adalah kata-kata yang tidak menyakiti hati orang lain. Yang perlu dihulurkan oleh tangan adalah pemberian tanpa balas. Yang perlu dilihat oleh mata adalah kesilapan sendiri. Yang perlu ada dalam hati hanya Tuhan Yang Maha Esa.

Apa juga yang kita miliki setelah 30 tahun hidup, waktu inilah kita akan mula buat pilihan, buang atau kekal. Ambil yang baik, atau kekalkan yang tidak baik.

Jangan tidak percaya, segala ujian akan berulang lagi dan lagi. Ketika itu, kita akan hadapi dengan lebih tenang. Kerana apa? Kerana kita sudah ada pengalaman itu. Tuhan sudah didik kita bagaimana mahu hadapinya. Tuhan sudah beri pengajaran pada pengalaman yang lepas. Segalanya tidak lain tidak bukan, hanyalah untuk perbaharui iman yang kian kusam. Bukankah iman kita ini boleh bertambah dan berkurangan. Itulah fungsi ujian!

Baik kan Allah

Yes. Life is simple. Do good and good will come to you. Betul x bmf 😊

29.7.2014~29.7.2024Happy 10rd Anniversary dalimm Anic Syarith..I Love U Semoga Allah SWT senantiasa melindungi dan menja...
29/07/2024

29.7.2014~29.7.2024
Happy 10rd Anniversary dalimm Anic Syarith..I Love U Semoga Allah SWT senantiasa melindungi dan menjaga kita dalam menempuh setiap langkah perjalanan. Selalu bahagia di dunia, hingga kita berjumpa bersatu kembali dalam rahmatNya disurga nanti wahai Isteriku. Selamat hari istimewa, hari ijab qabul kita.”



Kaca bubur Asyura bulan muharan 1446 Hijrah..
22/07/2024

Kaca bubur Asyura bulan muharan 1446 Hijrah..

Awal Muharram atau Maal Hijrah merupakan suatu hari yang penting bagi umat Islam kerana hari tersebut menandakan peristiwa penting yang berlaku dalam sejarah...

Selamat Hari Raya Aidiladha 2024. Semoga ibadah korban kita diterima dan diberkati oleh Allah SWT. Salam Aidiladha!
20/06/2024

Selamat Hari Raya Aidiladha 2024. Semoga ibadah korban kita diterima dan diberkati oleh Allah SWT. Salam Aidiladha!

Traip sebelum puasa..Simpan sini la kan untuk kenanganCampsite D'Tepian Sungai Hulu Langat 3H2M Rehat Sebelum Bangun Sah...
09/03/2024

Traip sebelum puasa..
Simpan sini la kan untuk kenangan

Campsite D'Tepian Sungai Hulu Langat 3H2M Rehat Sebelum Bangun Sahur Bulan Ramadhan.

✅Tandas Laki & Perempuan
✅Sungai memang mesra kanak2
✅Boleh menjala
✅Ada bekalan air bersih
✅Ada plugpoint 24jam.

14/11/2023

Alamak.... Aku punya kecil je bawa jalan2 skali dia punya😱😱...

14/11/2023

Tiba waktu malam di tapak H&N Campsite PD..
Rasa nak terjun je pantai tu..😂

08/11/2023
Suasana mandi pantai..Ambil aura sikit🫰
08/11/2023

Suasana mandi pantai..
Ambil aura sikit🫰

Kehidupan bukanlah berkisar tentang kekalahan anda, tetapi berkisar tentang apa usaha anda untuk bangun semulaAssalamual...
20/07/2023

Kehidupan bukanlah berkisar tentang kekalahan anda, tetapi berkisar tentang apa usaha anda untuk bangun semula

Assalamualaikum.

Asam keping atau asam gelugur bila duk kampung banyak benda buat sendiri..Indahnya bila berada dikampung.
11/07/2023

Asam keping atau asam gelugur bila duk kampung banyak benda buat sendiri..

Indahnya bila berada dikampung.

Today is the day of ✨A R A F A H🤲Allah accepts everyone's prayers on the day of ARAFAH
28/06/2023

Today is the day of ✨A R A F A H🤲

Allah accepts everyone's prayers on the day of ARAFAH

Kasi servis sebelum turun padang!!!!!!!! Jom ler kita,dah lama tk merasa kumpau ni..😅😅
22/05/2023

Kasi servis sebelum turun padang!!!!!!!!

Jom ler kita,dah lama tk merasa kumpau ni..😅😅

Last raya!!  Ke nak smbung smpai raya haji? 😅
22/05/2023

Last raya!! Ke nak smbung smpai raya haji? 😅

Selamat Hari Guru!!
16/05/2023

Selamat Hari Guru!!

💥Trip k5/2023 Teratak T.Alang💥-Geng Budak Kampung Beraksi!!-Suasana kebun durian yg indah di tambah p**a air sungai yang...
16/05/2023

💥Trip k5/2023 Teratak T.Alang💥
-Geng Budak Kampung Beraksi!!-

Suasana kebun durian yg indah di tambah p**a air sungai yang sangat² sejuk,sesuai untuk kanak2 dan dewasa✅✅
3h2m Pengalaman Camping cukup2 indah☺️

Simpan buat kenangan dihari Tua✌️maaf tak ada Vlog youtube kali ni sbb sampai malam..next trip insyallah kita up vlog youtube.






08/05/2023

Kalau dapat terus jd t20..hahaha.
Kemudahan kemana shj..
Camping time.

Apabila kita terdedah secara langsung dengan gelombang panas, ia menyebabkan badan berpeluh dan sekali gus mengakibatkan...
07/05/2023

Apabila kita terdedah secara langsung dengan gelombang panas, ia menyebabkan badan berpeluh dan sekali gus mengakibatkan tubuh kurang air sehingga berisiko mengalami strok haba.
- Gambar hiasan

04/05/2023

"Hari berganti dan pagi telah datang. Sambut pagi dengan semangat baru dan jangan terpaku dengan masa lalu. Langkahkan kaki ke depan untuk menatap masa depan yang lebih baik."

22/03/2023

Saya ingin menzahirkan ucapan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan Al Mubarak kepada seluruh umat Islam di seluruh dunia khususnya masyarakat di Malaysia.
Semoga Ramadan kita untuk tahun ini menjadikan diri kita insan yang lebih baik dan sentiasa mengharapkan keredhaan Allah SWT.

Address

Shah Alam

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Bahri Ismail posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Bahri Ismail:

Videos

Share

Category


Other Video Creators in Shah Alam

Show All

You may also like