Bersatu Merah

Bersatu Merah Seorang yang bekerja sendiri
(10)

06/05/2024

MENTERI DAPAT NAMA TAPI ORANG ASING BERMAHARAJALELA

Tular sepucuk surat yang di dakwa di keluarkan oleh Jabatan Imigresen Malaysia ( JIM ) bahawa akan wujud pengecualian syarat kemas**an di semua pintu masuk negara bagi warganegara dari China dan India . Pengecualian ini termasuk tiada lagi keperluan untuk memberikan bukti penginapan sepanjang mereka berada di negara ini .Perkara ini telah di bantah dengan keras oleh ketua Pemuda BERSATU iatu Wan Ahmad Fayshal Wan Ahmad . Menurutnya industri pelancongan wajar di beri galakan namun dalam masa yang sama syarat-syarat ketat yang di kenakan oleh JIM perlu di kekalkan

APA CERITA DAKWAAN 1.2 JUTA PELANCONG CHINA TIDAK KELUAR?

Menurut penjelasan Menteri Dalam Negeri pada 11 March 2024 di Parlimen , dakwaan bahawa masih wujud 1.2 juta warga China yang masih belum keluar adalah tidak tepat . Alasannya ialah mereka yang tidak keluar itu adalah pemegang pelbagai pas , seperti pas lawatan 14 hari ,pas jangkapanjang , pas jangkapendek dan pelbagai lagi pas. Kemas**an mereka ini di hitung bermula dari tahun 2018 .

BOLEHKAH JAWAPAN MENTERI KDN DI TELAN BULAT-BULAT?

Agak s**ar kita menentukan berapa tepat kebenaran dari jawapan yang di berikan oleh Menteri . Kesemua angka ini berasal dari imigresen . Realiti di lapangan menunjukkan hampir setiap hari pelbagai tangkapan di lakukan oleh pihak berkuasa terhadap orang asing yang tidak memiliki sebarang dokumen ataupun salah guna pas lawatan. Ini seolah-olah langsung tidak selari dengan kenyataan Menteri bahawa dakwaan masih wujud 1.2 juta pelancong asing di negara ini adalah tidak benar. . .

MENTERI DAPAT NAMA TETAPI APA JAMINAN KEPADA NEGARA?

Setiap kali muncul Menteri Pelancongan yang baru maka prestasi atau KPI mereka akan di ukur mengikut berapa ramai pelancong yang berhasil mereka bawa masuk ke negara ini . Semakin ramai maka semakin tinggi lah KPI mereka dan semakin kembanglah hidung mereka dengan kejayaan .

Tapi adakah mereka mahu mengambil sebarang tanggungjawab atas segala risiko yang boleh di timbulkan oleh pelancong terbabit ? Bolehkah mereka memberi jaminan bahawa setiap pelancong akan keluar dari negara ini tepat pada masanya ? Jika ada pelancong yang terus hilang dalam negara tanpa di kesan , siapakah yang mahu mengambil tanggungjawab tersebut ?

Bukankah Ketua Pengarah Imigresen dan orang-orangnya yang akan di tekan dan di asak oleh kerajaan untuk memburu mereka ini ? Dan apa p**a tanggungjawab Menteri Pelancongan dalam masalah ini ? Sekadar lihat dan berkata ini bukan masalah saya ?

ADAKAH FAKTA SEPENUHNYA ?

Kita tidak boleh telan bulat-bulat apa yang di terangkan oleh Menteri Dalam Negeri berkenaan perkara ini . Ia seperti pepatah Barat iatu Too Good To Be True . Baru saja rasa nak mula percaya tetapi tidak lama kemudian kita akan di kejutkan oleh rancanganTV3 999 yang menyiarkan serbuan imigresen ke pusat urut dan pusat hiburan yang menyaksikan penahanan beramai-ramai warga asing yang masuk dengan dokumen sah tetapi menyalah gunakannya .

Itu belum lagi apa yang berlaku di Jabatan Pendaftaran Negara . Namun rekod telah membuktikan telah wujud kes pemalsuan kad pengenalan berkaitan warga asing di Pulau Pinang. Sebab itu kita mesti bijak untuk menilai samada penjelasan dari Menteri KDN itu adalah fakta sepenuhnya atau fakta setakat 50 - 50?

DUA CADANGAN KEPADA KERAJAAN

1. JIM di wajibkan untuk mengistiyar pada setiap bulan kepada rakyat jumlah orang asing yang masuk beserta dengan jenis pas yang di berikan kepada mereka . Samada pas lawatan 14 hari , pas jangkapendek , pas jangkapanjang dan pelbagai lagi jenis pas . JIM wajib menyatakan berapa jumlah orang asing yang masuk dan keluar bagi setiap jenis pas. Sekira ianya pas lawatan 14 hari , JIM perlu nyatakan berapa ramai yang masuk dan keluar dari negara ini pada bulan semasa . Ini adalah pas yang di berikan kepada pelancong asing .

Sekiranya dalam tempoh TIGA bulan berturut-berturut terdapat ramai pelancong yang masuk tetapi belum keluar dalam tempoh 14 hari , Menteri Pelancongan WAJIB memikul tanggungjawab tersebut . Samada mereka s**arela meletakkan jawatan atau melakukan sesuatu bagi memastikan pelancong yang belum keluar dapat di cari dan di hantar p**ang . Adalah amat tidak adil tanggungjawab ini di letakkan di atas bahu Ketua Pengarah imigresen seorang diri manakala Menteri pelancongan bersenang lenang menikmati pujian.

2. Suruhanjaya Pilihanraya ( SPR ) WAJIB mengadakan ujian percakapan dalam bahasa Melayu bagi setiap pendaftaran baru pengundi bermula dari tahun 2018 . Jika ada di antara mereka yang gagal bertutur bahasa Melayu dengan baik dan terdapat keanehan dalam cara percakapan mereka , SPR wajib menyiasat perkara ini dengan memanjangkannya kepada Pejabat Pendaftaran Negara . Jika terbukti berlaku pemalsuan identiti, maka ia haruslah di siasat sehingga ke akar umbi bagi membawa pengkhianat negara ke muka pengadilan

Jika seandainya mereka gagal bertutur bahasa Melayu dengan fasih di sebabkan oleh latarbelakang sekolah Vernakular , maka ini akan menjadi suatu dalil kukuh bagi pihak Perikatan Nasional untuk memperjuangkan agar kerajaan mengadakan rombakan secara besar-besaran terhadap sistem pendidikan negara. Sekolah Vernakular harus di rombak secara drastik agar mereka lebih berorientasikan bahasa dan budaya kebangsaan .

Sekiranya mereka enggan untuk di rombak , Perikatan Nasional haruslah memperjuangkan suatu Akta baru yang melarang anak-anak Melayu untuk memasuki sekolah Vernakular . Kita tiada lagi banyak pilihan . Jika kita memandang remeh perkara ini , maka pisang akan berbuah dua kali . Mungkin 10 atau 20 tahun dahulu isu penerokaan tanah haram kerajaan Negeri Pahang di Raub di pandang enteng oleh orang Melayu . Tetapi hari ini kita sedar perkara yang di pandang enteng lama kelamaan akan membakar diri jika tidak di kawal di peringkat benih. Belajarlah dari insiden kekecohan oleh penceroboh tanah kerajaan di Raub. Padamkanlah api ketika ia masih kecil.

iSU SEPENTING INI HARUS DI ANGKAT SECARA BERAMA-RAMAI

Ini sebenarnya adalah isu yang amat penting bagi bangsa kita . Kita tidak boleh mengharapkan pihak kerajaan memperjuangkannya . Mereka adalah golongan liberal yang memiliki agenda tersendiri terhadap kemas**an orang asing ke negara ini . Tidak wajar hanya Ketua Pemuda BERSATU sahaja yang bersuara tetapi ianya harus di angkat oleh keseluruhan ahli Parlimen pembangkang . Isu ini nampak enteng , tetapi hakikat sebenar ia sangat memberi kesan signifikan jangkapanjang kepada kedaulatan negara dan seterusnya survival kuasa orang Melayu di negara ini dalam pilihanraya umum akan datang .

Jangan lupa bahawa kita tidak pernah tahu siapa sebenarnya yang masuk ke dalam negara ini . Samada pelancong, perisik atau tentera. Ambil iktibar penangkapan warga Israel yang tertangkap baru-baru ini . Sebab itulah pentingnya kita memastikan setiap orang asing yang masuk ke negara ini akan keluar tepat pada waktu nya .

Jika kita terus lalai, leka dan tidak ambil tahu , bersedialah untuk hilang kuasa secara mutlak tidak lama lagi .

- Rayyan Adam -
07 Mei 2024

05/05/2024

KERAGUAN BESAR TELAH WUJUD DI ERA KERAJAAN PSIKOPAT

Pada 20 April 2024 yang lalu ( dua minggu lepas ) , aktivis politik Che Gu Bard dan rakan-rakannya telah membuat lapuran Polis mengenai suatu isu berkaitan dengan Menteri Besar Selangor dan Vincent Tan . Ia adalah isu permohonan tanah seluas 100.04 ekar yang di pohon sebuah syarikat bernama Landasan Lumayan Berjaya yang Lembaga Pengarahnya di anggotai oleh Menteri Besar Selangor dan Pengerusi Berjaya Group , Vincent Tan.

Syarikat ini pegangan saham majoritinya di pegang oleh Vincent Tan telah memohon tanah kepada kerajaan Selangor yang di ketuai oleh Menteri Besarnya , Amirudin Shari menerusi MBI . Sepucuk surat setuju ( runding beri ) telah di keluarkan oleh MBI yang di ketuai oleh Amirudin Shari . Di nyatakan tanah seluas 100.04 ekar yang terletak Dengkil di berikan kepada syarikat Landasan Lumayan Berjaya yang Amirudin Shari adalah salah seorang pengarahnya.

PERSOALAN MENGENAI ISU INI

Che Gu Bard di dalam lapurannya menyoal samada Amirudin Shari telah memaklumkan kepentingannya di dalam Syarikat tersebut semasa perkara ini di bincangkan?

Yang kedua adakah Amirudin Shari telah keluar dari mesyuarat semasa perkara ini di putuskan?

MENGAPA MENTERI BESAR TIDAK MAHU JAWAB?

Adakah s**ar sangat bagi pejabat Menteri Besar Selangor menjawab dua persoalan mudah di atas ? Adakah ianya memerlukan berpuluh atau beratus fail yang bertimbun untuk di siasat bagi mendapatkan jawapan kepada soalan Che Gu Bard tersebut ? Walhal ini adalah era digital iatu semua maklumat hanya perlukan beberapa saat untuk di cari jawapannya di hujung jari . Tetapi setelah DUA MINGGU masih tiada jawapan dari mereka??

Yang pernah keluar dari mulut mereka berkenaan isu ini ialah ugutan mengenai tindakan undang-undang . Apa nak jadi kepada negara ini ? Isu yang ada asas dan dokumen sahih di soal bagi mendapatkan penjelasan tetapi di balas dengan ugutan tindakan undang-undang?

TAPI MENGAPA SUSAH SANGAT NAK JAWAB ?

Menteri Besar Selangor dan sekalian rakan sejawat mereka di dalam kerajaan madani seolah-olah tidak pernah melihat aktivis politik dari Perikatan Nasional sebagai rakan kepada rakyat negara ini . Sebagai pembawa suara rakyat bawahan yang mahukan jawapan tuntas lagi segera dari pemegang amanah tanpa perlu menunggu Parlimen atau DUN bersidang.

Takkan hendak tunggu Dewan Undangan Negeri bersidang yang entah bila bagi mendapatkan jawapan . Pelbagai perkara boleh di ubah dalam waktu menunggu Dewan bersidang . Malah apa yang akan di timbulkan selepas ini pun telah menunjukkan asas kepada keraguan ini . Ini lah masalah kerajaan madani pada hari ini .

Sikap mereka yang sentiasa s**a berdalih , yang sentiasa s**a berdiam diri , yang sentiasa s**a menunda jawapan , yang sentiasa s**a menuduh aktivis rakyat sebagai pembawa fitnah , yang sentiasa s**a mengugut pembawa suara rakyat , akhirnya menyebabkan mereka di lihat sebagai sebuah kerajaan sakit atau kerajaan psikopat . Sebuah kerajaan yang di penuhi dengan nilai-nilai gelap .

PERKEMBANGAN TERBARU ISU

Pada hari ini Che Gu Bard di Page nya telah melapurkan tiada lagi nama Amirudin Shari di dalam senarai Lembaga Pengarah syarikat Landasan Lumayan Berjaya . Nama beliau telah di keluarkan . Ia telah di gantikan dengan nama bekas calon dari PKR . Apakah ertinya semua ini ? Adakah ini menjawab persoalan mengapa pertanyaan dari aktivis politik tidak di jawab secara serta merta ? Kita belum lagi lupa kes bekas Setiausaha Politik Anwar Ibrahim berkaitan pembelian saham bernilai jutaan ringgit dalam sebuah syarikat . Bukan main lama lagi Anwar hendak menjawab sehingga terpaksa rujuk kepada Perbendaharaan walhal beliau adalah Menteri Kewangan .

Jika dalam sistem mahkamah , perbicaraan yang sangat lama tertangguh adalah sebenarnya suatu penafian keadilan terhadap tertuduh , tetapi dalam sistem integriti , jawapan yang sentiasa tertangguh adalah bermakna ada sesuatu yang tidak kena .

Akhirnya muncul berita saham tersebut telah di pindahkan ke entiti lain . Wajar kah rakyat di persalahkan jika berasa sangsi dengan kes ini ? Apabila kesangsian ini di timbulkan oleh aktivis politik , maka jawapan klise dari pihak kerajaan ialah itu semua fitnah . Senang sungguh mereka menyapu isu ke bawah carpet . Mereka lah yang menjadi punca fitnah bertebaran kerana etika buruk mereka sendiri dalam mengurus persepsi tetapi akhirnya aktivis politik dan pihak pembangkang juga yang mereka tuduh sebagai pembawa fitnah .

Sekali lagi di nyatakan ini adalah sebuah kerajaan sakit.

- Rayyan Adam -
06 Mei 2024

04/05/2024

PENDEDAHAN MUSIBAT DAP PERAK OLEH FAIZAL AZUMU

Kelmarin Timbalan Presiden BERSATU Dato Seri Faizal Azumu telah mendedahkan kemusibatan DAP di Perak sewaktu kempen pilihanraya umum 2018 . Pendedahan ini di buat ketika kempen pilihanraya kecil di Kuala Kubu. Perkara ini agak menarik untuk kita ketahui kerana ini adalah bukti kejahatan DAP yang sanggup berbuat apa sahaja demi memuaskan nafsu serakah mereka ke atas tanahair ini .

TIADA WANG CETAK MANIFESTO

Dato Seri Faizal mengimbas kembali detik-detik kempen pilihanraya umum di Perak pada tahun 2018 . Dia selaku Pengerusi BERSATU Perak tidak memiliki wang untuk mencetak manifesto . Begitu juga dengan rakan sekutu dari Parti Amanah . Mengetahui perkara ini Nga Kor Ming bertemu dengan beliau dan menawarkan untuk mencetak manifesto di atas biaya DAP

LATARBELAKANG MANIFESTO

Sebelum itu DAP telah mendesak untuk memasukkan janji kelulusan tanah 999 tahun kepada kampung-kampung Baru Cina . Semua parti komponen PH dari BERSATU , AMANAH dan PKR tidak bersetuju dengan permintaan DAP . Oleh itu tiada sebarang janji dari mereka untuk memas**an perkara ini ke dalam manifesto pilihanraya .

TIBA - TIBA BERLAKU SILAPMATA

Berbalik kepada tawaran Nga Kor Ming untuk mencetak manifesto PH Perak di atas biaya DAP . Dato Seri Faizal telah bertanya kepada semua parti komponen dan nampaknya mereka tiada masalah memberi persetujuan . Maka manifesto pun di cetak oleh DAP dan tiada apa lagi yang seharusnya di bimbangkan oleh Pengerusi BERSATU Perak . Namun , benarkah manifesto tersebut di cetak mengikut apa yang telah di persetujui oleh beliau dan rakan dari Parti Amanah serta PKR ?

Setelah manifesto siap di cetak , Dato Seri Faizal Azumu meminta untuk melihat manifesto tersebut . Tetapi yang peliknya dia gagal untuk mendapatkan contoh manifesto yang telah siap di cetak . Di sinilah mulai kelihatan bayang-bayang silapmata oleh DAP yang bersifat khianat dan tidak jujur .

Hanya apabila tiba pada hari untuk membentangkan manifesto barulah Dato Seri Faizal di berikan manifesto tersebut . Namun , apa yang terjadi ialah wujud sebuah janji yang sebelum ini tidak di persetujui oleh parti gabungan tertera dalam manifesto. Janji tersebut tidak lain dan tidak bukan ialah kelulusan tanah 999 tahun kepada kampung Baru Cina . Maka terserlah lah sifat khianat dan tidak jujur DAP .

Tetapi masa sudah tiada untuk mengubah manifesto. Dato Seri Faizal terpaksa membentangkannya jua kepada umum . Dan selepas ini semua beban janji akan di pikul oleh beliau seorang atau dalam bahasa mudahnya jika terdapat sebarang tuntutan terhadap manifesto yang tidak di penuhi maka Pengerusi BERSATU Perak lah yang akan kelihatan jahat dan bukannnya DAP . Parti tersebut menjadi punca kepada masalah tetapi beban dan tohmahan akan pergi kepada pemimpin Melayu .

Seperti yang di jangka selepas Dato Seri Faizal menjadi Menteri Besar Perak , hampir setiap minggu DAP menuntut janji yang konon wujud dalam manifesto . Yang lebih menyedihkan terdapat ahli dari Parti Amanah yang berkata bahawa Dato Seri Faizal akan masuk neraka sekiranya tidak memenuhi janji . Begitulah dasyatnya kelakuan Parti yang menjunjung slogan Rahmat Sekalian Alam ini . Tanpa Tabayyun dan usul periksa terus menjatuhkan hukuman . Begitu sayangnya mereka kepada DAP yang begitu rakus mahu merebut tanah nenek moyang mereka sendiri .

PERANGAI DAP TETAP SAMA

Kita perhatikan di era kerajaan madani perangai DAP tetap sama . Mereka khianat dan tidak jujur . Sewaktu penubuhan kerajaan madani, mereka berjanji untuk tidak lagi menjadi DAP versi lama yang super perkauman . Tetapi apabila di semak Perlembagaan mereka ianya masih mengekalkan versi Malaysia Malaysian . Begitu juga dengan Deklarasi Setapak 1966 . Ketika di soal dalam podcast Keluar Sekejap , Setiausaha Agungnya Anthony Loke gagal memberi penjelasan tuntas mengapa DAP masih mengekalkan perjuangan lama mereka . Yang kita dengar darinya hanya lebih banyak berdolak dalik berbanding penegasan . Mereka memang Parti yang tidak jujur.

Demi mengekalkan undi kaum Cina , mereka melakukan perkara lain . Demi undi Melayu , mereka melakukan perkara yang lain p**a. DAP sanggup berbuat apa sahaja demi kuasa . Perjuangan integriti yang mereka laung-laungkan sebelum ini hanya sekadar pembohongan di siang hari . Apabila Zahid Hamidi di bebaskan dari pendakwaan , DAP hanya diam membisu seribu bahasa . Isu LCS DAP juga diam membisu .

Jelaslah kepada kita DAP menggunakan imej integriti untuk merebut undi Melayu . Bila menang mereka buang integriti ke dalam longkang. Selepas itu mereka belajar dari Lee Kuan Yew yang memakai songkok ketika berkempen pada tahun 1959 . Pada pilihanraya kecil Kuala Kubu mereka pakaikan p**a baju kurung dan tudung kepada calon mereka. Nak tahu samada mereka hendak memperbodohkan pengundi Melayu , tunggu saja selepas pilihanraya kecil berakhir . Adakah calon mereka ini samada menang atau kalah akan sanggup lagi berbaju kurung dan memakai tudung.

Belajarlah dari kisah Dato Seri Faizal Azumu . Belajarlah dari janji yang mereka berikan semasa penubuhan kerajaan madani . Berhenti di perbodohkan oleh parti khianat bernama DAP .

- Rayyan Adam -
05 Mei 2024

03/05/2024

BILA ANWAR HENDAK AMBIL TINDAKAN TERHADAP BLOOMBERG?

Beberapa hari telah berlalu sejak penyiaran berita mengenai rancangan pembinaan kasino di Forest City oleh portal berita Bloomberg . Portal itu menyatakan telah ada perjumpaan antara wakil Perdana Menteri dan wakil YDPA dalam pertemuan tersebut .

Tetapi berita ini di nyatakan sebagai palsu oleh Anwar Ibrahim dan di nafikan dengan sekeras-kerasnya .Tetapi sehingga saat ini hanya Vincent Tan dari Berjaya Group yang membuat lapuran Polis mengenai penyiaran berita yang di anggap fitnah ini .

KEMANA ANWAR DAN PENYOKONG KERAJAAN ?

Apa yang menghairankan ialah ke manakah perginya penyokong kerajaan dalam isu ini ? Mengapa mereka tidak membuat lapuran Polis secara beramai-ramai iatu sepertimana yang mereka selalu lakukan sebelum ini? Padahal isu ini melibatkan fitnah besar terhadap negara dan Yang Di Pertuan Agong . Kesemua wartawan Bloomberg yang terlibat beserta semua portal yang mengulang siar berita fitnah ini masih boleh bergoyang kaki senang lenang tidur di rumah tanpa di sentuh hingga ke saat ini ?

Tetapi yang telah di seret ke mahkamah cuma seorang aktivis politik dari pembangkang iatu Che Gu Bard . Beliau cuma mengulang siar apa yang telah di nyatakan oleh portal Bloomberg di dalam beritanya . Jika ulang siar ini di anggap suatu jenayah di bawah Akta Hasutan, mengapa wartawan dari beberapa portal yang mengulang siar berita ini masih bebas dan bersenang lenang tanpa di seret ke mahkamah ?

Mengapa ?

Malah portal utama yang menjadi sumber berita fitnah ini iatu Bloomberg hingga ke saat ini masih langsung tidak di sentuh ? Di khabarkan hanya pada Isnin depan wakil dari portal tersebut akan di panggil untuk memberi keterangan akibat dari lapuran Polis oleh Vincent Tan . Tetapi dalam kes Che Gu Bard kecepatan nya seperti kilat menyambar . Hari ini siar dan sepantas kilat terus di tahan reman . Seterusnya sepantas kilat terus di dakwa di mahkamah?

PORTAL YANG MENGULANG SIAR BERITA BLOOMBERG

Berikut adalah portal yang telah membuat ulang siar

1. Straits Times Singapura
2. The Edge Singapura

Maklumat yang di terima menyatakan pejabat Bloomberg di Malaysia terletak di KLCC . Tiga orang wartawannya telah terbabit dalam menulis lapuran untuk Bloomberg iatu Niki Koswanage , Chanyaporn Chanjaroen dan Ram Anand. Mereka di bantu oleh lima lagi wartawan dari Bloomberg iatu Shirley Zhao, Anders Melin, Netty Idayu Ismail, Kok Leong Chan dan Joy Lee.

Ram Anand , Anders Melin , Netty Idayu Ismail dan Kok Leong Chan di percayai berpengkalan di pejabat Bloomberg di Malaysia . Dua wartawan p**a terbabit dalam menulis lapuran untuk The Straits Times iatu Zunaira Saieed dan Shannon Teoh. Kedua -dua mereka di percayai berpengkalan di Pejabat SPH Media di Malaysia .

TAKUT ATAU PSIKOPAT ?

Persoalan yang bermain di fikiran rakyat ialah mengapa Anwar Ibrahim masih belum bertindak ke atas wartawan Bloomberg yang berada di Malaysia dan juga wartawan Straits Times di Pejabat SPH media . Begitu juga dengan The Edge Singapura . Apakah kerajaan ada dua piawaian berbeza di sini ? Piawaian yang pertama untuk media luarnegara dan piawaian kedua untuk rakyat yang menjadi pembangkang ?

Adakah Anwar takut untuk bertindak ke atas media yang berpusat di Amerika Syarikat dan Singapura ? Tetapi memiliki semangat yang berapi-api ke atas rakyat sendiri ? Adakah Anwar jaguh kandang ? Tidak seperti bekas bos nya Tun Mahathir yang sedikitpun tidak gentar dengan negara kuasa besar termasuk Britain dan Amerika . Ketakutan Anwar terhadap kuasa besar luarnegara tidak ubah seperti ketakutannya terhadap DAP .

Apabila tokoh Perikatan Nasional menyentuh mengenai perjuangan agama dan bangsa , dengan cepat beliau mendakwa konon pembangkang memainkan isu 3R . Tetapi apabila muncul pemimpin DAP yang bermulut celupar cuba mencampuri hal ehwal umat Islam di negara ini , Anwar hanya diam menikus .

Namun begitu bagi pembaca yang ingin mengetahui secara keseluruhan masalah kerajaan di bawah Anwar , boleh baca artikel saya mengenai Dark Triad dan manusia bersifat psikopat di Page www.facebook.com/bersatured. Artikel ini menjelaskan fakta berunsur kerohanian mengenai masalah kepimpinan negara pada hari ini . Anda akan sedar negara pada hari ini sedang di uruskan oleh sebuah kerajaan sakit .

MENUTUP MULUT WAKIL KEPADA SUARA RAKYAT ADALAH SUATU ' BIG BLUNDER '

Sebenarnya Anwar harus berterimakasih kepada aktivis politik yang tidak pernah jemu membawakan suara rakyat yang sedang menderita ke pentas umum . Anwar harus berterimakasih kepada Che Gu Bard , Bozz J***t , Azri , Salim Iskandar , dan rakan-rakan sejawat mereka di saluran Youtube Yb Viral. Anwar mungkin telah lupa apa akibatnya apabila suara rakyat cuba di sekat secara ekstrem.

Anwar langsung tidak mengambil iktibar dari Perhimpunan raksaksa pelajar di Dataran Tiannanmen China pada tahun 1989 dahulu . Sebagai sebuah negara komunis , China tidak mengamalkan kebebasan bersuara . Russia juga hampir menerima nasib yang sama . Hanya apabila Presiden Mikhail Gorbachev mengadakan pembaharuan pada tahun 80an, barulah wujud sedikit kebebasan di negara tersebut .

TETAPI APA YANG BERLAKU DI MALAYSIA HARI INI ?

Ketika di mahkamah , pihak Pendakwa mohon agar Che Gu Bard dan Azri di sekat untuk bersuara . Mujurlah mahkamah menolak permohonan ini . Begitulah akibatnya apabila di perintah oleh sebuah kerajaan yang bersifat psikopat . Kerajaan yang di penuhi dengan para penasihat bebal . Jika seandainya tiada lagi aktivis politik yang boleh bersuara , apa akan terjadi kepada suara rakyat bawahan ?

Ahli Parlimen dan wakil rasmi rakyat tidak akan mahu turun padang menjadi whistle blower pembawa suara rakyat . Mereka cukup segan untuk bertegur sapa dengan pijat dan lipas di dalam lokap. Jika ini berlaku ibarat sebuah empangan yang menahan air yang tidak boleh di lepaskan bagi mengurangkan tekanan. Akhirnya empangan akan pecah dan hancur.

Inikah yang Anwar Ibrahim mahukan berlaku kepada negara ini?

- Rayyan Adam-
4 Mei 2024

03/05/2024

DARK TRIAD PERSONALITY : KERAJAAN PSIKOPAT MADANI

Kita perhatikan negara kita pada hari ini seolah-olah di perintah oleh sebuah kerajaan separa gila atau sebenarnya memang gila ( psikopat ). Mereka menggunakan kuasa yang ada ses**a hati tanpa memikirkan apa akibatnya kepada rakyat dan negara. Mereka membungkam mulut rakyat untuk bersuara dengan cara - cara yang sungguh kotor . Seperti kata pepatah Melayu jika tiada angin bagaimana pohon boleh bergoyang . Jika tiada arahan dari kerajaan , Tik Tok , Facebook dan lain-lain media tidak akan menganggu secara ekstrem suara pengkritik kerajaan.

Alasan mereka ialah pembangkang buat fitnah . Tetapi mereka lupa Perdana Menteri Anwar Ibrahim sejak hari pertama lagi telah membuat fitnah terhadap pembangkang . Sehingga ke hari ini dakwaan nya bahawa Perikatan Nasional menggunakan dana judi dalam kempen pilihanraya umum ke - 15 masih belum lagi ada bukti . Dan sebagai sebuah kerajaan psikopat mereka tidak langsung rasa bersalah atau berdosa. Mereka buat-buat lupa seolah-olah ia tidak pernah terjadi.

Yang paling terbaru ialah ialah kes yang melibatkan aktivis politik dari pembangkang dalam kes fitnah pembinaan kasino di Forest City . Mereka di seret ke mahkamah untuk di dakwa . Tetapi sumber sebenar yang membuat fitnah sehingga ke saat ini langsung tidak di sentuh . Ini memang kerja kerajaan psikopat . Jika manusia mereka ini perlu di beri rawatan oleh pakar psikiatri di hospital sakit jiwa .

BAGAIMANA KERAJAAN INI BOLEH MENGHIDAP PSIKOPAT ?

Ada sebab dan punca pada setiap sesuatu kejadian di alam ini . Setiap perkara di tuntut oleh agama tidak boleh berlebihan . Jika di lakukan secara berlebihan, maka binasa lah si pelaku nya . Contohnya seorang manusia yang ingin berjaya. Dia akan membina keyakinan diri dan rasa percaya diri . Dia adalah manusia yang ada strategi dan bercita -cita tinggi . Lakukanlah secara berpada ,tetapi jangan berlebihan . Bila di lakukan secara berlebihan anda akan di lihat sebagai manusia angkuh dan takbur , mementingkan diri sendiri , kaki manip**asi , pakar bohong dan gila kuasa. Lambat laun anda akan menuju kepada jalan hidup yang gelap dan membinasakan. Sebab itu agama menuntut kesederhanaan dalam kehidupan .

Kerajaan madani yang anda lihat hari ini menjadi begitu bercelaru dan seperti hilang pedoman di sebabkan pemimpin utama mereka sejak dahulu lagi memiliki apa yang di sebut sebagai DARK TRIAD dalam personaliti kehidupannya . Dark Triad ini telah di gunakan secara berlebihan sehingga menjadi sifat gila . Untuk mengetahui apa itu Dark Triad teruskan membaca.

TIGA SIFAT DARK TRIAD

1. Machiavelinisme
2. Narcissism ( narsisis )
3. Psikopath

MACHIAVELINISME .

Orang yang memiliki kepribadian ini seringkali bertindak memanip**asi pemikiran orang lain. Samaada dengan cara rayuan , cadangan atau pujuk rayu. Perspektif Machiavelisme memiliki pandangan yang sinis terhadap orang lain, Mereka pandai membuat perancangan dan strategi yang kuat, serta dapat memikirkan pelbagai cara bagi mendapatkan tujuannya . Mereka sanggup melakukan apa jua cara bagi mencapai matlamat tanpa peduli apakah korban atau mangsa sebagai akibatnya . Samada agama atau bangsa akan tergadai mereka tidak peduli asal matlamat mereka berjaya di capai . Maka timbul lah ayat sakti yang menjadi pedoman kepada golongan Machiavelinisme iatu ,

Matlamat menghalalkan cara

Ayat itulah yang menjadi pedoman mereka . Bukannya Quran dan hadis

NARCISSISM ATAU NARSISISTIC

Narcissism adalah sifat yang mencintai dan mengkagumi diri sendiri secara berlebihan . Mereka memandang orang lain dengan pandangan yang merendahkan. Mereka yang mengidap sifat ini selalu berfantasi mengenai kawalan dan kuasa yang mereka miliki terhadap orang lain. Mereka selalu memiliki angan-angan tinggi terhadap kejayaan yang mereka capai. Orang yang bersifat narcissism adalah manusia egois , angkuh , percaya diri berlebihan dan kurangnya empati . Mereka dahagakan pengiktirafan , puji-pujian dari orang lain,

Mereka sangat anti kepada kritikan. Di zaman era teknologi ini kita boleh menemukan orang narcissism di pelbagai media sosial. Mereka amat mudah tersinggung jika ada komen yang tidak selari dengan mereka. Jika ada perdebatan mereka akan mencipta hujah-hujah sehingga seolah-olah mereka kelihatan di pihak yang benar ( walaupun hakikatnya mereka di pihak yang salah ).

PSIKOPATH ATAU PSYCOPATHY

Penghidap psikopat tidak memiliki sifat empati iatu sifat meletakkan diri di tempat orang lain dan cuba menyelami perasaan mereka . Mereka seringkali terlibat dalam perilaku impulsif atau dorongan hati secara tiba-tiba. Mereka s**a mencari sensasi yang mendebarkan. Secara emosional mereka adalah manusia yang tidak peka . Mereka tidak peduli terhadap orang lain. Mereka cenderung tidak rasa menyesal atau rasas bersalah di atas perbuatannya .

Psikopat berbeza dari manusia normal. Hobi mereka selalu nya pelik dan di luar kebiasaan . Sebagai contoh apabila psikopat melihat sesuatu yang lucu seperti anak-anak kucing , mereka akan menyeksanya sebagai satu bentuk kasihsayang . Oleh itu jangan terkejut melihat seorang psikopat yang kelihatan normal pada penampilan zahir tetapi memiliki hobi yang berada di luar jangkauan pemikiran anda terhadapnya.

PSIKOPAT ADALAH GABUNGAN DARK TRIAD BERLEBIHAN

Sebenarnya unsur machiavelisme dan narsisism itu adalah komponen kepada manusia yang mengidap psikopat . Ini adalah akibat dari mengamalkan kedua sifat tersebut secara berlebihan . Seperti menggunakan dadah secara tidak terkawal , akhirnya pasti membawa padah . Anda boleh perhatikan sifat psikopat ini bukan menerusi mata kasar tetapi menerusi mata hati iatu mata yang boleh melihat ke dalam jiwa manusia.

Saya sebagai penulis artikel ini melihat kerajaan madani pada hari ini bukan pada mata kasar tetapi dari mata hati . Seperti yang saya jangka kan sejak November 2022 , negara ini akan menuju kepada era kegelapan yang menakutkan kerana bakal di perintah oleh sebuah kerajaan psikopat . Pada hari ini ia benar-benar telah berlaku dan sedang berlaku.

Saya tidak ingin menilai dan mengulas kaitan khusus Perdana Menteri Anwar Ibrahim dengan Dark Triad . Saya cuma akan menyediakan sumber terbuka atau open source kepada pembaca yang rajin berfikir dan terang mata hati mereka untuk melihat apakah kebenarannya. .

Saya berikan beberapa klue sebagai rujukan berfikir .

1. Anwar sentiasa memperlihatkan imej dirinya bersih, paling bersih berbanding pemimpin lain . Imej yang di tampilkannya seolah-olah seperti malaikat yang tidak pernah melakukan sebarang kesalahan . Dia tidak pernah berbohong, tidak pernah buat strategi yang memperdaya, tidak pernah berjanji , tidak pernah salah guna kuasa , tidak pernah mengamalkan kronisme , tidak pernah mengamalkan nepostisme .

2. Anwar selalu berangan-angan dia sedang membawa negara ini menuju kehebatan yang paling tinggi sejak 1957 . Anwar amat percaya kepada dirinya. Dia amat kagum dengan kebolehannya sendiri . Bila ada peluang dia akan menayangkan angka-angka ekonomi tertentu yang selalu di pertikaikan kesahihan nya .

3. Anwar berangan-angan dia memiliki kawalan dan cengkaman kuasa yang sangat kuat terhadap negara ini . Dia memiliki kononnya majoriti hebat di Parlimen yang tidak boleh di ganggu gugat . Dia berjaya menutup mulut semua rakyat yang mengkritiknya dengan cara kuku besi . By hook or by crook . Anwar berasa dia lebih hebat dari bekas bos nya dahulu dalam mengawal negara .

4. Anwar langsung tidak rasa bersalah membuat fitnah terhadap Perikatan Nasional . Anwar juga langsung tidak rasa bersalah dengan selalu menyebut-nyebut secara nyata, secara halus atau secara sindiran kononnya Tun Mahathir telah menyeleweng ketika berkuasa selama 22 tahun dahulu . Walhal agama menyebut setiap suatu tuduhan perlu di teliti dan di siasat terlebih dahulu sebelum di hukum . Malah menghebahkan dengan apa jua cara pun tidak di tuntut oleh agama kerana ia mengaibkan orang lain. Sehingga ke hari ini tiada suatu bukti pun yang boleh di tunjukkan oleh Anwar berkaitan perkara ini.

Itulah empat klue kepada pembaca untuk di hubungkan kepada tiga sifat Dark Triad . Kita tahu semua yang di angan-angankan oleh Anwar bukanlah realiti tetapi hanya suatu ilusi . Anda mungkin ada lebih banyak kisah dan isu berkaitan Anwar dan hubungannya dengan Dark Triad .

Sila lah fikirkan satu isu atau kes berkenaan Anwar dan anda akan dapati semua nya muncul dari akar TIGA SIFAT DARK TRIAD yang di sebutkan .

- Rayyan Adam -
02 Mei 2024

Address

Shah Alam
40000

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Bersatu Merah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Bersatu Merah:

Share

Category


Other Video Creators in Shah Alam

Show All