Tv Al Tamim

Tv Al Tamim Islamic | Entertainment | Music Production | Video Production | Media Online

Selamat Datang Sya'ban! Pintu Menuju Ramadan 🌙Bulan Sya'ban telah tiba, membawa sinar kebahagiaan sebagai persediaan men...
30/01/2025

Selamat Datang Sya'ban! Pintu Menuju Ramadan 🌙

Bulan Sya'ban telah tiba, membawa sinar kebahagiaan sebagai persediaan menuju Ramadan yang mulia. Inilah bulan yang penuh keberkatan, di mana para salafussoleh dahulu menjadikannya sebagai masa untuk memperbanyakkan amalan ibadah.

✨ Tadarus Al-Quran – Para salafussoleh dahulu dikenali sebagai "ahli Al-Quran" pada bulan ini. Amr bin Qais bahkan menutup perniagaannya semata-mata untuk menghidupkan tadarus.

🤲 Bersedekah
Sayyid Muhammad bin ‘Alawi Al-Maliki dalam Ma Dza fi Sya‘ban menukilkan bahawa Ibnu Rajab Al-Hanbali meriwayatkan satu hadis daripada Anas r.a.:

"Ketika masuk bulan Sya'ban, umat Islam tertunduk pada mushaf Al-Quran, mereka menyibukkan diri dengan tadarus dan mengeluarkan harta mereka untuk membantu golongan dhuafa dan orang miskin dalam menyambut Ramadan."

Jangan biarkan bulan ini berlalu tanpa amalan! Mari manfaatkan Sya'ban untuk memperbanyak ibadah dan membersihkan hati sebelum Ramadan tiba. 🌟

𝐒𝐞𝐥𝐚𝐦𝐚𝐭 𝐓𝐚𝐡𝐮𝐧 𝐁𝐚𝐫𝐮 𝐂𝐢𝐧𝐚 𝟐𝟎𝟐𝟓Dari Warga Kerja 𝗔𝗹 𝗧𝗮𝗺𝗶𝗺 𝗘𝗻𝘁𝗲𝗿𝘁𝗮𝗶𝗻𝗺𝗲𝗻𝘁 | 𝗧𝗩 𝗔𝗹 𝗧𝗮𝗺𝗶𝗺Semoga tahun yang baru ini membawa kese...
28/01/2025

𝐒𝐞𝐥𝐚𝐦𝐚𝐭 𝐓𝐚𝐡𝐮𝐧 𝐁𝐚𝐫𝐮 𝐂𝐢𝐧𝐚 𝟐𝟎𝟐𝟓
Dari Warga Kerja 𝗔𝗹 𝗧𝗮𝗺𝗶𝗺 𝗘𝗻𝘁𝗲𝗿𝘁𝗮𝗶𝗻𝗺𝗲𝗻𝘁 | 𝗧𝗩 𝗔𝗹 𝗧𝗮𝗺𝗶𝗺

Semoga tahun yang baru ini membawa kesejahteraan dan bersama-sama kita bangunkan masa depan yang lebih cerah dan lebih baik dalam mencipta pencapaian yang cemerlang di tahun ini.

“Gong Xi Fa Cai!”






𝗦𝗲𝗹𝗮𝗺𝗮𝘁 𝗠𝗲𝗻𝘆𝗮𝗺𝗯𝘂𝘁 𝗛𝗮𝗿𝗶 𝗗𝗲𝗲𝗽𝗮𝘃𝗮𝗹𝗶 𝟮𝟬𝟮𝟰Ucapan Hari Deepavali dizahirkan kepada seluruh rakan dan kenalan yang beranutan Hi...
31/10/2024

𝗦𝗲𝗹𝗮𝗺𝗮𝘁 𝗠𝗲𝗻𝘆𝗮𝗺𝗯𝘂𝘁 𝗛𝗮𝗿𝗶 𝗗𝗲𝗲𝗽𝗮𝘃𝗮𝗹𝗶 𝟮𝟬𝟮𝟰

Ucapan Hari Deepavali dizahirkan kepada seluruh rakan dan kenalan yang beranutan Hindu.

Eratkanlah ikatan yang harmoni dan mesra supaya hidup kita diterangi dengan kedamaian.

Semoga perayaan Deepavali pada tahun ini juga disambut dengan penuh kegembiraan dan kebahagiaan di samping ahli keluarga tercinta.

“Deepavali Nal Vaalthukkal”

Ikhlas daripada,
𝗔𝗹 𝗧𝗮𝗺𝗶𝗺 𝗘𝗻𝘁𝗲𝗿𝘁𝗮𝗶𝗻𝗺𝗲𝗻𝘁 | 𝗧𝗩 𝗔𝗹 𝗧𝗮𝗺𝗶𝗺


𝗦𝗘𝗟𝗔𝗠𝗔𝗧 𝗠𝗘𝗡𝗬𝗔𝗠𝗕𝗨𝗧 𝗛𝗔𝗥𝗜 𝗠𝗔𝗟𝗔𝗬𝗦𝗜𝗔 𝗧𝗔𝗛𝗨𝗡 𝟮𝟬𝟮𝟰𝗔𝗹 𝗧𝗮𝗺𝗶𝗺 𝗘𝗻𝘁𝗲𝗿𝘁𝗮𝗶𝗻𝗺𝗲𝗻𝘁 | 𝗧𝗩 𝗔𝗹 𝗧𝗮𝗺𝗶𝗺 mengucapkan Selamat Menyambut Hari Malays...
16/09/2024

𝗦𝗘𝗟𝗔𝗠𝗔𝗧 𝗠𝗘𝗡𝗬𝗔𝗠𝗕𝗨𝗧 𝗛𝗔𝗥𝗜 𝗠𝗔𝗟𝗔𝗬𝗦𝗜𝗔 𝗧𝗔𝗛𝗨𝗡 𝟮𝟬𝟮𝟰

𝗔𝗹 𝗧𝗮𝗺𝗶𝗺 𝗘𝗻𝘁𝗲𝗿𝘁𝗮𝗶𝗻𝗺𝗲𝗻𝘁 | 𝗧𝗩 𝗔𝗹 𝗧𝗮𝗺𝗶𝗺 mengucapkan Selamat Menyambut Hari Malaysia Tahun 2024 kepada seluruh warganegara Malaysia yang tercinta.

Sambutan Hari Malaysia pada 16 September setiap tahun perlu dijadikan asas untuk memperingati, menghayati dan memahami sejarah penubuhan Persekutuan Malaysia demi mengekalkan Malaysia sebagai negara berdaulat.

Semoga Hari Malaysia ini membawa lebih banyak kemakmuran dan kebahagiaan kepada kita semua. Teruskan berusaha untuk masa depan yang lebih cerah bagi Malaysia!

" 𝙼𝚊𝚕𝚊𝚢𝚜𝚒𝚊 𝙼𝚊𝚍𝚊𝚗𝚒, 𝙹𝚒𝚠𝚊 𝙼𝚎𝚛𝚍𝚎𝚔𝚊 "

𝗦𝗲𝗹𝗮𝗺𝗮𝘁 𝗠𝗲𝗻𝘆𝗮𝗺𝗯𝘂𝘁 𝗠𝗮𝘂𝗹𝗶𝗱𝘂𝗿 𝗥𝗮𝘀𝘂𝗹 𝟭𝟰𝟰𝟲𝗛/𝟮𝟬𝟮𝟰𝗠Selawat dan Salam ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad ﷺ.۞ اَللهُمَّ صَلِّ ...
15/09/2024

𝗦𝗲𝗹𝗮𝗺𝗮𝘁 𝗠𝗲𝗻𝘆𝗮𝗺𝗯𝘂𝘁 𝗠𝗮𝘂𝗹𝗶𝗱𝘂𝗿 𝗥𝗮𝘀𝘂𝗹 𝟭𝟰𝟰𝟲𝗛/𝟮𝟬𝟮𝟰𝗠

Selawat dan Salam ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad ﷺ.

۞ اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ۞

Semoga kita sentiasa memantapkan keyakinan, meningkatkan kecintaan, mencontohi perlakuan dan menghayati al-Quran dan Sunnah Rasulullah ﷺ.

Jadilah insan yang sentiasa menyebarkan kebaikan dan kasih sayang kepada masyarakat demi keamanan, kemakmuran dan kemajuan negara 🇲🇾.

" 𝘈𝘭-𝘍𝘢𝘭𝘢𝘩 𝘗𝘦𝘮𝘢𝘤𝘶 𝘔𝘢𝘭𝘢𝘺𝘴𝘪𝘢 𝘔𝘢𝘥𝘢𝘯𝘪 "

Ikhlas daripada : 𝗔𝗹 𝗧𝗮𝗺𝗶𝗺 𝗘𝗻𝘁𝗲𝗿𝘁𝗮𝗶𝗻𝗺𝗲𝗻𝘁 | 𝗧𝗩 𝗔𝗹 𝗧𝗮𝗺𝗶𝗺

𝗦𝗲𝗹𝗮𝗺𝗮𝘁 𝗛𝗮𝗿𝗶 𝗞𝗲𝗯𝗮𝗻𝗴𝘀𝗮𝗮𝗻 𝗸𝗲-𝟲𝟳, 𝗠𝗮𝗹𝗮𝘆𝘀𝗶𝗮! 🇲🇾Tahun ini merupakan tahun ke-67 kita menyambut kebebasan, perpaduan, dan kema...
31/08/2024

𝗦𝗲𝗹𝗮𝗺𝗮𝘁 𝗛𝗮𝗿𝗶 𝗞𝗲𝗯𝗮𝗻𝗴𝘀𝗮𝗮𝗻 𝗸𝗲-𝟲𝟳, 𝗠𝗮𝗹𝗮𝘆𝘀𝗶𝗮! 🇲🇾

Tahun ini merupakan tahun ke-67 kita menyambut kebebasan, perpaduan, dan kemajuan. Marilah kita terus bersatu hati, memupuk semangat patriotisme, dan berganding bahu untuk masa depan yang lebih gemilang.

Merdeka! Merdeka! Merdeka!

Iklas daripada kami : 𝗔𝗹 𝗧𝗮𝗺𝗶𝗺 𝗘𝗻𝘁𝗲𝗿𝘁𝗮𝗶𝗻𝗺𝗲𝗻𝘁 | 𝗧𝗩 𝗔𝗹 𝗧𝗮𝗺𝗶𝗺

Daulat TuankuMerafak sembah ucapan setinggi-tinggi tahniah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pert...
20/07/2024

Daulat Tuanku

Merafak sembah ucapan setinggi-tinggi tahniah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim sempena Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong Ke-17 pada hari ini, Sabtu, 20 Julai 2024 bersamaan 14 Muharam 1446H.

Sembah takzim daripada Seluruh Warga 𝗔𝗹 𝗧𝗮𝗺𝗶𝗺 𝗘𝗻𝘁𝗲𝗿𝘁𝗮𝗶𝗻𝗺𝗲𝗻𝘁 | 𝗧𝗩 𝗔𝗹 𝗧𝗮𝗺𝗶𝗺

𝗦𝗮𝗹𝗮𝗺 𝗠𝗮𝗮𝗹 𝗛𝗶𝗷𝗿𝗮𝗵 𝟭𝟰𝟰𝟲𝗛7 Julai 2024 bersamaan 1 Muharam 1446HAwal Muharram merupakan permulaan bagi umat Islam untuk mem...
06/07/2024

𝗦𝗮𝗹𝗮𝗺 𝗠𝗮𝗮𝗹 𝗛𝗶𝗷𝗿𝗮𝗵 𝟭𝟰𝟰𝟲𝗛

7 Julai 2024 bersamaan 1 Muharam 1446H

Awal Muharram merupakan permulaan bagi umat Islam untuk membuka 'buku baru' dan memperbaiki segala kekurangan pada tahun sebelumnya.

“𝘈𝘭-𝘍𝘢𝘭𝘢𝘩 𝘗𝘦𝘮𝘢𝘤𝘶 𝘔𝘢𝘭𝘢𝘺𝘴𝘪𝘢 𝘔𝘢𝘥𝘢𝘯𝘪”

Ikhlas daripada kami,
𝗔𝗹 𝗧𝗮𝗺𝗶𝗺 𝗘𝗻𝘁𝗲𝗿𝘁𝗮𝗶𝗻𝗺𝗲𝗻𝘁 | 𝗧𝗩 𝗔𝗹 𝗧𝗮𝗺𝗶𝗺

𝐒𝐄𝐋𝐀𝐌𝐀𝐓 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐑𝐀𝐘𝐀 𝐀𝐈𝐃𝐈𝐋𝐀𝐃𝐇𝐀 🕋Kami warga kerja 𝗧𝗩 𝗔𝗹 𝗧𝗮𝗺𝗶𝗺 ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha 2024 M...
16/06/2024

𝐒𝐄𝐋𝐀𝐌𝐀𝐓 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐑𝐀𝐘𝐀 𝐀𝐈𝐃𝐈𝐋𝐀𝐃𝐇𝐀 🕋

Kami warga kerja 𝗧𝗩 𝗔𝗹 𝗧𝗮𝗺𝗶𝗺 ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha 2024 Masihi | 1445 Hijrah kepada semua umat Islam di Malaysia.

Semoga ibadah korban yang dilaksanakan diterima dan diberkati Allah. Kepada mereka yang menunaikan ibadah haji, semoga memperoleh haji yang mabrur.

𝗡𝗜𝗔𝗧 𝗣𝗨𝗔𝗦𝗔 𝗔𝗥𝗔𝗙𝗔𝗛نَوَيْتُ صَوْمَ غَدٍ مِنْ يَوْمِ الْعَرْفَةَ سُنَّةً لِلَّهِ تَعَالَى       “ Sahaja aku niat puasa sun...
15/06/2024

𝗡𝗜𝗔𝗧 𝗣𝗨𝗔𝗦𝗔 𝗔𝗥𝗔𝗙𝗔𝗛
نَوَيْتُ صَوْمَ غَدٍ مِنْ يَوْمِ الْعَرْفَةَ سُنَّةً لِلَّهِ تَعَالَى

“ Sahaja aku niat puasa sunat hari Arafah kerana Allah Ta’ala”
KELEBIHAN PUASA ARAFAH

✅ 𝗣𝗘𝗡𝗚𝗔𝗠𝗣𝗨𝗡𝗔𝗡 𝗗𝗢𝗦𝗔 𝗗𝗨𝗔 𝗧𝗔𝗛𝗨𝗡
Rasulullah SAW bersabda: “Puasa pada hari Arafah, aku berharap kepada Allah agar ia menghapuskan dosa setahun sebelumnya dan setahun selepasnya.” (Hadis Riwayat Muslim)

✅ 𝗠𝗘𝗡𝗚𝗜𝗞𝗨𝗧 𝗦𝗨𝗡𝗡𝗔𝗛 𝗡𝗔𝗕𝗜 𝗠𝗨𝗛𝗔𝗠𝗠𝗔𝗗 𝗦𝗔𝗪
Mengamalkan puasa Arafah adalah mengikuti sunnah Rasulullah SAW, yang amat menggalakkan umatnya untuk berpuasa pada hari tersebut.

✅ 𝗠𝗘𝗡𝗜𝗡𝗚𝗞𝗔𝗧𝗞𝗔𝗡 𝗞𝗘𝗧𝗔𝗞𝗪𝗔𝗔𝗡
Berpuasa pada hari Arafah adalah satu cara untuk meningkatkan ketakwaan dan ketaatan kepada Allah SWT. Ia mendidik jiwa untuk lebih bersabar dan bersyukur

✅ 𝗛𝗔𝗥𝗜 𝗬𝗔𝗡𝗚 𝗗𝗜𝗕𝗘𝗥𝗞𝗔𝗧𝗜 𝗗𝗔𝗡 𝗠𝗨𝗦𝗧𝗔𝗝𝗔𝗕 𝗗𝗢𝗔
Hari Arafah adalah salah satu hari yang paling diberkati dalam Islam. Doa-doa pada hari ini sangat mustajab, terutama bagi mereka yang berpuasa dan beribadah dengan ikhlas

✅ 𝗣𝗘𝗟𝗨𝗔𝗡𝗚 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗞 𝗠𝗘𝗡𝗗𝗔𝗣𝗔𝗧 𝗣𝗔𝗛𝗔𝗟𝗔 𝗬𝗔𝗡𝗚 𝗕𝗘𝗦𝗔𝗥
Puasa pada hari Arafah adalah salah satu amalan yang paling disukai oleh Allah SWT dan dijanjikan pahala yang sangat besar

Salam dihulur, maaf dipinta,Ucapan raya pengganti diri,Hari lebaran kian tiba,Sambutlah dengan jiwa mensyukuri.Selamat H...
09/04/2024

Salam dihulur, maaf dipinta,
Ucapan raya pengganti diri,
Hari lebaran kian tiba,
Sambutlah dengan jiwa mensyukuri.

Selamat Hari Raya Aidilfitri 1445H/2024M
Maaf Zahir & Batin

Semoga hari yang mulia ini disambut dengan penuh kebahagiaan dan kesyukuran bersama keluarga tersayang.

𝘐𝘬𝘩𝘭𝘢𝘴 𝘋𝘢𝘳𝘪𝘱𝘢𝘥𝘢 :
𝗔𝗹 𝗧𝗮𝗺𝗶𝗺 𝗘𝗻𝘁𝗲𝗿𝘁𝗮𝗶𝗻𝗺𝗲𝗻𝘁 / 𝗧𝗩 𝗔𝗹 𝗧𝗮𝗺𝗶𝗺

𝗡𝘂𝘇𝘂𝗹𝘂𝗹 𝗤𝘂𝗿𝗮𝗻𝟭𝟳 𝗥𝗮𝗺𝗮𝗱𝗵𝗮𝗻 𝟭𝟰𝟰𝟱𝗛Salam Nuzul Quran, moga kita semua menjadi ahli Al-Quran dan beramal dengan ayat-ayat Al-Q...
27/03/2024

𝗡𝘂𝘇𝘂𝗹𝘂𝗹 𝗤𝘂𝗿𝗮𝗻
𝟭𝟳 𝗥𝗮𝗺𝗮𝗱𝗵𝗮𝗻 𝟭𝟰𝟰𝟱𝗛

Salam Nuzul Quran, moga kita semua menjadi ahli Al-Quran dan beramal dengan ayat-ayat Al-Quran serta mendapat syafaat daripada Al-Quran dan moga Al-Quran nanti menjadi pelindung kita di akhirat.

𝙍𝙖𝙢𝙖𝙙𝙝𝙖𝙣 𝙆𝙖𝙧𝙚𝙚𝙢1 Ramadan 1445H | 12 Mac 2024Marhaban ya Ramadhan!Selamat beribadah di bulan Ramadhan dengan sebaiknya. S...
11/03/2024

𝙍𝙖𝙢𝙖𝙙𝙝𝙖𝙣 𝙆𝙖𝙧𝙚𝙚𝙢
1 Ramadan 1445H | 12 Mac 2024

Marhaban ya Ramadhan!

Selamat beribadah di bulan Ramadhan dengan sebaiknya. Semoga setiap ibadah diberkati dan setiap amalan diterima.

Semoga kesejahteraan dan keberkatan melimpah dalam hidup kita semua. Mari kita raikan bulan yang mulia ini dengan meningkatkan kebaikan dalam diri.

Semoga konsisten hingga ke penghujungnya.

Ikhlas Daripada : 𝗧𝗩 𝗔𝗹 𝗧𝗮𝗺𝗶𝗺 / 𝗔𝗹 𝗧𝗮𝗺𝗶𝗺 𝗘𝗻𝘁𝗲𝗿𝘁𝗮𝗶𝗻𝗺𝗲𝗻𝘁 𝗦𝗱𝗻 𝗕𝗵𝗱

𝗞𝗲𝗹𝗲𝗯𝗶𝗵𝗮𝗻 𝗠𝗮𝗹𝗮𝗺 𝗡𝗶𝗳𝘀𝘂 𝗦𝘆𝗮'𝗯𝗮𝗻Malam Nisfu Sya’ban di antara malam 🌙 istimewa dalam kalendar Islam. Antara malam yang must...
24/02/2024

𝗞𝗲𝗹𝗲𝗯𝗶𝗵𝗮𝗻 𝗠𝗮𝗹𝗮𝗺 𝗡𝗶𝗳𝘀𝘂 𝗦𝘆𝗮'𝗯𝗮𝗻

Malam Nisfu Sya’ban di antara malam 🌙 istimewa dalam kalendar Islam. Antara malam yang mustajab doa seperti yang disebutkan oleh Imam Syafie rahimahullah.

Nisfu Sya’ban sangat sinonim sebagai malam pengampunan buat umat Islam. Maka tidak hairanlah ramai umat Islam tidak mahu melepaskan peluang meningkatkan kualiti ibadah dengan melakukan amal soleh pada malam berkenaan.

Malam Nisfu Sya’ban adalah malam 15 Sya’ban. Pada tahun ini berlaku pada malam Sabtu 24 Feb 2024 sebaik sahaja masuknya waktu Maghrib.

Selamat menunaikan ibadah dan menghidupkan malam Nisfu Sya’ban.

🧨🔥 𝗦𝗲𝗹𝗮𝗺𝗮𝘁 𝗧𝗮𝗵𝘂𝗻 𝗕𝗮𝗿𝘂 𝗖𝗶𝗻𝗮 𝟮𝟬𝟮𝟰 🧨🐉Selamat Menyambut Tahun Baru Cina 2024 kepada semua yang meraikannya.Semoga tahun ini ...
09/02/2024

🧨🔥 𝗦𝗲𝗹𝗮𝗺𝗮𝘁 𝗧𝗮𝗵𝘂𝗻 𝗕𝗮𝗿𝘂 𝗖𝗶𝗻𝗮 𝟮𝟬𝟮𝟰 🧨🐉

Selamat Menyambut Tahun Baru Cina 2024 kepada semua yang meraikannya.

Semoga tahun ini akan memberikan kesihatan, kebahagiaan dan kesejahteraan kepada anda sekeluarga.

𝘎𝘰𝘯𝘨 𝘟𝘪 𝘍𝘢 𝘊𝘢𝘪, 𝘟𝘪𝘯 𝘕𝘪𝘢𝘯 𝘒𝘶𝘢𝘪 𝘓𝘦! 🎊

Ikhlas daripada:
𝗧𝗩 𝗔𝗟 𝗧𝗔𝗠𝗜𝗠

Subscribe to TV AL TAMIM Network here ⤵️

https://myurls.co/tvaltamim

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ𝘚𝘦𝘭𝘢𝘮𝘢𝘵 𝘔𝘦𝘮𝘱𝘦𝘳𝘪𝘯𝘨𝘢𝘵𝘪 𝘗𝘦𝘳𝘪𝘴𝘵𝘪𝘸𝘢 𝘐𝘴𝘳𝘢' 𝘔𝘪𝘬𝘳𝘢𝘫𝟮𝟳 𝗥𝗮𝗷𝗮𝗯 𝟭𝟰𝟰𝟱𝗛 / 𝟮𝟬𝟮𝟰Israk & Mikraj  merupakan salah sat...
07/02/2024

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ

𝘚𝘦𝘭𝘢𝘮𝘢𝘵 𝘔𝘦𝘮𝘱𝘦𝘳𝘪𝘯𝘨𝘢𝘵𝘪 𝘗𝘦𝘳𝘪𝘴𝘵𝘪𝘸𝘢 𝘐𝘴𝘳𝘢' 𝘔𝘪𝘬𝘳𝘢𝘫

𝟮𝟳 𝗥𝗮𝗷𝗮𝗯 𝟭𝟰𝟰𝟱𝗛 / 𝟮𝟬𝟮𝟰

Israk & Mikraj merupakan salah satu peristiwa penting dalam sejarah Rasulullah ﷺ yang wajib diimani oleh umat Islam berdasarkan bukti-bukti daripada al-Quran dan as-Sunnah.

Firman Allah سُبْحَانَهُ وَ تَعَالَى :

سُبْحٰنَ الَّذِيْٓ اَسْرٰى بِعَبْدِهٖ لَيْلًا مِّنَ الْمَسْجِدِ الْحَرَامِ اِلَى الْمَسْجِدِ الْاَقْصَا الَّذِيْ بٰرَكْنَا حَوْلَهٗ لِنُرِيَهٗ مِنْ اٰيٰتِنَاۗ اِنَّهٗ هُوَ السَّمِيْعُ الْبَصِيْرُ【١】

❝ 𝘔𝘢𝘩𝘢 𝘚𝘶𝘤𝘪 𝘈𝘭𝘭𝘢𝘩 𝘺𝘢𝘯𝘨 𝘵𝘦𝘭𝘢𝘩 𝘮𝘦𝘯𝘫𝘢𝘭𝘢𝘯𝘬𝘢𝘯 𝘩𝘢𝘮𝘣𝘢𝘕𝘺𝘢 (𝘔𝘶𝘩𝘢𝘮𝘮𝘢𝘥) 𝘱𝘢𝘥𝘢 𝘮𝘢𝘭𝘢𝘮 𝘩𝘢𝘳𝘪 𝘥𝘢𝘳𝘪 𝘔𝘢𝘴𝘫𝘪𝘥 𝘈𝘭-𝘏𝘢𝘳𝘢𝘢𝘮 (𝘥𝘪 𝘔𝘢𝘬𝘬𝘢𝘩) 𝘬𝘦 𝘔𝘢𝘴𝘫𝘪𝘥 𝘈𝘭-𝘈𝘲𝘴𝘢 (𝘥𝘪 𝘗𝘢𝘭𝘦𝘴𝘵𝘪𝘯), 𝘺𝘢𝘯𝘨 𝘒𝘢𝘮𝘪 𝘣𝘦𝘳𝘬𝘢𝘵𝘪 𝘴𝘦𝘬𝘦𝘭𝘪𝘭𝘪𝘯𝘨𝘯𝘺𝘢, 𝘶𝘯𝘵𝘶𝘬 𝘮𝘦𝘮𝘱𝘦𝘳𝘭𝘪𝘩𝘢𝘵𝘬𝘢𝘯 𝘬𝘦𝘱𝘢𝘥𝘢𝘯𝘺𝘢 𝘵𝘢𝘯𝘥𝘢-𝘵𝘢𝘯𝘥𝘢 (𝘬𝘦𝘬𝘶𝘢𝘴𝘢𝘢𝘯 𝘥𝘢𝘯 𝘬𝘦𝘣𝘦𝘴𝘢𝘳𝘢𝘯) 𝘒𝘢𝘮𝘪. 𝘚𝘦𝘴𝘶𝘯𝘨𝘨𝘶𝘩𝘯𝘺𝘢 𝘈𝘭𝘭𝘢𝘩 𝘫𝘶𝘢𝘭𝘢𝘩 𝘺𝘢𝘯𝘨 𝘔𝘢𝘩𝘢 𝘔𝘦𝘯𝘥𝘦𝘯𝘨𝘢𝘳, 𝘭𝘢𝘨𝘪 𝘔𝘢𝘩𝘢 𝘔𝘦𝘭𝘪𝘩𝘢𝘵. ❞

(Surah Al-Isra', Ayat 1)

Semoga setiap langkah kita sentiasa dipenuhi dengan keberkatan dan dibawah rahmat Allah سُبْحَانَهُ وَ تَعَالَى.

🤲 اَمِين يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن

'Mikraj 'Mi'raj

𝗦𝗘𝗟𝗔𝗠𝗔𝗧 𝗠𝗘𝗡𝗬𝗔𝗠𝗕𝗨𝗧 𝗧𝗔𝗛𝗨𝗡 𝗕𝗔𝗛𝗔𝗥𝗨 𝟮𝟬𝟮𝟰19 Jumadal Akhirah 1445H | 01 Januari 2024Semoga tahun baharu 2024, menjadikan kita h...
01/01/2024

𝗦𝗘𝗟𝗔𝗠𝗔𝗧 𝗠𝗘𝗡𝗬𝗔𝗠𝗕𝗨𝗧 𝗧𝗔𝗛𝗨𝗡 𝗕𝗔𝗛𝗔𝗥𝗨 𝟮𝟬𝟮𝟰

19 Jumadal Akhirah 1445H | 01 Januari 2024

Semoga tahun baharu 2024, menjadikan kita hamba yang lebih baik kepada Allah سُبْحَانَهُ وَ تَعَالَ berbanding tahun-tahun sebelumnya. Semoga dengan permulaan tahun 2024 ini akan membuka lembaran semangat baharu buat kita semua untuk terus berusaha menjadikan Negara ini lebih cermelang dan sejahtera.

Mari bersama-sama mengejar impian dan menwujudkan perubahan positif. Tahun baru, peluang baru!

Jangan lupa sentiasa mengetahui keluaran lagu terbaru dari kami, sila klik link di bawah 👇

Facebook -
https://www.facebook.com/tvaltamim

Youtube -
https://www.youtube.com/

Tiktok -
https://www.tiktok.com/

Instagram -
https://www.instagram.com/tvaltamim/

🇲🇾 Selamat Menyambut Tahun Baru 2024 buat Seluruh Rakyat Malaysia 🇲🇾

Perayaan Deepavali, yang disambut pada 12 November 2023, membawa bersama-sama sinar kegembiraan dan makna mendalam dalam...
12/11/2023

Perayaan Deepavali, yang disambut pada 12 November 2023, membawa bersama-sama sinar kegembiraan dan makna mendalam dalam kepelbagaian budaya Malaysia. Pada kesempatan ini, syarikat TV Al Tamim ingin mengucapkan selamat menyambut Deepavali kepada seluruh rakyat Malaysia.

Deepavali, atau juga dikenali sebagai Festival Cahaya, menyinari jiwa kita dengan keindahan kesyukuran. Ia merangkumi semangat kegembiraan, kasih sayang, dan harapan baru. Di dalam kepelbagaian tradisi dan kepercayaan, hari yang suci ini mengajarkan kita untuk menghormati satu sama lain, meraikan kepelbagaian, dan menyebarkan sinar kebaikan di sekeliling.

Semoga cahaya diwali membawa kepada anda kebahagiaan yang berkekalan, kejayaan yang berterusan, dan keamanan yang melimpah. Selamat menyambut perayaan Deepavali kepada anda dan keluarga daripada kami di TV Al Tamim. Semoga kehadiran cahaya ini menerangi setiap langkah kita dalam mencapai kejayaan dan kebahagiaan yang sejati.

🇲🇾 Selamat Menyambut Perayaan Deepavali buat Seluruh Rakyat Malaysia🇲 🇾🇲🇾

Address


Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Tv Al Tamim posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Tv Al Tamim:

Videos

Shortcuts

  • Address
  • Telephone
  • Alerts
  • Contact The Business
  • Videos
  • Claim ownership or report listing
  • Want your business to be the top-listed Media Company?

Share